Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

21 Mac 2009

Kedudukan YB Elizabeth Wong diketahui Rabu ini


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan akan mengadakan pertemuan empat mata dengan ahli exco dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong hari ini.

Menurut akhbar Sin Chew, menteri besar dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya sebelum jam 4 petang esok.



elizabeth wong crying sheding tears at her resignation offer pc 190209 01

Bagaimanapun, Bernama memetik Abdul Khalid memberitahu sidang akhbar semalam bahawa beliau akan mengumumkan kedudukan Elizabeth Rabu ini.

"Keputusan saya akan beritahu selepas saya jumpa Exco," katanya dalam satu sidang akhbar tersebut.

Apa juga pun,keputusan Abdul Khalid berhubung kedudukan Elizabeth dalam kerajaan negeri dan selaku Adun Bukit Lanjan sedang ditungguh pelbagai pihak.

Persoalannya ialah sama ada satu Elizabeth akan mengosongkan kerusi DUN tersebut dan satu lagi pilihanraya kecil diadakan.

Tiga pilihanraya kecil sedang menanti pada 7 April depan iaitu di Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Badang Air (Sarawak).

Elizabeth telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Lanjan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogelnya.

Cuti Elizabeth telah tamat Ahad lalu, tetapi kerajaan Selangor belum memutuskan kedudukannya sebagai exco dan Adun Bukit Lanjan.

Sebelum ini Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menyerahkan kepada menteri besar untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Elizabeth Wong ekoran penyebaran gambar intim tersebut.

Bulan lalu, Abdul menerima petisyen yang mengandungi 10,000 tandatangan tanda sokongan kepada Elizabeth.

Petisyen tersebut diusahakan sebahagian penduduk Bukit Lanjan sebagai tanda sokongan mereka kepada Elizabeth sebagai Adun kawasan tersebut.

Petisyen tersebut yang turut menerima tandatangan orang ramai melalui talian itu, dijilid kemas dalam sebuah buku.

Mengenai siasatan kes tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dilaporkan Rabu sebagai berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat perintah bagi memanggil teman agar tampil membantu siasatan.

Katanya, surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah itu telah diserahkan melalui bapa teman lelaki Elizabeth yang dikenali sebagai Helmi.

Polis telah mengambil keterangan bapa Helmi di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk membantu siasatan dan menyerahkan surat perintah itu melalui bapanya.

Polis sebelum ini mengesahkan Hilmi, 32, merupakan satu-satunya saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth awal bulan lepas.

Bagaimanapun, Muhammad Sabtu enggan mengulas mengenai tempoh yang diberikan polis kepada Helmi untuk tampil memberikan keterangan.

Fairus letak jawatan Timbalan Ketua Menteri

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah meletakkan jawatannya berkuatkusa 8 April ini.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang telah pun menerima surat peletakan jawatan peletakan tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebab peletakan jawatan Mohamad Fairus.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Mohamad Fairus atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya. - mStar

PRK P059 BUKIT GANTANG (12): Laporan Polis risalah fitnah.


BUKIT GANTANG :

Inilah gambar yang telah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang saya anggap sebagai provokasi dan fitnah yang sengaja ditujukan kepada pihak PAS khususnya dalam krisis kemelut perlembagaan di Perak.

Risalah ini telah diedarkan mulai dari hari ini dan setengahnya diletakkan dikebanyakan mesjid sekitar Parlimen Bukit Gantang. Kemuliaan hari jumaat pada hari ini telah tercemar dengan tindakan biadap pihak yang bertindak bacul ini.


Sesampainya saya di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning saya terus ditunjukkan risalah ini dan dengan segera saya menalipon Pengarah Jentera Pilihanraya, Hj. Asmuni Awi untuk tindakan segera melakukan laporan polis menafi dan meminta pihak keselamatan menyiasat siapakah yang berani mencetak dan mengedarkan risalah "jahat" itu.

Pada jam 5.30 petang saya siap memberikan laporan di Balai Pilis Changkat Jering dan pada jam 8.30 malam sekali lagi saya ke IPD Taiping memberi keterangan kepada pihak polis.


Bergambar dihadapan balai polis sebelum membuat laporan.

- DRS. KHALIL IDHAM LIM

Berita dan gambar... ABOdaily

Rakyat Melaka Desak Ali Letak Jawatan


Pakatan Rakyat telah membuat perhimpunan selepas solat Jumaat tadi untuk mendesak Ali Rustam letak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka



Gambar: Mutaligat

20 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (11): Perang saraf BEnd sudah bermula...

(17) ABO @ Bukit Gantang - Ini kerja orang BACUL' !!

Ketumbukan pasukan sukarelawan pemantau untuk memantau anjing-anjing jahat akan ditubuhkan bagi merakam, dan mengumpul bukti tepat di lokasi-lokasi panas, dan strategik bagi mengelakan kerja jahat seperti ini berulang-ulang.

Perkara ini akan dibincangkan dalam kadar segera. Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan pemantau ini sila hubungi wak. Syarat minima ada telefon berkemera. Jika ada e-Cam lagi bagus, dari ambik gambar burung, baik ambik gambar anjing-anjing yang membuat onar lebih baik dan berpahala. SMS ajer kat wak, wak nak tengok berapa ribu sukarelawan di Bukit Gantang yang benar-benar komited untuk berjuang.


Jijik kalau perang macam ini. Ciberboron baru sahaja menghantar mesej ke Bilik Media (2) menyatakan bahawa poster dalam bentuk risalah ini telah mula ditebarkan ke seluruh alam terutamanya di Pekan Trong, Pekan Simpang dan beberapa lagi kawasan di sekitar Bukit Gantang. Wak cakap, kaedah begini hanya orang bacul sahaja yang buat.

Betullah apa yang wak bualkan dengan sahabat wak, peperangan secara 'conventional warfare' sudah mula disisihkan. Kini jelas mereka mula melaksanakan CIW iaitu 'conventional insurgency warfare'. Dan dibawah ini satu contoh teknik peperangan yang dilaksanakan. Lontar batu sembunyi tangan.



Poster dalam saiz B5 barangkali, yang memaparkan gambar Mufti Perak dan Sultan Perak decetak serta digambarkan sebagai..,wak tak sanggup nak tulis..dah ada tu hangpa tengok sendiri ! Satu lagi provokasi yang dilakukan untuk memburukkan Pakatan Rakyat.



2 laporan Polis sedang dan telah di buat petang ini, yang melibatkan edaran poster jahat oleh mereka-mereka yang bangang sebanggangnya. Wak belum upaya untuk menuduh sesiapa yang berlindung di sebalik penyebaran jahat poster ini sekarang, biarlah Polis yang menyiasatnya. Cuma dalam fikiran wak, ia dibuat oleh gerombolan manusia yang berhati hitam dan jahat.

Tapi bila wak teliti, warna cetakan tulisan yang dipilih itu seperti selalu wak lihat, tapi di mana yaa ? Macam ada kesinambungan dengan warna tulisan dan logo satu pertubuhan politik. Jika hangpa dapat 'clue' , wak minta sangat, tolong beritahu wak..! Warna merah dan biru tua..isshh..!

updated jam 4.30 pm...

Dari laporan saksi, suspek yang menyebarkan risalah secara by-hand di perkarangan masjid jamek Trong itu serta turut menyebarkannya secara rawak, ala-ala tebar poster wayang zaman dulu-dulu tu ler beb! dipercayai dilakukan oleh individu melayu berumur dalam lingkungan 50an. Apabila saksi mendekati suspek, beliau dengan pantas melarikan diri.
Akan diupdate dari masa ke semasa...!

33

51

62

7

Sebahagian foto yang sempat diambil oleh krew bloggers BlogNet@Perak tengahari tadi.

~ ABO 2009

PRK Bukit Selambau - PKR Menamakan S.Manikumar

Malaysiakini : Bkt Selambau: Pilihan Anwar dibantah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.


Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa berusia 36 tahun, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) fasih pelbagai bahasa.

Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.

Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.

Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini dan 7 April sebagai tarikh mengundi serentak di Bukit Gantang Perak dan Batang Ai di Sarawak.

PPSMI: Slumdog Millionaire 'cabar' bahasa Inggeris?




Ada banyak sebab, kenapakah Slumdog Millionaire diangkat sebagai sebuah filem terbaik baru-baru ini.

Filem ini mengangkat kehidupan masyarakat miskin sebenar di India dan ia berbeza dengan filem-filem Hindi yang lain. Paling jelas, filem ini tidak diselangi tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yang banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ini.

Paling jelas, filem ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu.

"You don't have to be a genius," kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar kata Jamal.


Beliau sebenarnya bukannya pintar pun dan hal ini dibuktikan pada akhir cerita di mana beliau sendiri tidak tahu jawapan mengenai nama wira dalam The Three Musketeers, walaupun novel itu adalah antara yang dibacanya sejak zaman kanak-kanak.

Apa yang menyebabkan Jamal Malik mampu menjawab hampir keseluruhan soalan dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire itu?

Keperitan hidup
Sebenarnya, Jamal mengharungi segala keperitan hidup pada zaman kanak-kanaknya. Untungnya, pada setiap jalur kehidupan yang gelap itu, ternyata ada sahaja yang ada kaitan dengan pertanyaan hos rancangan tv tersebut.

"Di atas kertas wang Amerika $100, wajah siapakah yang tertera di atasnya?" tanya hos program itu.

Jamal termenung dan di ruang matanya, dia teringat zaman kecilnya ketika hidup menipu para pelancong di Taj Mahal. Bersama abangnya Salim, mereka mendapat upah yang banyak.

Di situlah Jamal mengenal mata wang Amerika. Dan, dia mengetahui wajah siapakah yang tertera di atas wang not $100 dollar Amerika itu ketika diberitahu rakannya yang telah dibutakan matanya oleh kumpulan penjahat.

"Benjamin Franklin," jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi kisah gelap dan cerita suram lagi kelam yang akhirnya gumpalan pengalaman itulah yang telah membantunya menjawab setiap pertanyaan yang sukar dalam kuiz tersebut.

Mungkin sudah terbiasa dengan penipuan dan hidup mengenal penipuan ini menyebabkan Jamal dapat mengelak daripada ditipu pengacara program itu yang cuba menjebaknya dalam tandas. Ketika rancangan itu berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada iklan, sang pengacara memberi jawapan salah di cermin tandas.

Jamal dapat menghidu niat pengacara itu yang mahu beliau kalah dan mahu menggagalkan harapannya memenangi 20 juta rupee itu. Melalui talian hayat, dengan penuh bijak, akhirnya Jamal dapat membebaskan dirinya daripada perangkap pengacara yang memberi beliau jawapan yang salah ketika mereka sempat berbual di tandas sebelum itu.

Kejadian itulah yang menyebabkan pengacara menganggapnya telah menipu. Program itu ditunda pada keesokan hari kerana soalan-soalan belum dapat dijawab semuanya. Dalam perjalanan pulang itulah Jamal diperangkap pengacara dengan meminta polis menyiasatnya di balai polis.

Dalam proses siasatan, dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruknya oleh pihak polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah bagaimana beliau pada akhirnya berjaya menjawab setiap persoalan tadi.

Pengalaman Jamal adalah kritik sosial ke atas masyarakatnya.Satu persatu riwayat hidupnya dikisahkan semula kepada pihak polis. Boleh dikatakan semua kisahnya telah menyebabkan pihak polis sendiri terpaksa akur dengan masalah negara mereka sendiri. Misalnya polis tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan antara penganut Hindu dan Islam di India.

Jamal dan abangnya Salim setelah menjadi yatim piatu akhirnya diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.

Ketiadaan sokongan sesama masyarakat ke atas anak-anak yatim di India menyebabkan beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan anak-anak yatim ini sebagai kumpulan jahat ketika mereka dewasa kelak. Inilah sebabnya kenapa ajaran agama menggalakkan pembelaan ke atas anak-anak yatim ini.

'Kritik halus' ke atas bahasa Inggeris
Slumdog Millionaire, selain itu telah mengangkat filem Hindi yang menggunakan bahasa Urdu ke peringkat dunia walaupun pemikiran rakyat India dan para pemimpinnya masih terbelenggu oleh penjajahan Barat.

Kejayaan filem ini yang 'gagal' dihidu pemimpin Malaysia ialah betapa filem Hindi akhirnya telah berjaya mencipta satu istilah baru dalam perbendaharaan Inggeris; iaitu Slumdog.

Hasil carian penulis ke atas slumdog di http://www.merriam-webster.com/dictionary/slumdog misalnya tidak membawa kepada apa-apa tafsiran ke atas slumdog.

"The word you've entered isn't in the dictionary. Click on a spelling suggestion below or try again using the search bar above," demikian petikan kamus maya Merian Webster daripada internet. Sebagai gantian, Merriam Webster menawarkan pengguna menyemak 14 istilah sebagai gantian ke atas istilah 'slumdog' yang tidak dijumpai itu.
1. slummage
2. sun dog
3. slumdom
4. slummock
5. slumgum6. psalmody
7. smudge
8. semilog
9. smoodge
10. sandhog
11. slammock
12. psalmodic
13. semology
14. Sumgait

Rakyat India yang kuat asuhannya dalam pengajaran aliran Inggerisnya, telah berjaya 'memaksa' penjajah mereka, manusia Barat untuk akhirnya menerima satu ungkapan yang asalnya tiada dalam perbendaraan kata dan istilah mereka sebelum ini. Antara buktinya, Slumdog Millionaire mendapat pengiktirafan filem terbaik dalam Grammy Award!

Apakah Finas dan lain-lain lembaga perfileman kita mampu mencapai ke taraf itu? Kalaulah Menteri Pelajaran pun masih gagal mencari helah guna mengolah jawapan yang meyakinkan rakyat betapa PPSMI itu amat berguna maka jangan haraplah bahasa Melayu kita akan mampu berpencak di peringkat antarabangsa itu!

Lebih RM3 bilion untuk PPSMI!?
Perkembangan terbaru, sekitar RM3 bilion diperuntukkan oleh kerajaan bagi menjayakan PPSMI ini. Ini bermaksud, kalau para guru dan pelajar yang menderita akibat dasar PPSMI ini mahu kerajaan tidak kerugian agar PPSMI dapat dimansuhkan, mereka perlu memenangi sejumlah wang besar berkali-kali dalam rancangan Who Want's To Be A Millionaire untuk membayar semula kerugian kerajaan Malaysia itu.

Mungkin kita perlukan tukar sedikit istilah daripada Millionaire kepada Billionaire untuk segera menyelesaikan masalah ini. Ini kerana, Hishammuddin Hussein, Kementerian Pelajaran dan kerajaan takut kerugian wang dalam masalah pelajaran.

Dalam segi lain pula, sepupu Hishammuddin, Najib Razak selaku Menteri Kewangan tiada masalah pula menghanguskan wang RM1 juta untuk pembangunan Golf Remaja.

Hai.. Entahlah.. Apa nak jadi dengan kedua-dua adik-beradik sepupu sepapat ini?

19 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (10): Ribuan di Ceramah DSAI & DS IR Nizar...

SMS dari tapak ceramah..

10.59 pm : Sekarang DS Ir. Nizar sedang berceramah. lebih kurang 8000-10,000 orang datang mendengar cermah malam ini. Mereka berpusu-pusu ke tempat ceramah walaupun tempat ceramah di alih di saat-saat akhir. Mereka dikatakan rela berjalan kaki untuk ke tapak ceramah kerana terpaksa 'parking' sejauh 6 km...


11.18 pm : DSAI sedang beri ucapan...

11.29 pm : DSAI sedang memberi ucapan berkisarkan kecelaruan kerajaan BN, Rasuah & Najib, adakah PM selepas ini???

PPSMI : Apa Hasil Pertemuan Pemimpin GMP dengan Dato’ Hishamuddin?

Abdullah Hassan : Hasil pertemuan dengan pegawai tinggi KPM

Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran
Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran
Pada hari Khamis 19 Mac, Dato' Hishamuddin memanggil Dato' Dr. Hassan Ahmad (Pengerusi GMP) dan SN Dato' A. Samad Said (Penasihat GMP) supaya datang dan bertemu dengan beliau di Putrajaya.

Apakah hasil pertemuan itu?


Inilah teks SMS yang kita terima dari Dato' Hassan Ahmad:

"Dia (Hishamuddin) tak jelas, pusing-pusing, cuba pujuk dan merayu jangan berhimpun dan lain-lain. Avoiding the issue (lari dari siu), jadi kami (Dato' Hassan dan Dato' A Samad Said) tetap terus (teruskan GMP). Dia nampak takut, tapi dia sambut cukup mesra, macam dignities (orang kenamaan). Isu tak selesai!"

Ini pula teks SMA yang kita terima dari SN Dato' A Samad Said:

"Saya jelaskan sikap saya yang akan terus berceramah tentang GMP di mana-mana pentas."



PTS

PRK P059 BUKIT GANTANG (09): Gambar FRU berkawal di tempat ceramah

Gambar polis halang ceramah yang tidak jadi, macam nyamuk serang kelambu tidak berpenghuni.

BUKIT GANTANG : Sebelum sembahyang maghrib sebentar tadi saya sempat untuk mengambil gambar suasana di hadapan tapak ceramah yang dihalang oleh pihak keselamatan. Kelihatan hampir 30 kenderaan yang mengangkut pasukan keselamatan bagi mengawal ceramah yang tak jadi itu.

Dianggarkan lebih dua ratus orang polis dan FRU mengadakan kawalan yang ketat di sekitar tapak ceramah di Simpang, Jalan Kuala Kangsar, yang telah dilarang oleh Polis dengan kenyataan pihak berkenaan permit tidak dibenarkan.

Kelihatan deretan kira-kira 30 kenderaan yang tertulis PDRM berwarna merah , hitam dan kereta biasa yang mengangkut mereka yang bertugas diletakkan disepanjang jalan berhampiran tapak ceramah itu.













PRK P059 BUKIT GANTANG (08): Trak Water Cannon FRU ke tempat ceramah malam ni terbalik


News terkini yang wak terima dari rakan blogger sebentar tadi menyatakan bahawa berlaku kemalangan teruk yang melibatkan 6 buah trak FRU dan 3 buah kenderaan Water Cannon Polis dimana difahamkan konvoi tersebut dalam perjalanan ke Bukit Gantang. Sebuah kenderaan Water Cannon telah terbalik, dan beberapa anggota FRU dipercayai cedera.

Dari sumber sohih yang wak terima pada jam 5.15pm terus di Bilik Media ke-2 ini, menyatakan bahawa konvoi yang terlibat itu adalah dalam perjalanan ke lokasi ceramah yang akan dihadiri oleh DSAI dan MB Perak yang sah iaitu YAB DS Nizar.

Walaubagaimanapun permit majlis ceramah itu tidak diluluskan oleh pihak Polis. Malah Polis juga telah memberi kata dua,

..Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak berkata perhimpunan di tempat itu tidak sesuai kerana ia berhampiran dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan ataupun menyertai perhimpunan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Raja Musa berkata bagi mengelak sebarang kejadian, anggota polis akan ditempatkan di kawasan itu...Oleh kerana itu tapak ceramah telah diubah dan ditukar ke lokasi terbaru iaitu di Bukit Cempadak, 3 km dari Simpang Changkat Ibol. Difahamkan juga konvoi FRU yang terlibat dalam kemalangan teruk itu sedang dalam perjalanan ke kawasan yang wak sebutkan.

Sumber yang tiba pada jam 5.40pm :

Terdapat 8 trak FRU kini berada di susur keluar TOL Changkat Jering. Sekatan Jalanraya juga sedang giat dibuat oleh pihak berkuasa. Sumber ini diperolehi dari blogger Sya-Reformis yang baru sahaja keluar dari Plaza TOL Changkat Jering.

Perhatian kepada Pelancong Politik !

Adalah dinasihatkan agar semua pelancong-pelancong politik tidak menghampiri atau mendekati jalan ke Pekan Trong untuk ke Bukit Gantang. Sila cari jalan alternatif yang lain. Elakkan dari melalui jalan tersebut. Ini kerana disebabkan oleh kerja-kerja membaiki dan menurap jalan serta memasang paip air sedang giat dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengagalkan 'gimik mulut Najib' tentang 'projek mee segera'. Oi..yang dok tampal dan lebarkan jalan tu aper..? Najib bohong lagi !

Jika anda degil dengan makluman ini, sila sediakan minyak dan kesabaran tahap tinggi bagi menghadapi kesesakan teruk di jalan yang wak nyatakan itu. Maklumat ini disampaikan oleh MSK dan Perisik Rakyat yang kini sedang terkandas hampir 1 jam di kawasan yang dinyatakan. Sori wak, minyak keter cukup ker ? Kalau kering..hangpa tolong buang malu, tompang lori, wak ambik kat Tol Changkat Jering ! wakakakaa...!!
Ceramah Umum yang melibatkan Ketua Pembangkang, DS. Anwar Ibrahim dan YAB. Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang tidak mendapat kebenaran polis dengan alasan yang tidak munasabah di pindahkan ke Markaz PAS Bukit Cempedak.

Semasa melawat tapak ceramah yang tidak dibenarkan itu pada sekitar jam 5.00 petang tadi, didapati beberapa orang peniaga yang sedang mengangkat kembali barang dagangan dan membuka khemah masing-masing dipercayai untuk berpindah ke tempat ceramah yang baru.Kepada pelancong politik yang mahu ke tapak ceramah di Bukit Cempedak, sila ambil perhatian, cari jalan lain. Foto akan diupload sepenuhnya di blog Perisik Rakyat esok. ~ ABO

Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI

Satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati 98 peratus guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

ImageMenurut beliau, kajian ini dilakukan pada tahun 2004 ketika dasar PPSMI baru dilaksanakan itu dengan melibatkan 900 orang responden yang terdiri dari guru-guru dan pelajar serta dana sebanyak RM1,500 di seluruh Malaysia.




"Saya tidak hanya bercakap kososng mengenai perkara ini, saya minta soalan kajian ini diseludup ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tanpa mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan.

"Kalau pihak Kementerian tahu, pasti kajian ini akan disekat dengan serta merta.

"Walaupun ada suara sumbang mengatakan dasar ini baru dilaksanakan, tidak ada apa faedahnya membuat kajian kerana baru lagi. Ia mesti diteruskan," tegas beliau.

ImageBeliau berkata demikian dalam satu seminar hala tuju dasar PPSMI dalam dasar Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Teater, Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) pada 14 Mac lalu.

Hadir sama dalam seminar ini, Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Hasni Abbas; Timbalan GMP, Dr Shahril Zain dan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Program ini telah dianjurkan oleh Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).

Manakala tambah beliau, sebanyak 96 peratus orang guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.

"94 peratus tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris," tambah beliau.

Selain itu menurut beliau, 84 peratus orang pelajar mengatakan tidak setuju dengan semua pelajaran mesti mengunakan bahasa inggeris.

"Serta 75 peratus pula tidak setuju bahawa belajar sains dan matematik dalam bahasa itu tidak mendatangkan masalah pemahaman," katanya.

Oleh itu beliau berkata, mereka yang suka bercakap dalam bahasa inggeris, mencapai tahap yang baik, boleh berbincang dalam bahasa itu adalah mereka dari bandar dan Sekolah Menengah (SM) bukan Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK).

"SMKlah lubuk anak Melayu, SM merupakan sekolah campur dengan semua kaum ada di sekolah itu. Oleh itu, yang dapat untungnya ialah SM bukan SMK, itu lubuk anak Melayu.

"Dan yang malang dan yang tertinggal dalam dasar ini ialah pelajar luar bandar yang merupakan 70 peratus dari populasi rakyat Malaysia yang kebanyakkan anak Melayu," katanya.

PRK P059 BUKIT GANTANG (07):Ceramah DSAI & MB Perak malam ini ditukar.

Malaysiakini : Polis haramkan ceramah Anwar, Nizar

Mstar : Perhimpunan PKR di Taiping malam ini tiada permit - Polis


Ceramah Perdana DS Anwar dan MB Hj Nizar ditukarkan ke Bukit Cempedak. Ceramah ini terpaksa diadakan di sana kerana Pihak Polis tidak memberikan permit .Setelah rayuan dan berbincang dengan Raja Musa ,Ketua Polis Daerah Taiping memberi alasan gangguan lalulintas dan mengganggu ketenteraman awam.

Ceramah Dato Seri Anwar dan Dato Seri Nizar akan ditukar ke

19 MAC 2009 (malam ini)
Pejabat PAS Kawasan, Bukit Cempedak,Bukit Gantang.
9 .00 Malam ini

Semasa melawat tapak ceramah yang tidak dibenarkan itu pada sekitar jam 5.00 petang tadi, didapati beberapa orang peniaga yang sedang mengangkat kembali barang dagangan dan membuka khemah masing-masing dipercayai untuk berpindah ke tempat ceramah yang baru.Pihak Urusetia Pakatan Parlimen Bukit Gantang berharap masyarakat bertenang dan tidak mengganggu undang-undang.Pihak Urusetia meminta jentera pilihanraya terus bekerja tanpa rasa takut dan gentar berdasarkan undang-undang.

TGNA: Tolak kerjasama dengan Umno, patuh keputusan Muktamar




"Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," kata Mursyidul Am PAS, YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

18 Mac 2009

Jampi : Anwar Ibrahim bimbang keselamatan Pak Lah




sin chew daily report on pak lah cursed jampi table materials in umno building 180309Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Malaysiakini : Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?

bomoh

Tehran: Pemikiran Sekuler Alat Imperialisme Musuh - Hadi Awang

Ketua Partai Islam Se-Malaysia (PAS) Abdul Hadi Awang mengatakan, “Salah satu cara baru untuk melakukan penjajahan adalah dengan menebar pemikiran sekularisme.”


Berbicara dalam Konferensi Internasional Persatuan Islam ke-22 di Tehran, Abdul Hadi Awang menyebut Sekularisme sebagai alat imperialisme musuh. “Sebelum muncul krisis pemikiran dan partisan, umat Islam dahulu adalah umat yang bersatu,” jelasnya.

Ditandaskannya bahwa kemuliaan Islam adalah karena Islam itu sendiri dan kemuliaan umat Islam karena mengikuti ajaran agama ini. Jika umat Islam sadar tidak akan ada unsur asing yang dapat memengaruhinya. Islam adalah agama satu-satunya yang menyatukan umat manusia dan memerhatikan seluruh aspek kehidupan. Islam adalah agama yang menyingkirkan seluruh ideologi selainnya.


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Abdul Hadi Awang mengungkapkan, Islam tidak menentang kebangsaan dan kesukuan yang berbeda. Tetapi Islam menolak fanatisme terhadap kesukuan. Syariat Islam dan ijtihad menekankan soal persatuan, sehingga masalah furu’ tidak seharusnya menjadi pemicu lahirnya perselisihan. Dahulu Islam adalah kekuatan politik yang paling besar di kawasan. Dahulu musuh tidak pernah berhasil mewujudkan impiannya menguasai negeri-negeri Islam berkat kesadaran umat Muslim yang mencegah terlaksananya program musuh. Musuh lalu masuk dengan cara memisahkan penguasa dari rakyat di negeri-negeri Muslim.

Pemimpin PAS menambahkan, “Sangat disayangkan, sebagian pemikiran Barat telah menghambat umat Islam melaksanakan ajaran yang diyakininya. Di Barat dikesankan adanya perpecahan di antara ulama. Barat berupaya keras untuk mengokohkan agama Kristen meski di sana terdapat banyak sekali perpecahan.”

Paham sekularisme, menurut Awang, adalah pemikiran yang sengaja ditebar oleh musuh di negeri-negeri Islam. Abdul Hadi Awang di akhir pembicaraanya menyatakan bahwa umat Islam baik Sunni maupun Syiah sama-sama menantikan kedatangan Imam Mahdi (as) yang bakal menjadi poros bagi persatuan umat ini. - taghrib.ir (link)

PRK P059 BUKIT GANTANG (06): BBQ Mee banjir udang...

Muslimat sedang buat lawatan dari rumah ke rumah...

Walaupun ramai orang kata kami turun terlalu awal. Ini kerana Hari penamaan calon & Hari mengundi lambat lagi iaitu masing2 pada 29 Mac & 7 april nanti iaitu lebih kurang 20 hari lagi. Tetapi kami telah bermula.... bagi memastikan Islam mempertahankan Kerusi P059 bukit Gantang.


Tugas pertama kami ialah buat lawatan dari rumah ke rumah.Mengikut bacaan awal dari pemerhatian kami, penduduk sekitar UPU Bukit Gantang mahu berubah. Semasa kami membeli peralatan & persiapan BBQ semalam, kami cuba 'mencula' beberapa orang cina di Pekan Matang, Kuala Sepetang. Majoriti orang Cina yang kami cula terlalu marah kepada UMNO. " Kami akan tanam UMNO dengan kain kapan Bendera Dacing yang banyak dinaikan sekitar Bukit Gantang ini", kata Tauke Cina semalam.

Semalam juga kami berkesempatan ke Kedai Mee Banjir TV3. Fuh ramainya orang...Setelah menunggu 15 minit baru pekerja mengambil order. Dalam menunggu Mee sampai, Pok Ya berkata " ni tentu kedai UMNO"... "Kenapa pulak??" tanya PB. " Tengok la, semua pekerja kedai ni semua pakai pakaian yang tak cukup kain dan pakai pakaian adik di punya..". PB diam saja...

Selepas menunggu hampir 45 minit. Order kami sampai. Rasanya macam mee biasa-biasa saje....Cuma lainnya 'Selak Mee baru nampak Udang'.. Bilang-bilang 10 ekor udang.. Harga RM10.... Maknanya udang seekor seringgit. Alhamdullilah.

Tapi yang frustnya.. bila time nak bayar di kaunter, PB rasa nak muntah semula 10 ekor yang dimakan tadi bila lihat gambar Besar 'Imam Pertama Hadhari' tertampal di kaunter bayaran... Betullah kata Pok Ya tadi "Kedai UMNO rupanya..."

Selepas Solat Maghrib di Markaz UPU Bukit Gantang, kami terpaksa bertolak pulang ke Besut kerana seorang isteri rombongan periksa PTK. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar ke Program BBQ Pemuda UPU Bukit Gantang. Ramai juag pemuda yang sudah hadir walaupun program sebenar bermula selepas Isya'. Kami sampai di Besut lebih kurang pukul 12 tengah malam. BUKIT GANTANG kami datang lagi.......

Zaid: Rayu agong Tidak Perkenankan Najib Sebagai PM

Akhbar Malaysianinsider hari ini melaporkan Datuk Zaid Ibrahim telah membuat satu permohonan kepada Yang Dipertuan Agong untuk tidak memperkenankan perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, tetapi sebaliknya melantik orang lain dari Umno "bagi menyelamatkan dari tebing kehancuran."


"Seseorang perdana menteri mestilah seseorang yang menerima keyakinan dari majoriti rakyat. Untuk tujuan tersebut tidak sepatutnya ada di dalam minda kebanyakan rakyat bahawa, samada ia benar atau tidak, mengaitkan beliau dengan perkara-perkara yang mempunyai unsur jenayah, salahlaku, atau salahguna kuasa," katanya di dalam satu ucapannya hari ini.

Kenyataan Zaid ini tentunya akan memberikan tekanan ke atas Najib yang sedang mempersiapkan diri untuk mengambil alih kuasa sebagai presiden UMNO minggu depan dari Datuk Seri Abdullah Badawi dan sebagai perdana menteri minggu berikutnya

Di dalam ucapannya, Zaid juga merujuk apa yang dikatakan pelbagai masalah yang belum pernah dibawa oleh mana-mana pemimpin negara sebelum memegang jawatannya.

Dia telah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu sekalipun beliau telah menafikan dan tidak ada bukti untuk mengikatnya terhadap pembunuhan tersebut.

Populariti Najib cuma 41 peratus, mengikut satu kajian bebas oleh Merdeka Centre.

Zaid berkata bukanlah beliau bermaksud untuk melakukan sebarang tuduhan, namun beliau merasakan Najib bukan merupakan seseorang yang boleh diterima oleh rakyat.

"Rakyat begitu ragu, ditambah pula dengan pelbagai tuduhan yang tidak berjawab. Ia bukan satu perkara yang remeh di dalam fikiran rakyat apabila cabaran terbuka telah dilakukan oleh seorang ahli parlimen terterhadapnya baru-baru ini, timbalan perdana menteri tersebut memilih untuk berdiam diri," tambahnya.

Zaid juga menyatakann RM400 juta komisyen yang dibayar oleh Kementerian Pertahanan sewaktu Najib menjadi menteirnya untuk pembelian kapalselam, dan menyatakan Abdul Razak Baginda, seorang rakan karib Najib merupakan ajen di dalam urusniaga itu.

Pembunuhan Altantuya juga disebut oleh Zaid, yang menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan yang tak berjawab yang mana masyarakat awam perlu mendapat tahu mengenainya.

Beliau juga menyifatkan rampasan kuasa di Perak sebagai malapetaka yang bukan kecil.

"Orang awam sekarang menuduh beliau menggunakan taktik-taktik licik dan kotor untuk memperolehi kuasa.

"Dengan kesemuanya ini dan banyak lagi yang lain, bagaimana kita dapat mengelak dari perasaan gelisah? Bagaimana kita nak tidur dengan tenteram di malam hari?"

Zaid berkata sekalipun Perlembagaan menetapkan Agong dikehendaki melantik seseorang yang menerima keyakinan dari ahli-ahli parlimen, namun ia adalah hal yang tertaluk kepada penilaian baginda.

"Tidak ada kewajipan perlembagaan untuk Agong melantik presiden Umno sebagai perdana menteri.

"Masih ramai yang berkelayakan dari Umno yang boleh dilantik sebagai PM bagi menyelamatkan negara dari tebing kehancuran."

themalaysianinsider : Zaid urges King not to make Najib PM
Anwaribrahimblog : Ucapan Dato’ Zaid Ibrahim Di Rotary Club

Bekas Ketua DPPP Pulang Kerahmatillah

Al Marhum Al fadhil Ustaz Jaiz Anwar yang merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sessi 1968 - 1970 telah kembali Kerahmatillah di Hospital UCL London petang kelmarin [ waktu London ]

Al Marhum adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang ke 6 selepas [ Haji Ahmad Badawi ( jan 53 ) , Ustaz Haji Othman bin Abdullah ( ogos 53-56 ) , Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad (1956-1959), Ustaz Abu Bakar Hamzah (1959-1962 ) , YB Senator Ustaz Amaluddin Darus (1962-1966) , Ustaz Abu Bakar Hamzah ( 1966 - 1968 ) ]

Selepas al Marhum Ustaz Jaiz Anwar , jawatan Ketua Pemuda disandang oleh [ Ustaz Hassan Shukri (1971-1973), YB Ustaz Abdul Wahab Yunus (1973-1975), YB Tuan Haji Mustafa Ali (1975-1987), Ustaz Abdul Halim Arshat (1987-1989), Ustaz Abu Bakar Chik (1989-1999) , YB Datuk Haji Mahfuz Omar (1999-2003 ) , Yb Tuan Haji Salahudin Ayub ( 2003 - sekarang ) . ]
Dewan Pemuda PAS Pusat dan seluruh warganya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga al marhum atas pemergian seorang pejuang yang kini menetap di London semoga Allah meredhai dan mencucuri rahmatNya ke atas ruh al Marhum dan menggolongkannya dalam golongan hambanya yang soleh .

Al Faatihah .

Menteri Pelajaran hendak jumpa Dr Hassan & A. Samad Said

Petang semalam, pejabat Dato' Hishamuddin telah memanggil Dato' Dr. Hassan Ahmad dan SN Dato' A Samad Said ke pejabat menteri itu di Putrajaya.

Menteri Pelajaran itu tidak mahu berjumpa dengan lain-lain pemimpin tinggi GMP.

Dato' Dr. Hassan Ahmad memberitahu bahawa beliau dan Dato' A. Samad Said akan pergi ke Putrajaya.

Perjumpaan itu diaturkan pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.

(Macam ala-ala majlis makan tengah hari antara Abdullah-Anwar di Hulu Langat pula. Bezanya, dalam majlis Abdullah-Anwar, ada ulamak berjanggut di tengah-tengah. Bagi majlis Hishamuddin-Hassan, ada juga orang berjanggut di tengah-tengah - SN Pak Samad!)

Walau apa sekalipun niat, agenda (dan juadah yang dihidangankan oleh) Dato' Hishamuddin, dua orang pemimpin GMP itu akan teguh dengan sikap dan perjuangan GMP, yakni mahukan supaya negara kembali kepada dasar pendidikan sebelum 2003.

UNIKA PTS

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.