Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

2 Jan 2010

MB N.9 kena disebat

MB N.9 disebat...


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.


Selepas hukuman dijalankan

Polis gagal menyelamatkan Mohamad Hassan dari disebat kerana terlewat sampai, jalan jem. Polis cukup marah hari tersebut kerana terpedaya dengan maklumat awal kononya kami nak buat 11 pagi di depan bangunan Umno. Hampir 200 Polis dan gangster Umno menunggu sejak pagi malangnya kami buat petang di tempat lain.....kesian mereka

Sidang media selepas 'laksana hukuman'

Sani Md Shah menyebat dengan penuh 'geram'

YB Taufek memberikan ucapan sebelum 'jatuh hukum'

Sebatan dimulakan

Perbicaraan dimulakan lebih 100 yang hadir setuju Mohamad ialah pengkhianat dan wajar dihukum.~ chegubard

Tok Guru Ulas Isu Kelantan Diarah Bayar Ganti Rugi RM800 Juta Kepada Timbermine [Video]


>Tok Guru Nik Aziz mengulas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan Kerajaan Negeri Kelantan supaya membayar ganti rugi sebanyak RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian antara kedua pihak, kes yang berlarutan sejak 45 tahun lalu. Tok Guru mengulas isu berkenaan semasa menyampaikan Kuliah Jumaat beliau di Dataran Ilmu Kota Bharu pada 1 Januari 2009 / 15 Muharam 1431H. ~Mediakini

Terengganu Runtuh lagi!! Konkrit menara masjid Taman Ilmu runtuh



Kerajaan negeri Terengganu diminta memberikan fokus dalam membina dan menyiapkan Taman Ilmu Besut kerana projek mega tersebut telah pun tersasar dari tarikh siap sebenarnya.

Antaranya adalah pembinaan Parcel A, pembinaan masjid yang bernilai RM46.8 juta dikawasan Taman Ilmu, Dendong, Tembila disini yang sepatutnya telah pun siap pada Mac, 2009.

”Ia adalah penting supaya pihak-pihak yang terlibat dlam pembinaan itu dapat memberikan tumpuan dan pengawasan yang sepenuhnya,

”kita tidak mahu mendengar lagi pada tahun 2010 nanti, peristiwa ‘runtuh sana dan runtuh sini’ berulang lagi,

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/JabiBesut%20039.jpg”ia bukan shaja merugikan wang rakyat malah memalukan negeri Terengganu,”kata Dr Azman Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Setiu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas “Program Minum Pagi Bersama Rakyat” yang turut disertai kepimpinan Dewan Harian PAS Terengganu, disini kelmarin.

Menurutnya, pada 16 Disember, 2009, beliau diberitahu, ‘slack’ konkrit menara masjid berkenaan telah runtuh.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat berkata, beberapa penduduk kampung berhampiran pembinaan Taman Ilmu memaklumkan, konkrit menara yang masih dalam pembinaan terbabit runtuh kerana penggunaan papan dan kayu acuan yang berulangkali

”Oleh itu, memandangkan para pelajar akan mula memasuki kampus tersebut pada tahun ini, kita harap pihak kerajaan dapat memastikan tahap keselamatan mereka terjamin,”katanya mengulas kenyataan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, bahawa para pelajar perubatan dan kejururawatan akan mula menggunakan kampus tersebut.

Tinjauan Buletinonline ke tapak projek tersebut mendapati hampir keseluruhan ‘parcel’ pembinaan Taman Ilmu telah ‘luput tarikh’.

Antaranya adalah pembinaan Parcel D, Pusat Pelajar yang sepatutnya siap pada 27 Ogos 2008 dan pembinaan Parcel E, Dewan Konvokesyen yang sepatutnya siap pada 27 Disember 2008. BO

1 Jan 2010

XPDC Dakwah Malam Tahun Baru Pemuda Pas Besut

Pemuda Besut bergambar ramai sebelum XPDC Dakwah bermula
Sambutan Tahun Baru di Bandar Jerteh
Orang ramai yang membanjiri Hadapan Econjaya untuk menyambut Tahun Baru di Besut
Golongan muda mudi adalah sasaran utama XPDC Dakwah Pemuda Besut
Sedang mengedarkan risalah kepada remaja yang sememangnya antara sasaran kami
Antara golongan sasaran,kekgi pakai tudung ye dik!!
Sedang membaca risalah yang kami edarkan
XPDC Dakwah Depan Econjaya selesai sebelum bertolak ke Pantai Kuala Besut


Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut telah mengadakan XPDC DAKWAH serentak di seluruhBesut pada malam ini iaitu 31 Disember 2009, Khamis.Program yang bermula jam 10.00mlm mensasarkan dua tempat yang menjadi tumpuan orang ramai terutama muda mudi,iaitu di Hadapan Pasaraya Econjaya(rujuk gambar di atas) & Pantai Kuala Besut untuk bertemu dengan muda mudi yang akan menyambut tahun baru dan mengedarkan risalah dakwah kepada mereka.

31 Dis 2009

XPDC DAKWAH MALAM TAHUN BARU 2010

Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut akan mengadakan XPDC DAKWAH serentak di seluruhBesut pada malam ini iaitu 31 Disember 2009, Khamis.Kami akan berkumpul di dua tempat iaitu di Hadapan Pasaraya Econjaya & Pantai Kuala Besut untuk bertemu dengan muda mudi yang akan menyambut tahun baru pada malam ini.

Kami akan membawa risalah dakwah dari Pemuda Pas Terengganu dengan bertemakan "Orang Mude Geng Kite". Dengan adanya aktiviti dakwah ini, kami berharap dapat mengurangkan gejala sosial yang saban tahun berlaku akibat sambutan malam tahun baru.

Kami juga berharap XPDC Dakwah ini disokong dan didokong oleh semua pihak agar kita mampu membentuk masyarakat yang prihatin antara satu sama lain khususnya golongan muda, dan menyeru agar muda mudi Terengganu dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat buat diri, keluarga dan masyarakat.

UMNO Rantau Panjang Lumpuh


Perhubungan Umno Kelantan sehingga kini dikatakan gagal mengambil sebarang langkah menyelesaikan krisis yang berlaku di bahagian Rantau Panjang.

Dua kumpulan yang sedang bertelagah iaitu diketuai Abdullah Mat Yassin dan Dato’ Mohd Zain Ismail kini masing-masing sudah mengisytiharkan ‘perang’.

Ini membuatkan Umno bahagian tersebut menjadi lumpuh daripada melakukan sebarang kegiatan untuk faedah rakyat.

Akibat kemelut yang tidak berkesudahan itu juga, bahagian berkenaan tidak dapat mengadakan sebarang mesyuarat ahli jawatan kuasa bahagian.

Ini kerana ketiadaan kesefahaman di antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Anggota jawatankuasa Umno bahagian itu, Wan Yacob Wan Ismail berkata, apakah mereka mahu melihat ratusan cawangan Umno dalam bahagian ini ditutup, baru Umno negeri akan bertindak.

Beliau yang juga bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) yang dipecat memberi amaran tidak teragak-agak akan bertindak meninggalkan parti jika pemimpin atasan menganggap perkara itu tidak penting.

Seorang lagi anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yakob Junoh turut kesal dengan sikap pemimpin Umno negeri, terutamanya Datuk Seri Mustapa Mohamed yang didakwanya tidak menangani kemelut yang berlaku di Rantau Panjang.

“Saya bimbang jika perkara kecil seperti ini tak dapat diselesaikan segera, keadaan keseluruhan Umno Rantau Panjang akan jadi punah,” katanya.

Beliau juga beranggapan hampir keseluruhan keluarga dan rakan-rakan PPM yang dipecat akan terasa tawar hati untuk memberi sokongan kepada Umno.

Katanya, tidak mustahil akan berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Lebih-lebih lagi kalau gesaan diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diabaikan begitu saja.

Yakob berkata, seiring dengan EGM, pemilihan PPM secara mengundi patut diadakan. “Oleh kerana itu saya sekali mendesak semua PPM yang dilantik Abdullah meletak jawatan supaya pemilihan penghulu akan dibuat melalui pengundian,” katanya.

Sehingga kini team B masih mengadakan majlis penerangan atas nama ‘Pemantapan Umno Bahagian Rantau Panjang’ meliputi Dun Bukit Tuku, Dun Meranti dan Dun Gual Periok.

Sekarang pula beralih ke setiap mukim dengan nama majlis asyura.

Kononnya Anak ADUN Tepoh balik, menangis dan sedih.....

Pelbagai karenah yang dilakukan kumpulan ’10 Budak Hitam’ dalam Sidang DUN baru-baru ini disifatkan sengaja di tonjolkan untuk menjatuhkan air muka Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Antaranya tindakan Adun Tepoh, Mohammad Ramli Nuh yang membangkitkan isu kononnya kerajaan negeri akan menyerahkan kepada pihak lain apabila pembinaan Kompleks IMTIAZ di Besut siap kelak.

Ramli mendakwa, beliau mengemukakan soalan tersebut setelah mendapat maklumat dari anaknya yang sedang belajar di Sekolah IMTIAZ, Besut bahawa kompleks berkenaan akan diserahkan kepada pihak lain.

“Saya ingin tahu kedudukkan peratus pembinaan Kompleks IMTIAZ di Besut dan apakah benar maklumat yang saya terima kompleks tersebut tidak diberikan kepada IMTIAZ dan kemungkinan akan diberi kepada pihak lain,” soalnya.

Soalan tersebut dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman yang memaklumkan kepada Dewan status Kompleks IMTIAZ di Besut 80 peratus pembinaannya.

Razif berkata, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan serta masih mengikut perancangan awal kekal sebagai Kompleks IMTIAZ di Besut.

Namun begitu, Ramli masih tidak berpuas hati dengan jawab kerajaan kerana maklumat yang diterima dari anaknya itu kompleks berkenaan akan diserahkan kepada pihak lain.

“Ini kerana, anak saya sendiri terlibat (belajar) dengan sekolah IMTIAZ di Besut dalam tingkatan satu.

“Sebab, anak saya sendiri balik menangis dan marah kepada saya dan katanya kompleks tersebut hendak diserahkan kepada pihak lain,” jelasnya.

Berikutan itu, Speaker Dun Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang terpaksa mencelah serta menasihatkan Ramli supaya menelefon segera kepada anak Adun Tepoh itu mengenai keputusan kerajaan negeri.

“Saya minta selepas daripada masa rehat nanti, minta ‘YB’ (Ramli) telefon segera kepada anak dan beritahu pihak kerajaan tidak akan ubah apa-apa dan masih kekal Kompleks IMTIAZ itu,” ujarnya.

Kompleks IMTIAZ di Besut merupakan idea dan perancangan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang bernilai lebih RM100 juta.

30 Dis 2009

Gus Dur meninggal Dunia



Mantan Presiden KH Abdurahman Wahid atau Gus Dur meninggal dunia, Rabu (30/12), di Rumah Sakit Cipto Mangungkusumo (RSCM), Jakarta Pusat, dalam usia 68 tahun. Sebelumnya, mantan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama itu dirawat di bilik VVIP nombor 116 Gedung A rumah sakit itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono datang ke RSCM, petang Rabu tadi untuk menjenguk Gus Dur yang dikhabarkan telah nazak. Presiden Yudhoyono tiba di halaman RSCM sekitar pukul 6.30 menggunakan kereta rasmi Presiden dengan pengawalan tidak terlalu ketat.

Presiden Yudhoyono yang mengenakan kemeja batik berwarna coklakelihatan memasuki pintu utama RSCM langsung menuju wad tempat Gus Dur dirawat. Isterinya Ani Yudhoyono tidak kelihatn mendampingi Presiden.

Sekitar 10 minit setelah Presiden tiba, datang Menteri Kesihatan Endang Sedyaningsih yang nampak agak terburu-buru. Ia kemudian segera menyusul ke wad tempat Gus Dur dirawat yang sedang dikunjungi Presiden.

Sebelum dirawat di RSCM Jakarta, cucu NU KH Hasyim Ashari itu sempat menjalani perawatan medis di RS Jombang Jawa Timur, pada Kamis (24/12), kerana sakit lelah setelah melakukan kunjungan ke beberapa pondok di Jawa Timur.

KETUA PEMUDA UMNO TERENGGANU DAPAT PROJEK RM300JUTA

Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong bernilai RM300 juta dianugerahkan kepada M.Hakujaya Sdn Bhd.
M.Hakujaya adalah dipercayai sebuah syarikat pembinaan milik Saiful Bahri Baharudin yang juga Ketua Pemuda Umno negeri Terengganu.

Maklumat yang dipaparkan dalam Direktori CIDB menyatakan M.Hakujaya Sdn Bhd beralamat di Wisma MZ Lot 1241, Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.

Rekod perolehan projek-projek kerajaan menunjukkan betapa ‘kayanya’ Ketua Pemuda Umno Terengganu itu.

M.Hakujaya, syarikat pembinaan Gred G7 itu telah mendapat kontrak pembinaan sebanyak hampir RM200 juta sejak tahun 1997.

Yang terbaru, sebelum dianugerahkan Projek Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong, syarikat tersebut baru saja mendapat projek Pembangunan Projek Pendidikan Bg Sek. Keb. Kompleks Tembesu (24 Bilik Darjah), Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, yang bernilai RM23 juta pada 30 September, 2009

Dalam melaksanakan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong MZ Hakujaya didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan penduduk dan pemilik yang terlibat

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya5.gif
http://buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya4.gif
http://buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya3.gif
http://buletinonline.net/images/stories/berita18/hakujaya6.gif

Dr.Rosli & Nor Ilyani: Nikah Di Selatan Thailand


Xinwugi's Channel


Dr. Rosli Allani Abdull Kadir dan isteri keduanya Illyani Mohd. Noor


Sebenarnya Dr Rosli sudah berkahwin secara sah untuk kali kedua di Selatan Thailand (Pettani) pada hari di mana Dr Rosli membuat pengumuman perletakan jawatannya iaitu pada 22 December 2009.Salinan surat nikah itu dan Semua dokumen berkaitan (kad nikah petani,salinan passport dan Border Pass) perkahwinannya di Pettani telahpun diserahkan kepada Ustaz Mustafa iaitu Peguam Syarie yang telah dilantik oleh Dr Rosli untuk didaftarkan di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.

Jadi tidak timbul Dr Rosli telah melanggar Perintah Mufarokoh (Tinggal Berasingan) yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu seperti yang didakwa oleh bapanya di dalam beberapa akhbar pada hari ini,Kerana perintah mufarokoh yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu itu adalah berdasarkan permohonan pembatalan oleh bapa mertuanya terhadap perkahwinan Pertama (di Selangor) Dr Rosli dan anaknya.

Apapun, penjelasan lanjut dan terperinci tentang pekara ini bolehlah dirujuk kepada Peguam Syarie Dr Rosli Sendiri Ustaz Mustafa. ~ PERISIK RAKYAT

Jangan Guna RM5 juta ‘Dana Rempit’ Untuk Kempen Umno!


http://buletinonline.net/images/stories/berita18/UstMNor.jpg

Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diberi ingatan supaya tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk membiayai kempen parti tersebut khususnya kepada golongan remaja dan belia.
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau bimbang dana RM30 juta yang diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini disalahgunakan oleh Umno.

Dalam Persidangan Dewan secara keseluruhannya kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk menyelesaikan masalah remaja termasuk masalah ‘Mat Rempit’,

”hanya kita bimbang, takut, mereka mengambil kesempatan menggunakan program itu untuk kempen Umno, sebagaimana mereka telah menyalahgunakan Program-program Bakti Remaja dengan peruntukan (kerajaan) yang besar,
“(mereka) memeras pemikiran remaja (dan belia) hanya terhadap kepartian Umno, bukan mengubah minda mereka, hati mereka dan mengubah agama mereka (menjadi lebih baik), ”katanya ketika ditemui Bultinonline.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung juga bimbang peruntukan dana yang besar itu hanya diberikan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

Beliau bimbang kerana menurutnya sehingga kini kerajaan belum menyatakan secara jelas, apakah bentuk program atau projek dan modul yang akan digunakan bagi menyelesaikan masalah gejala sosial di kalangan remaja.

”Projek (atau) program belum (dinyatkan) secara jelas (dan) modul (yang akan digunakan) sepatutnya mesti dinyatakan kepada semua wakil rakyat, supaya ia dapat dilihat dan dinilai pengisiannya,”ujarnya.

Selaku yang bertanggungjawab keatas perkembangan golongan terbabit, beliau akan meneliti apa yang akan dikemukakan oleh kerajaan negeri dan bersedia untuk memberikan saranan, demi kebaikan remaja dan belia.

”Saya dah beri asas-asas (perkara yang perlu diambil perhatian) dalam Persidangan DUN untuk diambil penilaian (dan perjalanan oleh kerajaan), jadi kita tengok dulu (bagaimana ia akan dilaksanakan),”jelasnya.

Nik Aziz sahkan dua setiausaha berundur



MENTERI Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mengesahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron, dan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu berikutan kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diisi bila-bila masa oleh orang lain apabila sampai tempohnya.

“Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di Kota Bharu, semalam.

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana.

KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya. Utusan

29 Dis 2009

Silakan Saman RM100 juta - Dr Mohd. Asri

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini 'mempersilakan' Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, mengemukakan notis saman balas RM100 juta terhadapnya.

"Persilakan saman.... tapi sebelum itu eloklah pastikan sumber yang didengar itu sahih dan quote secara betul. Selepas itu, biar mahkamah tentukan," katanya

Tambah Dr. Mohd. Asri: "Itu cerita lekeh daripada seorang yang tidak ada agenda dalam negara tapi memunculkan diri dengan dakwaan palsu kononnya sijil saya palsu."

Bagi pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu, rakyat sendiri boleh menilai siapa Zamihan.

"Sebenarnya saya tidak ada masa nak fikirkan orang seperti beliau. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya," kata beliau.

Menurut laporan akhbar berkenaan hari ini, Zamihan mengambil tindakan saman balas ekoran beliau menerima notis saman RM10 juta daripada bekas Mufti Perlis itu baru-baru ini.

Zamihan sebelum ini dikatakan menerima notis saman daripada Dr Mohd. Asri melalui firma Mohamed Abdullah & Co yang memberikannya tempoh 48 jam untuk menjawab balik notis berkenaan.

Saman yang dikemukakan itu berikutan kenyataan Zamihan dalam sebuah akhbar arus perdana bulan lalu yang bertajuk Jakim: Asri Palsukan Kelulusan Syariah.

Melalui notis saman dikemukakan itu, Zamihan dituntut supaya menarik balik tuduhan terhadap Dr Mohd. Asri dan memohon maaf atas kenyataan dalam laporan akhbar terbabit, yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan kelayakan di bidang syariah dari Universiti Jordan dan banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi.

Disebabkan laporan berkenaan, Zamihan dituntut ganti rugi, termasuk ganti rugi teladan dan khas yang berjumlah RM10 juta.

Ekoran itu Zamihan mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan pemalsuan ijazah seperti disiarkan akhbar terbabit, sebaliknya ia akibat salah faham penulis berkenaan.

Berikutan itu pegawai kanan ILIM itu turut dipanggil pihak atasan Jakim untuk memberikan penjelasan dan menasihatkannya supaya menarik balik kenyataan terbabit.

Namun Zamihan menjelaskan ia adalah kenyataan peribadi dan bukannya mewakili jabatan.

Untuk rekod, Zamihan pernah disaman oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azwira Abdul Aziz kerana membuat dakwaan berunsur fitnah dan kes itu masih dalam perbicaraan.

Berhubung saman balas terhadap Dr Mohd. Asri, Zamihan menuntut bekas Mufti Perlis itu memberi penjelasan kenapa beliau didakwa berfahaman Syiah serta mengkafirkan ulama Arab Saudi dan penduduk Makkah sebelum ini.

“Saman balas itu dibuat pada bulan ini juga dan saya bagi tempoh untuk beliau jawab dalam masa tujuh hari, tapi selepas habis tempoh dia tidak jawab,” Zamihan, dipetik sebagai berkata.

Berikutan itu, beliau kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan susulan memfailkan kes terbabit di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam beberapa hari lagi.

Kes ini akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam beberapa hari lagi,” katanya, yang melantik firma guaman Abdul Kadir & Co untuk mewakilinya.

Zamihan mendakwa, kes saman menyaman ini berlarutan rentetan daripada kisah lama sejak 2001 iaitu selepas penerbitan dua buku tulisannya bertajuk Salafi Satu Penilaian dan Menjawab Kritikan Fahaman Wahabi di Malaysia. Mstar Online

Wanita dakwa sudah 2 tahun jadi Isteri kedua Sultan Kelantan




PETALING JAYA (Dec 28, 2009) :
Berita membabitkan Kerabat Raja Kelantan sekali lagi dicatat dalam dairi 2009.Kalau sebelum ini kes Monohara & Tengku Temenggung, tetapi kali ini seorang wanita mendakwa menjadi madu Sultan Sultan Kelantan itu Ismail Petra dikatakan yang dia telah dicegah daripada melawat suaminya yang telah dimasukkan wad di Mount Elizabeth Hospital di Singapura sejak 14 Mei.

Dalam kenyataan bertandatangan difakskan untuk Pemberita, Elia Suhana Ahmad berkata dia dan Sultan itu telah berkahwin pada 23 Dis 2007 dalam kehadiran keluarga itu dan pegawai-pegawai istana, tetapi benda-benda telah disimpan dirahsiakan untuk sebab-sebab peribadi.

Gambar foto perkahwinannya, e nikah kad dan dokumen-dokumen daripada jabatan agama diemel kepada theSun bagi membuktikan perkahwinan mereka.

Panggilan telefon untuk ke satu nombor telefon bimbit diberi dalam kenyataan telah dijawab oleh seorang lelaki yang mendakwa menjadi jurucakapnya tetapi yang enggan untuk mendedahkan namanya. Katanya Elia Suhana sekarang berada diluar negara dan akan kembali dalam satu atau dua harilagi.

Beberapa jurugambar pergi untuk alamat itu diberi dalam laporan tetapi gagal untuk bertemu dia.

Kenyataannya dikeluarkan sebagai jawapan kepada laporan dalam Malay Mail pada 21 Disember bertajuk "Police Ruckus In Royal Ward" yang mana berkata polis istana telah membantu mendapat aksesnya untuk Sultan.

Elia Suhana mendakwa yang isteri Sultan, Pengawal-pengawal peribadi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid telah mencegah dia daripada melawat Sultan.

Laporan berita itu berkata pengawal-pengawal diraja menlaporankan dua wanita yang tidak dikenali" cuba mencerobohi wd diraja padam awal pagi 8 Okt lalu.

Menjelaskan apa yang telah terjadi, Elia Suhana menyatakan: “Pembantu peribadi saya dan saya pergi ke melawat Sultan pada awal pagi itu ditemani oleh pegawai polis istana.

“Laporan polis itu dikemukakan oleh pengawal peribadi Sultanah atas arahan Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry menyatakan yang polis itu telah membawa masuk dua orang yang tidak dikenali wanita ke dalam wad betul-betul tidak benar,” beliau berkata.

“Sultan Kelantan umumnya mengetahui kewujudan saya, yang saya tidak mempunyai niat jahat menentang Sultan dan bahawa saya juga belum pernah tidak mematuhi arahan pegawai istana,” Elia berkata.SUMBER

28 Dis 2009

Demostrasi Bantahan Menyekat Rombongan Bantuan “Palestine Solidarity Campaign” Ke Kedutaan Mesir


Dapatkan Berita & Ikuti konvoi: http://readingpsc.org.uk/convoy/


KENYATAAN MEDIA
28 DISEMBER 2009

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)

Dewan pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan Kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza. Malangnya, kini Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh Kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah. Mereka sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza pada 27 Disember 2010 sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan mengadakan demostrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir pada Jumaat, 01 Januari 2010 berkumpul selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, jalan Ampang.

Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.


USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
Web rasmi http://pemuda.pas.org.my
Blog http://episodeperjuangan.blogspot.com

Demontrasi Ahli PAS ‘Palsu’ : Pemuda Selangor Buat Laporan Polis

Wan Hilman Wan Ibrahim, jurucakap 'Gerakan Penyokong PAS Selangor'

Pemuda PAS Selangor mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat. Hal ini berikutan demonstrasi baru-baru ini yang mendesak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan di Balai Polis Shah Alam dan mengaitkan kumpulan yang mendakwa diri sebagai 'Gerakan Penyokong PAS Selangor' cuba untuk memburukkan hubungan di antara PAS, PKR dan DAP.

