Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

14 Nov 2009

Bala Dedah Ditawar RM5 Juta




Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah. Sumber: Merdeka Review Video: TVS

Bai'ah Supaya Tidak khianat Kepada Perjuangan Islam - Presiden PAS



Kalau PAS Berlawanan Dengan Islam, Kita Akan Tentang PAS

MARANG - Jika dasar PAS yang selama ini memperjuangan Islam mengikut al-Quran, hadis, ijma’-ulama dan qias diubah, PAS juga akan ditentangnya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan demikian dihadapan para wartawan pada satu sidang media selepas Majlis Hi-Tea bersempena pelancaran Program Bersama Intifadah Mempertahankan Baitul Maqdis, di Rusila dekat sini.

Katanya, kepatuhan dan kesetiaan ahli parti akan kekal selagi PAS tidak mengubah dasar dan tidak berlawanan dengan Islam.

“Kita (ahli) patuh kepada PAS selagi PAS tidak berlawanan dengan Islam. Jika parti PAS berlawanan dengan Islam pun, kita (ahli) lawan parti PAS ini.

“Kita (ahli) meletakkan Islam mengatasi segala-galanya. Selagi PAS ini tidak ubah dari segi perlembagaan parti al-Quran, hadis, ijma’-ulama dan qias yang tertinggi.

“Selama itulah kita (ahli) setia dengan perjuangan. Jika PAS telah ubah perlembagaan dia (parti) dari quran, hadis, ijma’-ulama dan qias, dengan PAS sekali kita (ahli) tolak,” tegasnya

Ketika menjawab soalan wartawan berkait isu ‘bai’ah talak tiga’, beliau menafikan ia menjadi amalan bahkan menegaskan itu bukan dasar dan prinsip PAS.

Namun begitu, beliau mengakui perbuatan bai’ah terhadap kesetiaan dengan perjuangan Islam dibenarkan dan menjadi sebahagian amalan Nabi-nabi dan Khalifah Islam.

“Dalam Islam dibenarkan berbai’ah dan Nabi SAW berbai’ah dengan sahabat-sahabat dia (Nabi SAW). Khalifah Islam berbai’ah dengan menteri-menteri dia. Bai’ah ini berlaku.

“Bai’ah kita dalam PAS iaitu taat setia dalam perjuangan parti (PAS). Selagi parti menegakkan Islam dan jika dia (pemimpin) khianat, dia akan dilaknat oleh Allah SWT dan dilaknat oleh Malaikat dan semua melakna mereka,” jelasnya.

Menurutnya, setiap orang yang menjadi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihanraya akan berbai’ah dengan pemimpin parti, berjanji tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan.

“Bai’ah ini samalah seperti akad jual-beli iaitu ada yang menyebut dan ada yang menerima.

“Tiap-tiap orang yang jadi calon (pilihan raya) dan yang jadi pimpinan PAS, dia mesti berbai’ah dengan pimpinan parti antara satu sama lain.

“Bai’ah ini ialah tidak khianat kepada perjuangan Islam. Kita tidak sebut PAS tetapi perjuangan Islam,” ujarnya.

Oleh itu, kata Ustaz Abdul Hadi menjelaskan isu bai’ah telah selesai dan ‘bai’ah talak tiga’ itu adalah sangat kecil berbanding dengan perjuangan menegakkan Islam yang lebih besar.

Namun demikian, katanya, sekiranya terdapat di kalangan ahli PAS yang melakukan perbuatan demikian, ia tidak dipanggil bai’ah dan tidak mendapat pahala dari Allah SWT.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Wan Kay (Buletinonline)

Kota Seputeh, Mahkamah Putuskan Isnin


Status sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, Kedah Datuk Abu Hasan Sarif dari Barisan Nasional (BN) boleh menyandang terus kerusinya akan diputuskan Mahkamah Tinggi, Isnin ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mempertikaikan statusnya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kerusi itu tidak mengalami kekosongan dengan Abu Hasan masih merupakan wakil rakyat yang sah.

Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.

Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.

“Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas

Presiden Majlis Peguam di mahkamah hari ini.

Pada 18 Ogos lalu, Abd Isa menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Sebaliknya Abu Hassan menjelaskan, beliau juga telah mengemukakan surat sakit bagi membuktikan sebab ketidakhadirannya pada sidang DUN tempoh hari.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan Selasa ini.

Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.

Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.

DUN Kedah akan bersidang mulai Selasa ini bagi membentangkan bajet negeri 2010.- Berita Malaysian Insider Video :TVS

13 Nov 2009

Bai'ah talak: Bukan rasmi dari PAS



PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.

Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai'ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor.

"Presiden kata benda ini (bai'ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri."

"Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit." jelasnya.

Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia'ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu.

Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait 'cerai talak tiga' kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti.

"WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini,iaitu Islam.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, " lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.

Jelasnya, bai'ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti.

"Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai'ah...sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti."

Tambahnya lagi, bai'ah PAS Selangor beberbeza dengan negeri-negeri lain mungkin disebabkan bimbang para wakil rakyatnya dibeli BN kelak.

"Ada kebimbangan akan ada wakil rakyat lompat parti sebab yang beli biasa parti pemerintah (Umno dan BN)."

Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu 'bai'ah talak tiga', telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan lagi.

Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini. Hrkh

Atas

Selanjutnya

Tok Guru Nik Aziz batal hasrat ke Mekah

P1010795
Gambar TGNA selepas menyampaikan Kuliah pagi tadi

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini.

Menurut laporan, Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.

Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji.

Namun difahamkan, Nik Aziz tidak menyatakan sebab sebab pembatalannya itu dan hanya menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati.

PAS Kelantan sebelum ini mempertahan Nik Aziz yang menerima tajaan tersebut kerana menganggapnya biasa berlaku kepada orang alim dan guru-guru pondok di negeri itu.

Mereka juga yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik.

Tuan Guru berkata, pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Royalti: Najib digesa mohon maaf, tarik balik keputusan beri wang ihsan



Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik keputusan pusat membayar wang ihsan kepada karajaan negeri itu.

