Aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking dan taaruf, ceramah KAU MAWARKU berkenaan menjaga maruah diri daripada gejala sosial dan menutup aurat, LDK dan pembentangan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, Tazkirah SRIKANDI SOLEHAH, amanat dari Muslimat dan pemilihan peserta mewakili Dun Jerteh dan seterusnya kawasan Besut ke pertandingan Indoor Games peringkat negeri.
TV ONLINE
2 Dis 2008
REHLAH NISA' DUN JERTEH MEREDAH HUJAN
Aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking dan taaruf, ceramah KAU MAWARKU berkenaan menjaga maruah diri daripada gejala sosial dan menutup aurat, LDK dan pembentangan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, Tazkirah SRIKANDI SOLEHAH, amanat dari Muslimat dan pemilihan peserta mewakili Dun Jerteh dan seterusnya kawasan Besut ke pertandingan Indoor Games peringkat negeri.
MB Perlis Bertanding di Parlimen Kuala Terengganu ~ Malaysiakini
Memang terkejut bila kita baca atau tonton berita seperti itu. Mana mungkin. Lebih menghairankan lagi beliau bertanding atas tiket PAS. Lagilah mustahil.
Suatu kesilapan yang tidak professional dengan menyiarkan gambar orang Md Isa Sabu untuk Md Sabu..
isk isk … kan lain tu.
Sekian
http://muslimeen-united.blogspot.com
Dr Mohd Asri dipelawa menyertai Pemuda PAS ~ Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul menyertai PAS bagi memudahkan beliau melaksanakan misi dan visi menyebarluaskan ajaran Islam kepada masyarakat. Harapan itu dinyatakan oleh Timbalan DPPP, Ustaz Nasharuddin At-Tantawi ekoran berakhirnya jawatan Mufti pada 30 November lalu yang diamanahkan kepada Dr Asri selama dua tahun.
Menurut beliau, sebelum ini Dr Asri pernah mencuba satu ruang bersama pihak kerajaan melalui Jabatan Mufti memainkan peranan membawa fahaman Islam kepada masyarakat.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan kekangan daripada pihak kerajaan apa yang dihasratkan itu tidak terlaksana.
"Kenapa Dr Asri tidak mencuba satu peluang bersama gerakan Islam (PAS) untuk memperjuangkan Islam. Mudah-mudahan beliau lebih berpeluang untuk melaksanakan misi dan visi membawa Islam kepada masyarakat," tegasnya.
Nasharuddin turut melahirkan kekecewaan kepada pihak Utusan Malaysia yang tidak membenarkan ruangan Mufti disambung oleh mufti lain sebaliknya diganti dengan Awang Selamat.
"Kenapa tidak dikekalkan ruangan itu untuk diisi dengan mufti lain. Sepatutnya pandangan mufti diletakkan diatas bukan hanya berdiam dan menanti atau melihat orang politik membuat keputusan negara," tegasnya.
Sepatutnya tambah beliau mufti perlu berperanan mendahului pandangan dan berani mengeluarkan pendapat berhubung dengan isu negara.
Walaupun Dr Asri gagal melaksanakan misi dan visinya, Nasharuddin tetap mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya membawa isu agama walaupun menimbulkan kontrversi.
Tambah beliau, tetapi sekurang-kurangnya ia mengundang dan menghidupkan perbahasan dikalangan tokoh-tokoh agama.
BANTAH SPEAKER TOLAK USUL BELA NASIB PALESTIN ~ Malaysiakini
1 Dis 2008
YANG BERHAJAT & KEPINGIN MENJADI CALON P036 ~ Malaysiakini
Oleh :abdul mubin ismail
Tindakan dan ketelitian Mat Said ini disifatkan oleh sesetengah pemerhati politik sebagai wajar didahului memandangkan PRK P036 ini adalah ujian getir kepada Mat Said untuk membuktikan kebenaran cakapnya dan juga cakap-cakap orang kanannya bahawa UMNO Terengganu bersatu dan akur dengan perintah dan kepimpinan beliau.
Justeru mereka berpendapat, Mat Said perlu banyak bertenang dan bersabar tanpa mengikut emosi dalam membuat keputusan hidup mati BN/UMNO Terengganu kali ini dan mengharapkan agar tidak berlaku seperti beberapa keputusan ‘drastik, ikut perasaan dan ikut selera’ beliau sebelum ini.
Kuala Terengganu dianggap sebagai kawasan / Bahagian elit di negeri Terengganu memandangkan kedudukan Kuala Terengganu sebagai ibu negeri Terengganu serta ramainya pemimpin UMNO dan BN yang ‘ada nama’ berada dalam parlimen berkenaan.
