Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Mac 2010

Ceramah DSAI di Kota Tinggi




Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall


Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno," katanya.

12 Mac 2010

Alhamdulillah... Hujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa' Dimulakan


Align Center

Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”. -MI

Kezaliman BN Menyamai Kerajaan Firaun - Presiden PAS

SEBERANG JAYA - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa sekarang boleh disamakan dengan kerajaan Firaun yang sentiasa mengamalkan perkara bertentangan agama dan juga penyelewengan besar yang memberi kesan buruk pada rakyat.

"Jangan mereka (BN) terlalu berhasad dengki menjatuhkan orang lain dengan kekuasaan yang diberikan dan jangan juga lupa kezaliman mereka tidak akan mampu bertahan lama.

"Kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama lagi berikutan pelbagai kegagalan telah dibalaskan oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan," kata Abdul Hadipada ceramah sambutan ulangtahun kedua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Sehubungan itu tambah beliau kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh dan kuat bukan terletak pada bangunan pencakar langit atau jambatan tersergam yang dibanggakan tetapi atas kepimpinan yang bersih dan telus.

Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan kerajaan berkarisma yang mempunyai ciri-ciri lengkap bukan sahaja untuk mentadbir kerajaan negeri malah kerajaan pusat kerana tidak mengamalkan kezaliman dan penyelewengan yang diharamkan Allah.

"Ikatan Pakatan Rakyat semakin teguh walaupun baru dua tahun mentadbir empat kerajaan negeri tetapi mampu membuat pelbagai perubahan tidak seperti kerajaan BN yang telah mentadbir kerajaan pusat dan negeri lebih 52 tahun tetapi masih gagal.

"Mereka(BN) hanya pentingkan pembangunan baru yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan tidak mementingkan pentadbiran yang telus dan bersih. Ini menyebabkan mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai penyelewengan dan rasuah," kata Abdul Hadi.

Beliau turut menyatakan bangga dengan kemampuan Pakatan Rakyat kini yang terus maju dan progresif walaupun terpaksa mengharungi bermacam-macam serangan dan dugaan yang sengaja dicipta oleh BN sebagai aktiviti khianat mereka.

"Kita Pakatan Rakyat tidak akan takut dan gentar dengan serangan bertubi-tubi BN dan Umno tetapi akan terus merancang pelbagai dasar baru yang akan terus memberi manfaat kepada rakyat.

"Walaupun kerajaan BN boleh memerintah beratusan tahun, kerajaan BN yang penuh kezaliman dan kejahatan tidak akan direstui dan diterima Allah. Rakyat sepatutnya diberi hak sama rata dan bukannya tertumpu pada kepentingan seseorang individu," tegas beliau lagi. SK

11 Mac 2010

PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno

Quantcast


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik.

PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi ‘anak emas’ Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.

Kezaliman Felda

Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.

Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.

Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindasan semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.

PAS menyokong perjuangan Anak dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sidang Media DS Anwar Selepas Di Siasat Polis



PETALING JAYA 11 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak polis menyoalsiasat beliau berhubung siri ceramah yang beliau sampaikan kepada rakyat sebagai langkah terdesak Perdana Menteri sehingga terpaksa memperalat polis untuk mengugut pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar hari ini didatangi empat pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menyoalsiasat beliau berhubung ucapannya di empat majlis Pakatan Rakyat di negeri itu bulan lalu.

Anggota polis tersebut tiba di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.25 pagi.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu tindakan keras polis beberapa minggu ini terhadap pimpinan Pakatan Rakyat merupakan satu bentuk ugutan yang dilakukan atas arahan politik Perdana Menteri.

Tegasnya Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa memperalatkan polis untuk mengganggu perjalanan proses demokrasi di negara ini.

"Soalnya mengapa Najib dan Rosmah memilih tekanan begini keras. Saya jawab tentunya kerana rasa terdesak. Pemimpin otoritar atau diktator di mana-mana sekalipun sebaik merasakan kesan kemarahan rakyat akan memilih cara ganas dengan memperalatkan institusi pemerintah termasuk polis untuk menekan dan mendera rakyat.

"Kalau ini caranya saya nak bagi jaminan bagi pihak Pakatan Rakyat, ia sedikitpun tidak mengganggu kita.

"Soalnya yang dikaitkan dalam laporan polis itu kerana menyentuh isu pembunuhan Altantuya, enjin jet pesawat hilang, isu kapal selam Scorpene, kenapa pula isu ini jadi masalah kepada polis, ini adalah isu politik, biar kita tangani dengan cara politik," kata beliau pada sidang akhbar selepas memberi keterangan kepada pihak polis.

Walau bagaimanapun Anwar berkata beliau telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis semasa sesi soalsiasat itu namun berharap pihak polis menjalankan tugas mereka secara profesional.

"Saya lihat sikap polis di peringkat ini tidak ada masalah, mereka hanya menjalankan tugas. Sebab itu saya memilih bersikap baik dan sopan manakala mereka juga bersikap baik dan sopan terhadap saya. Tetapi bantahan kita ialah terhadap ganggguan polis yang telah diperalatkan oleh pimpinan Umno.

Tambah Anwar jika beliau disabitkan dengan tuduhan dan didapati bersalah, beliau berhadapan dengan sabitan hukuman penjara, denda atau hukuman terlucut jawatan sebagai anggota Parlimen.

"Puluhan siasatan dilakukan, kalau tanya apa yang berlaku, kalau ikut hukum dan bersandarkan keterangan, tidak ada kesalahan dilakukan, negara Malaysia ini harus ikut negara hukum, bukan hukum rimba.

