Oleh : Ust Nasrudin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
JUCTICE For Aminurrasyid.
1. Kami bukan mempolitikkan isu ini tetapi tugas kami sebagai ahli politik untuk membela masyarakat tertindas dan membantah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa . Ketua Polis Selangor kata ahli politik jangan campur ! ini kenyataan yang tidak betul ! Jika kes seperti ini tidak ditangani oleh orang politik , jangan harap kes ini akan diberi perhatian serius . Tengok sahaja apa yang berlaku sekarang , Polis yang menembak Aminurrasyid hanya ditukar kerja bukan digantung tugas . Bagaimana kalau yang menembak itu orang biasa , saya yakin orang itu akan terperosok dalam penjara menanti tarikh pembicaraan .

2. Kita bukan menentang PDRM malah sangat memahami keperntingan serta keperluan PDRM bagi mengjaga dan mengawal keselamatan negara dan rakyat . Apa yang kita tentang ialah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak menepati undang - undang dan peraturan . Hanya beberapa anggota Polis yang terlibat , bukan semua maka
Ketua Polis Negara tidaklah perlu menggelabah . Jika benar ia tetap benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan .

3. Pemuda PAKATAN Rakyat mendesak supaya satu Suruhanjaya Penyiasat yang bebas seperti SUHAKAM atau Suruhanjaya diRaja segera dibentuk untuk menyiasat kes ini . Bukan kita tidak percaya kepada Polis tetapi
tidak wajar polis siasat polis .

3. Segala tuduhan awal yang telah dilemparkan kepada Allahyarham Aminurrasyid wajar malah mesti ditarik balik kerana ia memburukkan nama baik keluarga dan merosakkan reputasi mereka . Allayarham tidak memiliki rekod jenayah malah diberitahu oleh saksi bahawa mereka bukan pulang dari menyamun tetapi hanya pulang dari keluar bersama kawan - kawannya .
4. Kami akui , pelajar remaja seperti Allahyarham sewajarnya tidak dibiarkan berkeliaran diwaktu lewat malam pula memandu tanpa lesen oleh kedua ibubapanya tetapi apakah kesalahan - kesalahan itu mesti dihukum tembak sampai mati ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan