Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

5 Feb 2010

Bicara tuduhan liwat ditangguh Isnin


Court makes 2nd condo visit
Sodomy II - Day 3

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan kepada hari Isnin perbicaraan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan melawat sekali lagi kondominium Desa Damansara di mana dakwaan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan itu berlaku.

Di antara mereka yang menziarahi semula Unit 11-5-1 kondominium itu ialah hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd Saiful.

Mereka berada di situ pada waktu tengahari dan meninggalkan tempat itu 50 minit kemudian. Ini merupakan lawatan kali kedua berikutan permohonan dari pasukan pembelaan. Mereka yang terlibat dalam perbicaraan itu melawat tempat yang sama semalam.

Sebelum itu, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar.

Beliau juga memberitahu bahawa seluar yang dipakai pada hari itu adalah pemberian daripada Anwar.

Mohd Saiful memberi keterangan ketika diperiksa oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada hari ketiga perbicaraan.

Prosiding mahkamah bermula 9.51 pagi ini dengan Mohd Saiful memberim keterangan mengenai sampel yang diambil daripada badannya, baju dan seluar dalam.

Beliau juga berkata, beliau menganggap Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan kerana sebab itu beliau dapat bekerja dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila perbicaraan bermula Rabu lalu.

Mohd Yusof kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau telah selesai memeriksa Mohd Saiful.

Sementara itu, tiga buah trak dan dua trak meriam air Unit Polis Simpanan Khas mengambil tempat di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 10.15 pagi berikutan laporan penyokong-penyokong Anwar berkemungkinan mengadakan demonstrasi di kawasan itu selepas solat Jumaat.

Anwar, 63, Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan menghadapi 20 tahun penjara dan rotan jika didapati bersalah.

Perbicaraan mengambil masa 18 bulan selepas Anwar buat pertama kali didakwa pada Ogos, 2008. – Bernama

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.