Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Mac 2009

4.08 pm: Bacaan Doa......


Ust Ghani Shamsudin sedang membaca Doa......

Kami dizalmi Ya Allah.....Ya Allah aku mohon pertolongan daripada kamu ya Allah...... Jahanamkan mereka yang Zalim......


4.04: Mahfuz sedang memberi kata-kata semagat kepada Mahasisiwa


Ahli Perlimen, Dato' Mahfuz Omar sedang berucap....


3.53: Suasana terkawal...




Sekarang mahasiswa melaungkan Hidup mahasiswa sambil memegang Keranda PPSMI......

Majlis bersurai.........

TGHADI arahkan semua bersurai....

3.32 pm : Memoredum selamat dihantar ke Istana Negara



Suhaizan Kayat membertahu bahawa memoredum selamat dihantar oelh A.Smad Said & Dr Hassan ke Istana Negara. Sekarang Tuan Guru sedang berucap....

Selanjutnya

3.30 pm Tuan Guru selamat berada dalam Masjid Negara


Tuan Guru Hj Hadi selamat berada dalam masjid, walaupun terkena sembura iar gas pemedih mata kat luar tadi... Sekarang tunggu ucapn TG didalam masjid

3.25: dalam masjid negara



Dr Syed Azman minta semua bertenang....

Polis masih mengila dekat luar

3.18 pm: Polis tembak gas pemedih mata dalam masjid negara


Sekarang poilis tembak gas pemedih mata dalam masjid negara.Semua berkumpul dalam masjid negara. JAHAT..... dalam masjid tu.....

Sekarang suasana huru hara .....Pedih mata.... Budak kecil yang berteduh dalam masjid pun terkena sembura gas pemedih mata

Live dari Masjid Negara (2.05 pm)


Tok Guru Hj Hadi turun dari Masjid Negara untuk menyertai perarakan


Live dari Masjid Negara (2.00 pm)


1.45
Selesai solat

1.55
Tunggu rombongan dari Sogo dan Pasar seni untuk berarak ke Istana Negara

Selanjutnya

TERKINI: Dari Masjid Negara (1.30 pm)


l

Sekarang orang ramai sedang tunggu untuk solat Zohor berjemaah.... Tunggu kawe pun nak solat

Selanjutnya

Live dari Central Market (12.28)




POLIS BERI AMARAN KEPADA UNIT AMAL.......

Polis sudah jalankan tugasnya..... Beri amaran kepada Unit Amal sekiranya mahu ke Perhimpunan hari ini harap jangan...... Tiada PERMIT...... hE..he....


Live dari Central Market (12.18)

Kelihatan Unit Amal & Polis sudah bersiap untuk jalankan tugas....

Trak Polis di hadpan Central Market

Kami berada di Central Market....

Kelihatan kira 6 buah trak Polis sedang berkawal di Central Market. Manakala Unit Amal sudah bersiap untuk menjalankan tugas yang diamanahkan....

12.00 tengahari: Kawasan sekitar Pasar seni mula gamat dengan anggota polis yang ditambah lebih 100 orang. Sementara itu, di hadapan bangunan Jawi kelihatan 3 buah trak 'Water Cannon'.

11.40 pagi: Pihak polis dan FRU kelihatan telah bersedia di kawasan Istana Negara. Trak 'Water Cannon' hanya sebuah tetapi anggota FRU dianggar sekitar 100 orang. Dalam pada itu, helikopter kelihatan berlegar di kawasan istana.

11.20 pagi:Kawasan pusat membeli belah Sogo mula terasa bahangnya apabila bilangan anggota polis mula bertambah lebih 100 orang.

10.35 pagi: Kawasan membeli belah Kompleks Sogo pula kelihatan lebih 30 anggota polis sedang berkawal,namun suasana masih terkawal.

10.20 pagi: Tinjauan harakahdaily mendapati sebanyak 5 buah trak FRU kelihatan di Dataran Merdeka.

10.04 pagi: Kawasan di sekitar pasar Seni mula terasa bahang Himpunan apabila beberapa kelompok orang ramai di lihat berkumpul. wartawan Irwan,melaporkan kelihatan lebih 30 anggota polis di kawasan ketak kereta Pasar Seni.

9.20 pagi: Jalan menuju ke pusat bandar raya dari arah Jalan Kuching mula sesak apabila pihak polis mula mengadakan sekatan jalan raya.

9.00 pagi: Helikopter milik pasukan polis mula kelihatan dan berlegar di sekitar bandaraya.

Tunggu berita selanjutnya....

5 Mac 2009

Nak jadi Jutawan? ~ Malaysiakini

Inflasi di Zimbabwe

Kiriman : ZAMRI kecik's

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.




Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.






Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!

Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.

sehari dalam kehidupan mayarakat disana


Barangan keperluan harian


Harga bagi sayur-sayuran


Telur ayam.
Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup....


Wang yg diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai makan....
dan sebotol bir


setiap bulan bila terima gaji...kena sewa teksi atau lori le gamaknya....


"pengemis" yg boleh dianggap "kaya" sbb dapat juta2 setiap hari...hihihi....


kalau anak org kaya jgn cakap laa....


kalau susah nak bawak duit banyak2 tukarkan ke USD...dapat sekeping je...


kilang buat wallet dengan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah....

5 TINDAKAN SPEAKER DUN – SAH atau TIDAK?


Tindakan 1 - mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering & Jelapang

Berdasarkan Fasal 35 Perlembagaan Negeri Perak, Speaker berkuasa penuh mengisytiharkan kekosongan 3 kerusi DUN itu berikutan wujud surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebarang keraguan berkaitan status kekosongan itu, termasuk kesahihan surat perletakan jawatan yang berbangkit, hanya boleh diputuskan oleh DUN melalui persidangannya atau mana-mana jawatankuasanya.

“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” - Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak."

SPR tiada kuasa dan tidak berhak membuat keputusan berkenaan kekosongan kerusi DAN kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

Tindakan 2 - mengeluarkan saman kepada 7 ADUN BN supaya hadir mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN


Tindakan 3 - menggantung 7 ADUN BN daripada menghadiri sidang DUN

Speaker membawa aduan yang diterima daripada ADUN Canning ke mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN berdasarkan tanggungjawabnya mengikut Peraturan Tetap DUN.

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN mendapati wujud kes prima facie bagi aduan terhadap 7 ADUN BN itu berkaitan hak mengadap Sultan menurut Fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa mutlak kepada Speaker untuk menjalankan tanggungjawabnya berkaitan urusan DUN tanpa boleh dicabar melalui sebarang prosiding jenayah atau sivil di mana-mana mahkamah.

Fasal 44(1) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan kuasa penuh kepada DUN untuk menetapkan sebarang peraturan atau prosedur berkaitan semua pengurusan dan perjalanan dewan itu. Peruntukan ini memberi kuasa mutlak kepada DUN untuk melaksanakan semua prosedur yang ditetapkannya, dan urusan dalam DUN itu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak lain.

Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”

Tindakan 4 - memanggil Sidang Tergempar DUN

Tindakan 5 - menjalankan Sidang Tergempar DUN di luar bangunan DUN

Speaker memanggil Sidang Tergempar DUN pada 3 Mac 2009 berdasarkan Fasal 36(1), 36(2) dan 44(1) Perlembagaan Negeri Perak serta Perintah Tetap 10(2), 11, 15, 16, 17, 88 dan 90 Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

Notis memanggil Sidang Tergempar 3 Mac tidak memerlukan perkenan Sultan kerana siding itu adalah sambungan kepada sidang yang ditangguhkan pada November 2008. Sidang November itu hanya ditangguhkan (adjourned), bukan diberhentikan atau ditamatkan (prorogued).

Perkenan Sultan bagi memanggil sidang DUN yang dimestikan oleh Fasal 36(1) hanya merujuk kepada sidang sebelumnya yang telah diberhentikan atau ditamatkan (prorogued). Fasal itu tidak menyebut berkenaan sidang sebelumnya yang hanya ditangguhkan (adjourned).

