Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

14 Feb 2009

UMNO dulu, kini & selamanya PENDERHAKA ~ Malaysiakini


UMNO dari DULU, KINI & SELAMANYA memang adalah PENDERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.

Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.

Antara PENDERHAKAAN UMNO kepada Raja-Raja Melayu ialah ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...

Mingguan Malaysia, 11 November 1991

1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.

Berita Harian 1993
2. Shahidan yang pernah dakwa tahu asal-usul Raja & sedia mendedahkan bukti takhta Sultan Kelantan masa tu. (Berita lanjut : Labun Kulup Sakah: Shahidan pun pernah derhaka dengan Sultan Kelantan?)


3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitu

a) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'. (yang lain baca sendiri. Klik pada gambar & besarkan tekan ctrl & +)

5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku. ~Labun Kulup Sakah
6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.


7. Di Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokong UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh.


9. Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu


11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA

(Petikan & gambar ehsan & diubahsuai dari kulupsakah.blogspot.com & perisik-rakyat.com)

Naib Presiden PKR; Sivarasa Dihalang Masuk Sarawak ~ Malaysiakini

NAIB Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah dihalang dari masuk ke Sarawak sebaik sampai di lapangan terbang Kuching jam 1.45 tadi.Dalam sms kepada Suara Keadilan, Sivarasa berkata sebaik tiba, beliau terus ditahan pegawai-pegawai imigresen dan diberitahu mereka mendapat arahan supaya tidak membenarkan beliau memasuki Sarawak.“Pegawai-pegawai imigresen memberitahu bahawa nama saya telah disenarai-hitam dari memasuki Sarawak sejak tiga bulan lalu. Apabila ditanya, mereka berkata mereka mendapat arahan dari kerajaan negeri.

Oleh itu, saya terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur,” kata Sivarasa dalam smsnya.

Sivarasa ke Sarawak untuk memberi taklimat mengenai pindaan perlembagaan parti kepada pemimpin dan ahli-ahli KeADILan mengenai pindaan perlembagaan parti di negeri itu. Sebelum ini taklimat tersebut telah diberi kepada negeri-negeri lain.

Pindaan tersebut akan dibentang dalam Kongres parti yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini.~ Suara Keadilan

Bekas Ketua Wanita PPP umum tanding DUN Bukit Selambau ~ Malaysiakini

Bekas Ketua Wanita PPP Kedah, G. Sarala menawarkan diri untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Beliau mengumumkan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon bebas beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian yang akan diadakan pada 29 Mac dan 7 April depan.

"Saya memutuskan untuk menerima cabaran selepas menerima panggilan daripada pengundi tempatan.

"Saya orang tempatan di sini (Bukit Selambau). Saya pasti saya boleh mendapatkan sokongan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sarala keluar daripada PPP beberapa hari lalu.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau optimistik bahawa sokongan pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum yang lalu sudah dikenal pasti.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Bukit Selambau mempunyai seramai 35,140 orang pengundi berdaftar dengan pecahan peratusan kaum Melayu (50.2 peratus), India (29 peratus) dan Cina (19 peratus).~Mstar

Lelaki pelik jumpa Ir Nizar ~ Malaysiakini

Semua lapisan masyarakat simpati pada Dato' Seri Hj Nizar, setiap hari ada sahaja yang berkunjung dan melahirkan rasa simpati. Yang berkunjung pula berbagai jenis ragam manusia. Lihatlah dalam gambar ini. Sekali pandang, dengan pakaian serta aksesori yang dipakainya, percakapannya, saya percaya semua orang pasti akan kata orang ini.................... Lelaki pelik ini pernah beberapa kali datang ke bangunan SUK, sekali dua pernah pernah terserempak dengan saya dan Dato' Seri. Dia mendakwa kononnya ia berketurunan Raja Melayu dari Melaka, namanya Tengku Daing Hj Abu Bakar Hasan.

Petang semalam, orang ini berkunjung ke kediaman MB untuk bertemu dengan Datin Seri, petugas Unit Amal tidak memberi kebenaran kerana curiga dengan gelagatnya, saya waktu itu sedang berbincang dengan beberapa rakan, menyedari kekecohan yang berlaku di luar, saya menjengok dan terus menyapa. Dia bersimpati dengan Dato' Seri, dan boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan syarat bagi peluang bertemu dan bercakap dengan Datin Seri, dia tahu Dato' Seri terlalui sebuk, cukuplah bertemu dengan Datin Seri.

Lelaki pelik ini juga tahu, apa yang berlaku ke atas Hj Nizar adalah penganiyaan, tak patut mereka buat macam itu, dia tahu MB orangnya baik, dia bangga dan tidak pernah lupa apabila MB tegur dia di kantin dan mempelawanya makan sekali, dia bercerita kepada orang ramai yang MB Perak menegur dan mengajaknya makan sekali di kantin pejabat.

Dia bercerita dengan penuh semangat, akhirnya dia lupa hasrat nak bertemu dengan Datin Seri, letih bercerita, dia pun minta izin untuk balek. ~Misbahul Munir

Mengapa pilihan raya kecil selepas Perhimpunan Umno? ~ Malaysiakini














Pilihanraya kecil adalah pilihanraya kecil – "Its just another by election". Betul. tetapi sejak kebelakangan ini pengurusannya semakin dicurigai. Baru sahaja kita melihat betapa SPR baru-baru ini membuat keputusan bersejarah apabila enggan memanggil pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang, Perak mempertikaikan kesahihan surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan yang dimajukan oleh Speaker Dewan.

Bagi sesetengah pihak dalam kes kedua-dua ADUN berkenaan, SPR telah mencabar kuasa Speaker. Sedangkan sebelum ini tidak pernah dalam sejarah kuasa speaker dipertikai oleh badan berkenaan yang sebenarnya hanyalah pengurus yang menguruskan pilihan raya dan tidak lebih dari itu.

Hari ini SPR sekali lagi diserahkan tugas iaitu memutuskan status kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Serlambau, Kedah. Alhmadulillah kedua-dua kerusi berkenaan disahkan kosong dan satu pilihan raya kecil akan dipanggil, cuma masalahnya adalah tarikh yang dipilih SPR.

Saya apabila mengikuti ulasan dari radio BERNAMA mendengar bahawa tarikh penamaan calon 29 Mac dan hari pemilihan pada 9 April bagi kedua-dua kerusi berkenaan adalah selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno. SPR tidak bermaksud begitu tetapi pengulas radio BERNAMA yang berkata demikian dan hakikatnya ia memang benar.

Mengapa penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan tidak Mac 9 iaitu 30 hari selepas kerusi itu kosong atau Mac 19, mengapa mesti Mac 29 meskipun ia masih dalam ruang waktu yang dibenarkan, mengapa?

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz sebagaimana dipetik dari The Star Online:

He said the dates were chosen taking into account the comfort and convenience of all involved, as a shorter campaign period would be less hectic for party leaders and help towards maintaining public order and security.

He said the Commission, which discussed the by-elections during a special meeting Friday morning, pushed the nomination date to almost the end of March as it thought this would allow the current political situation in Perak to cool off.

Memang tempoh kempen yang singkat sudah menjadi amalan SPR tetapi mengapa dari 29 Mac ke 9 April, mengapa tidak lebih awal? Kononnya ia dibuat pada tarikh berkenaan bagi membenarkan situasi politik di Perak kendur atau “sejuk”, sejak bila pula SPR menjadi pemantau suhu politik dalam Negara! Situasi di Perak tidak akan sejuk selagi Dewan Negerinya tidak dibubar, itu hakikatnya. Sampai bila-bila ia akan hangat dan panas percayalah dan kita tidak perlu SPR untuk menjadi Tok Nujum bagi membuat ramalan politik buat rakyat.

Bagi saya yang dapat kita baca bahawa yang mahu dibenarkan sejuk adalah situasi dalam Umno. Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya Mac ini, itulah puncanya. Biar Dollah serah jawatan Presiden Umno dan biar Najib ambil-alih dengan kabinet barunya. Situasi kembali tenang dalam Umno barulah adakan pilihan raya kecil, bukan begitu?

Umno telah kalah teruk dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya berlaku diperingkat sisa-sisa akhir hayat politk Dollah. Mungkin bijak pandai dan ahli-ahli nujum mereka menjangkakan jika dibiarkan Umno terus di bawah Dollah kemungkinan kedua-dua kerusi itu akan terus dimenangi Pakatan Rakyat. Maka segala kuasa digunakan agar pilihan raya kecil itu tidak berlaku lagi di bawah Dollah, biar Najib yang pegang teraju dan kita lihat bagaimana.

