Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

29 Mei 2010

Pulau Pinang Haramkan Judi Bola



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu media bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengarahkan MPPP dan MPSP untuk menggunakan Akta Kerajaan Tempatan, di bawah seksyen 101 (v) untuk melarang judi bola.

Lompat Parti : Exco Selangor Di Tawar RM 13 Juta

Tim.YDP Kawasan Hj Hasan Salleh Sedang menyampaikan ucapan.Ucapan beliau boleh di ikuti DISINI.Gambar Ehsan Buletinonline
Ucapan Elizabeth Wong boleh diikuti DISINI
Selain Ellie(2 dari kiri) dan Tim. YDP Kawasan Besut Hj Hassan Salleh(kanan sekali) turut serta Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman(3 dari kanan)
Sebahagian yang hadir

Besut : Exco Selangor merangkap Adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong mendakwa beliau pernah ditawarkan RM 13 Juta jika bersetuju melompat parti dan berjaya memujuk Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa keluar bersamanya.Beliau berkata demikian di hadapan 5 000 hadirin dalam satu ceramah di Besut.
Menurutnya tawaran itu hadir sehari selepas gambar beliau dalam keadaan mengaibkan tersebar menerusi internet.Seseorang telah berjumpa dengan beliau dan memberi satu kad berserta dengan nombor telefon untuk beliau hubungi jika bersetuju dengan tawaran tersebut,tambahnya lagi.
Namun beliau tetap komited dengan perjuangan Pakatan Rakyat dan lebih rela meletak jawatan sebagai Exco serta Adun Bukit Lanjan dari mengkhianati amanah rakyat.
Turut menyampaikan ceramah dalam majlis yang diadakan di Belakang Masjid Bandar Jerteh itu ialah Tim YDP Kawasan Besut Hj Hasan Salleh dan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman.

Gambar : Suasana Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz Di Medan Ilmu Kota Bharu

Tok Guru sedang menyampaikan Kuliah Jumaatnya
Tidak jemu2 mendidik rakyat sejak 20 tahun lalu
Pentas yang di gunakan Tok Guru
Kat atas pentas pun boleh duduk,dekatnya Tok Guru dengan rakyat
Mendapat sambutan hangat sejak 20 tahun lalu
Ramai,sebahagian yang hadir

LAGI GAMBAR LIHAT DISINI

28 Mei 2010

Info: Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010





Gambar : Senarai 10 orang Terkaya Di Malaysia Untuk 2010 - Forbes Asia


BERIKUT merupakan senarai 10 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes Asia:
1) Robert Kuok AS$ 12 bilion, 86, berkahwin, 8 orang anak. Pelbagai.

LAGI>

Ada Bukti Kukuh Wakil Rakyat Lompat Parti Ditawar RM 2 Juta-Anwar


KOTA BARU, 28 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil-wakil rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat ditawar RM2 juta dan kontrak lumayan sebagai ganjaran.

“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya,” kata Anwar (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata selama ini acapkali “kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak.”

Katanya. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.Bagaimanapun tegas Penasihat PKR itu, kini pihaknya sudah memperoleh bukti berkenaan.

Selasa lalu The Malaysian Insider memetik sumber daripada kalangan pemimpin parti itu melaporkan PKR bercadang untuk mendedahkan perkara itu dengan terperinci dalam Kongres Nasional Keenamnya bermula semulama.

Sejak awal tahun 2009, 10 orang masing-masing lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Tanpa menyatakan bila maklumat itu diperolehi, Anwar berkata, bukti kukuh itu akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat insha-Allah,” katanya.Anwar akan menghadiri Kongres Nasional Keenam peringkat pusat yang bermula esok.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu Anwar tidak menjelaskan sama ada pendedahan melibatkan Ahli Parlimen atau ADUN ataupun kedua-duanya sekali.

Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider awal minggu ini berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.

“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.

Menurut pemimpin itu, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 September 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.Tiga Ahli Parlimen lain ialah Bagan Serai, Nibong Tebal dan Wangs Maju.Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.

Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.

Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat.TMI

26 Mei 2010

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Peter Veana (melihat ke arah kamera) kini Muhammad Fatih, beberapa saat sesudah bersyahadat di depan Markas IHH. Foto: Sahabatalaqsha.com & Hidayatullah.com

Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Untuk berita selanjutnya sila klik Life line 4 Gaza

Akidah: Umno lebih bahaya daripada Al-Arqam

Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al-Arqam (Al-Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada Umno juga.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, ini kerana Umno sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al-Arqam.

Katanya, kenyataan itu berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin kali ketiga di Putrajaya tempoh hari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al-Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

Menurutnya, Umno yang umumnya diketahui memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama.

Sebaliknya, kata beliau Umno memperbanyakkan hiburan yang melalaikan dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan ‘politik sempit’ mereka sahaja.

Baru-baru ini, tambahnya, Kerajaan Malaysia yang mana Umno merupakan parti tunjang di dalam BN telah meluluskan lesen judi bolasepak kepada Berjaya Group yang bukan sahaja untuk pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010.

Katanya lagi, tetapi ia berlanjutan sehingga melibatkan pertaruhan ke atas empat liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui Ascot Sport Sdn Bhd juga pemegang saham utama Sport Toto Malaysia Sdn Bhd.

“Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?

“Bagaimana dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud? Bukankah ianya datang daripada mulut mereka yang mengaku ahli Umno?” soalnya.

Menurutnya lagi, mempertikaikan hukum Allah SWT jelas menyebabkan akidah seseorang tersasar daripada landasan agama yang sebenar.

Bagi Nasrudin, kalau dikatakan konsert khas anjuran Al-Arqam mengundang kontroversi, bagaimana dengan Konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempoh hari dan bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung.

“Itu belum lagi isu arak, murtad dan berbagai lagi kes yang jelas boleh menjejaskan akidah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Timbalan Perdana Menteri itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, jangan hanya melihat kepada suatu sudut yang sempit demi ‘survival’ politik Umno BN seolah-olah hanya satu pihak lain sahaja yang sesat akan tetapi harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini. ~HARAKAHDAILY

25 Mei 2010

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?


KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.


Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.Hrkh

Benarkah Ramai Wakil Rakyat Umno Terengganu Kini Bergelar Jutawan?

Rumah YB Ramlan yang sedang dibina. Kereta Toyota Harrier 2.4G adalah salah satu dari kereta miliknya

ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.

Rumah YB Rozi Mamat, ADUN Telemong, yang dibina di Taman Permint Permata dalam DUN Kuala Berang

Selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sejak enam tahun yang lalu, ramai daripada mereka yang telah mengumpulkan harta lebih sejuta ringgit! Benarkan begitu?

Padahal, dengan elaun sebagai wakil rakyat dan khidmat yang terpaksa diberikan bagi melayani kehendak rakyat, adalah mustahil para wakil rakyat boleh menjadi jutawan. Lagi... BO

24 Mei 2010

Judi bola: PAS minta Majlis Raja-Raja ambil tindakan


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyuarakan rasa yakin bahawa Majlis Mesyuarat Raja-Raja Malaysia mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

"Kami (Ahli Parlimen PAS) berkeyakinan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang wajar mempengaruhi kerajaan supaya isu pemberian lesen judi ini dibatalkan segera," jelas beliau tengah hari tadi, mewakili Ahli Parlimen PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an dahulu pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan Umno BN membatalkan Loteri Kebajikan.

Tambahnya lagi, almarhum Tuanku Sultan Perlis merupakan Raja yang paling menonjol menegur pemimpin Umno pada ketika itu.

Sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia pada 26 Jun depan yang kebetulan dipengerusikan oleh Tuanku Raja Perlis sekarang, beliau berharap majlis berkenaan mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menempelak Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mencabar PAS menutup premis judi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu.


Beliau menyifatkan cabaran Mohd Khir dan Ibrahim itu sebagai mencipta alasan untuk menutup pekung Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan lesen judi itu.

Sebelum pada itu, suatu memorandum bantahan diserahkan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sambil disaksikan oleh Penolong Setiausahanya, Datuk Sabtu Awwab.

