Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Apr 2009

PAS Besut dapat Yang DiPertua baru

Ust Wan Azhar Wan Ahmad ~ Yang DiPertua PAS Besut baru

Selepas pengumuman AJK PAS Kawasan Besut yang menang dalam pemilihan, kesemua 20 orang AJK baru yang dipilih membuat pemilihan secara syura bagi memilih 3 AJK tertinggi iaitu Yang DiPertua , Timbalan YDP & Naib Yang DiPertua.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut yang baru ialah Ust Wan Azhar Wan Ahmad . Manakala Timbalan Yang DiPertua ialah Hj Hassan Bin Salleh dan Naib Yang DiPertua ialah Ust Adam Said.

Sebelum ini YDP PAS Besut sesi 2007/2009 ialah Dato' Hj Husain Awang, TYDP ialah Ust Nik Muhamaad Zawawi salleh & NYDP ialah Hj Hassan Salleh.

Ust Wan Azhar yang sekarang bertugas di Negeri Sembilan adalah merupakan bekas Setiausaha PAS Kawasan Jempol sesi 2007~2009 / Bekas Ketua Pemuda Negeri Sabah / Bekas Ketua Pemuda PAS Besut sesi 2005 / Bekas ketua penerangan PAS negeri Sembilan / bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah. Beliau juga pengasas PASTI sabah.

Hj Hassan Salleh sebelum ini 'naik pangkat' dari NYDP ke Timbalan YDP adalah bekas Calon PAS Dun Jerteh. Manakala Ust Adam yang sebelum ini ialah Ketua Pemuda Sesi 2007/2009 lalu dilantik Naib Yang DiPertua.

Manakala sebelum itu, Ketua urusan Ulama' & Dewan Muslimat mengekalkan jawatannya iaitu Ust Mohd Zin (Urusan Ulama) & Ustazah Napisah Ismail. Manakala Dewan pemuda mendapat ketua Pemuda baru selepas penyandang Ust Adam tidak bertanding kerana faktor umur. Ketua Pemuda yang baru ialah ustaz Mohd Zulkifli Abd Kadir.

Keputusan Penuh AJK PAS Kawasan Besut sesi 2009/2011

1. Hassan Bin Salleh
2. Ust Adam Said
3. Ust Abdul Aziz Abas
4. Ust Wan Azhar Wan Ahmad
5. Ust Wan Ahmad Syukri
6. Ustazah Napisah Ismail
7. Dato Hj Husain Awang
8. Ust Zahid Yusof
9. Ust Nik Muhamad Zawawi Salleh
10. Rokiah Yaakob
11. Hj. Abd Halim Tausah
12. Nik Hassan Azmi
13. Hj. Safar Salleh
14. Sholahudin Jaafar
15. Zaki Sulaiman
16. Aminudin Mat Ali
17. Hj Abdullah Mat Dan
18. Jihadi Muda
19. Che Kop Che Mat
20. Dr. Ahmad Syamsuri

Proses Pengundian sedang berlangsung

Proses pengundian bagi memilih Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan yang baru. Calon seramai 58 orang ini akan diundi dari 82 cawangan. Perwakilan yang layak mengundi ialah seramai 682




Presiden & Timbalan Presiden mesti Ulama'


Dato Hj Mustafa Ali juga menyebut dalam ucapan perasmian dalam mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut sebentar tadi ialah mereka memberi cadangan supaya Presiden & Timbalan Presiden mestilah dipilih dikalangan Ulama'.

Pesuruhjaya PAS Terengganu juga menyarankan kepimpinan tertinggi PAS Terengganu dipegang Ulama' selepas ini. Selain itu juga Cikgu Pa mencadangkan supaya kepimpinan muda mestilah bersiap-sedia untuk menjadi pelapis kepimpinan yang sedia ada.


Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut kali ke 50


Jerteh, 25 April : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut kali 50 baru sahaja dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Hj Mustafa Ali.

Antara yang disebut oleh Perasmi ialah
1. YDP PAS Dr Baharudin Al helmi adalah pernah menjadi ahli Parlimen Besut
2. Kepimpinan dalam PAS, Seorang Penganalisis menyebut satu-satu parti Politik yang tiada Rasuah adalah Parti PAS.
3. Ciri-ciri kepimpinan ISlam sekurangnya mesti ada 3K iaitu ketaqwaan, kecekapan & kretiviti.
4. Kisah Abu Zahr Al Rifari, apabila Madinah menjadi negara Islam. Abu Zahr bertanya kepada Rasulullah kenapa dia tidak dilantik sebagai jawatan, sedangkan dia tidak dilantik kerana dia wara'. Lalu Rasulullah menjawab bahawa kecekapan mesti diutamakan bagi memilih seorang pemimpin.5. Kretiviti ~ Seorang pimpinan juga perlu ada sifat tersebut bagi merancang & membuat perkara baru. Pimpinan dapat membuat satu pembaharuan walaupun tanpa arahan pimpinan atasan.
6. Dalam membuat satu-satu keputusan yang melibatkan dasar, mestilah membuat keputusan secara syura'. Seorang pemimpin tidak boleh membuat keputusan seorang diri tanpa keputusan syura'.



Kes SMS Ugut Bunuh - Bekas SU Politik Idris Jusoh Di cari Polis



KUALA TERENGGANU – Polis sedang mengesan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh, kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri berkata Ahmad Ramzi juga adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Marang pada pilihan raya umum ke-12 lepas, dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Ahmad Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga ADUN itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," katanya kepada Bernama semalam.

Wartawan Buletinonline yang hadir pada tengah malam 13 April lalu menyedari kehadiran Ahmad Ramzi bersama dua ADUN BN ketika membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu menjadi persoalan.

Zakaria Abdullah ADUN Paka dan Abdul Halim Jusoh ADUN Permaisuri menerima ‘SMS Ugutan Bunuh’ dan merasakan nyawa mereka terancam lalu membuat laporan polis.

Dalam kenyataannya kepada pihak media, Abdul Halim berkata beliau percaya ia ada kaitan berhubung ‘usul undi tidak percaya’ keatas Menteri Besar Dato Ahmad Said.

Halim turut membuat tuduhan, SMS tersebut adalah dari Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu, berdasarkan nombor penghantar SMS yang diterimanya.

Manakala Ahmad Ramzi menjadi tumpuan pihak media yang mahu mengambil gambar ‘ayat ugutan bunuh’ dari paparan telefon bimbitnya

Namun, bagaimana SMS tersebut turut terdapat dalam telefonnya tidak dapat dipastikan kerana beliau bukan ADUN dan tidak disenaraikan sebagai salah seorang penerimanya.

Ahmad Ramzi telah berkeliaran di lokasi tersebut dari awal laporan polis dibuat sehingga tamat sidang media kira-kira jam 1.00 pagi.

Menurut ACP Mohd Fauzi Mohd Fauzi, polis telah mencari Ahmad Ramzi dirumahnya tetapi beliau tidak ada.

Hasil siasatan yang dibuat, beliau berkata, pihak polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor Isnin lepas, 20 April, kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu.

Beliau berkata perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.

"Polis Terengganu juga telah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya. - buletinonline

Si Hilmi Rupanya Adalah Anak Dato' Malek?

Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini.

Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek.

Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan kita. Maka itu kami cuba mendapatkan gambaran sebenar siapakah Hilmi Malik, anak muda yang pernah bekerja di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Namun dikatakan sudah berhenti mulai bulan Januari 2009 yang lalu.. Bak kata pepatah Melayu "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih", maka itu kami hairan kenapakah polis kita begitu sukar untuk menjejaki Hilmi yang sudah diketahui lari ke Indonesia itu. Apakah polis Malaysia langsung tidak mempunyai jaringan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak?.

Maka, kami cuba menyelongkar siapakah dia sebenarnya Hilmi Malek ini. Siasatan sulit kami mendapati rupa-rupanya beliau adalah merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelangai, Bentong Pahang sebelum Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar sekarang ini. Bapanya dikenali dengan nama Dato' Malek mewakili UMNO dan BN bagi kerusi itu sebelum diambilalih oleh Adnan.

Namun, berita terkini beliau dikatakan telah kecewa dengan UMNO dan BN dan kini bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat. Patutlah mereka tidak berani mendedahkan identitinya Hilmi Dato' Malek yang sebenarnya, kerana mereka malu dengan senario ini. - Pahangdaily

Malam ini! TG Nik Aziz lwn DS Khalid Ibrahim


GOMO KELATE GOMO!

Dalam sibuk orang politik bertelagah dan bertarung sama sendiri sesuatu yang istimewa tercetus di dunia sukan. Lebih tepat lagi sukan bolasepak. Piala FA edisi ke 20 pada hari Sabtu nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menyaksikan perlawanan akhir antara Kelantan dan Selangor.

Kedua-dua negeri ini dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Sudah pastilah pertembungan sukan ini bakal menyaksikan limpahan rakyat dari kedua-dua negeri “rakan” ini hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Mungkinkah Tan Sri Khalid dan Tok Guru Nik Aziz kedua-duanya akan berada di podium VIP?
Apa pun yang penting kedua-dua belah pihak samada pemain lebih-lebih lagi penyokong perlu mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak berperang sesama sendiri di padang mahu pun gelanggang. Kita tidak mahu insiden buruk seperti di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu berulang kembali.

Kita mesti dilihat baik bukan hanya sebagai pemimpin tetapi juga sebagai rakyat yang dipimpin. May the best team wins.

Mohd Sabu TKM Pulau Pinang ?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/penanti.gifSekarang ini, Lim Guang Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan kurang gembira dengan tindakan perletakkan jawatan ADUN Penanti, Mohamad Fairus Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

DAP nampaknya kurang senang dengan permainan politik PKR yang membelakangkan Ketua Menteri kerana perletakkan jawatan fairuz ini hanya diketahui beliau melalui media dan lelbih-lebih lagi bila Ketua Menteri diminta tutup mulut berhubung isu ini.

Disebabkan isu ini, pergesaran kerajaan campuran DAP-PKR mula kelihatan. Gerakan cubna masuk campur dengan memperlekehkan Ketua Menteri DAP yang tidak mampu menyelesaikan perkara ini segera tanpa campurtangan PKR.

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini semua 115 perwakilan PAS dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh pula sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, nama Mohd Sabu telah disebut-sebut sebagai calon yang sesuai mewakili PAS di DUN Penanti dan layak untuk dipertimbangkan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bagi memperkukuhkan kerajaan campuran DAP-PKR menjadi kerajaan Pakatan Rakyat dengan penyertaan ADUN dari PAS.

Sementara Ketua UMNO Permatang Pauh, Dtuk Abdul Jalil Abdul majid yang juga bekas calon DUN Penanti dalam pilihanraya umum lepas dilaporkan berkata adalah tidak wajar bagi PKR untuk meminta pengundi di Penanti memberikan peluang kedua kepada parti itu kerana selama ini, PKR telah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Penanti.

Tindakan mencalonkan wakil PAS di kerusi DUN Penanti boleh meredakan pergolakan politik di Pulau Pinang termasuk dikalangan orang Melayu yang lebih menerima PAS mewakili mereka berbanding dengan parti berbilang kaum seperti PKR.

Sebagai ganti kepada kehilangan kerusi DUN ini, kerajaan Pulau Pinang wajar mencadangkan satu kerusi Senator di Dewan Negara kepada wakil Pulau Pinang. Manakala satu lagi kerusi senator wajar diberikan kepada Tengku Aziz, Naib Pengerusi DAP yang menjadi ‘simbol’ orang Melayu dalam parti DAP ketika ini. - Kalam Perantau

24 Apr 2009

Rais Yatim Jamu Blogger Pro-Umno/BN di Restoran Mewah


Lagi foto : minaq-jinggo

Dalam usaha merapatkan hubungan dengan bloggers tanahair, kira-kira 50 blogger dibelanja makan malam oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim di Restoran Seri Melayu, sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian itu, Rais mahu menggunakan peluang itu untuk ‘beramah-mesra dengan para blogger’.

Walaupun majlis ini diketahui umum namun media dihalang dari membuat liputan keatas majlis itu.

Ini menimbulkan spekulasi majlis khas tersebut hanya diadakan bagi blogger-blogger terpilih atau yang pro-Umno dan Barisan Nasional.

Antara bloggers yang hadir adalah Abdul Kadir Jasin, Ahiruddin ‘Rockybru’ Atan, Ruhanie Ahmad, Ibrahim Yahya, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Nuraina Samad dan Syed Akbar Ali.

Apa yang menarik, blogger yang kritikal terhadap kerajaan tidak kelihatan.

Sepanjang makan malam itu, Rais dilaporkan berkata: “kawan-kawan saya memberitahu tidak kurang dari 5,000 blogger yang serius menyuarakan pendapat mereka dalam pelbagai isu,”

“Sebahagian dari mereka berhenti menulis untuk media arus perdana untuk menumpu blogging sepenuh masa. Di kalangan blogger ini adalah anak-anak kita sendiri, mahasiswa dan pengajar, yang membentuk kelompok kritikal dalam masyarakat kita,” tambah Rais.

Beliau memohon blogger-blogger yang hadir untuk memuji kerajaan bila pujian itu wajar diberikan, terutamanya apabila kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang bagus.

Beliau turut berkata kesahihan undang-undang memantau dan mengawal media dan perhubungan di negara ini seperti Akta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia 1998 tidak perlu dipertikaikan lagi.

Beliau berkata undang-undang ini tidak akan digunakan selagi blogger menjaga etika penulisan mereka.

“Terdapatnya aturan dan taktik tertentu untuk blogging yang sebenarnya sebahagian dari budaya kita sebagai Melayu dan Muslim. Antaranya adalah melaporkan apa yang betul dan adil, dan bukan memfitnah,”

“Penting untuk blogger-blogger ternama menjaga kredibiliti, kerana kritikan mereka mudah diterima oleh orang-ramai,” tambah Rais.

Rais berkata makan malam itu dianjurkan sebagai tanda sokongan kerajaan kepada budaya media baru yang menyumbang kepada pembangunan negara.

(Bila pulak PEMUDABESUT nak makan hotel mewah ni....Tapi kedai tepi jalan lagi sedap...)
.

Nizar nafi beli kereta Toyota Camry kerajaan Perak



Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli. Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN). Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN di Perak dengan harga lebih tinggi.

"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.

"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.

"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya.

Gambar Sekitar Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut

Mantan Ketua Pemuda; Ust Adam Said

Antara perwakilan yang hadir

Perwakilan sedang kusyuk mendengar amanat Perasmi

Catat Minit ke buat apa tu??
Pencatat minit yang setia

Barisan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut sesi 2007/2009

Cenderahati buat perasmi; YB. Ust Mohd Noor Hamzah

Jihadi tetap muda..
AJK DPPKB yang akan 'pencen' dari Dewan Pemuda; Jihadi bin Muda

Naik pangkat ke Pengerusi Tetap..
YDP Kawasan, Dato' Husain menyampaikan cenderamata kepada
Mantan Timbalan Ketua, Ust Wan Ahmad Syukri

Dari Kanan: Antara Dif jemputan yang hadir: Hj Hassan (NYDP PAS Besut), Abd Ghani Jafaar (Ketua AMK Besut), Abd Din Tausah (AJK PAS Besut) & AJK AMK Besut

Digantung kerana tegur iktiraf Israel

KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.

Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.


Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.

Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.

Mereka juga menegur aktiviti memperagakan pakaian sami yang tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut


Jerteh, 23 April: Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut kali ke 27 telah berjaya berlangsung di Dewan Hj Salleh. Dengan kehadiran perwakilan seramai 181 orang dari 53 cawangan itu, pemilihan ahli Jawatankuasa baru Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut bagi sesi 2009/2011 telah diadakan.

Senarai keputusan pemilihan semalam adalah seperti berikut


Pengerusi Tetap
1. Ust Wan Ahmad Sukri Bin Wan Isa

Timbalan Pengerusi Tetap
Suhaimi Mohamad

Kelihatan Ustaz Mohd Zulkifli Abd Kadir~ Ketua Pemuda
(pegang kipas) sedang merayu undi semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang lalu


Ketua Pemuda
Ust. Mohd Zulkifli Abd Kadir

Timbalan Ketua Pemuda
Ust. Mohd Kaspi Ismail

Naib Ketua Pemuda
Ust. Ariff Daud

Setiausaha
Mohamad Syazani

Bendahari
Tuan Bakar Adam

AJK
1. Zulkifli Hamat
2. Mohd Ridzuan Mat Yazid
3. Abd Rahim Mohd Zin
4. Md Resyad Yazid
5. Nik Ma Nik Adek
6. Nik Roslan Mustafa

Pemeriksa Kira-kira
1. Che Kop Mat Yusof
2. Jihadi Muda.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh YB Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong/Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu) itu bermula dengan solat maghrib & Isya berjemaah berakhir pada pukul 12.50 tengah malam. Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut juga merupakan Mesyuarat Agung terakhir buat Ketua Pemuda DPP Besut, Ust Adam Said, Timbalan Ketua Pemuda, Ust Wan Ahmad Sukri & AJK DPPK, Jihadi Muda kerana faktor umur. Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mantan AJK pemuda yang akan 'bersara' dari pemuda.
[Tahniah buat AJK yang terpilih. Semoga amanah yang diberi ini dapat disempurna sebaik-baiknya. ADMIN PemudaBesut tetap teguh bersama-sama kepimpinan Dewan Pemuda baru walaupun tewas dalam pemilihan semalam]

PRK N12 DUN Penanti (07) ~ Perletakan Fairus tidak sah...

PULAU PINANG - Ramai juga yang terkejut bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba menunda tarikh pengumunan tentang pilihanraya kecil DUN Penanti yang baru dikosongkan itu. Hari ini SPR melaporkan ia akan diumumkan Isnin ini, sedangkan esok BN akan bermesyuarat berkaitan perkara ini. Bukan ini jelas menunjukkan terdapatnya perancangan khas yang dilakukan untuk memberi keselesaan kepada UMNO dan BN sebenarnya. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, SPR yang akan bermesyurat pada Isnin nanti, 27 April 2009 dikatakan akan memutuskan bahawa tiada kekosongan di DUN Penanti. Pilihanraya Kecil tidak perlu diadakan di DUN berkenaan kerana Fairus Khairuddin (foto) tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Ini kerana seseorang yang berjawatan ADUN ataupun wakil rakyat tidak dihalang daripada melanjutkan pelajaran. Kalau seseorang ADUN itu dibenarkan untuk menjalankan perniagaan, maka lebih-lebih lagilah kalau nak menyambung pelajaran, ianya tiada halangan dari segi haknya untuk mengekalkan tugas sebagai wakil rakyat. Lagipun, pada hari semalam 22 April 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup kes siasatan yang melibatkan Fairus kerana tiada fakta dan bukti yang sahih untuk mendakwa beliau. Dengan ini maka Fail siasatan kes rasuah beliau telah ditutup dan selesai. Jelas kepada kita bahawa beliau tidak terlibat dengan kes ini dan nama beliau telah dibersiahkan oleh SPRM. Terima kasih dan tahniah kepada SPRM kerana tidak menunggu terlalu lama untuk menentukan sesuatu kes itu perlu didakwa atau pun ditutup sebelum dibawa ke mahkamah(PahangDaily)

[Kesimpulan nanti, SPR akan umumkan pada isnin ini perletakan Fairuz tidak sah & tiada Pilihan Raya Kecil].

23 Apr 2009

Kes Nusyuz Exco Wanita Umno


dgn bekas suami
Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn dan mantan Ahli Parlimen Datuk Dr Rahman Ismail 2004. Sila rujuk sini .

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 2 Julai depan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan kes nusyuz membabitkan Exco Wanita Umno, Datuk Norhayati Onn.

Hakim Syari Atras Mohamed Zain memutuskan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan bantahan awal Norhayati mengenai permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, seorang jurutera, Mohd Suffian Abdul Aziz. Lapor myMetro .

Untuk makluman Senator Datuk Noorhayati Onn menang sebagai salah seorang Exco Wanita UMNO dengan mendapat 463 undi.

Didoakan kes beliau segera selesai agar beliau dapat menumpu dan mencurahkan sepenuh tenaga untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Walaupun beliau dituduh berkhalwat (disah sendiri oleh bekas suaminya), namun tenaganya diperlukan oleh Wanita UMNO dan UMNO pusat melantiknya Senator kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air dan berkemungkinan pengetahuannya tentang Agama, terutama 'Islam Hadari' amat tinggi sehingga tidak dapat tidak, beliau diperlukan oleh negara di era perubahan dan 1 Malaysia. (Satu Malaysia sudah tahu) -al-brangi

Suspek 'SMS Ugut Bunuh' Blogger ‘GanuLening’?

KUALA TERENGGANU - Kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan ‘SMS ugutan bunuh’ kepada tiga ADUN BN dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’.

Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis Kuala Terengganu, semalam, untuk ditahan selama empat hari bagi membantu polis Terengganu menjalankan siasatan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/smsugugutbunuh.jpgKetua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Raja Petra: Kenapa saya terpaksa menghilangkan diri

Bloger Raja Petra Kamaruddin hari ini berkata beliau terpaksa “menghilangkan diri” buat sementara kerana percaya dirinya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk kali ketiga.

Raja Petra juga berkata beliau bertelingkah dengan Sultan Selangor berhubung pendiriannya bersabit kemelut politik di Perak dan telah bertindak keluar dari negeri itu. .

Blogger popular itu berkata, sebagai seorang kerabat diraja Selangor, beliau memutuskan untuk keluar dari Selangor, selaras dengan hukuman ke atas kerabat negeri yang dianggap derhaka kepada Sultan.

Atas dua sebab itu, Raja Petra berkata beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini untuk membolehkan kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

Blogger berusia 57 tahun itu dijadual dihadapkan ke mahkamah kerana artikelnya bersabit pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Rencana itu mengaitkan pembunuhan Altantuya kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera.

Mahkamah Sesyen seterusnya mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra kerana gagal hadir untuk kes berkenaan.

Raja Petra berkata sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA bersabit artikel sama. Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah Kuala Lumpur kerana menulis fakta-fakta sama berhubung pembunuhan Altantuya.

“Perkembangan masa kini tidak menyakinkan saya bahawa saya akan menerima pengadilan yang saksama,” kata Raja Petra dalam laman Malaysia Today.

Beliau juga berkata setelah ditahan dibawah ISA dua kali, “saya tidak akan memudahkan tugas mereka untuk menahan saya buat kali ketiga. Saya juga tidak mahu didakwa atas tuduhan derhaka yang boleh membawa kepada hukuman gantung,” sebagaimana yang berlaku kepada ahli Al Maunah, kata Raja Petra.

Berikut artikel penuh Raja Petra dalam blognya:

22 Apr 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut


Salam Perjuangan.

Selepas PRK Bukit Gantang lalu, kebanyakkan PAS Kawasan dan Dewan Pemuda & Muslimat serta Urusan Ulama' bermesyuarat Agung. Tahun ini pula merupakan tahun pemilihan bagi semua peringakat. Termasuklah Dewan Pemuda PAS Besut yang akan bermesyuarat pada malam esok.

Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.

Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah.

Kepimpinan bukan Maksum dari dosa. Tetapi apa tujuan blogger dan pengkomentar mengkritik secara terbuka.? Kalau tujuan menegur, gunakan saluran yang terbaik seperti mesyuarat Agung Caw. Dan Mesyuarat Agung Kaw.


Kekadang pengkritik pimpinan sekadar mengambil maklumat dari blogger yang kadang kala diragui kesahihannya. Contoh termudah ialah tohmahan yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Beliau dikatakan seorang yang ingin membawa masuk PAS ke dalam UMNO. Beliau diistilahkan sebagai Pro gabungan dan pelbagai kata nista lagi.

Tidak dinafikan bahawa mungkin Timbalan Presiden PAS ada kelemahan. Tetapi tuduhan bahawa beliau seorang yang pro untuk bergabung dengan UMNO adalah suatu yang tidak boleh diterima.

Timbalan Presiden PAS itu hanya menuruti keputusan jemaah untuk bertemu dengan pimpinan UMNO. Segala butir pertemuan dilaporkan secara detail dalam Mesyuarat PAS Pusat. Beliau bukan bertindak semberono.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS selalu menyebut bahawa kalau PAS ingin membuat keputusan besar, PAS pasti akan membuat sidang muktamar khas bagi mendengar pandangan akar umbi.

Jadi kenapa para blogger hanya mengkritik pertemuan Tim.Presiden atas isu yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS Pusat. Kritikan-kritikan ini seakan-akan dilihat seperti ada muslihat tertentu untuk menjatuhkan beliau.

Tulisan ini bukan bermakna untuk mempertahankan Tim. Presiden. Bahkan kalau permintaan majoriti perwakilan nanti untuk menukar timbalan Presiden pun, penulis tidak kisah. Kerana ini adalah permintaan Ahli dari peringkat bawah. Tetapi pemilihan mesti dijauhi dari segala fitnah dan tohmah.

Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust. Hasan Shukri dan Ust. Nasaruddin. Ust. Hassan begitu hebat dinista dan ditohmah dengan pelbagai-pelbagai isu. Walhal, selepas habis muktamar, segala tohmahan itu hilang begitu sahaja.

Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust Nasaruddin dan Ust. Harun Taib. Ust Harun di cerca dengan pelbagai cercaan. Walhal, selepas habis muktamar, segala cercaan hilang begitu sahaja.