Fasal 44(1) memperuntukkan kuasa mutlak kepada DUN untuk menetapkan apa-apa peraturan berkaitan urusan DUN yang tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri. Tafsiran perkataan “mesyuarat” (meeting), “persidangan” (sitting) dan “penggal” (session) bagi persidangan DUN termaktub di dalam Perintah Tetap 88 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Perintah Tetap 15 dan 16 memperuntukkan kuasa kepada Speaker untuk menangguhkan (adjourn) satu persidangan (sitting) dan memanggil persidangan (sitting) berikutnya selagi dalam satu penggal (session) persidangan.

Kuasa memanggil sidang selepas sidang yang ditangguhkan pada November 2008 tidak tertakluk kepada Sultan kerana Fasal 36(1) hanya berkenaan dengan “satu penggal persidangan” (one session) dan “penggal persidangan berikutnya” (next session).

Perintah Tetap 11 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Mesyuarat-mesyuarat Dewan dalam tiap-tiap penggal hendaklah diadakan pada hari-hari tertentu dan bermula dari suatu waktu sebagaimana yang ditetapkan oleh Tuan Speaker.”

Jika timbul keraguan berhubung kuasanya, Speaker boleh bergantung kepada kuasa-kuasa terhad yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perintah Tetap 90 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Mengikut Perintah Tetap 89 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak), keputusan dan arahan Speaker adalah muktamad. Semakan kepada keputusan dan arahan itu hanya boleh dibuat melalui usul di dalam sidang DUN.

Perintah Tetap 89:

“Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-Perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara ini.”

Dari cyberboron

GEMPAR: Akhbar Paris Kata Najib Jumpa Altantuya

Sebuah akhbar yang diterbitkan di Perancis di dalam keluarannya hari ini mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, hari ini mengemparkan Dewan Rakyat apabila menimbulkan perkara tersebut yang mana laporan itu dikatakan diperolehi dari sumber yang bocor dari polis Malaysia. Saifuddin telah membaca petikan kisah bagaimana Altantuya telah memohon bantuan dimana dikatakan mangsa waktu itu sedang mengandung sebelum dia ditembak mati.



Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Mneteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang menggulung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong, menyatakan bahawa dakwaan itu tiada kaitan dengan kementeriannya.

“Apa juga maklumat boleh bocor namun dakwaan yang ini hanyalah spekulasi.” tambahnya.

Saifuddin walaubagaimana pun menyatakan akhbar tersebut mempunyai pembaca yang ramai di Eropah dan telah mencemarkan imej negara.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee tidak membenarkan Saifuddin untuk meneruskannya kerana perkara tersebut masih dibicarakan di mahkamah.

Malaysiakini melaporkan selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
~ Greaanboc

Malaysia patut contohi Jepun, guna bahasa sendiri kembangkan ilmu

Ketua Pemuda PAS mencadangkan kerajaan Malaysia mencontohi era Meiji dalam melakukan penterjemahan karya-karya ilmu luar dalam bahasa ibunda.




Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac, Sabtu nanti.

Katanya, ahli yang mengaku mereka adalah pemuda PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.

“Kita juga akan memastikan pemuda-pemuda PAS negeri dan kawasan supaya hadir dan menyertai perhimpunan membantah PPSMI itu nanti,” katanya semasa dihubungi.

Malah, katanya, antara usaha Pemuda PAS menyokong himpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan ‘road show’ seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawaha dasar itu tidak boleh diteruskan.

Salahuddin juga memberi jaminan, kekecohan tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya jamin perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi,” katanya.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato’ Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong. (Hrkh - 28 Feb)

Salinan report Sirul Azhar!



SILA BACA DI BLOG INI..... LINK.


Penarik beca : Tiba-tiba saya dapat email berikut (sila klik gambar di atas untuk besarkan):
Saiful Bukhari added you as a friend on Facebook. We need to confirm that you know Saiful Bukhari in order for you to be friends on Facebook.

To confirm this friend request, follow the link below...
Saya pun tumpang bertanya:
Ni hat yang mengadu kena tutoh pungkoq ka?

Hang kena bermubahalah atau bersumpah dengan kalimah yang diajarkan Islam bahawa hang diPAKSA tahan pungkoq hang kat Anwar.
Kalau tak, aku nak kena hafal kali-kali ni. Sibuk ni!

Dua kali lima sepuluh. Lima kali dua sepuluh.....

Krisis Perak Dijangka Berterusan Dengan Kelayakan Ridwan Yang Tamat Tempoh

Dengan tempohnya sebagai pesuruhjaya kehakiman yang berakhir pada 28 Februari lalu, Krisis perlembagaan Perak dijangka bertambah kelam kabut apabila didapati tempoh pesuruhjaya kehakiman Ridwan Ibrahim telah tamat tempohnya 28 Februari lalu.

Dengan itu persoalannya adakah beliau layak mendengar atau memberikan keputusan mengahalang tindakan Speaker Perak V Sivakumar kelmarin.

Ridwan dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman pafa 1 Mac, 2007 dan tempoh perlantikan setiap dua tahun sekali itu tamat tempoh pada hari Sabtu lalu.

Tidak dapat dipastikan samada tempoh perlantikannya itu disambung atau pun sebaliknya kerana Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman sehingga kini belum lagi mengadakan sebarang mesyuarat.

"Saya tidak pasti tentang status Ridwan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, tapi biasanya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman boleh melanjutkan tempoh pelantikannya dengan mudah,” kata sumber tersebut kepada Malaysian Insider.

Walaupun status Ridwan disahkan selepas ini, sidang DUN Tergempar di bawah pokok semalam adalah boleh dan sah.

“Kami tidak pasti pun bila dan dimana Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman akan bersidang, pelantikan semula (Ridwan) dan isu-isu yang lain, namun (nampaknya) ia boleh (sidang tergempar DUN semalam),”kata sumber perundangan itu merujuk kepada persidangan DUN tergempar semalam yang dibawah pokok kelmarin. Buletin

Perhimpunan PPSMI 100K Tetap Diadakan

Dilaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohammad Sabtu Osman menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang penyokong Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibunegara Sabtu ini.

Mohammad Sabtu berkata perarakan itu adalah haram kerana penganjur tidak memohon permit untuk tujuan itu.

Pihak Istana Negara pula telah memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Yang anehnya kenapakah Polis ini sentiasa sahaja hendak menjadi pengampu kepada Menteri-menteri UMNO-BN dan sampai bilakah mereka hendak menjadikan diri mereka sebagai lembu-lembu si bangang dan si tolol kepada menteri yang yang ada di dalam kabinet hari ini?

Sampai bilakah polis-polis ini hendak menjadikan rakyat negara ini sebagai musuh mereka?

Pimpinan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) Dato’ Dr Hassan Ahmad dilaporkan telah menerima sokongan pejuang-pejuang bahasa menganjurkan ‘Perhimpunan 100 Ribu’ di hadapan Istana Negara, 7 Mac 2009 ini bermula jam 2.00 petang.

Kalangan pejuang bahasa termasuk Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said, Dato' Baha Zain, Dr Shaharil Mohamad Zain, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Profesor Emeritus Nik Safiah Abdul Karim, Dinsman dan ramailah menyatakan kesediaan untuk hadir.

Nama-nama hebat ini dikenali di dalam dan di luar negara, pelajar dan pelajar sekolah kerana mereka walaupun tidak berpakaian seragam di zahir, tetapi sebahagian besarnya adalah mahaguru di menara gading.

Jika nak dibanding sumbangan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein dengan sumbangan salah seorang nama yang disebutkan di atas tadi, semua dapat menilai siapakah yang lebih banyak berjasa terhadap pembentukan insaniah dan pembinaan intelektualisma.

Inikan pula polis-polis yang namanya seperti Musa Hassan, Mohamad Sabtu Othman yang mungkin jika ditanya kepada pelajar sekolah pun ramai akan menjawab .. oh.. kemungkinan mereka ini penyanyi yang baru muncul...

Kita meminta pihak polis henti-hentilah kerja mengampu dan membodek secara melulu. Perhimpunan tersebut bukan untuk melakukan sebarang protes di jalanan tetapi hendak menyerahkan memorandum secara aman.

