Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

22 Nov 2008

PEMUDABESUT@ Program Khatan beramai-ramai


HARI : 22 Nov 2008 (Sabtu)
Tempat : Pusat Tarbiah Kg Beris Bharu.
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut & MTD Kuala Besut

Peserta diarak dengan selawat Nabi.

macam nak kahwin pulak...

Bila nak sunat ni....

Sape nak sunat ni?? Anak ke ayah? ....
Ketua Pemuda DUN K.Putera sedang sibuk membuat pendaftaran

Ust Nik Zawawi sedang bahagi bunga telur kepada peserta

Satu seorang je ni...
Ust Adam (Ketua Pemuda) sedang membahagi bunga telur

Boleh Makan ke telur ni kalu sunat nanti??

Tak sakit pun....
Anak blogger terkenal Thingking for Life pun turut serta

Pelancaran 'Tentera Merah' Gen-2 ~ Malaysiakini

Pelancaran 'Tentera Merah' Lembah Pantai meriah, 1,000 orang hadir

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh)- Sejarah sekali ditempa buat julung kalinya apabila Majlis Pelancaran Unit Amal Gen-2 kawasan Lembah Pantai mendapat sambutan yang cukup meriah dan begitu menggalakkan daripada orang ramai yang begitu menghargai peranan pasukan yang kenali sebagai 'Tentera Merah' itu.

Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur 21 November (semalam) menjadi saksi kepada kehadiran kira-kira 1,000 orang yang hadir memenuhi ruang Dewan Utama untuk melihat dengan sendiri, pasukan 'tentera merah' yang segak bergaya, dengan baju seragam siap siaga dalam perbarisan tabik hormat. Image










Dua jam sebelum pelancaran tersebut kira-kira jam 8.00 malam, sejumlah 50 anggota unit amal Lembah Pantai sudah berada di luar kawasan Markaz, membuat latihan terakhir kawat sambil menantikan ketibaan tokoh yang tidak asing lagi Naib Presiden PAS Mohamad Sabu merasmikan pelancaran tersebut sekaligus menyampaikan ceramah Perdananya.

Di luar markaz, kiri kanan jalan sepanjang hampir satu sesetengah kilometer penuh dengan jualan dan perniagaan yang sentiasa menyemarakkan lagi suasana sekitar Markaz Taman Melewar tatkala ada saja aktiviti ceramah atau majlis yang dianjurkan PAS.

Walaupun tidak sehebat era sebelum pilihan raya 2008,'reformasi' 1999, namun persekitarannya masih 'hidup' dengan kehadiran orang ramai yang masih tidak putus-putus memberi sokongan kepada perjuangan PAS dan rakan seangkatannya dalam Pakatan Rakyat. Image

Dalam dewan kira-kira jam 10.30 malam sejurus selepas ucapan alu-aluan oleh Yang diPertua PAS kawasan Lembah Pantai Ustaz Azhar Yaakob beserta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim, hadirin dipersembahkan dengan Tayangan Video Unit Amal disusuli pula perarakan masuk dan perbarisan Unit Amal dan pemakaian beret sekaligus bacaan ikrar secara berpasukan.Turut hadir sama Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad.

Lebih menarik dewan turut kelihatan barisan depan beberapa tetamu dan orang ramai yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang turut berminat dengan pelancaran Unit Amal tersebut.

Paling mengagumkan, seorang lelaki tua berusia 60-an berkerusi roda datang bersendirian semata-mata untuk melihat sendiri perasmian dan memberi sokongan kepada pasukan yang mendapat jolokan 'tentera merah' sewaktu membantu mangsa banjir besar yang melanda Johor sekitar tahun 2006 dan 2007 lalu. Image








Mohamad Sabu dalam perasmian mahu pasukan tersebut meneruskan visi sebagai pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang yang menjadi pilihan generasi baru berteraskan Islam.

Beliau mahu misi unit amal iaitu berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam menjadi teras dan prinsip utama yang mesti diteruskan oleh pasukan Tentera Merah

MB POTONG GAJI RM10,000 SEBULAN ~ Malaysiakini

Tentu banyak orang terangkat-angkat kening apabila membaca laporan Malaysiakini yang menyebut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000 sebulan, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar.

Kenyataan mengenai potongan gaji itu dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Kata Hassan, potongan itu adalah daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu.

“Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.”

Hassan mendedahkan mengenai potongan itu bagi menyangkal dakwaan bahawa Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.~ DEPA KATA

21 Nov 2008

Harga minyak RM1.85? ~ Malaysiakini

bm version petrol price hike reduction from rm 2 15 rm 2 00 171108

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.

Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.

"Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.

"Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,'' katanya di lobi Parlimen semalam.

Ayah Pin pulang setiap hari Ahad ~ Malaysiakini


AYAH Pin


BESUT – Penduduk di sekitar perkampungan ‘Kerajaan Langit’ Batu 13, Hulu Besut mendakwa sering kali melihat keli- bat Ayah Pin (gambar) muncul di kawasan tersebut pada setiap hari Ahad.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Abu berkata, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 68, pulang pada setiap hujung minggu untuk bertemu dengan ahli keluarganya .

Menurutnya, rutin itu didakwa telah bermula sebelum media dapat menghidu kehadiran semula Ayah Pin di kawasan tersebut baru-baru- baru ini.

“Sebelum media heboh, Ayah Pin kerap balik sehingga dua hingga tiga kali seminggu, namun sejak kebelakangan ini Ayah Pin hanya dilihat pada hujung minggu saja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagaimanapun Pak Abu memberitahu, Ayah Pin sukar ditemui orang ramai kerana dia pulang secara senyap-senyap selain tidak akan muncul di hadapan khalayak ramai.

Seorang peniaga di Jertih yang enggan dikenali berkata, kira-kira dua minggu lalu ada lima pelancong singgah di gerainya.

“Semasa saya tanya mereka mahu ke mana, pelancong itu beritahu mereka mahu pergi jumpa Ayah Pin,” katanya. ~ KOSMO

[ PEMUDABESUT akan pegi siasat sendiri adakah benar cerita ini....Ayah Pin tunggu]

20 Nov 2008

Shah Rukh Khan Sibuk.... anugerah 'DATUK' tunda lagi.~ Malaysiakini

Lupakan sahaja Shah Rukh kalau nak jadi Timbalan Presiden

“Shah Rukh Khant come” demikianlah tajuk muka tiga akhbar The Star hari ini. Menurut laporannya bintang Bollywood yang difikirkan layak menerima anugerah “Datuk” Melaka oleh Ketua Menteri Melaka itu tidak dapat hadir menerima anugerah tersebut pada tarikh yang ditetapkan kerajaan negeri iaitu 29 November ini.

Alasannya beliau sibuk.

Sebelum ini penganugerahan bintang-bintang kebesaran negeri sempena ulangtahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka telah pun berlangsung tanpa kehadiran Shah Rukh walaupun beliau diseneraikan menerima gelaran tertinggi negeri itu juga atas alasan yang sama. Maka kelam-kabut dan bergelutlah kerajaan negeri menetapkan tarikh baru khas untuk mengalungkan gelaran kepada anak asing yang tidak pernah berjasa kepada negeri itu.

Dikhabarkan pihak TV juga akan menyiarkan secara langsung majlis untuk anak Bollywood itu nanti, dan kini tiba-tiba beliau tiada masa untuk Melaka kerana sibuk! Bagi saya ini suatu penghinaan kerana ternyata si Shah Rukh tidak ambil berat apalagi meletakkan Melaka sebagai satu keutamaan buat beliau. Saya tidak faham kenapa kita perlu meletakkan diri kita terlalu rendah seolah kebulurkan sangat kelibat beliau yang tidak langsung memperdulikan kita pun.

Kini sekali lagi kerajaan negeri mencari pula tarikh baru.

