Pelbagai cara digunakan untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Di antara kaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan wang serta syiling yang disimpan di dalam tabung buluh.
Di UPU Padang Luas, DUN Jerteh, tabung buluh yang mula diagihkan pada Jun lalu, mula dipecahkan pada 4 Disember baru-baru ini.
Sdr. Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, menegaskan program menabung ini akan diteruskan. Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
1 ulasan:
Teruskan usaha sebegini, nampak kecil je.. tabung buluh... ingat belanda tewas di Indonesia dengan buluh runcing, UMNO mungkin tewas dengan tabung buluh je.. walau kecil istiqamah itu penting. Pecah satu tabung ganti 10 tabung baru. Saya juga ada tabung khas untuk tewaskan UMNO-BN.. InsyaAllah.
Catat Ulasan