Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

19 Sep 2009

Bubur lambuk percuma


Semalam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut telah mengedar Bubur Lambuk sebanyak 1000 bungkus kepada penduduk sekitar Jertih di Pasar ramadhan Bandar Jerteh.

Program itu juga disertai oleh Naib ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Sabki Yusof yang kebetulan pulang ke Kampung untuk berhari raya.Bubur lambuk mula diedar pukul 5 petang dan dapat diagihkan kurang satu jam sahaja.


Perutusan Eidul Fitri 1430H Presiden PAS




17 Sep 2009

Keluarga Noordin M Top di Malaysia Pasrah

Kerajaan akan bantu bawa pulang jenazah Noordin

KUALA LUMPUR 17 Sept. — Kerajaan akan membantu keluarga Noordin Mohammad Top dalam usaha membawa pulang jenazahnya ke negara ini untuk dikebumikan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, keluarga Allahyarham sudah dimaklumkan mengenai berita itu tengah hari tadi dan kini proses ujian DNA sedang dijalankan bagi mengesahkan jenazah itu adalah Noordin secara mutlak. - Bernama



NONEKeluarga Noordin Mohammad Top di Malaysia telah mendengar kabar kematian Noordin. Informasi didapat lewat pernyataan Kepala Polri Jenderal Polisi Bambang Hendarso Danuri di media massa.

Juru bicara keluarga Noordin, Badarudin Ismail lewat telepon dari Kuala Lumpur Mayalsia, Kamis (17/9) sore mengatakan bahwa Keluarga Noordin tak menanggapi apa-apa dan pasrah. Keluarga menerima keputusan Kapolri.

Badarudin memastikan keluarga Noordin akan ke Jakarta dalam waktu dekat. Mereka datang untuk melihat jasad Noordin. Namun, belum ada kepastian, apakah jenazah akan di makamkan di Malaysia atau tidak. Karena bertepatan dengan Hari Raya Idul Fitri, keluarga masih belum mengetahui kapan akan datang ke Jakarta. www.metrotvnews.com

PEMUDABESUT bersama anak-anak miskin membeli baju raya


Aidil Fitri akan menjelang 4 hari lagi.. Anak-anak miskin & Yatim masih belum membeli baju raya lagi... Bukan tahun ini mereka beraya tanpa baju baru... Malahan sudah bertahun-tahun.. Hari Raya & hari tak Raya, bagi mereka sama sahaja...Apakan daya meraka ini tidak mampu memakai baju raya seperti kanak-kanak lain...
Oleh kerana itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut mengambil insatif untuk mengadakan program membeli baju raya bersam anak-anak ini. Dengan penat lelah Ketua Pemuda kami, Ust Zul program yang asalnya hanyalah target sekitar 5 orang sahaja kerana masalah budget, namun Alhamdulillah program tersebut berjaya mengumpul dana bagi membeli pakaian raya anak-anak sekitar 30 orang. Program tersebut dijalankan di Izzah Butik & kedai Kasut Ust W.Syukri (Ketua Penerangan PAS Besut) pada 16 September 2009.


GMI Terus Desak ISA Dimansuhkan


Pembebasan lima tahanan ISA disambut baik Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).Walau bagaimanapun,keraguan tetap wujud.

Itu reaksi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ketika mengulas pembebasan lima tahanan termasuk suami kepada aktivis GMI, Norlaila Othman.

" Pertamanya GMI kita sambut baik pembebasan lima tahanan itu,sebab tentulah pembebasan ini disambut dengan peniuh kesyukuran oleh isteri, anak dan keluarga tahanan yang selama ini sudah menanggung kesukaran. Bagi kita, kita juga tumpang gembira terutamanya Puan Norlaila Othman isteri salah seorang tahanan iaitu Mat Shah Mohd Satray kerana Puan Norlaila ahli jawatankuasa GMI yang selama ini telah berjuang sama-sama dalam kempen anti ISA dengan tabah dan gigih" ujarnya.

Mat Shah Mohd Satray ditahan 7 tahun tiga bulan di Kem kamunting.

Turut dibebaskan Abdullah Daud yang ditahan 7 tahun 6 bulan, Ahmad Kamil Md Hanafiah ditahan selama 2 tahun 4 bulan, Mohd Nasir Ismail @ Hassan, 2 tahun 4 bulan dan Muhammad Amir Md Hanafiah yang juga ditahan selama 2 tahun 4 bulan.

Namun menurut Syed Ibrahim, pembebasan terpilih yang lakukan kerajaan menimbulkan pelbagai persoalan .

" Walaupun kita sambut baik pembebasan tersebut, namun persoalan yang sering kita tanya mengapa mereka ini ditahan pada awalnya? Apakah buktinya? Apakah yang mereka ini buat sehingga mereka in terpaksa melalui hukuman tanpa bicara tanpa pembelaan selama dua dan ada yang hampir 8 tahun? dan ada pula yang menyebabkan mereka ini dikatakan telah insaf dan sedar? soalnya.

Pembebasan mereka yang dikatakan pernah mengancam keselamatan negara katanya tidak cukup untuk melangsaikan "hutang" hukuman yang terpaksa ditempuhi.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim juga turut mempersoalkan tentang kuasa seorang menteri.

" Persoalan juga kita tanya apakah benar sekarang ini seorang menteri dia boleh bebaskan seseorang atas budi bicaranya? sama ada sebelum hari raya, sebelum hari raya haji, sebelum Deepavali, atau pun sebelum apa-apa peristiwalah termasuk sebelum pilihanraya?" tambah beliau lagi.

Sehingga ke hari ini ada lagi tahanan ISA yang masih dikurung di kem Kamunting.Lantas GMI tetap mendesak mereka dibebaskan dan ISA dimasuhkan. TVA

SPRM Disaman 50 Juta.... | pkfz

Lagi Pendedahan Oleh Raja Petra....

Lagi... Malaysia-Today

16 Sep 2009

UMNO akan mampus..


Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."


"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana" ujar beliau.

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.

Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.

Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.

Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.

"Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya" katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis perlancaran Kutipan Wakaf/Derma Tapak Masjid Al-Hussain Bandar Baru Tunjong.

Masjid yang akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar tersebut adalah sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara ini dan ia terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Turut hadir di majlis tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Exco Negeri, Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai-Pegawai Kerajaan negeri.

Pembinaan masjid tersebut akan mengambil masa selama 34 bulan dan boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

Masjid yang menelan belanja melebihi RM7 juta akan menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid. -Harakahdaily/TVPAS

Aceh Luluskan Hukum Rejam Ke Atas Penzina



Ahli Parlimen di Aceh sebulat suara mengundi membenarkan penzina dihukum rejam hingga mati, beberapa bulan selepas pengundi menyingkir parti konsevatif daripada berkuasa.

Berbaki beberapa minggu saja sebelum kerajaan baru yang diketuai parti sederhana mengambil alih pemerintahan, puak konservatif yang masih menguasai Parlimen meluluskan undang-undang itu.

Apabila pengerusi dewan dengan 69 ahli itu bertanya sama ada rang undang-undang itu boleh diluluskan, mereka menjawab serentak: "Ya, boleh.".

Beberapa wakil Parti Demokrat yang bakal mengetuai kerajaan baru, menyatakan rasa kurang senang tetapi tiada sesiapa pun yang mengundi menentang rang undang-undang itu.

Kumpulan hak asasi manusia berkata undang-undang itu melanggar perjanjian antarabangsa yang ditandatangani Indonesia.

Beberapa pihak pula bercadang menentang undang-undang itu di mahkamah di Jakarta. - AP

15 Sep 2009

Kroni Rosmah Terima Projek Bas PLKN? | pkfz & pkln


Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.

Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.

Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.

Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.

Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.

"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau.

"Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya. - Suara Keadilan

Najib Altantuya sendiri tidak ada KPI




PAS menyifatkan penubuhan pasukan khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan itu bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ.

PAS turut mempersoalkan keperluan penubuhan pasukan khas itu yang dilihat sama dengan fungsi pasukan khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Port Klang Authority(PKA) sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, apa yang lebih menimbulkan kesangsian apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak tidak meletakkan satu jangka masa khusus kepada pasukan khas untuk menyiapkan laporan siasatan mereka dan menyerahkannya kepada kabinet.

“Perdana Menteri cakap pasal KPI (petunjuk prestasi utama) tapi dalam isu pasukan khas tidak ditetapkan jangka masa untuk laporan itu disiapkan, menunjukkan Najib sendiri tidak ada KPI.”

“Ini jelas menunjukkan kerajaan sengaja melengah-lengahkan siasatan ke atas isu ini supaya rakyat lupa dan imej pemimpin BN dapat dijaga,” ujarnya pada satu sidang media di pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Penubuhan pasukan khas itu juga tidak benar-benar bebas kerana masih dipantau kabinet. Segala hasil siasatan juga perlu diserahkan kepada kabinet dan kabinet berkuasa membuat sebarang keputusan.

“Apa perlunya pasukan khas ini kalau segala tindakan perlu mendapat lampu hijau daripada kabinet? Soalnya.

PAS turut menggesa kerajaan memanggil sidang khas parlimen bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ).

Lima tahanan ISA dibebaskan hari ini

Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masingmasing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang," katanya kepada pemberita.

Hishammuddin berkata pembebasan kesemua tahanan itu adalah kerana mereka telah menunjukkan respon pemulihan positif sepanjang tempoh pemulihan dan tidak lagi dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April lepas, beliau mengumumkan pembebasan 19 tahanan Isa manakala pada Mei lepas, seramai 13 tahanan termasuk tiga pemimpin pertubuhan haram Hindraf, telah dibebaskan.

Terdahulu Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan wakilwakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Persatuan Peguam Syarie dan Muslim mengenai pindaan ISA.

"Mereka ingin melihat usaha menambah baik mekanisme supaya akta ini tidak disalah guna atau dilihat sebagai mungkin boleh disalah guna," katanya.

Beliau berkata perbincangan menyentuh mengenai ketelusan ISA, tempoh tahanan serta layanan terhadap tahanan.

"Tetapi dalam pertimbangan mengenai keselamatan negara, semua bersetuju bahawa ISA masih lagi diperlukan selagi belum ada akta baru diperkenalkan untuk memansuhkan ISA," kata Hishammuddin. BERNAMA

Pasar raya Kelantan diarah ditutup 1 Syawal

Semua pasar raya di seluruh Kelantan tidak dibenarkan beroperasi pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama bermula tahun ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan serta aduan pelbagai pihak.

"Walaupun tahun lepas kita membenarkan ia beroperasi bermula jam 11 pagi hingga 10 malam, namun berikutan beberapa aduan termasuk pekerja, kerajaan negeri terpaksa mengarah operasi perniagaan ditutup pada hari raya pertama.

"Tahun lepas kita beri peluang sebagai percubaan, namun memandangkan banyak perkara yang berlaku jadi kerajaan negeri menarik balik kebenaran yang diberi," katanya di sini.

Beliau berkata, sambutan Hari Raya Aidilftiri sepatutnya dihormati semua pihak.

Takiyuddin memberitahu antara rugutan diterima di mana majikan tidak mematuhi janji membayar gaji dua kali ganda.

Selain itu kakitangan bukan Islam juga mengadu kerana tidak dapat bercuti pada hari cuti umum.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, semua pemilik premis perniagaan yang ingin menggunakan papan iklan baru mesti mematuhi sepenuhnya Undang-Undang Kecil Iklan Pindaan 2007.

Peraturan itu mewajibkan tulisan jawi mesti digunakan dalam saiz yang sama besar atau lebih besar berbanding bahasa lain.

Selain itu, kedudukan tulisan jawi hendaklah diletakkan di bahagian atas.

"Tulisan jawi hendaklah diutamakan dalam papan iklan di mana ia hendaklah digunakan dengan tulisan yang lebih besar," katanya.

Manakala papan iklan yang tidak mempunyai tulisan jawi perlu meletakkan tulisan jawi menggunakan pelekat bermula 1 Januari 2010.

UMNO Sakit Otak




TIPS HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN

RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

* Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
* Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya

*Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa
* Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh

Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Wallahua'lam

14 Sep 2009

Kg Buah Pala tinggal kenangan


Operasi merobohkan baki rumah penduduk di Kampung Buah Pala dimulakan jam 11 pagi tadi dan pihak berkuasa tidak memberi sebarang tempoh untuk menangguhkan operasi itu lagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abd Hamid, berkata meskipun beberapa penduduk mendakwa mereka tiada tempat tinggal selepas menolak tawaran pemberian rumah sementara, operasi berkenaan perlu diselesaikan hari ini.

100 orang petugas dengan pasukan polis telah tiba sewal jam 7 pagi dan sebuah jentolak dilihat berda di lokasi pada jam 9.00 pagi.


Pada jam 11.00 pagi, bekalan eletrik diputuskan oleh TNB dan kerja merobohkan baki rumah-rumah penduduk disitu mula dijalankan.

Gary Ho, Pengarah Eksekutif Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd menyatakan penduduk yang menolak tawaran rumah dua tingkat masih boleh berbincang dengan pemaju untuk mendaptkan pampasan RM125,000 setiap rumah.

Katanya semua rumah akan dirobohkan hari ini dan pengujian tanah akan dilakukan. Pembinaan akan bermula selepas Hari Raya, katanya.

PRK Bagan Pinang : 3 Okt & 11 Okt


Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil untuk N31 Bagan Pinang Negeri Sembilan ditetapkan seperti berikut:

Penamaan Calon : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Pengundian : 11 Oktober 2009 (Ahad)


Pengumuman itu telah disampaikan oleh Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Ekoran kematian beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi apabila memperolehi 6,430 undi berbanding Ramli yang mendapat 4,097 undi.

Dun Bagan Pinang yang mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 14,192 ialah kawasan majoriti Melayu, sebanyak 66 peratus, dan pengundi Cina dan India masing-masing 10.5 dan 19.9 peratus.

Negeri Sembilan ialah negeri yang dikenali sebagai kubu terkuat Umno dan Barisan Nasional, tetapi pembangkang mula meningkatkan usaha menawan beberapa kerusi di negeri ini.

13 Sep 2009

Suasana Solat Tahajudd di Mekah 23 Ramadhan

Penuh Sampai ke luar Haram tuh dah nak hampir ke Hotel Hilton and Darul Tauhid..alhamdulilah

Lautan manusia membanjiri Masjidl Haram tuh...seronok tengok keadaan camni dalam waktu jam 1 pagi hingga ke 3 pagi..solat Tahajudd...

Tengok tuh atas tempat Saeí yang baru tuh dah di buka ..penuh jugakkan..alahmdulilah...lebih kurang 3 juta jemaah malam tadi solat Tahajudd...

Wowww.. begitu syahdu dan tenang bila melihat keadaan begini..lautan manusia memohon doa dan kemaafan pada Yang Esa..

Alangkah seronok nyer bila dapat bersama sama dengan mereka menunaikan solat Tahajudd dan Terawih..alhamdulilah..malam yang penuh dengan keberkatan..syukran..waslam

Sejuk Hati Kalau semua negeri tiru Kelantan seperti ini | pkfz

P1000658

Dinsman telah menulis….


” Ramadhan juga adalah bulan al-Quran, kerana al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan. Mengambil sempena itu Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran, dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik. Tujuannya sebagai kempen supaya orang membaca Quran dengan lebih rajin di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kata Tok Guru, “kita tengok pun senang rasa hati.”



Tetapi hatinya yang senang itu pula mengusik mindanya menjadi kritis dan kreatif. Maka dilihatnya dalam imaginasinya ada gambaran lain yang lebih wajar, bagi menampilkan mesejnya. “Tolong buat banner lain,” kata Tok Guru yang kreatif ini, “orang baca Quran itu, kalau boleh, ada anak atas ribanya. Menandakan kita di Kelantan mendidik generasi Quran. Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya, biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia fahamkah tak fahamkah, tak mengapa, kita hanya turut Nabi Muhammad saw.”




Sangat menarik! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh pemimpin ini. Lihatlah gambaran terperinci yang diberikannya: “Waktu dia baca Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada dalam gambar, membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.” - Dinsman



Saranan dan hasrat tok guru itu telah diterjemahkan oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) melalui billboard dan banner yang telah dipasang dijalan-jalan utama di seluruh Kelantan…

Billboard yang dipasang  oleh PMBK hasil daripada idea dan saranan TGNA

Billboard yang dipasang oleh PMBK hasil daripada idea dan saranan TGNA

P1000664

PKINK juga turut sama menjayakan hasrat murni ini..

PKINK juga turut sama menjayakan hasrat murni ini..


UMNO & Arak...

BETAPA JAHIL DAN BIADABNYA UMNO




Gambar yang dipaparkan diatas menunjukkan betapa JAHIL dan BIADABNYA UMNO di bulan Ramadhan yang mulia ini..seolah-olah tidak ada rasa sensetif langsung ..seperti yang anda saksikan,kain rentang tersebut terpapar bersama-sama kain rentang iklan minuman keras "TIGER".Bunner yang terpapar dengan ucapan BERSAMA KITA MENGHAYATI RAMADHAN DENGAN PENUH KEBERKATAN" merupakan bunner yang digantung oleh UMNO BAHAGIAN LEDANG Di salah sebuah kedai cina di simpang empat SUNGAI MATI MUAR.

Inilah dia perangai sebenar UMNO yang dikatakan berjuang untuk bangsa dan agama.mereka boleh mencampur adukkan diantara yang halal dan yang haram..,kemulian dan kesucian bulan Ramadhan dicemari dengan Kejahilan mereka.Dahla ejaan jawinya salah..betapa tidak mengambil beratnya UMNO didalam memartabatkan tulisan jawi. ~ DPPK Muar

Presiden Mengulas Isu Kuil Hindu Di Shah Alam



MIC bakal hancur?

Sepertimana dijangka, calon pilihan Datuk Seri Samy Vellu Sangalimuthu (Samy Vellu) untuk kerusi Timbalan Presiden, Datuk G. Palanivel telah dipilih semula oleh perwakilan MIC dalam pemilihan parti petang tadi. Beliau telah mengalahkan Datuk S. Subramaniam dengan majoriti 82 undi.

2. Barisan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat pilihan Samy Vellu juga terpilih.

3. Samy Vellu sendiri telah menang tanpa bertanding awal-awal lagi.

4. Sehingga tahun ini, Samy Vellu telah memimpin MIC selama 30 tahun iaitu sejak 1979. Tempoh 30 tahun adalah jangka masa yang lama. Maka, tidak hairanlah jika ramai mengakui bahawa Samy Vellu adalah pemimpin masyarakat India yang hebat. Bukan mudah untuk bertahan selama 3 dekad.

5. Namun pemimpin yang hebat juga perlu tahu bila tarikh yang sesuai untuk berundur. Tersilap memilih tarikh berundur bererti menempah cercaan dan kejian yang berterusan. Samy Vellu perlu belajar dari Tun Mahathir dalam soal ini.

6. Pada PRU 12 yang lalu, MIC telah kalah teruk termasuk Samy Vellu tumbang secara mengejut. Pertama kali dalam sejarah, MIC disanggah oleh masyarakat India.

7. PRU 13 pula akan berlangsung dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

8. MIC mungkin akan menjadi parti komponen BN yang pertama dimusnahkan jika Samy Vellu terus berkuasa sehingga saat itu. Kemusnahan MIC akan memberikan kesan yang besar kepada Barisan Nasional.

9. Maka, apakah tindakan Najib selaku Pengerusi BN? -hasbiemuda


Berikut adalah senarai penuh penjawat MIC pusat bagi tempoh 2009-2012 selepas pemilihan parti pada perhimpunan agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada hari Sabtu.

PRESIDEN:

---------

Datuk Seri S. Samy Vellu

(Menang tanpa bertanding pada pemilihan presiden Mac lepas).

TIMBALAN PRESIDEN:

------------------

Datuk G. Palanivel

NAIB PRESIDEN (TIGA)

--------------------

1. Datuk Dr S. Subramaniam

2. Datuk S.K. Devamany

3. Datuk M. Saravanan

AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT (23)

----------------------------------

1. K.R. Partiban

2. M. Asojan

3. V.S. Mogan

4. R.A. Ragu Moorthi

5. S. Murugesan

6. Datuk M. Devandran

7. A. Saktivel

8. Datuk Randhir Singh

9. Datuk Jaspal Singh

10. Datuk K.R.A. Naidu

11. Datuk K. Ganeson

12. S.Ananthan

13. Senator M.M. Samy

14. S.P. Manikavasagam

15. Datuk M. Paanjamoorthy

16. A.Ganeson

17. Datuk V.K. Suppiah

18. Datuk S. Ganesan

19. K.P. Samy

20. S.S. Rajagopal

21. Senator N. Ravisandaran

22. P. Palaniappan

23. Madhu Marimuthu

BERNAMA

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.