Pelbagai cara digunakan untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Di antara kaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan wang serta syiling yang disimpan di dalam tabung buluh.
Di UPU Padang Luas, DUN Jerteh, tabung buluh yang mula diagihkan pada Jun lalu, mula dipecahkan pada 4 Disember baru-baru ini.
Sdr. Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, menegaskan program menabung ini akan diteruskan. Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.