Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

18 Sep 2008

Sekitar Majlis berbuka Puasa PAS Kawasan Besut

MAJLIS BERBUKA PUASA PAS KAWASAN BESUT
PADA 17 SEPT 2008 DI DEWAN HAJI SALLEH, ALOR LINTAH


Tukang buat Air terkenal ; Yuhyi bersama sahabat2


Penganalisis 'kedai kopi' terkenal sedang berbincang isu politik terkini

Sedang membuat persediaan tempat

Ketibaan Tauke Minyak masak Cap Buah-buahan, Hj Yaakob Tahir

Ayah Do (Naib YDP), Hj Ibrahim (AJK Ulama') & Rahim (AJK Pemuda) sedang berbincang

Rahim sedang mengangkat air mineral @ kuih raya tu??

YDP PAS; Dato' Ust Husain juga menyediakan jaudah berbuka Puasa

Geng Tok Motong siap untuk bertempur....

Menunggu waktu berbuka puasa

Jual air mineral murah-murah ni.....tak ada nak beli ke??? Ada 3 botol lagi....
Ust Zul (SU Dewan Ulama') sedang buat ' possing' baik punya..


Blogger terkenal bersama Pengarah Iftar Kawasan; Ust Mohd Zain (Ketua Dewan Ulama')


Amin...Amin... Sedang mengaminkan doa yang dibacakan oleh YDP kawasan


Bila nak masuk Maghrib ni??


Selesai Solat Magharib berjamaah


Sedapnya lauk kat sini... Ayam Golek laa...


Makan...makan jangan malu.. . Nak tambah bagitahu..


Alhamdulillah...Syukur nikmatMu Ya Allah..


Lambatnya..cepat la dah berbunyi perut ni...


Senyap je...Sedang makan bang..


Mana lauk nye ni??? Ikan singgan je..

Zaid Ibrahim masuk PKR ~ malaysiakini

Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dibuat esok (18/9). 34 MP sudah pun menandatangani surat persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, khabar dari saudara mara yang bekerja dengan Angkatan tentera memberitahu bahawa semua cuti anggota tentera dibekukan dan semua anggota tentera diperintahkan tinggal didalam kem. ~ PerakExpress

* PEMUDABESUT:
Teringat semasa mendengar ceramah Tok Guru, MB Kedah & Ibrahim Ali di Padang PUTIK lebih kurang 3 bulan lalu.. Dalam ceramah itu, Ibrahim Ali pernah mempersoalkan Kenapa Tok Guru Nik Aziz pergi ke Rumah Zaid Ibrahim sempena kenduri kesyukuran lantikan menjadi Menteri JPM. Tok Guru menjawab persolan itu dengan kiasan pendek saja..

Rupa-rupanya ada 'hikmah disebaliknya' TGNA ke sana...

17 Sep 2008

Anwar buat rakyat Malaysia bodoh - Ibrahim Ali ~ Malaysiakini


Teman sempat tengok celoteh Ibrahim Ali dalam berita@bernama 502 pagi tadi. Berapi-api dia hentam Anwar. Dan tak kurang juga misi ke Taiwan oleh rombongan PKR yang dianggap lekeh oleh Ibrahim…

Ibrahim kelihatannya juga membuat kesimpulan bahawa pengambilalihan kuasa seperti yang dirancang oleh Anwar tidak demokratis. Ianya perlu melalui proses pilihanraya….mungkin Ibrahim pun tak setuju MP BN lompat….

Hmmm sejak bila pulak Ibrahim tak setuju orang lain lompat parti. Mungkin lompat melompat ni dia punya exclusive rights kot?

Teman dari dulu tak berapa setuju TGNA bagi chance kat mamat ni bertanding atas tiket PAS. Namun apa nak buat? Ini keputusan boss… teman bersangka baik aje masa tu…tapi dalam politik macam itulah. Macam-macam ada…

Ibrahim Ali memang political animal…menatang bewok..kata orang Kelantan. Teman kenal dia ni lama dah. Memang darah Umno macam Almarhum Ghafar Baba. Marah dia macam mana kat sesiapapun dalam Umno…pengabis hayatnya dia nak mati dalam Umno jugak…

Dia sekarang ni marah kat Pak Lah aje. Mana tak…Pak Lah gantung dia dari UMNO. Kalu Najib jadi PM dan Mahathir happy dengan Umno.. teman percaya mamat ni mesti masuk balik Umno. Tak percaya mike tengoklah. Afterall…masa zaman Mahathir dulu bukan main banyak dia dapat projek kat Pasir Mas. Projek ITpun bini dia dapat….

Baguih sangatlah Anwar tak ambik kira dia ni dalam proses ambil alih pemerintahan dari BN ni. Buat pening kepala aje….

Menatang bewok…. tajuk asal artikel yang saya tukar

http://www.tranungkite.net

Apa Muslihat ni ?? ~ malaysiakini


Apa muslihat Pak Lah tiba-tiba membuat keputusan tersebut tergesa-gesa.

Tindakan di atas tidak pernah berlaku di Negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan
kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?

Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk
menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?

KETIGA : Sebahagian dari PELAN MEMUJUK Najib supaya tidak menentang Pak Lah pada Pemilihan Umno Disember ini.

KEEMPAT : Pak Lah tak tahu tadbir negara. Ekonomi malaysia sudah teruk, terutama
Pasaran saham Bursa Malaysia. Dalam minggu ini sahaja, indeks komposit berada pada paras yang hampir memecah garis psikologi 1000 mata iaitu 1007.23 mata.

KELIMA : Sebahagian plan peralihan kuasa 2010

ATAU

17 Sept; SAPP 'lompat' Pakatan Rakyat? ~ Malaysiakini

Sini ada satu berita ingin dikongsi bersama,
Barisan Nasional - Sabah Progressive Party (SAPP)
telah menghadiri forum yang dianjurkan oleh DAP pagi ini,
Tidak perlu saya bercakap banyak, lihat saje gambar dibawah!
Lebih banyak info, sila tanya Perdana Menteri kita, Pak Lah (setakat ini)


Star ...Barisan Nasional’s rebellious Sabah Progressive Party (SAPP) showed its defiance by openly backing Pakatan Rakyat yesterday..... selanjutnya.

Berita berkaitan

17 sept: SAPP keluar BN?

17 Sept : SAPP Tentukan Kedudukan Parti Dalam Barisan Nasional Hari Ini

SEKARANG DETIK TERBAIK UNTUK ABDULLAH BERUNDUR SECARA TERHORMAT ~ Malaysiakini

Ura-ura Pakatan Rakyat (PR) mahu membentuk Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 hanya indah khabar dari rupa. Ura-ura tersebut kini jadi bahan gurauan dan jenaka. Impaknya amat negatif sekali kepada PR dan pemimpin besarnya.

Anehnya, perkembangan ini tidak pula menambahkan keyakinan rakyat jelata kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya, segolongan rakyat jelata, termasuk warga UMNO, kini berpendapat bahawa inilah waktu terbaik untuk BN sendiri menukar pimpinan nombor satunya supaya BN mampu memulihkan wibawanya dan memperkasakan semula jemaah perjuangannya demi menebus nama baik yang tercemar dan imej unggul yang tercalar akibat prestasi buruknya dalam PRU 12.

Persoalan pokoknya pada hari ini adalah: bila, siapa dan bagaimana? Bilakah pemimpin nombor satu kerajaan BN perlu ditukar? Siapakah yang akan mengambil-alih? Dan, bagaimanakah pula cara terbaik untuk melaksanakan pertukaran ini?

Banyak pihak, baik kalangan politik BN dan UMNO, masyarakat umum, rakyat akar umbi, kumpulan birokrat, kelompok teknokrat serta golongan akademik berpendapat bahawa Abdullah wajar mengundurkan diri sekarang – secara sukarela, secara terhormat dan secara serta merta. Waktu yang paling baik sekali adalah pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008 ini.

Siapa pula yang layak menggantikan Abdullah? Beberapa nama layak untuk dipertimbangkan sebagai pengganti. Antaranya adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Peluang Najib

Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO wajar dijadikan pilihan utama. Memang kebelakangan ini ada pihak yang kecewa dengan Najib kerana membisu dan seolah-olah sentiasa bertindak mengikut rentak dan kehendak Abdullah. Najib juga dikatakan kononnya sebagai pilihan yang tidak tepat kerana beliau sedang diselubungi oleh persepsi umum yang negatif yang tidak perlu dihuraikan di sini.

Bagaimanapun, banyak pihak pula menghujjah bahawa Najib adalah pengganti terbaik kepada Abdullah. Kenyataan Najib mengenai peralihan kuasa yang ditegaskannya tiga hari lalu pun sudah menghapuskan sebilangan besar persepsi umum yang negatif terhadap dirinya.

Kegembiraan dan penerimaan warga UMNO di atas kesanggupan Najib mengeluarkan kenyataan mengenai peralihan kuasa tiga hari yang lalu nampaknya bukan ilusi.

Rata-rata warga UMNO yang menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Najib di Putrajaya malam tadi mengatakan bahawa mereka memperolehi semangat baru untuk menyanggah Abdullah bila Najib sendiri sudah bersuara dengan jelas dan tegas mengenai formula peralihan kuasa berkenaan.

Warga UMNO ini meminta Najib tidak berganjak daripada kenyataan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008. Mereka juga berpendapat bahawa seluruh persepsi negatif akan hapus jika Najib berani bersuara menyanggah Abdullah.

Tetapi, jika Najib masih memilih untuk berdolak-dalik mengenai formula peralihan kuasa ini, pilihan kedua sebagai pengganti Abdullah adalah Muhyiddin.

Muhyiddin

Sejak PRU 12, Muhyiddin jelas amat konsisten dengan pendapat dan pendiriannya mengenai UMNO, BN dan rakyat jelata seluruhnya. Sehingga tiga hari lalu, Muhyiddin kelihatan seperti bertindak keseorangan dan tidak senada dengan Najib yang membisu.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai insan “lurus bendul” telah menegaskan berkali-kali bahawa beliau tidak akan “melangkah bendul” untuk membelakangkan Najib dalam hiraki kepimpinan UMNO dan negara. Ini bermakna Muhyiddin akan sentiasa mendahulukan Najib untuk menggantikan Abdullah dalam tempoh terdekat ini.

Tetapi, jika Najib dan Muhyiddin masih lagi was-was dan kurang keyakinan untuk mendesak Abdullah mengundurkan diri, pilihan ketiga adalah Razaleigh. Pemimpin veteran ini disifatkan sebagai satu-satunya tokoh yang mampu mengemudikan bantera perjuangan negara, terutamanya ketika dunia sedang melangkah ke era ekonomi yang muram dan suram ketika ini.

Kebelakangan ini Razaleigh dikatakan akan menerima sokongan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah memutuskan kembali semula ke pangkuan UMNO setelah berkelana sejak kira-kira empat bulan yang lalu.

Kini sampailah kepada persoalan bilakah kerajaan BN perlu menukar pemimpin nombor satunya. Mood pada hari ini membayangkan pertukaran ini perlu dilaksakan sekarang dan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Sebab-sebabnya tidak perlu dihuraikan di sini. Ianya rahsia terbuka yang sudah diketahui umum. Tetapi, matlamatnya adalah supaya pemimpin yang baru mempunyai waktu secukupnya untuk memperkasakan semula UMNO, BN dan kerajaan demi kesejahteraan rakyat jelata menjelang PRU 13.

Majlis Tertinggi

Lantaran itu, apakah pendekatan yang paling sesuai untuk mendesak Abdullah mengundurkan diri daripada UMNO, BN dan kerajaan? Setakat ini ada dua pendekatan yang jelas – menerusi Majlis Tertinggi UMNO atau menerusi bahagian-bahagian UMNO yang akan mengadakan sidang perwakilan masing-masing selama sebulan mulai 10 Oktober 2008.

Maka di sinilah relevannya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008 ini. Dalam mesyuarat ini Najib wajar mengulangi kenyataannya mengenai formula peralihan kuasa yang dihebahkan tiga hari lalu.

Suara Najib ini wajar didukung oleh majoriti ahli Majlis Tertinggi UMNO, khususnya seluruh Naib Presidennya, termasuklah Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Puteri.

Dalam menyatakan sokongan dan dukungan ini, wajar sekali ditegaskan tempoh bilakah peralihan kuasa itu perlu dikuatkuasakan supaya ianya boleh diendorse oleh mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian UMNO.

Tempoh yang paling ideal adalah 1 Januari 2009. Ini akan membolehkan barisan kepimpinan yang baru menerima sokongan rakyat jelata dengan azam baru ke arah menyemarakkan semula perjuangan BN menjelang PRU 13.

~kudakepang

Dr. Mahathir sertai UMNO hari ini? ~ Malaysiakini

Pak Lah, Sudah tiba masanya aku untuk kembali...

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bebas menentukan masa yang sesuai untuk beliau kembali ke pangkuan UMNO.

Menurutnya, beliau sendiri tidak pasti sama ada Dr. Mahathir akan menyertai parti itu esok seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

''Saya tidak ada maklumat tentang perkara itu kerana hanya dimaklumkan mengenai hasrat beliau itu minggu lalu. Berkenaan tarikh sebenar, saya tidak pasti.

''Perkara terbaik, kita perlu tanya sendiri kepada Dr. Mahathir," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Media anjuran kementeriannya di sini malam ini.

Ibu Pejabat UMNO dilaporkan belum menerima surat permohonan Dr. Mahathir untuk kembali semula ke pangkuan UMNO walaupun perkara itu telah dihebohkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dilaporkan berkata, pihaknya setakat ini menganggap ia hanya sebagai 'cakap-cakap' selagi tidak menerima surat tersebut.

16 Sep 2008

Esok 17 Ramadhan: Badar Al-Kubra

Badar Al-Kubra, kemenangan buat para pejuang

Esok 17 Ramadhan kita akan menyambut sambutan peristiwa Badar Al-Kubra. Peperangan Badar yang menyaksikan 313 orang mujahid hadir memburu syahid dan menentang kekuatan musuh Islam yang tiga kali lebih ramai dari mereka. Rasulullah memimpin bala tentera pertama Islam ini untuk mengukuhkan kedudukan Islam agar terpandang tinggi oleh musuh-musuhnya.

Alhamdulillah, Allah telah berikan kemenangan dengan janjinya bahawa;

“Dan barang siapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya puak atau pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”(Al-Maidah:56)

Maka siapakah kita untuk menafikan takdir kemenangan dari Allah ini. Jumlah yang sedikit bukan bermakna kita harus kalah. Semangat kita harus lebih tinggi dari jumlah fizikal kita kerana iman yang tersemat dalam hati sudah menempah rahmat dari Allah.

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah (kerana kamu sedikit bilangan dan kekurangan alat perang) oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya.” (Ali-Imran:123)

Oleh itu wahai sahabat-sahabat pemuda, kita harus terus bertaqwa dan bertawakkal pada Allah. Tiada jalan pintas untuk kita kecapi jalan keredhaan melainkan dengan memperkukuhkan keyakinan kita.

Jangan kita mabuk pada kemenangan dunia walhal kemenangan akhirat itu lebih manis ganjarannya.

Dalam suasana sekarang, sudah ramai yang menanam angan-angan untuk duduk sebagai peneraju rakyat. Namun tanggungjawabnya amatlah berat dan tanggungjawab kita dalam mencuci kebejatan penzalim itu bukanlah kerja yang boleh habis dalam sehari dua. Ianya akan berangkai sebagai sebahagian dari ekspedisi badar yang harus kita laksanakan.

Jangan kita hanyut dalam kekalutan sekarang. Kemenangan yang ada harus diurus agar ianya bermanfaat untuk Islam.

Ayuh! barisan pemuda Islam. Tegakkan kembali bendera badar, kerana kemenangan lain sedang menanti!

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)

Apa Tunggu Lagi? ~ Malaysiakini

1. Kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kini agak goyah setelah terdengar khabar bahawa Anwar Ibrahim kini telah mendapat sokongan lebih dari 31 orang wakil rakyat (Ahli Parlimen BN) yang dikenalpasti akan melompat ke Pakatan Rakyat. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkan jawatan?

2. Harga minyak mentah global kini telah jatuh menjunam pada paras USD$91 setong dari paras tertinggi USD$145 beberapa bulan yang telah lalu. Ianya secara mendadak menyebabkan kenaikan harga bahan bakar di Malaysia dari RM1.92 kepada RM2.70. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) akan menurunkan harga bahan bakar di Malaysia?

3. Khairy Jamaluddin (KJ) khabarnya mendapat sokongan lebih dari separuh perwakilan dari Negeri Perak untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Malah beberapa perwakilan khabarnya telah mendapat durian runtuh atas sokongan mereka ini. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Khairy Jamaluddin akan mengesahkan akan turut serta merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO?

4. Khabarnya hampir 70% peringkat akar umbi sedang mendesak Abdullah Ahmad Badawi membuat peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Razak sebelum November ini. Jika Abdullah Ahmad Badawi berdegil, maka November ini beliau pastinya akan tersungkur didalam pemilihan. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi akan membuat peralihan kuasa?

5. Tiga nama besar (Muhyidin Yassin, Tengku Razaleigh, Najib Razak) kini sebenarnya sedang bertarung sesama mereka untuk jawatan Presiden UMNO. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya rakyat (Ahli UMNO) dapat melihat taring sebenar tiga nama besar ini?

6. Anwar Ibrahim diberitakan telah berjaya mendapat mandat besar yang membolehkannya untuk membentuk kerajaan baru (Pakatan Rakyat). Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Pakatan Rakyat akan dapat beroperasi di Putrajaya tanpa berlakunya MAGERAN hasil usaha terakhir Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelamatkan diri?

7. Ekonomi negara sememangnya sedang menguncup dan ramai pelabur asing telah dan sedang dalam proses untuk membawa keluar pelaburan mereka dari Malaysia. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya akan ada usaha dipihak Abdullah Ahmad Badawi (jika beliau masih lagi memimpin Malaysia) untuk menyakinkan pelabur asing ini untuk meneruskan pelaburan di Malaysia?

“Selamat Menyambut Malaysia Baru”

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa -ISIS

Kemelut Pas: Kenapa Jadikan Anwar Sebagai Bala Pas ~ Malaysiakini

















SEDAR atau tidak sedar, setuju atau tidak setuju, projek 16 September kini menjadi seperti api dalam sekam memakan dan memamah keharmonian Pas selama ini. Projek itu telah menjadi bala kepada Pas meretakkan ukhwah sesamanya. Projek berkenaan yang sepatutnya tidak ada sangkut paut dengan Pas kerana ia adalah agenda peribadi PKR dan penasihatnya Anwar Ibrahim, namun kini menjadi isu yang mengeruhkan suasana dalam Pas.

Pas seharusnya memerhati dari jauh berhubung projek berkenaan tanpa menyusahkan diri dengannya. Pas boleh mengaut keuntungan daripada projek itu tanpa ikut sama mencelup tangan hingga sampai ke pangkal lengan dalam projek berkenaan. Cara itu lebih baik kerana kalau ia tidak berlaku Pas tidak akan terkena bau busuknya.


Gara-gara projek itu kini Pas semacam retak. Ada dua pendapat saling bertentangan berhubung dengannya. Satu pihak mempercayainya hidup-hidup kepada projek berkenaan dan satu pihak lagi menolaknya mentah-mentah. Kedua pihak ada sebab dan hujah tersendiri untuk menerima dan menafikannya.

Strategi politik
Pertentangan berhubung projek ini yang membawa kepada pertentangan kepercayaan bukan saja kepada strategi politik itu tapi membabitkan keyakinan kepada Anwar itu sendiri sedkit sebanyak terobek.

Ia semakin merebak apabila pertentangan itu bukan berlaku dari kalangan individu bawahan tetapi sudah terarah kepada pembentukan dua kelompok yang kontras dalam Pas; yang menyokong Anwar dan yang menentang Anwar.

