Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Okt 2009

EGM MCA: Kepimpinan Tee Kiat di tolak,MCA pecah dua






KUALA LUMPUR: Para perwakilan MCA membuat keputusan dramatik pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pada Sabtu.

Dalam EGM tersebut, perwakilan parti meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 14 undi.

Perwakilan turut menolak usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden, kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.




Bagaimanapun, EGM itu menyokong usul Soi Lek diterima semula sebagai anggota parti. Pegawai yang terlibat dalam EGM tersebut berkata keputusan dramatik yang dibuat perwakilan di Mesyarat Agung Khas MCA hari ini menyebabkan parti terpaksa merujuk semula kepada perlembagaan parti.

Seperti termaktub dalam perlembagaan MCA, seorang presiden parti hanya boleh dilucutkan daripada jawatannya dengan majoriti dua per tiga undian perwakilan.

Oleh yang demikian secara teknikalnya bermakna Ong Tee Kiat masih lagi presiden MCA yang sah kerana undi tidak percaya ke atasnya hanyalah dengan kelebihan 14 undi.

Seramai 1,155 ahli perwakilan berkata mereka tidak percaya dalam kepimpinanan Ong manakala 1,141 menyatakan yang sebaliknya pada EGM kali ini.

Seramai 2,304 ahli perwakilan telah mengundi dalam EGM hari ini.

Keputusan EGM itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap EGM, Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang.

Pengundian tersebut dijalankan berdasarkan tiga resolusi iaitu:

1) Ahli-ahli mesyuarat agung tidak yakin terhadap kepimpinan Ong

Berikut ialah keputusan bagi resolusi pertama:

Setuju: 1,155

Bantah: 1,141

Undi Rosak: 8

2)Keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos dalam menerima cadangan Lembaga Disiplin dan keputusan susulan Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk memecat atau menggantung Soi Lek dibatalkan.

Keputusan bagi resolusi kedua:

Setuju: 1,204

Bantah: 1,095 Undi Rosak: 5

3) Dr Chua dikembalikan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA.

Keputusan resolusi ketiga pula adalah seperti berikut:

Setuju: 1,110

Bantah: 1,184

Undi rosak: 10

Terdahulu, 2,307 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi pada EGM MCA hari ini.

Bagaimanapun, tiga orang daripada perwakilan berkenaan tidak mengundi.

Jumlah perwakilan yang hadir pada EGM tersebut ialah 96.93 peratus.

Proses pengundian berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan San Choon di sini pada Sabtu.

Para pemimpin MCA yang hadir pada mesyuarat ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah digantung telah tiba disitu pada pukul 8.10 pagi tadi.

Dr Chua berkata kepada para pemberita bahawa beliau akan menerima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh para perwakilan.

Dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho turut hadir pada mesyuarat khas tersebut hari ini.

Liow berharap para perwakilan pusat akan bersikap matang dan membuat yang bijak untuk kebaikan parti.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selamat tiba pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk mesyuarat itu.

Mengikut peraturan EGM, pengiraan semula hanya akan dibenarkan sekirannya terdapat perbezaan kurang daripada 1% undi sahaja.

Jika jumlah undi yang diperolehi adalah sama, Speaker mempunyai kuasa untuk mengudi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, dalam Arikel 169. mstar


279 Tinggalkan UMNO BN

Seramai 279 orang ahli Umno dari Kampung Batu 4 Sirusa disini telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut dan menyertai Parti keadilan Rakyat (PKR) Majlis perisytiharan ‘keluar Umno’ dan penyerahan borang PKR itu

telah diadakan dipentas ceramah Pakatan Rakyat bersama Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kampung tersebut

Antara mereka yang mengisytiharkan keluar dari UMNO adalah Ketua Kampung Sirusa, Encik Zainal, yang telah menjadi ahli Umno selama 15 tahun.

Anwar memulakan kempennya di Bagan Pinang sebaik pulang dari luar negeri, dengan bertemu dengan masyarakat India di Ladang Sua Betong petang semalam.

Ketika berucap dihadapan lebih 500 orang hadirin, beliau berkata, kedatangannya ke Bagan Pinang untuk berkempen bukan kerana mahu melawan calon UMNO, tetapi mahu mengajak rakat kepada perubahan.Atas


Katanya perubahan yang di maksudkan oleh pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan mengangkat calon yang mewakili Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar menjadi wakil rakyat .

”Sebab apa kita sokong calon PAS (mewakili) Pakatan Rakyat Zulkifley Mohamad Omar, sebab kita tahu dia (Zulkefly) punya pendirian, baik PAS atau Keadilan atau DAP, dia mesti jaga (kaum) Melayu, jaga Cina, dan India,

”dulu kita angkat (pilih) calon UMNO dan calon MIC, tapi dia (mereka menjadi) kaya,” katanya.