Laporan itu juga dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS Selangor seperti yang didakwa mereka. Demontrasi itu didakwa bertujuan untuk mengeruhkan hubungan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Semakan dalam pengkalan data keahlian PAS telah memastikan yang semua ahli demontrasi itu termasuklah jurucakap mereka, Wan Hilman Wan Abd Rahim bukan PAS.

Terdahulu, Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mengadakan demontrasi mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya. - erapakatan

Model Sambilan, Kartika jumpa Tok Guru


KOTA BARU, Dis 28 — Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak.

Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alas an bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.~themalaysianinside

27 Dis 2009

Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat (Video & Gambar)



Sumber foto (sini)

Tumpukan pada kerja mempertahankan Selangor

Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir
Ketua Penerangan PAS Selangor

Setelah beratus-ratus SMS dikirim termasuklah bantuan lidah-lidah pengadu domba khasnya di alam maya ini hanya 8 orang yang dilaporkan hadir (disahkan oleh seorang rakan wartawan yang mnegatakan wartawan yang hadir lebih ramai bilangannya) dalam apa yang didakwa kononnya Perhimpunan Mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat sebentar tadi. Memorandum yang kononnya akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Dato Dr Hasan Ali entah telah diserah pada jembalang mana.

Siapakah mereka ini?

Pimpinan Umno Selangor menafikan mereka terlibat (itu pun kalau boleh percaya). Pimpinan PAS Selangor memang tidak terlibat langsung. Anehnya kawan-kawan bersungguh-sungguh memberi komen dan teguran termasuklah merayu Dato Hasan agar jangan menerima memorandum tersebut. Anehnya lagi lidah rasmi parti di alam maya turut menyumbang ke arah mencetuskan keresahan khasnya ahli dan penyokong parti seolah mahu melihat karier seseorang itu dimatikan melalui himpunan tak berakal ini!

PAS Selangor selesa dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor malah semalam semasa program Daurah Tarbawi Negeri yang diadakan semalam (dihadiri Dato Hasan dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), hadirin yang mengambil bahagian bertekad mempertahankan kerajaan negeri dan berusaha melonjakkan lagi prestasi PAS di negeri ini.

Soalnya mengapa PAS Selangor mesti keluar dari PR?

Terus terang bagi saya insiden ini suatu kerja jahat yang disokong pula oleh tangan-tangan hitam yang mahu melihat PAS Selangor bermasalah dan melagakan pimpinan dengan ahli. PAS Selangor konsisten dengan agenda perjuangan PAS, dan kedudukannya dalam kerajaan negeri akan digunakan bagi meyakinkan rakyat tentang relvannya PAS dan PR serta betapa pentingnya kerajaan ini terus kekal memerintah Selangor. Tidak ada sebab ia mahu tinggalkan PR.

8 manusia yang bermasalah itu bukan orang PAS. Kalau adalah rekod mereka ahli PAS maka sayalah yang pertama yang akan mengesyorkan agar mereka dipecat dari parti. Saya juga sedang menimbangkan untuk membuat laporan kepada PAS Pusat tentang bagaimana media parti boleh turut serta mensensasikan kerja-kerja jahat ini dan saya pandangn tindakan itu sebagai serius dan perlu ditangani.

Ada laporan yang memetik tulisan seorang blogger dalam buangan yang meramalkan kerajaan PR Selangor akan jatuh dan menganggap kononnya himpunan orang-orang separuh tiang itu akan mencetuskan gelombang yang ditelek oleh anak Raja berkenaan, Malangnya media resmi parti turut melaporkan:

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ramalan ini untuk makluman pernah dibincangkan dalam salah satu mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor (Majlis PR Selangor bermesyuarat secara kerap 2 minggu sekali, bukti betapa kukuhnya ikatan PR Selangor, negeri lain bagaimana?). Walaupun kami bukanlah mahu bermegah bahawa kerajaan ini kukuh, namun Tan Sri MB menganggap kalau kita beri tumpuan pada tulisan seumpama ini semata-mata banyak kerja lain yang lebih penting untuk rakyat tidak dapat kita laksana dan selesaikan.

Jentera kerajaan negeri berjalan lancar di Selangor. Tiada yang terbantut dan ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan PR Selangor bergerak seperti biasa,memerintah negeri ini dengan selesa dan insyallah berusaha memperteguhkan lagi kedudukannya dalam PRU ke 13 nanti. Mari kita bekerja ke arah itu dari meleleh air liur terpesona degan kerja-kerja orang separuh tiang.(sumber)

Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli - Malaysiakini

MB Terengganu Beri Jawapan Tak Betul !



KEMAMAN – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memberi jawapan yang tidak betul berkenaan kereta kerajaan yang menyelewengkan penggunaan minyak.

Menurutnya, Ahmad menjawab demikian, demi untuk menutup kelemahan pentadbirannya yang dipertikaikan oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

“Tidak betul, dia nak tutup kelemahan dia, dia kata pasal kereta konvoi, jadi kereta lain tak ada kad (indent) minyak, pasal apa jadi gitu, kereta kerajaan semua ada kad (indent) minyak,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan isu sidang DUN di sini semalam.

Menurutnya semua kereta atau kenderaan milik kerajaan memiliki kad (indent) minyak masing-masing.

Katanya beliau telah menyemak dengan pihak Jabatan Audit Negara berkenaan jawapan yang diberikan oleh Ahmad dalam Sidang DUN baru-baru ini.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf (ADUN) Mempelam telah menimbulkan isu penyelewengan pemggunaan minyak kenderaan milik kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010, Ahmad Said cuba menafikan kegitan mencuri minyak dikalangan pemandu kenderaan kerajaan yang menyeleweng dengan mengatakan kereta-kereta tersebut mengisi minyak secara beramai-ramai dan tidak mempunyai kad (indent) minyak, lalu mengisi minyak menggunakan satu kad (indent) minyak sahaja.

Jawapan Ahmad juga menolak kesahihan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dikeluarkan pada 22 Julai, 2009

”Ahmad sepatutnya mengambil tindakan mengelakkan kejadan berulang, kerana saya telah dimaklumkan oleh Bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, penyelewengan penggunaan minyak oleh kenderaan kerajaan telah berlaku sejak lama dulu,”kata Wahid dalam ceramah yang disampaikannya. BO

Konvensyen Kepimpinan Pemuda Terengganu 2009 (KOMITED'09)

dsc00705

dsc00704

dsc00703

Antara AJK Pemuda PAS DUN Kota Putera yang turut serta

Kuala Ibai, Terengganu 25 Disember 2009 - Satu majlis Konvensyen Kepimpinan Muda PAS Terengganu telah diadakan kelmarin di Markaz Tarbiyyah PAS , Kuala Ibai , Kuala Terengganu (25 Disember 2009) bersamaan 9 Muharram 1431H. Pemuda DUN Kota Putera juga tidak ketinggalan untuk turut serta didalam konvensyen tersebut. Konvensyen ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Acara di mulakan selepas solat jumaat pada jam 2.30 petang untuk sesi pendaftaran. Alhamdulillah , sambutan yang begitu menggalakkan oleh seluruh kepimpinan Pemuda di negeri Terengganu. Kehadiran yang diluar jangkaan sehingga penuh sesak di dewan Dato’ Hj Mutalib Embong di Markaz Tarbiyyah itu.

Pembentangan KOMITED 1 bertajuk PRU 13 : Gerakerja Pemuda disampaikan oleh YB Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib ( Pesuruhjaya PAS Terengganu ) dan Tuan Haji Yahya Ali (Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu).

Pembentangan KOMITED 2 bertajuk PRU 13 : Persiapan Jentera Pilihanraya Pemuda disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik ( Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu ) dan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Kamal Bin Haji Ali ( Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda Negeri ).

Manakala majlis penutup dan resolusi KOMITED 09 disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Nasruddin Hassan Tantawi yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut hadir bersama didalam konvensyen ini , YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong dan seluruh kepimpinan Pemuda disemua peringkat dari seluruh negeri Terengganu.

Program konvensyen ini berakhir dengan Ceramah Perdana : Pentas Pemuda pada sebelah malamnya. Antara penceramahnya ialah Al-Fadhil Ustaz Haji Nasruddin Hassan Tantawi ( Ketua Pemuda PAS Pusat ), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ( Ketua Pemuda PAS Terengganu ), Ustaz Suhaimi Saad ( Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang ), YB Haji Mohd. Abdul Wahid Endut ( Ahli Parlimen Kuala Terengganu ).

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.