Hari ini perwujudan kelompok itu sangat jelas dan sudah menjadi sebutan dengan berbagai nama ataupun gelaran. Kedua kelompok ini masing-masing membicara mengikut gaya dan keyakinan tersendiri dan tidak mahu bertemu untuk membincang secara bersama lagi. Ia juga menampakkan konflit sesama sendiri yang cenderung kepada keadaan yang meruncing jika tidak disedari segera kedua pihak.

Pergeseran dan perbezaan pendapat tidak menjadi masalah. Pas selalu mengalami pergeseran dalam mencari kesimpulan berhubung sesuatu isu. Tetapi kalau pergeseran kerana menegakkan batang tubuh manusia di luar parti itu ia menghairankan. Ia agak ganjil sedikit! Bila masa pula Pas bertindak menjadi NGO menjaga hak asasi seseorang?

Anwar adalah individu di luar Pas. Kenapa Pas harus menjadikan batang tubuhnya sebagai pemecah belahkan Pas? Beliau tidak ada kaitan dengan Pas. Sedangkan apa yang berlaku kini ialah disebabkan Anwar. Di sinilah kesilapannya dan menampakkan kurang matangnya siasah Pas.

Perkara ini tidak boleh disembunyikan lagi. Ia semakin ketara dan nyata. Walaupun ada pihak dalam Pas yang ingin mendamai dan menyembunyikannya namun tidak berhasil. Kerana kedua terlibat mempunyai pengaruh yang besar ke atas satu sama lain. Keyakinan dan ego (amarah) manusia menjadikan manusia lupa kepada amanah dan tanggungjawab perjuangan dan menjaga kepentingan ahli Pas.

Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo' Lo' Ghazali keduanya AJK Pas Pusat.

Dijadikan perkakas

Dan kelompok ini merasakan mereka merdeka dan menang apabila Musyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai memberi mata dan sedia membentangkan belakangnya untuk dijadikan perkakas usang oleh kelompok ini.

Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain.

Disebabkan Mustafa dilihat vokal dan menjadi penasihat politik Abdul Hadi Awang maka beliau dicap sebagai ketua di sebelah sini.

Jelas kalau dilihat kepada klasifikasi ini ia menggambarkan Pas kini sudah berpecah dua kumpulan dan di mana kekuatan kedua pihak kelihatan sama gagah kerana keduanya diketuai oleh pucuk pimpinan Pas tertinggi.

Pada dasarnya kedua kelompok ini ada hujah dan alasan kenapa mereka menolak dan menyokongnya. Namun sayang hujah dan alasan ini tidak dapat mempengaruhi di antara satu sama lain sebaliknya keyakinan ini mereka saling bertentangan.

Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu.

Daripada apa yang dilakukan, menjelaskan Husam seakan sedang menguji sejauh mana kehebatan dirinya dengan isu berkenaan. Cara beliau menggerakkan isu itu dan bermain politik dengannya seakan beliau sedang membuat persiapan untuk masa depan politiknya. Secara tidak langsung kini umum sudah melihat semacam ada perlumbaan pengaruh antara Husam dengan tokoh-tokoh tertentu dalam Pas. Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!

Demikian juga dengan kumpulan yang tidak yakin dengan projek berkenaan. Mereka tidak setuju bukan kerana projek itu projek Mat Jenin; tetapi kerana alasan-alasan lain yang sangat jelas dan konkrit kepada mereka. Di sini saya nampak mereka bukan tidak suka kepada projek berkenaan tetapi tidak boleh menerima sikap dan keperibadian pengilham projek berkenaan, Anwar Ibrahim.
Adapun mengapa mereka tidak bersedia menerima Anwar ialah kerana masalah peribadi yang dihadapi Penasihat PKR itu. Tuduhan liwat ke atas Anwar atau sejarah politik Anwar dizaman gemilangnya dalam BN dulu yang menghentam dan menganiaya Pas menyebabkan mereka sukar untuk menerima Anwar. Dalam erti kata lain gara-gara sejarah hitam dan parut itu mereka hilang penghormatan kepada Anwar.

