Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

19 Mei 2010

PRK Sibu Mengukuhkan Muafakat Pakatan, Melebar Pengaruh PAS.



(Gambar - Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Setiausaha Perhunungan, Haji Yahya Ali dan Renolong Setiausaha Haji Hanafiah Mat antara petugas PAS Terengganu yang berkampung di Hilir Nangka)

Gambar-gambar Hj. Wan Azhar Wan Ahmad, Yang DiPertua PAS Kawasan Besut. Sekitar ceramah perdana malam terakhir kempen di Markaz PAS Kg. Hilir, Sibu, Sarawak.

Bahagian 2 - Tembok Pemisah Islam-DAP, Bukan Islam-PAS, Semakin Runtuh.

KUALA TERENGGANU - Pemimpin BN tidak matang kerana tidak dapat membaca minda pengundi Cina dalam PRK Sibu.

Demikian dinyatakan oleh Dato’ Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS dalam sidang media khusus selepas PRK Sibu di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, semalam.


Politik Murahan Pemimpina BN Yang Tidak Matang

”Saya rasa tak cukup kematangan pimpinan Umno/BN, kerajaan, khususnya Najib, kerana dia (Najib) tidak boleh baca minda orang Cina (Sibu),”katanya yang menambah, BN mahu menjadikan Sibu seperti Hulu Selangor.

Najib cuba mengulang ‘politik murahan’ di Hulu Selangor dengan menawarkan ‘wang’ kepada penduduk semasa pilihanraya.

Pada 15 Mei, malam sebelum mengundi, Najib datang ke Sibu selama 3 jam, hanya untuk menjanjikan RM5 juta kepada penduduk Rejang Park, sekiranya BN menang.

”Dia (najib nak buat macam (kes) Felda Sungai Buaya dalam (PRK) Hulu Selangor, (penduduk) Felda Sungai Buaya memang makan (umpan), janji duit janji apa (saja) makan, tetapi (penduduk) Rejang Park tak makan,”ulasnya.

Keputusan pilihan penduduk Rejang Park menunjukkan majority lebih 70% menyokong DAP, walaupun setelah Najib tawar wang yang begitu banyak.

Pada PRU 2008, di Rejang Park BN – 854 undi, DAP – 1279 undi, dan pada PRK Sibu, BN menurun hanya mendapat 361 undi, DAP meningakat kepada 1600 undi

Undi Melayu Meningkat

Kesungguhan para petugas ‘mahir’ PAS mendapat perhatian dari pengundi Melayu dan menjadi motivasi kepada calon calon dan rakan Pakatan dari parti DAP.

Dato’ Mustafa berkata, Wong Ho Leng sendiri mengakui, walaupun beberapa kali bertanding di Sibu sebelum ini, beliau tidak dapat menembusi ‘konsentrasi’ besar masyarakat Melayu Melanu di Hilir Nangka.

”Calon DAP sendiri yang sudah beberapa kali bertanding mengakui inilh kali pertama beliau dapat masuk ke kawasan Melayu Melanau,

”(beliau) masuk bersama petugas-petugas PAS membawa beliau menemui para pengundi,”katanya.

Dengan adanya petugas PAS juga, calon boleh menunggu orang Melayu Melanau yang berugama Islam sewaktu menunaikan sembahyang Jumaat, dan bertemu serta bersalaman dengan merka.

Justeru, kesan dari peranan yang dimainkan oleh petugas PAS, telah berlaku peningkatan undi dikalangan orang Melayu dalam PRK Sibu.

“Dan ternyata berlaku peningkatan undi di kalangan undi Melayu kepada DAP, pada PRU 2008 DAP mendapat 256 undi, pada PRK Sibu meningkat kepada 344 undi,

”dari segi peratus, undi Melayu meningkat sebanyak 34% kepada DAP,”jelasnya.

Kesimpulannya, kata beliau, kempen perkaumanan dan agama yang sempit oleh BN tidak dapat lagi diterima oleh pengundi.

Tembok Pemisah Islam-DAP, Bukan Islam-PAS, Semakin Runtuh.

Dato’ Mustafa yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS merumuskan, halangan-halangan yang menjadi pemisah diantara bukan Islam dengan PAS dan orang-orang Islam(Melayu) dengan DAP semakin runtuh.