Sebaliknya Najib tegas mereka harus membuat pengumuman baru bahawa Kerajaan Persekutuan akan membayar wang royalti seperti yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Pemuda Kelantan turut menuntut agar Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan kerajaan merampas royalti rakyat negeri itu.

Tiga tuntutan tersebut dibuat dalam satu penyerahan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan parlimen tengahari tadi.

Ketua Pemuda Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) dalam satu sidang media di lobi parlimen selepas penyerahan tersebut berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagi menunjukkan kesungguhan mereka mewakili rakyat Kelantan menuntut agar kerajaan memberikan royalti, bukannya wang ihsan seperti yang diumumkan.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini dapat menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri Aziz, dan memorandum ini kami tujukan kepada Perdana Menteri sebagai usaha kami untuk menuntut supaya Kerajaan Pusat melalui Petronas mengkaji balik keputusan untuk memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan serta syarat tiga batu nautika plantar minyak dari pesisir pantai untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti,". katanya.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media yang sama berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan menanti penjelasan yang terperinci daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob.

Nor Ya'kob sewaktu sesi perbahasan di peringkat dasar enggan menjawab walaupun sepatah berkenaan isu ini.

"Kami ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan meneruskan perjuangan ini di parlimen dan kami berjanji dalam sesi perbahasan bajet di peringkat jawatankuasa kita akan terus membahaskan isu royalti ini.Bagi kami kerajaan pusat seharusnya akur kepada perlembagaan negara dan mengikuti dengan serius apa-apa perkara yang terkandung dalam akta 144,"

Menurutnya juga, ahli parlimen dari Kelantan dan kerajaan negeri sendiri bersedia membuka pintu rundingan berkenaan pemberian royalti ini dengan Kerajaan Pusat
"Atas nama pemberian royalti kami sedia pada bila-bila masa membuka pintu rundingan dengan kerajaan pusat," Ujarnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) kesal dengan jawapan Nazri yang meminta mereka merujuk perkara itu ke mahkamah yang disifatkan sebagai angkuh.

Ujarnya, jawapan Nazri itu menunjukkan Kerajaan Pusat tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dan negeri pengeluar petroleum bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai atau diperoleh dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut.

Nazri sewaktu menerima penyerahan memorandum itu meminta kerajaan Kelantan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan samaada Kelantan berhak mendapat royalti atau pun tidak.

"Saya nak meluahkan rasa kecewa saya terhadap respon yang diberikan Datuk Nazri tadi kepada kami.Bagi saya respon yang diberikan kerajaan seperti yang disebut oleh beliau (adalah) satu benda yang tidak sihat kepada konsep federalisme dalam negara kita.Ini akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita.

Kerajaan akan dilihat begitu angkuh apabila sudah jelas mengenai pemberian royalti itu dari sudut akta dan perjanjian kerajaan negeri dengan Petronas," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) dan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Baihaqi Atiqullah yang juga Adun Pasir Tumboh. Hrkh

Muhyiddin Arah ADUN Kota Siputeh Hadir Sidang DUN Kedah



Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menyifatkan Datuk Abu Hasan Sarif hilang kelayakan sebagai ADUN Kota Siputeh, walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Katanya Abu Hasan hilang kelayakan sejak 17 Ogos lepas setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturutturut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

12 Nov 2009

PAS dedah hasil siasatan 'bai'ah talak' esok

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.

Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.

Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut.

Perkara itu didakwa timbul selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberpa blogger.

Kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga PAS diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut.

Ianya kerana Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.

Mereka juga berpendapat, isu ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan PAS. HarakahDaily

Mayat Teoh Digali



Pemuda PAS dan Dr. Aziz Bari adakan pertemuan susulan

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Selepas para exconya mengasak Profesor Dr Aziz Bari dalam seminar memperkasakan parti Sabtu, 7 November lepas, pimpinan Dewan Pemuda PAS dan Aziz beramah mesra pulahari ini.

Pertemuan susulan Pemuda PAS dengan tokoh akademik ini pada hari ini, menunjukkan keterbukaan sayap PAS dan Aziz menerima kritikan dan pandangan pelbagai pihak.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, pertemuan tersebut juga sebagai peluang kepada Pemuda PAS menilai keberkesanan gerak kerja mereka disamping mengambil input positif dan berguna bagi lebih memperkemaskannya.

"Ini menunjukkan sikap keterbukaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mendengar pandangan serta kritikan dan mengambil input-input positif dan berguna daripada semua pihak termasuk tokoh akademik," katanya pada sidang media selepas pertemuan tersebut.

Pertemuan khas hampir dua jam itu berlangsung secara tertutup di pejabat DPP bangunan PAS Jalan Raja Laut dan turut disertai beberapa Ahli jawatankuasa harian Pemuda PAS.

"Kami Pemuda PAS mengambil sikap menghormati kritikan dan pandangan itu dan wajar kita mendengar dan mendapatkan asas-asas kritikan dan teguran yang dilemparkan kepada PAS," ujarnya lagi.

Meskipun mengakui kritikan Dr. Abdul Aziz terhadap PAS sangat keras, namun Nasaruddin yakin tindakan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu bertujuan melihat PAS terus teguh dipersada politik negara.

"Saya menghargai kesudian dan kesungguhan Prof. Aziz Bari ini untuk memberi pandangan dan idea.

"Walaupun beliau bukan daripada orang dalam parti, tetapi melihat parti ini perlu bergerak aktif dan melakukan perubahan positif, " katanya lagi.

Beliau juga turut mengakui ada sesetengah pandangan Dr. Abdul Aziz tidak dipersetujui DPP namun mereka mengambil sikap terbuka dan masing-masing saling menghormati perbezaan tersebut.

"(Perbezaan) itu tidak lah besar sangat, lebih kepada persepsi.

"Beliau ahli akademik membuat persepsi dari luar sedangkan kami dalam parti mempunyai pemerhatian sendiri.... apa yang penting kita tetap menghormati tulisan beliau," katanya.

HarakahDaily.Net/-

Syarikat Milik Pemimpin Umno Tipu 3436 Pembeli Rumah



1 fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Hasil pendedahan itu, sebuah syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.

Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.

"Kita mendedahkan dokumen ini dengan tujuan membantu orang-ramai mendapat gambaran sebenar, bagaimana kejadian ini berlaku. Kerajaan negeri tidak akan ambil tindakan, tetapi kita menasihatkan orang-ramai supaya membawa kes ini ke pihak guaman," kata Khalid.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana telah terbengkalai sejak 2006.

Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. ini adalah milik bekas Exco Selangor Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.

Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan RM360,000 seorang dan sebuah rumah setiap seorang.

Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Perumahan ini dijangka siap pada 2002, malangnya projek ini terbengkalai.

Pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala pembeli-pembeli terpaksa menanggung hutang bank.

"Tanah hilang, rumah tak dapat. Orang-ramai memberi harapan masalah ini dapat diselesaikan segera," kata Khalid.

"Kerajaan negeri akan terbitkan risalah tentang kes ini yang boleh didapati laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, di Pejabat Daerah berdekatan dan Pejabat Menteri Besar pada Isnin ini," tambah beliau. TVS

Dedah tiga dokumen OSA untuk siasatan



Kerajaan negeri Selangor mahu mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

“Peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan ‘rahsia’ atau ’sulit’ sesuatu dokumen bawah OSA,”katanya.

Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan pembentangan bajet 2010 di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, petang tadi.

Menurut Khalid pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat.

“Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam.

Manakala terdapat satu projek berkaitan projek penghutanan semula,serta berkaitan kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan dan laporan mengenai Bukit Cerakah.

Khalid berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

“Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang,” Jelasnya.

Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ini.

Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.

“Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang,” katanya.

Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan dalam akta OSA. - selangorkini

11 Nov 2009

Akuan Bersumpah Bekas Pengarah BPR

bpr

Klik pada imej

BPR: Tuduhan Anwar Sorok RM3 bilion Tidak Berasas



Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah Abdul Razak Idris berkata agensi itu telah membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari sebarang pertuduhan menyimpun dan menyorokkan wang ringgit berjumlah RM3 bilion di akaun-akaun bank luar negara, ataupun mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat.

Dalam keterangan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Abdul Razak berkata BPR telah menyiasat tuduhan ini yang dinyatakan dalam akuan bersumpah bekas pembantu Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid.

Bekas penyiasat kanan BPR memberi dipanggil ke kandang saksi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah Anwar terhadap syarikat media New Straits Times Press (M) Bhd.

Anwar menyaman NST sebanyak RM100 juta selepas akhbar itu dikatakan memfitnah Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dalam rencana "Anwar's link to US lobbyist" yang disiarkan pada 2 Mac 2002.

Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa sekumpulan pegawai penyiasat BPR pergi ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat tuduhan ini, namun mendapati tiada kes terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Murad menandatangani akuan bersumpah ini pada 29 Oktober 1999, kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan pada September tahun yang sama.

"Kita temui Murad dan beberapa saksi British. Tetapi mendapati tiada kes terhadap Anwar seperti yang didakwa dalam akuan bersumpah Murad. Lantas, saya menyimpulkan bahawa pertuduhan-pertuduhan yang terkandung dalam akuan bersumpah ini tidak berasas dan tidak kukuh, dan demikian itu mengarahkan siasatan ditutup," kata Abdul Razak.

Abdul Razak kemudian menyerahkan akuan bersumpahnya berhubung kes ini ke perhatian mahkamah. TVS

ISTERI DATUK KJ KEMBALI KE RAHMATULLAH

KELANA JAYA, 11 Nov: Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan 7/2, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser payudara dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk yang sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.

Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah

harakahdaily.net

10 Nov 2009

SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

Akur Kehendak Parti? - Zulkifli Noordin



KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Sivarasiah yang disiarkan dalam akhbar The STAR dimukasurat N. 17. Beliau dipetik sebagai berkata “amaran Ketua Umum PKR kepada ahli PKR supaya keluar daripada PKR dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang saperti Zulkifli Noordin, dimana tindak tanduknya tidak selaras dengan dasar parti”.

Saya ingin menegaskan bahawa itu adalah tafsiran YB Siva sendiri kepada kenyataan DSAI. Adalah jelas daripada mesyuarat yang dipanggil oleh DSAI semalam dipejabatnya yang dihadiri oleh AP PKR bahawa isu utama yang dibincangkan adalah startegi baru PKR untuk melancarkan serangan terhadap YAB Perdana Menteri. Isu kepatuhan kepada dasar parti hanya disebut secara sampingan dan tiada pada bila-bila masa DSAI menyebut ianya dituju kepada saya. Malahan, DSAI melahirkan rasa bangga bahawa saya satu-satunya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang istoqomah dalam membawa isu yang menjadi kepentingan Muslim dan dan orang Melayu. Malah, DSAI menegaskan bahawa adalah juga sangat penting untuk Pakatan menjuarai hak dan keistimewaan Muslim dan orang Melayu, tanpa melupakan hak penganut Kristian, Hindu, Buddha, kaum Cina, India dan lain-lain.

DSAI hanya menyentuh satu isu, itu pun secara umum, iaitu mana-mana AP hendaklah memaklumkan kepada Ketua Whip dan beliau sendiri jika hendak memfailkan apa-apa cadangan pindaan rang undang-undang persendirian dan usul ke Parlimen. DSAI tiada pada bila-bila masa menyebut bahawa saya melanggar apa-apa polisi parti.

Saya ingin bertanya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, apa yang beliau maksudkan dengan mematuhi polisi parti. Polisi siapa yang beliau maksudkan? Polisi beliau? Apakah membela dan memperjuangkan hak Islam dan orang Muslim bertentangan dengan dasar PKR?

DSAI sendiri dihukum dan dipenjarakan selama 6 tahun kerana enggan akur kepada kehendak parti (UMNO masa itu). Kerana perjuangan dan jihad beliau untuk menobatkan kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan dan hak untuk menyatakan pendapatlah maka gerakan Reformasi dilancarkan. Itulah perbezaan fundamental diantara Pakatan Rakyat dan BN. Premis perjuangan Pakatan Rakyat tertegak diatas hak asasi kemanusiaan ini, Islam dan Muslim juga mempunyai hak yang perlu dipertahan dan diperjuangkan. Apa yang telah saya pertahan dan perjuangkan adalah hak Islam dan Muslim. Apakah ianya satu dosa bagi PKR? Apakah hak asasi kemanusiaan hanya bermaksud hak orang lain, dan Islam serta Muslim tiada hak langsung tetapi mesti akur dan patuh kepada hak orang lain?!

Ianya adalah satu tragedi bagi demokrasi dan hak asasi kemanusiaan jika orang semacam YB Siva diberi ruang untuk menggariskan apa itu demokrasi dan hak asasi kemanusiaan; bahawa demokrasi dan hak asasi kemanusiaan hanya menjadi demokrasi dan hak asasi jika mereka mengesahkannya. Dan jika membela dan mempertahankan Islam dan Muslim tidak termasuk dalam ruang lingkup demokrasi dan hak asasi kemanusiaan dalam PKR, maka saya berpendapat itu adalah hukuman bunuh kepada demokrasi dan hak asasi kemanusiaan di Malaysia.

Nasihat saya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, “apa yang baik untuk kamu tidak semestinya baik bagi orang lain”

Saya ingin mengeaskan apa yang saya telah sebut secara konsisten dan istiqomah; mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim adalah sesuatu yang sangat berharga bagi saya. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk Islam. Saya adalah Muslim dahulu, Ahli Parlimen kedua. Saya adalah Muslim dahulu, ahli parti kedua. Apabila tiba harinya saya terpaksa memilih diantara Islam dan parti, saya tanpa sedikit keraguann pun akan pasti memilih Islam.

Dan saya mencabar YB Siva, sila letak jawatan beliau sebagaio Naib Presiden dalam tempoh 24 jam dan mari kita bertanding satu lawan satu. Mari kita berikan hak demokrasi dan bersuara kepada ahli akar umbi PKR membuat keputusan samada mempertahan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim menjadi dasar PKR ataupun tidak. Jika saya tertewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR, kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu dengannya.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
22 Zulqaedah 1430
10 November 2009

(zul4kulim.blogspot.com)

YDP PAS Besut : Gempa Bumi Yang Menakutkan...

Ceramah Kepada Warga Masyarakat Padang, Sumatera Barat, Indonesia

Kenangan Bersama Dr Hj Mohd Yusof & Haji Abu Samah

Anggota Rombongan Di LCCT Sebelum Berangkat Ke Padang

Pertama kali terasa debaran untuk meninggalkan anak & isteri sewaktu melangkah ke luar negara. Misi Kemanusiaan bersama antara Muslim Care Malaysia & Lajnah Antarabangsa DPP Pusat kali ini menuju ke lembah yang sarat dengan penduduk. Perjalanan ke Indonesia kali ini bagaikan ada yang tak kena. Bimbang kerana di sana Allah takdirkan suatu ujian yang besar untuk rakyat terbanyak. Goncangan bumi bagaikan berakhirnya kehidupan. Mata yang menyaksikan kemusnahan harta benda, bangunan dan muka bumi sekaligus mengingatkan kita kepada betapa agungnya kekuatan Allah.

Mayat yang bergelimpangan, ratusan lagi yang tertimbus, rumah mayat yang sendat, kamar sakit yang sesak ; itulah fenomena di Padang, Sumatera, Indonesia.

Biarpun semua itu telah berlalu, namun mata dan perasaan yang satu ini masih melihat betapa degilnya manusia. Memunggah kehidupan yang sarat dengan kepayahan itu secara semberono tanpa bertanya kepada tuhan, apakah ianya dalam redhaNya atau murkaNya.

Apakah runtuhan Gunung Tigo yang menenggelamkan 3 buah kampung yang sarat dengan penduduk, ditenggelami secara pukal dan pakej oleh Allah sehingga membentuk kawah besar bersebelahannya masih belum menginsafkan manusia? Tidakkah kubur besar yang menimbusi lebih 400 penduduk itu masih membugarkan jiwa manusia terhadap dunia....

Terasa bimbang bila melihat ibadat sepenting solat ditinggal seperti lagaknya manusia tanpa rasa bersalah kini membayangi kehidupan sebahagian masyarakat Padang yang baru ditimpa musibah. Ngeri bila memikirkan gelora yang bergerak di bawah permukaan bumi jika kembali ke permukaan. Namun mereka semacam tidak memikirkan kemurkaan Ilahi. Semuga Allah menghidayatkan mereka dan membugarkan kecintaan mereka terhadap Allah Azzawajalla langsung beramal semahunya mempasrahkan diri dan menghambakan jasad hanya untukNya.

Sepahat kasih mahabbah filLah buat sahabat-sahabat dari Parti Keadilan Sejahtera yang senentiasa bersama meredah keperitan rakyat kepayahan. Layaklah kemenangan untuk mereka lantaran khidmah bakti, mujahadah dan jihad yang menjadi sebahagian daripada kehidupan anggota-anggota jundullah ini. Semuga ianya menjadi pakaian kita bersama....

Allahu Akbar...

Kes VK Lingam: Saksi datang sendiri ke Parlimen


Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa siasatan terhadap kes Datuk V.K Lingam terpaksa ditutup kerana tidak ada saksi telah dibidas dan disanggah.

Bidasan kenyataan itu telah dibuat oleh salah seorang saksi penting, dalam kes video terbabit, Jayanthi L.G Naidu yang hadir ke parlimen hari ini bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau juga merupakan bekas setiausaha Lingam dan pernah terbabit dalam menguruskan perbelanjaan percutian VK Lingam dan mengagihkan sejumlah wang kepada hakim tertentu.

R. Sivarasa (PKR-Subang) dalam satu sidang media bersama Jayanthi di lobi parlimen tengahari tadi berkata, jawapan Nazri itu langsung tidak munasabah malah beliau sendiri mempunyai bukti yang kukuh berhubung percutian Lingam, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin pada tahun 1994.

Menurutnya, beliau sendiri ketika itu membuat tempahan tiket untuk Lingam, Eusoff Chin serta keluarga masing-masing dan menguruskan bayaran untuk perjalanan mereka.

Beliau turut mengakui pernah mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM 100, 000 hingga RM300, 000 untuk diberikan kepada hakim yang terlibat.

Sementara itu Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dalam sidang media yang sama menegaskan meskipun Nazri mengatakan Lingam tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim, namun tindakan Lingam jelas merosakkan institusi kehakiman.

"Mungkin dari sudut akta dan undang-undang betul tapi dalam suasana negara sangat-sangat berhajatkan untuk membaik pulih institusi kehakiman yang telah reput maka apa jua tindakan yang ditanggapi sebagai merosakkan lagi institusi kehakiman ini adalah salah," tegasnya.

Kedudukan Badrul Dalam Dewan Negeri Selangor Diubah



Susulan Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri yang bermula hari ini, Speaker Teng Chang Khim bertindak menukarkan tempat duduk ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dalam dewan ke tempat pembangkang kerajaan negeri.

Ini berikutan mengikut amalan dewan apabila wakil rakyat itu menyertai pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional, maka tempatnya perlu ditukarkan agar berjauhan bersama penyokong pembangkang.

“Disebabkan beliau telah pun mengumumkan bahawa beliau keluar daripada parti Keadilan dan juga sebagai akan menjadi Adun Bebas yang memihak kepada Barisan Nasional, maka mengikut amalan dalam dewan saya tukarkan tempat duduk beliau supaya jauh daripada pihak penyokong kerajaan”, kata Teng Chang Khim

Beliau bercakap kepada Tv Selangor selepas diminta mengulas kedudukan Badrul dalam Sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Badrul sebelum ini bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai parti bebas dan menyokong Umno-Barisan Nasional. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Pembangunan Yang Merugikan Rakyat - SPRM dikehendaki menyiasat

BESUT – Orang ramai menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan keatas semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terutamanya semasa diterajui bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Ia adalah kerana, selain dianggap membazir, projek-projek tersebut mengalami banyak ‘kerosakkan’ walaupun baru di siapkan dan merupakan kerugian kepada harta rakyat.

Projek-projek pembangunan yang dibiayai ’dana khas’ dan ’wang ehsan’ merupakan yang paling banyak mengalami kecacatan rosak dan runtuh.

Kerosakan besar yang berlaku adalah seperti runtuhnya atap Stadium Sultan Zainal Abidin, Pusat Akuatik Batu Burok yang bocor, siling lapangan terbang Sultan Mahmud yang tanggal, runtuhnya menara komunikasi di Tembila, Besut dan runtuhnya bumbung masjid di Kerteh.

Manakala semakan Buletinonline mendapati, rata-rata masjid-masjid yang di bina pada zaman Idris mengalami kerosakan sebaik sahaja siap dan mula digunapakai.

Antaranya adalah masjid Kristal yang mengalami kebocoran, masjid Hadhari, masjid Kampung Lingai, Batu Rakit dan masjid Kampung Bintang, Setiu.

Manakala dalam kawasan Dewan Undangan Jerteh sendiri dimana Idris adalah wakil rakyatnya, pelbagai projek yang tidak munasabah yang dilaksanakan menjadi terbengkalai dan rosak.

Antaranya pembinaan pasar besar Jerteh atau Jerteh Souq, bangunan Taman Selera di sisi jambatan Jerteh dan taman rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.

Sebanyak enam buah wakaf di taman rekreasi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dibina menjadi lanskap bagi sebuah Masjid Hadhari disini, rosak ditenggelami airkerana dibina dalam lembah di tebing sungai Jerteh.

Buletinonline dimaklumkan, Taman Rekreasi JPS dibina oleh Majlis Daerah Besut dengan kos lebih RM100 ribu.

Seorang penduduk, Abdullah Mat Zin, 45, hairan bagaimana pembangunan sebuah Taman Rekreasi JPS yang dibina di tebing Sungai Jertih diluluskan.

Ini kerana, katanya taman tersebut dibina terlalu rendah serta berada di bawah paras aliran air sungai berkenaan.

“Saya rasa pelik macam mana pihak kerajaan boleh lulus buat Taman Rekreasi JPS ini. Mereka (kerajaan) buat di tempat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Jertih.

“Jika air pasang atau hujan lebat sikit pun boleh tenggelam wakaf-wakaf serta Taman Rekreasi JPS itu,” jelasnya.

Beliau mahukan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Selain Abdullah, seorang pesara kerajaan Mohamad Said, 63, berkata pembinaan wakaf dan taman rekreasi di tebing sungai Jerteh menjadi ‘bahan ketawa’ orang Jerteh.

“Semua orang tahu, pada setiap tahun ketika musim hujan, air sungai Jerteh akan melimpah dan banjir akan berlaku,

”pembinaan wakaf dan taman rekreasi tersebut, benar-benar tidak masuk akal,”katanya ketika ditemui.

Beliau dimaklumkan pembinaan enam buah wakaf yang kini ditenggelami air Sungai Jertih tersebut mencecah harga RM20,000 sebuah. BO

Asri sedia sertai politik jika dihalang ceramah...

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama

Seminar Memperkasakan PAS; Liputan akhbar Cina

China Press

Nanyang Siang Pau
Lim Hong Siang

"PAS terus bersama PR"

"Seminar politik memperkasakan parti" yang diadakan pada 7 November boleh menjadi detik sejarah yang penting untuk PAS, khususnya dilihat dalam konteks politik Malaysia, tetapi tidak mendapat liputan yang luas dalam media cetak bahasa Cina.

Sebaliknya, akhbar Cina lebih berminat terhadap Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua MCA, lantaran pergelutan parti itu yang belum selesai.

Antara media cetak bahasa Cina, Sin Chew Daily memberi liputan yang paling luas (secara perbandingan) untuk laporan seminar politik PAS. Malah, isu ini disentuh dalam kolum dan ruang lidah pengarangnya pada 9 November. Selain itu, komen terhadap seminar PAS boleh didapati di Nanyang Siang Pau, sementara media cetak Cina selainnya tidak/belum mendalami isu ini dalam bentuk analisa ataupun komen.

Kesemua media cetak Cina menonjolkan "PAS terus bersama Pakatan Rakyat" sebagai tajuk laporan utama pada 8 November. Kandungan laporan merangkumi pandangan kedua-dua orang ahli panel yang berlatar-belakangkan akademik, selain reaksi perwakilan yang menyelar Profesor Abdul Aziz Bari.

Sinchew Daily

Muka surat ketiga Sinchew Daily pada 8 November disarat hampir penuh dengan laporan seminar politik PAS, bertajukkan "Tiada rundingan kerjasama dengan UMNO lagi". Selain ucapan Presiden PAS, pembentangan survey oleh Profesor Abu Hassan Hasbullah yang menunjukkan penurunan sokongan terhadap PAS, khususnya terhadap pimpinan Hadi Awang, juga dijadikan tumpuan.

Timbalan Ketua Pengarang Sinchew Daily, Tay Tian Yan dalam kolumnya pada 9 November yang bertajuk "Pak Lah versi PAS", membandingkan Hadi Awang dengan bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil bin Mohd Noor. Tay menuduh Hadi Awang tidak menunjukkan prestasi, berdasarkan kenyataan bahawa PAS Terengganu yang dipimpininya telah kehilangan kerajaan negeri, sehingga "tsunami politik" pun gagal menyelamatkannya.

Tay menulis, "Hadi Awang tidak memahami masalah PAS, malah nampaknya lebih tidak memahami dirinya. Beliau hanya menggunakan logik yang mudah, iaitu pertandingan bola sepak baru masuk separuh, mana boleh ketua pasukannya ditukar?"

"Teruknya, beliau tidak tahu pun peraturan asas dalam bola sepak. Di gelanggang, seandainya prestasi ketua pasukan tidak baik, apa yang dilakukan terlebih dahulu adalah menukarkannya. Kalau tidak, satu pasukan akan dibebankan olehnya... "tambah Tay.

Lawan PAS bukan lagi Pak Lah

Walau bagaimanapun, Tay menganggap Hadi bukannya jahat, cuma Hadi lebih sebagai ulamak daripada seorang pemimpin politik. "Beliau mengurung dirinya dalam suasana politik yang lama, bermundar-mandir antara ideologi keagamaan dan kemelayuan yang konservatif, dan gagal mengatasinya... Sehingga tsunami politik gagal melambungkannya ke puncak, lebih-lebih lagi, beliau dipengaruhi orang di sisinya yang membataskan perspektifnya."

Tay menyimpul, "(Gelaran) 'Pak Lah versi PAS' amatlah sesuai untuknya (Hadi). Persoalannya, lawan PAS kini bukan lagi Pak lah, tetapi Najib yang lebih cerdik".

Sementara itu, Lidah Pengarang Sinchew Daily pada 9 November yang bertajukkan "PAS perlu menghadapi realiti politik", menulis "...melihat kepada iklim politik selepas PRU Mac tahun lalu, PAS tidak ada lagi pilihan. Seandainya PAS ingin melakukan sesuatu dalam gelanggang politik Malaysia, maka ia perlu mengambil pendirian Islam yang sederhana, mengubal dasar yang lebih memperlihatkan keterbukaan. Amalan Islam Fundamentalist tidak menguntungkan PAS."

Malah, lidah pengarang ini menyimpulkan bahawa PAS, bahkan PR perlu berhenti mengungkit isu yang sensitif dan emosi, menghormati kemajmukan, mempertingkatkan kemampuan pentadbiran, bersaing secara sihat dengan BN untuk memanfaatkan rakyat.

Nanyang Siang Pau

Nanyang Siang Pau pula membubuh tajuk "Hadi: Idealisme perjuangan tidak diketepikan, PAS terus bersama PR" dalam laporannya pada 8 November, di muka surat A7.

Walau bagaimanapun, Nanyang Siang Pau mengikuti perkembangan isu ini pada 9 November dengan satu temuramah bersama Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang mendakwa "tiada lagi rundingan antara PAS dengan UMNO", dan hubungan pemimpin PAS kini semakin rapat.

Dalam satu analisa berjudul "Dua aliran dijangka membuka gelanggang baru" yang disiarkan pada muka surat A10, menganggap "pendamaian" ini hanya bersifat sementara, dan kedua-dua aliran ini dijangka bakal membuka gelanggang baru.

"Pertentangan antara dua aliran ini wujud dari segi idealisme mentadbir negara dan pengagihan kuasa dalam parti. Punca yang menjurus kepada keretakan ini adalah 'rundingan antara PAS-UMNO'."

Analisa ini melihat isu "kerajaan perpaduan" dibangkitkan pada zaman pemerintahan Najib hanya sebagai "pertimbangan strategi politik", memberi amaran agar golongan profesional dalam parti tidak terlalu cenderung kepada Anwar Ibrahim, di samping mengingatkan kedua-dua rakan sekutu PR agar jangan memperlekehkan kedudukan dan pengaruh PAS.

"Apa yang menarik selepas ini adalah, selepas menggugurkan strategi 'kerajaan campuran' ini, apakah pula strategi aliran 'ulamak' yang diketuai Hadi Awang untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh dalam parti," simpulnya.

China Press

Tiada ulasan selanjutnya mengenai seminar politik PAS di China Press, setelah laporan pada 8 November di muka surat A19.

Lebih setengah muka surat diperuntukkan untuk seminar politik PAS pada 8 November, dengan tajuk utama berbunyi, "Hadi Awang: Bersama PR-- PAS tidak bekerjasama dengan UMNO".

Apa yang menarik ialah tajuk kecilnya, misalnya "Tuduhan 'Pak Lah versi PAS', Penceramah dikritik perwakilan" (merujuk kepada Abdul Aziz), "Tidak puas hati kerana kesetiaan dipertikai, Perwakilan bidas rakan sekutu PR" (merujuk kepada perwakilan Wilayah Persekutuan),
"Hadi:Membawa perubahan untuk rakyat, terus berjuang bersama PR", "Hadi: Tidak letak jawatan biarpun dikritik", "Melenting kerana kritikan umpama orang primitif" (merujuk hujah Abu Hassan Hasbullah), "Masuk PR: Cakap tak serupa bikin" (merujuk kepada hujah Abdul Aziz Bari), "Abdul Aziz: PAS gagal jadi alternatif jika tidak menerima bukan muslim", "Hu Pang Chaw: Tidak pernah Melayu berpecah belah."

Oriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh


Oriental Daily memperuntukkan keseluruhan muka surat A9 (tabloid) pada 8 November untuk laporan Seminar Politik PAS, dengan tajuk utama "Hadi menjaminkan peranan yang aktif, PAS tidak akan meninggalkan PR". Selain itu, wujud juga laporan yang bertajukkan "Penyokong Hadi bidas penceramah", dan "Profesor tegur PAS untuk menerima masyarakat bukan Islam." Tiada analisa disusuli pada hari berikutnya.

Kwong Wah Yit Poh yang berpusat di Pulau Pinang pula hanya melaporkan seminar ini pada 8 November, di muka surat A19, dengan tajuk "Hadi: Memimpin perubahan, PAS terus bersama PR".

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 8 dan 9 November 2009, berkisar pada Seminar Politik Memperkasakan Parti, PAS.

Polis mempunyai foto Najib bersama Altantuya

Konsul Mongolia serahkan gambar kepada polis, kata wartawan Peranchis

Foto Perdana Menteri Najib Razak bersama Altantuya Sharibuu ada dalam tangan polis tetapi tidak mungkin diketengahkan dalam apa keadaan sekali pun, kata wartawan Perancis Arnaud Dubus.
Dalam wawancara dengan Free Malaysia Today, Dubus berkata ayah Altantuya sendiri menyerahkan gambar itu kepada konsul Mongolia di Malaysia yang kemudian memberikannya kepada polis.

Dubus berkata keluarga Altantuya terlalu lurus atau “naïf” kerana mempercayai konsul Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi sehingga tidak membuat salinan gambar berkenaan.

“Gambar berkenaan diberikan kepada Datuk Syed yang kemudian menyerahkannya kepada polis. Selepas itu gambar berkenaan seolah-olah terus “ghaib.”

“Kehilangan” gambar itu, mengekang Dubus daripada meneruskan siasatannya bersabit pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

Dubus menyiasat kes itu selama tiga bulan. Hasil siasatan beliau yang mengupas sogokan wang dalam kontrak pembelian senjata oleh Malaysia dari Peranchis serta hubungan Altantuya dengan Najib serta Abdul Razak Baginda disiarkan akhbar La Liberation.

Najib selama ini menafikan mengenali Altantuya namun penafian itu disangsi oleh pelbagai pihak, khususnya pembangkang dan badan-badan bebas hak asasi.

Dubus yakin foto Altantuya dengan Najib tetap wujud berasaskan fakta-fakta tertentu yang mengaitkan Perdana Menteri kepada Altantuya.

“Gambar yang dimaksudkan ini dilihat sendiri oleh Shaaribuu Setev, ayah Altantuya. Beliau telah melihat gambar Najib, Abdul Razak Baginda and Altantuya yang diambil di Paris. Altantuya sendiri yang menunjukkan gambar itu kepada beliau.”

“Kemudian, kawan paling rapat Altantuya, Amy, juga melihat gambar ini. Beliau juga ingat dengan jelas Altantuya mengenal pasti Najib dalam gambar itu,” kata Dubus.

Beliau yakin gambar itu akan terus disembunyikan daripada pengetahuan awam kerana terlalu “sensitif.”

“Gambar ini telah diberikan kepada polis, jadi…orang yang boleh pergi kepada polis dan bertanyakan mengenainya ialah Konsul berkenaan (Datuk Syed Abdul Rahman).

Dubus berkata gambar berkenaan akan serta merta menolak segala penafian Najib kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.

“ Najib telah bersumpah atas Quran bahawa dia tidak mengenali Altantuya. Jika gambar ini diketengahkan, …ia akan amat memalukan beliau.

Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati

Original Post: http://freemalaysiatoday.com/

Bai'ah Terapkan Disiplin, Elak Pemimpin Salah Guna Kuasa



UMNO-BN dan media arus perdana sengaja mensensasikan isu Bai'ah atau sumpah setia pemimpin PAS dengan memperlihatkannya sebagai perjanjian yang meletakkan institusi perkahwinan sebagai sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Walhal Bai'ah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS adalah satu sisitem disiplin dalam memastikan pemimpin parti itu berpegang kepada prinsip parti.

Pemimpin PAS, Husam Musa berkata Bai'ah adalah untuk melindungi kepimpinan parti itu dari jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

" Ini bukan isu politik. Ini isu agama. Isu Islam. Amanah tidak boleh dikhianati" ujar Naib Presiden PAS, Husam Musa apabila diminta mengulas isu Bai'ah yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak Sabtu lalu.

Menurut Husam, Bai'ah bukanlah sesuatu yang mendera perasaan golongan isteri dan anak-anak pemimpin dalam PAS seperti yang disifatkan UMNO-BN dan media arus perdana.

" Bai'ah ini hanya untuk melindungi amanah ini, dan UMNO tidak puas hati kerana dia hendak beli wakil rakyat PAS di Selangor, mahu beli wakil-wakil rakyat PAS di negeri lain" ujarnya.

Tambah beliau lagi, PAS menggunakan sumpah setia ini antara lain untuk menghindari pemimpin parti itu daripada berpaling tadah kepada UMNO yang sentiasa berusaha menarik wakil rakyat PAS menyertai UMNO.

" Dulu pun mereka hendak beli wakil rakyat di Kelantan. Sampai RM 5 juta wang tunai diletakkan di atas riba" katanya.

Diminta mengulas mungkin adanya campur tangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan hal terbabit, Husam berkata JAKIM sewajarnya menumpukan kepada isu-isu yang mendesak.

