Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Mac 2010

Zulkifli Noordin Dipecat Dari PKR

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. -malaysiakini

Krisis MCA: AGM Pemuda ditangguh kerana perwakilan tidak hadir


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda MCA kali ke-46 yang sepatutnya diadakan hari ini terpaksa ditangguhkan berikutan jumlah perwakilan yang hadir tidak mencukupi untuk membolehkan perhimpunan dijalankan.

(Perwakilan pemuda tidak hadir memaksa AGM ditunda. - foto malaysiakini)

Penangguhan itu telah dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda, Datuk Dr Mah Hang Soon pada pukul 10.45 pagi tadi.

Keadaan itu telah memberi tamparan hebat buat presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk mempertahankan kedudukannya sebagai presiden dalam pemilihan 28 Mac ini. Ia juga dilihat sebagai kayu pengukur sejauh mana sokongan para perwakilan terhadap presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat yang kini tersepit.tas


AGM Wanita MCA berjalan ala-ala DUN Perak?

Krisis DUN Perak telah dijadikan 'panduan' perwakilan MCA menjalankan AGM hari ini. Perwakilan telah melantik speaker yang baru untuk mengendalikan mesyuarat tanpa mempedulikan arahan ketuanya.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) Wanita MCA sedang berlangsung di Wisma MCA pagi ini di sebalik arahan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun supaya mesyuarat itu ditangguhkan.

Terdahulu, speaker mesyuarat itu, Ooi Siew Kim mengumumkan AGM ditangguhkan dan keluar dari Dewan San Choon lima minit selepas mesyuarat bermula kira-kira 9 pagi.

Beliau memberitahu para perwakilan yang beliau telah menerima surat arahan daripada Chew tengah malam semalam supaya menangguhkan AGM.

Disebalik pengumuman oleh Ooi, kira-kira 350 perwakilan Wanita tetap tidak berganjak dari dewan.

Para perwakilan kemudian melantik Ketua Wanita Kelana Jaya Ong Chong Swen sebagai speaker yang baru pada 9.15 pagi, yang kemudian mempengerusikan mesyuarat itu.

Semalam, Majlis Eksekutif Wanita memutuskan untuk menangguhkan AGM ekoran tindakan 21 anggota jawatankuasa pusat (CC) meletakkan jawatan bagi memberi laluan bagi pemilihan baru parti.

Perkara 36, perlembagaan parti menetapkan AGM adalah sah sekiranya mempunyai
kuorum minimum 200 perwakilan.

Ketika AGM itu berlangsung, Chew mengadakan sidang akhbar di sebuah restoran berdekatan. -Bernama

Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim

Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada resapan budaya Umno yang mahu rakyat terkongkong daripada mendapat maklumat secara bebas.


“Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan enjin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.


“Penyelewengan ini cuba ditutup dengan mereka mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Mereka cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.


Turut berceramah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Sharil Azman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Konvensyen Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat


Pemuda Besut sekarang berada di Gombak bagi menghadiri Konvensyen Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Konvensyen ini sedang dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Sdr. Ahmad Sabki Yusof


5 Mac 2010

Najib gila 2/3 majoriti


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera usaha 'mencuri' wakil rakyat Pakatan dan menjaga kehormatan demokrasi negara.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata

"Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah...saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup," katanya.

Tambahnya lagi, Najib seharusnya meneladani sikap perdana menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi yang didakwa pernah berpesan tidak menggunakan cara yang salah seperti membeli wakil rakyat.

"Di bawah pemerintahan Pak Lah, waktu saya masih dalam kepimpinan Umno Kelantan. Kelantan pada masa itu Barisan hanya satu atau dua kerusi kurang, Pak Lah memberi pesan tidak boleh sesekali kita menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk suruh orang lompat ini," katanya lagi.

Episod rampasan kuasa di Perak ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu lompat jelasnya, sudah cukup menghancurkan sistem demokrasi negara dan wajar dihentikan segera.

Beliau turut mempersoal keghairahan BN yang didakwa 'mencuri' wakil rakyat bagi mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen sedangkan dalam keadaan sekarang BN sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membuat apa-apa keputusan.

"Apa yang gila sangat dengan dua pertiga ni untuk apa? Kenapa obses sangat?

"Kalau kita dulu kaya sekarang kita miskin, kita kena lah sesuaikan diri dengan keadaan kita, kita tidak boleh merompak lagi untuk menjaga tahap hidup kita yang kaya," katanya.

Umno BN jelasnya perlu akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu yang telah menafikan majoriti dua pertiga parti itu di Parlimen.

Untuk mengembalikan semula penguasaan mereka, Umno BN jelasnya perlu menunggu PRU ke-13 dan bukan bertindak 'mencuri' Ahli Parlimen Pakatan.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah dalam sejarah ada majoriti dua pertiga.”

Selain England, beliau turut memberi contoh Amerika dan Jepun yang menjadi kuasa besar bukan kerana kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen.

"Negara mereka kuat kerana pembangkang kuat, kerajaan terpaksa kreatif, tidak rasuah, kalau tidak (kerajaan) jatuh, bukan kerana dua pertiga," katanya.

Sebelum ini beberapa wakil rakyat PKR bertindak keluar parti dengan alasan hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siasat Carpet Raya dan pemiliknya – Chegu Bard


Solidariti Anak-Anak Malaysia hari ini membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, supaya menyiasat syarikat Carpet Raya Sdn Bhd yang mempunyai aset bernilai RM90 juta, tanggungan sebanyak RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin yang membuat laporan itu berkata polis harus menyiasat bagaimana sebuah syarikat yang menjual karpet boleh mengumpul aset sebanyak itu.

"Kami juga mahu polis siasat salah seorang pemilik syarikat itu, Deepak Jaikishan yang dikenalpasti oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam sebagai individu membuat bayaran kepadanya supaya menghilangkan diri.

Deepak telah disebut oleh Subramaniam sebagai individu yang membuat bayaran bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Menurut Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, sebelum peristiwa pembayaran wang tersebut, Balasubramaniam telah dibawa untuk bertemu adik dan adik ipar Najib.

Beliau berkata, Balasubramaniam telah membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Salehuddin sah mohon jawatan CEO Perangsang

Pejabat Menteri Selangor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim (Gambar) pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Pejabat Menteri Besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan beliau itu dan Salehuddin pernah ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca beliau meletak jawatan Setiausaha Agung KEADILAN, kata kenyataan rasmi dari Pejabat MB Selangor.

Kenapa?

Persoalan kenapa Salehudin sebagai bekas Setiausaha Agung KEADILAN sanggup bertindak menikam partinya serta rakan karibnya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi fokus utama.

Ini berikutan kehadiran Salehuddin pada setiap kali anggota Parlimen KEADILAN membuat pengumuman keluar dari parti itu.

Salehuddin pula membuat kenyataan, satu pertiga anggota parlimen PKR iaitu kira-kira 10 orang akan berbuat demikian. Jika kesemua 10 orang itu menyokong BN, ia akan membolehkan parti yang memerintah negara sekarang (BN) mendapat kembali kuasa 2/3 nya yang hilang dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

Langkah Salehuddin umpama cerita drama dalam filem polis apabila penjahat menahan sekumpulan tebusan dan membuat tuntutan dari pihak tertentu. Penjahat itu akan menembak satu persatu tebusannya sehinggalah tuntutannya dipenuhi.

Sehingga kini, sudah tiga ‘tebusan dibunuh’ dan akan terus ‘membunuh’ jika tuntutannya tidak diterima. Tidak diketahui apakah tuntutan Salehuddin dan dari siapakah tuntutan itu ditujukan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali dalam kenyataannya berkata, Salehuddin marah apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang bergaji RM50,000 sebulan ditolak.

Syed Husin juga berkata, Salehudin dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung KEADILAN.

