Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

16 Mei 2010

Rumah, Kereta Manickavasagam Disimbah Cat Merah

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang mendedahkan dakwaan amalan rasuah melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., syarikat pasir negeri Selangor Sabtu lalu, rumah dan keretanya disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

Ketika dihubungi pagi ini, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, beliau mengesyaki kejadian itu yang dipercayai sebagai satu ugutan serius terhadapnya berlaku selepas pukul 4 pagi tadi.

Selain itu kata beliau, satu nota yang dimasukkan dalam bungkusan plastik kecil, yang berbunyi “jangan campur isu pasir, nanti mati” turut ditinggalkan di pekarangan rumah.

“Nota ini dilipat dan dimasukkan dalam plastik dan dibuang ke pintu rumah,” kata Manikavasagam (gambar) , anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, kepada The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut, Manikavasagam berkata, beliau mengesyaki kejadian itu berlaku selepas 4 pagi tadi sebab ibu mertuanya tidak mendengar sebarang bunyi atau pergerakan orang di luar rumah setakat 4 pagi.

“Dia menonton program TV sehingga 4 pagi, tiada dengar sebarang pergerakan di depan rumah,” katanya.

Ekoran tindakan itu kata beliau, kereta Perdana V6 dan Toyota Estima disimbah dengan cat merah.

“Bahagian belakang kedua-dua kenderaan ini disimbah dengan cat,” kata Manikavasagam yang menyedari kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi.

Manikavasagam membuat laporan polis kelmarin mendakwa menerima panggilan telefon ugutan malam sebelum itu.

“Dua hari lalu saya menerima panggilan telefon mengugut saya, hari ini ugutan semakin serius dengan rumah dan kereta saya disimbah dengan cat merah,” katanya.

Menurut Manikavasagam, pihak polis sudah membuat pemeriksaan awal dan dijangka akan meneruskan siasatan mereka selepas ini.

“Ini kali pertama saya berhadapan dengan ugutan seperti ini dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam politik,” katanya.

Ahli Parlimen Kapar ini kelmarin menegaskan, beliau tidak akan memenuhi empat tuntutan Kumpulan Semesta termasuk memohon maaf dan menarik balik dakwaan amalan rasuah terhadap syarikat itu dalam tempoh 48 jam.

Sebaliknya, beliau mencabar syarikat pasir itu supaya membawa kes berkenaan ke mahkamah jika merasakan dakwaan bahawa tiga pegawai atasannya mengamalkan rasuah tidak benar.

Kata Manikavasagam, beliau mempunyai dokumen-dokumen untuk membuktikan wujudnya salah laku amalan rasuah membabitkan pegawai-pegawai atasan di syarikat berkenaan. Kumpulan Semesta mengemukakan tuntutan balas ini sehari selepas Manikavasagam mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut memintanya membuat laporan polis. Ekoran pertemuan kedua-dua mereka kelmarin Khalid berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk merujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).- TMI Gambar: BH

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.