Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

16 Nov 2008

Kelab Penyokong Muda PAS

Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda PAS - Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam.

Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.

ImageKelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.

Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.

"Melalui kelab ini, kita akan mengadakan 'roadshow' di setiap negeri bagi kempen mengumpulkan ahli menjelang 27 Nov ini, di mana kita mensasarkan sebanyak 100,000 ahli akan menyertai kelab ini," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kelab ini bersifat lebih muda, berbanding Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada 2004 lebih menekankan aspek politik.

ImageKatanya, melalui kelab ini, pelbagai program akan diadakan bagi mendapatkan lebih ramai ahli muda, selain meningkatkan tahap pemahaman golongan itu terhadap PAS.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, yang merasmikan kelab itu pula menyatakan bahawa kelab ini bakal memberi sumbangan besar kepada PAS sebagai pemangkin masa depan PAS.

"PAS serius dengan golongan bukan Islam, di mana PAS akan terus berhadapan dan menyelesaikan permasalahan orang bukan Islam memandangkan Islam memberi hak kepada semua, tanpa mengira kaum," tegas beliau.

Tambah beliau, penubuhan Kelab Penyokong Muda ini akan diberikan peranan sewajarnya di bawah Lajnah Perpaduan, selain PAS akan sentiasa bersama mereka di saat susah dan senang.

ImageSementara itu, pada majlis pelancaran yang disempurnakan Salahuddin, para tetamu yang menghadiri majlis itu disajikan dengan tarian singa dan paluan Urumi Melam, satu muzik tradisional klasik kaum India.

Suasana meriah pada pelancaran itu menggamit minat dan menjadi tumpuan ramai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Raja Laut untuk berhenti merakamkan gambar serta menerima informasi mengenai kelab berkenaan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran kelab itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda, Azman Shapawi; Setiausaha, Sabky Yusof dan anggota exco Pemuda PAS Pusat dan ahli Kelab Penyokong PAS. - Hrkh

Malaysiakini :
Kelab Penyokong Muda PAS dilancar hari ini
Khairul Faizi Ahmad Kamil: Jom Sertai Kelab Penyokong Muda PAS

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.