Tugas kamu polis ialah mengawal lalu-lintas dan berikan segala kerjasama sepenuhnya kepada golongan cedekiawan itu. Bukan dengan menghantar trak-trak FRU atau anggota SB berpakaian preman untuk menimbulkan provokasi di tengah-tengah lautan manusia. Modus operandi sebegitu sudah tidak laku lagi apabila polis sering saja menyalah-gunakan kuasa mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Maruah polis telah lama tercemar akibat perbuatan polis sendiri yang terus-terus berpegang kepada tradisi membelasah rakyat yang tak sebulu dengan pemerintah.

Rakyat sebenarnya dah meluat melihat perangai polis-polis yang menunjukkan kuasa tak kena pada tempatnya. Mengugut rakyat akan hanya menyebabkan rakyat bertambah-tambah simpati terhadap pejuang-pejuang bahasa itu.

Pergilah buat kerja kamu yang lain... mencegah jenayah, rompakan, perkosaan, mencari kanak-kanak yang hilang yang semakin menjadi-jadi. Naik pangkat dengan cara mencegah jenayah itu lebih berkat gajinya untuk diberikan makan kepada anak-bini dari naik pangkat dengan kerja mengampu dan membodek pak menteri yang tak sedar diri. - Greenboc

4 Mac 2009

28 ADUN PR dipanggil Polis

28 Adun Pakatan Rakyat akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dengan perhimpunan Sidang DUN pagi semalam yang disifatkan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram. ADUN Pakatan Rakyat yang telah dipanggil polis dan sudah memberi keterangan kepada pihak polis ialah YB Thomas SU (Pasir Pinji). YB Thomas telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. Petang esok, dijangka tiga orang lagi ADUN akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah yang sama.




Video Sidang DUN Tergempar



Sidang Tergempar DUN Perak 2/9
Sidang Tergempar DUN Perak 3/9
Sidang Tergempar DUN Perak 4/9
Sidang Tergempar DUN Perak 5/9
Sidang Tergempar DUN Perak 6/9
Sidang Tergempar DUN Perak 7/9
Sidang Tergempar DUN Perak 8/9
Sidang Tergempar DUN Perak 9/9

PRK ; 2 Bukit, 1 Batang serentak

KUALA LUMPUR - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak akan diadakan pada 7 April, manakala penamaan calon tetap diadakan pada hari sama iaitu 29 Mac.

Demikian diumumkan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching, Sarawak hari ini.

Serentak dengan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil - kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kedua-dua DUN Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Selanjutnya

Raja Pasir Dua Butir 'bersidang' di bawah pokok




Persidangan 'kerajaan buangan' di bawah pokok ini disebabkan terdapat pihak yang terlalu kemaruk untuk berkuasa. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh 'Raja Pasola' dari negeri Pasir Berdengung begitu caca marba sehingga menjadi lawak jenaka dan perhatian dunia. Pertembungan yang melibatkan kuasa dan maruah. (psssst .. ada lambang PAS kat topi)

P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok

Dharmala NS

Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."

Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.

Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato' Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'.

Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.

Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.

Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato� Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. -azm (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA)

3 Mac 2009

Tahniah: PDRM telah maju setapak ~ Malaysiakini


Peristiwa hari ini merupakan satu sejarah tercipta di Dunia kerana sidang DUN Perak telah berjaya bersidang di bawah satu Pokok. Walaupun mendapat pelbagai halangan daripada FRU & Pendekar bujang lapok, DUN yang bersidang hari ini berjaya meluluskan 2 usul. Mungkin sekali pandang peristiwa ini melucukan, tetapi bila diamati betul-betul, inilah hakikat / petanda demokrasi di Malaysia akan terkubur...

Tetapi sedang sibuk peristiwa ini berlaku pagi tadi, PDRM juga telah melangkah selangkah ke hadapan iaitu SB-SBnya telah mengguna teknologi bagi merakam 'Geng Songkok tinggi' yang melontar batu dan botol air ke arah (klik)ADUN pakatan rakyat tadi dengan menggunakan Teknologi terkini...

Teknologi yang dimaksudkan ialah SPY PEN. Pen ini berupaya merakam kejadian-kejadian yang terjadi tanpa pengetahuan Umum. Pagi tadi kebanyakan SB-SB yang berada di sekitar bangunan SUK Perak kelihatan semuanya mempunyai SPY PEN yang berwarna biru... TAHNIAH PDRM..semoga penjenayah akan berkurangan.
[ Pesanan penaja : Apa guna Teknologi kalu tak dapat tangkap penjenayah... Semoga teknologi yang ada bukan sahaja untuk tangkap penyokong PR]

Video Sidang DUN bawah pokok


PERAK : UPDATE 11.28

SIDANG DUN BERSEJARAH NEGERI PERAK DIADAKAN DIBAWAH POKOK, DI TEMPAT LETAK KERETA 50 METER DARI BANGUNAN SUK PERAK

11.28 am ~ Lebih kurang 500 orang penyokong Pakatan Rakyat(PR)sedang berkumpul dihadapan pejabat DAP bagi memberikan sokongan kepada semua ADUN PR yang berada di pejabat DAP.

Kelihatan beberapa pemimpin PR dan ahli-ahli Parlimen sedang memberikan ucapan kepada penyokong PR.

Mereka menaikkan sepanduk dan melaungkan ucapan sokongan kepada kerajaan PR negeri Perak.



11.15am - Persidangan Tergempar DUN yang bersejarah telah mendapat perhatian seluruh negara malah seluruh dunia. Komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog anilnetto mencatatkan ramai ahli dan penyokong UMNO-BN berasa malu dengan keadaan yang berlaku di negeri Perak. Wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat bersidang dibawah pohon, sehingga menitiskan airmata beberapa insan yang menyaksikannya

11.13am - Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan Sidang DUN Tergempar pada hari kini

11.11am - Dalam sidang media di pejabat DAP, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Nizar berkata wakil-wakil akyat bersidang dibawah pokok kerana dihalang memasuki DUN, namun tanggungjawab berdasarkan arahan speaker dilaksanakan untuk kepentingan rakyat

11.03AM - Sidang media sedang berlangsung di pejabat DAP, beberapa ratus orang ramai masih berkumpul dan menunggu di hadapan bangunan tersebut, untuk perkembangan lanjut.

11.02 am ~ YAB MB mengatakan di sidang media dimana beliau mengecam tindakan polis yang menghalang ADUN PR daripada memasuki Bangunan SUK dan mengecam tindakan kasar ke atas beberapa orang ADUN.
11.00 Sidang Media Khas oleh Tuan Speaker dan MB Nizar akan diadakan di hadapan Bangunan DAP,Bandar Ipoh Raya, 50 meter dari Bangunan SUK

10.52am - Seramai lebih kuran 1,000 telah menyaksikan Sidang DUN Tergempar Negeri Perak yang menjadi sejarah demokrasi negara Malaysia. Mereka bersurai dengan aman.(Gambar - Sidang Tergempar DUN sebentar tadi, kelihatan Speaker DUN, Sivakumar dan disebelahnya Ustaz Misbahul Munir, yang dilantik memangku tugas SU DUN semalam)

10.46am - Hari Ini Dalam Sejarah, 3 Mac 09 di Ipoh Perak ". untuk dikenangi dan diingati buat selama-lamanya di tanahair kita yang kita cintai, bermula hari ini

10.37am- Seorang penyokong mempamirkan kad sokongan yang berbunyi ' Dunia Sedang Melihat'

10.30am - Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am - Usul kedua dibentangkan , usul membubarkan DUN, diluluskan sebulat suara

10.23am - Usul pertama dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
10.21am - Persidangan dijalankan dengan 'formal' dan aturan Dewan, para ADUN memanggil Siva dengan panggilan Yang Dipertua. Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan depan Bangunan Perak Darul Ridzuan Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

10.17am - Persidangan dimulakan dengan bacaan doa, seramai lebih 600 orang menyaksikan persidangan bersejarah tersebut

10.16am - Speaker, V Sivakumar baru sahaja mengumumkan beliau akan mengadakan sidang DUN Tergempar disatu lokas kawasan lapang i dalam jarak 50 meter dari pintu pagar Pejabat SUK, dibawah teduhan beberapa pokok.

10.01am - Dalam pada itu di mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim yang mendengar saman kerajaan haram BN adalah Ridwan Ibrahim. Peguam-peguam dari kedua-dua pihak telah berada dalam kamar hakim sejak 20 minit lalu.

9.57am - Semua ADUN Pakatan Rakyat berundur ke pejabat DAP bertentangan dengan pintu masuk pejabat SUK, Dato' Ngeh dari DAP berkata mereka akan mengadakan sidang media di situ.

9.52am - Masa lima minit sebagaimana diarahkan bersurai telah berlalu, lori meriam air sedang bergerak menghadap orang ramai, namun tidak ada seorang pun yang berganjak

9.50am - Polis menggunakan pembesar suara telah mengarahkan hanya 'Speaker' sahaja yang dibenarkan masuk???? Buat apa hanya speaker yang masuk tanpa ADUN-ADUN!

9.47am - Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.Polis mengarahkan himpunan bersurai atau akan ditembak dengan meriam air !
http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309a.jpg
9.46am - Jeritan 'Hidup Rakyat.... Hidup Rakyat kedengaran

9.38am - Wakil DAP Ipoh Kula diiringi oleh seluruh ADUN Pakatan Rakyat mereka sedang menghampiri dalam jarak 60 meter dari pintu pagar DUN Perak, dikerumuni oleh ramai wartawan.(Gambar kanan - Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa turut berada di Ipoh)

http://buletinonline.net/images/berita/drlo%27lo%27diipoh.jpg9.37am - Laporan akhbar The Star semalam mengatakan, MB Pakatan Rakyat, Nizar berkata Sidang Tergempar DUN boleh diadakan dimana-mana sahaja, walaupun dikedai kopi sebagaimana kata Majlis Peguam. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat dilihat berada di tempat kejadian sekarang.

9.31am - Pergaduhan kecil berlaku diantara penyokong UMNO dan Pakatan Rakyat berhampiran bangunan SUK Perak, jeritan 'kurang ajar' dapat didengari, namun tidak dapat dipastikan kerana terlalu ramai pihak media di hadapan bangunan tersebut.


9.25am - Kumpulan peguam yang mewakili kerajaan haram BN dimahkamah Tinggi Ipoh adalah Dato Hasfarizam b Harun, Faizul Hilmi, Ahmad Zamri and Badrul Hishah b Abdul Wahab.


9.11am – Lori FRU mengadakan halangan dihadapan bangunan SUK Perak. Lebih 1000 orang kini berkumpul dihadapan bangunan tersebut. Orang ramai yang menungg, berharap ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat akan muncul untuk Sidang Tergempar yang dijadual pada jam 10.00am


9.05am - Keadaan jalanraya di Ipoh penuh sesak, Jalan Istana dimana bangunan Perak Darul Ridzwan terletak telah ditutup kepada semua lalu lintas.

Speaker, V Sivakumar berada di mahkamah Tinggi Ipoh. Beliau diwakili oleh lima orang peguam, diketuai oleh peguam perlembagaan Tommmy Thomas dan dibantu oleh Chan Kok Keong, Agustine Anthony, Philip Koh Tong Ngee dan peguam kelima

http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309.jpg

8.41am - Gambar diatas adalah gambar terbaru bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Lebih 150 orang polis sedang mengepung bangunan Perak Darul Ridzwan. Sekatan jalan raya di pertingkat dan tiada sebarang kenderaan yang dibenarkan melalui berhampiran dengan bangunan Perak darul Ridzwan


8.29am - Pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak telah dikunci dan dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan, kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa pada 5hb Februari lalu cuba menghalang Sidang DUN Tergempar yang dipanggil oleh Speaker, V.Sivakumar.

Dapat Sidang DUN Tergempar diteruskan? Zambry dan konco-konconya cuba mendapatkan perintah mahkamah pagi ini untuk menghalang Sidang DUN Tergempar tersebut.

Catatan secara langsung hari ini akan menyerlahkan samada Keadilan dapat ditegakkan dengan kebijaksanaan.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.