"Ini muslihat jahat pimpinan politik tetapi saya tidak fikir semudah itu kerana kita akan pertahankan dan lawan sekiranya ada pertuduhan di mahkamah nanti," tegasnya.

Selain beliau beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat turut disiasat sebelum ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim GUan Eng, Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub serta Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah.

Anwar disiasat di bawah seksyen 112, Kanun Acara Jenayah berhubung empat laporan polis yang dibuat terhadap beliau mengenai kandungan ceramah beliau di Kampung Baru (Bukit Mertajam), Batu Maung, Kepala Batas dan Kubang Semang, Pulau Pinang.

Tiga laporan itu dibuat oleh pihak polis dan satu dari orang awam bersabit siri ucapan yang disampaikan di tiga majlis sambutan Tahun Baru Cina dan satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat.SK

Video:Polis Siasat Anwar Di Ibu Pejabat KEADILAN



PETALING JAYA 11 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disoalsiasat lima pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Pegawai polis tersebut tiba di ibu pejabat KEADILAN pukul 11.25 pagi dan menemubual Anwar di tingkat tiga.

Semasa soalsiasat Ketua Pembangkang itu ditemani oleh Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa selaku peguam dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin.

Difahamkan polis mengambil keterangan daripada Anwar berhubung empat laporan polis dari Batu Maung, Kepala Batas, Kampung Baru (Bukit Mertajam) dan Kubang Semang terhadap ceramah beliau di Pulau Pinang.

Anwar dijangka mengadakan sidang media selepas memberi keterangan beliau kepada pihak polis.SK

10 Mac 2010

Video Anwar sakit belakang....

Baru-baru ini berlaku perang video antara Anwar dan lawan politik beliau, Anwar dengan VCD Fatwa dari Yusuf Qaradhawi, manakala musuh politik beliau mengedarkan video yang menunjukkan kononnya Anwar bersandiwara semasa di Penjara Sungai Buluh.

Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.

Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.

Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

Anda boleh lihat video tersebut di sini, sila klik untuk memainkan video berikut.



Baiklah sebelum itu mari kita belajar serba sedikit tentang sakit belakang yang dihidapi oleh Anwar Ibrahim. Anwar menghidap "Slipped Disk" sakit berkaitan tulang belakang. Penyakit ini berkaitan dengan cakera diska pada tulang belakang yang telah pecah.

“Keadaan ini menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan kesakitan pada bahagian berkenaan sekali gus menyebabkan mereka sukar menjalankan aktiviti harian'.

“Lazimnya, selepas disahkan diska menekan urat saraf, pesakit akan menjalani rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif. Pesakit akan dinasihatkan agar lebih banyak berehat, tidak melakukan kerja-kerja berat termasuk mengangkat barang,’’

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan agar pesakit menjalani pembedahan discectomy.

“Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang pecah supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

“Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa berbanding sebelumnya,’’

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Sumber informasi slipped disk:
http://intim.wordpress.com/2008/03/04/jatuh-terduduk-punca-slip-disc/


Apa yang ingin CiLiK© tegaskan di sini, video ini adalah video yang telah diedit dan diputar belitkan untuk menghasilkan fitnah kepada DSAI. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa si editor video ini memang sengaja menimbulkan fitnah kerana keraguan pada tarikh video-video cantuman ini.

Sekali imbas video ini seolah-olah menggambarkan Anwar terus menjadi sihat sebaik sahaja jauh dari pandangan penyokong-penyokongnya. Lihat baik-baik antara dua babak ini, iaitu sewaktu di tanah perkuburan dan sewaktu Anwar dilihat berjalan di dalam penjara.

4 April 2001 Anwar semasa di tanah perkuburan

3 Mei 2001 Anwar semasa dilihat berjalan di dalam penjara

Dari pemerhatian tentang tarikh di atas, selang masa antara dua babak tersebut ialah 4 April 2001 sehingga 3 Mei 2001 iaitu sebulan. Tiga puluh hari atau sebulan bukan masa yang sekejap, tak mustahil Anwar beransur sembuh dan boleh berjalan sedikit demi sedikit. Anwar bukan menghidap lumpuh, tetapi "slipped disk" Ada ke mana-mana doktor yang memberitahu bahawa penghidap "Slipped disk" tidak boleh berjalan atau mesti duduk di kerusi roda selama-lamanya? Selepas sebulan dan bebas dari saat kritikalnya Anwar beransur pulih dan boleh berjalan. Mana yang tipunya?

Sudahlah zombie-zombie UMNGOK, carilah modal lain yang lebih bijak! Menipu depan mata budak tadika pun tak percaya.

celok dr MiloSuam

VCD: Ia satu fitnah, kata Anwar

Belum selesai kes yang dihadapi oleh DSAI tentang liwat maka timbul pula kes baru...
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rakaman VCD semasa beliau menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah.

"Semasa saya di mahkamah (1998) saya boleh jalan, saya boleh bangun. Di mahkamah saya tidak pernah pakai kerusi roda.

"Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak.

"Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh. Ada pembedahan dilakukan, cukuplah," katanya selepas menghadiri prosiding kes qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.

Anwar diminta mengulas mengenai pengedaran VCD oleh kumpulan misteri yang kononnya menunjukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.


Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.

Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.

Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.

Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.

Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

VCD tersebut turut diletakkan dalam peti surat rumah seorang peniaga Mohd Arshad Ishak di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu. Ekoran pengedaran VCD itu, Mohd Arshad yang mewakili Gerakan Anti Liwat atau GELI membuat laporan polis kelmarin.

Sementara itu, kumpulan Anwar juga mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita selama 33 minit.

Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu antara lain berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.

VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

7 Mac 2010

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.