" Banyak lagi JAKIM boleh buat fatwa lain. Kenapa perlu sibuk hal ini? Bukan saya tidak setuju tetapi JAKIM ada banyak lagi tugas lain" ujarnya. TVS

9 Nov 2009

Royalti: Nik Aziz akan hantar surat kedua kepada Najib



KUALA LUMPUR, 9 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi akan menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar satu rundingan diadakan supaya kerajaan pusat menukar pemberian wang ehsan kepada royalti.

Sebelum ini, perkara sama dilakukan Nik Aziz sewaktu kali pertama menuntut bayaran royalti negeri itu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa ketika memaklumkan perkara itu optimis Najib akan membayar royalti berkenaan setelah berunding dengan kerajaan negeri.

Beliau juga yakin keputusan Najib untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan adalah disebabkan tekanan daripada puak Barisan Nasional di negeri itu yang tidak mahu royalti diberikan kepada rakyatnya.

“Saya yakin Datuk Najib selepas berunding dengan kerajaan Kelantan akan tetap membayar royalti kepada negeri.

"Sekarang saya yakin Najib hanya lakukan satu step pertama (bagi) mengendurkan tekanan politik daripada orang-orang politik Kelantan yang menghendaki bayaran itu tidak dilakukan.

"Ini permainan politik semata-mata, ia bukan berasas kepada undang-undang,” tegasnya dalam sidang media di lobi parlimen siang tadi.

Beliau hadir parlimen hari ini bagi mendengar sendiri penggulungan perbahasan pada peringkat Jabatan Perdana Menteri oleh Menterinya, Tan Sri Nor Ya’kub mengenai perkara ini.

Beliau berkata, isu tiga batu nautika untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti adalah satu hujah yang tidak berasas kerana syarat itu tidak termaktub dalam Akta Petroleum 1974.

“Beliau akan sentuh semula mengenai royalti dan satu hujah yang digunakan (ialah ) ialah tiga batu nautika yagn tidak ada dalam mana-mana undang-undang. Kalau kita tengok undang-undang negara kita, yang ada hanyalah dua belas batu nautika. Tapi akta petroleum mengatasi segala undang-undang,” katanya.

Beliau meminta perbahasan akta petroleum di Dewan Rakyat pada November 1975 oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tun Rahman Yaakob dirujuk kembali.

Tun Rahman ketika itu menekankan dua unsur penting dalam akta petroleum 1974.

“Bahawa beliau menekankan akta itu mempunyai dua unsur penting.Yang pertama kuasa petroleum sebelum akta ini adalah terletak di bidang kuasa negeri-negeri, sejak sebelum kita menyertai Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu.

"Negeri Kelantan sama seperti Sarawak, (iaitu) negeri berdaulat dan mempunyai kuasa di atas petroleum dan kuasa ini hanya boleh diserahkan melalui satu perjanjian, dan perjanjian adalah mengikut akta 1974,” jelasnya.

Unsur yang kedua pula jelasnya adalah selepas negeri meyerahkan hak ini, adalah menjadi tanggungjawab petronas membayar pampasan dalam bentuk wang tunai.

“Adalah menjadi tanguungjawab petronas dalam bentuk ‘cash payment’, bukan royalti, bukan wang ehsan.ia mesti dalam bentuk tunai dan dibayar kepada negeri pengeluar.

Beliau turut menyebut mengenai jawapan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak kepada soalan ahli parlimen Lim Kit Siang iaitu:

“Tuan Yang di Pertua, Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.

Tegasnya, kerajaan negeri bukan sekadar ingin menuntut wang yang sememangnya menjadi hak rakyatnya namun apa yang lebih penting adalah ketelusan kerajaan persekutuan dalam membela kebajikan rakyat.

Beliau turut mempersoal mengenai laporan tahunan petronas yang tidak pernah dibentangkan di parlimen.

“Kenapa petronas tidak boleh membentangkan di parlimen penyata petroleum di seluruh negara.Berapa pengeluaran setiap telaga pada setiap tahun dan berapa nilai pengeluaran tersebut. dan kedudukan tiap-tiap telaga termasuk bumi selatan yang disebut perdana menteri akan dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ke atas royalty demi keadilan rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan memperhebat kempen mengenai isu ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak mereka.

Tahniah kepada Prof Aziz Bari




Ucapan Prof. Aziz Bari kepada Peserta Seminar Memperkasakan PAS di Taman Melewar pada 7 November 2009.

Tahniah kepada Prof kerana berani berdepan dengan Perwakilan PAS.

Umno pengkhianat Besar | TGHH




Pendaftaran Pakatan Rakyat Selari Hasrat Rakyat Malaysia



Setelah selamat memulakan langkah pertama mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai gabungan barisan parti alternatif, penyelaras penubuhan Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kini masanya untuk semua pihak bersabar menunggu pemprosesan tersebut berjalan.

" Kita telah hantar kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan. Kita tunggulah untuk satu bulan, dua bulan tiga bulan, begitu lah agaknya" katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Menurut Zaid lagi, konvensyen Pakatan Rakyat yang akan berlangsung pada bulan hadapan tidak akan terjejas sekiranya belum mendapatkan keputusan dari Pendaftar Pertubuhan berkenaan status pendaftaran gagasan itu.

" Konvensyen itu kita tidak perlukan keputusan tersebut. Tapi kalau dapat awal, Alhamdulillah. Pejabat pendaftar itu buat bukan atas arahan kita. Kalau selepas itu pun tidak apa. Konvensyen itu untuk bincang dasar jadi boleh lah kita teruskan" ujarnya lagi.

Malah menurutnya lagi, Pakatan Rakyat tidak akan menggesa Pendaftar Pertubuhan menyegerakan permohonan Pakatan Rakyat kerana memahami proses pendaftaran memerlukan masa yang agak lama.

" Dalam masa sebulan ini memang agak susah untuk mereka proses. Lazimnya proses pertubuhan ini dua tiga bulan juga".

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai gabungan rasmi merupakan satu langkah susulan daripada perikatan tidak rasmi pada 1 April tahun lalu.

Pakatan Rakyat kini berjaya memerintah Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Malah turut menubuhkan kerajaan negeri di Perak sebelum UMNO-BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.