Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Feb 2010

Konvensyen Muslimat Terengganu 2010


Konvensyen Muslimat PAS Terengganu 2010, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Perasmian Oleh Ketua Dewan Muaslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh.

TEMA : MUSLIMAT MENJANA KEMENANGAN
Kertas Kerja oleh
1. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah - Ketua DPP Terengganu.
2. YB Ustazah Zailah Yusof - Timbalan Ketua DMP Pusat.

Kehadiran : melebihi 2000 orang.




























Futsal Persahabatan : AJK Pas Kaw.Besut vs AJK Pemuda Pas Besut






Sebahagian dari aksi
Perlawanan yang mengeratkan lagi tali persaudaraan dalam perjuangan
Sebahagian AJK PAS Kawasan Besut dan AJK Pemuda Pas Kawasan Besut yang mengambil bahagian. Antaranya Timbalan Yang DiPertua, Hj Hasan Salleh (Duduk 6 dari kiri) , S/U PAS Kawasan Saudara Nasir Awang (Duduk 9 dari kiri) dan Ketua Pemuda Ust Zulkifli Kadir (Belakang 6 dari kiri)

Malam tadi berlangsung satu perlawanan Futsal persahabatan antara AJK Pas Kawasan Besut dan AJK DPP Kawasan Besut yang diadakan di Gelanggang Futsal Kg Raja.Selain dari tujuan riadah antara kami,program ini sekurang kurangnya dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara AJK Kaw. dan AJK DPP.Program anjuran DPP Kaw. Besut ini bermula jam 10.00 PM dan berakhir kira kira 2 jam kemudian.

2 enjin jet TUDM dicuri ditemui semula di Uruguay??

Dua enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, yang dicuri tiga tahun lalu, telah ditemui semula dengan kerjasama kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kedua-dua enjin itu diperoleh semula selepas sebulan anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang pengarah syarikat swasta didakwa.

Gani berkata kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Gani berkata kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, kata beliau.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

5 Feb 2010

Demo UM panas, siswa kelilingi kampus, rempuh pejabat HEP!


Beberapa kumpulan mahasiswa hari ini dengan kain rentang besar telah berarak mengelilingi kampus Universiti Malaya dengan kehadiran pasukan polis di Masjid Ar-Rahman di sini selesai solat Jumaat tadi.

Perarakan mengelilingi kampus tersebut bermula dari surau Akademi Pengajian Islam (Api) dan terus menuju ke beberapa buah jalan utama di dalam kampus tersebut.

Kumpulan mahasiswa kira-kira 100 orang itu melaungkan seruan "Bersih... bersih..." dengan menggunakan kain rentang besar di sepanjang jalan utama di sini.








Kain rentang dengan perkataan besar "JANGAN UGUT MAHASISWA," "BUBAR HEP", MAHASISWA TUNTUT BERSIHKAN PILIHAN RAYA dibawa mengelilingi kampus.

Keadaan itumenyebabkan pihak pengawal keselamatan terpaksa membuat sekatan terhadap bantahan jalanan mahasiswa.Tinjauan erapakatan.com mendapati, sejak tengah hari tadi sebelum solat Jumaat, beberapa pasukan polis kelihatan sedang membuat tinjauan.

Kumpulan itu bergerak daripada Lengkungan Budi lalu menuju ke Perdana Siswa sekitar sehingga jam 3:00 petang, lalu berpidato ketika hujan sedang mulai turun dengan lebat.

3:30 p.m - Selesai berpidato di Perdana Siswa, di tengah hujan lebat, mereka keluar beramai-ramai, menyerbu ke tangga, yang boleh membawa mereka semua menuju ke pejabat HEP.

Tapi, akhirnya pergerakan itu dihalang oleh pengawal keselamatan ketika ini. Berlaku pergaduhan dan pertempuran sengit!

Hujan turun masih lebat, tetapi mereka tidak berganjak. Berlaku ketegangan antara mahasiswa dan pihak pengawal keselamatan serta-merta!

3:35 p.m - Di tangga, menuju pejabat TNC HEP, mereka berkata bahawa mereka cuma ingin menghantar patung replika PRK.

"Kalau tak bagi kami naik jumpa TNC, kami akan tunggu di sini sampai malam!" laung mereka.

3:39 p.m - Seorang pegawai HEP keluar, cuba mententeramkan keadaan. Dia berkata bahawa TNC HEP nanti akan keluar menemui mereka.

Perkataan 'Hidup-Hidup, Mahasiswa" dilaung bertalu-talu di tangga ini.

3:40 p.m - Mahasiswa beri tempoh 5 minit sahaja untuk pihak atasan buat keputusan, sama ada mereka mahu jumpa mahasiswa atau tidak.

3:45 p.m - Mahasiswa beri sanjungan kepada para pengawal keselamatan kerana beri peluang mereka berdemo sejak tengah hari tadi.

3:49 p.m - Tempoh masa untuk pihak atasan membuat keputusan sama ada mahu jumpa mereka atau tidak makin singkat, mereka ugut akan rempuh lagi.

Mahasiswa mula membuat kiraan 'countdown' beramai-ramai!

3:53 p.m - Adegan tolak-menolak semakin hebat. Ketika ini, dua orang pegawai polis menyerbu masuk ke dalam kumpulan mahasiswa itu.

Dua pegawai polis itu kelihatan terkejut ketika berdepan, melihat kemarahan mahasiswa.

3:56 p.m - Mohd Shafie Hashim bertanya mahasiswa, "Adakah kita perlu rempuh pejabat HEP atau tidak?"

3:59 p.m - Mohd Aizat berkata, kalau mahasiswa tidak dibenarkan masuk ke HEP, maka mereka akan panjat bangunan HEP.

4:00 p.m - Pengarah Pengawal Keselamatan berkata, pihak atasan nak benarkan Aizat seorang sahaja untuk bertemu TNC.

4:15 p.m - Empat orang wakil mahasiswa sahaja yang dibenarkan masuk untuk menghantar replika patung demokrasi kepada TNC HEP.

4:18 p.m - Media tidak dibenarkan masuk, demikian menurut pengawal keselamatan. Mahasiswa kemudiannya menyanyikan sebuah lagu bagi meraikan media.

4:20 p.m - Selesai menyerahkan patung replika di pejabat TNC HEP, Mohd Aizat mewakili rakan-rakannya tampil menemui khalayak lalu berkata, "Difahamkan bahawa TNC HEP, sudah pun pulang ke rumah."

Misi mereka untuk menyerahkan patung replika demokrasi sudah mati secara berdepan, bersemuka dengan TNC HEP itu gagal kerana pentadbir universiti itu sudah pulang

Gambar : Panzer

Bicara tuduhan liwat ditangguh Isnin


Court makes 2nd condo visit
Sodomy II - Day 3

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan kepada hari Isnin perbicaraan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan melawat sekali lagi kondominium Desa Damansara di mana dakwaan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan itu berlaku.

Di antara mereka yang menziarahi semula Unit 11-5-1 kondominium itu ialah hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd Saiful.

Mereka berada di situ pada waktu tengahari dan meninggalkan tempat itu 50 minit kemudian. Ini merupakan lawatan kali kedua berikutan permohonan dari pasukan pembelaan. Mereka yang terlibat dalam perbicaraan itu melawat tempat yang sama semalam.

Sebelum itu, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar.

Beliau juga memberitahu bahawa seluar yang dipakai pada hari itu adalah pemberian daripada Anwar.

Mohd Saiful memberi keterangan ketika diperiksa oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada hari ketiga perbicaraan.

Prosiding mahkamah bermula 9.51 pagi ini dengan Mohd Saiful memberim keterangan mengenai sampel yang diambil daripada badannya, baju dan seluar dalam.

Beliau juga berkata, beliau menganggap Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan kerana sebab itu beliau dapat bekerja dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila perbicaraan bermula Rabu lalu.

Mohd Yusof kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau telah selesai memeriksa Mohd Saiful.

Sementara itu, tiga buah trak dan dua trak meriam air Unit Polis Simpanan Khas mengambil tempat di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 10.15 pagi berikutan laporan penyokong-penyokong Anwar berkemungkinan mengadakan demonstrasi di kawasan itu selepas solat Jumaat.

Anwar, 63, Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan menghadapi 20 tahun penjara dan rotan jika didapati bersalah.

Perbicaraan mengambil masa 18 bulan selepas Anwar buat pertama kali didakwa pada Ogos, 2008. – Bernama

Demo masjid wilayah persekutuan: Bantah Fitnah ke-2 atas Anwar



Kuala Lumpur: Pendakwaan liwat kali kedua ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibantah. Sekumpulan penunjuk perasaan dari pelbagai kaum menunjuk perasaan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan berhampiran kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas solat Jumaat di sini, hari ini.

Para demonstrator membawa kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’. Mereka melaungkan Reformasi dan mengutuk pendakwaan yang hanya bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar.

Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua, menyatakan kes Anwar hanyalah ulangan dari kes 1998 yang hanya punya satu matlamat iaitu menzalimi seorang peribadi untuk membenarkan Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.

“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.

Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak regim BN untuk meneruskan kekuasaan. Oleh itu para penggerak Reformasi akan kembali bersatu untuk menggerakkan perhimpunan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.

Perhimpunan aman itu berakhir dalam masa lima belas minit tanpa gangguan polis. - erapakatan.com

Saiful tak buang air besar 2 hari selepas didakwa diliwat

Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Saiful, 24, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 62, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Saiful berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.

Beliau juga berkata semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.

Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi.

Tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air sertadua trak polis memasuki kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat. — Bernama

Saiful: Anwar idola saya

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan berkata dia pernah menganggap ketua pembangkang itu sebagai idolanya sambil menggambarkan dirinya sebagai “peminat Anwar.”

Saiful meneruskan keterangannya buat hari ketiga dengan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pengalamannya apabila dia buat kali pertama menemui Anwar pada Mac 2008 sejurus selepas pilihan raya umum ke-12.

“Pada Mac, kawan saya Rahimi Osman memanggil saya ke pejabat dia di Seksyen 16, Petaling Jaya. Dia memanggil saya kerana ingin bersembang dan mengetahui perkembangan saya.

“Ketika berbual dia bertanya sama ada saya bekerja. Apabila saya berkata saya tidak bekerja, kemudian dia meminta saya sama ada mahu menjadi pembantu kepada pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Saiful.

Saiful memberitahu, Rahimi ada memaklumkan bahawa Anwar kekurangan staf sebab orang-orang seperti anak perempuannya, Nurul Izzah dan Nik Nazmi Nik Ahmad bertanding dalam pilihan raya ketika itu.

Saiful juga memberitahu mahkamah, dia berbelah bahagi untuk menerima tawaran kerja di sana apabila Rahimi membawanya ke sebuah bilik mesyuarat dan memperkenalkan kepada Anwar.

“Saya terkejut. Saya tidak memutuskan apa-apa lagi apabila Anwar berkata ‘saya menghargai bantuan anda yang membantu kami’... ia petanda bahawa dia menerima saya pada masa itu jua,” kata Saiful.

Saiful juga memberitahu mahkamah, dia sentiasa menganggap Anwar sebagai idolanya kerana “Anwar seorang pemimpin yang berkarisma.”

Terdahulu mahkamah ditunjukkan bahan-bahan bukti hasil pemeriksaan perubatan dan pakaian yang dikenakan Saiful pada hari kejadian.

Antara bahan yang ditunjukkan termasuklah seluar dalamnya berwarna biru kehitaman jenama Levis, baju berwarna putih Ralph Lauren dan juga seluar hitam.

Ketika itu hadirin yang berada di galeri kedengaran sebagai berkata seluar itu “hadiah daripada Anwar.”

Satu tiub K-Y Jelly, yang lazimnya dikenali sebagai pelincir, juga ditunjukkan sebagai bahan bukti di mahkamah hari ini.

Saiful memberitahu mahkamah mengenai perbualan dia dengan Anwar pada 27 Jun 2008 di mana dia memberitahu bekas majikannya bahawa hendak berhenti kerja sebagai pembantu peribadi kerana “tak ingin diperlakukan sedemikian lagi.”

Pertemuan ini berlangsung sehari selepas dia mendakwa diliwat Anwar.

Saiful kemudian dipujuk oleh Anwar supaya tidak meletakkan jawatan dan menawarkan untuk menaja pengajiannya dengan bayaran penuh dan elaun.

“Saya ada menghantar emel kepada Anwar pada pagi hari Jumaat 27 Jun. Beberapa jam kemudian dia memanggil saya dan minta saya datang ke pejabatnya.

“Kemudian dia bertanya mengapa saya hendak berhenti kerja,” katanya.

Menurut Saiful, alasan-alasan yang dia berikan kepada penasihat PKR itu menerusi emel ialah dia tidak berdisiplin, dan sentiasa datang lewat ke pejabat dan dari segi akademik tidak layak untuk memegang jawatan tersebut.

Saiful yang dianggap sebagai ‘budak kopi’ Anwar menambah, dia “takut” akan dipersoal kerana sememangnya diberi keistimewaan yang lebih baik berbanding staf lain.

“Tetapi ini bukan alasan yang sebenar. Alasan sebenar adalah kerana tak ingin diperlakukan sedemikian lagi,” katanya.

Saiful berkata dia takut ketika itu dan bersetuju untuk menerima tawaran tersebut.

“Anwar berkata beliau sedih dan kecewa dengan keputusan saya dan memujuk supaya saya tidak berhenti,” katanya.

“Saya takut pada masa itu, saya menerimanya,” katanya.

Kemudian peguam utama Anwar, Karpal Singh mengemukakan bantahan terhadap laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang membawa kapsyen gambar yang menurut beliau adalah sesuatu di luar kawalan.

Gambar itu menunjukkan Saiful, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, peguam pembela dan pendakwa raya di bawah kapsyen “Mohd Saiful Bukhari menunjukkan katil di bilik tidur utama tempat beliau mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah”.

Hujah Karpal ialah ketika keterangan tertutup semalam bukti itu tidak dibawa sebagai bahan bukti dan oleh itu butiran itu mengelirukan.

Bagaimanapun hakim menolak bantahan Karpal.

Kemudian prosiding ditangguhkan untuk kunjungan kali kedua ke kondominium di mana kejadian meliwat itu didakwa berlaku.

Kondominium Desa Damansara telah dikunjungi tengah hari semalam.

Saiful, 24, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula kelmarin di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 62, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Semasa kunjungan ke kondominium itu semalam, Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.

Dalam keterangan petang semalam Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia hanya pergi untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dua hari selepas dia diliwat oleh Anwar.

Pada awalnya Saiful berkata dia pergi ke dua hospital swasta dan kemudian Hospital Kuala Lumpur (HKL).

4 Feb 2010

Laporan Utusan kotor, biadap dan jijik - Anwar

Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis di balai polis Merchant Square, Tropicana, Selangor petang semalam berhubung tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu mengandungi gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa telah diliwat oleh Anwar pada Julai 2008.

Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat (PKR), Jonson Chong ketika ditemui di luar mahkamah berkata, laporan itu berkemungkinan menyalahi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Malah katanya, akhbar berkenaan juga mungkin telah melakukan kesalahan jenayah fitnah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

"Seperti yang anda dengar (di mahkamah tadi), apa yang mereka Utusan) telah lakukan sama seperti menghina mahkamah. Jadi saya membuat laporan ini untuk dijadikan rekod bagi proses mahkamah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam prosiding hari ini, pasukan pembelaan ketua pembangkang itu menuntut supaya Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan mengenai perbicaraan kes tersebut.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata, apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" tetapi Karpal Singh bertegas ianya satu perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, kenyataan Karpal Singh mengenai pemilik akhbar itu adalah tidak wajar.

"Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil," kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah. -MSTAR

ATM: Kes Enjin Belum Selesai, Kini Kes Maklumat Bocor Pula

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.

Angkatan Tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat. Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

Intergriti anggota keselamatan negara bakal menjadi pertikaian jika ianya gagal ditangani segera. PAS yakin, insiden pembocoran maklumat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat tinggi kerana dari segi amalan kerahsiaan dalam organisasi Kerajaan dan Pertahanan, hanya mereka yang yang berpangkat tinggi sahaja mempunyai akses terhadap maklumat bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar.

PAS berharap agar agensi Keselamatan Negara membuat kajian semula tentang tahap keselamatan yang ada. Rakyat memerlukan satu jaminan yang kondusif terhadap tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dinegara maju seperti Jepun pasti akan meletakan jawatan jika perkara sebegini berlaku, adakah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia perlu dibiarkan sahaja sedangkan ini adalah insiden kedua yang melibatkan kecuaian yang besar dibawah pentadbiran mereka.

PAS mahu Kerajaan mendakwa dan memberikan hukuman yang berat kepada pengkhianat negara yang terlibat dalam kes ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kes Anwar: Perbicaraan beralih ke Kondo Desa Damansara



Sodomy II: Visit to the condo
Sodomy II: Parties visiting condominium
At the alleged crime scene



Prosiding perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga petang bagi membolehkan mahkamah membuat tinjauan di tempat kejadian iaitu Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Justeru prosiding akan disambung semula pada pukul 2.30 petang.

Perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar masuk hari kedua hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangannya secara tertutup di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar memasuki mahkamah pada 10.02 pagi and perbicaraan bermula pada 10.30 pagi.

Seorang daripada peguam Anwar, Ramkarpal Singh Deo berkata Saiful masih memberikan keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.


Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula semalam di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sebahagian sesi perbicaraan petang semalam juga diadakan secara tertutup atas permintaan peguam Anwar.

Semalam Mahkamah Tinggi yang memulakan perbicaraan kes liwat Anwar, digemparkan dengan dakwaan mangsa Saiful bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Saiful, 24, berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

Dalam ucapan pembukaannya, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar.

Anwar diwakili tujuh peguam yang diketuai Karpal Singh.

Mohamed Yusof dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.

Selain Karpal, Anwar juga diwakili peguam Datuk Param Cumaraswamy, Datuk CV Prabakharan, Ram Karpal, SN Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando

3 Feb 2010

Laporan Penuh Perbicaraan DS Anwar Ibrahim





1.45pm: Peguam Karpal Singh dan Ram Karpal tiba di kompleks mahkamah untuk pendengaran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2.05pm: Naib Presiden PKR Mohd Azmin Ali tiba .

2.22pm: Pengarah Strategi PKR Tian Chua cuba memasuki bangunan mahkamah membawa banner tetapi telah ditahan oleh pegawai polis. Bersamanya ialaj Ketua PKR Hj Abdullah Hukum, Roslan Mat, yang kelihatan cuba berunding dengan polis.

Tian Chua menyatakan tiada sebab polis hendak menahannya kerana membawa banner.

2.23pm: MP Subang MP R. Sivarasa tiba dan cubaberunding dengan polis mengizinkan Tian Chua membawa banner.

2.25pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang tiba. Laungan “Reformasi” kedengaran.

2.37 pm: Bekas Ketua Gerak Malaysia Nazri Yunus, mula melaungkan “Reformasi”. Beliau dan lain-lain membawa banner “Perhimpunan bantah fitnah ke-2.”

2.49pm: Peguam Karpal Singh masuki ruang mahkamah.

3.00pm: Ruang mahkamah sesak, ada yang duduk di lantai.

3.15pm Beberapa orang membantah tindakan polis menghalang Tian Chua, "Bukannya bom, hanya sehelai banner." Polis menolak Tian Chua keluar dari bangunan.

3.16pm: Anwar kelihatan berada di bahagian pendaftaran mahkamah mengesahkan affidavit terhadap rayuannya ke atas keputusan yang tidak memihak kepadanya, iaitu mengenepikan tuduhan ke atasnya.

3.25pm Peguam Karpal Singh sebelumnya menegaskan, "Kami bercadang untuk bertemu semula Presiden Mahkamah Rayuan esok."

3.26pm Karpal menyatakan bahawa ia berdsarkan fakta bahawa keadaan telah berubah. Karpal menyatakan rekod rayuan kini sudah siap "jadi kami boleh meminta presiden mahkamah rayuan menangguhkan kes sehingga rayuan didengari."

3.27pm Anwar memasuki mahkamah ditemani isterinya Wan Azizah dan anak-anaknya.

3.30 pm Pendengaran kes bermula

3.36 pm Karpal meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga pertemuan pihak pembela dengan Mahkamah Rayuan esok.

3.40 pm : Hakim menolak permohonan Karpal, mengarahkan perbicaraan diteruskan

3.42 pm : Karpal meminta senarai saksi-saksi tetapi hakim menyatakan beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini keputusan Mahkamah Persekutuan. Perdebatan hangat diantara hakim dan Karpal tercetus.

3.45 pm :Pertuduhan dibacakan kepada Anwar, tetapi Anwar menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat oleh mereka yang berkuasa.

3.49 pm : Pendakwa di dalam kenyataan pembukaan menyatakan mereka akan membuktikan kesan yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan mereka akan mengesahkan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah melampaui keraguan. Mereka akan membuktikan evidence terus dari Mohd Saiful dan pengesahan forensik dari doktor dan pakar kimia.

Selain itu, beberapa dokumen sokogan lain akan dikemukakan.

Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menyatakan Mohd Saiful telah pergi melakukan ujian medikal di hospital KL pada Jun 28, 2008. Contoh tisu Mohd Saiful telah diambil pleh doktor yang memerikasa beliau untuk ujian DNA.

Mohamed Yusof berkata Mohd Saiful telah membuat laporan polis pada hari yang sama ketika insiden liwat itu berlaku di Kondominium Desa Damansara pada Jun 26, 2008.

3.55 pm: Pendakwa memanggil Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi pertama. Seorang anak perempuan Anwar menjerit, "Taubat lah." Mahkamah senyap sepi.

3.36 pm: Saiful memberitahu mahkamah latarbelakang pendidikannya. Beliau menyatakan beliau tidak menamatkan pelajarannya di Uniten kerana keputusan yang lemah kerana kedudukannya sebahai ketua badan pelajar.

3.37 pm: Saiful menyatakan dia malu lantas berhenti dari menyambung pelajarannya.

3.39 pm: Saiful menuding kepada Anwar sebagai tertuduh. Anwar tidak melihat ke arah Saiful.

4.02 pm : Saiful menyatakan tugasnya sebagai Pembantu kepada Anwar termasuklah mengaturkan mesyuarat sulit dengan Ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat ke PKR pada waktu itu.

4.05 pm: Saiful mendedahkan gajinya yang rasmi ialah RM1,000 tetapi alaun tidak rasmi untuk ke luarnegara ialah HK$10,000.

4.08 pm : Saiful kelihatan tenang, menyatakan sebab sebenar dia berhenti dari jawatan Pembantu Peribadi adalah kerana "di tidak tahan dipergunakan seperti yang terkandung di dalam pertuduhan".

4.20 pm : Karpal membantah kandungan laporan polis yang menyatakan "kejadian TERAKHIR berlaku pada 26-08-08."

4.25 pm: "Terakhir" bermaksud wujudnya kes-kes terdahulu, katanya. Hakim bersetuju untuk mengeluarkan perkataan itu.

4.30 pm: Di luar mahkamah suasana gamat dengan penyokong Anwar memasang banner dengan ada diantaranya memakai topeng Najib dan Rosmah.

4.35 pm: Polis sedang memantau keadaan. Belum dipastikan samada akan berlaku tangkapan kerana Ketua Polis sudah menyuarakan bahawa tindakan itu sebagai melampau.

4.40 pm Anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar kelihatan meninggalkan kompleks mahkamah.

Tian Chua kelihatan memberikan taklimat dan bersembang dengan penyokong PKR mengenai perbicaraan.

4.53 pm: Saiful menyatakan di Desa Kondo Damansara semasa pertemuan dengan Anwar, dia ditanya, "Can I f*** you?"

5.00 pm: Mahkamah ditangguhkan. Bersambung esok pada 9.30 pagi, hanya berkamera kerana melibatkan sensitiviti pengakuan.

7 pelajar UPM dilucut kemenangan ke mahkamah?

Tujuh pelajar, yang dipercayai dari kumpulan Pro-Mahasiswa, yang dilucutkan kemenangan tidak sampai 24 jam selepas memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), dijangka akan ke mahkamah untuk mencabar keputusan itu.

Jika tindakan itu diambil, ia dilihat sebagai kali pertama keputusan pilihan raya kampus bakal dicabar di mahkamah.

Ketujuh-tujuh pelajar berkenaan yang sedang mengadakan perbincangan peguam masing-masing dijangka membuat keputusan muktamad mengenainya selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah.

“Usaha untuk menemui Naib Canselor belum berhasil dan kemungkinan kami akan menemui beliau dalam waktu terdekat.

“Jadi kami tunggu hasil pertemuan dahulu, apa yang hendak dilakukan oleh Naib Canselor... sama ada menerima kemenangan mereka ataupun mengadakan semula pilihan raya kampus bagi kerusi MPP,” kata bekas pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa UPM, Abdul Razak Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketujuh-tujuh pelajar berkenaan menerima surat dilucutkan kemenangan petang Rabu lalu dengan dinyatakan telah melakukan tiga kesalahan iaitu bertanding atas tiket secara berkumpulan, berkempen tidak mengikut tempoh ditetapkan dan berkempen menggunakan media baru seperti SMS, laman web atau blog.

Pilihan raya kampus UPM diadakan Selasa lalu.

Mereka merupakan sebahagian daripada 11 calon barisan yang dipercayai menganggap diri mereka kumpulan Pro-Mahasiswa yang memenangi kerusi MPP kali ini.

Pelajar-pelajar yang dilucutkan kemenangan ialah Muhammad Hazim Mohd Noh, Amirul Rahman Mohd Khozam, Muhamad Hanif Md. Radzi, Muhamad Rafi Abu Bakar, Nurul Hanisah M Yunus, Siti Hajar Zolqarnain dan Azlinda Abdullah.

Sebelum ini Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa, Ahmad Faris Rakbi berkata ketujuh-tujuh pelajar berkenaan tidak akan mengemukakan rayuan.

“Mereka tidak akan membuat rayuan sebab kemenangan mereka dibatalkan selepas kami menang pilihan raya, malah kenyataan dibuat pihak pengurusan universiti tidak mengemukakan bukti kepada tuduhan-tuduhan yang dikenakan,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan pengurusan mengambil tindakan itu ekoran bantahan yang diterima daripada kumpulan Pro-Aspirasi ataupun Penggerak Mahasiswa.

Calon-calon kumpulan Pro-Aspirasi mengulangi kemenangan besar mereka dalam pilihan raya kampus UPM kali ini.

Kumpulan Pro-Aspirasi memenangi 37 daripada 48 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya memenangi 11 kerusi berbanding 13 kerusi ketika sesi pengajian lalu.

Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat meninggal dunia

Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Al-Fatihah

[ PEMUDABESUT mengucapkan takziah kepada Keluarga Allahyarhamuha. Pada pertengahan bulan Disember lalu, kami AJK pemuda besut telah menjemput Allahyarhamuh bagi memberi ceramah motivasi kepada isteri AJK Pemudabesut semasa Program Hari Keluarga Pemuda Besut 2009. Semoga Roh mu berada dikalangan orang yang solehah..]

2 Feb 2010

Laungan 'reformasi' bergema lagi di mahkamah



Perbicaraan Anwar Disambung Petang Esok



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memutuskan perbicaraan konspirasi dua Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung jam 2.30 petang esok.

Keputusan itu diambil setelah peguam Anwar memberitahu mahkamah bahawa mereka akan mengadakan pertemuan dengan hakim Mahkamah Persekutuan pagi esok.

1 Feb 2010

Hishamudin tak mahu terima memorandum, rakyat tak mahu jumpa Umno

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/JuaraRakyat%20001.jpgPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberitakan tidak mahu menerima satu memorandum yang mahu diserahkan kepadanya.
Memorandum tersebut dirancang untuk diserahkan kepada Hishamudin selepas mesyuarat Perhubungan Umno minggu lalu

Menurut sumber, memorandum tersebut mahu diserahkan oleh kumpulan yang menyokong bekas Ketua Pemuda Umno, Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak).

Namun, Hishamuddin memberikan alasan, beliau tidak mahu menerima memorandum itu kerana menurutnya, beliau tidak akan melayan sebarang karenah serta perkara remeh-temeh yang boleh membawa kepada perpecahan.

Sebaliknya, rancangan penyerahan memorandum tersebut pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa telah ada perpecahan dikalangan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Batu Burok.

Difahamkan, penyokong-penyokong kuat Mat Kerak tidak berpuas hati atas tindakan tidak mengekalkan Mat Kerak sebagai Penyelaras DUN Batu Burok.

Oleh itu mereka mengharap supaya selaku Pengerusi Perhubungan, Hishamudin dapat mendengar dan menyelesaikan hajat mereka.

Namun sebaliknya, Hisahmudin terus menutup pintu, atas sebarang ‘suara’ dalam Umno Terengganu, semata-mata kononnya mahu menyelesaikan masalah dalaman Umno Terengganu.

Setelah sembilan bulan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu menerajui Umno Terengganu bukan sahaja masalah penyatuan Umno belum selesai, malah prestasi agensi dibawah ‘ketiaknya’ bermasalah.

Seramai 112 anggota dan pegawai polis yang bertugas di Terengganu disiasat kerana melakukan pelbagai kesalahan tatatertib sepanjang tahun lalu, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 13 orang merupakan kalangan pegawai manakala 99 orang lagi anggota pangkat rendah.

"Dalam hal ini, 22 orang ditahan kerja, lapan digantung kerja sementara menunggu proses siasatan dilengkapkan manakala 30 anggota berpangkat rendah didapati bersalah dan disabitkan hukuman," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan oleh anggota polis berkenaan termasuklah ponteng kerja, penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan nama baik polis.

Dalam pada itu, bilangan polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Terengganu telah melambung tinggi, dimana terdapat tujuh kes kes pada tahun 2008, tetapi angka ini meningkat menjadi dua kali ganda tahun lalu.
Sementara itu, pelancaran program juara rakyat sebagaimana yang dihebahkan disepakati oleh pemimpin Umno Terengganu, tidak menjadi.

Selain menumpang program pemberian hadiah pelajar cemerlang yang dianjurkan oleh Yayasan Terengganu, ia tidak mendapat sambutan, baik dikalangan ahli-ahli Umno sendiri, apatah lagi dari penduduk setempat.

Mujurlah menumpang program Yayasan Terengganu yang menjemput 600 orang para pelajar cemerlang untuk hadir menerima hadiah kewangan.

Dicampur dengan ibu atau bapa, jumlahnya lebih kurang 1500 orang dan itulah hanya khalayak yang hadir.

Program pelancaran juara rakyat peringkat negeri itu sepatutnya disambung jam 3 petang dengan program ‘Umno bertemu pelanggan’ iaitu orang ramai.

Malangnya khemah-khemah pameran terpaksa dikemas dan ditutup kerana tidak ada sesiapa yang mahu bertemu dengan Umno!

31 Jan 2010

Mustafa CEO PMBK, Ahmad Fadhli SU akhbar MB?

Kontroversi membabitkan menantu Menteri Besar Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam isu peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) secara rasmi berakhir hari ini.

Notis peletakan jawatan tersebut sepatutnya berakhir pada Mac 23, bagaimanapun ia diperawalkan dua bulan.

Difahamkan langkah itu diambil bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab di agensi kerajaan negeri itu.

Tempat Ariffahmi dipangku oleh bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Ariffahmi, semasa dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Bagaimanapun mengesahkan penyerahan tugas kepada Mustafa telah berlangsung dalam satu majlis ringkas di pejabat PMBK Khamis lepas.

“Tak ada apa-apa komen. Terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.

“Saya percaya Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang,” katanya.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pegawai Kewangan negeri, Faudzi Che Mamat dan Pegawai Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah.

Dalam pada itu Mustafa juga enggan mengulas lanjut perkara itu hanya melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan agensi tersebut.

“Tunggulah dulu. Saya belum menduduki kerusi itu lagi. Tunggu biar saya masuk dan berkhidmat dulu. Sekarang tak ada apa-apa komen daripada saya,” katanya semasa dihubungi.

Mustafa dijangka memulakan tugas jawatan barunya itu esok.

Mustafa adalah Timbalan CEO Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Sementara itu pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Ahmad Fadhli Shaari didesas-desus bakal mengisi kekosongan kerusi Setiausaha Akhbar Menteri Besar selepas kontrak penyandangnya Mohd Saiba Yaakub berakhir Feb 2 ini.

Saiba yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar selama genap lapan tahun tidak berniat menyambung kontraknya berhasrat ingin menyambung pengajian.

Ketika dihubungi semalam Saiba sekali lagi turut mengesahkan perkara itu.

“Perkhidmatan saya akan tamat pada Feb 2 ini. Insya-Allah lusa adalah penggantinya.

"Mungkinlah. Saya pun tak pasti juga. Kalau nak lihat keperluan dari sudut pembaharuan saya kira lapan tahun itu sudah cukup tempoh matangnya,” katanya.

Pada Jan 1 lalu Annual Bakhri Harun melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar kerana masalah peribadi.

Namun di sebalik itu ada yang mengatakan pelucutan dua pegawai kanan itu (setiausaaha politik dan akhbar) berkaitan dengan krisis pentadbiran PMBK.

Ahmad Fadhli semasa dihubungi bagaimanapun hanya berkata “saya mengambil sikap tunggu dan lihat” ketika diminta komen berhubung perkara tersebut.

Tanpa menafikan turut mendengar desas-desus namanya bakal dilantik sebagai pegawai kanan di pejabat Menteri Besar itu menafi telah menerima surat tawaran berhubung pelantikan itu.

“Setakat ini saya belum lagi menerima apa-apa surat tawaran mengenainya,” katanya.

Menjawab kesediaannya menerima pelantikan tersebut Ahmad Fadhli berkata terlebih dahulu akan meneliti terma dan syarat pelantikan berkenaan.

“Saya akan tengok juga dulu terma dan syarat lantikan itu. Saya masih bekerja sekarang ini” jelasnya.

Ahmnad Fadhli juga selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan menggantikan Dr Rosli Allani Abdul Kadir hampir tiga minggu lalu yang melepaskan jawatannya bulan lalu ekoran kontroversi perkahwinan keduanya dengan Ilyani Mohd Noor dikatakan terlibat dengan perkahwinan sindiket.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.