Tetapi percayalah kalau Dollah tidak berjaya memulihkan keyakinan rakyat, apa istimewanya Najib. Berbalik kepada hal ini saya merasakan SPR di bawah teraju baru ini tidak berubah malah lebih tempang dari Pengerusi tempang yang lama!

Apa pun insyallah rakyat jualah dengan izin Allah akan tentukan kedudukan segala-galanya.~ roslan sms

Nik Aziz ajak tinggalkan merokok ~ Malaysiakini

Hampir 50,000 orang hadir dalam Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana disini malam tadi. Penceramah yang ditampilkan ialah YAB Menteri Besar Kelantan, TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Ust. Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj. Abdul Wahid Endut , ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Wakil Palestin, Sami Abu Zuhri.

Kehadiran yang memberangsangkan disebabkan juga oleh cuaca yang baik.

Hj, Abdul Wahid menceritakan pengalaman dalam kempen di Kuala Terengganu hingga membantu kemenangan beliau. Khalil pula menerangkan kedudukan politik semasa Perak yang mendapat perhatian dari hadirin. Sementara Sami Abu Zuhri menceritakan kedudukan rakyat palestin dan Hammas dengan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh Ust. Nasharuddin mat Isa. TG. Nik Aziz menutup ceramah berserta doa penutup.

YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak rakyat Kelantan supaya meninggalkan merokok.

"Malam ni nampak semua kopiah putih , tak ada UMNO tapi asap rokok berkepul" sindir Tok Guru memulai ceramahnya.

"Ramai yang hadir malam ni kerana rakyat Kelantan tidak suka berada dalam tidak reti" Ucap Nik Aziz.

Mengulas bagaimana hendak tinggalkan merokok, Tok Guru mengatakan persoalannya mahu atau tidak mahu.

Beliau juga mengatakan penyakit Rasuah adalah yang dihasilkan oleh UMNO sehingga dalam UMNO perlu ada JK yang ditubuh untuk benteras rasuah.

Mengulas suasana politik Malaysia,beliau menyatakan keyakinan generasi muda dalam DAP yang sudah boleh menerima hukum Hudud.~DRS. KHALIL IDHAM LIM

Saya masih Speaker sah ~ Malaysiakini

Adun Tronoh, V. Sivakumar menegaskan beliau masih Yang Dipertua Dewan Undangan Nwgeri Perak yang sah, sekaligus menafikan tohmahan pihak tertentu yang beliau telah dilucutkan jawatannya.

Beliau mengulas laporan sebuah surat khabar Tamil yang mendakwa beliau telah terlucut dari jawatan tersebut selepas Barisan Nasional merampas Kerajaan Perak.



"Ramai yang menyangka saya telah kehilangan jawatan tersebut, ianya adalah tidak benar sama sekali,"tegasnya.

"Saya dilantik melalui proses undian oleh Dewan Undangan Negeri dan hanya akan dilucutkan melalui proses yang sama,"tegasnya lagi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkannya semalam.

Menurutnya beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai yang Dipertua Dun dan berhak ke atas kemudahan yang diperuntukkan kepadanya.~ Hrkh

13 Feb 2009

Nizar saman MB 'Haram' - Malaysiakini



Malaysiakini : Orang ramai berhimpun di luar kompleks mahkamah

11.25 pagi -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketika ini, beliau sedang dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju kuning sedang menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan ketika ini.

Dianggarkan lebih 200 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.
Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar.

11.00 pagi : - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi sebentar lagi.
Pekarangan kawasan mahkamah di Jalan Duta penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat ketika ini.

Para peguam yang dijangka mewakili Nizar juga turut kelihatan sedang menanti kehadiran Nizar.

Turut kelihatan di pekarangan Mahkamah Tinggi itu adalah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kalng, Charles Santiago dan pimpinan KeADILan antaranya,Kamarul Baharin.

Sebelum ini, Nizar dalam satu kenyataannya kepada akhbar online berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah pada pukul 11.30 pagi hari ini.



"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.

"Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.

Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu. ~Hrkh

10 SEBAB SPR LAMBATKAN PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU~ Malaysiakini

Memang jarang-jarang berlaku SPR melambat-lambatkan Pilihanraya Kecil melainkan ada sebab-sebab tertentu. Ramai pihak memang menjangkakan SPR akan melambat-lambat PRK untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bayangkan mengapa SPR menunggu sehingga sebulan lebih selepas notis kekosongan kerusi diterima barulah pilihanraya kecil hendak diadakan. Tidakkah ini menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan rakyat.????



Antara DAKWAAN para pemerhati politik ialah :-

1) Memberi masa yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.



2) Memberi masa yang secukupnya untuk BN dan agensi-agensi kerajaan yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.

3) Memberi masa untuk BN berkempen sepuas-puasnya sedangkan PR tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.

4) Memberi masa untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

5) Memberi masa untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara Umno dan MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau.

6) Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.

7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli Umno menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung awal bulan Mac.

8) Memberi masa untuk calon-calon Umno berkempen untuk pemilihan Umno pada Perhimpunan Agong Umno awal bulan Mac.

9) Memberi peluang kepada Najib Razak menyusun strategi selepas beliau dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong Umno awal Mac ini.

10) Memberi peluang kepada Umno/BN mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut. ~ mutaligat.blogspot.com

PRK Bukit Gantang & Selambau Serentak 7 April

Malaysiakini : P'raya kecil serentak: 7 April bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan kecil DUN Bukit Selambau Kedah akan diadakan serentak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon pada 29 Mac manakala hari mengundi pada 7 April.

Writ kekosongan kedua kerusi itu akan dikeluarkan 16 Februari manakala notis pilihan raya pada 17 Februari.

Teka teki samada kerusi Dun Bukit Selambau kosong atau tidak terjawab dengan pengumuman itu.

ADUN Changkat Jering: Sekarang aku dah kaya ~ Malaysiakini

Setelah beberapa hari Osman Jailu mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN dengan mengatakan dia Bebas,seperti di bawah mula diletakkan di banyak tempat di Changkat Jering.



~ Cina Islam

Salah guna kuasa Zambry, dilapor ke SPRM .~ Malaysiakini

IPOH, 12 Feb.:- Satu laporan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abdul Kadir telah dilakukan oleh Pimpinan Parti Pakatan Rakyat di Pejabat Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 11.05 minit pagi tadi .

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, ADUN yang hadir pula ialah, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Chang Lih kang(Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi),dan Siva Subramaniam (Buntong). Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Ketua Wanita PKR Perak, Pn Fatmawati dan penyokong PR yang lain.

Kehadiran rombongan dinanti oleh sekitar 30 orang wartawan dan berbagai akhbar.

Dalam kenyataan bertulis yang diedarkan dan sidang akhbar yang di sampaikan di perkarangan pejabat SPRM Nga Kor Ming menyatakan tujuan laporan dibuat ialah kerana salah guna kuasa Zambry melantik 4 orang bertaraf exco yang akan melibatkan perbelanjaan sekitar RM 250,000 . Jumlah untuk setahun ialah RM 1 Juta.

Perlantikan itu menurutnya menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan masih belum diluluskan dam Mesyuarat MMK. Selain itu juga belum mendapat perkenan DYMM sultan Perak.

Pada hari pertama beliau masuk pejabat beliau mengumumkan dasar untuk membantu rakyat, tetapi jelas apa yang beliau umumkan adalah untuk kepentingan kroni dan salah guna kuasa " Kata Yb. Nga.

Kelmarin Zambry mengumumkan pelantikan tiga Penasihat Menteri Besar dan Ketua Penerangan kerajaan negeri yang dilantik berkuat kuasa serta merta.

Nga Kor Ming ditemani oleh Khalil Idham Lim membuat laporan kepada dua orang pegawai SPRM yang memperkenalkan diri sebagai Firdaus dan Yap. ~DRS. KHALIL IDHAM LIM

Dato' Seri Nizar di Mahkamah Tinggi KL, 11.30 nanti ~ Malaysiakini

Jadual MB Perak (13 Feb 2009)

11.30 pagi: Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

7.00 malam: Maghrib di Masjid Kg. Tengku Hussein, Manjoi.

Selepas solat maghrib, DS Nizar akan bersama rakyat di Pasar Malam Taman Jati.

8.30 malam: Solat Isya di Masjid Taman Meru.

Pakatan Rakyat akan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah, esok (hari ini).


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan itu pada pukul 11.30 pagi esok.

"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.

"Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.

Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu.



Berhubung kemungkinan penyokong-penyokong Pakatan akan berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar meminta mereka datang untuk memberi sokongan esok, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai SMS tersebut.

"Saya minta penyokong menganggap ini sebagai saluran biasa kita, saya minta penyokong (yang dijangka akan berkumpul di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) jangan bertindak di luar batasan esok dan tolong menjaga ketenteraman dan keamanan," katanya.

Ketika ditanya sebab kes itu akan difailkan di Kuala Lumpur bukan di sini, beliau berkata panel penasihat memutuskan ia difailkan di Kuala Lumpur selepas menimbang beberapa faktor. - mStar

12 Feb 2009

Ir. Nizar : Kerajaan PR, Kini Kerajaan Buangan!

Malaysiakini : Nizar setuju keluar dari kediaman MB


Sidang akhbar di adakan bertempat di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 3.00 petang ini

Sebahagian wartawan yang hadir

Kita akan failkan kes memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11.30 pagi esok untuk isytiharkan Kerajaan Haram tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah dan saya mohon bagi sokongan dan tidak buat apa-apa provokasi. Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi.

"Kita juga secara prinsip kenderaan yang digunakan akan diserahkan dan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada. Tidak ada apa-apa elemen, tidak menjejaskan kepada apa-apa kes kami yang dibuat sebelum dari ini, kerana itu kenderaan diserahkan di sini sehingga keputusan dari mahkamah diputuskan' Katanya..

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan anak-anak yang bersekolah. Keputusan ini juga tidak memudaratkan proses mahkamah kami.

"Pakatan Rakyat akan hadir dalam Majlis Jubli Perak pada 14 Februari ini, bersama dengan pimpinan dan seluruh Sultan, pembesar negara termasuk Sultan Brunei." Umum beliau.

Menganai kenapakah difailkan kes di Mahkamah Kuala Lumput, Ir. Nizar mengatakan "kami merasakan oleh beberapa hal yang perlu diambil kira, kita dinasihatkan oleh peguam kita "

Menteri Besar juga menjelaskan kenderaan diletakkan di sini sehingga selesai kes mahkamah dan akan gunakan kenderaan peribadi .

Mengenai tempat mesyuarat dan pertemuan lain beliau menyatakan akan diadakan tempat lain yang difikirkan sesuai, Dia mengistilahkan Kerajaan pakatan Rakyat sebagai "kerajaan buangan".

Bila menjawab berkenaan dengan perhimpunan di Kuala Kangsar,Ir. Nizar itu menegaskan Pakatan Rakyat terlibat dengan apa-apa perhimpunan sedemikian rupa dan beliau menafikan PR tidak terlibat dalam menghimpunkan rakyat itu.

Menjawab soalan berkaitan kes di mahkamah, Dato' Ngeh Koo Ham berkata akan dibuat esok pada jam 11.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan satu team peguam seramai 12peguam yang telah dipanelkan.

Ditanya mengenai perasaan bila ingin keluar dari Kediaman Rasmi, katanya " perasaan saya nak keluar seperti berhijrah sebentar dan balik semula ke Markah ".

Ir. Nizar juga menyatakan keyakinannya akan kembali ke kediaman rasmi .

Mengulas Isu pelantikan 4 orang setaraf exco beliau mengatakan ia diputuskan sebelum sebelum exco mesyuarat dan wang rakyat telah dibazirkan dengan pelantikan itu..

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu ketika diminta mengulas mengenai calon Bukit Gantang beliau menjawab " belum lagi, terlalu awal ". - albanjari



ADUN Pakatan Rakyat hilang lagi ? ~ Malaysiakini

Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi membincangkan bagaimana untuk menghentikan semua spekulasi yang timbul termasuk kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat yang akan dihadiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat itu turut akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri itu.

Beliau turut menafikan mengenai berita kehilangan Badrul Hisham seperti yang 'dibimbangi' Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Aziz Johari.

''Tak ada ...Saya rasa di Klang pun mereka tak jumpa satu sama lain... Tapi sekarang oleh kerana beberapa insiden yang berlaku di Perak kita agak sensitif tentang perkara ini.
''Esok saya akan jumpa dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk adakan perbincangan supaya tidak ada spekulasi yang akan diutarakan oleh mana-mana pihak," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini petang ini.

Aziz mengulas mengenai perkara berkaitan di dalam sebuah akhbar tempatan semalam yang bimbang dengan kehilangan Badrul Hisham sejak lima hari lalu yang kononnya ada kaitan dengan Barisan Nasional (BN).

Ditanya sama ada semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat akan hadir pada mesyuarat esok, Abdul Khalid berkata, mereka yang ada di dalam negara dan tidak mempunyai urusan yang lebih penting pasti akan hadir.

Menjawab mengenai ura-ura beberapa ADUN pakatan pembangkang di Selangor akan melompat parti, Abdul Khalid sambil ketawa berkata:

''Dia orang tak berani melompat... Ini spekulasi... Pada saya setiap Ahli Parlimen dan ADUN bukan sahaja bertanggungjawab pada parti tetapi juga pada rakyat yang telah mengundi mereka.

''Jadi terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Emak ADUN Jelapang dihina ~ Malaysiakini

Pengundi tidak mahu jual sayur kepada emak Hee Yit Fong ?

Saya mendapat banyak sebaran berita mengenai kejadian emak Hee yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat di hina oleh penjual sayur di pasar Kantan, Chemor. Katanya apabila emak Hee hendak membeli sayur dipasar itu seorang pun penjual sayur tidak mahu menjual sayur kepadanya.

Petang ini saya mendapat pengesahan berita ini dari kawan yang berasal dari Chemor, mengenai kejadian yang sama.


Malang lah nasib Hee dan keluarganya, maka benarlah kata Dr. Lee Boon Chye kepada saya , kalau dia berani melakukan demikian bererti 3 generasinya akan dihina oleh orang cina.~Cina Islam

11 Feb 2009

Karpal Singh fail saman pelantikan Zambry tidak sah

Karpal tidak akan wakili Nizar

Peguam Karpal Singh (tengah) yang juga Pengerusi DAP memberitahu wartawan keputusannya untuk tidak mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru Perak adalah batal dan tidak sah, ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. Terdahulu, Karpal menghadiri prosiding Mahkamah Persekutuan yang menolak usul lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) untuk menyemak keputusan panel yang menafikan kebebasan mereka.

PUTRAJAYA: Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.



Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.

Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.

Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan.

Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat, Karpal sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk meneruskan hasrat itu walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan enggan berbuat demikian.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sultan Azlan Shah boleh didakwa di mahkamah atas kapasiti rasmi baginda kerana selepas 1993, Perlembagaan Persekutuan dipinda dan mahkamah khas ditubuhkan untuk mengendalikan perkara membabitkan kerabat diraja dan sultan.

"Saya pasti malahan baginda (Sultan Azlan Shah) tahu apa yang saya katakan adalah betul. Baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara dan telah mengendalikan banyak kes. Tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau menderhaka mengenainya, mereka kata saya tidak menghormati Sultan.

"Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?," kata Karpal.

Kepada soalan sama ada polis menyiasatnya berhubung hasrat beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sultan, Karpal berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan kepada polis. - mStar

Malaysiakini : Karpal summoned to police
Malaysia-Today : Karpal indicates he won't sue Perak Sultan

K'jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak ~ Malaysiakini

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli


YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.~ Cina Islam

Ceramah di Perak di haramkan

Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengumumkan bahawa ceramh politik dilarang diseluruh negeri Perak sehinggalah situasi tegang kembali reda. Malaysiakini melaporkan disini.

Oleh yang demikian, sewaktu kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang nanti, parti-parti politik tidak boleh berceramah oleh kerana tidak mungkin situasi yang tegang akan reda pada ketika itu.

Apalah nasib rakyat Perak.

Selepas kerajaan mereka yang sah dirampas, ceramah politik pun dah tak boleh nak dengar.


Selanjutnya

Undian SMS: 95% kata BN Akan Kalah Di Bkt Gantang




Undian SMS Edisi Versi Bahasa Inggeris yang bertanyakan soalan "Apakah kemelut politik Perak bakal menjejaskan peluang BN di dalam Pilihanraya Umum Akan Datang?" 96% menjawab YA dan hanya 4% menjawab TIDAK. Benarlah UMNO kini semakin ditolak rakyat hasil perbuatan mereka sendiri.

Undian SMS di Edisi 7 versi Mandarin pula lebih menarik. Soalan menjurus kepada perkembangsn mutakhir yang merujuk kepada pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Bukit Gantang. Hanya 5% daripada responden menyatakan BN akan menang sementara 95% menyatakan BN akan kalah.

Lagi : Kelab Greenboc

DS NIZAR DI PERLAWANAN BOLASEPAK PERAK VS KELANTAN

Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang juga Presiden PAFA melapangkan masa dengan menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak menentang Kelantan di Stadium Indera Mulia, Ipoh yang berkesudahan 2-3. Kelantan menang ke atas Perak dengan gol diminit-minit akhir permainan.


Turut hadir sama ialah Dato Anuar Musa yang mewakili pasukan Kelantan.Setelah tamat permainan Dato Seri meninggalkan Stadium dan pulang ke Kediaman Rasmi Menteri Besar.




10 Feb 2009

Ampun Tuanku! Patik mohon derhaka ~ Malaysiakini

Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya- Sultan Azlan Shah
"Sahabat semua ...sedar tak sedar satu lagi kebodohan UMNO yg ramai x tahu..Mereka tidak faham bahasa berkaitan makna ayat tersebut itu...

Risik merisik..hambe rakyat jelata dapat tahu maksud akan perkataan itu...

Patik mohon derhaka merupakan satu istilah khusus yg digunakan dalam istana dan mesti digunakan oleh rakyat jelata termasuk MB ( x termasuk najib) jika mereka ade pandangan lain diatas pandangan yg telah diberikan oleh Tuanku

contoh :
Raja bertitah : Beta ingin sebuah lagi jambatan di Bukit Gantang
maka wakil rakyat jelata iaitu MB setuju, maka MB akan berkata: Titah tuanku dijungjung
tetapi

Jika MB merasai titah itu ade kelemahan atau ade cadangan lebih penting dari titah tersebut seperti
contoh:
MB mendapat maklumat Changkat Jering tidak memerlukan jambatan lagi sebaliknya Bukit Chandan yang memerlukan jambatan terlebih dahulu
maka MB akan berkata: ampun tuanku Patik mohon derhaka pada titah tuanku,dan patik selaku wakil rakyat jelata ingin mencadangkan Bukit Chandan patut di beri jambatan terlebih dahulu..

Itulah kehebatan raja-raja- mana mana titah yang tidak dipersetujui kene menggunakan bahasa patik mohon derhaka...

Oleh itu terbukti nizar tidak sama sekali berniat untuk meruntuhkan institusi diraja tetapi telah menobatkan institusi diraja di kelasnya tersendiri dan mesti di hormati walaupun sudah tahu kalimah itu akan di gunakan oleh perompak BN untuk agenda politik kotor mereka..

tahniah nizar..........keberanianmu menjadi salah satu titik kebangkitan kuasa raja...

maka kalimah ini terus dijaja oleh UMno untuk menghalalkan tindakan mereka...

UMNO : mengguankan ISU DERHAKA SULTAN untuk menutup kejahatan mereka merompak di PERAK..

Marilah kita jatuhkan UMNO yg terbukti mempergunakan kuasa sultan demi politik mereka......

jatuhkan UMNO dalam PRK nanti....allahu akhbar...~ Pulau Baru

TERKINI (11.25) ! Live dari Perak ~ Malaysiakini

(UPDATE 12.15)

12.15 pm

Saya bersyukur kerana datang ke bangunan SUK kerana hari Selasa adalah hari bertemu pelanggan dari dalam dan luar negeri untuk , tidak sepatutnya kami dihalang tetapi saya akur dengan keadaan itu. Demikian antara kenyatan YAB Menteri Besar perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di kediamannya setelah balik dari Bangunan SUK sebentar tadi.

" Saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang masih menyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat" kata Ir. nizar.

Beliau juga menjelaskan kepada wartawan sampai sekarang tidak ada surat mengenai jawatan beliau, dan bertegas jawatannya masih sah dan akan teruskan tugas seperti biasa.

Ir. Nizar juga melahirkan kekesalan tidak sepatutnya dihalang kerana kami masih lagi ADUN.

Ditanya mengenai calon Parlimen Bukit Gantang, beliau mengatakan masih terlalu awal dan serahkan kepada pihak negeri dan pusat untuk memutuskan.