Kali ini, penulis tidak pasti siapa pula yang akan menjadi mangsa cercaa, hinaan dan tohmahan.

Kalau sebelum ini, segala berita hanya disebarkan dalam bentuk cetak dan SMS. Kini sistem sebaran berjalan dengan lebih canggih.

Penulis tidak faham apa sebenarnya maksud perlunya tranformasi dalam kepimpinan PAS. perkataan tranformasi selalu timbul ketika pemilihan diadakan. Walhal sesiapa pun menang, PAS tetap bergerak dengan seadanya. Tiada perubahan besar dalam PAS.

PAS telah mempunyai dasar yang jelas. Yang tinggal lagi ialah kerjasama antara kepimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan untuk menyerapkan dasar tersebut ke dalam minda ahli PAS dan masyarakat.

Penulis cukup faham kalau tranformasi kepimpinan dari Al-Marhum Dato’ Asri Muda kepada Al-Marhum Tn Hj, Yusuf Rawa. Tranformasi ketika itu ialah dari kepimpinan yang agak nasionalis kepada kepimpinan Ulamak.

Tapi kali ini, apa maksudnya tranformasi.? Kalau sekadar cadangan strategi baru. Itu bukan tranformasi tapi lebih kepada perubahan strategi yang sentiasa berlaku dalam PAS. cadangan strategi itu tidak memerlukan penukaran kepimpinan secara besar-besaran.

Di musim pemilihan ini, ahli PAS perlu memahami bahawa setiap kritikan terhadap seseorang pemimpin dalam blog perlu ditapis dan disaring. Sebagaimana ulamak terdahulu menapis kesahihan hadis begitu juga dengan ahli PAS.

Sebagaimana kita tidak percaya kepada maklumat yang dipaparkan dalam blog antihusam, begitu juga kita tidak perlu percaya kepada maklumat blog yang mengkritik timbalan presiden PAS secara membabi buta.

Kalau betul ingin tukar kepimpinan, lakukan secara beradab dan penuh hemah. Kepimpinan yang baru mestilah kepimpinan yang sentiasa mengutamakan parti, mematuhi keputusan parti, bergerak selaras dengan arahan parti. walaupun dia bukan ulamak

Kalau seorang pemimpin itu hanya mementingkan populariti, bertindak secara sendirian dan tidak mematuhi arahan mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat. Pemimpin sebegini wajar ditolak, walaupun dia berstatus ulamak.

Eksklusif! Percakapan Manohara Odelia Pinot dengan Ibunya



Model cantik Manohara Odelia Pinot yang diduga diculik Pangeran Kesultanan Kelantan, Malaysia, Pangeran Tengku Muhammad Fakhry Maret lalu, sempat melakukan percakapan dengan ibunya Daisy Fajriana melalui telepon. Selama pembicaraan Manohara menangis kepada ibunya.

SCTV : Model Indonesia Dianiaya Suami di Malaysia
mappln's Channel : Manohara Odelia Pinot

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model

Malaysiakini : Foto mesra kerabat-model muncul




Dun Melaka : Ketua Pembangkang Diperintah Keluar Dewan



MELAKA- Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San diperintah keluar dewan setelah beliau mengingkari arahan Speaker Datuk Othman Muhamad supaya memberi kerjasama agar persidangan dapat diteruskan.

Othman mengeluarkan perintah itu selepas Goh (DAP-Kesidang) enggan duduk setelah beberapa kali diarah duduk bagi membolehkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengemukakan usul ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Insiden itu berlaku sebaik persidangan itu disambung semula kira-kira pukul 11.45 pagi, selepas berhenti rehat 30 minit, apabila Goh berdiri membangkitkan soal berkaitan satu notis yang dikemukakannya petang semalam bagi membahaskan usul undi tidak percaya terhadap Speaker DUN yang telah ditolak.

Othman berkata mengikut Fasal 36 Peraturan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, keputusan yang dibuat oleh Speaker adalah muktamad.

Beliau berkata selama ini beliau tidak bertegas terhadap Ketua Pembangkang itu yang menghina Ketua Menteri, Speaker dan dewan.

"Hari ini saya menggunakan kuasa saya memerintahkan beliau (Goh) keluar dari dewan ini," katanya sambil menangguhkan persidangan dewan selama 10 minit bagi membolehkan Bentara dan pegawai keselamatan membawa keluar Goh dari dewan itu.

Goh kemudiannya keluar dewan kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.