Dalam jawapan balasnya, Salehuddin berkata, Anwar yang meminta beliau menjadi CEO Kumpulan Perangsang untuk kepentingan perjuangan KEADILAN dan dia telah berkata kepada Anwar akan menjadi CEO dengan syarat dibayar gaji RM1 sebulan.

Sallehuddin jumpa Najib dan Rosmah 3 jam ?

Kenyataan Akhbar Ketua Penerangan Keadilan

Lompatan politik terkini atas dasar wang ringgit

Pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menuruti jejak songsang MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng dengan meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti dan mahu membina “barisan indipenden” bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, PKR tidak mampu bersaing dengan BN apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan. Rancangan dasyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini (krisis di Perak menjadi kes jelas manipulasi kewangan). Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya.

Malangnya, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini. Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN. Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik adalah tidak mengejutkan. Selepas perletakan jawatannya sebagai Setiausaha AGung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah. Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina. Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya. Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini. Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Semenjak pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

Kami menyeru Rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul – bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik.

Zulkifli Cipta Alasan, Siasatan Bukan Kerana Nama Allah



Isu kalimah Allah perlu didengar panel beragama Islam

KENYATAAN AKHBAR: PANEL BUKAN ISLAM! - Zulkifli Noordin

Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan parti.

Saifuddin berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang menjadikan kehadiran tiga daripada empat panel bukan Islam sebagai alasan menghalalkan perbuatan meninggalkan sidang Lembaga Disiplin.

Panel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada Tuan Syed Kamarulzaman selaku Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.

"Zulkifli dihadapkan ke lembaga displin bukan kerana pendiriannya dalam isu kalimah Allah, sebaliknya kerana tindakannya membuat laporan polisnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pada 23 Januari lalu, Zulkifli memfailkan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad selepas pemimpin Pas itu berkata Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 perlu dikemas kini mengikut peredaran semasa.

Sebelum ini, perbalahana Zulkifli dan Khalid sekitar isu kalimah Allah dalam blog dan sidang media masing-masing berpanjangan hingga kesempatan itu diambil media arus perdana untuk memutar belit fakta.

"Parti menghormati perbezaan pendapat. Parti mempunyai pendirian dalam isu kalimah Allah, dan kebetulan pendirian Zulkifli berbeza dari parti tetapi parti tidak bertindak.

"Akan tetapi, kerana beliau menyerang parti rakan (dengan membuat laporan polis terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan), Zulkifli disiasat," katanya.

Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini, turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.

Mengulas hal itu, Saifuddin, Ahli Parlimen M achang menyifatkan tindakan Zulkifli meninggalkan sidang berkenaan sebagai tidak menghormati Lembaga Displin sebagai salah satu institusi penting PKR. -TVS


4 Mac 2010

21 ahli CC MCA letak jawatan


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai timbalan presiden MCA.

Pengumuman itu dibuat di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain dirinya, Chua juga mengumumkan peletakan jawatan tujuh ahli jawatan kuasa pusat.

Mereka termasuk Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Tan Chai Ho, Loh Seng Kok, Datuk Chong Itt Chew, Datuk Gan Tian Loo, Tee Siew Keong dan Por Choo Chor.

Dengan peletakan jawatan itu, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kini tidak mempunyai banyak pilihan selain mengadakan pemilihan baru kepemimpinan parti.

Chua (kanan) juga menuntut pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berbuat demikian.

Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih, telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

'Presiden tak tahu'

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu presiden parti mengenai tindakannya itu, Chua berkata beliau tidak berbuat demikian.

Beliau juga meminta supaya mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu ini ditangguhkan.

"Peletakan jawatan ini adalah untuk memenuhi janji saya pada EGM (mesyuarat agung luar biasa) tahun lepas di mana saya telah mengutarakan pandangan bahawa kita mungkin perlu pemilihan baru agar kemelut parti dapat ditangani.

Chua berkata beliau dan kumpulan yang telah meletak jawatan itu tidak akan menghadiri mesyuarat CC esok atau mesyuarat sayap Pemuda dan Wanita dan juga sambutan ulang tahun parti itu esok.

"Kami tidak akan hadir kerana kami telah meletak jawatan. Saya minta semua ahli CC yang terpilih seharusnya mereka sedar dan insaf tentang tanggungjawab dan hak mereka.

"Saya kata tidak ada satu pemimpin yang lebih penting daripada parti, sebab itu saya tolak tawaran sebagai pengerusi akhbar The Star," katanya.

Ketika ditanya sama beliau akan bertanding semula jawatan timbalan presiden atau jawatan lain pada pemilihan akan datang, Chua berkata beliau akan membuat keputusan selepas parti menetapkan tarikh penamaan calon dan pemilihan parti.

Kumpulan 13 juga letak jawatan

"Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti," kata beliau.

Chua berkata sejak Januari hingga semalam, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada tujuh anggota CC yang dipilih.

Dalam pada itu, Liow yang juga mengadakan sidang media berasingan di Wisma MCA berkata beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan 13 anggota jawatankuasa pusat MCA, termasuk dirinya kepada setiausaha agung parti itu, Datuk Wong Foon Meng.

Surat perletakan jawatan berkenaan bertarikh 3 Mac.

Mereka ialah Lee Wei Kiat, Dr Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Dr Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Wong Mook Leong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Alex Wong Siong Hwee.

Liow bagaimanapun menafikan kumpulannya berkomplot dengan Chua untuk memaksa pemilihan baru pucuk pimpinan MCA diadakan.

Mengikut Fasal 41 perlembagaan MCA, pemilihan perlu diadakan dalam tempoh sebulan jika 21 anggota CC meletak jawatan.

Rakyat sambut kepulangan Sultan Kelantan di Kota Bharu


Sultan Kelantan Selamat Tiba Di Kota Bharu

SINGAPURA: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berangkat pulang hari ini setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth di sini.

Baginda, yang ditemani Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid, kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum kepada para doktor dan kakitangan hospital itu yang menghantar baginda ke kenderaannya.

Sultan Ismail Petra, yang berpakaian baju lengan panjang dan seluar hitam dan berkerusi roda, dibawa ke Lapangan Terbang Changi dengan diiringi anggota polis trafik Singapura.

Baginda dan Raja Perempuan menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia untuk berlepas ke Kota Bharu.

Turut menghantar baginda di lapangan terbang ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga kerabat diraja Kelantan.

Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung.



Sementara itu di KOTA BAHARU, kira-kira 5,000 rakyat jelata menyambut kepulangan baginda di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Sultan Kelantan dan rombongan istana tiba pada pada pukul 12.30 tengah hari yang disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan semua exco kerajaan negeri yang lain.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak sihat untuk hadir sama menyambut keberangkatan pulang itu.

Baginda kemudiannya terus dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Di pintu masuk ke istana, ratusan rakyat juga turut menyambut kepulangan baginda dan merentang beberapa pemidang kain mengalu-alukan keberangkatan pulang baginda. – BERNAMA

Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam

Oleh : Drs Idham Lim

Semalam saya menghubungi Ust. Ahmad Awang beberapa minit setelah saya mendapat makluman MP Bagan Serai, Mohsin keluar PKR dan masuk bebas. Bermula dari situ kami berbalas talifon sehingga yang terakhir sebelum Maghrib dan Ustaz mengatakan dia akan menghubungi wartawan malaysiakini yang sering dia hubungi bernama Jimadie untuk memberikan kenyaraan rasminya. Berikut ini adalah petikan kenyataan beliau yang telah diterbitkan oleh malaysiakini hari ini.

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad. malaysiakini/-

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi tadi , saya bersama dengan sekitar 500 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Gambar Haji Mohsin di muka akhbar Utusan Meloya dibakar penyokong. Pengundi beliau kesal. Rata-rata melaungkan 'Undur Mohsin..Undur Mohsin, kosongkan

Gambar Haji Mohsin di muka akhbar Utusan Meloya dibakar penyokong. Pengundi beliau kesal. Rata-rata melaungkan 'Undur Mohsin..Undur Mohsin, kosongkan kerusi..jangan malukan urang banjar'. Bila 'banjar' mula marah...! Ini sebahagian akibatnya.
Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha Pertubuhan Banjar Malaysia difahamkan mengalami masalah kewangan yang kronik. Dengan langkahnya, meninggalkan PKR..dan menjadi wakil Bebas, mungkin dapat membebaskannya dari belenggu hutang. Siapa yang membantu ?
Pada pagi tadi juga papantanda PKR di pejabat Keadilan diturunkan sebagai tanda protes kepada Haji Mohsin Tampirai.

" Kita tuntut Mohsin letak jawatan..!! "

'Dulu Datang PAPA KEDANA, kembali KAYA RAYA' klik untuk gambar yg lebih jelas

'Mohsin, Pengkhianat Banjar Bagan Sarai..'

3 Mac 2010

MP PKR ketiga keluar parti



Ahli Parlimen PKR yang ketiga, dari Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri pula keluar parti itu hari ini dan mahu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Beliau mengetengahkan masalah dalaman Pakatan Rakyat khususnya isu berkaitan dengan kalimah “Allah” sebagai sebab keluar parti.

“Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR,” kata Mohsin, wakil rakyat PKR Perak, pada sidang media bersama bekas setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim di sini hari ini.

Sebelum ini Salehuddin mengakui 10 Ahli Parlimen akan keluar PKR dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu seramai 10 Ahli Parlimen PKR pula mengadakan persidangan media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya menafikan mereka akan keluar, sebaliknya menyatakan sokongan kepada pucuk kepimpinan.

Selain Mohsin, Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) kini bertindak sebagai anggota Bebas.

Tan mengumumkan keputusannya kelmarin.

Dengan itu PKR tinggal 27 anggota di Dewan Rakyat berbanding DAP 28.

Ahli Parlimen Bagan Serai Pula Keluar PKR

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dengan dihadiri oleh bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Sallehuddin Hashim sebentar tadi.

Desas-desus bahawa Ahli Palimen Bagan Serai itu akan meninggalkan PKR telah lama tersebar luas iaiatu semenjak pertengahan tahun lepas dimana beliau dikatakan ada masalah dengan Ketua Bahagiannya.

Mohsin Fadzli Samsuri merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.

2 Mac 2010

Lompat Parti : Proses Pembersihan Dalam Pakatan-Mahfuz


Naib Presiden Pas YB Dato' Mahfuz Omar menyifatkan fenomena lompat parti yang berlaku mutakhir ini, terutama yang membabitkan beberapa pemimpin PKR adalah satu proses pembersihan golongan yang tidak jujur dalam perjuangan.Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan pimpinan Pas Kaw. Besut sempena kunjungannya ke Besut.

Menurutnya lagi,Pas juga pernah melalui proses yang sama sehinggakan pernah Presiden dan Naib Presiden Pas melompat menyertai UMNO suatu ketika dahulu.Beliau menyeru para ahli dan penyokong Pas agar tidak memperlekehkan PKR atas apa yang berlaku sebaliknya terus memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Ketika bersama seorang penduduk Paya Bunga menuntut hak



(Gambar - beberapa ketika sebelum ditahan polis, Fariz dan seorang penduduk, Zamri (kiri) ditahan kerana mempertahankan rumahnya yang belum sedia dirobohkan)

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Terengganu, Fariz Musa ditahan polis di Kampung Paya Bunga disini, ketika pihak berkuasa sedang menjalankan operasi perobohan rumah penduduk.

Beliau ditahan pada jam 11.15 pagi ketika mempertahankan sebuah rumah penduduk yang belum bersedia untuk dirobohkan.

Sebelum itu ketika bercakap dengan pihak media, beliau berkata, beliau bukan mahu menghalang tugas-tugas penguatkuasa untuk merobohkan rumah penduduk disitu.

Namun beliau menuntut hak supaya penduduk tersebut dilayan secara adil oleh kerajaan. BO

TBH : Laporan tak lengkap


Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo mempersoalkan kewibawaan laporan bedah siasat yang dilakukan Ketua Bahagian Patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohd Noor kerana tidak lengkap.

Laporan pertama bedah siasat itu tidak mengandungi pemeriksaan kecederaan di bahagian leher dan pengambilan sampel otot sedangkan ia adalah 'prosedur biasa' bagi kes kematian dalam tahanan.

Dalam inkues yang berlangsung di Mahkamah Shah Alam hari ini, Dr Shahidan dalam sesi soal balas, turut bersetuju wujud kekurangan data tetapi tetap menyifatkan laporan itu sebagai laporan yang baik.

Gobind mempersoalkan sama ada ketiadaan dua aspek penting pemeriksaan punca kecederaan itu boleh dianggap laporan yang lengkap tetapi Dr Shahidan tetap mengatakan, ia laporan yang lengkap.

Di luar makhamah, Gobind menyatakan rasa pelik kerana laporan itu tidak dibuat dengan sepenuhnya meliputi semua aspek.

"Ini bukannya perkara yang kecil, ini perkara yang sungguh-sungguh serius ya. Ianya melibatkan isu berkaitan dengan efektif, keberkesanan laporan bedah siasat yang dibuat yang pertama dan saya rasa ini isu yang akan kita, keluarga Teoh ambil tindakan lanjutan.

"Pada peringkat ini, memandangkan pakar masih memberi keterangan. Saya rasa kita tak patut komen,"katanya.

Lantaran itu, kredibiliti laporan bedah siasat dari pakar negara kita terjejas.

"Ini adalah satu perkara yang cukup serius. Kita tidak boleh mengadakan atau mewujudkan keadaan di negara ini di mana rakyat kita gelisah berkenaan dengan keberkesanan laporan-laporan yang disediakan oleh pakar-pakar kita sendiri. Saya rasa ini aalah perkara yang perlu dikaji dengan teliti dan halus,"katanya.

Inkues ini akan disambung pada 10 Mac depan. -TVS

1 Mac 2010

Anwar: Ke penjara?



Menghadapi perbicaraan kes liwat kali kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau tidak akan berjaya diheret merengkok dalam penjara lagi.

"Sekarang ini, program-program di Pulau Pinang, Kedah dan Perak, semua berjalan tanpa saya. Dan saya tidak akan masuk penjara.

"Tiada sebab untuk mereka menghantar saya kembali ke penjara. Atas alasan apa?” katanya ketika ditanya kemungkinan keputusan mahkamah tidak memihak padanya.

Selepas sepuluh tahun, Anwar kini sekali lagi berhadapan dengan tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perbicaraan kes yang dianggap berprofil tinggi itu mendapat perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara. Keputusannya nanti juga akan dianggap bakal menentukan karier politiknya dan masa depan pakatan pembangkang.

Dalam wawancara ekslusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar turut ditanya tentang asas kenyakinannya itu sedangkan beliau dalam masa yang sama mendakwa terdapat 'konpisrasi' bagi menjatuhkannya.

“Saya tidak tahu tentang memenangi kes, tetapi mereka tidak dapat mendakwa tanpa mengadakan bukti perubatan.

"Jika mereka memutuskan meneruskannya tanpanya, ia akan menjadi tidak mudah (bagi mereka),” jawab Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, parti itu dan gabungan pembangkang akan terus bertahan kalaupun beliau terpaksa menghabiskan karier politiknya di sebalik gerigi besi.

“Sudah tentu orang bercakap tentangnya (kelangsungan parti). Tetapi saya terpinggir (dalam penjara) selama enam tahun dan semuanya berjalan seperti biasa,” katanya.

Anwar juga berkata, walaupun menjadi tokoh utama dalam PKR dan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan pembangkang masih dapat mengumpulkan sokongan dalam program-programnya.

"Tetapi kadangkala mereka mahu tarik sokongan lebih ramai, jadi OK, saya boleh lakukannya,” katanya sambil ketawa kecil.

Ketika diwawancara selama kira-kira satu setengah jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar turut mengulas mengenai perbezaan antara gaya pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut menyentuh tentang peranan isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang sebelum ini dilaporkan menafikan menjadi 'tangan ghaib' kepada perdana menteri. Mkini

2 Panel Hakim Tarik Diri, Permohonan Anwar Ditunda



PUTRAJAYA : Dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman fitnah beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Datuk Hashim Yusoff berbuat demikian selepas peguam, Karpal Singh meminta mereka berbuat demikian kerana terlibat dalam perbicaraan mengenai pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Meneteri sebelum ini.

Panel tiga hakim Mahkamah tertinggi Negara dijadual mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak saman fitnah Anwar terhadap Mahathir sebelum ini.

Anwar menfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Mahathir kerana mantan perdana menteri it terus menfitnah beliau setelah memecatnya dari kerajaan dan umno pada tahun 1998.

Saman fitnah itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan atas alas an ia tidak difailkan dalam Bahasa Malaysia.

“Hari ini kami membuat satu permohonan untuk dua hakim, Datuk Zulkifli dan Datuk Hashim Yusoff untuk menarik diri sebagai hakim perbicaraan hari ini.

“Kerana dalam kes Tun Dr. Mahatir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dalam kes itu kedua-dua menarik diri dan adalah lebih baik kedua-dua hakim ini berbuat demikian dan hakim ini bersetuju dan oleh itu kes ini akan ditangguh barangkali pada minggu depan untuk mendapat dua hakim lain,"katanya.

Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan prosiding sehingga minggu hadapan bagi menggantikan tempat 2 panel hakim itu. TVS

Ahli Parlimen Nibong Tebal Dan Bekas S/U Agung PKR Istihar Keluar Parti


KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.
Dengan perkembangan ini beliau menjadi wakil rakyat kedua keluar parti itu.Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian dua minggu lalu.
Tan mengumumkan pada sidang media di sini.Sementara itu bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.
Salehuddin ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.
“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR belum berakhir. Dan, selepas itu saya sudah memaklumkan (kepada parti) bahawa saya sudah keluar parti,” kata beliau yang memegang jawatan setiausaha pengelola sejak 2004 dan kemudian sebagai setiausaha agung selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan itu walaupun tidak mendapat publisiti sebelum ini tetapi dilihat sebagai satu kejutan atas kapasitinya sebagai bekas setiausaha agung parti dan pemimpin kanan.
Apabila ditanya sama ada beliau akan turut menyertai mana-mana parti termasuk Umno, Salehuddin hanya berkata, “saya seorang ahli politik yang sudah bersara.”
Nama beliau antara yang turut disebut-sebut akan menyertai Umno malam tadi.
Malam tadi, bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin, yang juga bekas ADUN Penanti mengumumkan menyertai Umno.
Salehuddin berkata beliau tidak pernah berhubung dengan Fairus sejak beliau meletakkan jawatannya tahun lalu.
Keputusan Fairus itu diumumkan pada majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.
Salehuddin pernah hadir pada sidang media yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim untuk mengumumkan keputusan keluar PKR bulan lalu.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Januari lalu, Salehuddin menafikan akan keluar PKR pada ketika itu tetapi kemudian hari tidak pasti.
Dalam temu bual itu beliau juga ada memberitahu: “Mereka (kepimpinan PKR) telah melayan saya dengan baik tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggunakan saya.”
“Saya bukan kakitangan... saya adalah urat dan saraf (sekretariat parti),” tambah beliau.TMI

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.