Kalau pun benar Ali Rustam mahu menang jawatan Timbalan Presiden Umno, tak perlulah mahu mencuri “glamour” melalui Shah Rukh. Malah saya meraskana puaka Shah Rukh ini nampak-nampaknya akan menghantui Ali Rustam dan berkemungkinan beliau nanti kecundang kerananya. Sekarang pun isu ini dijadikan bahan senda gurau oleh semua pihak termasuk kalangan Umno.

Jebat rebah kerana Taming Sari, Ali Rustam tersungkur angkara Shah Rukh! ~ Roslan SMS

19 Nov 2008

Hidup Mulia atau Mati Sebagai Syuhada’ - Malaysiakini

Hidup Mulia atau Mati Sebagai Syuhada’








Kempen Hapus ISA, Pemuda PAS akan himpunkan 100 ribu - Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS akan menggerakkan kempen secara besar-besaran bersama-sama GMI bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta kejam ISA, pada 23 November ini.

Kempen yang akan diadakan di Dataran MPAJ itu dijangka bagi menghimpun kira-kira 100,000 orang pada Mac depan, sebagai acara kemuncak kepada kempen berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan, kempen tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, selain menunjukkan komitmen rakyat yang tidak mahukan kezaliman tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, di pejabat parti itu, di Jalan Raja Laut,baru-baru ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut menyatakan bahawa himpunan tersebut akan melibatkan NGO-NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pembatalan MoU antara kolej-kolej agama negeri dengan Universiti al-Azhar.

"Pembatalan MoU ini menyebabkan lebih daripada 18 kolej dan pusat pengajian tidak dapat menghantar pelajar untuk menyambung pelajaran mereka ke sana.

Sehubungan itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Abdullah supaya campurtangan dalam isu pembatalan MoU tersebut pada 20 November ini. - Hrkh

IHTIFAL PASTI BESUT 2008

PADA
15 NOV. 2008 (SABTU)

TEMPAT
Dewan Haji Salleh, Alor Lintah
Perasmi
Cikgu Ghazali Che Omar
Tim. Pengarah II PASTI Terengganu





Takbir!!!

Tajuk Pidato saya ialah PAS For All...
Adik Norlailatul Jaaizah bt Mohd Nazir (Johan Pidato Kebangsaan)Dari kiri: Ust Abdullah Mat Dan, Cikgu Ghazali (Perasmi), Dato' Hj Husain (YDP) & Ust Kaspi (Penyelaras PASTI Kawasan)
Ketua Pemuda.... Belajar baik-baik ye!

Ust Zahid (SU Kawasan) menyampaikan hadiah

Jangan takut Dik....

18 Nov 2008

Tragedi Berdarah Memali, 23 Tahun Sudah Berlalu - Malaysiakini

Memperingati Ulang Tahun ke-23, Tragedi Berdarah Memali ( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )

Memperbaharui kata-kata jihad dari As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood sebelum kesyahidannya sebagai pembakar daya jihad pejuang-pejuang Islam hari ini...

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..." - Ucapan di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985.
.

" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."


" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka
tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"

"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi
burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
- Syuhada' Melayu


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Pusara Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah satu nama yang telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila asy syahid dan rakan - rakan akhirnya gugur sebagai syuhada' ditembak mati dengan menggunakan peluru "getah" UMNO dan BN

Peristiwa yang berlaku pada tahun 1985 ( masa tu saya sedang menduduki SRP di tingkatan 3 )

Zaman Asy Syahid inilah saya masih ingat lagi bagaimana tamrin dan qiamulail menjadi budaya parti . Malah pernah mengikuti ucapan Asy Syahid dalam satu tamrin yang banyak mengupas mengenai slogan Jihad adalah jalan perjuangan kita dan Mati syahid adalah setinggi - tinggi cita - cita kita .

Hari ini saya bertanya pada diri sendiri , apa masih ada penghayatan terhadap slogan tersebut dalam perjuangan Islam ini ?

