Muslimat PAS diiktiraf dalam kajian Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai golongan dalam PAS paling baik.
11.00 pagi
Golongan muda meyakini sistem yang baik dalam PAS. Ia diiktiraf mantap dan bertamadun, kata Dr Abu Hassan Hasbullah. Namun ramai yang tidak mengenali ramai pemimpin.
Mursyidul AM PAS, TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, TG. Hj. Abdul Hadi Awang dan pimpinan yang lain berada di pentas utama Seminar Memperkasakan Parti yang berlangsung hari ini.
Dewan seminar Markaz Tarbiyah dipenuhi oleh peserta seminar dari seluruh negara.
Seminar Memperkasakan Parti sedang berlangsung pada hari ini di Markaz Tarbiyah PAS Taman melewar disini telah dipenuhi oleh peserta seminar sejak awal pagi lagi.
Presiden PAS, TG. Guru Hj. Abdul Hadi Awang dirasmikan kira-kira pukul 9.30 tadi. Seminar ini melibatkan semua peringkat pimpinan Pas dari kawasan, negeri dan pusat.
Terdapat beberapa sesi penting sepanjang seminar sehari itu. Pada sesi pagi akan menyaksikan Ucaptama dan perasmian oleh Presiden PAS dengan tajuk :" Memperkasa peranan PAS Dalam Memperkukuh Pakatan Rakyat Mendepani cabaran PRU 13" Selain itu terdapat Sesi Percambahan Minda dengan tajuk " Ulasan dan Unjuran Masa Depan PAS dalam Konteks Politik Malaysia dengan Ahli Panelnya, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari(UIA), Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah(UM) dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man(Naib Prsiden PAS).
Seminar juga memberi peluang kepada wakil-wakil negeri untuk membahaskan Ucaptama Presiden.
Sesi penggulungan pimpinan pula menampilkan Mursyidul AM PAS, YAB. Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberikan ucapan penutup.
Prsiden PAS membuka tirai Seminar pada hari ini dengan merasmikan seminar bersejarah itu
10.05 pagi
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang menyampaikan ucapannya dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan di Dewan Dato Fadzil Noor, di Taman Melewar dekat sini.
Memulakan ucapan dengan memetik ayatuj suci Al-Quran dari Surah Al-Maidah tentang sifat sebenar orang beriman di dalam menjalankan urusan perjuangannya sepanjang kehidupan ini.
Dalam erti juga dipetik sebagai, antara sifat orang-orang beriman itu mampu berhadapan dengan berbagai celaan orang yang mencela, golongan sebegini sahajalah yang akan dapat mencapai kemenangan.
Sifat-sifat parti Islam yang berbeza dengan parti lain yang Islam mereka tidak sampai ke hujung dalam masa sama menyedari perjuangan Islam ini tidak akan diberikan secara percuma.
"Parti Islam seperti PAS wajiblah memperkasakan parti secara dalaman dengan ilmu, akhlak dan kebijaksanaan politik dan mengajak semua pihak untuk bersama dan menyokong perjuangannya,"tegas Ahli Parlimen Marang itu.
KOTA BHARU, 5 Nov: Dakwaan kononnya kerajaan PAS Kelantan tidak membangunkan bidang sukan kini semakin jelas tersasar apabila pelbagai tawaran disediakan kepada pasukan 'Red Warriors' setelah berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia.
Tawaran mengerjakan umrah dan pengumuman cuti peristiwa pada Ahad ini secara jelas menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama memartabatkan sukan. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah Kelantan pengisytiharan cuti umum dibuat setelah mengambil kira kejayaan pasukan bola sepak di negeri ini.
"Pemberian cuti peristiwa dibuat setelah mengambil kira minat tinggi rakyat Kelantan dalam sukan bola sepak dan pencapaian pasukan 'Red Warriors'.
"Kerajaan mengambil kira aspek keselamatan penonton yang dijangka melebihi 50,000 orang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil Sabtu ini," ujar beliau di sini.
Pada perlawanan akhir tersebut Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan.
Kelantan buat pertama kali dalam sejarah melangkah ke pusingan akhir selepas membelasah Perlis dengan agregat 5-1 pada perlawanan separuh akhir.
"Kita sedar bolasepak ialah satu cara menyatukan seluruh penduduk tanpa mengira idealogi politik,"katanya.
Perlawanan separuh akhir pertama menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini turut mendapat sokongan padu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau juga menyampaikan cek kepada Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (Kafa) sebanyak RM5,000 sebagai insentif awal kepada pemain.
Biar pun kerjasama diberi kerajaan negeri, namun dalam banyak hal Kelantan diketepikan kerajaan pusat bagi membangunkan sukan di negeri ini.
Antaranya Menteri Besar tidak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sukan Negeri seperti di negeri-negeri lain.
Selain itu peruntukan bagi membaiki trek lumba lari di Stadium Sultan Mohammed Ke IV juga tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat.
Dalam perkembangan lain, rakyat Kelantan yang tidak berpeluang untuk menyaksikan aksi pasukan Red Warriors di Bukit Jalil Sabtu ini masih ada peluang mengikutinya di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.
Beberapa skrin besar akan disediakan di lokasi berkenaan untuk peminat bolasepak yang tidak berkesempatan ke Bukit Jalil.
Anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood berkata, peminat bolasepak boleh memberi sokongan kepada pasukan Kelantan dengan hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
"Mereka boleh juga memakai jersi atau baju warna merah sebagai tanda sokongan kepada Red Warriors dari jauh," ujar beliau di sini.
