Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

15 Sep 2008

17 Sept; SAPP keluar BN? ~ Malaysiakini

Persoalan mengenai status Parti Maju Sabah (SAPP) sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN), bakal terjawab selepas diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada 17 September ini di Ibu Pejabat SAPP di Kota Kinabalu.

Presidennya,Dato' Yong Teck Lee menjelaskan, keraguan mengenai kedudukan SAPP dalam BN akan diselesaikan selepas mesyuarat itu nanti.

"Berdasarkan suasana politik sekarang yang tidak menentu, Majlis Tertinggi SAPP bakal membuat keputusan pada 17 September itu nanti.

"Kita akan mencari keputusan dan melihat status SAPP dalam BN, sama ada BN yang akan membuat keputusan mengenainya atau dengan menyingkirkan keraguan dengan membuat keputusan sendiri,"katanya pada sidang media selepas menghadiri seminar anjuran Persatuan Peguam Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Sepanggar Dato' Eric Majimbun dan Ahli Parlimen Tawau, Dato' Dr Chua Soon Bui; Setiausaha Agung parti Dato' Richard Yong; Ahli Dewan Undangan Negeri Likas, Dato' Liew Teck Chan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Melanie Chia.
Menjawab soalan wartawan, Yong memberitahu bahawa keputusan itu nanti akan diumumkan dalam satu sidang media sejurus selapas mesyuarat itu selesai kira-kira pukul 5 petang.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.