Lagi pun, UMNO bahagian Kuala Terengganu dianggap sebagai bahagian paling berprestij dan mewah berbanding bahagian-bahagian lain di Terengganu sepanjang kempen pemilihan UMNO peringkat bahagian baru-baru ini.
Bayangkanlah, tiada bahagian lain yang hanya untuk menang G7 dan AJK Bahagian perlu membelanjakan hampir RM100 ribu (baca kisah yang telah saya tulis berkaitan hal ini di sini). Ini yang diceritakan oleh tuan punya diri sendiri. Itu pun beliau hanya menang tempat ketiga (G7 & AJK semuanya tempat ketiga). Kalau yang menang tempat pertama atau kedua atau calon Timbalan Ketua, Naib Ketua atau Ketua Pemuda, kiralah sendiri.
Kesanggupan individu merebut jawatan dalam UMNO sehingga berabis ‘pitis mas’, seperti berlaku bukan sahaja di Kuala Terengganu tetapi juga di semua bahagian baru-baru ini mungkin boleh kita terjemahkan sebagai kesungguhan mereka untuk bekerja dan memimpin UMNO. Cuma mungkin kadar dan jumlahnya sahaja yang agak berbeza.
Nak dikatakan semuanya kepingin dan berhajat nak jadi calon pilihan raya, hanya ada lima kerusi saja dalam satu bahagian, maknanya lima orang saja pemimpin bahagian yang ada peluang, itu pun kalau tidak dicatakkan calon payung terjun.
Jadi untuk apa lagi mereka menawarkan diri kalau tidak kerana perjuangan, bekerja dan menghambakan diri untuk parti. Soal makan cari atau cari makan itu sudah menjadi adat dan tuntutan, walaupun mungkin caranya sahaja yang kurang betul. Mereka pastinya masih punyai alasan untuk menghalalkan cara.
Kerana prestij dan elit itulah, Mat Said dirasakan menghadapi sedikit kesukaran untuk membuat pilihan. Tambahan pula dalam parlimen Kuala Terengganu, telah muncul begitu ramai pemimpin yang tersohor di peringkat nasional dan negeri, baik daripada UMNO mahupun daripada parti komponen BN yang lain seperti MCA.
Bermula sejak di zaman kepimpinan Idris Jusoh sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Terengganu, Kuala Terengganu sudah dibarisi oleh barisan kepimpinan yang ada nama baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.
Pada zaman Idris, Kuala Terengganu mempunyai dua orang Exco kerajaan negeri (Wan Hisham Wan Salleh (UMNO) dan Toh Chin Yaw (MCA). Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri ketika itu, Che Mat Jusoh juga datangnya dari Bahagian Kuala Terengganu (walaupun beliau asalnya Besut tapi rumah tangganya dan ahli cawangannya di Kuala Terengganu).Che Mat dilantik sebagai YDP DUN setelah beliau tewas dalam pilihan raya umum ke-11 di DUN Batu Burok kepada calon PAS, Wan Mutalib Embong. Che Mat kemudian menang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dalam pemilihan UMNO Bahagian berkenaan tahun 2004. Sebelum bertanding, Che Mat adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri di Terengganu (semasa Pak Lah menjadi TPM).
Selepas PRU ke-11/2004 juga, Timbalan Ketua UMNO Bahagian ketika itu, Wan Ahmad Farid Wan Salleh (adik kepada Wan Hisham) dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri (semasa Pak Lah menjadi Menterinya). Pada pemilihan UMNO Bahagian 2004, Wan Farid menentang penyandang Roslan Awang Chik untuk jawatan Ketua UMNO bahagian dan beliau menang.
Kemudian Wan Farid dilantik sebagai Senator mewakili DUN Terengganu bersama Nordiana Shafie, Ketua Puteri UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua Puteri Bahagian Kuala Terengganu.
Nordiana juga adalah Exco Puteri UMNO Pusat dan turut dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO oleh Pak Lah. Nordiana kemudian mencipta sejarah sebagai wanita pertama dari negeri Terengganu bertanding sebagai calon pilihan raya di DUN Batu Burok. Bagaimanapun beliau tewas ditangan calon PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Selepas pilihan raya umum 2008, Wan Farid walau pun tidak bertanding dalam PRU dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama Allahyarham Razali, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.
Dalam masa yang sama, tokoh MCA negeri dari Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wong Foo Meng turut dilantik sebagai Senator dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara. Hari ini, Wong telah dilantik sebagai Setiausaha MCA Pusat.
Di peringkat Pergerakan Pemuda pula, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi pernah menjadi Bendahari Pemuda negeri dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri. Kini Mohd Sabri yang telah melepasi had umur pemuda, menang selesa jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian mengalahkan penyandang, Che Mat Jusoh.