Penerimaan masyarakat Melanau kepada DAP dan tidak berkesannya kempen perkauman dan agama dikalangan masyarakat Cina di Sibu, membuktikan Pakatan Rakyat semakin diterima.

”Ternyata masyaakat Cina memahami hubungan dalam Pakatan Rakyat antara DAP, PKR dan PAS khususnya DAP dengan PAS, yang sering dilaga-lagakan oleh BN,”tambahnya.

Undi Pos ‘datang dari Langit’

Walaupun DAP memenangi PRK Sibu dengan majoriti 398 undi, yang dianggap kecil oleh sesetengah pihak, bagi Dato’ Mustafa, sebenarnya DAP menang dengan majoriti yang lebih besar

Ia adalah kerana, 398 tersebut telah ditolak dengan undi pos yang berjumlah 2323 yang telah dimenangi oleh calon BN.

”Maknya untuk mendapat majoriti 398 itu, DAP telah mendapat majoriti undi biasa hampir 3,000 (sebanyak 2651),

”bagi saya undi pos tidak menggambarkan sikap dan pendirian rakyat yang sebenar, undi pos ini, “undi yang didatangkan dari langit,”katanya sambil ketawa.

Beliau mengulangi, undi pos bukan undi sebenar rakyat tempatan, kerana melalui undi sebenar rakyat, sebenarnya BN telah kalah. BO

Pengawal Istana Kelantan yang parah ditembak, meninggal dunia

Pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang parah akibat ditembak penyerang tidak dikenali pada 1 Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), kira-kira jam 3 pagi tadi.

Allahyarham yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (HRPZ II) meninggal dunia selepas 19 ditembak di Kota Bharu.
Malam tadi, keluarga diraja Kelantan menyerahkan wang sumbangan RM100,000 kepada keluarga Allahyarham

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Sembahyang Dalam Pondok Tepi Sawah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxz2wFGOKOsaODVJG2aswzaIf8ZJndMLIbRk1JC2KSVnEubKcsxYWCF5bsiqADrdqfG36ug5TKBq30nf-9EQoY2oO_ix5IMMtdWMISVNTsGxaftXQdlHD_fzK4FTB-4-vQN7o4tF3yP94a/s1600/apalahtgna.jpg

Sebagai seorang islam mana2 pun boleh sembahyang,tentunya bukan hanya di masjid.Janji solat 5 waktu yang menjadi kewajipan umat islam perlu ditunaikan tanpa mengira dimana kita Jajarkan ke Tengahberada.Contoh yang baik dan mungkin satu dakwah oleh Tok Guru Nik Aziz,beliau menunaikan solat dalam pondok tepi sawah apabila sampai waktunya.
Mungkin beliau tidak mahu melengah lengahkan solat sebagaimana dituntut agama islam. Terharu gak tengok walaupun dah 20 tahun jadi MB tapi sanggup lagi sembahyang kat pondok tepi sawah. Satu contoh kesederhanaan yang masih di kekalkan Tok Guru.Bagaimana dengan kita? tentunya akan cari Masjid yang agak selesa siap ngan kipas lagi,lewat pun takpe janji waktu belum habis lagi. Betul tak ? entahlah,tepuk dada tanya iman..salam

Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.

17 Mei 2010

KPP jadi Dewan Himpunan Penyokong


PAS terus melebarkan sayap mereka apabila akan menaiktaraf Kelab Penyokong PAS (KPP) kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) setaraf dengan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

DHPP akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini hari ini berkata, PAs telah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya apabila berjaya menambah satu lagi sayap parti.

"Ini adalah satu sejarah yang PAS lakarkan dengan secara rasminya kita mempunyai satu sayap baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.
.
Menurut beliau yang juga pengerusi lembaga penasihat DHPP, PAS telah menyiapkan aturan dan peraturan yang membolehkan DHPP ditubuhkan.

"Kita telah menyiapkan aturan dan peraturan dewan himpunan penyokong PAS yang disediakan di bawah perlembagaan PAS. Dengan lulusnya dengan lulusnya aturan dan peraturan ini oleh mesyuarat jawatankuasa PAS pusat, membolehkan suatu dewan penyokong PAS ditubuhkan," katanya lagi.

