Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

24 Apr 2010

Umno Macam Ada Nabi Lain, Hulu Selangor Perlu Ajar Umno

HULU SELANGOR : Sekalipun kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak begitu baik namun beliau tetap turun berkempen di Hulu Selangor demi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Parlimen Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Kehadiran tokoh agama ini disambut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaib Ibrahim, selain gema sorakan pengundi yang sememangnya menghormati Nik Aziz.

Pada ucapannya, beliau menegaskan Pas akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat dan meminta umat Islam tidak terpedaya dengan dakyah Umno yang mengasingkan agama dan politik dalam rencah kehidupan semasa.

"Islam tidak memisahkan politik dari kehidupan. Rasulullah saw bukan sahaja pemimpin agama tapi juga pemimpin politik. Hanya Umno yang mengajar politik lain, agama lain. Macamlah Umno ada nabi lain," katanya.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.

Nik Aziz: ‘Undi Zaid, orang Kelantan tahu halal haram’

BATANG KALI, 24 April — Tinggal kurang enam jam sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pengundi kawasan ini termasuk 300 warga Kelantan mengundi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, esok.

Kata Nik Aziz, pengundi-pengundi wajar memberikan sokongan Zaid kerana yakin terhadap kepimpinannya sebagai seorang yang berprinsip.

“Beliau seorang yang sanggup meletakkan jawatan kerana prinsip... mana ada menteri yang sanggup meletakkan jawatan,” kata Menteri Besar Kelantan ini ketika berucap di hadapan penyokong PAS di Batang Kali, petang ini.

Majlis ini diadakan untuk pengundi-pengundi dari Kelantan.

Bagaimanapun hampir 3,000 orang termasuk pengundi tempatan hadir untuk mendengar ucapan Nik Aziz — persinggahan kedua terakhir hari ini. Malam ini beliau akan berucap di stadium mini Kuala Kubu Baru bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz memberitahu, beliau juga yakin dengan kepimpinan Zaid kerana bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu adalah kelahiran Kelantan yang tahu “soal halal haram.”

“Dulu dia minum arak masa dalam Umno, bila rapat dengan PAS sudah tak minum arak,” kata beliau.

Zaid menyertai PKR awal tahun lalu selepas dipecat Umno akhir 2008.

Zaid yang diturunkan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor berhadapan dengan serangan peribadi beliau seorang kaki sosial termasuk minum arak.

Umno-BN menggunakan isu itu sebagai bahan kempen.

Awal minggu ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

Dalam ucapannya beliau juga menyentuh soal mengapa PAS harus menjalin kerjasama bersama DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Rakyat.

Sebab itu kata Nik Aziz, beliau banyak kali menolak kerajaan perpaduan antara PAS-Umno termasuk ketika Muktamar PAS 2008 dan 2009.

“Dulu (1960-an) dia letih (BN dalam suasana sukar) panggil kita, tetapi selepas itu ketepikan kita.

“Sekarang dia letih balik, hilang beberapa negeri, dia (BN) panggil kita balik, mana boleh? Tidak!” katanya. TMI

VIDEO:Sidang Media Tok Guru Nik Aziz & Zaid Ibrahim





22 Apr 2010

5 Ahli AMK Ditahan, Polis Guna Akta Bahan Letupan

Fariz dan rakan ketika dalam tahanan Polis

HULU SELANGOR, 22 April — Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan polis kerana menahan lima ahli sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat itu atas alasan tidak masuk akal iaitu membawa senjata bahaya dan bahan letupan.
Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, kesemua ahli AMK termasuk dirinya telah ditangkap kira-kira 7 petang semalam dan kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.
“Kami ditangkap kira-kira pukul 7 petang semalam oleh sekumpulan pihak polis dan menyelongkar kenderaan yang kami naiki sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.
“Di sana setelah diambil keterangan kami turut digari dan diletakkan dalam lokap untuk satu malam,” katanya.
Pukul 10 pagi ini mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru.
“Kami terkejut apabila mengetahui bahawa kami dicaj di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan iaitu membawa senjata merbahaya dan bahan letupan,” katanya pada sidang media di Kuala Kubu Baru, petang tadi.
Beliau berkata, senjata merbahaya yang dibawa oleh mereka hanya pisau lipat berharga 20 sen untuk memotong poster-poster Barisan Nasional (BN) dan pihak tertentu yang berunsur provokatif dan fitnah yang turut digunakan oleh murid-murid tadika.

“Saya nak bagitahu senjata itu adalah pisau lipat yang berharga 20 sen yang kami gunakan untuk memotong poster-poster berunsur provokasi dan fitnah.
“Kami berada di Bukit Sentosa untuk mengedarkan risalah kepada pengundi, semasa ingin bergerak balik kami berhenti sekejap untuk memantau poster-poster itu sebelum ditangkap.
“Kami telah menjalankan operasi ini sejak dari pagi lagi untuk memotong poster-poster sedemikian kerana kami dapati masih banyak terdapat di sini yang sepatutnya menjadi tugas SPR,” katanya yang dibebaskan pada pukul 2.50 petang tadi dengan jaminan polis.
Fariz yang juga pengarah jentera pilihan raya AMK berkata, tindakan polis ini seolah-oleh menunjukkan ada campur tangan politik yang mahu melumpuhkan gerakan jentera pilihan raya AMK.
“Semasa kami memohon untuk dibebaskan di Mahkamah Majistret, pihak mahkamah telah menolak permohanan reman dan saya melihat ada unsur malafide (berniat jahat) kerana polis mahu memanjangkan tempoh reman sehingga 25 April ini sedangkan kami telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan mereka sepanjang tempoh ditahan.
“Kami lihat ada unsur-unsur campur tangan politik yang berlaku yang mahu memastikan saya terus ditahan bagi memastikan pergerakan jentera pilihan raya AMK yang dikendalikan saya tergendala.
“Sebab itu saya melihat tindakan menahan saya bersama empat ahli AMK yang lain secara jelas tidak mempunyai motif yang sebenarnya,” katanya.
Selain Fariz, empat ahli lain yang ditahan ialah Ahmad Shalizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Syiha dan Wan Khairun Fazillah.
“Kami akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok atas tuduhan memiliki senjata berbahaya berupa pisau lipat ketika menurunkan kain rentang bersifat provokasi di Bukit Sentosa.
“Kesemua bahan bukti dan kenderaan yang digunakan mereka semalam masih ditahan oleh pihak polis,” katanya.
Kesemua ahli AMK itu akan diwakili oleh peguam mereka, Saiful Izham Ramli.TMI

TIMBALAN KETUA AMK DAN 4 LAGI DITAHAN & DIBAWA KE MAHKAMAH

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa dan 4 orang Skuad Pilihanraya AMK telah ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa jam 7.30 malam tadi kerana disyaki mengoyak banner provokasi BN. Beliau kini sedang ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu jam 9.00 pagi ini (Khamis, 22 April) untuk disambung reman.

Mereka dijangka akan dituduh di bawah S427 Kanun Keseksaan, S6(1) & S8 Akta Senjata Berbahaya dan Senjata Berbahaya.

Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan.

Harap maklum

Hasmuzair Hassan
SUK AMK
014 842 2155

21 Apr 2010

Pemimpin UMNO rasmi kilang Arak...

DI bawah adalah gambar majlis perasmian kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 1968. Rupanya Kilang Guiness telah mendapat berkat kerana dirasmikan oleh Presiden UMNO yang Kedua merangkap Perdana Menteri yang pertama.











Umno Dan Judi Sudah Sebati

Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini:

Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham.


Saham dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Saham dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.suara-keadilan

Lima cawangan Umno di H. Selangor mungkin bubar

Tengah-tengah pesta membeli pemimpin PKR oleh BN, tersebar khabar terbaru terdapat 5 hingga 10 cawangan Umno akan bubar di Hulu Selangor.

