1.Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.
2.Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain
3. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.
4.Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.
5. Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .
6.Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.
4 ulasan:
Jika 6 sebab tersebut dangkal - maka al bungkuslah Nizar !!!
Mentaliti PAS yang sembahyang 2 imam kini diwarisi oleh Nizar menjadikan Perak dua MB.
Niz Aziz akur keputusan Sultan.
Kesimpulannya: berundurlah setapak untuk maju 1000 langkah ke hadapan. jangan jadi kaldai.
Mentaliti Baruah UMNO yang menganggap mereka sahajalah yang betul seperti komen Lelaki Keluang. Pelupa betul orang orang UMNO ni,mari saya tolong ingatkan disini, bila Israel serang GAZA semua orang termasuk UMNO kata itu tak berperikemanusiaan, Bila Altantuya punya kes UMNO kata biarlah Mahkamah yang menetukannya (mahkamah dah diberi arahan-macam juga Sultan Perak-terima arahan juga rupa rupanya),bila UMNO merampas kuasa- kluang kata itu proses Demokrasi serta demi Ketuanan Melayu.
mana-mana org melayu sokong Anuar dgn Kapal sing mmg bodo lebih pada cerdik...pikir gak pasal anak cucu kito etek.bodo bodo!!Mun dok pikir pasal Altantuya tu bakpo? Jadi gapo dgn mun?? baso cerdik xabis.
6 sebab tersebut mungkin ada kebenarnya, tetapi, dari sudut menyelesaikan masalah cara Islam, ia merupakan contoh rumusan hasil tahap kajian yang didasarkan kepada pandangan mata dan akal atau logik akal yang bukan sahaja boleh ditafsir lanjut malah boleh dicabar oleh pihak yang tidak bersetuju dengannya seperti kluangman atas alasan kajian menggunakan logik akal adalah terbatas atau ada limitnya.
Katakan saudara pandang ke laut, pandagan mata saudara mengatakan yang dilihat ialah kapal, bueh, obmbak dan sampah. Akal saudara pula berfikir lebih mendalam dengan mengatakan yang dilihat ialah ikan, sotong, rumpai, timun laut dan lain-lain khidupan laut.
Yang dikehendaki dalam penyelesaian masalah cara Islam ialah tahap kajian yang pada awalnya dilakukan menggunakan pandangan mata dan akal yang kemudiannya disusuli dengan pandangan mata hati, atau jika dikaitkan dengan analogi laut di atas, saudara kena lihat dan kaji apa yang ada di bawah dasar laut.
Di mana, menurut pengalaman saya sebagai penyelidik, pandagan mata hati tersebut membawa maksud kajian yang menggabungkan ilmu ukhrawi atau agama dengan ilmu duniawi atau moden.
Apa yang saya ingin timbulkan di sebalik hujah di atas ialah;
Kajian saudara yang menghasilkan 6 sebab tersebut masih didasarkan kepada pandagan mata dan akal atau logik akal melibatkan ilmu duniawi atau moden ciptaan manusia yang berkaitan dengan ilmu undang-undang konvensional tanpa saudara susuli dengan kajian ilmu ukhrawi atau agama yang dianggap mempunyai kaitan langsung dan tidak langsung dengan krisis politik di Negeri Perak sekarang. Atau, dalam bahasa mudah, 6 sebab tersebut perlu ditambah dengan sebab-sebab dari sudut ilmu agama.
Persoalannya, apakah ilmu ukhrawi atau agama yang mempunyai kaitan langsung dan tidak langsung dengan krisis politik di Negeri Perak sekarang? Apapun jawapannya, pandangan mata hati saya mengatakan ilmu-limu berikut:
a) Ilmu yang membincangkan dasar perundangan Islam mengenai perkara-perkara dan masalah -masalah baru yang tidak dijelaskan dengan terang dalam al-Quran, Hadis, ijma' dan qias yang dinamakan ' Masalih Mursalah' bagi menentukan hukum 4 Adun yang melompat parti yang dianggap sebagai punca kepada krisis politik dan perlembagaan di Negeri Perak sekarang.
b)Ilmu muamalat Islam yang membincangkan hukum al- Wakalah atau Melayunya Wakil-mewakil bagi memberikan pandangan huku Syarak tentang kesahihan pemecatan MB Pakatan Rakyat dan perlantikan MB Barisan Nasional baru di bawah syarat-syarat wakil dan orang yang mewakili, dari satu aspek, dan dari aspek lain, di bawah syarat sighah atau ijab kabul.
Catat Ulasan