Beliau juga berkata, dengan tertubuhnya DHPP, ahlinya boleh terlibat secara langsung dalam muktamar PAS, seperti juga dewan-dewan lain.

"Dewan ini boleh mengadakan mesyuarat agung, konvensyen dan sebagainya. Mereka juga akan terlibat dengan muktamar PAS dan akan diwakili oleh 15 orang pada muktamar termasuklah untuk muktamar terdekat pada Jun ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, dewan ini tidak terikat kepada mereka yang menyokong PAS sahaja, sebaliknya terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Namun ujarnya, apabila menyertai dewan ini, secara automatik mereka mesti mematuhi perlembagaan PAS.

"Kita tidaklah rigid mengatakan hanya mereka yang merupakan ahli kelab penyokong PAS sahaja yang boleh menyertai dewan ini.

"Kepada bukan penyokong pun boleh menyertai tetapi secara automatik mereka mesti taat kepada perlembagaan parti, sama juga seperti ahli parti," katanya.

Dengan tertubhnya dewan itu juga, tidak ada masalah untuk PAS meletakkan calon bukan Islam dalam mana-mana pilihan raya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS mempunyai keahlian seramai 20, 000 orang yang ditubuhkan sejak tahun 2005.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Kelab penyokong PAS, Hu Pang Cau, Timbalannya Balasubramaniam dan Setiausaha KPP Selangor, K. Deepakaran

16 Mei 2010

DAP berjaya rampas parlimen Sibu

10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

NONECalon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.

azlan10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

NONE"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

NONE9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

NONE

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130

7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136

Majoriti 3,048

7.40malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

NONE7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.


DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa
peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang:
Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33

NONE
5.00 petang:
Proses pengundian selesai.

4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.

4.30 petang:
Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.

BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18

Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.

4.20 petang:
Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18

Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang:
Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.

DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.

Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.

3.15 petang:
Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.

Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang:
Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.

NONE"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter.

"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."

2.50 petang:
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".

"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

NONE2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.

"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.

"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari:
Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.

DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari:
Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

NONE12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.

- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.

- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.

- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah NONEhari:
Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]

Shafie bagaimanapun menafikannya.

12.10 tengahari:
Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."

12.00 tengahari:
Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi:
Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

NONE11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi:
Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.

Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi:
Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi
Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.

"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).

"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.

sibu by election voting 160510 049.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi:
Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

sibu by election voting 160510 02Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.

"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

sibu by election voting 160510 03Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.


TERDAHULU

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

azlanManakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.

[Berita lanjut menyusul]


DAP MENDAHULUI 2,590 UNDI, HANYA 2,571 UNDI POS BELUM DIKIRA

Keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP akan memenangi PRK Sibu dengan majoriti yang sangat kecil.

Kedudukan terkini menunjukkan DAP mendahului dengan 2,590 dari keseluruhan undi biasa tidak termasuk undi pos. Seandainya BN memperolehi 100% undi pos berjumlah 2,571 DAP tetap akan menang dengan majoriti 21 undi.

Kita tunggu keputusan rasmi.

Dato Wan Aziz bertegang leher dgn calon DAP



Dato Wan Aziz bertegang leher dgn calon DAP ketika pengiraan Undi POS

8.20 PM :DAP - 18,211 BN - 14,267 Bebas - 138

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138


Majoriti - 3,944. Jika dicampur dengan undi POs sekalipun DAP akan menang jika majoriti undi biasa melebihi 2,600 undi

Setakat ini 103 saluran telah dikira tinggal 7 saluran dan undi pos belum dikira.

Semua pimpinan BN sudah meninggal pusat perjumlahan

8.10 PM : DAP - 17,120 BN - 13,841

8:10 pm:

DAP - 17,120
BN - 13,841
Ind - 137

Majority - 3,279


DAP Menang di sibu

SIBU: Keputusan undian terkini pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas penjumlahan 59 daripada 111 peti undi ialah DAP 8,409, BN 8,167 dan Bebas 101.

Rumah, Kereta Manickavasagam Disimbah Cat Merah

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang mendedahkan dakwaan amalan rasuah melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., syarikat pasir negeri Selangor Sabtu lalu, rumah dan keretanya disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

Ketika dihubungi pagi ini, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, beliau mengesyaki kejadian itu yang dipercayai sebagai satu ugutan serius terhadapnya berlaku selepas pukul 4 pagi tadi.

Selain itu kata beliau, satu nota yang dimasukkan dalam bungkusan plastik kecil, yang berbunyi “jangan campur isu pasir, nanti mati” turut ditinggalkan di pekarangan rumah.

“Nota ini dilipat dan dimasukkan dalam plastik dan dibuang ke pintu rumah,” kata Manikavasagam (gambar) , anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, kepada The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut, Manikavasagam berkata, beliau mengesyaki kejadian itu berlaku selepas 4 pagi tadi sebab ibu mertuanya tidak mendengar sebarang bunyi atau pergerakan orang di luar rumah setakat 4 pagi.

“Dia menonton program TV sehingga 4 pagi, tiada dengar sebarang pergerakan di depan rumah,” katanya.

Ekoran tindakan itu kata beliau, kereta Perdana V6 dan Toyota Estima disimbah dengan cat merah.

“Bahagian belakang kedua-dua kenderaan ini disimbah dengan cat,” kata Manikavasagam yang menyedari kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi.

Manikavasagam membuat laporan polis kelmarin mendakwa menerima panggilan telefon ugutan malam sebelum itu.

“Dua hari lalu saya menerima panggilan telefon mengugut saya, hari ini ugutan semakin serius dengan rumah dan kereta saya disimbah dengan cat merah,” katanya.

Menurut Manikavasagam, pihak polis sudah membuat pemeriksaan awal dan dijangka akan meneruskan siasatan mereka selepas ini.

“Ini kali pertama saya berhadapan dengan ugutan seperti ini dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam politik,” katanya.

Ahli Parlimen Kapar ini kelmarin menegaskan, beliau tidak akan memenuhi empat tuntutan Kumpulan Semesta termasuk memohon maaf dan menarik balik dakwaan amalan rasuah terhadap syarikat itu dalam tempoh 48 jam.

Sebaliknya, beliau mencabar syarikat pasir itu supaya membawa kes berkenaan ke mahkamah jika merasakan dakwaan bahawa tiga pegawai atasannya mengamalkan rasuah tidak benar.

Kata Manikavasagam, beliau mempunyai dokumen-dokumen untuk membuktikan wujudnya salah laku amalan rasuah membabitkan pegawai-pegawai atasan di syarikat berkenaan. Kumpulan Semesta mengemukakan tuntutan balas ini sehari selepas Manikavasagam mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut memintanya membuat laporan polis. Ekoran pertemuan kedua-dua mereka kelmarin Khalid berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk merujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).- TMI Gambar: BH

Gambar : Sekitar Hari Mengundi PRK Sibu



LAGI GAMBAR KLIK DISINI

PRK Sibu : Lebih 10,000 Hadir Ceramah Akhir Pakatan Rakyat


SIBU – Ceramah akhir ‘Grand Finale’ Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu yang diadakan oleh Pakatan Rakyat mendapat sambutan amat luar biasa.

Ceramah yang diadakan berhampiran Hotel Paramount meraih sokongan lebih 10,000 rakyat yang dianggap oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ‘pertempuran abad ini’ (Battle of The Century.).

Hampir semua penceramah ‘top gun’ Pakatan Rakyat hadi dan berucap termasuk Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau terus berucap apabila hujan turun dengan dipayungi oleh seorang petugas DAP (Gambar)

Lim Kit Siang sebelum ini menyatakan harapan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menang adalah 40 peratus sahaja.

Namun, pada malam akhir, dengan melihat lautan manusia yang membanjiri kawasan veramah tersebut, Lim berkata “sekarang menjadi 50/50, kita ada harapan untuk terus berlawan,”sebagaimana dipetik dari Laman Twitter beliau.

Sementara itu, Buletinonline mendapat panggilan dari Timbalan Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat yang memberitahu bahawa, ia adalah satu sejarah himpunan terbesar rakyat Sibu yang pernah diadakan.

Kira-kira jam 10 malam, beliau berkata, kehadiran orang ramai sudah melebihi 10,000 orang.BO

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.