Dalam organisasi UMNO Negeri (pada zaman Idris lagi), Kuala Terengganu pernah menyaksikan kehadiran wakil yang teramai berbanding bahagian lain. Selain Wan Farid (Ketua Bahagian), Mohd Sabri (Ketua Pemuda Negeri) dan Nordiana (Ketua Puteri Negeri), turut berada dalam saf yang sama ialah Bendahari UMNO bahagian, Wan Hisham yang dilantik Idris sebagai Bendahari UMNO Negeri.
Dalam struktur organisasi UMNO negeri pimpinan Mat Said kini pula, selain Wan Farid, Mohd Sabri dan Nordiana selaku AJK negeri, turut ditambah dua pemegang jawatan utama parti daripada UMNO Bahagian Kuala Terengganu ialah Ketua Penerangan Zubir Embong dan Bendahari Roslan Awang Chik. Zubir sebelum ini adalah Ketua Penerangan Bahagian Kuala Terengganu manakala Roslan pula sekarang ini berstatus Yang Berhormat Senator.
Walaupun Roslan mahupun Wong misalnya dilantik ke jawatan Senator atas kapasiti profesional, namun yang pasti mereka adalah pemimpin Barisan Nasional yang datangnya dari Bahagian Kuala Terengganu.
Dengan senarai panjang ‘tokoh-tokoh’ pemimpin dalam Bahagian Kuala Terengganu itu, tentunya Mat Said agak pening untuk mencadangkan calon untuk bertanding, khususnya dalam usaha memastikan calon yang dipilih layak dan yang penting tidak akan menyinggung banyak pihak, sekali gus mengelakkan berlakunya ‘cas keting’.
Kalau Idris Jusoh memakai model MAP (Muda, Akhlak dan Pelajaran) sebagai kriteria pemilihan calon, apa pula kriteria yang bakal ditentukan oleh Mat Said. Apa pun kriteria yang ditentukan Mat Said, yang penting Mat Said perlu sedar bahawa Kuala Terengganu adalah kawasan kritikal yang perlu diberi perhatian serius dan tidak sewenang-wenang meletakkan calon mengikut kem serta mengikut sukanya sahaja.
Yang pasti, perkara utama yang perlu disisihkan sementara oleh Mat Said ialah sindrom ‘terlepas cakap’ dan ‘isme Idris vs isme Ahmad’. Kalau kedua perkara ini dapat disisihkan dan pemilihan calon berjalan lancar tanpa banyak bantahan dan tentangan, insya-Allah, Kuala Terengganu akan terus kekal di tangan BN.
Dalam hal ini, Mat Said perlu bersikap rasional, terbuka dan mengambil pendekatan ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’ bagi menjamin terselamatnya kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu.
Ke semua tokoh pemimpin yang disebut di atas adalah dikira layak dan berkemampuan untuk dicalonkan sebagai calon. Itu belum lagi disenaraikan pemimpin lain yang juga berkelayakan dan berkemampuan, tetapi tidak pernah diberi peluang sebelum ini. Juga belum lagi termasuk beberapa pemimpin dan bekas calon pilihan raya yang tewas dan juga calon ada kelayakan dan berpotensi tetapi tidak menang dalam pemilihan bahagian baru-baru ini (orang-orang ini sama nasibnya seperti yang dialami oleh Allahyarham Razali – Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri yang kalah bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian).
Memandangkan kerusi parlimen Kuala Terengganu sudah menjadi kerusi tradisi UMNO, maka perbicaraan tidak akan menyentuh calon daripada MCA tetapi akan terus dianggap sebagai pelengkap untuk kemenangan BN/UMNO di Parlimen Kuala Terengganu.
Cuba yang pasti, kecuali Wan Farid dan Mohd Sabri sahaja, hampir semua ‘nama-nama besar’ yang disebut di atas telah pun diberi laluan dan peluang untuk bertanding sebagai calon pilihan raya dan sebahagiannya pernah menang dan sudah merasai status Ahli Yang Berhormat.
Sebagai contohnya Wong Foo Meng pernah menjadi wakil rakyat DUN Bandar dan Exco Kerajaan negeri selama dua penggal, Zubir Embong pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan pernah menjadi calon DUN Batu Burok dan DUN Wakaf Mempelam, Roslan Awang Chik juga pernah jadi wakil rakyat DUN Ladang.
Manakala bagi calon generasi abad ke-21 pula, Che Mat Jusoh (PRU 2004) dan Nordiana (PRU 2008) masing-masing pernah diberi peluang menjadi calon DUN Batu Burok, kedua-duanya tewas kepada calon PAS. Toh Chin Yaw masih menjadi wakil rakyat DUN Bandar selama dua penggal dan Exco kerajaan negeri sehingga kini.