Tikaman Anwar

Tentu berlain dengan mereka yang tidak mengenali Anwar dan baru mengenalinya seharian dua ini, tidak merasai betapa sakitnya tikaman Anwar terhadap Pas sebelum ini. Mungkin kesan dan sejarah itu menyebabkan mereka berhati-hati untuk menerima Anwar. Mungkin dalam hal ini bagaimana peritnya Nik Aziz terhadap Umno yang menendang Pas keluar BN mungkin begitulah juga peritnya kelompak ini kepada Anwar.

Apa yang berlaku ini walaupun melibatkan Anwar, penasihat PK itu tidak boleh disalahkan. Beliau tidak berdosa dalam hal ini. Anwar tidak memangil dan meminta secara rasmi agar menyokongnya. Pihak yang menyokongnya mahu menumpang tuah dan auranya. Mereka mengira Anwar boleh melakukan sesuatu termasuk meruntuhkan kerajaan BN yang menjadi harapan bersama.

Dalam menangani kemelut ini pada hemat saya Pas kurang berhati-hati dan tidak ceramat. Sepatutnya Pas selesai dengan cara baik dan tidak membuka ruang perbezaan dan konflit antara satu sama lain dengan lebih luas. Perselisihan itu berlaku menampakkan keretakan dalam Pas. Kematangan Pas selama 52 tahun juga boleh dipertikaikan.
Misalnya teguran Nik Abdul Aziz Nik Mat ke atas Mustafa Ali yang meluahkan pandanganya tidak percaya kepada projek itu tidak bijaksana. Nik Aziz sebagai Mursyidul Am tidak sepatut membuat teguran terbuka begitu dengan mengedarkan kenyataan akhbar mengkritik Mustafa Ali ke dalam blog dan internet.

Tindakan itu tidak fatanah dan bertentang dengan ciri kepimpinan para sahabat yang menjadi idola dan teladan pemimpin Pas. Nik Aziz agak emosional dalam melayani kerenah Mustafa Ali itu. Nik Aziz patut lebih menjaga kedudukannya sebagai Mursyidul Am di mana jawatan tertinggi dalam hirerki Pas daripada turut menjadi broker atau proksi kepada puak yang menyokong Anwar dan sanggup singsing jubah turun padang.

Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri. Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas.

Dalam apa juga keadaan dan berdepan dengan krisis dan perbalahan beliau tidak wajar berpihak dan patut berada di tengah. Jawatan Mursyidul Am itu sendiri adalah sebagai penasihat dan pemberi kata putus. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya apa lagi mengikut sentimen dan apa lagi kalau sanggup bercakap dengan menggunakan air liur orang lain.

Kini tidak ada siapa lagi yang boleh menjadi orang tengah dan penasihat yang adil dan dihormati dalam Pas apabila Mursyidul Am Pas sendiri boleh dipertikaikan keadilan dan tanggungjawabnya. Perkembangan ini agak malang bagi Pas. Dalam Umno dituduh berkecamuk, Pas juga nampaknya terikut sama bercelaru dengan bergaduh dan singgung menyinggung sesama sendiri sampai terselak barang dalam kain. Barangkali sudah begitu takdir Allah!
~ MSO

Mahkamah Persekutuan isytihar kerusi DUN Sanglang dimenangi oleh Hashim Jasin dari Pas ~ Malaysiakini

PUTRAJAYA 16 Sept. - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang di Perlis dimenangi oleh Pesuruhjaya Pas negeri itu Hashim Jasin.

Pada 18 Jun lepas, Mahkamah Pilihan Raya negeri itu mengisytiharkan kerusi DUN Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional Abdullah Hassan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim. - Bernama

SIDANG AKHBAR PENTING (2 PM) ~ MALAYSIAKINI

SIDANG AKHBAR PENTING

PADA : 16 SEPT 2008 (SELASA)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : IBU PEJABAT PKR (MERCHANT SQUARE)

Watch live video from anwaribrahim's channel on Justin.tv

Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan ~ Malaysiakini

Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.

Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.

Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

“Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato’ Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali.

http://www.harakahdaily.net

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.