Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Okt 2008

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas - Malaysiakini

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pemuda Sosialis DAP

24 Oktober 2008

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas

Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PR) yang dianggotai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah mengambil langkah untuk mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini untuk mengemukakan beberapa fakta di sebalik skandal pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan yang melibatkan RM2.317 billion.

Ini adalah tindakan susulan Pemuda PR setelah laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa pada 20hb Oktober 2008 lepas.

Pemuda PR melihat penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke satu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini sangat membimbangkan. Apatah lagi Malaysia sendiri turut terkesan dengan keadaan ini dan sangat memerlukan ketelitian kepimpinan negara khususnya Umno-BN mengendalikan sebarang entuk perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Skandal ini sangat serius, dalam keadaan ianya melibatkan RM2.317 billion yang seandainya diagihkan kepada 48,134 rakyat tegar seluruh negara, pastinya ianya boleh menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Jumlah yang sama juga boleh diperuntukkan untuk membina lebih daripada 100 buah sekolah dan pastinya ini boleh memperbaiki masa depan anak-anak bangsa khususnya di luar bandar.

Tetapi sayang, di bawah kepimpinan Umno-BN, jumlah RM 2.317 billion ini hanya diperuntukkan untuk membeli 12 buah helikopter yang mana dengan jumlah yang sama, India mampu membeli lebih daripada helikopter daripada jenis yang sama dan Brazil juga membeli hampir 50 buah helikopter pada jumlah yang sama.

Justeru, Pemuda PR berharap agar BPR tidak selektif di dalam hal ini dengan membuka kertas siasatan dengan segera untuk menyiasat skandal ini.

Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopter ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada.

Sudah sampai masanya institusi polis, BPR dan pastinya Perdana Menteri meletakkan kepentingan rakyat terbanyak sebagai agenda utama demi memastikan setiap sen dan ringgit wang rakyat tidak disalahgunakan oleh individu yang berselindung di balik slogan 'Ubah Gaya Hidup'.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

YB Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB Anthony Loke Siew Fook (DAPSY)
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP

Isu 50,000 Pekerja Kontrak Mungkin Diberhentikan - Malaysiakini

MENURUT Presiden Cuepacs, Omar Osman Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini. Menurut Malaysiakini ia mungkin ekoran tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak. Pemberhentian seramai 50,000 orang merupakan satu angka yang besar dan alasan di berikan atas dasar prestasi dan produktiviti pekerja tidak boleh di terima.

Seharusnya kerajaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut bagaimana nasib anak dan isteri mereka selepas ini ? Ada di antara mereka sudah berkhidmat sekian lama tidak sewajarnya di perlakukan sebegini. Tindakan ini akan menyebabkan Malaysia akan mengalami lambakan pekerja atau penganguran terlalu banyak. Penawaran terlalu banyak dan permintaan sedikit maka akan menyebabkan upah atau bayaran kepada mereka juga akan berkurangan sekaligus menyebabkan ekonomi tidak seimbang.

Kami juga mahu penjelasan apabila timbul persoalan di mana tiada peruntukan gaji sedangkan sebelum ini belanjawan negara telah di bentangkan dan menurutnya belanjawan kini memfokuskan terhadap kebajikan dan memfokuskan kepada rakyat namun bagaimana peruntukan bagi pekerja boleh tercicir.

Atas faktor itu Pakatan Rakyat mahu belanjawan tersebut di kaji semula agar bersesuaian dengan faktor ekonomi masa kini. Sebelum ini kami juga pernah mengusulkan di Parlimen apabila tahap Pengangguran berada dalam kadar 3.2 % dan ianya akan meningkat melepasi 12 % dan kami mahu bajet ini di kaji semula bagi mengambil sikap proaktif di dalam hala tuju hampir 11juta pekerja. Malaysia sebuah negara yang maju tidak seharusnya berlaku pengangguran. Atas dasar kemanusaian kerajaan perlu mencari langkah mengatasai isu tersebut dengan kedaan ekonomi masa kini dengan harga barang yang meningkat kemana hala tuju mereka selepas ini malahan ianya juga secara tidak langsung akan menyumbang berlakunya peningkatan terhadap gejala sosial.

Apa yang lebih dikesali apabila kesemua pekerja tersebut adalah dari sektor awam. Dengan peningkatan pertambahan pekarja asing kemana nasib pekerja di negara kita selepas ini. Pendedahan cuepacs juga harus di puji dan penjelasan lanjut harus di beri Jabatan Perkhidmtan Awam ( JPA ) berhubung isu ini. Pihak kerajaan juga harus tampil memberi kenyataan dan perjelaskan kepada semua pihak berhubung isu ini dan kami mahu apa jua cara sekalipun mereka seharusnya tidak boleh di abaikan dan kerajaan perlu bertanggung jawab terhadap isu ini.

Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang,
merangkap Ketua Wanita Keadilan

PR's plan to take over govt still on - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat's (PR) plan to take over the federal government through the defection of MPs is still very much on the table but the coalition remains non-committal on a new deadline following the Sept 16 non-event.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said PR was in "no hurry to take over" the federal government as its immediate action, in view of the economic downturn, was to engage with government leaders on prudent measures to be taken to weather the storm.

He said PR was exploring all constitutional avenues for a smooth and orderly transition of power after its proposed meeting with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi on the takeover was denied.

"I'm sure you are also aware the government tends to make fun of this takeover exercise," Anwar told reporters after unveiling the Recommendations by PR for 2009 Malaysia Budget at parliament yesterday.

According to the opposition leader, PR had to respect the legal procedures of the country but reiterated that the power transition between the premier and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak would not narrow PR's chance of taking over the federal government.

"To suggest that Najib has managed to consolidate his position is an exaggeration," Anwar stressed.

He pointed out that the deputy premier might have strengthen his position within Umno but not among BN component parties, adding that there were serious allegations that Najib had to answer to the rakyat.

On whether PR had a new takeover deadline, Anwar replied: "I've said enough of the subject (takeover)."

However, he said PR leaders were still working on the takeover plan and the possibility of a new deadline being set, but stressed that "there must be an element of surprise."

PR managed to deny BN's a two-thirds majority in the Dewan Rakyat in the March 8 general election. BN currently has 138 MPs in the 222-seat lower house after two SAPP MPs turned independent recently.

Anwar was speaking to reporters after a Bloomberg report yesterday, citing Anwar that he was running out of options to unseat the government.

"I'm not saying we have no options left, but I'm saying it's getting to be much more difficult,'' Anwar told Bloomberg in an interview on Wednesday. However, Anwar said his coalition remained confident it could woo the 30 coalition lawmakers it needed to form a majority.

The Edge
25/10/08

24 Okt 2008

Saifuddin Nasution: Minta Timbalan Menteri sebut tiga bola sepak Malaysia- Malaysiakini

Sesi Soalan Jawab Lisan
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih timbalan Menteri. Saya dapat tengok, berhempas pulasnya Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak meyakinkan Dewan. Kesungguhan kementerian untuk menaikkan sukan negara. Kita tak usah pergi jauh dahulu. Pilih kepada sukan popular iaitu bola sepak.

Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia sekarang di nombor ke-29 di peringkat Asia. Di peringkat dunia, saya tidak ingat dah. Akan tetapi jauhlah, jatuh!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: 149!
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Peringkat dunia, 160!

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan kerana mengingatkan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu informasi ini. Tidak perlu diberitahu kepada timbalan menteri. Soalan!
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Saya rasa 170! [Ketawa]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Yang bab bola sepak ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh perhatikan bagaimana baiknya hubungan di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. [Ketawa]

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Pesta Bola Merdeka dahulu.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Ada titik pertemuan di antara kita. Saya bagi contoh sekarang tentang bola sepak. Pada zaman saya budak dahulu tahun 70-an, saya boleh hafal nama pemain bola sepak negara. Penjaga gol - David Arumugam, back kanan – Jamal Nasir, centre back – Soh Chin Aun, Santokh Sing, back kiri – Yahya Jusoh, Midfielder – Abdah Alif, Wan Zawawi, Shukor Salleh, wing kanan – Abdullah Ali, James Wong, Hassan Sani.

Pemain simpanan… [Tepuk]
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Penjaring, penjaring! Sebutkan penjaring sekali.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Mokhtar Dahari! Mokhtar Dahari!
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Ya, Mokhtar Dahari. Pemain simpanan – Saifuddin Nasution. Misalnyalah! [Dewan riuh][Ketawa] Saya hendak bagi contoh.

Hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebutkan tiga nama pemain bola sepak Malaysia. [Ketawa] Nescaya Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak kenal. Begitulah seriusnya, jatuhnya ranking kita sukan popular dunia ini. Ini soalannya. Bukan saiz. Abdah Aliff dan Wan Zawawi Jusoh, kecil sahaja. Bakri Ibni, lagi rendah.

Hassan Sani dari Sabah, saya fikir Yang Berhormat Kalabakan boleh ingat, lagi rendah. Mokhtar Dahari sahaja gempal, dengan jaringan cantik, lawan England B, satu sama. Mengalahkan goalkeeper, Joe Corrigan.

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: James Wong tinggi!
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Maknanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ikuti politik-politik. Akan tetapi ikuti bola ini minat kerana inilah sukan yang membuatkan kita duduk sekali.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Soalan, baru soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. [Dewan riuh][Ketawa] Soalannya ialah, secara jujur dan berterus teranglah, bersungguh-sungguhkah kementerian hendak melaksanakan. Jangan tengok sukan individu. Sukan individu kadang-kadang berjaya kerana asuhan keluarga. Badminton kerana Datuk Sidek, Datuk Nicol David kerana asuhan bapanya.

Tuan Yang di-Pertua: Makin jauh soalan tambahannya tak timbul-timbul! [Dewan riuh][Ketawa]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Ya, makin jauh. Terima kasih.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Penting, penting sebenarnya.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jadi isunya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak mengapalah. Saya nampak Yang Berhormat Timbalan Menteri terkial-kial hendak jawab. Akan tetapi, tidak mengapalah. Gunakanlah ruang ini untuk yakinkan kita dengan menerangkan secara bersungguh-sungguh, logik dan munasabah bahawa di pihak kerajaan sebenarnya ada kesungguhan ini untuk menggerakkan persatuan sukan di seluruh peringkat akar umbi. Apakah kesungguhan itu ada? Apakah ada political will itu di kalangan pemimpin sukan negara ini? Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Tuan Wee Jeck Seng]: Terima kasih Yang Berhormat. Sukan memang di kalangan rakyat kita memang bukan sanggup tetapi kita memang kalau bolehlah berkualiti.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa bolehlah?

Tuan Wee Jeck Seng: Semua suka. Itu kehendak semua. Jadi, bola sepak adalah di antara salah satu jenis sukan. Bukan kita hanya tumpukan kepada satu jenis sukan. Sukan ini kadangkala ada juga yang berjaya dan ada yang tidak berjaya.
Baca lagi »

Kamarudin Jaffar: Kapal MISC kita telah diserang… keselamatan kakitangan Petronas?- Malaysiakini

Sesi Soalan Jawab Lisan
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sebagaimana dengar tadi mempunyai ahli teknikal dan kakitangan Petronas di sekitar 30 buah negara di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, kapal-kapal kita yang dipunyai oleh MISC telah diserang dan diambil alih oleh lanun-lanun dan kita terpaksa membuang masa, merugikan keuntungan kita dan akhirnya membayar pampasan atau ugutan kepada lanun-lanun ini.

Jadi untuk keselamatan lebih kurang 2,000 orang kakitangan Petronas dan mungkin kakitangan-kakitangan negara kita yang berkhidmat untuk negara seperti Petronas ini, adakah pihak kerajaan mempunyai urusan dengan pihak-pihak keselamatan antarabangsa dan juga dengan kementerian-kementerian kita yang bertanggungjawab tentang keselamatan termasuk polis dan tentera untuk memastikan bahawa rakyat kita ini diawasi keselamatan mereka dan akan ada tindakan segera, bukan sebagaimana yang kita alami dalam kes-kes kapal ini jika perkara seperti itu berlaku pula kepada anggota Petronas kita ini. Terima kasih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Amirsham A. Aziz]: Terima kasih Yang Berhormat. Kejadian serangan kapal MISC baru-baru ini di Somalia memang satu kejadian yang menyedihkan tetapi di peringkat kerajaan, pasukan navy ataupun tentera laut telah pun dihantar untuk mengiring kapal-kapal
Malaysia ataupun kapal-kapal MISC di kawasan yang agak berbahaya itu.

Di peringkat antarabangsa, kita pun telah mencadangkan di UN supaya dapat bekerjasama dengan pasukanpasukan keselamatan dari pelbagai negara untuk mengawasi di kawasan Telok Eden itu supaya
dapat syarikat-syarikat perkapalan dapat berjalan dengan lancar, tidak akan mengganggu perdagangan dunia.

Dari segi lain-lain keselamatan yang diambil oleh Petronas untuk menjaga keselamatan kakitangannya yang berada di luar negeri. Itu adalah satu-satunya pelan risiko yang Petronas terus ambil untuk mengatasi sekiranya ada kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Bukan sahaja dari segi ancaman daripada lanun dan juga keselamatan daripada ancaman seperti gempa bumi dan sebagainya. Itu biasanya diamalkan oleh tiap-tiap syarikat antarabangsa seperti Petronas dan juga syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di antarabangsa. Terima kasih.

Soalan asal
Tuan Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah ‘technical staff’ Petronas di luar negara dan berapa peratuskah dari jurutera dan sebagainya ini terdiri daripada warganegara Malaysia.

RUJUKAN: 23 Oktober 2008

Mahathir: Perwakilan terima ganjaran wang politik hingga RM20,000 - Malaysiakini

PETALING JAYA: Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."

"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa," kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.

Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian.

Justeru, dengan sinis Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno, yang pernah menyentuh mengenai gejala politik wang dalam perhimpunan-perhimpunan agung Umno sebelum bersara berkata:

"Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah."

"Tetapi seperti disebut apabila pengundi pilihan raya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno.

"Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang," katanya.

BANYAK LAPORAN

Dr. Mahathir berkata, beliau menerima banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno.

"Demikianlah keadaan sehingga Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender.

"Datuk Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas," katanya.

Sambil menambah beliau diberitahu wang banyak digunakan Dr. Mahathir menjelaskan, pada masa lalu cuma ketua-ketua Pemuda bahagian sahaja dapat.

"Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

"Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu.

"Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat," katanya.

Kini, kata beliau, cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai.

MENAWARKAN SOKONGAN

"Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur," katanya lagi.

Malah katanya, mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

"Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka.

"Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka," katanya.

Dr. Mahathir menambah, orang ramai sudah jelek dan muak "dengan Umno, orang UMNO dan pemimpin UMNO."

"Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat," katanya. -mstar

Live Ceramah Mohamad Sabu - Malaysiakini

Ceramah HIMPIT 2008 II- malam ini

Live ceramah malam kedua sempena Himpunan Pemuda Islam 2008 [HIMPIT08] Dari Pantai Pandak, Cendering,Kuala Terengganu.

Seperti Berikut;

Tarikh : 24 Oktober 2008

Penceramah :
Hj Mohamad Sabu
YB syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Ustaz Azman Sapawi Abd Rani
Ustaz Ariffin Deraman

Masa : Jam 9.30 mlm

TV Trgkini

S2 WEBTV PAS

Sebarang masalah bolehlah msg di chat room P2P terengganukini.

23 Okt 2008

Angkasawan Negara jadi 'Jutawan Segera' ~ Malaysiakini

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Hrkh)-Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu.

Bayaran tersebut tidak termasuk penginapan hotel, tambang pengangkutan seperti penerbangan bagi ceramah yang diadakan di luar kawasan atau 'long distance' seperti Sabah dan Sarawak.

Menurut satu sumber korporat, Sheikh Muszaphar boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan sehingga boleh menjadi 'jutawan segera' dalam masa singkat jika dikira secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramah angkasawan sebelum ini.

Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sheikh Muszaphar juga pernah menjawab kritikan lantaran dilihat menyertai kempen-kempen pilihan raya ke-12 lalu di bawah anjuran Barisan Nasinonal (BN).

"Saya kini milik negara dan kehadiran saya hanya untuk memenuhi undangan bagi sesi ceramah motivasi kepada pelajar, jadi saya tidak melihat majlis ini mempunyai agenda tertentu, sama ada untuk membantu kempen pilihan raya dan sebagainya," katanya yang dipetik daripada Bernama 26 Februari lalu.~ Azamin Amin

Kasino Genting : Kisah Di Belakang Tabir ~ Malaysiakini

ghSetelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.

Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

lgtTunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

noahPada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah (foto) membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.

Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.

Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.

Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong

Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.

vMac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

hPada April 28, 1969, d ihari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream yang dihantar oleh tikambatu.

UPM...UPM...Dulu, kini dan selamanya ~ Malaysiakini

Kupetik berita Malaysiakini tentang nasib dua pelajar UPM, berbangsa Melayu-Islam, cerdik dan bijak, tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka di'halau' secara tidak terancang oleh pengurusan kolej Tun Perak.


UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej

Jimadie Shah Othman | Oct 22, 08 3:35pm

kemaskini 6:51pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin".

"Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.

Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini.

farhana pelajar upm 221008Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi (foto kiri) dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama.

Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej.

"Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya.

Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini." LAGI..

UPM, amat dekat di hatiku satu ketika dulu. Sebenarnya aku pun dulu menjadi mangsa 'orang buangan kolej' kerana aku terlibat dengan PMIUPM. Setelah aku dilantik menjadi EXCO PMIUPM pada tahun....., notis 24 jam telah dikeluarkan oleh pihak kolej yang ketika itu surat ditandatangani oleh Ayahanda Pengetua, Prof Pakar Khinzir ( bukan mengumpat tetapi benar. Beliau adalah pakar khinzir dan mengetuai pakar untuk kawal khinzir Zoo Negara). Seingat aku, 4 orang exco lagi juga tidak dapat tinggal di kolej. Salah seorangnya adalah bekas calon PAS 2008 Dun Kubu Gajah, juga 'dibuang' kolej disebabkan exco PMIUPM dan dilantik timbalan Presiden MPPUPM. Aku dan kawan-kawan terpaksa tinggal di rumah peninggalan british yang kami namakan 'Baitul Jan'. Dengan ehsan Pengetua Institut Pertanian Serdang, Puan membenarkan kami tinggal di rumah orang gaji dibelakang rumah peninggalan pegawai british.... (Penulis sekarang bertugas di Kuala Lumpur~ sahabat PEMUDABESUT di SMA Maarif)


Tindakan pihak kolej seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini merugikan, malah boleh menimbulkan tanda tanya. Siapa yang buat keputusan? Mengapa ia dilakukan tergesa-gesa? Mengapa dibuat ketika pilihan raya kampus bakal menjelang? Apa alasannya?

Akhirnya, aku membuat rumusan pendek. Tak masuk akal semua ni..

TUNTUTAN PERJALANAN YANG TAK MUNASABAH

Seorang penjawat awam di Malaysia telah membuat tuntutan perjalanan ( tidak termasuk elaun perjalanan ) dari KL ke Perth pergi balik sebanyak RM199,528.00.


Tambang MAS dari KL ke Perth sehala untuk seorang untuk "business class peak season " paling tinggi ialah RM12,000.00 bermakna pergi balik ialah RM24,000.00 sahaja.

Kos penginapan untuk satu malam di hotel 5 bintang di Perth ialah RM2000.00. Jika menginap selama sepuluh hari jumlahnya ialah RM20,000.00 sahaja.

Anggaran tertinggi kos tambang pergi balik dan pinginapan selama sepuluh hari untuk seorang ialah RM44,ooo.oo sahaja tidak termasuk makan dan minum serta tambang melawat tempat-tempat yang menarik.

Jika pasangan ikut sama, anggaran kos ialah RM56,000.00 sahaja. Mungkin pembantu rumah dan "body guard" ikut serta tetapi layak ke untuk membuat tuntutan perjalanan bagi kedua mereka?




Berita selanjutnya di [SINI]. Carta organisasi di [SINI]. Cerita menarik pula di [sini]

- Dr Halimah Ali

Isu Anugerah Penyapu kembali hangat ~ Malaysiakini



SHAH ALAM Isu anugerah penyapu kepada kakitangan kerajaan negeri oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kembali ‘bergegar’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Semuanya bermula selepas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Mohamed Ali melabelkan tindakan Dr. Khir itu sebagai tidak boleh diterima akal.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga berkata, anugerah tersebut seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan.

Beliau berkata, perkara itu turut diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyifatkan tindakan itu antara punca kakitangan awam menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

“Inilah punca YB (Dr Khir) berada di tempat sekarang (pembangkang),” katanya pada sesi perbahasan Bajet 2009, semalam.

Mohd Hassan bangkit membuat penjelasan selepas Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) mencelah membangkitkan isu anugerah penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, ketika Dr Khir membahaskan bajet tersebut.

Mohd Hassan (Pas-Gombak Setia) turut mendakwa kerajaan negeri BN telah melantik syarikat kontraktor yang dimiliki penyokong kuat UMNO untuk mengendalikan pembersihan sampah di hampir semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerana itulah mutu khidmat kontraktor ini begitu jelak. Mengapa orang politik diberi kontrak ini,” katanya yang mengaku mempunyai senarai nama kontraktor itu tetapi enggan mendedahkannya dengan alasan mahu menjaga maruah individu terbabit.

Mohd Hassan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan kontraktor yang diberi kontrak pembersihan pada masa akan datang diwajibkan mendaftar menerusi Sistem Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) selain bukan di kalangan orang politik.

“Kita akan pastikan syarikat kontraktor yang mempunyai hubungan secara langsung atau ada kaitan dengan orang politik tidak diberi kontrak pembersihan,” katanya.~Sinar Harian

Cerita HADIAH PENYAPU DI [SINI] dan [SINI]

22 Okt 2008

Sudahlah Che Det ~ malaysiakini


Saya agak hairan melihat Mahathir yang sejak akhir-akhir ini bercakap dan merepek seolah-olah beliau langsung tidak berdosa kepada bangsa Melayu dan Islam.

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan insitusi Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1980an;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan institusi kehakiman dengan pemecatan haram Tun Salleh Abas;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mencemar institusi Islam; menghina Nabi, memecat Mufti dan mempertikai hukum Islam;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya menghancurkan kuasa politik Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya setelah pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 sehingga menyebabkan tidak ujud lagi kawasan majoriti Melayu mutlak, sebaliknya pengundi bukan Melayu menjadi pengundi penentu;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mengajar kita kurang ajar dengan bersikap kurang ajar terhadap YAM Tunku Abdul Rahman;

Hari ini kita melihat Mahathir bercakap dan berkokok seolah-olah beliau bersih suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; sedangkan tangan beliau kotor berlumuran dengan najis-najis mengotorkan Islam dan bangsa Melayu.

Kepada Mahathir saya nasihatkan supaya ..bertaubatlah..gunalah masa tambahan yang diberi ALLAH untuk menambahkan 'amal ibadah..

Rumah dah nak halau pergi..kubor dok panggil mari-mari..
MAHATHIR..PLEASE KEEP QUIET.. ~

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

JPNT serbu 'pelakon' aksi panas


KUALA TERENGGANU - Sebuah sekolah di pedalaman Dungun yang menjadi lokasi rakaman klip video aksi panas pelajar perempuan bertajuk 'Tayangan Perdana', diserbu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), semalam.

Sumber dalaman sekolah itu memberitahu pegawai-pegawai terbabit datang kira-kira pukul 12 tengah hari untuk menemui pihak pentadbiran dan unit kaunseling sekolah bagi bertanyakan rekod pelajar berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan usaha menemui 'pelakon' utama dan perakam aksi itu yang merupakan pelajar sekolah berkenaan tidak kesampaian kerana kedua-duanya tidak lagi bersekolah di situ.

Sumber itu memberitahu, satu 'pelan' khas telah dibuat bagi menutup kes tersebut iaitu dengan memindahkan pelajar perempuan terbabit ke sekolah di luar Dungun kira-kira seminggu lalu.

"Pelajar lelaki terbabit pula sudah berhenti sekolah minggu lepas mungkin untuk menutup malu keluarganya dan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, kedua-dua urusan pertukaran dan pemberhentian pelajar terbabit dilakukan secara senyap oleh pihak sekolah berkenaan.

Kosmo! semalam menyiarkan rakaman klip video panas menampilkan aksi seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Dungun yang dirakam seorang pelajar lelaki lain ketika berada dalam kelas.

[ Apakah punca semua masalah terjadi?? Berpunca dari kerajaan kah? gurukah? ibubapa?]

Video Guru ditendang pelajar





16 Okt, KANGAR: Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini.
Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya.

21 Okt 2008

Zaman Najib..Empayar UMNO pasti hancur ~ Malaysiakini

Sebenarnya penulis tidak berhasrat untuk masuk campur dalam hal ehwal pemilihan UMNO. Ini termasuk rasuah (politik wang), pergaduhan dan sebagainya. Bagi penulis ini semua menandakan gagalnya apabila berpolitik menggunakan teknik barat yang meletakkan kebendaan sebagai pokok kemajuan.

Allah SWT telah menyatakan bahawa kalaulah manusia menaburkan harta sebanyak mana sekalipun untuk mengambil hati manusia, mereka tidak akan berjaya. Tetapi Allahlah yang menyatukan hati mereka. Ini bermakna hanya agama yang mampu menyatu dan membentuk peribadi manusia.

Manusia mungkin boleh menarik undi manusia dengan wanga. Tapi lama mana manusia itu boleh menaburkan wang. Mungkin dalam masa yang lain, orang yang dibeli ini akan beralih kepada pimpinan yang lain kerana terkesima dengan tawaran yang lebih tinggi.

Kalau manusia diikat dan diajar dengan agama, insyaAllah mereka akan terus kekal mengundi dan menyokong pemimpin yang menyokong agama.

Penulis mengulas isu pemilihan ini kerana siapa pun bakal menjadi presiden UMNO sudah tentu akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Oleh itu sewajarnya bagi penulis untuk memberi sedikit pandangan tentang pemilihan UMNO dan siapa yang akan menjadi PM Malaysia nanti.

Dalam hal ini, mungkin ada yang mengakui teori RAHMAN semakin sampai ke kemuncaknya. Mungkin teori ini berakhir dengan berakhirnya hayat UMNO untuk berkuasa. Entahlah..itu semua sekadar teori dan jangkaan manusia sahaja. Jangan terlampau percaya sangat.

Peralihan kuasa antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak mendatangkan kebaikan pun terhadap rakyat Malaysia.

Kedua-dua berasaskan dari parti yang menolak Islam sebagai dasar. Ada yang mendakwa berkemungkinan Najib akan lebih baik dari PM sekarang. Ada pula yang mendakwa berkemungkinan Najib lebih rakus dari PM sekarang ini. ini semua andaian-andaian yang terkeluar dari rakyat Malaysia sekarang ini.

Bagi penulis, kedua-dua sama sahaja. Kalau Tun Dr. Mahathit dahulu dikatakan seorang yang mengkayakan anak sendiri dan kroni, PM Sekarang pula terkenal dengan memperkayakan anak dan menantu. Berkemungkinan Najib akan datang terkenal dengan mengkayakan isteri sendiri.

Semua ini berlaku akibat UMNO sendiri yang tidak memperjuangan konsep ketaqwaan kepada Allah. Sebaik mana pun pemimpin UMNO pasti akan melakukan penyelewengan walaupun sedikit. Secekap mana pun Pemimpin UMNO pasti akan tercalit sedikit pengkhiatan terhadap harta dan khazanah negara.

PM Malaysia yang ke 6 berkemungkinan besar jatuh ke Dato’ Seri Najib Tun Razak. Walaupun ada kemungkinan bahawa PM ke 6 adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tetapi telahan ini dianggap agak sukar berlaku dengan keadaan perubahan kuasa dalam UMNO.

Persoalannya adakah Najib telah menepati kriteria seorang pemimpin negara Islam (sebagai dakwaan Tun Dr. Mahathir).

Sampai sekarang Najib masih belum kelihatan sebagai pemimpin yang benar-benar bersih dari segala dakwaan. Isu altantuya contohnya. Walaupun Najib telah berkali-kali bersumpah untuk menafikan keterlibatan beliau dalam skandal tersebut, tetapi rakyat masih tidak berpuas hati.

Dalam ISLAM sekalipun, sumpah akan dilakukan selepas proses perundangan selesai. Sumpah tidak menyebabkan tertuduh bebas dari tuduhan.

Apakah Najib telah dibersihkan dengan undang-undang dalam isu Altantuya Sharibuu. Begitu juga dengan komisyen Kapal selam yang tinggi sehingga mencapai angka RM 530 juta ringgit. Isu ini terus senyap begitu sahaja tanpa ada pembersihan nama beliau dimahkamah.

Semua isu ini melambangkan bahawa Najib masih belum layak menduduki sebagai seorang pemimpin negara umat Islam. Mungkin beliau layak menduduki kerusi Presiden UMNO tetapi bukan kerusi Perdana Menteri.

Tetapi suka atau tidak, rakyat terpaksa menerima Perdana Menteri sebegitu dalam bulan Mac nanti.

Mungkin Najib adalah Perdana Menteri dari Kerajaan BN yang terakhir bagi mengakhiri teori RAHMAN itu..

Semoga kezaliman terhadap ISLAM akan berakhir dengan terhilangkan kekuasaan UMNO di bumi Malaysia, insyaAllah.

www.attakiri.blogspot.com

Najib 'curi' duit RM5 billion untuk dana Valuecap ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, Oct 21 — Finance Minister Datuk Seri Najib Razak said today the government will borrow RM5 billion from the Employees Provident Fund to fund government investment agency Valuecap Sdn Bhd.

"It's not part of the Consolidated Fund. It's a loan from EPF," said Najib.

The Deputy Prime Minister pointed out that the loan would not be part of the Budget 2009 allocations for spending announced last month.

Yesterday, Najib announced a host of measures to boost the economy and protect Malaysia from the effects of the global financial turmoil.

These included spending more on the service sector to cushion expected declines in Malaysia's exports.

Also, RM5 billion would be injected into Valuecap to buy undervalued stocks.

Valuecap was set up five years ago to invest in undervalued firms.

The government hopes the injection will offer much needed support for laggard blue-chip stocks in the local bourse.

The Finance Minister is expected to announce more measures on Nov 4 when he winds up the debate on the Budget in Parliament.

So far he has offered little details and did not spell out today the mechanics of the loan from EPF.

The government has already said it plans to slash costs by reviewing spending on government projects.

Today, Najib was asked if the cost cutting would affect the controversial acquisition of the Eurocopter helicopters for the Royal Malaysian Air Force.

"All projects will be reviewed but defence projects are to be assessed differently.

"We are looking at all projects, not just defence projects. Security projects cannot be measured on the economic yardstick. And that applies to the police as well," said Najib. ~ themalaysianinsider.com


DR M bidas Pak Lah ~ Malaysiakini

1. Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

2. Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan UMNO dalam tahun 1970. Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli UMNO (saya telah disingkir oleh UMNO pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja.

3. Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti.

4. Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab UMNO Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

5. Ternampak jelas samada saya ahli UMNO atau tidak saya tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan UMNO atau berkenaan apa-apa perkara lain.

6. Seperti biasa "orang Pak Lah" menyokong bidasan terhadap saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya Dato Seri Rais Yatim dengan berani bertentangan dengan Perdana Menteri dan berkata saya berhak memberi pandangan saya.

7. Buat kali pertama saya bersetuju dengan "orang Pak Lah" bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai "elegant silence" Tun Musa. Tetapi samada saya bidas balik adalah hak saya juga. Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya.~ Dr M

FELDA... Dulu Tolong, Sekarang Along ~ Malaysiakini


Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang bertangungjawab menjaga kebajikan peneroka bukanya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhanya sebagai agensi kerajaan bukanya entiti perniagaan. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996.

Felda, dulunya adalah agensi kerajaan dibawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wiayah kini diletakkan sepenuhnya dibawah Timbalan perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak.

Perubahan ‘Tuan’ Felda turut mengubah strateginya sehingga ia menjadi tempat pihak tertentu mencari ‘makan’. Akhirnya peneroka menerima padahnya.

Perubahan polisi negara daripada pertanian kepada Industri turut mengubah strategi Felda terutama dibawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad apa ia mahu Felda mencari sumbar sendiri. Dasar korporat yang ambil Felda memberi pulangan hasil lumayan tetapi ia mengikis hak peneroka dan mungkin menjadi malapetaka kepada peneroka.

Felda berkembang pesar dan menjadi agensi kerajaan kedua terkaya selepa petronas, Ia menjadi umpama bank yang menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar Faedah yang tinggi kepada peneroka.

Matlamat asal Felda hendak menolong peneroka, kini berubah menjadi seperti laksana Along pula, kata Mazlan didalam buku terbarunya bertajuk Felda … Dulu Tolong sekarang Along !.

Buku setelah 98 muka surat itu mengandungi 18 bab dengan tajuk seperti berikut; sejarah penubuhan Felda, Felda Hari ini, Akta penempatan beramai-ramai 1960 dan implikasinya kepada peneroka, Jadual tetap pembayaran kembali rancangan kelapa sawit, Layanan Felda terhadap peneroka, potongan yang dikenakan oleh Felda, perbezaan harga sawit dan getah Felda dengan swasta.

Bab lain bertajuk, Mengapa peneroka enggan menyerahkan kerja tanaman semula kepada Felda, Tanaman semula secara persendirian, Pinjaman sara hidup, Pinjaman perumahan, Felda Plantatitons ; kini dan masa depan, Peranan badan-badan Felda perlu dikaji semula.

Bab seterusnya, Siapa terhutang budi, peneroka atau Felda?, Generasi baru (kedua) Felda yang diabaikan, masalah sosial di tanah rancangan Felda. Persatuan anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan bab terakhir Impian dan Harapan peneroka.

Menurut Mazlan, peneroka harus berhati-hati dengan Felda kerana terdapat beberapa perjanjian diantara peneroka dengan Felda didapati memberikan kelebihan kepada angesni berkenaan.

Beliau menyebut antaranya itu ialah perjanjian pinjaman perumahan peneroka – Felda, didalamnya terdapat satu fasa yang sangat berbahaya iaitu jika peneroka gagal mengemukakan penjamin pemohon hendaklah menandatangi perjanjian penyerahan kuasa kepada Felda untuk menguruskan kebunya.

Ini bermakna jika peneroka gagal membayar balik pinjaman kepada Felda, berkemungkinan kebun milik peneroka boleh bertukar tangan kepada angensi tersebut.

“ini sangat berbahaya dan saya minta semua pihak mengkaji semula fasa ini demi kepantingan masyarakat peneroka keseluruhanya,” kata beliau.

Buku Felda…. Dulu Tolong Sekarang Along ini telah dilancar baru-baru ini oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul hadi Awang di Johor dan Mazlan sendiri melancarkan bukunya itu di Bera dan Bandar Jengka, kini berada di pasaran, mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah lah berhubungan dengan penulisnya Mazlan Aliman ditalian 013 -713 0103.

Al-Fatihah : Ibu YB.Dr. Lo’Lo’ Meninggal Dunia

null

Salam Takziah dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut

20 Okt 2008

Menjejaki Diari Rosmah ~ Malaysiakini

CucuMatKilau : Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.

Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur.

* Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya.

* Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib.

* Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

* Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan.

* Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang.

* Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati.

Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal).

Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.



Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika, tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah.


Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu
atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu.

Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang.

Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.

[Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu. Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib]

ARef: Apa yang aku suka nak komen, adalah sepertimana yang seorang forumer TKO iaitu factfactor gurau sendakan..... diambil daripada [SINI].

AGAKNYE, NI KOT DIALOG ANTARA NAJIB DAN ROSMAH SEWAKTU MUDA DULU

NAJIB = AIHH.. U LAGI.. TETIAP HARI U DATANG
ROSMAH = ALAH BANG JIB, TAK BLEH KE.. I RINDU U LA
NAJIB = LAKI U TAK TAU KE, TAK MARAH KE
ROSMAH = ALAH DIA TU.. TGH BACA BERITA AGAKNYE
NAJIB = I NI BUKAN APA, U ISTERI ORG, I LAKI ORG
ROSMAH = TAPI BANG JIB, U NI HENSOM DARI DIA.. BIBIR U SEKSI
NAJIB = ERKK.. YEKE.. HEHEHE (TERSIPU-SIPU).. HMM.. LAGI???
ROSMAH = U NI BYK DUIT.. HEHEHE
NAJIB = HMM (TU JEK YG SEBETUINYE).. LAKI U??
ROSMAH= BANG JIB, U BAYAQ LA DIA SUH LEPASKAN I
NAJIB = BERAPA???
ROSMAH = 2, 3 JUTA KE.. TAPI BAGI I SIKIT.. NAK SHOPPING
NAJIB = NAK KE DIA???
ROSMAH = MESTI NAK PUNYA, BACA BERITA BERAPA SGT GAJI DIA..

SEKADAR GURAUAN NAKAL..HARHARHAR

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.