Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

22 Ogo 2009

PRK N11 Permatang Pasir (14) : Luahan hati Isteri kedua calon BN N.11

Dengan Nama Allah swt Tuhan yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang .

Kezaliman Akan Ku Tentang
Insan Terinaya Akan Ku Bela .

1. Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki .

2. Kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim pula seorang pemimpin . Justeru pemimpin akan menjadi ikutan ramai , maka peribadinya mesti mulia . Akhlaknya mesti tinggi . Moralnya terpelihara , sikapnya bertanggungjawab , tindakannya adil dan hatinya pula mesti bersih .

الناس على دين ملوكهم

Manusia berada di atas manhaj [ cara hidup ] para pemimpin mereka.

3. Isu yang saya dedahkan baru - baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

4. Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat .

5. Isu ini adalah isu keluarga besar kami . Keluarga muslim pula keluarga yang terlibat dalam perjuangan Islam . Isteri kedua calon BN di N.11 Permatang Pasir [ Puan Rafizah ] adalah adik angkat kepada Tok Guru saya [ Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ] . Sementara ayah dan ibunya pula anak angkat kepada ayah Tok Guru saya . Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah . Sementara saya adalah anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah .



6. Sebenarnya sejak lebih setahun yang lalu , Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpa dirinya kepada Tuan Guru tetapi teguh beliau merahsiakan suaminya . Sehingga Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim pun tidak mengetahui siapakah suaminya dan Tuan Guru tidak pula mahu mencampuri urusan keluarganya . Sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar agar bersabar dan tenang menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya .

7. Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu : " ustaz , Rohaizat [ calon BN ] itulah suami saya ! " pastinya Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim terkejut besar dengan pengakuan itu . Saya segera bertemu kedua - dua ibubapa Puan Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu .

8. Malah setiap kali mendengar rintihan dan keluhan derita dari Puan Rafizah , lebih banyak esak tangis berbanding kata - kata yang cukup menggambarkan derita dan sengsara hati seorang perempuan muslimah yang digantung tidak bertali malah diperlaku tidak ubah seperti perempuan simpanan [ maaf ] meskipun ia adalah seorang isteri yang dikahwini secara sah .

9. Tiada siapa yang dapat memahami jiwa Puan Rafizah selama ini termasuk suaminya yang tidak bertanggungjawab . Batinnya menjerit menyatakan kesengsaraan hidupnya yang pernah dibiarkan tanpa sebarang berita dan khabar , jauh sekali dititip nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut - turut . [ Menurut pengakuan ibunya , dengan genangan air mata seorang ibu yang lemah tidak berdaya untuk berdepan pula dengan seorang politikus yang gagah meredah medan politiknya ]

10. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini , ibunya berkata : anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isteri dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami .

11. Bukanlah salah beristeri dua . Islam tidak melarang muslim beristeri dua . Apa yang saya dedahkan disini bukan isu Rohaizat beristeri dua . Beristeri dua bukan isunya di sini . Tetapi isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan , kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah . Inilah perlakuan yang ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.

12. Saya tidak berhasrat mahu meruntuhkan rumahtangganya malah berusaha mahu menyelamatkannya . Apa yang dikehendaki oleh Puan Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri bukan lagi digantung tidak bertali . Datang dan pergi seperti mengunjungi rumah di lorong maksiat . Jangan perlakukan Puan Rafizah sedemikian rupa . Saya membawa suara derita Puan Rafizah .

13. Malangnya sebelum ini , Rohaizat berkali - kali menafikan Puan Rafizah sebagai isterinya . Puan Rafizah berkata : kalau Rohaizat tidak akui dirinya sebagai isteri yang sah , maka selama ini dirinya sebagai apa ? akhirnya deraian air mata yang cukup memilukan hati kami membatasi kata - katanya .

14. Menurut pengakuan Puan Rafizah , betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu . Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya. Selain dari cengkaman perasaan yang terpaksa ditanggung , Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

15. Wahai insan yang Islam agamanya ! Wahai Insan yang memiliki Iman ! Wahai insan yang bergelar wanita ! Bukankah seorang perempuan itu dikahwini untuk memupuk kasih sayang , berada di sisi suami [ jika berpoligami - berlaku adil dalam giliran ] , dibelai , dipimpin dan dibimbing dengan penuh sakinah , mawaddah dan rahmah .

16. Wanita juga apabila berumahtangga , ingin sekali menimang cahayamata tetapi malang segala - galanya tidak dimiliki oleh Puan Rafizah . Beliau benar - benar hanya isteri simpanan . Hatinya derita melihat kebahagiaan orang lain disamping suami masing - masing jua bersama anak - anak menceriakan rumahtangga.

17. Dulunya , Puan Rafizah yang pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain . Malang panas tidak sampai ke petang . Beliau dianiaya oleh suaminya sendiri yang tidak mahu pula mengakui beliau sebagai isteri yang sah kepada umum sehingga memaksa beliau menjalani kehidupan dengan murung , resah , rasa bersalah , kecewa dan derita .

18. Ke mana pergi pejuang wanita ? kemana perginya pejuang hak asasi ? saya yakin , bukan seorang Rafizah di luar sana . Mungkin ribuan lagi mangsa seperti Puan Rafizah . Mana perginya Sharizat Jalil yang kononnya beliau adalah serikandi membela hak wanita dari menjadi mangsa penderaan lelaki ? Apakah kerana ia isteri calon BN di N. 11 Permatang Pasir maka semuanya membutakan mata ? membiarkan Puan Rafizah menderita ?

19. Mana insan bergelar muslimah ? kalian nak biarkan Puan Rafizah terus derita ? Ya ! sementara kalian tidak merasai deritanya . Mana insan yang mewarisi ketaqwaan Fatimah ? tergamak kalian biarkan Puan Rafizah terus terbelenggu hidupnya semata - mata kerana nafsu dan kepentingan politik kalian ? mana semuanya ? Takut nak bercakap perkara ini ? bimbang mengganggu keputusan pilihanraya ?

20. Saya teringat kisah seorang wanita muslimah yang diinaya lalu berteriak memanggil nama sultan Mu'tasim yang memerintah pada waktu itu . Waa Mu'tasimaaah ! [ wahai Sultan Mu'tasim ... bantulah aku ] . Lalu rintihan derita itu disampaikan kepada sultan Mu'tasim lalu Mu'tasim bangun dari singgahsana lalu berkata : Labbaiki Yaa Ummaaaah ! [ Aku sahut seruanmu wahai Ibu ! ] lalu beliau mengerahkan bala tenteranya untuk membela wanita muslimah yang dianiaya .

21. Apakah hari ini telah tiada Mu'tasim ? maka Puan Rafizah di zalimi dan didera perasaannya . Malang ! sabar sajalah Puan Rafizah . Nasiblah dirimu hidup dizaman ramai manusia pengecut ! Tidak berani berkata benar !

22. Demi Allah ! jangan biarkan penginayaan ini berterusan . langkah pertama saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri . Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang . Berlaku adillah terhadap kedua - dua isteri kamu . Berikan hak mereka dan berikan kasih sayang kepada mereka . Biarpun mereka bergelar wanita , mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan khasnya dari orang yang bergelar suami .

23. Saya dedahkan perkara ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh siapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebagaimana isteri - isteri yang lain . Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain tetapi gagal .

24. Ertinya masih terbuka luas untuk Rohaizat selamatkan rumahtangganya tetapi dengan syarat Rohaizat runtuhkan tembok keegoannya sebagai lelaki lalu segara kembali kepangkuan isteri dengan penuh insaf . Sempena bulan Ramadhan al Mubarak , Saya doakan rumahtangga kalian bahagian dan harmoni . Saya gembira jika rumahtangga Rohaizat dapat diselamatkan . Buat Puan Rafizah , sekadar itulah usaha dan pendedahn yang tergamak saya lakukan walau hanya menyebut 10% dari kisah penderitaan yang ditanggung olehmu . Maaf saya tidak tergamak hendak menyebut lebih dari itu . Selebihnya Puan Rafizah sendiri mesti ada kekuatan menghadapi situasi ini .

25. Jika Rohaizat masih enggan mengakui Puan Rafizah sebagai isteri yang sah dan masih meninggalkannya kesepian tanpa belaian kasih sayang dan giliran hak secara adil , maka demi Allah ! saya bersumpah dengan nama Allah yang maha suci bahawa Rohaizat tidak layak menjadi pemimpin . Tidak layak memegang amanah rakyat .

Saya cabar Wanita UMNO bangkit
membela wanita teraniaya ini !
Ayuh bangkit Sharizat !

Kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang kita tentang ramai - ramai hari tu . Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang . Apakah kezaliman ke atas wanita perlu disembunyikan dari pengetahuan umum agar dia terus derita sedang dia meronta minta dikasihani ?

PRK N11 Permatang Pasir (13) :Klip Perbualan Telefon Dengan Bapa Rafizah - Rohaizat

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Baca cerita selanjutnya di
sini

Blog Nora pulak siarkan

Selain dari hasil siasatan Perakexpress, ada jugak Klip audio disiarkan di blog Nora.

Dengar dan nilaikan sendiri




Gobala: PdRm yang mulakannya



Ahli Parliman Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata polis semakin melampaui batas apabila menggunakan kekerasan ke atas seorang Ahli Parlimen sewaktu penamaan calon Dun N11 Permatang Pasir.

Gobala dalam sidang medianya berkata, beliau bukan sahaja dipukul polis malah badan berkuasa berkenaan memotong talipinggang yang dipakainya untuk melondehkan seluar beliau.

“Polis menanggalkan seluar saya, bayangakan saya ahli parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.

“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro kerajaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana meyerang polis.

“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri.

Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.

Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock.

Menurutnya, kejadian di hari penamaan calon itu telah dirancang Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan namun tiada sebarang kenyataan diambil oleh polis.

Gobala mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein yang meminta Ketua Polis Negera mengambil tindakan terhadapnya kerana kononnya beliau bersalah sedang tiada sebarang siasatan dilakukan.

Beliau turut menempelak kenyataan Ayub yang menyatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya pada hari itu, disaksikan ribuan orang. Saya percaya semua perkara itu dirancang oleh polis Pulau Pinang di ketuai oleh Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 20 hingga 30 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan sya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.

Menurutnya, walau apa pun cara dilakukan Umno-BN beliau dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan tetap mempertahankan perjuangan mereka.

Sementara itu, peguamnya R.S.N Rayer berkata, pihaknya akan mengemukakan saman dalam tempoh terdekat kepada polis berhub ung kejadian berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan polis ini sebagai berat sebelah kerana hanya menahan Ketua Pemuda MIC T Mohan tidak sampai sejam kerana menganjurkan perhimpunan haram sedangkan Gobala yang melaungkan reformasi ditahan, dilondehkan dan dpukul sehingga cedera.

Dari:Anjung Info

21 Ogo 2009

PRK N11 Permatang Pasir (12) : Mantan SU BN Penang Tandatangan Surat Pembatalan Rohaizat Sebagai Peguambela & Peguamcara

Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.

Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman adalah bekas Penang BN Secretary dan merupakan Pemangku Ketua Menteri selama 6 bulan dalam tahun 1979 ketika ketua menteri Lim Chong Eu berada diluar negara.

Beliau adalah peguam senior dalam senarai peguam dan beramal di firma guaman K Ahmad & Yong di Penang. Beliau mula didaftar sebagai peguam pada 22-2-1966. Beliau menerima darjah PSM yg menerima title tan sri bersama bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Malik Ahmad (Allahyarham) dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (Chief Judge) wanita yang pertama Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Pada 21.10.2007, New Straits Times telah melaporkan bahawa Tan Sri Khalid berkata, "I vouch that Diciplinary Board is totally independent from Bar Council in its decision making prosess". He further said, 92 lawyers were struck off the rolls over the last five years for serious professional misconduct including embezzling the money of their client. [terjemahan - saya berani katakan bahawa Lembaga Disiplin adalah benar-benar bebas daripada pengaruh Majlis Peguam dalam proses membuat keputusan. Beliau menambah, seramai 92 peguam telah dibatalkan daripada senarai daftar peguam semenjak 5 tahun lepas atas pelbagai kesalahan serius berkaitan profesion guaman termasuk menggelapkan wang amanah klien]

Pada 23/6/2004, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah mempengerusikan panel 3 orang ahli Tribunal Siasatan Disiplin UMNO yang dilantik untuk menyiasat dakwaan salah laku bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Pada 8/7/2004, beliau merupakan salah seorang anggota lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ahmad Rithauddeen. Pada 28/5/2008, agensi berita BERNAMA melaporkan bahawa Setiausaha BN Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah menafikan khabar angin beliau menerima tawaran untuk bersama Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang. Beliau dilaporkan berkata, "Hidup dan mati saya adalah untuk UMNO dan Barisan Nasional".
Kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya. "Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya,"

Khalid juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.
"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah,"

PRK N11 Permatang Pasir (11) : Rohaizat kahwin dua senyap-senyap pulak

Isu 'rompak' duit koperasi pun belum terjawab...Isu yang besar ialah berkait dengan calon BN yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir.

Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,tiba-tiba keluar pulak isu Calon BN ni kahwin dua... Kahwin dua??? apa salahnya...

Ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil.

Menurut maklumat dari Ustaz Nasrudin Tantawi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga ketua Pemuda PAS Pusat itu sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan, pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai isteri,

Malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakuinya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi, jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pasir dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."

"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil". Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.

Menurut Ustaz Nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat, berkahwin tanpa diberitahu keluarga. Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz nasaruddin lagi.

20 Ogo 2009

Syekh Yasin al-Fadani perokok berat



Asy-Syekh Yassin Isa al-fadani - Musnid Dunia...merokok dihadapan 700 ulamak dan penduduk Makkah sambil mengajar hadis.

Antara anak murid beliau ialah Mufti Mesir asy-Syekh Ali Jumaah dan ramai lagi Mufti-Mufti Dunia Islam.

Ingin tahu sekilas tentang Syekh Yasin? kunjungi: Syeikh Yasin Isa al-Fadani Dalam Kenangan

Mai Kita bincang.......

SPRM & Teoh Beng Hock: Surat Misteri...

`Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock semalam dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya.

Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.

Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat - yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.

Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selango ritu, ditemui mati.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.

Baca Surat Misteri... DIBAWAH


Dari MalaysiaToday (Shit has hit the Fan)

PRK N11 Permatang Pasir (10) : Pengakuan rakan kongsi Rohaizat


Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Adun Kota Siputeh tidak maklum kepada Speaker


ALOR SETAR, 20 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN, Dato’ Dr. Abdul Isa Ismail atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUn yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Demikian kata Speaker Dun Kedah, Datuk Abdul Isa dalam sidang medianya hari ini.

Menurut Dr Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, Abu Hassan memperolehi sijil cuti sakit dari sebuah klinik swasta di Jitra pada 9 hingga 10 Ogos dan dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 10 Ogos dan difakskan ke pejabat Speaker pada 12 Ogos.

“Sebaliknya, saya hanya mendapat makluman dari beliau melalui surat yang bertarikh 10 Ogos yakni sehari selepas sidang dewan dan difakskan pada 12 Ogos. Beliau sendiri hadir menyerahkan surat yang asal pada 16 Ogos.

“Yang peliknya, dalam surat beliau menyebut dia dia sakit, dia tak beritahu saya tapi dia hantar SMS kepada Ketua Pembangkang. Dia boleh hantar SMS kepada Mahdzir tapi tak boleh bagitau saya.

“Kalau saya tak ada pun, dia boleh menghubungi pejabat. Beliau bukannya orang baru tapi telah menjadi Adun selama empat penggal. Ketua Pembangkang juga tidak memaklumkan kepada saya,”jelasnya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Abdul Isa menyatakan pada hari dewan bersidang, terdapat seorang lagi ahli dewan iaitu Suraya Yaakob (BN-Sungai Tiang) yang tidak hadir tetapi telah mengemukakan surat kebenaran untuk tidak menghadiri sidang kerana berada di luar negara.

“Saya telah meluluskannya dan juga membuat pengumuman semasa sidang dewan bermula. Bagaimanapun, Adun Kota Siputeh tidak mengemukakan sebarang surat. Perkara ini tak sepatutnya terjadi memandangkan dia adalah seorang Adun yang veteran.

“Begitu juga, setiap ahli dewan telahpun dibekalkan dengan satu salinan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Peraturan-peraturan Dewan yang seharusnya mereka baca dan fahami,” ujarnya.

Selain itu, Dr Abdul Isa telahpun menghantar surat kepada Abu Hassan menjelaskan kesalahan yang telah dilakukannya selain menghantar surat makluman kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertarikh 17 Ogos berkaitan kekosongan kerusi tersebut mengikut undang-undang yang ada.

“SPR juga telah memberi maklum-balas melalui surat bertarikh 19 Ogos menyatakan perkara ini telah dipanjangkan kepada SPR Pusat.

“Bagi perkara ini, saya berharap agar pihak SPR mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan,” katanya lagi. _

Kenderaan SPRM dibaling "MOLOTOVT COCKTAIL"

KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dibaling dengan Molotovt cocktail awal pagi tadi.

Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di sini pada pagi ini mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh oleh pegawai penyiasatan mereka telah rosak.

Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, pegawainya akan membuat laporan kepada pihak polis Klang berhubung insiden itu.

"Kita tidak akan berundur daripada penyiasatan kita hanya kerana insiden ini.

"Ini hanya menunjukkan mereka yang terlibat dengan rasuah berasa bimbang dan cuba untuk menakut-nakutkan kita dengan melakukan tindakan jenayah.

"Biar polis menyiasat jenayah ini sementara kita di SPRM akan meneruskan siasatan kita untuk memerangi rasuah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat secara terperinci insiden itu.

"Ada banyak perkara yang berlaku di negeri itu pada masa ini dan kita akan bekerjasama rapat dengan SPRM dan pihak-pihak yang berkaitan.

"Kita berharap orang ramai akan tampil membantu siasatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, insiden itu dipercayai berlaku antara pukul 2 dan 3 pagi.

Katanya, enam Molotovt Cocktail telah dibaling ke arah kenderaan itu.

PRK N11 Permatang Pasir (09) : Rohaizat Tolong Tarik Diri!



Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menasihati calon BN di Permatang Pasir, Rohaizat Othman yang juga rakan karibnya sewaktu kecil supaya menarik diri pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 25 Ogos ini.

Katanya Rohaizad tidak perlu mencalarkan kredibilitinya kerana janji UMNO-BN yang sering mengatakan penyelewengan atau pecah amanah di kalangan mereka sebagai soal peribadi.

"Saya sebenarnya mencadangkan kepada rakan baik saya itu tarik diri secara terhormat" katanya kepada TV Antara.

Rohaizad dikatakan terbabit dalam kes pecah amanah dan kini heboh diperkatakan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Yusmadi menyifatkan, tindakan Umno meletakkan Rohaizad dalam pilihanraya ini akan menjerut leher bekas peguam sivil itu.

Yusmadi juga berkata, UMNO-BN selalu beranggapan politik wang di kalangan mereka sebagai hal persendirian sedangkan pada rakyat ia isu yang sensitif.

19 Ogo 2009

Pilihanraya kecil lagi???

Suruhanjaya Pilihan Raya Kedah telah menghantar surat memohon pengesahan status Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif ke SPR Putrajaya.

Pengarah SPR Kedah Zainal Abidin Zakaria berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan bahawa Abu Hassan telah kehilangan kerusi itu dua hari lalu.

Abu Hassan adalah Ketua Umno Bahagian Jerlun dan telah berkhidmat sebagai Adun Kota Siputeh selama empat penggal.

Dr Isa berkata Seksyen 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah menetapkan bahawa mana-mana adun yang gagal menghadirkan diri ke sidang dun selama dua kali berturut-turut secara automatik hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu melepaskan kerusi dunnya.

Wakil rakyat Umno itu dilaporkan gagal menghadirkan diri ke 19 April dan 9 Ogos.

Berita Harian kena bayar RM150K kepada YB Mahfuz



Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah siang tadi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.

"Saya bersyukur kes ini memihak kepada saya, namun bukan soal jumlah dan nilai wang itu, tetapi yang lebih penting bagi saya adalah nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan negatif yang terkesan dari laporan Berita harian ini," ujarnya pada sidang media tersebut.

PRK N11 Permatang Pasir (08) : Tarik diri je Rohiazat



Calon PAS, Ustaz Salleh Man turut hadir dalam sidang media di Markaz Besar hari ini

PERMATANG PAUH - Tidak sampai 24 jam, Rohaizat secara rasminya menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional, timbul pelbagai isu terhadap beliau termasuk rasa tidak puas hati dikalangan ‘akar umbi’ parti itu sendiri.

Antara yang dibangkitkan dalam sidang media harian PAS yang diadakan di Markaz Besar Permatang Pasir hari ini adalah kredibiliti calon UMNO tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar apabila ditanya oleh pihak media berkaitan perkara tersebut mempersoalkan, bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ kepada koperasi pekebun kecil untuk diberikan tanggungjawab menguruskan persoalan masyarakat dan rakyat?

Katanya beliau amat kecewa kerana BN mengemukakan Rohaizat sebagai seorang calon kerana menurutnya ia akan mendedahkan perlakuan Rohaizat sebelum ini disamping satu pengkhianatan dan pengkhianatan kepada para pengundi Permatang Pasir

”Saya amat kecewa BN yang mengemukakan beliau sebagai seorang calon, yang mendedahkan diri beliau itu kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukakan satu ketika dulu, dari sudut moralnya beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang calon.”ujar Mahfudz

Justeru, kata Dato’ Mahfudz, sebagai seorang abang kepada Rohaizat, beliau menasihatkan supaya Rohaizat menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

”Oleh itu, untuk menjaga kedudukan dan imej beliau (Rohaizat), dengan umurnya yang masih muda, saya sebagai abang, saya sangat simpati kepada beliau, adalah lebih wajar beliau menarik diri,”jelas Mahfudz.

Rohaizat, seorang peguam sebelum ini, sebagaimana didedahkan media tempatan, telah ditarik lesen khidmatnya oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.

Calon UMNO itu mendakwa bukan beliau yang melakukan perkara tersebut, namun menuduh rakan kongsinya yang mengakibatkan lesen syarikat khidmat guamannnya digantung.

Dakwaan Rohaizat adalah tidak benar kerana menurut Majlis Peguam tindakan menarik lesen khidmat guaman adalah kepada individu peguam, bukannya kepada syarikat.

Sementara itu, dilaporkan dalam Malaysiakini, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, perkara tersebut berlaku kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar. BO

18 Ogo 2009

Exco Selangor diserbu Polis

Polis Bukit Aman menyerbu dua pejabat Exco Selangor semalam berhubung laporan polis kononnya pejabat mereka digunakan oleh anggota kongsi gelap dan membincangkan aktiviti-aktiviti haram.

Dua pejabat berkenaan ialah pejabat Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

Pegawai polis dari Unit Siber Multimedia, Azizi Haji Abdul Halim, tiba di Pejabat Ronnie kira-kira jam 11 pagi dan mengambil keterangan daripada pembantunya, Siti Fairous Shohaime selama hampir 2 jam setengah.

Ketika soal siasat, Ronnie berada di Permatang Pasir untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat yang bertanding.

Pegawai polis itu juga dilihat turut membawa pulang buku pelawat asal dan beberapa salinan dokumen daripada pejabat Ronnie.

Seorang lagi pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Kormersil, Superintenden Mohamed Osman pula memasuki Pejabat Ean yang bersebelahan pejabat Ronnie di tingkat 15, pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mohamed mengambil masa sejam untuk mendapatkan keterangan daripada Ean dan pembantunya, Norazah Ismail.

Ean yang ditemui berkata, soal siasat ini dilakukan berikutan dakwaan Ahli Parlimen Wangsa maju, Wee Choo Keong, baru-baru ini bahawa ada pejabat Exco Selangor digunakan sebagai tempat perbincangan kumpulan kongsi gelap.

“Superitendent Mohamed dari JKJK Bukit Aman datang ke pejabat saya untuk membuat siasatan mengenai satu laporan yang telah dibuat tentang isu pejabat Exco yang digunakan oleh ahli-ahli kongsi gelap untuk berbincang mengenai aktiviti-aktiviti haram. Siapa yang buat laporan polis,pegawai tersebut tidak mahu memberitahu.

“Mereka telah mengambil keterangan pembantu tadbir saya, Puan Azah dan akan bertemu dengan saya jika perlu selepas ini. Proses ini mengambil masa selama satu jam bermula daripada pukul 1.30 petang hingga ke pukul 2.30 petang" katanya.

Menurut Ean, pihak polis juga akan meneruskan siasatan terhadap exco lain berikutan tiada exco khusus yang disebut dalam laporan polis berkenaan.

Ean berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan polis untuk memudahkan siasatan.
Dalam pada itu, Ean turut melahirkan rasa terkilan dengan pihak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan berhubung laporannya mengenai kenyataan sebuah laman blog yang mengelirukan berhubung peruntukan ADUN.

Blog berkenaan mengaitkan Ronnie dan Ean dalam skandal salah guna peruntukan DUN di Sungai Pelek dan Sungai Panjang.

Ean berkata pihak polis lebih menumpukan siasatan kepada pejabat Exco Selangor, berbanding laporan yang mereka kemukakan.

“Sampai hari ini polis belum lagi ambil keterangan dari Ronnie dan saya. Malangnya polis telah menjalankan siasatan tentang ahli-ahli kongsi gelap telah menggunakan bilik exco untuk buat perbincangan.Apakah keutamaan mereka?Adakah laporan polis dibuat oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat mereka tidak akan membuat siasatan tetapi laporan polis ataupun tekanan daripada Barisan Nasional mereka akan membuat siasatan dengan segera," katanya. -TVS

PRK N11 Permatang Pasir (07) : Tok Guru di Kubang Semang

Selepas menunaikan solat di Masjid Batu, Permatang Pauh, Tok Guru berkunjung ke Markas Besar Dewan Ulamak Negeri Pulau Pinang di Kubang Semang untuk menyampaikan amanat kepada pengundi di Permatang Pasir. Penduduk setempat mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian beliau menyampaikan ceramah disini.

DSAI Pengkhainat?

Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Ketika dihubungi hari ini, Alimudin berkata beliau membuat keputusan Sabtu di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan dalam blog bekas timbalan perdana menteri mengenai perkara itu hari ini.

Blog tersebut menyatakan Alimudin yang juga bekas ahli jawatankuasa bahagian Umno Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno dan mengumumkan menyertai PKR.

"Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Sabtu lalu di Mentakab, Pahang," tulis blog tersebut.


Menurut Alimuddin beliau membuat pengumuman tersebut di Taman Saga Mentakab dalam satu majlis yang dihadiri oleh Anwar di situ.

Katanya, beliau bertindak keluar Umno kerana "tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno".

"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian Temerloh pada pagi Sabtu lalu untuk membentangkan satu usul meminta perdana menteri mewartakan hari Jumaat sebagai hari cuti umum.

"Sudah dua kali - tahun lalu dan tahun ini - bahagian tidak memberi peluang kepada ahli berucap (dalam mesyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apa yang mereka tidak puas hati.

"Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno. Nak bersuara tak boleh, apa gunanya," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Alimudin, beliau tidak ada sebarang masalah dengan Umno bahagian.

"Tetapi, Umno bahagian mesti memberi peluang (kepada ahli) memberi idea baru. Sindrom 'angguk, kipas' tak ke mana," katanya. -malaysiakini

17 Ogo 2009

Gabalakrisnan dimasukkan ke wad 5 Hospital Bukit Mertajam



Setelah menjalani rawatan x-ray di Hospital Bukit Mertajam, Gobala kelihatan begitu lemah sekali. Akhirnya beliau dimasukkan ke wad 5 Hospital Bukit Mertajam dan masih dalam kawalan polis.

Ketika saya menemuinya, beliau tidak mampu berkata-kata. Menurut isterinya, beliau masih ingat bagaimana dan siapa yang memukul dan menendangnya. Polis sepatutnya menjaga keselamatan awam tetapi polis bertindak sebaliknya. Polis memang RAJA di Malaysia.

Sementara itu TV3 melaporkan YB Gobalakrisnan telah menyerang polis. Ini adalah satu fitnah yang jahat terhadapnya. Beliau hanya mempertahankan dirinya sahaja. Polis memang berdendam terhadap YB Gobalakrisnan.

Hanya Isteri dan keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawatnya. Ikuti video YB Gobalakrisnan di Hospital Bukit Mertajam, cerita isterinya dan saksi kejadian.

Nantikan kemunculan video YB Gobalakrisnan dipukul dan ditendang polis selepas ini. - Amizudin Ahmat

Gobala ditahan, didakwa timbul kekecohan

PKR leader N Gobalakrishnan was arrested while addressing Pakatan Rakyat supporters during the Permatang Pasir state by-election nomination today.



Suasana hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara disini, hari ini, berjalan lancar sehingga lah pada saat-saat akhir, apabila Ahli Parlimen Padang Rengas P Gobalakrisnan di kasari oleh polis

Polis telah menahan Gobala dikatakan untuk membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, sebagaimana di petik Bernama, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, telah menuduh ahli Majlis Tertinggi PKR itu mencetuskan kekecohan kerana mengingkari arahan polis.

Polis menghalang Gobala menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Beliau juga menuduh Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

Namun video yang dipaparkan dibawah ini telah membuktikan bahwa pihak polis telah mengasari N Gobalakrishnan

PRK N11 Permatang Pasir (06) : 1 vs 1



Pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir akan menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman.

Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil bermula dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Salleh Man dan calon BN, Rohaizat Othman menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Bukit Mertajam.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya. Pegawai SPR Roslan Yahya berkata sebanyak 15 bantahan yang dibangkitkan hari ini telah ditolak seraya membolehkan 2 calon ini bertembung pada 2 0gos nanti.

Salleh tiba seawal 8.35 pagi dengan diiring Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Md Isa, Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim serta pemimpin akar umbi Md Sabu. Beliau diarak lebih 1,000 orang sejauh 400 meter ke pusat penamaan calon.

Manakala Rohaizat tiba tidak lama kemudian dengan 400 penyokong diketuai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC S Samy Vellu dan Ahmad Zahid Hamidi.

Kamarul Ramizu Idris, calon bebas yang bertanding di Bukit Gantang, Penanti juga turut menyatakan hasrat untuk menjadi Adun di Permatang Pasir. Beliau bagaimanapun menarik diri pada minit-minit terakhir ekoran tersesat jalan lalu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas akibat diserang sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.

16 Ogo 2009

Tazkirah dan doa harian sebulan ramadhan


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat
penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La ‘al lakum tat takuun” maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La ‘al lakum tat takuun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tat takuun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hambahambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari
berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu”
kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan
pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat
berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin). Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu
berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau
logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).
Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilahkabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak
sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk
melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”. Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopakdiseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, bagindaada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebabdia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepadaUmar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak.Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua. Doa yang paling utama di malam Qadar

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orangorang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain. Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati.

Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih. Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa,dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosadosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati. Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nakmati, masuk kubur lagimasalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi. Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”. Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni
mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Penutup

Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.

Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..

Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt. Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

Tazkirah ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan
Guru Dato’ Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5
Oktober 2006. Mungkin terdapat kesilapan dalam penulisan semula ini
bagaimanapun sila mendengar rakaman asal untuk yang asli.

Untuk mendengar rakaman audio Tazkirah ini silalah lawat laman web
Darussyifa’ di http://www.darussyifa.org/

Belasungkawa Ustaz Asri: Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku



Keluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri akan senantiasa dikenang -foto blog Ustaz Asri

BELASUNGKAWA

USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.

Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.

Kumpulan nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep tersendiri

Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani. blogspot. com) setiap patah perkataan
bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik, abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita.

Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa kehilangan.

Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."

TINGGAL KENANGAN...Saat- saat bahagia bersama anak-anak

Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara sembilan anggota Rabbani.

Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.

Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "

Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan tetap berpesan agar buat kebaikan.

Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

KUMPULAN RABBANI

Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan".

Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri kerana konsep yang berbeza.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.

Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan menampilkan world muzik.

Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta nama dalam bidang perniagaan.

PENGHASILAN ALBUM

Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:

Arwah bersama ibu tersayang

1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995) Pergi Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman 20019) Qiblat 200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla Beena 200413) Suara Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 200615) Ramadhan Syawal 200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H 200718) Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 - Iqrar-14214. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid Terbaik 2003 - Qiblat

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023. Penyanyi Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi Nasyid Popular 20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo Terbaik 2006

RINTIHAN ZIKRULLAH

Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir adalah penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.

Justru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan.

Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan pengalaman hidupnya.

Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.

"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.

Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjak kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap detik kejayaannya bersama anggota yang lain.

Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.

Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

******************************************
Bismillah

Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarahi jenazah Ustaz Asri, untuk kali terakhir. Walau terpaksa ponteng final touch untuk ke Kampung Orang Asli Teji & Abu esok. Walau tidak sempat untuk menatap wajahnya untuk kali terakhir, namun saya bersyukur, sempat juga saya menghadiri pengkebumian beliau.

Tiba saja saya di Tanah Perkuburan seksyen 21, Shah Alam, sejurus selepas Isya’, ternampak kelibat orang ramai. Masya Allah, orang ramai menghadiri majlis pengkebumian beliau.

Setibanya di tanah perkuburan, jenazah sudah siap dikebumikan, dan doa baru dibacakan.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Ustaz Asri, dan dosa-dosa kami.

Sebak melihat isteri beliau dan anak-anak yang masih berpakaian sekolah. Usai bacaan doa, sedikit ucapan dari seseorang yang saya tidak kenali. Kemudian, Azadan menarik nafas dalam-dalam, menyambung ucapan, berterima kasih. Kelihatan beberapa anggota Rabbani yang lain. Menahan sebak didada.

Takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga beliau, serta para anggota Rabbani yang lain. Yang pergi tetap pergi, pergi meneruskan hidup dialam yang satu lagi.

Usai bersalaman dengan isteri arwah, saya merenung anak-anaknya dari kejauhan. Muadz kelihatan memeluk seorang dari anaknya

Dari satu blog yang saya baca, mengenai Ustaz Asri:

” Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“Sahabat, selamat berehat”.

Dikatakan, sebelum beliau meninggal, beliau sempta meminta senaskhah al-Quran. MasyaAllah!

Dan di blog Abg Razin MESTICA juga.

Terima kasih kepada yang memandu arah, Abai Hijjaz yang ketika itu berada di Kelantan dan juga Muaz HME.

Di antara yang saya temui, Abg Razin Mestica, Inteam [Salah seorang dari mereka kelihatan menitiskan air mata ketika jenazah selamat dikebumikan] , dan ramai lagi, datang untuk pertemuan terakhir di dunia dengan Ustaz Asri.

Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah SWT.. Ameen~ Ustaz, terima kasih atas segalanya.

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…
~Ustaz Asri Rabbani.. Dalam ingatan~

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.