Slogannya mungkin masih ada tetapi penghayatannya , saya rasa kian pudar dan kian malap . Ayuh sahabat seperjuanganku , marilah kita menyemarakkan kembali semangat juang dan jihad tanpa batas demi mendaulatkan syariat Allah swt sehingga kita sanggup menjadikan darah dan nyawa kita sebagai taruhan .

Tunggu apa lagi sahabat !? . Bukan saya ajak ke medan tempur yang menumpah darah , tetapi cukup dulu untuk kita turun ke medan dakwah dan siasah , memerangi segala kemungkaran dan maksiat yang kian berleluasa dan bermaharajalela .

Atau kita masih menyusun kalimah yang indah dan kemas lagi bijak untuk dijadikan satu alasan kukuh oleh lidah yang petah bahawa kita mempunyai keuzuran untuk tidak turun ke medan ? LAGI.

Nik Aziz: Tiada istilah ketuanan Melayu dalam Islam ~ malaysiakini

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya. BERNAMA

17 Nov 2008

Dato' Noh Gadut kini bukan lagi Mufti Negeri Johor? ~ Malaysiakini


Pada petang Khamis 13 November 2008, Sultan Johor secara mengejut telah melantik Dato Tahrir bin Dato Kiyai Hj. Shamsudin (sebelum ini Timbalan Mufti) sebagai Mufti Johor menggantikan Dato Noh Gadut.

Perkara ini amat mengejutkan kerana waktu perlantikan dibuat oleh Sultan Johor, Dato Noh berada di Indonesia atas urusan kerajaan. Ini merupakan kejatuhan mengejut Dato Noh Gadut yang dikenali di seluruh negara.


Sampai sekarang berita ini tidak dihebahkan oleh mana-mana pihak. Hakikatnya Sultan sudah melantik mufti baru pada petang Khamis lalu. Dato Noh Gadut yang baru pulang dari Indonesia sudah mula mengosongkan biliknya pada Isnin 17 Nov 2008.

(Sekiranya tuan ragu-ragu dengan berita ini, sila telefon ke Pejabat Mufti Johor 07-2282900 atau 07-2282901)

Tok Guru Nik Aziz: Jangan lawan Allah pertikai fatwa haram "pengkid"

Jangan lawan Allah pertikai fatwa haram "pengkid"

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. "Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita," katanya. BERNAMA

themalaysianinsider : Nik Aziz: No racial supremacy in Islam

Antara Ayah Pin Dan Raja Petra ~ Malaysiakini

zczXAS


Hairan benar melihat undang-undang di Malaysia hari ini. Raja Petra yang hanya terdapat komen di dalam blognya tentang “hina Islam” dan “hina Nabi” bukan main lagi empat pemimpin agensi agama seperti (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia engurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Abdul Ghani Mohamed, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) Anan C. Mohd membuat laporan polis dan akhirnya beliau ditahan ISA baru-baru ini.

Walhal perkara itu belum tentu sah ditulis oleh Raja Petra, sebab ia terkandung dalam ruangan komen artikelnya. Namun, apa yang peliknya ialah Ayah Pin yang sudah sah dan terbukti mengaku beliau adalah “Tuhan Kerajaan Langit” dan telah merosakkan akidah ramai rakyat Malaysia yang menjadi pengikutnya.Terang-terangan membina monumen kerajaan langitnya, bahkan telah disiarkan di media massa tentang bukti-bukti tersebut. Namun kenapa pihak-pihak terbabit tidak pula membuat laporan polis?

Bukankah beliau lebih hina dari Raja Petra kerana mengaku “Tuhan” !! Ini bermakna beliau menghina Islam dan telah terpesong akidahnya dan boleh diisytiharkan dirinya Murtad. Tetapi hingga ke hari ini beliau masih bebas. Bahkan pihak polis pula masih mahu menunggu siasatan JHEAT.