Menurut sumber maklumat, satu pertemuan pemimpin-pemimpin di Umno Bahagian Hulu Selangor dengan pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan telah pun diadakan. Bagaimanapun agenda perbincangan mereka dirahsiakan.

Berkemungkinan mengenai perisytiharan pembubaran cawangan Umno menjelang tempoh terakhir berkempen di kawasan parlimen itu. Menurut sumber tersebut lagi, Umno Hulu Selangor amat tidak berpuas hati dengan pencalonan Kamalanathan. Bagi mereka sepatutnya calon Melayu perlu diangkat untuk memimpin Hulu Selangor memandangkan kaum Melayu adalah majoriti.

Parlimen itu sebelum ini telah pun diwakili oleh MIC selama hampir sepuluh tahun namun tidak banyak pembangunan untuk orang Melayu yang diusahakan. Bagi mereka, oleh kerana kerajaan Selangor di bawah PR maka adalah lebih mudah untuk berurusan dengan PR berbanding BN terutama dalam mendapatkan peruntukan membangunkan masyarakat setempat.Erapakatan

20 Apr 2010

Pemimpin Umno lebih teruk minum arak, berjudi



Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.

"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.

Speaker Parlimen Tolak Usul Pindah Pengundi Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 20 April: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini menolak usul yang dikemukakan oleh Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) bagi membincangkan perubahan tempat mengundi yang melibatkan 14,000 pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang didakwa boleh mencetuskan suasana kelam kabut pada hari mengundi.
Fuziah (gambar) yang mengemukakan usul berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) berkata, usul itu perlu dibincangkan kerana ia melibatkan kepentingan pengundi-pengundi di Hulu Selangor yang akan menghadapi masalah dengan perubahan tempat mengundi itu.
"Saya memikirkan mengenai 14,000 pengundi yang akan mengalami masalah pada Ahad ini kerana mereka tidak tahu tempat mengundi mereka," katanya.
Bagaimanapun, usul berkenaan ditolak Pandikar atas alasan ianya bersifat politik dan hal-hal berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan suruhanjaya-suruhanjaya lain tidak boleh dibincangkan di Dewan Rakyat kerana ianya merupakan badan bebas.

Fuziah yang juga Pengarah Pilihan raya PKR bagaimanapun menegaskan ianya bukan atas kepentingan politik kerana suasana kelam kabut seperti yang didakwanya pernah berlaku di Selangor pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004 lalu.
"Perkara ini harus kita bincang implikasinya. Kalau keselamatan para pengundi bukan tanggungjawab ahli Parlimen, apa lagi tanggungjawab kita?" soalnya.
"Ini bukan dakwaan yang tidak berasas. Tapi pada pilihan raya ke-11 2004 yang lalu, perkara ini telah berlaku di Selangor.”
Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) selepas itu bangun mencelah dengan mendakwa Fuziah sengaja membangkitkan perkara itu sedangkan tempat mengundi telah ditetapkan oleh SPR pada awal lagi.
Fuziah membalas dakwaan itu dengan menyuruh Mohamed tidak bercakap apa-apa jika tidak tahu apa yang berlaku.
"Sri Gading kalau tidak tahu apa-apa, jangan cakaplah," katanya.
SPR telah mengubah tempat mengundi pengundi-pengundi berkenaan dari tempat mengundi mereka pada Mac 2008 lepas.
SPR akan menggunakan Daftar Pemilih yang digazetkan pada 5 April lepas.~ Hrkh

19 Apr 2010

Isu Arak:Gambar Gambar Fitnah Terhadap Zaid

gambar asal yang menjadi sumber gambar di bawah
Gambar yang disiarkan oleh blogger Umno
gambar asal Zaid
gambar yang disiarkan oleh blogger Umno

KUALA LUMPUR, 19 April: Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya.

Namun, apa yang dibuat oleh mereka keterlaluan sehingga sanggup membuat gambar palsu bagi membuktikan tuduhan mereka.


Walaupun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein menafikan Umno terlibat dengan tuduhan itu, tetapi akhbar Umno sendiri antara yang terlibat dengannya secara langsung.
Ia disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia Ahad lepas dengan berselindung di sebalik cabaran dari Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ekoran dakwaan muka depan Mingguan itu para blogger Umno berbondong-bondong kononnya menyahut cabaran Azmin untuk membuktikan Zaid kaki botol.
Dalam laman ini adalah dua gambar yang disiarkan oleh para blogger Umno ini kononnya ia adalah bukti Zaid sedang minum arak padahal ia hanya gambar yang dibuat semula secara palsu.
Di siarkan juga gambar asal yang di'super impose'kan oleh para blogger ini atas dasar untuk memberikan bukti kepada Azmin, ini dia buktinya.Hrkh

Dr. Halili keluar PKR buktikan pemilihan Zaid tepat

MSO: Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili

Tindakan Datuk Dr. Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai Umno dianggap sebagai suatu rahmat daripada Allah kepada Pakatan Rakyat.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sikap yang ditunjukkan Halili katanya membuktikan Pakatan Rakyat tepat membuat keputusan untuk tidak memilihnya sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor.

Nama Halili sebelum ini antara tersenarai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK Hulu Selangor.

"Memang namanya (Dr. Halili) antara yang dicalonkan, mujur kita tak pilih beliau, kalau kita (pimpinan Pkatan Rakyat) pilih sudah tentu merugikan rakyat kelak."

"Alhamdulillah, dengan keputusan Dr. Halili keluar (parti) seolah-olah suatu rahmat daripada Allah, (maka) saya cuma nak ucap terima kasih." ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Keputusan Halili itu juga katanya memberi isyarat yang jelas bahawa keputusan Pakatan Rakyat memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor merupakan keputusan yang terbaik.

Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat tidak menganggap penghijrahan Dr. Halili kepada Umno sebagai suatu kerugian pada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, menurut beliau, pemergian itu merupakan suatu proses pemutihan bagi Pakatan Rakyat, khususnya PKR sendiri.

"Ia bukan suatu kekurangan, saya nampak ia suatu proses pemutihan buat PKR dan Pakatan sendiri kerana sesiapa pun tahu realiti bankrapnya amalan politik Umno buat masa ini," beliau menambah.

Pagi tadi, media melaporkan Dr. Halili mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Bendahari PKR Hulu Selangor.

Dipercayai tindakan menyertai Umno itu disebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan keputusan Pakatan Rakyat memilih Zaid sebagai calon tunggal di P.94 Hulu Selangor tersebut.

Isu Kapal Selam di Perancis

Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.

Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.

Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.

Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh dunia.

Media Perancis dikatakan tidak sanggup melaporkan sesetengah daripada tuduhan paling serius disebabkan kebimbangan implikasi politik.

Asia Sentinel menjelaskan dakwaan yang dibuat mempunyai kaitan dengan salah satu konglomerat pertahanan Perancis iaitu DCN yang dimiliki oleh kerajaan. Syarikat tersebut bergabung dengan firma elektronik Perancis, Thales pada 2005 menjadikannya antara kuasa dominan dalam industri pertahanan Eropah.

Anak syarikat DCN, Armaris terlibat dalam pembinaan kapal selam disel daripada kelas Scorpene yang dijual kepada India, Pakistan dan juga Malaysia. Kesemua kontrak jualbeli, menurut peguam yang bertindak bagi pihak Suaram, disyaki mempunyai unsur rasuah

Tambah laporan itu lagi sejak Najib berpindah portfolio daripada menerajui Kementerian Pertahanan ketika mana urusan jualbeli itu dikendalikan pada 2002 sehingga beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, skandal tersebut dilihat ancaman terbesar kepada kerajaan dan juga parti.

Kekuasaan Umno dilihat sebagai penghalang kepada skandal itu mendapat apa-apa pelunag untuk diutarakan dalam mahkamah Malaysia dan ini menjadi sebab utama mengapa Suaram terpaksa mendapatkan pertolongan daripada pendakwa Perancis.

“Kertas siasatan baru sahaja dikemukakan dan setakat ini telah menggerakkan siasatan awal polis terhadap aspek kewangan urusniaga tersebut," kata satu sumber Paris yang intim dengan pihak pertahanan Perancis.

"Belum ada siasatan rasmi lagi dan siasatan akan melihat kepada dokumen yang dirampas di DCN yang dilakukan ketika satu lagi penyiasatan dijalankan terhadap rasuah yang dibayar oleh DCN di Pakistan.

Sumber juga menyatakan pihak polis kini hanya menumpukan perhatian kepada dakwaan rasuah dan belum lagi melihat kepada kes pembunuhan wanita Mongolia pada 2006 yang bekerja sebagai penterjemah bagi pihak Najib dan sahabat beliau, Abdul Razak Baginda semasa berada di Paris berhubung urusan perniagaan kapal selam.

Asia Sentinel mendedahkan terdapat banyak kes pembunuhan yang berkaitan urusan penjualan pertahanan DCN di Taiwan dan Pakistan. Pendakwaraya mensyakki kematian 11 jurutera kapal selam Perancis dalam kejadian letupan bom pada 2002 di Karachi, yang pada mula dianggap perbuatan Al-Qaeda, sebenarnya adalah pembunuhan balas dendam akibat keenganan pihak Perancis untuk memberi rasuah bernilai jutaan dolar kepada pegawai tentera Pakistan.

Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Isteri Abdul Razak, Maslinda ialah seorang peguam dan bekas majistret serta pemegang saham syarikat tersebut menurut peguam Perancis.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, hakim di Perancis telah menyiasat beberapa kes yang melibatkan DCN," kata peguam Renaud Semerdjian kepada Asia Sentinel dalam temuramah melalui talipon.

"Ini bukanlah kes seumpama yang pertama disiasat. Terdapat banyak lagi ks yang serupa di Pakistan dan juga India. Apabila dilihat secara dekat setiap kali berlaku penjualan senjata maka kemungkinan pelanggaran undang-undang adalah amat tinggi.".

Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran. Ini termasuk pembelian dua kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagi kapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.

Jet pejuang Sukhoi juga dibeli Rusia dalam tempoh Najib menerajui Kementerian Pertahanan termasuk juga jutaan ringgit dicurahkan kepada kapal peronda perairan. Kesemua pembelian ini telah menimbulkan kecurigaan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia tetapi sebarang usaha penyiasatan berjaya dikekang oleh Umno. Malah apabila soalan diaju kepada Najib, beliau menjadi marah dan enggan menjawab.

Walaupun usaha hebat dilakukan oleh Umno untuk menutup kes rasuah berhubung pembelian peralatan tentera oleh Najib, isu pembunuhan penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih yang ditinggalkan Abdul Razak akhirnya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku kepada perhatian dunia. Altantuya yang berperanan dalam perbincangan jualbeli kapal selam mendedahkan dalam suratnya yang dijumpai selepas kematian beliau bahawa dia cuba mengugut Abdul Razak untuk mendapatkan US$500,000.

Bagaimanapun Altantuya ditembak mati pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkanketua pengawal peribadi Najib, Musa Safri supaya menghalang Altantuya daripada menganggu beliau. Tidak lama setelah dibebaskan pada November 2008 dalam keadaan keputusan hakim yang meragukan, Abdul Razak meninggalkan Malaysia dan menetap di England. Kedua pengawal peribadi Najib tersebut dihukum tetapi tidak ada motif dibuktikan mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Walaupun terdapat pengakuan daripada salah seorang yang tertuduh bahawa mereka akan dibayar lumayan sekiranya melupuskan wanita itu namun pihak mahkamah tidak membenarkan penyiarannya.

Urusan pembelian kapal selam itu tidak pernah dibangkitkan sepanjang perbicaraan mahkamah selama sebulan yang memperlihatkan bagaimana pendakwa, peguambela dan juga hakim berganding bahu bagi memastikan nama Najib tidak sesekali dikaitkan dalam mahkamah. Malah seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk melindungi daripada Altantuya membuat pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa Najib sebenarnya kekasih wanita Mongolia itu dan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Razak.

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendedahkan bagaimana beliau dinyahkan dari Kuala Lumpur. Akhirnya beliau keluar daripada tempat persembunyian di India untuk menceritakan bahawa seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib telah menawarkan RM5 juta untuk menutup mulut dan meninggalkan negara. Bala juga mengatakan beliau menemui adik Najib, Nazim yang meminta beliau menarik balik akuan bersumpah yang dibuat.

Dalam penyiasatan yang sedang dijalankan di Paris sekarang, isunya berkisar apakah syarikat Perimekar kepunyaan Abdul Razak berhak kepada komisyen sebanyak RM540 juta tersebut.

Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu Parlimen, Perimekar menerima amaun tersebut iaitu 11 peratus daripada harga jualan kapal selam untuk "koordinasi dan khidmat sokongan". Kertas siasatan di Paris menunjukkan tidak ada sebarang jenis perkhidmatan sedemikian diberikan.

Menurut kertas siasatan, Perimekar didaftar pada 2001, beberapa bulan sebelum kontrak jualbeli ditandatangan. Syarikat tersebut menurut kertas siasatan itu lagi," tidak mempunyai daya kewangan yang kukuh untuk melaksanakan kontrak tersebut." Semakan akaun pada 2001 dan 2002 kata kertas siasatan itu lagi,"menunjukkan dengan jelas bahawa syarikat ini tidak langsung ada sebarang kemampuan atau kemampuan perundangan atau kemampuan kewangan dan/atau kepakaran untuk menyokong kontrak sedemikian rupa."

"Tidak seorang daripada pengarah atau pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman walau sedikit dalam pembinaan, penyelenggaraan atau logistik kapal selam," tegas kertas siasatan itu. "Di bawah terma kontrak €114 juta (RM540 juta) adalah berhubung beberapa peringkat pembinaan kapal selam." Pertimbangan pembayaran kepada Perimekar "adalah secara bulanan dan kos tanggungan penginapan anak kapal Malaysia sepanjang tempoh latihan mereka. Maka dengan itu tidak ada sebarang kaitan antara langkah-langkah pembilan dan peringkat pembinaan kapal selam seperti yang dinyatakan." _ MiLo SuaM

Tahniah Hee Yit Foong dapat Datuk...

Datuk Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) yang melompat dari DAP menjadi bebas termasuk senarai 919 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-82 keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, pada hari ini.

Hee Yit Foong menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Tahniah kerana dengan lompatan anda, akhirnya dapat gelaran Datuk... 2 orang YB lagi, macama mana???



Selanjutnya

Hulu Selangor: Calon Bebas Chandran tarik diri

V.S. Chandran, bekas timbalan ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangkakan dikatakan telah memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.


Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga muka.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Langkah itu dijangka akan membantu mengelakkan sokongan masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC kepada calon Barisan Nasional yang diwakili oleh Ketua Penerangan MIC pusat P. Kamalanathan daripada terjejas.

Selaku bekas pemimpin kanan Chandran dipercayai mempunyai sokongan untuk menarik pengundi-pengundi masyarakat India daripada kalangan ahli MIC.

Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian ahli-ahli MIC masih kecewa dengan keputusan menggugurkan Timbalan Presiden Datuk G. Palanivel yang juga Ketua MIC Hulu Selangor daripada bertanding semula di Hulu Selangor.

Mereka dikatakan tidak akan mengundi calon BN, yang sedikit sebanyak akan mengganggu sokongan kepada Barisan Nasional.

“Sebenarnya beliau (Chandran) hanya marah terhadap MIC, tetapi dalam hatinya beliau masih sayang pada Barisan Nasional. Beliau sendiri pernah kata beliau menyokong kuat Barisan.

