Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Feb 2010

Gambar Tok Guru Nik Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru Haji Hadi

Guru Nik Ab Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru.
13.2.2010- Rusila.


Tok guru Hj Abd Hadi menyambut ketibaan Tok guru Nik Abd Aziz di rumah beliau sebelah Masjid Rusila


Ketibaan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di sambut oleh orang ramai yang datang mengziarahi jenazah Adinda kepada Tok Guru Hj Abd Hadi.


Suami arwah, Hj Razali menyambut Tok Guru Nik Abd Aziz


Hj Razali menerima ucapan takziah dari Tok Guru


Dato Mustaffa Ali bersama-sama 2 Tok Guru.


Jenazah Dibawa turun dari rumah Tok Guru Presiden untuk dibawa ke Masjid


Ustaz Mat, anak kepada arwah dan Tok Guru Hj Abd Hadi mengiringi Tok Guru Nik Aziz menuju ke Masjid untuk solat Jenazah.


Tuan Guru Haji Abd Hadi mengimami solat jenazah adinda beliau Hjh Aishah Awang, turut sama Tuan Guru Nik Abd Aziz, Dato' Mustaffa Ali, pimpinan Pas semua peringkat serta ahli Jamaah masjid


Gambar di satu Majlis di Setiu (petang)....

Kerja AMAL Pemuda Besut





Tekun,Ketua Pemuda DPP Kawasan Besut Ust Zulkifli Kadir
Gotong royong membina tandas Pasti yang baru
Semak samun sekitar Pasti turut di bersihkan
Program Bakti Murni Pemuda Besut di Pasti di Kg Gong Bayor

Hari ini(13/2/2010)Pemuda Pas Besut telah mengadakan program gotong royong membaik pulih Pasti Kg Gong Bayor yang agak uzur.Program yang di namakan PROGRAM BAKTI MURNI PEMUDA BESUT ini turut mendapat kerjasama Pemuda dan Cawangan Gong Bayor. Program hari ini disertai oleh 15 orang AJK DPP Kaw. Besut di ketuai Ketua Pemuda Besut sendiri,Ust Zulkifli Kadir.Antara aktiviti yang di jalankan ialah membina kemudahan tandas yang baru bagi Pasti ini.Di samping itu semak samun di sekitar Pasti turut di bersihkan.

"Zahrain pengkhianat"


chanlilian

Zahrain 'no political giant', not a loss, says Karpal

theedge

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keretakan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

“Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu.

“Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat ‘dua ringgit’ itu?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

“Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator,” katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan anggota lembaga pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Semalam, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis. — Bernama

Benarkah YBK beragendakan pembasmian kemiskinan?

Oleh Roslan SMS

Yayasan Basmi Kemiskinan – YBK sehingga hari ini terus menjadi topik perbualan hangat khasnya di negeri Selangor. Laporan SPRM telah dibuat, kertas putih mengenainya akan dikeluarkan. Mengapa tiba-tiba isu kemiskinan dipolitikkan?

Semalam selepas solat Jumaat, dengan laluan mudah dan lancar (kalau pihak lain sudah pasti ditahan atau diseret ke mahkamah) segerombolan gurkha-gurkha Umno dan NGO yang kononnya dikenali Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara berarak dengan marah-marah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK Shah Alam untuk memprotes dan menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Selangor berkenaan isu YBK.

YBK menjadi modal hangat selepas kerajaan negeri memohon agar MB dan beberapa wakil kerajaan dibenarkan duduk dalam lembaga yayasan berkenaan. Jika yayasan ini ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan dan modal atau asetnya datang dari kerajaan negeri dalam bentuk dana dan hartanah wajarlah Menteri Besar duduk dalam lembaganya kerana rakyat Selangor wajib mengetahui kemana perginya dana dan harta kerajaan negeri. Berapa banyka yang telah dibelanjakan untuk tujuan pembasmian kemiskinan? Berapa ramaikah yang telah dibantu? Apakah sasaran seterusnya?