Wan Hisham juga pernah menang di DUN Ladang dan menjadi Exco 2004-2008 dan tewas apabila diberi peluang sekali lagi di DUN yang sama pada PRU 2008.
Seperti yang disebut, Wan Farid belum lagi diberi peluang untuk bertanding. Beliau pernah mendakwa bahawa beliau telah dua kali dinafikan untuk bertanding. Pada PRU 2004, namanya telah disebut-sebut sebagai calon parlimen Kuala Terengganu, tetapi diceritakan kerana abangnya Wan Hisham juga bertanding (di DUN Ladang), maka beliau direhatkan sementara.
PRU 12/ 2008, walaupun beliau adalah senator, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri dan Ketua UMNO Bahagian, sekali lagi beliau dinafikan untuk bertanding. Sebabnya mungkin juga kerana abangnya lagi atau mungkin kerana ada kebimbangan kedudukan Idris, maka sekali lagi Wan Farid disisihkan.
Seorang lagi yang sepatutnya sudah boleh jadi calon ialah Ketua Pemuda Negeri, Mohd Sabri Alwi. Pada PRU 11/ 2004 beliau adalah Ketua Pemuda Bahagian dan Bendahari Pemuda Negeri. Namanya langsung tidak disebut untuk bertanding, mungkin kerana Idris menyedari ‘A dan P’ tiada pada diri Mohd Sabri, maka Mohd Sabri tidak berpeluang jadi calon.
PRU 12/2008 Mohd Sabri yang menjadi Ketua Pemuda Negeri sejak 2004 dan masih Ketua Pemuda Bahagian juga tidak diberi peluang oleh Idris untuk bertanding walaupun beliau amat akrab dengan Idris. Cuma kali ini namanya ada disebut sebagai antara calon untuk DUN Batu Burok.
Seingat penulis, dalam sejarah politik UMNO negeri Terengganu, belum ada Ketua Pemuda negeri yang tidak diberi peluang menjadi calon pilihanraya, baik semasa beliau berada dalam jawatan itu mahupun selepasnya. Tetapi ini belum berlaku kepada Mohd Sabri.
Hari ini Mohd Sabri masih Ketua Pemuda negeri (sekurang-kurangnya sehingga Mac 2009 nanti) dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang menang selesa di Bahagian Kuala Terengganu. Inilah rasanya peluang yang terbaik untuk Mohd Sabri dipilih sebagai calon, bagi membuktikan benarnya kata-kata Setiausaha Agung UMNO (Datuk Tengku Adnan) bahawa calon yang menang di peringkat bahagian baru-baru ini adalah terdiri daripada mereka yang bekerja untuk rakyat, bukan kerana wang.
Bagaimanapun, Wan Farid dilihat lebih cerah dan lebih mempunyai potensi untuk menang berbanding Mohd Sabri. Beliau tidak lagi boleh dikaitkan lagi dengan abangnya kerana abangnya sudah kalah Mac lalu di DUN Ladang.
Soal ‘orang Idris orang Mat Said’ juga tidak timbul kerana Wan Farid pernah menegaskan bahawa beliau bukan orang Idris, kalau orang Idris beliau dah pun dipilih menjadi calon, katanya. Cuma beliau mungkin lupa, beliau dilantik selaku senator adalah cadangan Idris dan pada zaman Idris. Sekarang sudah zaman Mat Said.
(Sebagai selingan), kalau Mat Said mahukan perubahan dan tidak mahu menyentuh sensitiviti dan perasaan pemimpin besar di Kuala Terengganu itu kerana memilih ‘orang yang tidak tepat’ di kalangan mereka, pilihan terbaiknya ialah meletakkan orang luar Kuala Terengganu sebagai calon. Itulah yang dinikmati oleh calon PAS (Mat Sabu) pada 2008 lalu dan oleh Allahyarham Razali Ismail sendiri pada tahun 2004. Razali anak kelahiran Kuala Berang, Cuma rumah tangganya sahaja di Kuala Terengganu.
Kalau ini menjadi pilihan Mat Said, calon paling sesuai tentulah Setiausaha UMNO negeri merangkap Ketua UMNO bahagian Dungun, Dato’ (Dr Jepun) Rosli Mat Hassan (Pak Rosli). Atau boleh saja dicadangkan Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera), Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu. Mereka berdua pernah mendakwa telah dinafikan haknya bertanding oleh Idris pada PRU 12/2008 lalu.
Kalau kedua mereka ini dipilih, sudah tentu orang Kuala Terengganu tidak kuat sangat melentingnya, memandangkan dua tokoh ini orang kanan Mat Said dan pemimpin UMNO peringkat negeri. Orang Kuala Terengganu boleh menerima dan bekerja untuk mereka. Lagi pun kalau Idris sendiri boleh bawa Dato’ Zali orang Hulu Terengganu ke Kuala Terengganu, kenapa Mat Said tidak boleh membawa pula mereka berdua?
Kelemahan mereka berdua ini hanyalah sedikit. Mereka berdua ini tidak ‘kuat’ bekerja masa pilihanraya umum lalu di bahagian masing-masing, mungkin kerana mereka kecewa atau mereka sudah yakin kepada kekuatan UMNO di tempat masing-masing ketika itu.
Kalau itu juga menjadi halangan, Mat Said boleh menyilau tokoh-tokoh baru dan berpotensi yang berada di luar kotak elit nama-nama besar itu, termasuklah seperti Ketua Pemuda Bahagian yang baru atau AJK Bahagian yang lengkap dari segi ketokohan, berpelajaran, muda dan setia kepada parti.
Atau juga Mat Said boleh ‘meniru’ Idris Jusoh yang menjemput untuk menjadi calon di kalangan ‘orang luar kotak politik’ seperti Allahyarham Razali juga. Razali orang akademik, pegawai kerajaan dan bukan pemimpin atau aktivis parti pun. Selain dia menonjol dalam bidangnya, dia juga dipilih kerana ketokohan, kebolehan, kelayakan dan kemampuan yang dapat dihidu oleh Idris dan Pak Lah.
Banyak orang seperti Razali (malah lebih baik daripada Razali) di Kuala Terengganu atau dalam negeri Terengganu atau anak Kuala Terengganu @ Terengganu yang berada dan mencari makan di luar Terengganu. Mereka mungkin tidak menonjolkan diri tapi sudah terserlah dalam bidang masing-masing selain amat berpotensi untuk jadi Wakil Rakyat. Mat Said boleh juga menyuluh mereka, kalau-kalau pilihan daripada kalangan mereka ini boleh menyelamatkan keadaan.
Cuma yang perlu Mat Said ingat juga ialah ‘ini adalah pilihan raya yang melibatkan pengundi berbagai fahaman, bukan pilihan untuk memilih pemimpin dalam UMNO”. Dan Mat Said juga harus percaya dengan cakap dan optimisnya pemimpin UMNO bahawa “berbalah dalam UMNO adalah bab dalaman, masa tiba pilihan raya, kita akan bekerja secara pilihan raya, dan buktinya UMNO tetap utuh dan menang kerana kami boleh bersatu semula”. Lagi yang Mat Said kena fikir betul-betul ialah calon yang bakal dipilih ini nanti akan berhadapan dengan calon parti lawan yang sudah tentu juga dipilih daripada yang terbaik di kalangan mereka.
Yang pasti, P036 Kuala Terengganu bukan kawasan selamat BN, bukan juga kawasan mudah buat PAS / PR. Kerana Kuala Terengganu berkedudukan elit dengan pengundi-pengundinya juga banyak yang elitis itulah, makanya Kuala Terengganu sudah beberapa kali bersilih tikar antara Semangat 46, PAS dan BN.
2008 - P036 - RAZALI BIN ISMAIL (BN/UMNO)
2004 - P036 - RAZALI BIN ISMAIL (BN/UMNO)
1999 - P036 - SYED AZMAN BIN SYED MAT SAID NAWAWI (PAS)
1995 - P036 - DATO' ABU BAKAR BIN DAUD (BN/UMNO)
1990 - P033 - DATO ABDUL MANAN BIN OTHMAN (S46)
1986 - P033 - ZUBIR B EMBONG (BN/UMNO)
Apa-apa pun, umum sedang memerhati dan akan membuat analisis tersendiri bahawa jika keputusan PRK Kuala Terengganu tidak menyebelahi BN/UMNO atau merosaknya majoriti kemenangan BN/UMNO, ini menjadi penanda aras kepada BN/UMNO yang perlu melalui laluan sukar pada pemilihan raya umum yang ke-13 nanti dan begitu jugalah sebaliknya.
Ini adalah PRK yang akan menjadi tumpuan dan kerumunan semua orang. Masing-masing parti dan fahaman (UMNO terutamanya) ada suluhan politik dan sebab musabab tersendiri, peri pentingnya P036 Kuala Terengganu WAJIB dimenangi oleh mereka.
Pak Lah dan Mat Said serta semua pemimpin BN/UMNO Terengganu dan Kuala Terengganu rasanya sudah amat sedar perihal ini.
http://jaranganakmelayu.blogspot.com
30 Nov 2008
Zaid Ibrahim nafi sertai KeADILan? ~ Malaysiakini
SHAH ALAM, 30 Nov (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee terus mencetuskan persoalan mengenai faham
an politik mereka apabila muncul membuat kejutan di majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di sini semalam.