Apakah “muslihat” disebalik semua ini. Nampak sangat 4 agensi yang membuat laporan polis terhadap Raja Petra hanya bermotifkan politik semata-mata. Sedangkan Ayah Pin tidak diapa-apakan, kerana beliau banyak menyokong UMNO Trengganu selama ini agaknya. Lantaran itulah beliau masih diberi kuasa untuk terus berkuasa.

Apakah nanti Ayah Pin akan dipilih sebagai angkasawan negara ke-2 untuk pergi ke bulan dan melihat kerajaan langitnya pula?

http://pahangdaily.blogspot.com

[ PEMUDABESUT sudah pegi melihat tapak'kerajaan langit' semalam.. tapi tak jumpa Ayah Pin..... Nasib baik ayah Pin tak ada......]

16 Nov 2008

Masyarakat India dirai Nik Aziz sempena Deepavali

Lebih 1,000 masyarakat India dirai Nik Aziz sempena Deepavali

KUALA KRAI - Buat pertama kali dalam sejarah sejak lebih 18 tahun Kelantan di bawah teraju PAS apabila dapat menghimpunkan lebih 1,000 masyarakat India sempena perayaan Deepavali, di sini malam tadi.

Kehadiran mereka menyedatkan Dewan Sri Guchil yang terletak tidak jauh dari bandar Kuala Krai. Kecil besar, tua dan muda memenuhi dewan tersebut.

Mereka datang dengan kenderaan sendiri dan beberapa bas termasuk dari Gua Musang, Tanah Merah, Kota Bharu dan beberapa ladang di sekitar Kuala Krai.

Golongan warga emas ketika ditemui seronok dengan program tersebut yang julung diadakan melibatkan semua masyarakat India dari seluruh Kelantan.

Tahun lepas program seumpama itu hanya diadakan di Ladang Kerella, Tanah Merah.

Ketika Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap di pentas semua mata tertumpu kepadanya biar pun sebelum ini mereka sudah acap kali mendekati Menteri Besar Kelantan.

Mereka beberapa kali bertepuk tangan tanda sokongan dan setuju dengan apa yang diucapkan pemimpin kesayangan mereka.

Seorang pemimpin masyarakat India dari Kota Bharu, Arjuna a/l Subramanian, 62 yakin lebih ramai lagi golongan warga emas India yang ingin datang ke majlis seperti itu sekiranya diadakan lagi tahun depan.

"Biar pun saya sudah acap kali bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz kerana tinggal di Kota Bharu, namun penduduk India yang tinggal di kawasan pedalaman cukup gembira datang ke majlis malam ini," katanya.

Hadir sama pada program bersejarah itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dr Mohamed Fadzli Hassan, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria, Adun Galas, Chek Hashim Sulaima dan Ketua Jajahan Kuala Krai, Adnan Hussin.

Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN), Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Masyarakat Cina tempatan yang terdiri daripada sebuah pertubuhan keagamaan turut kelihatan pada program tersebut.

Program berkenaan bermula jam 4 petang di mana diadakan pertandingan melukis yang dikenali sebagai kolam.

Manakala jamuan makan malam bermula jam 8.30 malam. Orang ramai menikmati hidangan nasi beriani. Program itu dianjur UPKN dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar.

Orang ramai yang hadir turut disajikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis-artis Astro.

Golongan kanak-kanak paling seronok dengan berkejar ke sana ke mari, manakala warga emas mengeleng-geleng kepala ketika irama lagu Tamil dinyanyi artis lelaki.

Arjuna berkata, program itu diadakan di tempat yang begitu strategik kerana masyarakat India dari seluruh Kelantan dapat hadir ke program tersebut.

"Bagi yang tinggal di Gua Musang tidak perlu lagi bersusah payah datang ke Kota Bharu. Oleh itu diharap kerajaan negeri menjadikan program seumpama ini sebagai acara tahunan," ujarnya.

Pemilihan tempat program tersebut ditentukan sendiri Menteri Besar, beritahu pengarah UPKN.

Dr Fadzli berkata, program tersebut akan diadakan lebih meriah lagi tahun depan. - Hrkh

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.