Katanya, antara perubahan yang beraya dilaksanakan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Selangor adalah pemberian air percuma dan sistem takaful kifalah.

Di Kelantan, katanya, pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Azizi tidak melaksanakan dasar zalim sebagaimana kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat kena berterima kasih kepada pembangkang kerana dapat menyampaikan suara rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secara berkesan. -buletinonline

355 km Rekod Perjalanan Rosmah Ketika Altantuya Dibunuh

Photobucket
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat perjalanan 355 kilometer dalam tempoh tiga hari antara 19 hingga 21 Oktober 2006. Persoalannya, ke mana beliau pergi?

Mengikut rekod dan kenyataan pemandunya yang hanya dikenali sebagai Fauzi, Rosmah meninggalkan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Putrajaya jam 6.48 pagi pada 19 Oktober, menaiki kereta WLQ 11 untuk ke rumahnya di Taman Duta.

Meter perjalanan ketika itu menunjukkan angka 86,197 dan Rosmah pada hari sama, menghadiri satu majlis di bangunan Tabung Haji dan hanya pulang ke kediaman rasmi jam 11.20 malam.

Keesokannya, Rosmah keluar rumah jam 6.32 pagi dengan menaiki kereta sama ke Taman Duta dan tidak pulang sehingga jam 1.01 pagi. Meter perjalanan menjadi 86,315.

Pada hari ketiga, Rosmah mengulangi rutin sama. Keluar rumah jam 6.40 pagi untuk ke Taman Duta dan pulang ke Putrajaya jam 9.34 malam. Meter perjalanan mencecah 86,550.

Mengikut buku log yang didedahkan Malaysia Today, kediaman TPM dikunjungi dua pegawai tentera pada 19 dan 20 Oktober, masing-masing pada jam 10.01 malam dan 6.05 pagi tapi sebab kehadiran tidak disebut.

Bermakna, kedua-dua pegawai itu berada di kediaman TPM ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh menggunakan C4 kerana laporan rasmi menyatakan wanita Mongolia itu mati antara jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi.

Pada 10.01 malam sehingga jam 6.05 pagi, kedua-dua pegawai itu mengunjungi kediaman TPM lagi selama lapan jam antara jam 10.01 malam hingga 6.05 pagi, mengikut buku log.

Persoalannya, benarkah mereka benar-benar berada di premis itu? Jika ya, ia bukan masa sesuai untuk mengunjungi sesiapapun, apatah lagi seorang TPM.

Identiti kedua-dua pegawai tentera itu tidak pernah didedah sehingga kini, menambahkan misteri yang menyelubungi pembunuhan yang mendapat perhatian seluruh dunia.TVA

9 Okt 2009

Markaz Dewan Ulama' diserang Pemuda UMNO

UMNO/BN laknatullah sanggup mengupah budak-budak hingusan untuk melakukan provokasi berdekatan dengan Markaz Dewan Ulama’ malam tadi semata-mata untuk mencapai hajatnya kerana mereka semakin bingung selepas rakyat di kampung Bagan Pinang itu sendiri menolak UMNO/BN laknatullah.





Apakah yang akan dilakukan oleh mereka selepas ini setelah gagal menghalau pemuda PAS keluar dari kampung tersebut malam tadi tetapi yang keluar dari kampung tersebut adalah UMNO/BN itu sendiri? Mereka mungkin kecewa kerana pihak polis tidak berpihak kepada mereka dan juga tidak berpihak kepada PAS. Tetapi lebih menyakitkan hati mereka apabila ceramah PAS dapat diteruskan sehingga ke akhirnya tanpa sebarang gangguan.

Gangguan kecil sememangnya tidak lari dari UMNO/BN yang cuba mengganggu ceramah PAS dengan buat bunyi bising motosikal. Itulah UMNO/BN laknatullah. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan haja mereka tercapai. Tetapi kehadiran pemuda PAS di tempat Markaz Dewan Ulama’ membuatkan mereka sedikit terganggu mental dangan menjerit seperti orang terkena santau. Yang menjerit itu bukan budak hingusan namun rang tua yang hanya tunggu masa untuk ditalkinkan.

Murahnya harga anak melayu UMNO/BN laknatullah. Dibayar RM30 sekepala untuk melakukan provokasi. Harga anak UMNO/BN yang melakukan provokasi malam tadi lebih murah daripada harga seekor kambing dan lembu yang masing-masing bernilai RM300 dan RM2000 seekor. Maruah UMNO lebih teruk dari harga seekor binatang. Beza orang UMNO/BN laknatullah dengan binatang adalah akal tetapi sifatnya adalah sama.
Sumber: kijang59

“Melayu, India, Cina adik beradik” - Nik Aziz



Kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Bagan Pinang ternyata memukau perhatian majoriti masyarakat Cina di sini, semalam.

Sebaik tibanya Tok Guru Nik Aziz, kaum Tionghua telah meluru kearah beliau dan menyambut ketibaan beliau umpama seorang 'selibriti' tersohor.

Selepas itu, tidak putus-putus mereka bergambar dan bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz.

“Kita semua dilahirkan daripada seorang bapa yang sama iaitu adam atau juga dikenali sebagai nabi adam AS,

“Saya kira (kaum) Cina, Melayu, India adik beradik; Cina adik beradik Melayu, Melayu adik beradik Cina, Cina adik beradik India,”kata

Tok Guru Nik Aziz ketika berucap di majlis Makan Malam anjuran DAP Negeri Sembilan dengan Tema Kearah Penubuhan Kerajaan Baru.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kaum Cina berpeluang menjadi Menteri Besar di negerinya, jika mengikut politik Islam.

“Jika Cina seorang cina alim, Islam yang muslim, akhlak dia baik, moral dia tinggi dia berhak jadi menteri besar, saya boleh berkempen untuk dia supaya jadi Menteri Besar.”jelasnya

Katanya lagi politik Islam PAS tidak memperjuangkan bangsa sebagaimana UMNO dan Barisan Nasional.

Turut berucap dalam majlis itu ialah calon PAS mewakili Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr. Tseng Giaw, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Negeri Athony Loke Siew Fook.

Poster PAS pula dibakar

Waktu kempen yang tidak sampai lagi dua hari ini dicemari lagi dengan satu insiden dimana poster PAS dibakar.

Kejadian ini berlaku di simpang stesen minyak Shell Bandar Sunggala seawal pagi sekitar jam 2.30 pagi tadi.

Perkara ini dipercayai dilakukan oleh penyokong Umno-BN untuk mengsabotaj poster-poster calon PAS dalam tempoh berkempen yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Penyokong Umno-BN semakin hari bertindak ganas dan boleh mengancam keselamatan petugas dan penyokong Pakatan Rakyat.

Polis Indonesia Tembak Mati Dua Pengganas


Polis Indonesia menembak mati dua lelaki yang disyaki pengganas yang menjadi buruan dalam satu serang hendap di sebuah rumah di Ciputat, Tangerang dekat sini pada tengah hari Jumaat.

Dua pengganas itu yang menjadi buruan polis sejak kejadian pengeboman dua buah hotel di sini pada 17 Julai, dikatakan dua beradik bernama Syaifuddin, yang disyaki merekrut pengebom berani diri dan Syahrir, yang membantu menyiapkan bom.

Mereka dikatakan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak di mana sebutir bom juga sempat dilemparkan di tempat kejadian, menurut media massa online dan stesen televisyen tempatan.

Polis antipengganas Indonesia, yang dikenali sebagai Densus 88, yang sebelum ini mendapat pujian kerana berjaya menembak mati pakar bom Noordin Mohd Top di Jawa Tengah pada 17 Sept, dikatakan sudah mengintip kawasan rumah sewa dua beradik itu sejak beberapa lama.


Polis juga dilaporkan menangkap seorang lagi lelaki, yang dikatakan pembantu kedua-dua pengganas itu dalam kejadian itu.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada polis tetapi Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri, yang dilaporkan sudah melawat tempat kejadian, dijadual mengadakan sidang media di sini petang Jumaat.

Mayat kedua-dua pengganas itu sudah dibawa ke Hospital Polis di Kramatjati di sini.

TGNA: Undi PAS dapat pahala, Undi Barisan dapat bala

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mengundi Umno-BN dalam pilihan raya akan mengundang bala dan kesusahan kepada pengundi.

Sambil mengingatkan pengundi Bagan Pinang, beliau menjelaskan bala yang dimaksudkan adalah rasuah yang boleh menjejaskan segala kesenangan dan nikmat yang diberikan Allah kepada rakyat secara umumnya.

"Kepada pengundi di sini, saya ingatkan supaya jangan undi Umno-BN. Macam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kata dalam ucapannya tadi, saya ingin tambah undi bulan dapat pahala, undi barisan (BN), dapat bala," katanya kepada kira-kira 2,000 pengunjung Ekspo Kenali Kelantan di Perkarangan Rumah Pak Din malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menyatakan keyakinan kepada pasukan tentera yang menjalankan pengundian pos yang berani melakukan perubahan dan membuat pilihan yang bijak dalam memilih pemimpin pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang ini.


"Askar adalah kumpulan yang berani bertempur dengan peluru, takkan dia tidak berani berdepan dengan segala bentuk rasuah dan sogokan?" tegasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyelar Umno-BN yang menggunakan sentimen Kelantan tidak mempunyai pembangunan.

"Dia boleh kata Kelantan tiada pembangunan? Apa yang tiada di Kelantan sekarang ini," tegasnya lagi.

Malah tambahnya, berkat usaha tok-tok guru di Kelantan juga telah berjaya mendidik rakyat Kelantan yang dahulunya agak garang menjadi lembut dan sopan.

"Malangnya, mereka ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA," ujarnya.


Beliau memaklumkan terdapat satu usaha untk menerbitkan sebuah buku yang berbentuk kompilasi biodata tok-tok guru yang terkenal ini sebagai rujukan pada generasi akan datang.

Oleh yang demikian tegasnya, tiada sebab kenapa rakyat Kelantan perlu menyokong Umno-BN lagi.


Beliau juga mengambil kesempatan melawat pameran Ekspo Kenali Kelantan yang diadakan sejak 3 Oktober lalu, yang disediakan di perkarangan rumah Pak Din.

Orang ramai terutamanya penduduk setempat mengambil kesempatan untuk mendekati beliau dan merakamkan gambar kenangan tokoh yang berstatus ulama itu.

Tuan Guru Nik Aziz & Lim Guan Eng di Bagan


Orang cina sedang khusyuk mendengar ceramah TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyeru anggota tentera yang terlibat dalam pengundian pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, 11 Oktober ini bertindak sebagai perwira yang gagah perkasa di medan tempur, berani menentang rasuah, kezaliman dan parti yang menolak Islam dengan mengundi calon PAS.

Tok Guru dalam satu perutusan khas kepada pengundi Bagan Pinang, meminta pengundi pos di kalangan tentera membuktikan slogan "satu peluru satu musuh" diamalkan dengan tidak membazirkan walau satu undipun untuk menzahirkan kebenaran.

"Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan (tentera) untuk diberikan kepada parti bulan," tegas beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Katanya, dengan satu undi itu, para pengundi pos boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa "Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam." Oleh itu undilah PAS, undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat, tegas beliau.

Tok Guru Nik Aziz berkata, dalam medan perang anggota tentera memburu dan memerangi musuh, dan dalam pilihan raya pula, mereka hanya perlu menolak parti sekular.

"Jika tuan-tuan berani menghadapi peluru, dalam pilihan raya takkan tak berani memangkah bulan?

Sesungguhnya gerakan dan ugutan dari Umno sudah tidak ditakuti oleh rakyat. Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Perak telah berani bersama PAS," ujarnya lagi.

Beliau bertanya, kenapa nak disusahkan dengan soal pembangunan sedangkan duit membuat pembangunan itu adalah duit rakyat dan bukannya duit BN. Maka menjadi tanggungjawab siapa yang memerintah, akan buat pembangunan untuk rakyatnya.

"Jika dalam perang kita guna senapang, dalam pilihan raya kita guna pensil dan kalam. Kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawat dan perbarisan, peluru dan senjata, senapang dan M16. Termasuk juga bom, letupan, jip, trak, kereta kebal, dan kapal selam.


Kedatangan Tok Guru di sambut meriah oleh semua kaum.Org cina salam siap cium tangan. Wow!! amazing.





Tonggak kekuatan Pakatan.

8 Okt 2009

Pemuda BN serang Pemuda PAS


Segerombolan 100 pemuda berkemeja-T Barisan Nasional menyerang Pemuda PAS di markas parti PAS, Bagan Pinang mengakibatkan beberapa petugas pilihanraya cedera.

Keganasan yang berlaku jam 1.30 malam semalam menyaksikan tiga bilik operasi Pas di kepung gerombolan belia bermotor dengan senjata tajam.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nasruddin Hassan at-Tantawi berkata pihaknya akan memfailkan laporan polis di Balai Polis Port Dickson.

“Dan kita juga sedang lagi menyiasat beberapa kes kerana kita mendapat banyak lagi program petugas kita diugut, dikepong, diprovok bahkan dihalau ketika menjalankan tugas memasang poster, memasang bendera bahkan ada laporan bendera-bendera kiat dibakar oleh pemuda-pemuda yang tidak dikenali ini dan sebahagiannya memakai baju BN.

“Pada jam 6 petang ini, kami akan membuat satu report polis di Balai Polis Port Dickson bagi menjelaskan semua aduan-aduan dan juga kes-kes yang akan kita kumpul di seluruh kawasan DUN Bagan Pinang insiden-insiden yang mencemar sistem demokrasi dalam negara kita,” katanya.

Nasruddin berkata pihaknya yakin BN semakin terdesak sehingga terpaksa menghantar askar-askar parti itu untuk mengempur dan menutup operasi Pas di Bagan Pinang.

Dalam kejadian semalam, harta benda kempen milik Pas turut di bakar gerombolan terbabit.

Seramai tiga orang tercedera dan mereka telah membuat laporan polis pada pagi tadi secara peribadi.

“Mengapa tidak ramai polis di Bagan Pinang mengawal keamanan jika dibandingkan sebelum ini di pulau Pinang dan Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang lalu,” katanya. -TVA

Video : Bukti Azeez Kena pukul


Video asal dirakam oleh Fendi, bloggers baganutama.blogspot.com.

Sepanjang masa video ini dirakam, tidak dapat menunjukkan dengan jelas yang Dato Abdul Azeez, Putra Umno telah dipukul oleh penyokong Pakatan Rakyat.Kelibat beliau masih kelihatan baik ketika melalui perarakan Pakatan Rakyat dan lepas melalui kawalan pihak keselamatan.




Dah ni apa?? Bapak penipu...

Sekitar hari mengundi (Undi POS)

Calon PAS bersalaman dengan pegawai tentera

Tetakan Parang Di Balas Dengan Doa Qunut Nazilah - Pemuda PAS



Solat Hajat Perdana Pemuda PAS bersama mangsa serangan pemuda Umno yg kena tetak lepas Maghrib di Masjid Bagan Pinang. Semua Pemuda dan Petugas PAS diminta hadir dan kita akan bersama2 membaca doa Qunut Nazilah serta memohon bantuan dari Allah untuk menghukum keganasan yang mereka lakukan.

Petugas PAS Ditetak, Markas Diceroboh

Petugas- petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) pilihanraya kecil Bagan Pinang cedera parah ditetak oleh sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong UMNO Barisan Nasional kira- kira jam 3.30 pagi tadi.

Selain ditetak mereka juga ditumbuk dan dihalau keluar meninggalkan markas induk di Bagan Pinang itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Exco DPP, Suhaizan Kayat berkata penyokong UMNO Barisan Nasional terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Undi POS bermula hari ini..

Hari ini Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Si Rusa di sini akan menjadi pusat pengundian bagi undi pos untuk 4,571 anggota tentera bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Manakala 31 lagi pengundi pos polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Pengundian bagi undi pos akan berlangsung esok dari 8 pagi hingga pukul 5 petang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu pihaknya hanya membuka saja pusat pengundian (untuk pengundi pos tentera) atas permintaan pihak tentera yang bertanggungjawab ke atas kem-kem tersebut.

Apa di beritahu Wan Ahmad :


- Proses pengeluaran dokumen undi pos yang turut dihadiri agen calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.

- Hanya seorang wakil untuk setiap calon sahaja dibenarkan berada di pusat pengundian di dalam kem itu.

- SPR beritahu itu adalah peraturan dia ATM, SPR hanya mengeluarkan prosedur pentadbiran, pihak ATM mempunyai asas kuat, dan mereka ada dasar tentang keselamatan dalam kem.

- SPR kata satu wakil untuk seorang calon adalah mencukupi untuk memantau proses pengundian, atas sebab ia diadakan di kawasan lapang, iaitu padang kawad di pusat itu dan bukannya di dalam dewan.

- Proses pengundian yang akan dipantau oleh lapan pegawai tentera dan pegawai SPR itu akan berlangsung selama dua hari jika tidak habis hari ini.

-Tapi karung undi pada hari pertama itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya petang esok dengan diiringi pihak polis dan tidak akan disimpan dalam kema.

- SPR kata, semua kertas undi mesti sampai di pejabat pegawai pengurus sebelum 5 petang Ahad ini, yang juga merupakan hari pengundian bagi pengundi biasa, dalam pilihan raya kecil itu.

- Jika lewat kertas undi itu tidak akan dikira. Pilihan raya kecil kali ini melibatkan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar.

Dalam perkembangan berkaitan naggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini.

Impian itu hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.

"Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.

"Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya di sini.

Anggota tentera merupakan tiga suku daripada 13,664 pemilih yang berdaftar di Bagan Pinang. Mereka menyumbang sebanyak 4,604 undi yang didaftarkan sebagai pemilih pos.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.

Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.

"Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.

"Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.

Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya.

Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.

"Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya.

7 Okt 2009

Mahathir Bertegas Tidak Akan Berkempen Untuk Isa


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional, Isa Samad bagi mengekalkan kerusi N31, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.

Keputusan UMNO Barisan Nasional meletakkan Isa Samad sebagai calon dikritik pelbagai pihak berikutan sebelum ini Isa didapati terlibat dengan kes rasuah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mantan perdana menteri yang enggan berkempen pada pilihanraya kecil kali ini menunjukkan UMNO BN ketandusan pemimpin yang berkredibiliti dalam menerajui parti.

“Perkara pertama ialah saya menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir maknanya beliau bercakap, dia menegur dan dia yakin dengan perkara tersebut iaitu meletakkan Isa Samad akan lebih menambah parah imej Umno BN."

“Tindakan beliau untuk tidak turun berkempen membantu Isa Samad itu adalah tindakan yang betul bagi prinsipnya bagi prinsip yang dipegang oleh Tun Dr. Mahathir,” katanya.

Badrul berkata situasi ini jelas berbeza dengan kesudian Tun Dr Mahathir turun berkempen kepada calon UMNO Barisan semasa pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada rakyat Bagan Pinang, beliau berkata, parti itu tidak belajar dari kesilapan dengan menonjolkan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.

“Kerana selepas hilang kuasa, apa pun yang dicakap sendiri oleh Tun Dr. Mahathir, orang Umno sendiri tidak hormat dan tidak dengar khususnya dalam contoh terdekat dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon telah memberi amaran dan menegur terus-terang untuk tidak meletak Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang,” katanya.

Selain itu, beliau turut membidas pendirian retorik UMNO BN dalam membanteras rasuah yang dilihat cukup sebati dengan gagasan itu.

“Pertama saya bersetuju maknanya ramai pemimpin Umno yang terpalit dengan rasuah dan hujah menyatakan Isa Samad seperti pemimpin-pemimpin yang lain dibersihkan telah menjalani hukuman, itu adalah satu pembohongan."

“Dalam kes Isa Samad, dia melakukan politik wang memang itu proses dalam Umno tetapi dia menggunakan peruntukan kerajaan ketika dia selaku menteri wilayah persekutuan tetapi tidak ada proses mahkamah, tidak ada hukum di mahkamah dan BPR pada ketika itu dihalang untuk menyiasat dan mendakwa kes tersebut,” katanya.

Badrul optimis Pakatan Rakyat mampu menawan kerusi DUN Bagan Pinang meskipun kawasan itu diwar- warkan sebagai kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Beliau juga tidak menolak Isa Samad berkemungkinan besar akan memenangi kerusi berkenaan jika dilihat dari pengalaman UMNO Barisan Nasional sebelum ini yang secara konsisten menggunakan taktik kotor untuk memenangi kerusi pada mana- mana pilihanraya.

“Pertama sekali saya tidak menolak kemungkinan bahawa Tan Sri Isa masih boleh memenangi pilihan raya tersebut dengan penyalahan penggunaan jentera kerajaan dan penipuan yang dibuat oleh SPR melalui undi pos, manipulasi dan sebagainya jadi dia boleh menang.

“Tetapi kalau undi biasa rakyat, kita dapat melihat penolakan rakyat tetapi apa signifikasi dan mesej yang jelas yang kita lihat dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Pilihanraya kecil ini didakan apabila penyandang kerusi ini, Azman Mohd Noor dari UMNO Barisan Nasional meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah 4 September lalu.

MPPD Turunkan Poster BN, Laporan Polis Dibuat


PAS telah membuat laporan polis dan menggesa supaya diturunkan beberapa papan tanda yang didakwa "menimbulkan prasangka jahat" terhadap calon parti itu dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beberapa papan tanda kempen BN yang dibantah oleh PAS membawa mesej "Tolak PAS serta "Usah biarkan dipesongkan" - telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Bagaimanapun, PAS mahu kesemua papan tanda berkenaan yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik di kawasan Bagan Pinang supaya diturunkan.

Firdaus Jaafar yang juga mengetuai jentera pilihan raya PAS di Telok Kemang berkata BN perlu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut yang disifatkan "menimbulkan provokasi" dan prasangka jahat."

Jelasnya lagi, papan tanda berkenaan telah dinaikkan sejak dua hari lalu dan pihaknya telah membuat laporan polis hari ini.


"Kita dapati BN telah menyalahi seksyen 4 A (1) Akta Pilihanraya, jadi kita Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat telah buat laporan polis di Balai Polis Teluk Kemang hari ini," katanya hari ini.

"Saya serta wakil calon telah bertemu pengerusi SPR negeri memaklumkan isu kita tidak berpuashati berkenaan billboard 'Tolak PAS,' 'Usah biarkan dipesongkan' kemudian ada lambang parti BN, jadi saya rasa BN perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi, prasangka jahat yang menyalahi akta berkenaan," katanya lagi ketika ditemui di sebuah program PAS di Taman Desa Rusa, Port Dickson.

'Mahu diturunkan semua'

"Ada juga gambar Ahli Parlimen Wahid Endut diletakkan gambar budak, Ini semua kita minta turunkan.

"Apa dimaklumkan oleh pegawai saya, ia telahpun diturunkan, tapi kami bukan mahu dua tiga keping saja diturunkan tapi seluruh billboard besar yang menyebut PAS, logo-logo PAS, yang berkaitan pakatan rakyat mesti diturunkan," katanya.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Abdul Latiff Baba ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya berkata papan-papan tanda yang diturunkan itu didapati "ada ayat atau perkataan yang dikategorikan sebagai boleh membawa perkara yang tak elok, yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai."

Ditanya sekiranya ini berpunca daripada laporan yang dibuat oleh PAS hari ini, beliau tidak menjawab, sebaliknya berkata kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat telah bersetuju supaya bahan-bahan kempen tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menyentuh perasaan satu sama lain.

"Lebih elok kalau parti cuma memaparkan manifesto dan mesej mereka tanpa provokasi," katanya.

Firdaus, bagaimanapun berkata pihaknya mendapati MPPD masih belum menurunkan kesemua papan tanda terbabit.

"Kita dapati bukan semua yang diturunkan. Di tepi jalan masuk ke (Taman Desa Rusa) pun masih belum diturunkan. Kita nak ia diturunkan segera.

'Pandangan politik'

Sementara itu, anggota penguatkuasa MPPD berusaha menurunkan papan tanda 'BN Zalim' yang dinaikkan oleh DAP di Batu 9, Telok Kemang, berkaitan isu yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock dan A. Kugan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu yang ditemui di situ berkata, beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga berada di tempat itu cuba menasihatinya supaya menurunkan kerana mesej yang dipaparkan didakwa bersifat provokatif.

"Mereka cuba katakan, mesej pada papan tanda ini provokatif dan menyinggung perasaan, tapi bagi kita ia cuma pandangan politik. 'BN Zalim' atau 'BN tidak zalim' itu boleh diperdebatkan," katanya kepada wartawan..

"Kalau pengundi setuju, dia akan setuju. Kalau dia tidak setuju, dia takkan undi kita," katanya lagi. -malaysiakini, foto : ummianni

Bandar Tentera Tak Bererti Kalau Kebajikan bekas tentera terabai - Datuk Abu Zahar



Kapten (B) Datuk Abu Zahar Hashim berkata kebajikan bekas-bekas anggota tentera dibaikan namun Najib mahu menubuhkan bandar angkatan tentera

6 Okt 2009

Port Dickson Bandar Pelancongan, Bukan Bandar Ketenteraan



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang juga merupakan Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang menegaskan keutamaan di Port Dickson ialah sebagai bandar pelancongan dan bukannya untuk dijadikan sebagai "Bandar Tentera Darat". Beliau menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak perlu mengisytiharkan perkara tersebut bagi mendapatkan sokongan pengundi.

"Bukan saya tidak setuju tetapi kita katakan prioritinya ialah kita setuju untuk menjadikan Port Dickson satu destinasi pelancongan terbaik dunia. Jadi itu isu yang sebenarnya. Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat," katanya. Salahuddin turut menambah sekiranya PAS memenagi pilihanraya, PAS akan melakukan sesuatu kepada infrastruktur dan keindahan alam sedia ada bagi menyelesaikan isu isu pembanggunan di Bagan Pinang. Malaysia Today

Isa Ikon Pemalsuan Kerajaan




Calon Umno Barisan Nasional Tan Sri Isa Samad bakal dikenali sebagai ikon kepalsuan pemerintah sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 11 oktober ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Salahuddin Ayub berkata ia jelas apabila banyak projek terbengkalai kendalian Umno-BArisan Nasional.

"Ini suatu projek pembangunan yang palsu. Pembangunan palsu ini bukanlah untuk keutamaan rakyat, tetapi untuk menunaikan tuntutan politik kroni-kroni pemerintah".

"Tidak perlulah Umno-Barisan Nasional mengatakan PAS parti tolak pembangunan lagi, sedangkan Umno-Barisan Nasional berdasarkan beberapa pendedahan ini sebenarnya melakukan pembangunan palsu belaka".

"Tan Sri Isa Samad perlu menghitung segala projek terbengkalai ini, sebelum beliau dikenali ikon kepalsuan pemerintah," katanya pada sidang medianya di MArkas induk PAS.

Menurutnya, rakyat perlu menolak pembangunan palsu yang dijanjikan pemerintah sebaliknya menghantar satu lagi kerusi ADUN di Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan lain Salahuddin berkata calon Pas Zulkefly Mohamad Omar membawa manifesto Bersama Kehandak Rakyat.

Katanya Zulkefly mahu meningkatkan kemakmuran serta kualiti hidup dengan menjadi agen semak dan imbang di DUN untuk memastikan rasuah diperangi dan pembaziran dibendung.

"Berusaha menyelesaikan isu perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pencemaran air serta isu pembiakan lalat".

"mengajak rakyat bersama-sama mendesak pihak berwajib di DUN dan lain-lain agar projek penaiktarafan jalan utama Teluk Kemang-Pasir Panjang disiapkan segera".

"Menawarkan diri untuk bersama-sama menyelesaikan isu alam sekitar yang menjejaskan kawasan pelanconagan Port Dickson ," katanya.

Video Penamaan calon Bagan Pinang




Kenyataan bapa Altantuya berhubung lawatan Najib ke Paris

Nota:
Dr. Shaaribu telah dijemput oleh badan Hak Asasi untuk datang ke Paris untuk membuat laporan polis terhadap kes pembunuhan anaknya Siti Aminah Abdullah. Ini adalah kenyatan Dr. Shaaribu.

Klik gambar untuk besarkan

Terengganu Darul Runtuh



Haji Hanafiah Ramly@Mat mengulas isu-isu Terengganu dalam ceramahnya PRK Bagan Pinang.

Gambar: Bumbung Masjid Kampung Batu Putih yang runtuh kira-kira jam 9 pagi Sabtu lalu dalam suasana cuaca baik tanpa ribut atau gempa bumi, menyebabkan tiga pekerja warga Indonesia yang sedang membaikinya cedera, seorang daripadanya parah. Bumbung masjid yang berharga RM2.1 juta.

Tok Guru Nik Aziz bersolat di Masjid Hadhari


Khusyuk,Mursyidul Am Pas yang menjadi idola kebanyakan umat Islam di negara ini.Beliau di kagumi kawan dan lawan
Tok Guru sedang solat sunat sebelum mengimami solat Isyak berjemaah
Antara jemaah yang hadir.Mungkin ini jemaah teramai yang solat Isyak di Masjid ini dalam sejarah keujudannya.Sebelum ini nampak lengang je..





















5 Okt 2009

Undi Pos diguna menangkan BN sejak PRU Pertama 1959

Percaya atau tidak, itulah realiti sebenar bermulanya penyelewengan undi Pos yang diguna parti pemerintah untuk meneruskan legasi kekuasan mereka.

Seorang bekas pegawai tentera, Brigadier Jeneral (B) Datuk Zakaria bin Hj Dahlan menceritakan, pada hari tersebut beliau berada di dalam hutan untuk latihan.

Beliau dimaklumkan kertas undi pos akan dihantar dengan helikopter kepada semua anggota yang terlibat dengan latihan tersebut.

"Perkara yang saya tidak boleh lupa adalah pada Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959. Waktu itu saya dalam hutan, helikopter sampai dan saya berada di bawah untuk sambut bungkusan kertas undi pos.

"Malangnya ia jatuh dalam paya. Saya dapatkan bungkusan itu dan keringkan kesemua kertas undi pos itu untuk dibahagi kepada anggota yang terlibat.

"Tiba tiba dapat arahan supaya sarjan mengumpulkan semua kertas-kertas undi itu, dan pangkah kesemuanya tanpa perlu diberi kepada anggota, " ceritanya sepenuh hati.

Beliau yang terlibat dalam ketenteraan lebih dari 30 tahun berkata, undi pos sememangnya talian hayat pemerintah sejak dari dulu.Atas


Mereka mengarahkan pegawai-pegawai atasan supaya memastikan undi pos memberi kelebihan kepada mereka.

"kadang-kadang anggota tidak tengok pun kertas undi, tetapi bila dicek, dia sudah membuang undi, katanya lagi

Pada beliau, amalan undi pos sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar. Melihat zaman sekarang ini katanya, undi pos tidak lagi sesuai kepada anggota yang menetap dalam kem.

"Pada zaman saya dahulu, undi pos adalah melalui pos, ataupun diterbangkan dengan helikopter dijatuhkan dari udara kepada anggota dalam hutan sahaja.

"Tapi sekarang, undi pos adalah anggota-anggota yang bermastautin dan bermukim dalam kem, sepatutnya tidak perlu undi pos kerana mereka boleh hadir mengundi seperti orang awam lain mengundi," katanya.

Seorang lagi bekas pegawai tentera Brig Jeneral Hj Abdul Ghani B Hj Mahluddin, turut mendedahkan perkara sama.

ImageBeliau yang tidak bersetuju dengan pengendalian undi pos mengakui, pernah diadu oleh rakan rakan tentera yang lain berhubung tindakan salah guna undi pos tersebut.

Mereka menceritakan bagaimana mereka diarah memangkah kesemua kertas undi pos untuk anggota anggota bawahan.

"Tidak kurang dari 10 orang berpangkat koperal dan sarjan datang minta maaf pada saya. Mereka beritahu pada Pilihan Raya lepas mereka telah diarah bangun tengah malam, waktu anggota lain sedang tidur.

"Beberapa pegawai atasan mengarahkan mereka menuang semua kertas undi atas meja dan menyuruh mereka memangkah BN kesemuanya," katanya.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Beberapa tindakan telah dibuat Pakatan rakyat khususnya dalam usaha membebaskan anggota tentera dari dikongkong parasaan takut akibat beberapa prosedur undi pos.

Antaranya cetakan no siri anggota pada Borang 2 yang membolehkan mereka dikesan mengundi parti pilihan mereka.a

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.