Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

20 Mei 2010

Kes Altantuya: Bala sedia temu SPRM Julai ini

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saksi utama dalam siasatan baru berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, menyatakan kesediaan untuk bertemu agensi itu di London Julai ini.
Meskipun SPRM dikatakan belum memberikan sebarang maklum balas selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kira-kira sebulan lalu, penyiasat persendirian itu sedia menemui SPRM dalam dua bulan lagi.
Sebelum ini Balasubramaniam (gambar) menolak syarat SPRM agar keterangannya diambil di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
“Ingin dimaklumkan bahawa Bala mahu interviu (sesi ambil keterangan) dijalankan di London sekitar bulan Julai ini,” kata peguamnya Americk Sidhu dalam satu kenyataan media.
Justeru, peguam itu menambah, Balasubramaniam juga mahukan kos penerbangan dan penginapan hotel bagi diri dia dan penguam-peguamnya dibayar balik oleh SPRM, dengan elaun makanan dan sara diri yang dibayar disediakan lebih awal

Selain itu kata Americk, pihaknya mahu sesi keterangan itu dirakamkan dan satu salinan video dibekalkan kepada Balasubramaniam.
Balasubramaniam juga harus dibekalkan satu salinan setiap dokumen yang dia akan diminta menandatangani, kata Americk lagi.
“Ini adalah satu permintaan yang munasabah,” katanya.
Americk memberitahu, syarat-syarat yang dikenakan ini tidak jauh berbeza daripada permintaan yang pernah dibuat sebelum ini.
Oleh itu katanya, pengesahan awal di pihak SPRM akan membantu memudahkan proses menyediakan kemudahan perjalanan dan penginapan.
“Kami mengharapkan respons segera SPRM agar isu yang berpanjangan ini boleh diselesaikan dengan segera,” katanya.
Awal bulan lalu Nazri berkata beberapa saksi telah diambil keterangan selepas pendedahan terbaru Balasubramaniam akhir 2009.
Akhir tahun lalu, Balasubramaniam yang mengejutkan ramai dengan membuat dua surat akuan bersumpah tetapi meninggalkan negara sejak itu menyatakan kesediaan untuk mememui SPRM.
Bagaimanapun pada Februari lalu, Balasubrmaniam menolak syarat SPRM agar dia diambil keterangan di kedutaan Malaysia di Singapura.
Selain itu SPRM juga mahu mengklasifikasikan segala koresponden mereka sebagai “rahsia” di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Syarat itu juga ditolak, kata peguam Balasubramaniam sebelum ini.
Balasubramaniam berada di luar negara sejak lebih setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai kes wanita Mongolia itu yang dibunuh pada 2006.
Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam menafikan akuan bersumpah pertama yang dibuatnya sehari sebelum itu.
Pada 4 Dis lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan dan menyerahkan rakaman temu ramah Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya dengan Datuk Seri Najib Razak kepada SPRM.
Balasubramaniam membuat pengakuan itu dalam satu wawancara dengan tiga peguam terkenal di Singapura tahun lalu.
Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual itu, beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.
Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor.TMI

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.