Tiba-tiba tuntutan untuk menzahirkan ketelusan itu disambut dengan laporan kepada SPRM. Kononnya MB menyalah-guna kuasa! Dalam kekalutan itu kerajaan negeri menuntut YBK meneyelesaikan tunggakan cukai tanahnya bernilai RM5.4 juta khasnya ke atas tanah kerajaan negeri yang diberikan kepadanya di Serendah, Hulu Selangor seluas 1,300 ekar yang bernilai RM78juta ringgit.

Lalu panas hatilah para pengendali dan pengurus yayasan ini yang rata-rata berselindung disebalik kain sarong Umno.

Atas hasutan dan barangkali upahan pihak berkepentingan maka beraraklah budak-budak mereka, menuntut berbagai tuntutan termasuklah mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai MB Selangor.

Demikianlah keghairahan Umno Selangor, apa sahaja isu walau sekecil kuman, kalau boleh dicanai dan digoreng akan dijaja demi untuk menjatuhkan kerajaan sah pilihan rakyat ini. Yang berarak entahkan tahu entahkan tidak isu sebenar, tapi berarak juga kerana yang penting kerajaan PR Selangor mesti diaibkan.

Isunya disini adalah agenda pembasmian kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan dengan semangat mahu melahirkan sebuah negeri Selangor yang berkebajikan, membantu golongan susah, memerangi kemiskinan. Kerana itu diperkenalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) agar rakyat negeri ini bukan sekadar akan hidup dalam sebuah negeri maji tetapi turut menikmati limpahan dari kemajuan itu. Biar negeri maju rakyat pun senang.

Sejauh manakaha YBK bawah tangan Umno sejak ia ditubuhkan pada April 1990 telah membantu dalam membasmi kemiskinan di Selangor. 20 tahun YBK bawah tangan Zainal Sakom (bekas SETPOL Mat Taib ketika beliau MB) berapa ramaikah rakyat miskin menjadi senang setelah dibasmi kemiskinan mereka?

Saya harap yang ramai-ramai berarak itu turut bertanya soalan ini. Tahukah mereka ada khabar yang mengatakan yayasan ini turut digunakan semasa Mat Taib berkempen untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno dahulu, betulkah? Mungkin Zainal Sakom boleh menjawabnya, kerana mengikut maklumat demikianlah yayasan-yayasan (tertentu) yang lain seluruh negara digunakan ketua-ketua negeri Umno setiap kali ada pertandingan dalam parti mereka. Agaknya yayasan di Melaka yang mahu membantu rakannya di Selangor ini juga terlibat ketika Pak Ali Rustam bertanding dulu?

Tiba-tiba melompat dari Pasir Mas ke Shah Alam, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali, mendakwa kerajaan PR Selangor angkuh dan sombong dan turut menuntut MB letak jawatan. Rakyat Selangor tidak perlu orang lompat-lompatan yang tiada prinsip dalam perjuangan itu untuk mengajar mereka apalagi mendesak ketua mereka letak jawatan.

Kerana tidak telus, kerana mempolitkkan agenda kemiskinan, kerajaan negeri Selangor pilihan rakyat berhak ambil tahu darihal perjalanan di YBK. Jika enggan, maka wajarlah diputuskan sahaja hubungan dengan yayasan ini. Saya percaya seluruh rakyat di negeri ini bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Khalid apabila beliau berkata:

“Mungkin kerajaan terdahulu tidak mahumengambil tahu tetapi kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu ini kerana kami bertanggungjawab atas setiap wang rakyat.”

Dalam isu YBK ini seluruh rakyat Selangor yang prihatin, mahukan ketelusan dan keadilan berdiri teguh di belakang MB dan kerajaan negeri Selangor.

12 Feb 2010

Adik Presiden PAS meninggal dunia

Adik Presiden PAS, Aishah Awang, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, pukul 7.28 malam ini.

Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di sisi adiknya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarhamah Aishah akan dibawa pulang ke rumah Hadi malam ini dan solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Rusila sekitar pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila.

Allahyarhamah Aishah pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.


PPSMI: Mahkamah tangguh 20 April keputusan kes 4 pelajar saman kerajaan

Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan 20 April ini bagi memutuskan permohonan empat pelajar sekolah menengah yang mencabar keputusan kerajaan menguatkuasakan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah sejak 2003.

Peguam Mohamed Hanipa Mydin yang mewakili keempat-empat pelajar itu berkata, Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali sepatutnya memberi keputusan itu hari ini tapi menangguhkannya kerana beberapa pihak perlu mengemukakan dokumen tambahan berkaitan kes itu.

Bapa salah seorang pelajar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang hadir di mahkamah bersama peguam Mohamed Hanipa dan seorang lagi peguam Aminuddin Zulkifli.

Pada 2006, empat pelajar itu, dua lelaki dan dua perempuan, yang diwakili bapa masing-masing dalam saman pemula bagi menyemak keputusan kerajaan pada ketika itu, mendakwa akibat daripada dasar itu mereka sebagai pelajar telah dinafikan hak untuk belajar dua mata pelajaran itu dalam bahasa kebangsaan.

Pada ketika itu, pelajar tahun empat Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar mengemukakan saman itu melalui bapanya Mohammad Nizar, pelajar Tingkatan Tiga, Mohammad Fadzil Nor Mohamed Rosni, melalui bapanya Mohamed Rosni Abu Bakar, Nur Najihah Muhaimin, juga pelajar tingkatan tiga, melalui bapanya Muhaimin Sulam dan pelajar tingkatan empat, Syazaira Arham Yahya Ariff, melalui bapanya Yahya Ariff Kamaruzzaman.

Mereka memohon supaya kerajaan diperintahkan menukar semula dasar itu menurut kehendak dan peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang Bertulis kerana keputusan itu adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Mohammad Syawwaal ialah pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Temoh, Perak; Fadzil Nor, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak; Nur Najihah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Perak dan Syazaira Arham, pelajar di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Mereka mendakwa pelaksanaan pengajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris tidak mengambil kira peruntukan undang-undang khususnya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Akta Pendidikan 1996 kerana mereka mempunyai hak untuk belajar mata pelajaran itu dalam bahasa kebangsaan di sekolah.

Selain itu terdapat juga perbezaan pembelajaran bagi mata pelajaran berkenaan untuk Tahun Satu bagi Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di mana SJKC memperuntukkan dua bahasa - dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin, kata mereka. - Bernama

Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pelajar S.M St.Augustine Betong !!



Video menunjukkan pelajar Sek Men St. Augustine, Betong Sarawak melakonkan babak-babak dalam solat sambil menghinanya. Memandangkan kejadian ini dirakam dan dilakukan oleh para pelajar Sek.Men St.Augustine Betong Sarawak, maka itu diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin Oleh TPM Muhyiddin Yassin dapat mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Masalah yang berlaku, rakaman tersebut disiarkan dilaman Youtube. Ini menunjukkan seolah-olah mereka sengaja mahu menyakitkan hati Umat Islam di negara ini. Maka itu marilah kita bangkit menyatakan bantahan atas perkara ini. Sesungguhnya penghinaan ini amatlah keterlaluan buat kita semua. Bahkan kami amat yakin paderi dan orang Kristian sendiri tidak merestui perkara ini berlaku. Kita harus hormat antara sesama agama di negara kita. Barulah rakyat akan hidup aman dan sejahtera selamanya.


Zahrain keluar PKR, bertindak MP Bebas



PETALING JAYA — Setelah dua minggu menafikan akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim (gambar) hari ini mengumumkan pendiriannya meninggalkan parti itu dan akan berperanan sebagai wakil rakyat Bebas.

Ia diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu di sini pagi ini.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR pertama berbuat demikian.

Sejak mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Zahrain telah beberapa kali menafikan akan keluar PKR.

Hari ini Zahrain memberitahu wartawan beliau mula meragui kepimpinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merujuk tindakan-tindakan Lim yang menurutnya “cauvinis, diktator dan berfikiran komunis.”

Selain beliau beberapa Ahli Parlimen yang lain dikatakan akan keluar menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

“Atas nama Allah, saya ingin umumkan peletakan jawatan saya dari PKR,” kata Zahrain sambil menambah akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Parlimen.

Zahrain merupakan pemimpin PKR yang telah dirujuk kepada lembaga disiplin akhir bulan lalu.

Selain Zahrain yang lain dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Datuk Zaid Ibrahim. themalaysianinsider

11 Feb 2010

Umno Besut tidak iktiraf jawatan Muhyiddin?

BESUT : Kemelut yang melanda Umno Terengganu nampaknya semakin membarah apabila kain rentang satu program timbalan presiden parti itu yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini tidak dipaparkan sebarang jawatannya.

Kain rentang yang memaklumkan Majlis Kecemerlangan Pendidikan Bersama Muhyiddin yang akan diadakan di Dewan Majlis daerah Besut, di sini pada Sabtu ini yang dipasang di beberapa lokasi di Jertih termasuk di hadapan pejabat Umno bahagian langsung tidak menyebut jawatannya sama ada di dalam kerajaan mahupun parti.

Walaupun penganjur program tidak dinyatakan, namun berdasarkan lambang Umno yang terdapat pada kain rentang itu menunjukkan bahawa majlis kecemerlangan itu dianjurkan oleh Umno.

Pada sesetengah pemerhati, adalah tidak munasabah sama sekali pemimpin nombor dua negara seperti Muhyiddin itu tidak diletakkan sebarang jawatannya sama ada di dalam kerajaan atau parti.

Paling tidak pun, jawatan sebagai Menteri Pelajaran ditulis pada kain rentang itu kerana ia berkaitan dengan majlis kecemerlangan pendidikan di samping menyebut Besut, bumi ulul albab.

Orang ramai turut mempertikaikan tindakan pihak berkenaan yang langsung tidak menyebut jawatan Muhyiddin, sedangkan ketua cawangan atau bahagian Umno lazimnya ditulis pada kain rentang atau poster untuk sesuatu program yang diadakan.

“Tak kan jawatan Muhyiddin lebih rendah daripada ketua cawangan atau bahagian Umno atau langsung tak ada jawatan dalam kerajaan sedangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri,” getus seorang petugas parti.

Apapun, situasi panas yang melanda Umno negeri, ditambah pula dengan tersingkirnya ketua Umno bahagian sebagai menteri besar selepas Pilihan raya Umum ke-12 lalu dan pelantikan Naib Presiden Umno menerajui Umno negeri ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa kemelut yang melanda itu tidak mudah untuk diredakan.


Sementara itu, penjaga pelajar melahirkan rasa sangat menyampah dengan apa yang dilakukan oleh Umno yang memperalatkan Pejabat Pelajaran Besut dalam mengadakan majlis kecemerlangan pendidikan itu.

Bagi mereka, tidak patut sama sekali dalam majlis yang dihadiri sama oleh murid cemerlang UPSR dan PMR 2009 itu, meletakkan agenda nyanyian lagu Umno sebelum acara bermula yang hanya sesuai kalau ia dilaksanakan dalam perhimpunan parti itu.

Harakahdaily dimaklumkan setiap sekolah rendah, guru diwajibkan hadir seramai 19 orang manakala sekolah menengah pula ialah 30 orang. Hrkh

YDP & Ketua Pemuda PAS Besut melawat mangsa kebakaran





10 Feb 2010

Laporan Penuh Perbicaraan DS Anwar Ibrahim | 10 Feb 2010


Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersambung bagi membolehkan peguam bela menyiapkan hujah balas terhadap affidavit Ketua Pendakwaraya bersabit permohonan untuk hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri.

Kelmarin Karpal menfailkan permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes berkenaan kerana membuat dua keputusan yang dilihat tidak berpaksi kepada undang-undang.

Dua keputusan itu adalah mengenai laporan Utusan Malaysia yang tidak berasaskan keterangan yang diberi di mahkamah, tetapi direka-cipta untuk mengaibkan Anwar, menurut peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.



9.25 am: Karpal Singh sudah pun tiba. Begitu juga pendakwa-pendakwa

9.30 am: Mahkamah sudah penuh sesak. Ahli Prlimen Segambut Lim Lip Eng kelihatan baru masuk ke dalam mahkamah.

9.33 am: Anwar tiba bersama isterinya Wan Azizah, Lim Kit Siang, Chua Jui Meng & Nik Nazmi turut kelihatan.

9.37 am: "Bangun!" Kedengaran dalam mahkamah. Ketibaaan Hakim. Perbicaraan hendak dimulakan.

9.39 am: Pendakwa perkenalkan peguam baru. "Ada bantahan?" tanya Hakim. Karpal: "Tiada Yang Arif".

9.41 am: Karpal memulakan dengan permohonan untuk hakim menarik diri dari membicarkan kes.

9.42 am: Ia bukan saja satu perkara penting malah merupakan asas bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, bahkan mesti kelihatan dilaksanakan. Satu kata-kata lahir pada tahun 1924 dibawa oleh Karpal di dalam mahkamah pagi ini.

9.45 am: Tidk ada makn menuduh akhbar luarnegara kerana mengkritik sistem perundangan negara kita jika kita tidak berjaya menunjukkan keupayaan kita.

9.48 am: Karpal terus memberikan kes-kes precedent.

9.50 am: Bangalore Principles: "Tidak Berpihak" merupakan elemn asas yang didiperlukan dari seseorang hakim. Dan juga persepsi terhadap "tidak berpihak".

9.51 am: Karpal menyatakan hakim telah bersalah kerana tidak menegakkan kebenaran di dalam mahkamah sejak hari perbicaraan bermula.

9.55 am: Nama Utusan Malaysia disebut. Karpal merujuk kepada gambar-gambar yang ada di halaman akhbar tersebut.

9.57 am: Hakim Yang Arif telah memberitahu : "Tidak ada apa-apa kesalahan pada tajuk gambar itu dan bahanbukti itu diberikan di dalam mahkamah terbuka."

9.59 am: Karpal merujuk kepada laporan ahkbar online Malaysiakini tentang keputusan hakim terhadap Utusan Malaysia.

10.00 am: Karpal berkata: Yang Arif tidak menyatakan yang benar, yang bermakna Yang Arif telah berbohong.

10.01 am: Jika Yang Arif tidak jujur, maka Yang Arif tidak boleh berlaku adil dan tidak berpihak.

10.04 am: Nama Najib disebut di dalam konteks beliau sebagai Ketua UMNO yang memiliki Utusan Malaysia.

10.06 am: Utusan Malaysia, sepatutnya telah diambil tindakan menghina mahkamah.

10.08 am: Karpal berkata : Yang Arif telah mencemarkan hak Yang Arif untuk duduk di kerusi itu.

10.12 am: Pihak judiciari mesti membetulkan hal ini. Yang Arif perlu membetulkan juga peranan Yang Arif.

10.13 am: Keadilan seseorang hakim adalah menurut anggapan. Bukti kukuh hendaklah ditunjukkan sebelum melucutkan hakim. Beban ini terletak di bahu pemohon. Jawab Pendakwa.

10.15 am: Pendakwa berhujjah lagi "Ujian bias adalah serupa untuk semua".

10.20 am: Pendakwa masih berhujjah menolak hujjah Karpal.

10.25 am: Pendakwa meminta Hakim mengabaikan permohonan Peguam Pembela dan meneruskan perbicaraan kes.

10.28 am: Foto Hakim Yang Arif Mohd Zabidin Mohd Diah.

10.30 am: Pendakwa membuat rumusan. Katanya :"Komplen terhadap akhbar Utusan Malaysia bukannya satu isu."

10.35 am: menurut Peguamcara Negara II Yusof sesuatu keputusan yang bertentangan dengan sebelah pihak, bukan asas untuk melucutkan hakim. Beliau menyatakan bias ialah apabila terhadap hubungan peribadi Hakim dengan sesiapa yang terlibat di dalam sesuatu kes. “Ia tidak berlaku di dalam kes ini.".

10.38 am: Transkrip mahkamah dari rakaman audio menjelaskan perkataan "lagi" dituturkan oleh Saiful.

10.40 am: Yusof (foto) menyatakan gambar Utusan dengan tajuknya adalah kabur, “Menunjukkan katil di mana tempat kejadian berlaku”, tidak menyatakan liwat berlaku di atas katil tetapi di dalam bilik itu.

10.43 am: Pendakwa menuduh Karpal seorang pendusta.

10.46 am: Pendakwa menambah : "Hakim telah dilatih untuk menghadkan dirinya kepada bahan bukti yang dibawa ke mahkamah dan tidak dipengaruhi oleh media."

10.55 am: Peguamcara Negara II Yusof berkata, "Saya meminta permohonan Peguambela melucutkan hakim ditolak".

11.00 am: Karpal menjawab :"Yang Arif, Saya rasa pihak pendakwa telah menguasai seni untuk mengulangi keenyatan?.

11.05 am: Karpal berhujjah "Anda menunjukkan gambar katil tetapi merujuk kepada biliknya?"

11.08 am: Yang Arif, kami telah membantah anggapan "tidak berpihak" yang dimaksudkan oleh Pendakwa.

11.10 am: Karpal meminta hakim untuk tidak menolak permohonannya. Karpal menyebut Kod Perilaku Hakim 2009.

11.14 am: Hakim berkata "Jelas saya tak dapat membuat keputusan saya hari ini... Boleh saya jumpa kedua-dua pihak di dalam kamar mahkamah?"

11.16 am: Kedua-dua pihak, pendakwa dan pembela menemui hakim di dalam kamar untuk menetapkan tarikh keputusan permohonan.

11.25 am: Hakim muncul. "Saya perlukan masa untuk menimbangkan permohonan kedua-dua belah pihak... Saya akan buat keputusan saya pada 18 Februari 2010".

Prosiding ditangguhkan sehingga selepas sambutan Tahun Baru Cina: 18-02-2010


Blogger Lakar Gambar Menghina Tok Guru Nik Aziz Serah Diri Dan Di Tahan Polis


Blogger yang menggunakan nama "jeffrydamien09" yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, telah menyerah diri kepada pihak polis semalam.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu dan Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.


"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.

Hisham Fauzi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia jelas mengandungi unsur-unsur provokatif yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara ini.

Blogger berkenaan didapati telah menghapuskan gambar lucah berkenaan.Sumber

9 Feb 2010

Perbicaraan Kes Anwar Ditangguh Esok



Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kelima dengan mahkamah bersedia untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang itu supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.

Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan sehingga esok berikutan permohonan peguam utama pembelaan, Karpal Singh untuk diberikan lebih masa bagi menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan.

Karpal Singh membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.

Semalam, Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar yang merupakan saksi pertama memberi keterangan, sepatutnya disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi perbicaraan terpaksa ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Perbicaraan kes liwat itu bermula Rabu lalu, selepas 18 bulan Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008 dan menarik perhatian ramai termasuk wakil media dan pemerhati dari luar negara.

Saksi pertama pendakwaan iaitu Mohd Saiful, 25, yang juga pengadu dalam kes itu, telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.

Dalam permohonannya hari ini, Karpal Singh berhujah bahawa pihaknya perlu menjawab afidavit pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kerana ia menyentuh isu ketepatan kandungan afidavit Anwar yang difailkan bagi menyokong permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Beliau turut meminta mahkamah membekalkan nota prosiding yang berkaitan selewat-lewatnya petang ini kepada kedua-dua pihak.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata beliau agak "khuatir" dengan laporan akhbar berhubung kandungan afidavit jawapan yang difailkan pendakwaan semalam.

Beliau berhujah berdasarkan Akta Profesyen Guaman 1976, kandungan sesuatu afidavit tidak boleh disiarkan sehingga ia dikemukakan dan dibaca di dalam mahkamah terbuka.

Mohd Yusof berhujah apa akan berlaku sekiranya sesuatu afidavit yang telah disiarkan isi kandungan, mengandungi kenyataan yang bersifat "melampau" dan mahkamah kemudian membuat keputusan membatalkannya.

Sehubungan itu, Mohd Yusof meminta mahkamah menasihati media dalam membuat laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Karpal Singh berkata terdapat satu keputusan berhubung penyiaran isi kandungan afidavit yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin yang menyatakan bahawa sebaik sahaja difailkan, afidavit menjadi satu dokumen awam yang isi kandungannya boleh dilaporkan oleh media.

Mohamad Zabidin kemudian mengingatkan pihak media supaya membuat laporan tepat berhubung prosiding kes itu dan tindakan akan diambil sekiranya ada pihak membuat laporan tidak tepat.

"Saya tidak mahu dilihat sebagai menceroboh ke dalam hal kebebasan akhbar. Tetapi media mestilah ingat bahawa kebebasan akhbar bukan bermakna boleh membuat laporan tidak tepat.

"Maka, jika media melaporkan sesuatu secara tidak tepat, anda perlu menerima akibatnya.

Jika pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan dan mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman, pada masa itu jangan persalahkan mahkamah dan menyatakan saya cuba untuk menyekat kebebasan akhbar," katanya. - BERNAMA

Nizar: Bertarung di `mahkamah rakyat'



Nizar: Judges' decision not unexpected
Nizar: Saddest moment in the history of Malaysia

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari. Hrkh

5-0


Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengesahkan Zambry kekal sebagai MB Perak yang sah apabila semua kelima lima panel hakim secara sebulat suara memilih beliau untuk terus memegang jawatan.Masih ada ruang bagi DS Nizar mengemukakan rayuan di Mahkamah yang sama.



Solat Hajat di Hadapan Mahkamah...



TERKINI : Kelihatan beberapa jamaah PR sedang bersolat hajat di perkarangan makahmah.. Kawalan Ketat Polis kepada geng baju kuning

Expand

laungan gema TAKBIR gemuruh diperkarangan mahkamah. Tentera Kuning memenuhi ruang tangga mahkamah. Zamry sudah mariiiii !

Terkini 8.45 am : Kamar bicara mula dibuka

Orang awam dan media dibenarkan masuk ke kamar, ADUN dan penyokong BN mula memenuhi seat VIP. Hampir kesemua kad masuk diperolehi oleh orang BN. Harap ramai penyokong PR diluar.

Bayangkan sebesar ruang lobi Mahkamah yang boleh memuatkan 1,000 orang tidak dibenarkan orang lebih ramai masuk.
http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201002/php6bOb7iimage.jpg

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201002/phpk9sVH8image.jpg
[image1.jpg]

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201002/phpuwpQpDimage4.jpg

7 Feb 2010

Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/nazri/report%20nik%20aziz.jpg
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.

Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.

“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.

“Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.

Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.

“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.

Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

Tak Kira Kerajaan PAS ke… kerajaan Gajah ke ….Rimau ke….. Royalti Mesti Di Beri



http://buletinonline.net/images/stories/berita22/P1130855.JPGWang Royalti tidak harus ditukar kepada wang Ehsan dan pembayarannya mestilah secara tunai, mengikut perjanjian asal sebagaimana di laksanakan oleh Tun Razak sebagai Bapa Pembangunan.

Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Tengku Seri Paduka Raja (Ku Duka) Tengku Ibrahim Ismail berkata demikian dalam satu sidang media khas berkenaan isu Royalti baru-baru ini.

Menurutnya wang royalti mestilah dibayar kepada kerajaan yang sah, yang dipilih rakyat tanpa mengira parti apa yang menjadi kerajaan sesebuah negeri.

”Saya tak kira, kerajaan PAS ke….. kerajaan gajah ke….. Rimau ke…..kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang sah,

samada kamu suka atau tidak… (Whether you like it or not) itulah hakikatnya yang sah,

”jadi kerajaan PAS yang memerintah di Kelantan adalah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat, kita mesti beri,”jelasnya.

Katanya tindakan memberi wang royalti melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan menunjukkan kerajaan pusat tidak dapat menerima hakikat rakyat memilih parti lain selain Umno.

Dalam isu yang sama, beliau memuji Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad said yang berani menuntut hak royalti yang menjadi hak rakyat Terengganu.

Namun, beliau mempersoalkan, bilakah kerjaan pusat akan menyelesaikan semua pembayaran royalty yang tertunggak.

Beliau meminta rakyat untuk membuat penilaian keatas parti yang memerintah dalam pilihanraya akan datang, sekiranya perjuangan MAMPAT mendesak untuk dikembalikan wang royalti.

”Kalau pejuangan MAMPAT mengembalikan semula wang ehsan kepada wang royalty tidak berjaya, apa kita nak buat?,

”pada saya senang saja, balik kepada rakyat, rakyat pilih pada pilihanraya umum yang akan datang, serah kepada rakyat!,”tegasnya.

Ucapan Datuk Nasir sebenarnya Teks Najib – Cikgu Bard


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita22/MVI_3231_0001.jpgUcapan perkauman yang dilafazkan oleh Pegawai Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Nasir Safar sebenarnya adalah teks ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cikgu Badrul Hisham mendedahkan demikian ketika berucap dalam majlis makan malam pra Tahun Baru Cina yang diadakan disini, mala mini, 6 Februari.

Menurutnya, Majlis Juara Rakyat yang diadakan di Pusat Dagangan Melaka itu sepatutnya dihadiri oleh Najib, namun oleh kerana beliau tidak hadir, teks ucapannya telah dibacakan oleh Datuk Nasir.

Dalam ucapan tersebut Datuk Nasir terang-terangan telah menghina kaum India dan Cina di Malaysia dengan mengatakan bahawa kaum India adalah dating ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan kaum Cina, terutamanya perempuan bekerja sebagai pelacur

XPDC Jelajah Daerah sempena Setahun Kudeta: Bertolak dari pokok demokrasi

IPOH 6 FEB Sempena genap setahun rampasan kuasa yang dilakukan BN di negeri Perak ini, Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan ekspedisi menjelajah ke setiap daerah di negeri Perak untuk bertemu dengan rakyat. Bermula daripada pokok demokrasi di Ipoh dan akan berakhir di Parit Buntar (xpdc utara) dan Teluk Intan (xpdc selatan).

Berbanding dengan Zambry yang menyambut setahun berkuasa secara haram dinegeri Perak ini dengan mengadakan Solat Hajat dikediamannya dengan mengeluarkan arahan supaya setiap masjid dinegeri ini menghantar 5 orang imam mereka kerumah Zambry. Ini amat berlawanan dengan usaha yang dilakuakan oleh Dato Seri Nizar dengan beliau sendiri yang turun padang untuk bertemu dengan rakyat dinegeri Perak ini.

Destinasi keseluruh daerah yang dipilih telahpun diumumkan sebelum ini, dengan dua buah bas yang membawa pimpinan Pakatan Rakyat, satu ke utara dan satu lagi ke selatan.

Saya yang berkesempatan untuk bersama-sama didalam ekspedisi ini akan membawakan laporan bergambar sepanjang perjalanan seharian kami bertemu dengan rakyat.

Tuan Guru Abu Bakar Hussain membacakan doa sebelum
ekspedisi bermula

Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersama-sama
mengaminkan doa untuk rakyat Perak

Ramai yang turut serta menghantar pimpinan berekspedisi
yang bermula di bawah pokok demokrasi

Muslimat juga turut serta bersama

Bersedia untuk menaiki bas

Isteri dan anak-anak Dato Seri Nizar juga turut serta

Lambaian seorang Menteri Besar yang berjiwa rakyat

Tuan Guru Haji Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak mengetuai
bas ke selatan bersama Ustaz Misbah, Sdr Mustafa Kamil Ayub
dan pimpinan yang lain.

YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong yang menjadi
'pemandu pelancung' kami hari ini

Bas XPDC Jelajah Daerah yang membawa pimpinan
Pakatan Rakyat bertemu rakyat

http://ajijoi.blogspot.com

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.