Bagaimanapun Zaid yang ditemui selepas itu tetap menafikan penyertaannya sebagai ahli parti berkenaan.
"Ya, saya masih ahli Umno, saya masih belum dipecat," katanya ringkas.
Jelas beliau kehadirannya ke kongres berkenaan kerana menerima jemputan dan atas dasar minat yang mendalam tehadap politik.
Ditanya sama ada kekerapannya yang dilihat sering menghadiri majlis-majlis anjuran parti pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana bagi menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, beliau tetap menidakkannya.
"Saya sekadar tunjukkan minat dalam politik...itu saja," katanya.
Menurut beliau, pakatan pembangkang bukanlah musuh namun sekadar kelompok masyarakat yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.
Diminta mengulas sama ada beliau sedar bahawa dengan kehadirannya hari ini akan menyebabkan Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata tidak takut mengenai perkara itu.
"Saya rasa saya tak takut mengenainya (tindakan), saya lebih takut akan kesihatan saya sekarang ini...saya tak berapa sihat," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Sallehuddin Hashim turut mengesahkan bahawa hingga kini PKR masih belum menerima sebarang permohonan kemasukan Zaid mahupun Yong.
29 Nov 2008
Zaid Ibrahim sertai KeADILan? ~ Malaysiakini
SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini.
Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato' Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang menunggu di dalam Stadium.
Beberapa minit selang selepas kehadiran Zaid, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut laungan reformasi.
Sebelum ini Zaid menjadi menteri yang mencetus kontroversi berikutan meletakkan jawatan dalam isu ISA.
Peletakan jawatan beliau menjadi tanda tanya hingga ada yang menyatakan kemungkinan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat.
Kongres pagi ini akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus beliau akan menyampaikan ucapan dasar kongres.
Suasana di dalam Stadium kini semakin sesak dengan kebanjiran perwakilan dan pemerhati selain pihak media yang membaut liputan penuh kongres KeADILan kali ini.
Seluruh kepimpinan KeADILan di peringkat pusat, Pemuda dan Wanita telah sampai dan sedang menunggu untuk perasmian.
Mat Sabu :Razali professional, atasi politik kepartian ~ Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.
"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.
Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan.
"Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya.
Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberikan jawapan yang bersemangat mengenai pendidikan di Dewan Rakyat.
"Selain sifatnya yang diakui ramai Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang sebagai baik dan berbudi bahasa, cara Ismail menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementeriannya juga menyebabkan beliau dihormati.
"Bila menjawab, beliau begitu bersemangat. Saya rasa hampir tidak pernah berlaku ahli-ahli Parlimen pembangkang bercakap dengan kasar kepada Ismail dalam Dewan.
"Mungkin ada, tetapi amat sukar diingati perkara sedemikian pernah berlaku," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Razali juga, kata Mahfuz, begitu komited untuk membina generasi muda yang berilmu.
Sebelum menceburi bidang politik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu adalah pegawai Kementerian Pelajaran.
Mohamad dan Mahfuz mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff dan keluarganya.
| P36 KUALA TERENGGANU |
| Jumlah Pengundi: 80,325 Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27% |
| 1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562) 2. Maimun Yusuf (Bebas) (685) 3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934) |
| Majoriti: 628 Jumlah undi: 66,112 Peratus mengundi: 82.31% Undi rosak: 931 |
| Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN) (Majoriti: 1,933 undi) |
Sudahkah Kelantan bersedia menerima pengunduran Nik Aziz? ~ Malaysiakini
KOTA BAHARU: Pengumuman mengenai pengunduran Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari arena politik bukanlah yang pertama dibuat olehnya kerana sebelum ini sudah beberapa kali beliau melahirkan hasrat itu atas faktor kesihatan.Berikutan itu, timbul isu di kalangan pemimpin Pas yang mula mempersoalkan selama mana Mursyidul Am Pas itu akan bertahan dan siapa akan menjadi penggantinya.
"Faktor ini menjadikan Pas mahupun rakyat Kelantan enggan memikirkankanya kerana di hati mereka tiada pemimpin yang sebijak dan merendah diri seperti Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selain berani kerana agama," kata seorang ahli Pas yang enggan menyatakan identitinya. Kesan pengunduran Menteri Besar itu, yang menerajui Kelantan sejak 1990, juga akan mempengaruhi sentimen penyokong tradisi Pas di Kelantan dan menggugat kedudukan Pas, katanya.
Isu pengunduran Nik Abdul Aziz, 77, timbul berikutan laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan "pada masa gemilang beliau" dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.
Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.
Reaksi daripada laporan akhabar itu Nik Abdul Aziz berkata beliau "tidak sabar" untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan dari Pas memintanya berbuat demikian.
Tetapi keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun.
Malahan bagi Setiausaha Politik Menteri Besar itu Anual Bakri Harun ketika dihubungi Bernama berkata adanya pihak yang cuba memburukkan nama Menteri Besar ketika waktu gemilangnya.
"Isu (pengunduran) itu tidak pernah timbul pada masa kini dan tiada siapa pun yang mahukan tok guru berundur. Laporan akhbar itu tidak tepat dan tidak profesional," katanya.
Perkara itu turut disokong oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat yang menafikan wujudnya desakan daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas supaya Nik Abdul Aziz berundur dari jawatannya.
Malahan beliau, yang juga ADUN Pulai Chondong, berkata pihaknya mahukan Mursyidul Am Pas itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama.
Begitu pun, masih ada pihak, yang berpayung di bawah Pas, meminta Nik Abdul Aziz supaya berani membuat keputusan tanpa menunggu desakan terlebih dahulu.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali percaya keputusan itu akan mendapat sokongan semua pihak kerana sebagai pemimpin yang tidak memiliki kesihatan yang baik, ia akan menjejaskan urusan pentadbiran negeri.
Ibrahim berkata, secara peribadi, Nik Abdul Aziz perlu mementingkan kesihatannya kerana ia juga ada kaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri. Mursyidul Am Pas itu memahami bahawa kudrat beliau untuk memimpin semakin berkurangan sehingga timbulnya desakan berundur dan golongan ini sebenarnya bukan tidak menghormati Nik Abdul Aziz.
Sebaliknya mereka bimbang pemimpin yang disanjung oleh penyokong Pas itu akan menjadi bebanan kepada parti tersebut kerana gagal mentadbir Kelantan dengan baik dan sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.
Menurut sumber parti, beliau mengakui selama ini Pas bertahan di Kelantan kerana Menteri Besar itu dan penyokong Pas Kelantan tidak melihat calon lain yang lebih layak untuk meneruskan kepimpinan ulama di negeri itu selain Nik Abdul Aziz.
"Jika beliau berundur, ia sudah pasti akan menggugat kekuatan Pas, apatah lagi sepanjang tempoh 18 tahun beliau tidak pernah mengumumkan atau menonjolkan barisan pelapis bagi menggantikannya," katanya. Namun kini Nik Abdul Aziz sendiri mengakui beliau mempunyai beberapa calon penggantinya tetapi enggan mendedahkannya dan beliau berharap penyokong Pas faham hakikatnya tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti kepada dirinya.
"Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika (Bekas Presiden Pas) Datuk Asri (Muda) dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti.
"Kalau saya sebut, bermakna hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan Pas. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," katanya.BERNAMA
Kuala Besut ‘Bandar Mati’ Di Musim Tengkujuh ~ Malaysiakini
Kuala Besut – Penganjuran acara-acara antarabangsa seperti Pertandingan Perahu Layar Piala Monsun yang sedang berlangsung di Kuala Terengganu dan Pertandingan Kuda Lasak yang baru tamat di Setiu, tidak membawa impak yang besar kepada kemajuan ekonomi rakyat.Tinjauan Buletinonline ke bandar ini beberapa hari lalu mendapati Kuala Besut tidak berubah dan tetap menjadi ‘bandar yang mati’, tatkala musim tengkujuh.
Keadaan Kuala Besut terlalu sunyi, amat berbeza dengan suasana beberapa bulan yang lalu ketika musim puncak dengan bunyi enjin bot yang keluar masuk di pintu muara.
Deretan kedai makan disepanjang laluan masuk ke jeti pelancong sibuk melayani pelanggan ketika itu, kini bertukar sebaliknya, dengan hanya sebuah kedai makan sahaja kelihatan meneruskan operasi.
Sementara itu, di hentian kereta sewa Kuala Besut, lebih lapan buah kereta sewa tersadai kerana tiada pelanggan.Seorang pemandu kereta sewa yang ditemui berkata, sehingga kini pendapatan mereka masih bergantung kepada kedatangan pelancong yang bercuti ke Pulau Perhentian.
Oleh itu, menurutnya, apabila musim tengkujuh tiba, pendapatan mereka merosot kerana pelancong berkurangan.
28 Nov 2008
Mawi: Mana bukti saya ahli PKR? ~ Malaysiakini
SHAH ALAM: "Mana ada? Mana bukti?," begitulah reaksi spontan dari penyanyi popular Mawi ketika diasak dengan pertanyaan benarkah beliau adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR), seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini."Masa bila...?. Lagipun tahun 1999, saya belum pun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?," jelas Mawi menafikan berita yang tersebar di laman web tersebut.
Mawi, yang ditemui di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi, terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu.
Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.
Dakwaan ini dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.
Zabidie, yang juga pembahas pertama mendakwa bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di Kulai.
Katanya lagi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.
Zabidie sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin yang bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat' dilaporkan berkata:
"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa menampal poster bersama kita."
"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya di hadapan 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.
Namun, menurut Zabidie lagi, nama Mawi tidak ada dalam senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini.
Difahamkan, nama Mawi disebut oleh Zabidie sebagai satu saranan agar PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.
Lewat petang tadi, Bernama melaporkan bahawa Zabidie pernah cuba memujuk jiran sekampungnya penyanyi Mawi menganggotai PKR tetapi Mawi enggan.
Menurutnya, Mawi memberi alasan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya selain memilih untuk bersikap neutral dalam politik.
Berita sebelum : Mawi tampal poster PKR
Gempar: Penipuan Pusat Perubatan Cakra Alam ~ Malaysiakini
Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata?
Saban tahun beribu-ribu pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Cakra Alam telah ditipu oleh Ustaz Arief yang licik ini.
Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata? Saban tahun beribu-ribu pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Cakra Alam telah ditipu oleh Ustaz Arief yang licik ini.
Baru-baru ini Sekumpulan Penyelidik dari Korea & Pakar Psikik terkenal James Randi mendedahkan tentang penipuan Pusat Rawatan Cakra Alam. Antara penipuan yang didedahkan adalah:
1) Rawatan menggunakan telur
- Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor.
- Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai, Ustaz Arif kata "kena guna telur ayam kampung"i. Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.
- Trick Penipuan - Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.
2) Rawatan cas elektrik
- Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan test pen boleh menyala lampu, menanda kan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil
- Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol bervoltan tinggi, tetapi tidak menyala.
- Semasa rawatan menggunakan telur, beliau tidak memakai selipar, tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar(Pelik bukan?). Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan.
- Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= 'kaki letak' dan Off = 'Kaki angkat'.
- Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat di dalam selipar tersebut.
- Trick Penipuan: Dalam selipar tu mengandungi barang electronic yang mampu membekal kan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia
http://www.apasaje.com/
http://video-politik.blogspot.com/
Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia
| P36 KUALA TERENGGANU |
| Jumlah Pengundi: 80,325 Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27% |
| 1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562) 2. Maimun Yusuf (Bebas) (685) 3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934) |
| Majoriti: 628 Jumlah undi: 66,112 Peratus mengundi: 82.31% Undi rosak: 931 |
| Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN) (Majoriti: 1,933 undi) |
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.
Difahamkan Razali, 59, rebah etika bermain badminton di institut itu.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.
Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.Allahyarham menghadiri sesi pemukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.
Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, ahang.
Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.
Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.
Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Wakil AMK: Mawi tampal poster PKR
Seorang perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa penyanyi popular Asmawi Ani, atau lebih dikenali sebagai Mawi, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.
Pembahas dari Johor, Zabidie Abas berkata, bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di negerinya.
"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat'.
"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya, disambut tepukan gemuruh daripada hampir 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.
Pembahas pertama itu yang tampil di pentas petang ini menyarankan PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.
Ditemui pemberita selepas pembentangannya, beliau berkata Mawi pernah bergiat bersama PKR dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.
Bagaimanapun, katanya, senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini tidak menyebutkan nama Mawi.
Cerita mengenai Mawi itu turut menarik perhatian seorang lagi perwakilan pembahas yang turut menyentuh perkara itu apabil tiba gilirannya naik ke pentas.
27 Nov 2008
Kakitangan Awam Akan Diberi Opsyen Semula Untuk Bertukar Ke Skim Pencen !! ~ Malaysiakini
PUTRAJAYA - Kerajaan telah bersetuju supaya opsyen semula diberikan kepada anggota sektor awam yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertukar kepada skim pencen dalam tempoh sebulan bermula 1 Januari 2009. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai perjawatan dan gaji pekerja-pekerja sektor awam itu adalah untuk memberi peluang kepada anggota sektor awam mengambil skim pencen yang akan mula berkuat kuasa 1 Februari depan. "Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi ex-gratia kepada ibubapa anggota perkhidmatan awam yang meninggal dunia berkuat kuasa 1 Januari 2009," katanya semasa majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam di sini, hari ini.Abdullah berkata, dua lagi keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah untuk membuat penambahbaikan terhadap skim pegawai siasatan, penolong pengarah siasatan dan pembantu siasatan bagi memperkasa kegiatan pencegahan rasuah dan pembanterasan jenayah. "Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut akan bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. "Bagi PDRM pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuat kuasa pada 1 Januari 2009," katanya. Abdullah berkata, selain itu, memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, TLDM dan PDRM dari aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan telah bersetuju supaya kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan pegawai lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkuat kuasa 1 Januari depan.
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
▼
2011
(11)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(1435)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (33)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