“Saya percaya demi rasa sayang kepada Barisan Nasional, beliau memutuskan untuk tarik diri,” kata sumber itu.

Chandran merupakan salah seorang daripada dua calon Bebas memberi saingan terhadap Kamalanathan dan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Seorang lagi calon Bebas ialah Exco Pemuda Shah Alam Johan Mat Diah.

Selepas penamaan calon kelmarin, kepimpinan Umno dan MIC berkata kedua-dua Chandran dan Johan berhadapan dengan tindakan dipecat dari parti masing-masing.

18 Apr 2010

KEADILAN, PAS, DAP, SNAP Tubuh Pakatan Rakyat Sarawak

SIBU 18 April - Pakatan Rakyat hari ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila melebarkan sayapnya di Sarawak dengan penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak secara rasmi yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat persetujuan daripada KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP.
Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat tertutup yang di Sibu yang dihadiri oleh Anwar serta pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian dan juga seorang Naib Presiden SNAP.

Anwar berkata penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak telah mendapat persetujuan oleh empat parti yang akan menjadi rakan kongsi dalam membawa perubahan senario politik Bumi Kenyalang itu.
"Keputusan mesyuarat hari ini kita telah mendapat persetujuan menubuhkan Pakatan Rakyat di Sarawak dan kita akan umumkan butiran lanjut dalam masa yang terdekat.
"Selain itu juga pada pilihan raya kecil di Sibu nanti kita telah bersetuju untuk meletakkan calon dari DAP bagi bertanding di situ.
"Saya juga akan menghantar surat rasmi kepada SNAP bagi menjemput parti itu menyertai Pakatan Rakyat," jelas Anwar kepada Suara Keadilan.
Anwar juga berkata Pakatan Rakyat pusat akan membantu jentera pilihan raya kecil di Sibu bagi memastikan kemenangan calonnya.SK

Zaid Telah Meninggalkan Perangai Buruk Umno

- telah menarik balik kes saman 'Hudud' di mahkamah

HULU SELANGOR – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah bersepakat mencalonkan Bekas Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon bertanding dalam pilihanraya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, pemilihan Zaid sebagai calon adaah sangat tepat kerana beliau adalah tokoh nasional yang berprinsip.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jentera PAS bagi Membantu PRK Hulu Selangor di Desa Maju Sungai Tengi, disini semalam

Katanya, sebagai seorang Menteri, sepatutnya Zaid boleh hidup dengan senang, namun beliau memilih untuk meletakkakan jawatan kerana prinsip tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus menangkap dan memenjarakan rakyat dibawah Akta Keslematan Dalam Negeri )ISA).

”Orang lain berebut-rebut jawatan dalam Umno, berebut jawatan AJK Bahagian, nak jadi Ketua Bahagian, tapi Datuk Zahid keluar dari Umno,

”Setelah keluar dari Umno, beliau (Zaid) mahu memohon untu menyertai mana-mana parti sama ada PAS atau PKR,

”Oleh kerana PKR agak terbuka dalam hubungan dengan bukan Islam, maka kita (PR) bersetuju supaya beliau masuk PKR,”jelasnya.

Menyentuh, tindakan Zaid yang pernah menyaman dan membawaundang-undang Hudud dan Qisas yang diluluskan dalam Dewan Undangan Ngerei Terenggan, beliau berkat, Zaid telahpun menarik balik saman tersebut.

Katanya, Umno dan BN menggunakan isu ‘perangai lama’ Zaid semasa dalam Umno dahulu sebagai kempen dalam PRK Hulu Selangor

”Ada wartawan bertanya saya, bagaimana perangai yang tidka molek Zaid dalam Umno dulu, dan macam-macam lagi semasa beliau dalam Umno,

”saya jawab mudah, dia telah tinggalkan semua perangai buruk dalam Umno, semua yang tidak baik dalam Umno,”tegasnya. BO

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor











PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.