Gambar; EXCO PemudaBesut, Sdr Sarbani ditahan Polis
Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut mengucapkan Tahniah kepada Exco Dewan Pemuda PAS Besut kerana Allah telah memilih seorang Exco kami untuk menjadi Orang kena Tahan (OKT). Sarbani yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Publisti DPPKB ditangkap di Central Market kira-kira pukul 12.00 tengahari. Beliau ditangkap kerana menyimpan baju Anti ISA.... Cis baju hitam pun takut.. Sebaik dia ditangkap, beliau SMS kepada PemudaBesut berbunyi " Alhamdullilah, Allah telah memilih ana... Ana kena tangkap Polis". Tanpa membuang masa, aku menghubungi Pusat DEMO ISA bagi meminta bantuan. Setengah Jam kemudian, Ketua Pemuda Besut, Ust Zulkifli kepada aku bahawa peguam sudah dihantar bagi membantu. Jam 3 petang... SMS dari sarbani.." Ana ditahan di Balai Polis PGA Cheras". Aku forwardkan kepada AJK Pusat DEMO Isa & Ust Ketua Pemuda Kawasan. Kira-kira pukul 7 petang, Alhamdullilah Sarbani dilepaskan..TAKBIR TAHNIAH sekali lagi buat semua OKT termasuk 53 orang yang masih berada dalam Depo Tahanan di Bukit Jalil & 3 orang budak di IPD Cheras.
TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.
Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.
Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah.. Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.
Pendidikan/Latihan.
* Mendapat Pendidikan awal di Sek. Wan Mohamad Saman, Sg Korok, Alor Setar, Kedah.
* Dipilih memasuki Special Malay Class Di bawah Jabatan Pelajaran negeri selama 3 Tahun.
* Lulusan Senior Cambridge Pada Tahun 1965.
* Mendapat pendidikan Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam, Kedah sehingga tamat Tahun IV pada tahun 1968.
* Mengikuti Program Intensif Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Pada Tahun 1975.
* Mengikuti Kursus Pentabiran Umum di Kolej Pentadbiran & Latihan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia di Melaka Pada tahun 1977.
Pengalaman Berkerja :
* Pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.
Jawatan Dalam NGO :
* Pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
* Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
* Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
* Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.
Penglibatan Dalam Politik:
* Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
* Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
* Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
* AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
* Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
* Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
* Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
* Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
* Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - 2004 (Penggal Ke-10).
* Terpilih semula sebagai Ahli Dewan negeri Pulau Pinang dari 2004 - 2008 (Penggal ke - 11).
* Terpilih semual sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang. 2008 - (Penggal Ke-12).
Hari ini PEMUDABESUT akan ke Kuala Lumpur bagi menyertai OPS himpunan MANSUH ISA. Walaupun sekatan jalanraya telah dimulakan semalam. Kalau ikut pekiraan semasa ke BERSIH dulu... sekatan jalanraya bermula dari Bukit Yong, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Lipis, Raub dan Bentong.
Tak apalah itu kerja dia...AMANAH untuk OneMalaysia... Kami jalankan amanah kami untuk Ilahi...Bagi menghapuskan kezaliman... InsyaAllah selamat.. Jadi PEMUDABESUT tidak akan bersiaran sepanjang pegi KL nanti...
Sama doakan kami selamat pegi, selamat demo & Selamat pulang...TAKBIR....
Siapa 2 orang yang enggan bagi sampel DNA tu..? kalau ikut sejarah pemberitaan, kalau kena tang batang hidung Pakatan Rakyat, laju je keluar nama, ni nama tak sebut pun... apahal..?
IPOH, 30 July :- Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat yang sah, Sivakumar dan semua anggota jawatankuasanya kecuali Hasbullah dari BN sekali lagi tidak dibenarkan oleh sekitar 50 orang polis yang berkawal untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu di Kamar Yang Dipertua DUN.
Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dianggotai ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP), Sum Cheok Leng (Bercham-DAP) dan Hasbullah (BN). Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan memaklumkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan atas alasan jawatankuasa berkenaan tidak sah lagi.
Pada Isnin lepas, Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak turut mendapat halangan polis bagi mengadakan mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN secara tidak sah dan melanggar undang-undang dewan, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui 'sub-dewan' dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan.
Kumpulan ADUN Pakatan Rakyat yang diketuai Sivakumar akhirnya bersurai pada pukul 11.30 pagi selepas pelbagai usaha mereka gagal dan mendapat kawalan yang ketat oleh polis.
Kumpulan ADUN tersebut turut dinafikan untuk masuk walaupun untuk minum di kantin dan ke tandas .
Demikianlah suasana tegang pada hari ini yang menampakkan bahawa BN sangat takut kepada satu mesyuarat yang masih sah, kalau tidak seperti yang didakwa bahawa jawatankuasa hak dan kebebasan yang di ketuai oleh Sivakumar tidak sah lagi, biarlah mereka bermesyuarat walaupun beribu kali. Namun kenapakah ianya dihalang sedemikian rupa ?
Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:
1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan: a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
b. Masjid Jamek Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan
c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing) 2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA
3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan
Sekian,
Kamaruzaman Mohamad Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
Kira-kira 2,500 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar bangunan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat sini.
Penyokong-penyokong memegang kain rentang tertulis 'perhimpunan demi keadilan kepada pelabur-pelabur Maika Holdings' dan 'pulangkan hak kami'.
Perhimpunan tersebut diketuai Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Terdahulu, pada pukul 12 tengah hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu tiba di bangunan itu dan bertemu dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan untuk menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan Maikan Holdings. Kira-kira 50 anggota Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.
Selain penyokong PKR, kira-kira 300 penyokong MIC turut berhimpun melaung 'Pakatan penipu' dan memegang kain rentang tertulis 'Pakatan Rakyat aniaya penduduk Kampung Buah Pala, pulangkan tanah kami, Kampung Buah Pala'.
Pada ketika ini, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu.
Anak Samy Vellu, Vell Paari hadir di pekarangan bangunan MIC ketika itu.
Isnin lalu, Vell Paari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings berkata, beliau sedia untuk bertemu dengan sesiapa hari ini untuk menerangkan keadaan sayap pelaburan MIC itu.
Majalah Time kembali menampilkan 100 tokoh paling berpengaruh di dunia tahun 2008. Di antara 100 tokoh tersebut, terdapat 11 tokoh Muslim, mulai dari politisi, cendikiawan, sampai artis.
Mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia yang sekarang menjadi pelopor kelompok oposisi di Negeri Jiran, Anwar Ibrahim menjadi tokoh Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Dari 100 orang tokoh, ia berada di posisi ke-9. Disusul kemudian oleh pimpinan pejuang Syiah Irak, Muqtada al-Sadr pada posisi ke-13. Mengomentari masuknya al-Sadr ke jejeran 100 tokoh paling berpengaruh dunia versi majalah Time, mantan komandan pasukan AS di Irak, Letnan Jenderal Sanchez mengatakan, Sadr berhasil menarik simpati kalangan masyarakat miskin Syiah di mana ia berhasil memengan kendali stabilitas di selatan Irak.
Setiap tahun, majalah Time memilih 100 tokoh dunia yang dianggap paling populer karena telah mengubah dunia, menjadi lebih baik atau lebih buruk. Tahun 2008, adalah tahun kelima pemilihan 100 tokoh paling berpengaruh veris majalah Time. Dan tokoh yang menduduki posisi puncak adalah Dalai Lama, tokoh masyarakat Tibet yang saat ini kembali memicu kontroversi di kalangan akademisi dunia.
Sementara tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia antara lain, Madeeha Hasan Odhaib-satu- satunya Muslimah yang masuk dalam 100 tokoh itu-dianggap telah menjadi pelopor bagi kalangan Muslim di Irak.
Madeeha Hassan, 37, disebut sebagi 'Bunda Theresa dari Baghdad' karena perempuan mengabdikan seluruh energinya untuk membantu warga Irak yang menjadi pengungsi. "Sementara Madeeha masuk dalam daftar majalah Time, masih banyak perempuan lainnya seperti dia yang bisa ditemui di Irak, " tulis Ratu Rania dari Yordania mengomentari terpilihnya Madeeha.
Setelah Madeeha, Muslim yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia adalah Mehmet Oz, penulis yang juga seorang dokter bedah. Nama Oz yang keturunan Turki itu, beberapa tahun belakangan ini namanya sangat popoler dan media Amerika kerap menempatkannya di posisi pertama, dalam deretan dokter paling terkenal.
Setelah Mehmet Oz, ada Muhammad "Mo" Ibrahim pengusaha bidang komunikasi asal Inggris keturunan Sudan. Ibrahim, 61, menunjukkan kepeduliannya terkait pemerintahan yang bersih dan akuntabilitas institusi-institusi di negara asalnya. Untuk itu ia mendirikan Ibrahim Foundation.
Novelis Amerika berdarah Afghanistan, pengarang novel best seller "The Kite Runner", Khalid Hosseini juga menjadi salah seorang Muslim yang masuk dalam 100 tokoh dunia majalah Time, ia berada di ranking ke-66.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan mungkin dibawa ke mahkamah antarabangsa sekiranya rundingan secara "persaudaraan" dengan kerajaan pusat gagal mencapai kata sepakat.
Royalti minyak dari kawasan yang terletak di perairan Kelantan perlu diberi kepada kerajaan negeri dan bukannya diambil oleh kerajaan pusat sebagaimana yang berlaku sekarang," katanya ketika mengulas tuntutan RM1 bilion hasil royalti minyak itu. Isu itu timbul semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai baru-baru ini apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Husam Musa, menyuarakan hasrat untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat sebanyak RM1 bilion.
Nik Aziz berkata tidak ada sebab kerajaan pusat tidak memberikan royalti minyak itu kepada kerajaan negeri kerana kedudukan pelantar minyak jelas terletak di kawasan perairan Kelantan.
"Dari segi georgrafinya, dari segi faktanya, kalau Kelantan tiada hak, maka minyak dari pantai Kelantan hak siapa, Terengganu atau Thailand. Kalau tidak hak Terengganu, Thailand akan kata hak dia, ini bahaya kepada politik (negara)," katanya.
Nik Aziz berkata beliau berharap rundingan dengan kerajaan pusat akan diteruskan sehingga matlamat untuk mendapatkan royalti minyak tercapai.
"Kita berunding, kalau boleh secara mudah atau cara persaudaraan. Kalau tidak boleh berunding (kita) akan bawa ke mahkamah. Kalau tidak mahkamah di sini, ke mahkamah antarabangsa," katanya. Bernama
Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan Umno bahawa beliau menyokong kerjasama erat antara Pas dan parti perkauman itu.
Beliau yang kesal kenyataannya diputar-belit media pro-kerajaan berkata apa yang beliau tegaskan adalah memulihkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat supaya pemerintah memulangkan semula royalti minyak RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, serta melonggarkan sekatan ekonomi keatas negeri Pakatan Rakyat itu.
"Saya usulkan supaya hubungan antara dua kerajaan dipulihkan seiring dengan semangat Persekutuan," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata kenyataan yang dibuat ketika melancarkan Kelantan Fiesta 2009 telah disalah-erti. Mursyidul Am Pas itu mahu Kerajaan Pusat melangsaikan tanggungjawab kepada Kelantan, dan sekiranya itu berlaku, hubungan antara Kelantan dan Pusat akan beliau lanjutkan ke tahap yang lebih sihat.
"Ini bukan isu parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan kedua-dua parti. Ini adalah soal kerajaan negeri dan kerajaan pusat," tegas Nik Aziz menolak dakwaan media pro-kerajaan.
Kelantan menuntut royalti minyak diberikan, serta geran kewangan dan projek pembangunan tidak lagi disekat. Kelantan yang berada dalam kedudukan strategik di Laut China Selatan dan terletak 150km dari deposit gas minyak adalah antara negeri termiskin di negara ini.
Dalam satu permainan politik yang jelas, sejak kenyataan Nik Aziz diputarkan media perdana, pemimpin Umno-BN memuji Mursyidul Am Pas itu sebagai pemimpin yang warak dan tidak rasuah.
Nik Aziz berkata pendiriannya menolak sebarang kerjasama antara Pas dan Umno tidak berubah.
"Ini adalah permainan Umno. Bukan dari Pas," kata Nik Aziz
KOTA BHARU - Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.
Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.
"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja. "Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.
"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.
"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.
"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.
Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.
Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.
Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.
"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.
Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.
Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.
"Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.
"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.
"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya.Hrkh
Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
Perkara yang tidak dibenarkan
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.
Semasa perhimpunan dan perarakan
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas perhimpunan
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.
Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
Apa yang anda perlu buat jika ditahan
1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa yang anda buat selepas dibebaskan
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Perhatian!
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.
Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:"
Pergerakan Pemuda UMNO bersetuju untuk mengadakan wacana bersama Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) bagi membincangkan Adakah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Syariat Islam.
Ketua DPPP Nasrudin Hassan Tantawi berkata, persetujuan berkenaan telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin melalui surat kepada DPPP.
Katanya sehubungan itu, DPPP telah menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bagi membincangkan mengenai tempat, masa dan tarikh wacana berkenaan akan dilakukan. "Kita telah menerima jawapan persetujuan untuk mengadakan wacana ini daripada pihak Pemuda UMNO, maka menysuarat kami pada pagi tadi membentuk satu jawatankuasa teknikal yang diketuai oleh Kamaruzzaman Mohammad bersama dua anggotanya dan salah seorang daripadanya adalah Suhaizan Kaiyat.
"Mesyuarat kami juga bersetuju untuk menghantar surat bagi menyatakan pembentukan jawatankuasa teknikal kepada Pemuda UMNO dan meminta supaya pemuda UMNo menamakan seorang moderator dan kami juga akan menamakan seorang moderator yang akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa teknikal ini," katanya.
Sebelum ini DPP menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polimik di negara ini.
Nasarudin menyerahkan surat jemputan berkenaan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mewakili Khairy di lobi Parlimen 1 Julai lalu.
Terdahulu, jemputan DPPP ini menimbulkan pergeseran di kalangan Pakatan Rakyat yang tidak menyenangi jemputan berkenaan kerana tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam Pakatan.
PAS menganggap, ketidakhadiran Canselor, Sultanah NurZahirah ke majlis Konvokesyen Kali Pertama Universiti Darul Iman (UDM) adalah satu krisis besar yang melanda Institusi Pengajian Tinggi tersebut.
Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata ia adalah isu yang telah berpanjangan semenjak UDM ditubuhkan, empat tahun lalu.
”Sebelum ini tidak diadakan konvokesyen sejak tiga tahun berturut-turut, ini bukan perkara kecil, sebab bagi sebuah pusat pengajian (tinggi) kalau sudah tak dapat diadakan konvokesyen, maknnya ada krisis besar, ”dan bila dibuat konvokesyen, Canselor tidak datang,”katanya ketika ditemui selepas menutup Kursus Kewartawanan Islam 2009 yang diadakan di Maahad Tahidz Wal Tarbiyah disini, semalam.
Oleh itu PAS berharap kerajaan negeri Terengganu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat menyelesaikan perkara tersebut kerana ia merugikan kerajaan dan rakyat.
Menurutnya, akar umbi dari masalah tersebut adalah pengambilalihan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) oleh kerajaan pusat untuk dijadikan sebuah universiti.
Katanya, PAS telah lama menyarankan, sepatutnya didirikan sebuah universiti lain yang baru, sekiranya kerajaan mahu menubuhkan sebuah universiti dan mengekalkan KUSZA.
”Kita (PAS) telah lama mengatakan, kalau nak dibuat Universiti Darul Iman, buat yang lain, kekalkan KUSZA yang bersejarah, datuk kepada Sultan ni (Mizan) dulu pakai nama dia,
”ada Sekolah Menengah Rendah Ugama (Sultan) Zainal Abidin di Ladang, ada Sekolah Menengah (Atas) (Sultan) Zainal Abidin di Batu Burok, dan ada Kolej bertahap Universiti, KUSZA, tiba-tiba dihapuskan,”jelasnya yang juga Bekas Ahli Majlis KUSZA.
Katanya, walaupun UDM masih mengekalkan Kampus KUSZA di Gong Badak sebagai sebuah tempat pengajian, namun ianya adalah bersifat sementara, bagi menutup tindakan pengambilalihan KUSZA sepenuhnya.
Oleh yang demikian, beliau berkata, PAS menggesa kerajaan Pusat mengembalikan KUSZA kepada status asalnya.
”Kembalikan KUSZA kepada status asal dan buat (universiti) yang lain, (di negeri) Kelantan boleh buat yang lain, di (negeri) Pahang boleh buat yang lain, kenapa Trengganu tak boleh buat yang lain,”soal Ustaz Abu Bakar yang juga Bekas Ahli Majlis KUSZA.
Menurutnya, tindakan menyerahkan KUSZA kepada kerajaan Pusat yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh adalah satu tindakan yang tergopoh gapah, tanpa perancangan rapi.
”Dia (Idris) tergopoh gapah, dia nak buat sesuatu (hanya) nak ambil nama, (hanya) tujuan politik, tapi tidak ada perancangan dan persiapan rapid an lengkap,”tegasnya.
Beliau turut mempersoalkan, adakah kerajaan Terengganu pimpinan UMNO dan BN tidak mampu untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tinggi sehingga sanggup menyerahkan KUSZA kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
”Penyerahan KUSZA itu sendiri (adalah) perkara besar, bakpe (adakah) kerajaan Terengganu tak mampu sangat ?,
”masa kerajaan PAS (mentadbir Terengganu) pun, mampu (untuk mentadbir KUSZA),”katanya yang menegaskan semua kerajaan negeri-negeri lain mempunyai Pusat Pengajian Tinggi sendiri yang ditadbir dibawah kerajaan negeri masing-masing. BO
Demontrasi haram ini adalah berikutan tindakan SPRM yg campur tangan dalam isu rasuah wang/politik wang yang berlaku di dalam Umno ketika musim Pemmilihan Agung Umno (PAU) awal tahun lalu...menurut mereka, SPRM tidak perlu sibuk untuk menyiasat mana2 aduan dan kesalahan yg dilakukan pemimpin2 umno...
Fakta kes 2- Umno sokong SPRM
Namun kali ini, mereka tiba2 menukar 'rentak tarian' mereka dengan menyokong SPRM dlm melakukan siasatan terhadap kes rasuah exco negeri Selangor termasuk kes kematian mengejut Teoh Beng Hock..menurut mereka, pembangkang tidak perlu salahkan SPRM dlm kes ini, dan menyokong sepenuhnya tindakan polis dan SPRM menyiasat kes yg berbangkit ini...
Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .
Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .