Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

24 Okt 2009

Kenyataan penuh Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib


Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Harun Taib mengatakan tulisan di Blog Dato' Nik Abdul Aziz bukan tulisan beliau kerana tiada hujah Islam dan bukan cara Dato' Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am berhujah.

Beliau lebih berpendapat ada orang lain yang menjadi dalang menulis di Blog itu untuk mengayah PAS yang sekarang bersiap sedia untuk menghadapi UMNO pada PRU-13.

Dato' Harun juga berpendapat hujah yang mengambil pendapat jalanan adalah bukan hujah dan kaedah Islam dan memang tidak bersifat seperti yang beliau kenal dengan Dato' Nik Abdul Aziz.

Beliau akan memberikan kenyataan akhbar semula jika itu benar tulisan Dato' Nik Abdul Aziz apabila di tanya wartawan TV3.

Nik Aziz tetap mahu muktamar khas

KOTA BAHARU — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu. - BERNAMA

Pemuda Terengganu: Muktamar Khas Boleh Diadakan Sekiranya Menepati Peruntukan Dalam Perlembagaan PAS

Wavy Photo Effects
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu bersetuju supaya diadakan satu Muktamar, sekiranya ia menepati peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan PAS.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika dihubungi Buletinonline sebagai respon kepada perkara yang dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

”Kita tidak ada masalah, menyokong, sekiranya ia bertepatan dengan memenuhi kehendak menurut peruntukan perlembagaan PAS,”ujarnya.

Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan.

Fasal tersebut menyatakan lagi, maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.

Dato’ Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam posting terbarunya dalam laman weblognya www.blogtokguru.com. menyokong saranan seorang ahli akademik Dr Abdul Aziz Bari.

”Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16,” tulisnya, sebagaimana yang tedapat dalam lam weblog itu.

Tulisan Dr. Aziz Bari telah mendapat perhatian dan respon pro dan kontra dari beberapa pihak dalam PAS, termasuk dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Institut Kajian Polisi Negeri Terengganu (IKPNT) yang disiarkan dalam laman ini dua hari lalu.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Nor berkata Dewan Pemuda PAS Pusat akan memanggil satu mesyuarat segera bagi membincangkan perkara tersebut. BO

22 Okt 2009

Tok Guru Nik Aziz:PAS perlu Muktamar Khas Luar biasa?

Oleh : YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.



Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Demo Kepala Lembu, Laman MalaysiaToday disiasat



Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 22 Oktober 2009

Soalan asal No. 2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah status kemajuan perluasan perkhidmatan (roll out) Jaringan Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang dijalankan oleh Telekom Malaysia dan apa pula status peranan Jalur Lebar Nasional Sdn. Bhd. dalam projek ini. [22 Okt. 2009]

Sidang DUN Perak, ada usaha halang ADUN PR masuk awal - Nizar

Persidangan DUN Perak yang dijadualkan berlangsung 28 Oktober depan bakal menyaksikan nanti beberapa perancangan jahat mereka bagi menghalang Adun-adun Pakatan Rakyat memasuki dewan awal.

Semua pintu akan dikawal rapi, adun PR tidak dibenarkan membawa pengiring atau pelawat. Adun Pakatan Rakyat kemungkinan akan dibenarkan masuk dewan selepas pukul 10 pg, atau selepas semua Adun BN termasuk Speaker haram memasuki dewan terlebih dahulu.

Ada maklumat semua bentara dewan tidak lagi dari kalangan kakitangan pejabat SUK, sebaliknya mereka melantik orang-orang luar pejabat SUK. Kemungkinan Polis-polis yang berpakaian preman akan mengawal keseluruhan persidangan dewan.

Kemungkinan juga YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah akan dihalang memasuki dewan.

Semalam, difahamkan Ketua Polis Perak telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai langkah keselamatan di sidang DUN Perak. - Misbahul Munir Masduki

Gigit polis: Tian Chua hadapi hukuman penjara 6 bulan

tian chua and bersih parliament rally incident court hearing 180509Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis, dua tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberikan masa selama 14 untuk berbuat demikian.

Tian Chua, atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan haram di Parlimen, 11 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

21 Okt 2009

80 Peratus Kemungkinan Teoh Dibunuh


Mahkamah Inkues diberitahu ada 80 peratus kemungkinan Teoh Beng Hock dibunuh.

Pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunan mengumumkan kepada Koroner Azmil Muntapha Abbas bahawa penemuan ini dibuat berdasarkan kepada laporan bedah siasat dan gambar yang dikumpulkan dari tempat kejadian.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip .

Dr Pornthip adalah pengarah di Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailand.

Beliau adalah pakar dalam menyiasat kes-kes pembunuhan yang rumit, dan terbabit dalam operasi membedah siasat ribuan mangsa Tsunami 2006.

Beliau dilantik kerajaan negeri Selangor untuk membongkar misteri kematian mendiang.

Mengulas dengan lebih lanjut, Gobind berkata penemuan ini mengesahkan spekulasi yang berkisar sekitar misteri kematian mangsa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Pakar itu percaya ada kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri sebelum ditemui di tingkat 14 Plaza Masalam.

“Beliau telah membuat rumusan bahawa Teoh Beng Hock jatuh berkemungkinan besar dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ini membuatkan satu lagi tanda tanya dan sudah jelas dalam keadaan begitu mana mungkin beliau membunuh diri. Keterangan beliau juga cukup membawa satu kesan yang penting kepada pihak kami.Tujuan kami bawa saksi ini bertujuan membantu mahkamah dan kami harap mahkamah dapat memberi pertimbangan daripada keterangan beliau,”kata Gobind.

Teoh Beng Hock merupakan setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. -TVS

Pemuda PAS serah memorandum undi pos Bagan Pinang



Table 1: Keputusan pengundian mengikut peti undi

MEMORANDUM ADUAN KEPADA SUHAKAM MENGENAI KETIDAKTELUSAN UNDI POS KHUSUSNYA MENGENAI PRK N.31 BAGAN PINANG YANG DIADAKAN PADA 11/10/2009.

BAHAWASANYA Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun dan bermastautin di Malaysia berhak untuk didaftarkan sebagai pengundi dan berhak mengundi di dalam bahagian pilihanraya yang ditetapkan;

BAHAWASANYA Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin semua orang termasuk pengundi pos yang terdiri daripada askar, polis dan lain-lain kumpulan adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang;

BAHAWASANYA Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan tiap-tiap warganegara untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran termasuk bagi tujuan berkempen kepada para pengundi pos khususnya anggota tentera dan polis;

BAHAWASANYA Perkara 21(3) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) menjamin kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan dan kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan sama rata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara;

BAHAWASANYA Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2007 telah menekankan tema pilihanraya yang bebas dan saksama serta kebebasan bersuara, berhimpun dan pentingnya kesamarataan antara calon serta parti yang bertanding bagi mewujudkan masyarakat demokrasi yang madani;

MAKA saya, Suhaizan bin Kaiat mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Jawatankuasa Khas Undi Pos PRK N.31 Bagan Pinang ingin membuat aduan berkaitan ketidaktelusan dalam perjalanan pilihanraya yang melibatkan undi pos. Berikut adalah aduan yang telah saya terima sepanjang perjalanan pilihanraya kecil N. 31 Bagan Pinang yang diadakan pada 11 Oktober 2009.

KES 1 : SISTEM UNDI POS YANG LONGGAR

Maklumat Pengundi Pos Di N31 Bagan Pinang adalah seperti berikut :

A. Pecahan Mengikut Jenis Perkhidmatan :

1. Pengundi pos (Tentera) : 4,571
2. Pengundi pos (Awam) : 9
3. Pengundi pos (Polis) : 31

Jumlah pengundi pos : 4,611

B. Pecahan Pengundi Pos Hadir dan Tidak Hadir

1. Pengundi Hadir (Hadir ke Kem) : 1,631
2. Pengundi Hadir Tetapi tidak datang mengundi : 69
3. Pengundi Tidak Hadir(Kertas undi dipos) : 2,911
4. Pengundi Tidak Hadir Tetapi Kertas Undi Tidak Dikembalikan : 371

C. Keputusan Pengundian

Undi BN : 3,521
Undi PAS : 601
Undi Rosak : 49
Jumlah Undi Diterima : 4,171

Terdapat dua kaedah perlaksanaan Undi Pos yang telah diamalkan oleh SPR, pertamanya Pengundi Hadir dan keduanya Pengundi Tidak Hadir. Pengundi Hadir seramai 1,631 orang adalah pengundi yang berada di dalam Kem. Mereka hadir ke Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) untuk mengambil Sampul Keutamaan kemudian mengundi.

Pengundi Tidak Hadir adalah seramai 2,911 orang anggota tentera yang berada diluar Kem atau sedang bertugas. Kertas undi mereka akan diuruskan oleh JRP (Jabatan Rekod Dan Pencen), MINDEF(Ministry Of Defence), Kuala Lumpur. JRP pula akan menyerahkan tugas mengantar Sampul Keutamaan yang didalamnya terdapat kertas undi kepada unit semboyan tentera untuk menghantar dan memunggut kembali setelah mengundi. Keadah penyerahan Sampul Keutamaan ini adalah seumpama memberi kad hari raya atau seumpama memberi kad jemputan. Penyerahan ini tampa kawalan daripada SPR mahupun ejen-ejen pengundian pos. Ia boleh berlaku 24 jam.

Disinilah punca utama yang membuktikan sistem undi pos ini longgar. Manipulator akan menggunakan kesempatan ini untuk mengatur agenda mereka. Contohnya unit semboyan tidak menyerahankan Sampul Keutamaan kepada pengundi sebaliknya mengembalikan kertas undi dalam keadaan yang telah diundi. Keadaan ini sangat mudah berlaku kerana berada diluar kawalan pihak SPR dan ejen pengundian pos.

Baki Sampul Keutamaan yang telah diserah kepada unit semboyan pula tidak pula diserahkan kepada pihak SPR. Contohnya dalam kes Bagan Pinang terdapat 371 Sampul Keutamaan yang tidak diserah kembali kepada SPR. Kecurigaan berlaku di sini. Apakah status pengundi seramai 371 orang ini ? Mengapa kertas undi mereka tidak kembali ? Dimana kertas undi mereka ?

KES 2 : KECURIGAAN TERHADAP PETI UNDI MINDEF

(Rujuk Table 1)

Selepas Proses Penyerahan pada 7hb Oktober 2009, Sampul Keutamaan pengundi pos tentera yang dalam proses peralihan (pencen) telah dihantar ke MINDEF. Selepas Proses Pengiraan pada 11hb Oktober 2009 PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Telah disahkan oleh Ejen Pengundian Pos Sdr. Mohzaid Bin Mohid bahawa peti undi 14, 15 dan 16 adalah datangnya daripada MINDEF. Terdapat 17 peti undi keseluruhan hanya peti undi 14, 15 dan 16 sahaja calon PAS mendapat 0.

Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16.

KES 3 : PENGGUNAAN DAFTAR PEMILIH YANG BERBEZA

Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) telah menggunakan daftar pemilih yang berbeza daripada yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem.

Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar yang digunakan dalam Kem:

1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:

“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Berdasarkan kepada laporan Ejen Pengundian Pos yang bertugas pada hari tersebut pihak Kem adakalanya menggunakan pen untuk memasukkan nama-nama pengundi yang tertinggal.

KES 4: EJEN PENGUNDIAN POS TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS

Pada pertemuan dengan SPR pada 28.09.2009 dan 07.10.2009, Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof telah berjanji akan membenarkan ejen pengundian pos membuat semakkan pemilih dan boleh mengesahkan kehadiran pengundi pos di dalam kem seperti pengundian Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu tahun 2008. Malangnya semasa pengundian, ejen-ejen pengundian pos tidak diberikan senarai daftar pemilih yang digunakan oleh pihak Kem dan daftar pemilih Kem sangat berbeza dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Pegawai Bertanggungjawab di dalam Kem pun tidak menteriakkan maklumat pengundi kepada ejen seperti yang dilaksanakan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Oleh kerana itu ejen-ejen tidak dapat berperanan seperti yang sepatutnya.

Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :

1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2. Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir dan tidak hadir.
4. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.

KES 5 : DOUBLE VOTE(PENGUNDI BERTINDAN)

Pada 7hb Oktober 2009 suatu pertemuan telah diadakan di SPR. Empat orang wakil PAS adalah Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, Sdr. Suhaizan Kaiat dan Sdr. Mohd Mohzit Bin Mohid. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah wartakan pada 15hb September 2009 terdapat 253 pengundi pos di Bagan Pinang boleh mengundi di dua tempat berbeza. Contohnya boleh mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan menggunakan identiti tentera dan menggunakan identiti awam di suatu DUN di Kelantan.

Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :

“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”

Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walaupun mereka telah pencen.

KES 6 : PENGAKUAN PAK ABU KASSIM

Pada hari Isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman Mohammad , Sdr. Suhaizan Kaiat, Sdr Abu Kassim Bin Ali (Pak Abu Kassim) dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi.

Pak Abu Kassim adalah bekas anggota tentera berpangkat Sarjan. Berikut adalah sedutan perbincangan dengan pihak SPR.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Sedutan pertemuan ini membuktikan bahawa mudahnya undi pos dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.


KES 7 : CARA SERAHAN SAMPUL KEUTAMAAN

Semasa dalam Proses Penyerahan atau Proses Pengundian Pos dibuat dalam PRK Bagan Pinang. Sepasang suami isteri yang namanya ada dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos tetapi kertas undinya tiada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) telah menghubungi saya. Kemudian saya telah memberi nasihat agar membuat semakkan kali kedua pada hari esoknya dengan membawa salinan daripada semakkan daftar pemilih yang terdapat dalam laman Web SPR.Hari keduanya pasangan ini pergi ke PUSASDA tetapi jawapannya juga sama kertas undinya tiada di sana.

Akhirnya mereka menghubungi JRP (Jabatan Rekod & Pencen), MINDF bertanyakan kertas undi mereka. Akhirnya JRP berjanji akan menyerahkan kertas undi di Port Dickson. Esoknya Unit Semboyan datang untuk menyerahkan kertas undi.

Saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya telah dapati bahawa serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Mini Market pada jam 7.30 malam.Pada hari esoknya unit yang sama juga mengambil semula kertas undi untuk dimasukan ke dalam Karung Khas SPR.

Jika inilah cara penyerahan Sampul Keutamaan maka kaedah ini sangat mudah dimanipulsi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Keadah ini sangat mencurigakan.

KES 8 : PENGAMBILAN SAMPUL KEUTAMAAN UNDI DILUAR MASA MENGUNDI

Pada jam 5.45 petang 10hb Oktober 2009 wakil calon PAS Sdr. Ramli Bin Ismail telah menjadi saksi kepada penyerahan lebihan Sampul Keutamaan yang telah diserahkan oleh Mohamad Bin Ab Ghani Penolong Pegawai Pengurus Pos N31 – Bagan Pinang kepada Kept Azizi bin Elias, Pegawai Tentera di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah & Tanah Port Dickson.

Berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 7hb Oktober 2009 ,Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menyatakan bahawa lebihan Sampul Keutamaan yang tidak diambil oleh pengundi hadir dalam kem hendaklah disimpan di Pusat Penyimpanan Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah & Tanah Port Dickson dan tidak boleh dikeluarkan lagi untuk sebarang proses pengundian.Tempoh mengundi yang telah dipersetujui oleh SPR adalah pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009 di antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Penyerahan Sampul Keutamaan kepada Kept Azizi bin Elias diluar tempoh mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA), Port Dickson adalah bertentangan dengan persetujuan yang telah dibuat sebelum ini.

Wakil calon PAS Sdr. Ramli Bin Ismail telah membuat laporan polis pada hari yang sama jam 11.30 malam dan membuat bantahan pada hari esoknya kepada pihak SPR. Akhirnya ejen-ejen pengundian pos daripada PAS telah mendapati bahawa Sampul Keutamaan sebanyak 70 keping ini telah dikembalikan semula pada 11hb Oktober 2009 tampa dihantar kepada pengundi pos terbabit.

Persoalannya, apakah peraturan yang telah digunakan oleh SPR dan pihak Kem sehingga boleh mengeluarkan Sampul Keutamaan di luar waktu mengundi ? Apakah matlamat Kept Azizi Bin Elias dan En. Mohamad Bin Ab Ghani membuat serahan tersebut? Mangapa pula Sampul Keutamaan dikembalikan semula setelah laporan polis dibuat ?

KES 9 : MENTERI BN BERKEMPEN DALAM KEM TENTERA

Saya telah mendapat aduan daripada pengundi pos mengenai Jamuan Hari Raya pada 6hb Oktober 2009 di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) Kem Kg Sawah dimana Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Mohammad Hassan telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar berkempen calon Barisan Nasional dihadapan anggota tentera dalam Kem tersebut. Beliau telah menyatakan :

“ Pada 8 dan 9 haribulan saudara akan mengundi. Jangan lupa mengundi Barisan Nasional. Boleh atau tidak ?....

Pada majlis yang sama Menteri Pertahanan Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri menggugut anggota tentera, akan menarik balik projek-projek yang telah dijanjikan. Beliau telah menyatakan :

“ Ada banyak projek lagi. Saya nak tengok dulu. 11haribulan kita tengok kertas undi dulu. Berapa peratus ? Itu baru 60%. Boleh 100% kita tambah peruntukkan”

Berkempen Barisan Nasional di dalam Kem adalah tidak adil kerana hanya satu pihak sahaja dapat berkempen di dalam Kem. PAS tidak berpeluang berkempen di dalam Kem. SPR tidak langsung menyusun kempen-kempen PAS di dalam Kem.

KESIMPULAN

Berikut adalah 9 Kes yang membuktikan bahawa Sistem Pengundian Pos yang telah diamalkan oleh SPR adalah terlalu longgar, melanggar peraturan dan mudah dimanipilasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya mendesak pihak SUHAKAM membuat pendengaran awam menyiasat kelemahan Sistem Pengundian Pos ini dan mendesak pihak kerajaan memansuhkan sepenuhnya Sistem Pengundian Pos.


Yang Benar


______________________
Pengadu : Suhaizan bin Kaiat
Alamat : Tingkat 2, Pejabat Agong PAS, 318-A Jln Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Emel : suhaizankayat@yahoo.com
Faks : 03-26937227

Pemangku Raja sambut baik usaha Kelantan tuntut royalti



Kerajaan Persekutuan diminta melunaskan bayaran royalti minyak terhadap Kerajaan Kelantan bagi pengeluaran petroleum di negeri itu mengikut perjanjian yang termaktub antara kerajaan negeri dan petronas sejak tahun 1975.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, yang menyambut baik usaha proaktif kerajaan negeri menuntut bayaran berkenaan juga berharap tuntutan itu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Baginda berkata demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang kedua Dewan Negeri Kelantan yang ke-12.

Titah Tengku Faris lagi, baginda mendapat maklum pengeluaran gas dan minyak di perairan Kelantan telah berjalan sekian lama.

"Berasaskan data dari Jabatan Perangkaan yang diedarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan negeri Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh Negara bagi tahun 2005 hingga 2008 sebanyak 5.4 peratus setahun.

"Kadar berkenaan jauh lebih tinggi berbanding Negeri Sabah, mengikut catitan berkenaan juga pengeluaran petroleum dari negeri ini telah bermula sejak tahun 2005 lagi," titah baginda lagi.

Baginda berkeyakinan dengan semangat Persekutuan yang ada, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang menghendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Tengku Faris seterusnya bertitah, baginda difahamkan jarak kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan seperti Join Development Area (JDA) dan Commercial Arrangement Area (CAA) dan lain-lain pelantar yang paling hampir dengan negeri ini.

Tegas baginda lagi, kedudukan strategic itu membolehkan Kelantan memainkan peranannya untuk mendapatkan limpahan aktiviti berkaitan seperti pembekalan bahan keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal, gudang simpanan, industri berkaitan dan lain-lain lagi.

"Beta juga berharap petronas dan Kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti berkaitan di bumi Kelantan berdasarkan kedudukan negeri ini paling hampir dan ianya sudah tentu memberikan kelebihan ekonomik yang tidak boleh diragukan lagi," ujarnya.

Baginda juga turut difahamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memperbaharui cadangan menjadikan Tumpat dan Bachok sebagai zon khas untuk ekonomi berasaskan petroleum kepada Kerajaan Pusat.

Titah baginda, langkah berkenaan begitu baik dan diharapkan Kerajaan Pusat dalat bertindak secara bijaksana dalam melaksanakan usaha itu.

"Beta juga berharap segala lesen dan kelulusan dari Kerajaan Pusat untuk apa-apa tujuan yang telah beta nyatakan tadi dapat dipermudahkan.

"Jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak diperairan Kelantan dapat dikembangkan dan aktiviti industri berkaitan petroleum dapat dibangunkan di negeri ini, sudah tentu ianya dapat menyumbangkan kepada pemulihan ekonomi Negara khususnya sewaktu kegawatan ekonomi ini,�titah baginda lagi.

Pada masa yang sama baginda turut menghingatkan pihak berkenaan supaya melaksanakan segera projek pembangunan yang telah dirancangkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan tempoh itu semakin berakhir.

Titah baginda, sejak tahun 2006 hingga ke hari ini pelbagai projek pembangunan di bawah RMK9 yang telah dirancang dan dilaksanakan di negeri ini dengan peruntukan berjumlah lebih RM7.6 Billion.

"Projek pembangunan yang dirancang itu perlaksanaannya tidak mengikut jadual yang ditetapkan dan ada diantaranya pula masih belum dimulakan lagi walaupun tempoh RMK9 akan berakhir pada tahun 2010,"titah baginda. Hrkh

20 Okt 2009

PR komited perkukuh hubungan, konvensyen bulan Disember



Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada di peringkat negeri ataupun pusat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.

"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," katanya lagi.

Bagi memperkasakan lagi hubugan ketiga-tiga parti, Pakatan Rakyat juga mengumumkan untuk mengadakan Konvensyen Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Shah Alam.

Konvensyen tersebut akan disertai 1500 perwakilan masing-masing lima ribu dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Selain Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti termasuk Datuk Zaid Ibrahim hadir pada sidang media tersebut.

Mesyuarat siang tadi antara lain memberi fokus kepada memperkukuh dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pakatan.

Turut ditanya, desas desus wujud kemelut di antara dua pepimpin PKR membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dengan Naib Presiden, Azmin Ali namun Anwar menafikan dakwaan tersebut.

"Zaid Ibrahim ada Azmin ada, tak ada masalah apa pun," jawab Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

Perkara lain turut dibincang adalah berkaitan platform dasar bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan.

Turut dimaklumkan mesyuarat itu juga bagi mendengar laporan awal bedah siasat kekalahan pakatan rakyat di Bagan Pinang.

Selain faktor rasuah dan penipuan, mereka turut mengakui kelemahan diperingkat parti masing masing turut menyumbang kepada kekalahan tersebut. Hrkh

Datuk Azeez bapak Pembohong?

Dalam laman web Agendadaily di agendadaily.com dimuatkan wawancara eksklusif bersama Ketua Putera Umno yang baru ditubuhkan iaitu Abdul Azeez Abdul Rahim. Putera Umno, iaitu Biro dari Pergerakan Pemuda Umno ini diberikan tugas menawan anak-anak muda sekitar 18 hingga 25 tahun dan mereka ini mahu dilatih dan diberikan pendedahan agar menjadi instrument kearah mencapai cita-cita Malaysia maju pada tahun 2020.


Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.

Beliau memberi contoh Azeez ada berkata:

Itulah mulanya saya berjaya sehinggalah saya dapat jual kereta pada mat salleh dan saya ada 7 showroom . Saya ada di tapak Gaint Kelana Jaya sekarang, jalan Kelang Lama dan dalam Subang Parade, itu ada jual kereta mewah.

Di dalam Subang Parade tidak ada showroom kereta. Kalau ada pun berkala pada musim-musim tertentu, tidak ada showroom yang kekal. Takkanlah Azeez nak mendakwa showroom seumpama itu sebagai sebahagian dari kononnya 7 showroomnya itu.

Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:

Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri

Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!

Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:

Sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di Amerika

Menurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.

Dalam wawancara ini Azeez turut berkata:

Sesuatu yang salah tetap saya kata salah, haram tetap haram halal tetap halal prinsip saya jelas, saya tidak mahu kerana kawan saya nak pusing cakap, itu saya tak mahu! Bagi saya apa mak cakap adalah benar belaka.

Dan dalam hal ini berdasarkan kenyataan sumber sebagaimana yang telah dinyatakan, tidaklah salah kalau kita mula meragui kenyataan Azeez di atas. Kalau yang salah itu benar-benar salah, maka banyak yang perlu diperbetulkan oleh Azeez dan sedih melihatkan Umno akan menyerahkan nasib anak-anak muda kepada seorang yang kredibilitinya sangat-sangat dipertikaikan.

Kesimpulannya renunglah apa lagi kata Azeez dalam wawancara itu:

Pak Lah ke sana sini menyebut Islam Hadhari, yang faham siapa, ketua bahagian pun ada yang tak faham, apatah lagi akar umbi, jadi peluang yang berikan pada saya ini akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya, saya akan pergi ke akar umbi untuk menterjemahkan apa itu mari bekerja bersama saya bukan untuk saya.


ROSLAN SMS

Kemelut belum selesai, Ahmad tidak akan tunduk tuntutan ADUN - Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/ahmadsaid.jpgMenteri Besar, Dato’ Ahmad Said tidak akan tunduk kepada tuntutan ADUN-ADUN yang menentangnya, berkaitan pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Beliau menegaskan pelantikan Pengerusi JKKK adalah terletak dibawah bidang kuasa Menteri Besar, bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahmad memberi peringatan yang bernada amaran, katanya, seseorang ADUN tidak seharusnya mencampuri urusan tersebut termasuk mempertikaikan setiap pelantikan yang dibuat.

Bagaimanapun katanya, walaupun Menteri Besar mempunyai kuasa secara mutlak untuk berbuat demikian, tetapi beliau masih menghormati peraturan dan hirarki parti.

”Dalam hal ini, kita sebenarnya telah membuat pelbagai pertimbangan terhadap seseorang calon dipilih sebelum mereka dilantik memegang jawatan yang dianggap penting di peringkat kampung.

”Kalau seseorang Yang Berhormat (wakil rakyat) tidak boleh bekerja dengan kita, takkan dia nak minta semua (jawatan) itu, perkara sama berlaku apabila kita nasihatkan agar mereka jangan bertanding.

”Apabila kalah, takkan dia nak ambil semua jawatan 100 peratus, dia kena terimalah dapat 75 peratus pun sudah dikira ok,”katanya ketika diminta mengulas mengenai isu pelantikan Pengerusi JKKK di sesetengah kawasan yang didakwa tidak mendapat persetujuan ADUN di kawasan terbabit.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Peringkat Daerah Dungun di Dataran Dewan Merdeka, di sini, kelmarin.

Pada 2 September lalu, sembilan wakil rakyat Umno Terengganu mengulangi tuntutan mereka dan menugut akan ’melompat’ sekiranya tidak ditunaikan.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kata Nawi, kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu.

Nawi menambah, tuntutan berkenaan akan disuarakan kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mengikuti Program Berbuka Puasa dan Memperkasa Umno Semula di Kuala Berang, esok ( 3 September).

Selain Muhyiddin, pengerusi perhubungan Umno negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga naib presiden parti, akan menyertai program bertemu rakyat di Setiu pada hari yang sama.

Program tersebut gagal, Ekoran ADUN-ADUN penyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Sri Idris Jusoh tidak hadir ke Majlis Muhyidin di Kuala Berang

Dengan jawapan itu, Ahmad ’menjilat ludahnya’ sendiri, dimana sebelumnya Ahmad menafikan ADUN-ADUN UMNO tersebut menentangnya.

Ahmad ’tunjuk belang’ dan berkata sebenarnya tiada alasan bagi ADUN Umno/ Barisan Nasional (BN) di Terengganu menentang kepimpinannya.

"Sebenarnya semua wakil rakyat BN di Terengganu, anak buah saya. Kalau saya yang paling junior, munasabah orang tak puas hati, tetapi di kalangan 28 Adun BN di Terengganu, saya paling senior,

"Lagipun saya pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pemuda negeri, Exco Pemuda Umno dan exco kerajaan negeri selama dua penggal,

Malah, saya lebih dulu bertanding dalam pilihan raya," katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini , Rabu 16 September.

Kemelut Umno Terengganu masih jauh dari penyelesaian, walaupun enam ADUN yang menentang Ahmad, diketuai oleh Dato’ Din Adam didakwa telah berdamai dan bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Keputusan Din meninggalkan ’Geng 10’ dikatakan sebagai tindakan atas kepentingan peribadi dan melukakan ramai orang.Sebuah laman blog politik tempatan menulis posting atas tindakan DIN tersebut sebagaimana dibawah;

”Jika Din tidak menjadi anggota Geng 10, khabarnya tiada siapa yang mahu mengenali Din. Malahan, ramai penduduk dalam DUN Bukit Besi sudah mula bersungut dengan Din yang dikatakan jarang berada di kawasan sendiri kerana mendiami banglo di Kuala Terengganu.

”Malahan, Din pernah didakwa bersikap biadap dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said apabila dia dipelawa menjadi Exco di bawah kepimmpinan baru – menolaknya melalui orang lain.

”Din juga dikatakan antara ADUN dari Terengganu yang bercakap lepas dan celupar di depan Menteri Dalam Negeri ketika pertemuan semua ADUN dengan Hishammuddin dibuat di Kementerian Dalam Negeri.” BO

Internet Malaysia Lembab Risaukan Pelabur

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin, lapor Malaysiakini.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

"Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.

Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu "batu loncatan" kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.

"Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia," katanya.

Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.

Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.

SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.

Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.

Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan.

19 Okt 2009

Nizar : Siapa Jahat?



ImageDatuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri semalam sebagai tomahan jahat dan cubaan menburukkan imej Adun Pakatan Perak.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang mendakwa tiada sebab Adun Pakatan akan menggaggu persidangan DUN Perak akan datang seolah olah menggambarkan Adun PR adalah kaki pukul dan samseng.

"Tuduhan ini tidak berasas dan cuba memburukkan imej pakatan perak. Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu, seolah olah kami ini kaki pukul," katanya ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Najib menurutnya wajar melihat insiden pada persidangan Dun Perak 7 Mei lalu, di mana kekecohan dimulakan Adun BN apabila merampas kerusi speaker V.Sivakumar secara paksa dan melantik R.Ganesan.

Persidangan itu juga katanya menjadi bukti bahawa yang mengganggu persidangan adalah Adun dari BN bukannya Pakatan.

"Apa yang saya boleh gambarkan, pada 7 Mei lalu, yang buat kacau seawal jam 9.30 pagi adalah BN, kerana tidak menghormati speaker yang sah," jelasnya lagi.

Beliau juga sekali lagi menegaskan akan hadir persidangan Dun 28 Oktober ini berdasarkan notis panggilan yang dikeluarkan Speaker Pakatan Rakyat, Sivakumar bukan Ganesan.

Adun Pakatan Perak katanya tidak pernah sesekali mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Perak dan masih berpegang Sivakumar adalah speaker yang sah.

Sehubungan itu katanya, notis panggilan sidang Dun yang dikeluarkan Ganesan adalah tidak sah.

"Kita akan lihat bagaimana keadaan nanti, kami akan bagitahu ganesan bahawa dia bukan speaker yang sah," katanya. Hrkh

1Malaysia .... dimana pula Islam Hadhari?



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mempersoalkan fungsi dasar-dasar terdahulu iaitu Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.

“Setelah kerajaan memperkenalkan seruan baru 1malaysia adakah bermakna Islam hadhari, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan telah gagal membentuk pemikiran rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan baik?” soalnya.

Beliau turut mempersoal mengenai penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh kerajaan.

“Kerajaan telah menerima institut Islam Hadhari. Adakah bermakna dengan peruntukan begitu rupa,adakah ia akan menjadi kenangan setelah adanya 1 malaysia sebagai slogan?” soalnya lagi.

Beliau mengajukan soalan itu ketika bangun mencelah selepas Najib menjawab soalan asal Datuk Dr. Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai sejauh manakah penerimaan rakyat jelata ke atas seruan “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia-one people” dan jenis program-program yang difikirkan berkesan yang boleh dirangka bagi mencapai hasrat 1Malaysia.

Najib bagaimanapun berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

“Kita (kerajaan) anggap ini sebagai kesinambungan sebab ia satu perjalanan yang panjang dan lama.Tidak mungkin boleh sampai ke penghujung dalam masa satu penggal hatta empat, lima penggal pun.

“Insyaalah apabila kita melakukan seperti mana yang kita terangkan tadi gagasan 1Malaysia dan nilai-nilai yang mendasarinya yang juga menyokong kepada usaha kita untuk mencapai wawasan 2020,”katanya.

Khalid: Isu Sekat Peruntukan, Umno perlu ambil tindakan pada Shukor



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati kepimpinan Umno supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Peneranngan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus terhadap gesaan yang dibuat dalam Persidangan Agung Umno ke-60.

Menurutnya kenyataan Abdul Shukor itu jelas membuktikan Umno melanggar perlembagaan yang termaktub bahawa kerajaan Persekutuan mesti menyalurkan pendapatannya kepada semua kerajaan negeri.

Sehubungan itu beliau menyarankan supaya Umno mempelajari Perlembagaan Malaysia yang menetapkan terdapatnya hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Ini bererti Umno sekarang melanggar perlembagaan Persekutuan. Saya nasihatkan supaya pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang jadi menteri displinkan mereka yang bertanggugjawab supaya tidak membuat kenyataan sebegitu," kata Khalid.

“Bila persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia ditubuhkan, Perlembagaan dengan jelas menyatakan tugas kerajaan Persekutuan adalah untuk menyalurkan wang-wang bagi pembangunan negeri-negeri melalui negeri. Jika ahli UMNO bercakap berlainan dari apa yang dinyatakan dalam perlembagaan, maknanya kerajaan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mestilah menasihatkan individu berkenaan supaya dia tidak silap,” katanya ketika ditemui di majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Perwakilan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus dalam Persidangan Agung Umno ke-60 berkata sekatan ini perlu kerana kerajaan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim meraih sokongan meluas dari program bantuan sosio-ekonomi yang dilaksanakan. Abdul Shukur menjelaskan kerajaan negeri mengagihkan RM1,000 berupa bantuan khairat kematian dan RM1,500 kepada warga tua - walhal Umno sekadar menyumbang RM300.

Beliau menambah agihan sosio-ekonomi seperti ini menjadi buah-bicara rakyat Selangor walhal peruntukan sebenarnya datang dari Kerajaan Pusat. Abdul Khalid berkata kenyataan Abdul Shukor membuktikan dia mahu melanggar lunas-lunas Perlembagaan dan sekiranya tiada tindakan diambil oleh kepimpinan Umno ia bererti parti berkenaan merestui ahlinya melakukan kesilapan.

Beliau menambah, sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, kerajaan Persekutuan menubuhkan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor untuk mengawal pengaliran kewangan dan dana pembangunan ke negeri Selangor.

“Umpamanya dari segi dana-dana pembangunan, ia diurus jabatan pembangunan Negeri Selangor yang di kelola secara terus oleh Kerajaan Persekutuan. Dulunya sebelum Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor jabatan ini tidak ada, ia dibawah pejabah daerah," jelas Khalid.

“Dalam Pejabat Daerah ada ADO (Penolong Pegawai Daerah) Pembangunan dan saluran wang pembangunan seharusnya dimasukan kepada ADO Pembangunan,” katanya.

Menurutnya rakyat perlu tahu bahawa dengan wujudnya jabatan berkenaan segala kos pengurusan yang ada semakin meningkat kerana tidak dikendalikan dengan sebaiknya.

“Saya tidak menyekat pembangunan, saya menggalakkan pembangunan di Selangor tetapi jika pembangunan tidak dibuat dengan betul rakyat Selangor akan diberitahu bahawa kerajaan Persekutuan walaupun ada menyalurkan dana kepada rakyat selangor tetapi tidak menggunakan dana itu dengan sebaik-baiknya," kata Khalid.

“Ia meningkatkan lagi kos pengurusan yang tidak baik dan bertentangan dengan lunas-lunas perlembangaan yang mana kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri mesti bekerjasama dan jalankan pentadbiran demi pembangunan rakyat seluruh negeri,” katanya. -TVS

Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media massa arus perdana telah memutarbelitkan cuti enam bulan yang diambil oleh Zaid Ibrahim dari tugas-tugasnya di dalam biro politik parti.

Anwar berkata beberapa perkara mengenai program di Sabah yang dikaitkan dengan Zaid turut diselesaikan tanpa masalah.

Anwar berkata demikian selepas menghaidiri majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Keadilan Wilayah Persekutuan.

"Benda ini tidak berbangkit kerana dia baru telefon saya dari Sarawak bersama Presiden ada program parti. Kemudian dia hendak bercuti menunaikan haji. Program di Sabah itu kerana dianjurkan oleh cabang tanpa negeri. Dua hari lalu negeri bermesyuarat dan mengesahkan sebagai program negeri jadi selesai," katanya.

Di Sabah Zaid mengesahkan bahawa beliau hanya bercuti daripada tugasan biro politik. Selain menunaikan ibadah haji, beliau akan terus memikul tanggungjawab untuk memantapkan Pakatan Rakyat.

Ini sebagai persediaan untuk membentuk sebuah perlembagaan yang didokong oleh ketiga-tiga parti berkenaan iaitu, Keadilan, Pas dan DAP bagi membolehkan ia mendaftar sebagai satu entiti politik. -TVS

Pas Mahu Suhakam Siasat Sistem Undi Pos



Pas akan menyerahkan laporan kepincangan undi pos Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam).

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi berkata Pas mendapati adanya manipulasi undi pos di Bagan Pinang lantas mahu Suhakam mengadakan inkuiri menyiasat kepincangan itu.

“Kita lihat ruang undi pos ini adalah sangat besar dan lebar untuk memungkinkan penyelewangan itu berlaku walau dinafi oleh pihak umno dan dewan pemuda pas pusat telah menghantar surat cabar menteri besar negeri sembilan dan juga siapa sajalah dikalangan pemimpin tertinggi Umno yang ingin mempertahankan undi pos itu bahawa ia adalah bersih dan telus kerana bagi kami sepanjang tempoh kami bekerja dipilihan raya kecil Bagan Pinang dengan meletakkan beberapa ejen-ejen kita mengawal dan juga memantau perjalanan undi pos ini kita dapati terlalu banyak penyelewangan dan juga manipulasi oleh pos itu,"katanya.

Ustaz Nasrudin berkata demikian di sidang akhbar Dewan Pemuda Pas di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur malam semalam.

Pakatan Rakyat sebelum ini membidas SPR kerana enggan mengubah sistem undi pos dijalankan.

Dalam PRK Bagan Pinang yang lalu, undi pos mewakili lebih 4000 undi yang terdiri dari anggota tentera.

Menyentuh isu yang sama, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata manipulasi undi pos yang berlaku di Bagan Pinang antara faktor yang meyumbang kepada kekalahan Pas.

"Tujuan ke Suhakam ialah untuk kemuka satu bukti yang kami telah kami kumpul secara cukup lengkap, secara sistematik bagaimana undi pos ini boleh digunakan untuk memberi kemenangan secara percuma kepada parti-parti kerajaan yang menguasai undi pos, maka sudah sampai masanya Suhakam sebagai badan bebas yg dilantik oleh kerajaan sendiri utk mengambil suatu langkah yang perlu untuk menggesa supaya undi pos ini dihapuskan dan seterusnya memberikan ruang demokrasi yang adil dan telus kepada rakyat untuk memilih pemimpin secara sepatutnya siapa yang mereka mahu untuk memimpin mereka",katanya.-TVS

18 Okt 2009

Hari Terbuka Aidilfitri PAS 1430H


T.G Presiden menyambut tetamu yg hadir
Yb Husam turut hadir
unit amal yg sentiasa "beramal"
bersalam bersama saf kepimpinan Pas
Elizabeth Wong dan Dr Mariah turut hadir
pelbagai lapisan masyarakat
Mb Perak Pakatan Rakyat turut serta
"Hidup Nizar"
sabar menunggu giliran
Ust Din Tantawi buat apa tu
penulis bersama sahabat sekuliah dahulu,Ust Din Tantawi
hiburan nasyid juga turut dihidangkan
Allahu Akbar !!!!


Lihat Gambar: rahimnasir.blogspot.com

Gambar Ijtima Kepimpinan PAS Terengganu (1)









Zaid Ibrahim Undur Diri, Mahu Tumpu Perkukuh Platform Pakatan Rakyat


Mantan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mahu menumpu sepenuh perhatian merumuskan platform asas untuk Pakatan Rakyat sempena Persidangan Pakatan Rakyat Disember depan.

Sehubungan itu, Zaid memohon cuti enam bulan dari PKR supaya beliau tidak dikekang dari hal ehwal politik.

“Fokus saya sekarang adalah membantu Pakatan Rakyat di mana saya untuk merangka dasar-dasar dan memastikan tidak wujud perbezaan di dalam PR,” katanya.

Zaid telah menghantar surat rasmi menjelaskan hasrat ini kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Salehuddin Hashim.

Mantan Menteri Umno itu dibawa masuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal tahun ini. Beliau diberi tanggungjawab untuk merumuskan platform PR menghadapi pilihanraya umum ke-13, dengan matlamat merampas Putrajaya dari Umno-BN.

Zaid berkata platform PR kini berada di peringkat terakhir dan draf akan dihantar kepada pimpinan kanan PKR, DAP dan Pas minggu hadapan.

Beliau berharap Persidangan PR nanti meluluskan usul tersebut.

Di ruang maya, Zaid berkata menghadapi tentangan dari kelompok tertentu dalam PKR,
beliau menafikan desas-desus perseteruan dengan mana-mana pihak.

Sementara itu, pejabat setiausaha Agung PKR mengesahkan menerima surat bercuti daripada Zaid. -TVS

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.