Manakala Ahli Parlimen PAS yang menyertai Mahfuz pula adalah Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok).

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Sivakumar



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan benarkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas untuk mengekalkan kerusi masing-masing.

Sivakumar dalam permohonannya berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dibuat tanpa kuasanya dan mahu keputusan itu dibatalkan..

Penghakiman pada 9 April itu menafikan bahawa kerusi tiga ADUN yang berpaling tadah itu yang diisytiharkan kosong oleh Sivakumar supaya pilihan raya kecil boleh diadakan.

Keputusan panel tiga hakim hari ini juga mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa mutlak mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong. Selanjutnya

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BESUT KALI KE 51




Mesyuarat Agung Pas Kawasan Besut Kali Ke 51 ini diadakan di Dewan Hj Salleh Alor Lintah Jerteh pada Sabtu 8 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 22 Mei 2010.Majlis dirasmikan Presiden Pas,Datuk Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

23 Mei 2010

Tidak dibenar lawat, isteri kedua Sultan Kelantan hampa lagi

Elia Suhana di pekarangan Istana Mahkota bersama peguamnya Fakhrul Azman (tengah) ketika beliau cuba melawat Sultan Kelantan.— Gambar fail
Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan sekali lagi hampa apabila hasratnya untuk melawat terhalang, kali ini lebih malang apabila baginda sendiri dikatakan bertitah tidak membenarkan dia menghadap.

Elia Suhana dan peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan bersama beberapa rombongannya tiba di Istana Mahkota, Kubang Kerian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan meninggalkan premis itu 30 minit kemudian apabila tidak dibenarkan masuk.

“Maaf encik, saya dititahkan oleh Tuanku sendiri (Sultan Kelantan) tidak benarkan menghadap.

“Saya hanya menjalankan perintah,” kata seorang pegawai Istana Mahkota ketika menyampaikan titah itu kepada rombongan Elia Suhana di pintu pagar Istana Mahkota.

Cubaan kali pertama Elia Suhana untuk melawat Sultan Kelantan sekembalinya dari Singapura 4 Mac lalu yang juga berakhir dengan kegagalan setelah dikatakan dihalang oleh Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada 12 Mac lalu.

Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.

Pada 21 Feb lalu, Elia Suhana memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Tengku Anis kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang telah membenarkan beliau menziarahi baginda antara Sabtu dan Isnin setiap minggu.

Perintah mahkamah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan sepertimana hari dan masa yang ditetapkan tersebut telah dikeluarkan pada 4 Feb lalu melalui Hakiam Syarie Abdullah Man yang ketika itu baginda sedang menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Elia Suhana kelihatan kecewa apabila kehadirannya atas kapasiti sebagai seorang isteri terus mendapat halangan.

“Sebagai isteri saya juga mempunyai hak untuk menziarah Tuanku.

“Kehadiran saya atas kapasiti seorang isteri, lagipun dengan perintah mahkamah.

“Perintah mahkamah berhubung hak lawatan saya ke atas Tuanku setiap Sabtu hingga pagi Isnin masih sah,” kata beliau kepada pemberita.

Rabu lepas Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kota Baru membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah 4 Feb lalu.

Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan.

Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu adalah tidak sepatutnya kerana perintah itu telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.

Pada 4 April lalu, mahkamah yang sama telah menangguh kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal ke atas suaminya dengan alasan mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana.

Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini yang mendakwa Sultan Kelantan telah menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Feb lalu.

Dalam pada itu, Fakhrul Azman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes ini di mahkamah.

“Kita dimaklumkan oleh seorang pegawai istana tadi mengatakan Sultan (Kelantan) bertitah tidak mahu jumpa dengan Che Puan Elia dengan alasan mengatakan Sultan telah melafazkan cerai.

“Jadi kita akan fikir macam mana tindakan selanjutnya sebab kes ini berada di mahkamah,” katanya.

SPRM siasat Najib ; "You help me, I help you"

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.


Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

(Malaysiakini)

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dilancarkan

Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.