Menjawab persoalan perlantikan cuma 6 exco, beliau mengatakan ini menunjukkan Exco tidak sah, bahkan kami adalah Exco penuh yang sah. Kerana Kerajaannya tempang maka kerajaannya tempang.

Persoalan mengenai Perayaan Jubli Perak dijelaskan oleh Ir. Nizar, "mengenai Jubli Perak kami dah janji lebih awal kalau ada pembubaran DUN ianya akan berjalan seperti biasa kerana ada "care taken goverment", dengan apa yang berlaku ini kita pun tidak tahu.."

Menteri Besar juga memberikan penegasan dan yakin PR akan menang dengan majoriti yang besar .


Suasana di SUK

Pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan saya datang untuk memenuhi temu janji dan telah dihalang. kami akan akur dengan arahan dan akan pulang. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

"Bersama saya pada pagi ini ialah para Exco dan ADUN, kami utamakan keamanan dan ketemraman dan kami akan balik " Kata Ir. Nizar.


Kehadiran YAB Menteri Besar Perak disambut hangat oleh ratusan penyokong di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat menteri Besar.

Disamping itu kelihatan kebanyakan cermin pejabat di bangunan tersebut dan para pegawai menyaksi dan melambaikan tangan kepada YAB Menteri Besar. Ir. Nizar juga melambai-lambaikan tangan kepada mereka.

Kawalan ketat oleh pasukan keselamatan termasuk FRU tidak melemah semangat YAB Menteri Besar dan rombongan. Walaupun ada beberapa kali cuba dileraikan tetapi kumpulan manusia yang berkumpul tidak berganjak dari kawasan pintu masuk.

11.45 pagi.

Info terbaru dari Chor di Kuala Kangsar.

“Depan taman naik ke Bukit Chandan, Trak FRU 6, landrover 2. Teman sampai sekolah Mazuin kena tahan polis. Deme mintak tolong beli ayor. Polis Teluk Intan. tak sempat minum pagi dah kena datang ke Kuale. “Keme tengah kebulo” kata deme.

Sapa kata orang Pakatan Rakyat anti polis? Tolong beli ayor lagi kat deme. Kesiaaan polis.

11.35 pagi.
Sekarang sidang media dirumah Menteri Besar.

11.25. Nizar sampai di Kediaman Menteri Besar. Senyum walaupun tak boleh masuk kedalam SUK.


11.20 pagi. Konvoi MB dan EXCO bertolak balik ke Kediaman MB.


11.17 pagi.
MB Nizar tidak dibenarkan masuk dan ketika ini sedang memberikan sidang media didepan pintu SUK.

10.55 pagi
MB Nizar dan EXCO bergerak ke SUK. Semua EXCO masih menggunakan kereta Camry.

nizar_exco

ngeh

10.10pagi.

Wakakaka…. Jamal dan Osman tak hadir dimahkamah. Hakim memerintahkan waran tangkap dikeluarkan.. ha..ha.

Dulu Jamal dan Osman pergi Court diiringi dua orang polis. Lepas ni, depa akan diiringi dua trak FRU.



9.55 pagi.

Didepan Mahkamah Tinggi, Ipoh. Sekumpulan 30-40 geng Umno sedang berdemo, dibawah jagaan polis, sementara menanti ketibaan Jamal dan Osman dimahkamah. Orang lain masuk SUK, depa masuk mahkamah.

Dari Chor di Kuala Kangsar.

Sepanjang jalan dipenuhi polis. Hampir disetiap tiang lampu ada polis. trak FRU ada 15 biji untuk mengawal keselamatan 15 bas penyokong Najib yang nak berdemo di Kuala Kangsar.

Orang balik sembahyang, depa sembur gas pemedih mata, Umno nak berdemo, polis jaga keselamatan mereka. Baguih punya polis!!.

8.50 pagi.

Sya-reformis melaporkan dari Bangunan SUK Ipoh.

Bangunan SUK Ipoh sekarang dikepung oleh FRU. Jalan Panglima Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas dan orang awam dilarang daripada menghampiri bangunan SUK.

Terdapat 3 trak FRU beserta satu water-canon sedang bersiap sedia, Mungkin untuk menghalang Menteri Besar Yang Sah daripada memasuki pejabat dan untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Kerajaan haram memasuki pejabat.



PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.