Beliau juga berharap peminat yang berkumpul di Dataran Stadium nanti tidak menimbulkan sebarang gangguan sehingga boleh menghalang lalu lintas.
"Saya juga berharap peminat bola sepak Kelantan yang akan ke Stadium Nasional di Bukit Jalil menjaga budaya tempatan yang terkenal dengan berbudi bahasa dan bersopan santun.
"Janganlah kita menjadi terlalu ghairah dan hendaklah sentiasa sabar di sepanjang menyaksikan perlawanan itu. Ini kerana kalah dan menang sudah menjadi adat pertandingan," katanya. _
Salinan surat jaminan bertulis yang diberikan oleh PGSM untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadap Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Bkt Mertajam (6 Nov 2009): Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menunggu sehingga jam 7 malam ini (6 November 2009) untuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
Kapal selam Scorpene pembelian dengan rakan kongsi Najib Altantuya tidak dapat berfungi dengan sepenuhnya setelah mengalami beberapa kegagalan untuk berfungsi di dasar laut. Agak pelik kapal selam tidak boleh menyelam.
Kapal selam yang baru dibeli dan baru sampai dikhabarkan dalam perjalanan ke Sepanggar tidak boleh menyelam di beberapa tempat. Ini menyebabkan kapal selam selam tersebut diiring oleh kapal pengiring. Ini kes yang agak pelik. Kapal selam tidak pandai menyelam.
Kapal selam malang itu diberi nama KD Tunku Abdul Rahman tetapi lebih popular di kenali sebagai ‘KD Altantuya’ dikalangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Apa dah jadi dengan kapal selam kebanggaan Najib Altantuya ini. Kapal karam pun boleh menyelam inikan kapal selam tidak boleh menyelam.
‘KD Altantuya’ dan sebuah lagi kapal selam dibeli dengan harga RM3.4 bilion dengan Perimekar meraih komisyen RM530 juta. Komisyen itu menimbulkan kontroversi kerana nilai kapal selam berkenaan jauh lebih tinggi dari kapal selam model sama yang dibeli oleh Chile dan India.
‘KD Altantuya’ mula dibina pada tahun 2000 dan sepatutnya berkeupayaan menyelam sedalam 100 hingga 200 meter ke dasar laut. Mungkinkah kapal selam itu takut lemas? Itu yang kena siasat. -wargamarhaen
KUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).
Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.(Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri”
Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.
Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).
Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS. BO
Hj. Sulaiman dengan jelas berhujah kepada kes-kes yang pernah berlaku di Sarawak, Kelantan dan sebentar lagi mengenai MB Daud Samad yang berlaku di Terengganu membuktikan seorang Menteri Besar yang hilang majoriti dibawa ke dewan untuk undi tidak percaya, dan beliau memohon supaya di bubarkan DUN pada masa itu untuk menyerahkan kepada rakyat Terengganu memilih semula.
Isu Royalti Petroleum: PM ‘berbohong’ kepada Dewan Rakyat dan Rakyat Kelantan – Soalan tambahan MP PAS Kubang Kerian kepada soalan asal No. 1. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tuntutan royalti minyak Kerajaan negeri Kelantan akan dibuat pembayaran oleh Petronas. [4 November 2009]
Terkini 9.45 am : Hj. Sulaiman membacakan peguam yang mewakili DS. Nizar
Ketua Panel Peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah membacakan senarai peguam yang mewakili Ds. Nizar antaranya peguam Ngeh, Philip, Chan, Hanifa Maidin, Leong, Amir Hamzah dan Zulkarnain.
Terkini 9.41 am : Penghakiman Bermula
Penghakiman bersejarah menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bila 5 hakim mengambil tempat masing-masing.
5 kerusi Hakim, menandakan lima Hakim akan memutuskan kes Menteri Besar Perak pada hari ini.
Semuanya dalam keadaan bersedia untuk menunggu jam 9.30 pagi dijangkakan penghakiman bermula pada pagi ini.
Turut kelihatan ialah Ketua Panel Peguam DS. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah dan peguam pencelah iaitu Peguam Negara Ghani Phatail. Ds. Nizar bersama dengan peguam Chan yang sampai pada jam 9.10 pagi tadi. Ramai wartawan yang menunggu ketibaan Ds. Nizar untuk merakamkan penghakiman yang bersejarah pada hari ini.
Mahkamah akan mendengar rayuan YB Hj Nizar hari ini di Mahkamah Persekutuan Putra Jaya. Bulan Mei lalu, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Beberapa jam lagi dari sekarang, mahkamah akan
Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop juga telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Nizar pada 19 Jun lalu bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan Nizar dan menetapkan rayuan didengar pada hari ini. Hj Nizar juga sebelum ini memohon kes ini didengar oleh 11 orang hakim, namun permohonannya ditolak.
Seluruh rakyat Perak menanti-nanti keputusan memihak kepada YB Hj Nizar. Kemenangan kes ini adalah kemenangan rakyat. Dengan kemenangannya nanti, Hj Nizar akan mengadap Tuanku bagi memohon perkenan pembubaran DUN Perak. YB Nizar tidak ada kepentingan apa-apa, beliau hanya mahu hak dan kepentingan rakyat yang telah dirampas oleh UMNO BN dengan cara yang cukup hina dan tidak bermaruah dikembalikan.
Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .
Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .