Kupetik berita Malaysiakini tentang nasib dua pelajar UPM, berbangsa Melayu-Islam, cerdik dan bijak, tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka di'halau' secara tidak terancang oleh pengurusan kolej Tun Perak. UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej |
Jimadie Shah Othman | Oct 22, 08 3:35pm |
kemaskini 6:51pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus. Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin". "Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman. Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini. Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi (foto kiri) dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama. Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej. "Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya. Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini." LAGI.. |
UPM, amat dekat di hatiku satu ketika dulu. Sebenarnya aku pun dulu menjadi mangsa 'orang buangan kolej' kerana aku terlibat dengan PMIUPM. Setelah aku dilantik menjadi EXCO PMIUPM pada tahun....., notis 24 jam telah dikeluarkan oleh pihak kolej yang ketika itu surat ditandatangani oleh Ayahanda Pengetua, Prof Pakar Khinzir ( bukan mengumpat tetapi benar. Beliau adalah pakar khinzir dan mengetuai pakar untuk kawal khinzir Zoo Negara). Seingat aku, 4 orang exco lagi juga tidak dapat tinggal di kolej. Salah seorangnya adalah bekas calon PAS 2008 Dun Kubu Gajah, juga 'dibuang' kolej disebabkan exco PMIUPM dan dilantik timbalan Presiden MPPUPM. Aku dan kawan-kawan terpaksa tinggal di rumah peninggalan british yang kami namakan 'Baitul Jan'. Dengan ehsan Pengetua Institut Pertanian Serdang, Puan membenarkan kami tinggal di rumah orang gaji dibelakang rumah peninggalan pegawai british.... (Penulis sekarang bertugas di Kuala Lumpur~ sahabat PEMUDABESUT di SMA Maarif)
Tindakan pihak kolej seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini merugikan, malah boleh menimbulkan tanda tanya. Siapa yang buat keputusan? Mengapa ia dilakukan tergesa-gesa? Mengapa dibuat ketika pilihan raya kampus bakal menjelang? Apa alasannya?
Akhirnya, aku membuat rumusan pendek. Tak masuk akal semua ni..
Akhirnya, aku membuat rumusan pendek. Tak masuk akal semua ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan