Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

16 Mei 2009

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS




KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan
(Hrkh)

Peguam desak IGP, Hisham letak jawatan



Majlis Peguam menuntut peletakan jawatan ketua polis negara dan menteri dalam negeri, ekoran penahanan lima rakan peguam mereka pada 7 Mei lalu.

Kelima mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.

bar council meeting 150509Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman dalam lokap polis - satu tindakan yang telah mencetus kemarahan masyarakat peguam.

Kira-kira 200 peguam mengadakan bantahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari berikutnya terhadap "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis".

Dan untuk menyatakan kemarahan mereka, para peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM) hari ini berhubung perkara tersebut.

Ia dihadiri lebih 1,400 peguam. Selain mendesak Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan, para peguam tersebut juga bersetuju untuk memfailkan saman berhubung penahanan lima peguam berkenaan.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Musa di balai polis Brickfields, pegawai penyiasat dan pihak kerajaan.

Mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

bar council lawyers protest at jalan duta court detained 5 lawyer at brickfields police station 080509 03Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar (foto).

Mereka bagaimanapun dibebaskan pada 8 Mei bersama dengan Wong dan yang lainnya di balai polis Brickfields.

Selamat Hari Guru ...

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia



Guru oh Guru

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakill seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Usman Awang1979

Najib Tidak Dihormati Rakyat


Sebuah kedai buku terkenal di Kuala Lumpur di dakwa mempersendakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dengan melekatkan tanduk kertas di songkok dan memutihkan warna pada muka hadapan wajah beliau di buku "Najib Razak: Pendakian Ke Puncak Kuasa" karya Chamil Wariya.

Walaupun perbuatan ini dianggap tidak menghormati pemimpin negara ia juga boleh ditafsirkan sebagai kemarahan rakyat terhadap beliau.

Ini berikutan krisis politik Perak yang berlanjutan sejak tiga bulan lalu dan Najib didakwa bertanggungjawab mencetuskan kemelut tersebut.

15 Mei 2009

Selsema babi sudah sampai di Malaysia

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama wabak influenza H1N1 di negara ini melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, pelajar berusia 21 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, pelajar yang pulang ke tanah air pada 13 Mei lalu itu mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada keesokan harinya dan dibawa ke hospital pada hari yang sama kira-kira pukul 6.45 petang.

"Beliau telah pun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Dr Ismail berkata, pihaknya telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes.

"Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapal terbang yang sama," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIApada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300 untuk tindakan susulan.

Hakim benarkan rayuan Zambry terlibat dengan kes VK Linggam?

Satu lagi konspirasi dibongkar.

Hakim yang mendengar rayuan Zambry Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah adalah salah seorang yang terlibat dengan “Skandal Lingam” yang menggegarkan negara satu ketika dahulu.

Klik disini untuk membaca pendedahan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Hah! Lihatlah bagaimana sistem kehakiman negara diperkudakan lagi untuk BN terus berkuasa.

Lebih lama DUN Perak tidak dibubarkan, lebih banyak lagi skandal-skandal akan terbongkar.

Krisis politik Perak telah memperlihatkan rakyat Malaysia mengenai kepincangan negara yang telah berlaku begitu lama.

Rakyat kini telah melihat dengan jelas bagaimana institusi kehakiman, polis dan penjawat awam diperalatkan seratus peratus untuk terus mempertahankan kuasa BN!

Angin perubahan semakin terasa!!!

SILAP MATA POLITIK NAJIB DAPAT DIBACA LAGI

Najib main politik lagi. Kali ini beliau meletakkan dua sasaran untuk menepis serangan politik yang ditujukan kepadanya. Yang pertama, Najib cuba mengalihkan tekanan yang dihadapinya dengan menyatakan beliau dan Barisan Nasional yang dipimpinnya tidak ada halangan untuk berbincang dengan Pakatan Rakyat berhubung cara terbaik menyelesaikan kemelut politik Perak.

Kedua, Najib bertindak lebih berani lagi. Penyelesaian mutlak krisis politik Perak terletak di tangan Sultan Perak katanya. Beliau menegaskan hanya Sultan yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri itu dan melorongkan laluan supaya pilihanraya negeri diadakan.

Dalam langkah pertama, Najib mahu mengalihkan perhatian rakyat dan dunia bahawa beliau luhur dan ikhlas menangani krisis politik Perak. Beliau berjiwa besar dan sedia berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Tujuan beliau berbuat demikian adalah jelas. Najib mahu rakyat tahu bahawa beliau tidak gentar menghadapi cabaran Pakatan Rakyat. Malah sebaliknya Najib mahu memberi isyarat bahawa jika kemelut politik Perak tidak boleh diselesaikan dengan baik dan sopan itu adalah kerana Pakatan Rakyat “tidak mahu atau keberatan” untuk meleraikannya secara bertamadun dan ikhlas.

Langkah politik ini dangkal. Beliau berharap Pakatan Rakyat menolak pelawaan yang bersalut syarat yang tidak munasabah itu,. Najib berkata, perbincangan boleh diadakan dengan Pakatan Rakyat jika pihak lawannya itu bersetuju untuk saling hormat menghormati dan akur kepada undang-undang dan sempadannya.

Amat jelas itu pelawaan Najib tidak ikhlas. Jika ingin berbincang, tidak perlu memberi syarat pihak saingan harus bersopan dan bertamadun. Ini kerana memang satu hakikat dan menjadi lumrah bahawa perbincangan hanya akan berlaku apabila adalah kesediaan untuk bersikap terbuka dan bersantun.

Apa sebenarnya yang cuba dilakukan Najib ialah mencabar Pakatan Rakyat. Dalam perkataan lain Najib mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memang tidak bertamadun dan bersopan santun serta tidak menghormati undang-undang. Bagaimanapun jika kalian ingin duduk semeja dan berbincang dengan Barisan Nasional kalian perlu bertamadun dan hormati undang-undang!

Ini bukan pelawaan tapi herdikan politik! Pada permukaannya, Najib dengan digilap oleh media arus perdananya cuba menonjolkan imej seorang negarawan yang lebih mementingkan kesejahteraan rakyat. Bagaimanapun syarat yang diberikannya sebenarnya mendedahkan kesumat yang bersarang di hatinya.

Najib berharap dengan kenyataan itu, Pakatan Rakyat akan segera menolak usulnya kerana marah dengan sindiran Najib bahawa mereka kurang bertamadun. Sifir politik Najib terlalu mudah untuk menjadi umpan agar rakyat marah dan “meluat” terhadap keengganan Pakatan Rakyat bekerjasama menyelesaikan isu politik Perak.

Selepas perbincangan segera di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim yang memang sudah maklum tahap pemikiran politik Najib, menyambut pelawaan Najib itu dengan meminta Perdana Menteri selama 41 hari itu menentukan bila dan di mana mesyuarat keamanan itu hendak diadakan.

Bagi Anwar membaca Najib tidak sukar. Oleh kerana keterbatasan pengalamannya memimpin, Najib yang selama ini “diampu dan dibelai” kerjaya politiknya oleh individu yang banyak terhutang budi kepada Allahyarham bapanya dan juga “pembodek” profesional, akan pasti mengambil langkah cetek seperti ini. Sekarang Najib perlu nyatakan bila dan di mana. Persoalannya sanggupkah beliau menghadapi kelibat Anwar, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan barisan pemimpin muda berkaliber besar dalam saf Pakatan Rakyat?

Jika kilasan politik Pakatan Rakyat tidak cukup menjerat nafas politik Najib, strategi keduanya untuk mengalihkan tanggungjawab menentukan penyelesaian berkekalan krisis politik Perak ke bahu Sultan, nampaknya lebih menjerut imej dan juga nilai kepemimpinan Najib.

Dalam hal ini semua pemerhati politik faham hanya Sultan berkuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri. Jadi jika atas perkiraan apa jua, Sultan tidak mahu berbuat demikian, itu bukan salah Najib dan Barisan Nasional. Lantas, strategi Najib seterusnya ialah meyakinkan Sultan agar tidak usah bubar dewan!

Apakah Najib berfikir rakyat tidak ingat bagaimana Sultan boleh bersetuju melantik Zambry Kader sebagai Menteri Besar dan pada masa yang sama mengenepikan hakikat bahawa Menteri Besar yang sedia ada, Nizar Jamaladdin belum dan tidak meletak jawatan, selepas diberi “nasihat” oleh Najib?

Congakan Najib ialah jika Dewan tidak dibubarkan ia adalah kerana Sultan. Biarlah rakyat marah pada Sultan asalkan kemarahan itu tidak disasarkan kepada dirinya dan Barisan Nasional.

Apa yang Najib tidak sedar kesilapan yang dilakukannya ialah, dengan mengatakan hanya Sultan yang berkuasa membubarkan Dewan, beliau sebenarnya sudah mengaku bahawa penyelesaian krisis Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Cuma dalam premis pemikiran politiknya ialah, biarlah rakyat salahkan Sultan kerana tidak mahu menyelesaikan krisis ini. Yang tidak mahu bubar Dewan Undangan Negeri bukan beliau dan Barisan Nasional. Maka, Najib berharap tidak timbullah persoalan beliau takut memimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri Perak walaupun mentor politiknya, Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan bahawa Barisan Nasional akan kalah dalam pilihanraya negeri!

Jika Najib jujur dan yakin beliau tidak gentar dengan Pakatan Rakyat, beliau harus membuat kenyataan terbuka untuk menyokong usul dan sembah Nizar (yang memang sudah rasmi diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi sebagai Menteri Besar yang sah) kepada Sultan supaya membubarkan Dewan.

Demi kebaikan kerjaya politiknya, Najib tidak perlu berselindung di sebalik singgahsana Sultan untuk mengalih pandangan rakyat kepada isu sebenar. Najib tidak harus menunggu hingga rakyat bangkit mencari siapa petualang yang menyorok di istana untuk mengkucar-kacirkan kehidupan mereka di Perak Darul Ridzuan. Apabila itu berlaku tidak ada manisnya berpolitik. -- TVA

Sivakumar failkan saman terhadap Ganesan

IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar daripada Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap Speaker R Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa semasa sidang DUN Perak minggu lalu.

Beliau memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini.

14 Mei 2009

Pakatan mahu temui Najib bincang formula penyelesaian



View all 15 photos...minaq jinggo

Harakahdaily : Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak
Mstar : Pakatan mahu temui Najib bincang formula penyelesaian

Venue : Bilik Mesyuarat, Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Pemimpin Pakatan Rakyat bermesyuarat jam 2 ptg tadi dan merumuskan bahawa mereka bersedia untuk bertemu Najib untuk membincangkan kemelut di negeri Perak. Mereka tidak mengenakan sebarang syarat. Terpulang kepada Najib untuk membuat initiatif seterusnya.

Perutusan 13 Mei Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat




harakahdaily: 13 Mei 2009: Kelantan cetus deklarasi perpaduan nasional

MSO: Deklarasi di SUK Ada Tujuan Tersirat

13 Mei 2009

'Pistol dibawa masuk ke sidang DUN 7 Mei'

Wakil rakyat DAP menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan mereka bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, senjata itu dibiarkan dibawa masuk walaupun terdapat kawalan keselamatan yang ketat dan pengesan logam turut dipasang pada hari berkenaan.

Beliau juga menyebutkan contoh ADUN Jelapang, Hee Yit Fong memiliki satu alat penyembur pemedih mata, sebagai satu lagi contoh senjata dibawa masuk ke dalam dewan.


"Mungkin (kakitangan keselamatan) hanya berminat memeriksa Pakatan (Rakyat)," kata Nga dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Perak di Ipoh hari ini.

Satu klip video turut ditayangkan dalam sidang akhbar tersebut yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian putih, dilihat seperti mencapai satu objek yang terselit di belakang seluarnya. Objek itu bagaimanapun tidak dapat dilihat dengan jelas.

Insiden tersebut berlaku sejurus selepas berbelas individu yang tidak dikenali menyerbu masuk ke dalam dewan untuk membawa keluar Speaker V Sivakumar.

Ditanya sama ada terdapat sebarang peraturan tetap dewan yang melarang senjatapi dibawa masuk ke dalam DUN, Sivakumar berkata, tidak ada, tetapi larangan itu merupakan amalan yang digunakan di seluruh dunia.

Katanya, terdapat sebuah bilik khas yang disediakan di bangunan SUK bagi membolehkan individu menyimpan senjata mereka sebelum masuk ke dalam DUN.Malaysiakini

PENGALAMAN 6 JAM DI PEJABAT MB

YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.

Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.

http://misabah.blogspot.com

Peguam Nizar kaji rayu keputusan Mahkamah Rayuan



IPOH: Peguam Datuk Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Salah seorang peguamnya, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tersebut.

Ketika ditemui di sini pukul 3.30 petang pada sidang media bersama Nizar, Leong berkata, pihaknya akan meneliti kandungan keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami sedang meneliti kemungkinan itu, kemungkinan itu (peruntukan undang-undang)," kata beliau sambil menambah, aspek masa rayuan dikemukakan pihak defenden juga akan diteliti.

Nizar pula berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk memberi nasihat mengenainya.

Kira-kira pukul 1.20 tengah hari kelmarin Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. - DRS. KHALIL IDHAM LIM

MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALAL

Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis peanganugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tina DS. Nizar dan Isteri memasuk Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-


a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

12 Mei 2009

4.30 pm: Taklimat penting oleh MB Nizar di Pejabat PAS Ipoh

YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan taklimat tentang perkembangan terkini mengenai Kerajaan Negeri Perak berikutan mengenai keputusan terkini Mahkamah Rayuan. Hadir dalam taklimat penting ini ialah dikalangan Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua ADUN Pakatan Rakyat di Pejabat PAS Ipoh.

YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang mendapat mendapat pengesahannya di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin kembali meninggalkan pejabatnya yang dimasuki mulai hari ini setelah Mahkamah Rayuan mebenarkan pemohonan Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali hari ini yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mana satu yang Halal???

Terkini 2.30pm

Dari sumber yang diperolehi, Zambry telah mengarahkan DS Nizar untuk mengosongkan pejabat MB di bangunan SUK. Arahan yang dianggap sah itu adalah merujuk kepada perkembangan rayuan Zambry menangguhkan keputusan mahkamah kelmarin.

Sudah dijangka, mudah diramalkan maka episod luka rakyat Perak bersambung semula setelah mendapat sedikit penawarnya semalam. Hari ini, Zambry telah berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Rayuan untuk tangguh keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang putuskan YAB Ir Nizar MB Perak yang sah. Tarikh perbicaraan kes belum ditetapkan.

Begitulah mahkamah di dunia tidak akan dapat mengatasi mahkamah di Akhirat kelak. Mahkamah dunia sentiasa boleh dicabar dan kadangkala keputusan mahkamah dikatakan `silap' atau khilaf. Meskipun semalam jalan telah dibuka seluas-luasnya untuk rakyat Perak menggunakan kuasa menentukan pemimpin mereka, tetapi terdapatnya manusia yang terus ingin menafikan kuasa rakyat. Kita lihat apa episod yang berlaku selepas ini. Moga DYMM Sultan Perak akan menggunakan kuasa mutlaknya demi kepentingan rakyat Perak.~ABO

[ Rakyat sudah pening..... Semalam MB halal menang... MB haram pulak hari ini....Sebelum ini Speaker Halal .....7 mei Speaker Haram pulak rampas..... JAdi rakyat nak tahu yang mana Halal @ Haram kena JAKIM pulak lah...]

Bubar DUN - Peluang Sultan Azlan Shah muncul terhormat

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, inilah masa yang terbaik bagi institusi Di Raja Perak yang amat dihormati sebelum ini, untuk membuktikan bahawa mereka adil dan saksama.

"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.

"Peluang institusi Diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Husam, bagi PAS dan Pakatan Rakyat, pembubaran Dun tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana, rakyat Perak bebas membuat pilihan mereka sendiri.

Katanya, pembubaran Dun merupakan tetap langkah terpuji yang membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat adalah pemain demokrasi yang jujur dan pruden serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas.

"Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Naib Presiden PAS itu juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengembalikan jawatan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah mengejutkan.

Katanya, keberanian Hakim Abdul Aziz Rahim membawa Mahkamah Malaysia keluar sebagai institusi yang bebas dan berintegriti adalah amat mengejutkan.

"Beliau adalah seorang hero baru," kata Husam.

Husam juga menempelak Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana beliau sepatutnya tidak lagi menggunakan saluran undang-undang untuk menyelesaikan krisis Perak yang beliau sendiri mulakan.

Tegasnya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu, tetapi, rakyat tetap beranggapan bahawa pemecatan Nizar adalah tidak sah, dan ianya telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi,

Menurutnya, Najib harus berani menerima realiti dan berani menyelesaikan kemelut ini mengikut saluran politik adalah langkah yang paling baik.

"Jika rayuan itu nanti masih memihak kepada Nizar, Najib dan Umno akan menanggung malu yang lebih besar. Jika keputusan itu atas apa sebab pun memihak kepada BN, rasa euphoria rakyat atas bebasnya kehakiman negara ini kembali menjadi negatif.

"Jika Najib berani bertindak bersama Pakatan Rakyat untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, BN mendapat dua markah iaitu bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib dan yang kedua, kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat," ujar Husam.

Katanya, Umno dan BN mungkin tewas dalam pilihanraya itu nanti, tetapi maruah politik dan integriti BN akan dapat dihindarkan dari terus koyak.

"Ia telah pun koyak dengan parah sebelum ini. Umno-BN mendapat kuasa di Perak, tetapi ia meranapkan imej BN di seluruh negara, bahkan dunia. Harganya terlalu mahal.

"Samada Najib ingin terus bermandi dalam lumpur politik yang tidak mungkin dibersihkan selagi ia menggonggong kuasa di Perak melalui jalan di luar batas undang-undang dan amalan demokrasi yang terpuji atau kembali ke pangkal jalan," tegasnya.

MB Haram berjaya tangguh keputusan mahkamah

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

10 Video Kemenangan Nizar





Suasana Luar Mahkamah, Menunggu Pengesahan Nizar MB Perak (1)
Suasana Luar Mahkamah, Menunggu Pengesahan Nizar MB Perak (2)
Suasana Luar Mahkamah - Kata Pemimpin dan Peguam Selepas Pengesahan Nizar MB Perak (3)
Rakaman suasana sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
NIZAR GANTUNG PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK
Nizar Menteri Besar Perak yang sah
DS Nizar MB Perak Yang Sah - Mahkamah Tinggi
nizar : bubar dun perak!!!!

Dr. Ahmad Ramzi sudah muncul....

Berita Sebelum :Waran tangkap Ramzi

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/ramzi1.jpg

Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu hari ini, dipercayai untuk memberi keterangan.

Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh itu hadir kira-kira pukul 9.30 pagi ini, bersama beberapa orang rakannya.

Sehingga pukul 12 tengahari ini, Ahmad Ramzi masih belum keluar dari IPD terbabit.

Polis Terengganu semalam mengumumkan akan mendapatkan waran tangkap terhadap beliau setelah Ahmad Ramzi masih belum hadir memberi keterangan dalam tempoh tiga hari yang diberikan.

Siasatan terhadap bekas calon kerusi Parlimen Marang itu diperlukan untuk membantu kes penghantaran SMS kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada pertengahan April lalu.

12.30 pm; DS Nizar keluar istana

12.30pm
Maklumat dan sumber yang baru diperolehi Dato' Seri Nizar baru saja meninggalkan istana kurang lebih 10 minit yang lalu menuju ke Ipoh. Mungkin ada Sidang akhbar lepas zohor ini. Walaubagaimanapun sumber rapat dengan MB Perak menyatakan bahawa DS Nizar masih belum mengadap baginda Sultan berhubung pembubaran DUN. Akan dikemaskini dari masa ke semasa.


9.10 pagi ; Nizar tiba di Istana Iskandariah

Pengumuman ketibaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingar sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai Menteri Besar mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menyangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada Pakatan Rakyat termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco Barisan Nasional yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing-masing di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan .

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan Menteri Besar 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008.

Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini. TVA

Gambar Sekitar Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam

dsc000353

dsc00076

dsc00081

dsc00085

dsc00094

dsc00099




Gambar celok dari Perak Express & Perisik Rakyat.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.