Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Jun 2009

Zaid Ibrahim sertai PKR

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang melepaskan jawatan itu dan senator akhir tahun lalu telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan sempena Kongres Nasional Khas parti itu di sini hari ini.

Zaid juga hadir pada kongres hari ini yang diadakan untuk membincangkan pindaan perlembagaan parti.

Anwar berkata, penyertaan Zaid akan berkuat kuasa selepas penerimaan permohonannya ditandatangani oleh Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Malah Zaid juga akan dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR, kata Anwar.

Zaid sebelum ini merupakan ahli Umno dan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket Barisan Nasional.

Beliau dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Bagaimanapun beliau melepaskan jawatannya akhir tahun lalu.

Pondok Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Siapa tak kenal anak Tun Mahathir?? Mukhriz Mahathir... Yang sekarang dilantik menjadi Timbalan menteri...Gambar yang dicopy paste dari web ohartis, gambar ini di ambil semasa hari “House Warming Party Datuk Mukhriz Mahathir”,

Tafsirlah sendiri bila lihat gambar ini....
















Stadium Runtuh; SPRM akan memanggil bekas Exco kerajaan negeri

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/3excostadiumruntuh.gifKUALA TERENGGANU – Sekurang-kurang tiga orang bekas Exco kerajaan negeri dan beberapa pegawai senior dari Jabatan Kerja Raya negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal.

Satu sumber menyatakan bekas Exco kerajaan negeri mempunyai maklumat penting dalam membantu merungkai kejadian yang memalukan 2 Jun lalu.

Sumber tersebut turut menyebut dokumen melibatkan pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan atap Stadium bernilai RM300 juta itu akan diperolehi dari pihak berkenaan.

“Kami telah mengenalpasti nama beberapa individu penting bagi membantu penyiasatan,”kata sumber tersebut yang tidak mahu menyebut nama bekas Exco terbabit dan individu yang akan dipanggil.

Tiga orang yang bertanggungjawab memastikan Stadium tersebut siap menjelang SUKMA 2008 adalah Dato’ Wan Hisham Wan Salleh (Kemudahana Awam dan Infrastruktur), Dato’ Din Adam (Belia dan Sukan) dan Dato’ Rosol Wahid (Islam Hadhari dan Kebajikan)

Din dan Rosol masih berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelumnya menjadi Exco kerajaan dibawah bekas Meneteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

12 Jun 2009

SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/pakrosliroslan.gifSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu

Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.

"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Turut difahamkan, siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut telah dijalankan selepas media pada Ogos 2004 membuat pendedahan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.

Sementara itu, Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang meneliti kertas siasatan terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.

Dalam pada itu, salah seorang daripada Datuk yang dikaitkan dengan kes tersebut, enggan mengulas ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.


BPR buka semula fail MRR2 - Selamatkan Pak Rosli, bagaimana Roslan?

KUALA TERENGGANU - Dua ahli politik dikalangan pemimpin UMNO dilaporkan berasal dari Pantai Timur ditahan SPRM Selangor dipercayai kerana meminta wang suapan sebanyak RM3 juta.

Adalah dipercayai ia berkait rapat dengan kes yang pernah dipaparkan oleh Buletin Online, 7 Ogos tahun lalu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuka semula siasatan berhubung rasuah dan penyelewengan dalam projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dimulakan pada 2004.

BPR akan melihat semula kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini dan akan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian keretakan terbaru pada tiang jejambat MRR2.

Antara tindakan yang akan diambil BPR adalah memanggil kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Pakej II MRR2 berharga RM238 juta itu. Jejambat enam lorong berhampiran Stesen Komuter Kepong sejauh 1.7 kilometer yang mula dibuka pada 1999.

Ahad lalu (3 Ogos) MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.

Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta.

Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.

Manakala siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), yang dilantik kerajaan bagi mengkaji punca kerosakan tiang tersebut mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Sehubungan dengan itu Buletin Online telah menerima satu salinan surat seorang individu yang bernama Kamaruzzaman Ishak, bertarikh 15 Jun lalu yang ditujukan kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Dalam surat tersebut Kamaruzzaman yang beralamat di Sura Gate, Dungun, telah membuat permohonan kepada Ahmad Said Hamdan supaya membuat pendedahan umum, status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Dato’ Rosli Mat Hassan (Pak Rosli).

Pak Rosli adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun dan kini baru dilantik oleh Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Mad Said) sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Surat tersebut juga menyenaraikan beberapa kes dimana Pak Rosli dikatakan telah disiasat oleh pihak BPR.

Kes-kes tersebut sebagaimana dalam surat itu adalah Projek Pembinaan Lebuhraya MRR 2 di Kuala Lumpur, Projek Pembinaan Sekolah Menengah Serating di Marang (RM 15 juta) (yang terbengkalai) dan Projek Tangki Air Simpanan (Terbengkalai) di Cherul, Kemaman (RM 10 juta).

Sebelum ini, pada 22 November 2007, Pengarah BPR negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran khabar angin yang tersebar mengatakan Pak Rosli telah disiasat BPR berhubung dengan penyelewengan dalam projek MRR2.

Berita tersebut tidak diambil peduli dan berlalu begitu sahaja kerana tidak ada siapa yang menduga Pak Rosli terlibat dengan pembinaan MRR2.

Malah ada yang terkejut apabila ditanya berkenaan Pak Rosli disiasat BPR kerana Pak Rosli tidak dikenali sebagai seorang kontraktor.

Sekiranya dikaitkan perkara tersebut dengan Bendahari UMNO yang baru, Dato’ Roslan Awang Chik, barulah munasabah, kerana beliau ada cukup dikenali sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Sebelum ini Pak Rosli hanya terkenal sebagai jaguh dangdut kerana isu berkaitan beliau suka berdangdut pernah menjadi popular suatu masa dulu.

Apabila isu MRR2 kembali ‘menggegar’ awal minggu ini, ingatan kepada dakwaan Pak Rosli disiasat BPR tersebut kembali semula.

Setelah Buletin Online mendapat salinan surat Kamaruzzaman, carian dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebuah keratan akhbar tahun 2000 dari rekod JKR dan Berita Harian 26 Oktober 1998 yang telah merakamkan beberapa kenyataan Pak Rosli, menjadi kunci yang mengaitkan Pak Rosli dengan siasatan BPR.

Pak Rosli ketika itu adalah Setiausaha Agung PKMM.


Jadi apa kaitannya ?


Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd dan SUKMIM adalah dua daripada tiga kontraktor yang dilantik kerajaan bagi melaksanakan Pakej II MRR2.

Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd (KKM) adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah PKMM, manakala SUKMIM Sdn Bhd (SUKMIM) pula sebuah syarikat gabungan diantara PKMM dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM).

Maknanya sewaktu pembinaan Pakej II MRR2 sedang dilaksanakan oleh kedua-dua KKM dan SUKMIM, Pak Rosli adalah Setiausaha Agung PKMM yang berkuasa keatas kedua-dua syarikat tersebut.

Bukan sedikit dakwaan penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh Pak Rosli, nilainya sebanyak RM 500,000.

Sebagaimana hasil siasatan unit kejuruteraan BPR pada tahun 2004 yang tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan, khususnya menyebabkan keretakan pada tiang MRR2.

Begitu juga hasil siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.


Bolehkah Pak Rosli terlepas dari pendakwaan?

Bagaimana pula kedudukan Bendahari UMNO Terengganu, Dato’ Roslan Awang Chik, yang baru dilantik oleh Mad Said?

Roslan adalah Pengerusi PKMM pada waktu pembinaan Pakej II MRR2 dulu, dan masih menjadi Pengerusi PKMM sehingga hari ini !

Enam Banduan Cedera Parah Di Pukul Warden

Sekurang-kurangnya 6 banduan cedera parah selepas didakwa digari dan dipukul oleh pegawai warden Penjara Sungei Buloh, Selangor, menurut badan hak asasi manusia Suaram.

Suaram mendakwa sekurang-kurngnya 20 banduan dipukul dalam kejadian semalam itu. Pihak penjara sehingga kini belum memberikan sebarang ulasan rasmi.

Penyelaras Suaram Tah Moon Hui berkata kira-kira 10 pegawai warden memukul kumpulan banduan berkenaan atas alasan yang tidak dapat dipastikan.

Beliau berkata 14 daripada yang cedera tidak diberikan rawatan perubatan.

Suaram menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kejadian itu yang dikatakan berlaku antara pukul dua hingga dan lima petang semalam

PRK N41 Manek Urai (06) :Faktor umur, PAS tiada calon sesuai di Manek Urai?

"Umur bukan kriteria yang mutlak. Jika orang itu berusia 80 tahun tetapi jika dia yang terbaik dan rakyat terima dia, kita akan letakkan dia sebagai calon. Itu tidak menjadi masalah"

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali dalam sidang media berhubung pilihanraya DUN Manik Urai Selasa lalu menegaskan dalam meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai, PAS tetap menekankan calon yang diterima rakyat dan bukan bersandarkan faktor usia semata-mata.


Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan yang diajukan media mengenai kriteria calon PAS pada pilihan raya tersebut sama ada PAS akan meletak calon yang muda sebagaimana di sarankan Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).


"Dato' Halim, beliau masih bertenaga dan diterima rakyat walaupun beliau sudah menjangkau 70 tahun," ujarnya merujuk contoh Dato' Halim Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa.

Mustafa berkata, "Proses pemilihan calon tersebut berlaku secara natural. Kriteria untuk kita menghadapi pilihan raya ialah 'orang yang memungkinkan' dan 'orang yang diterima'.

Menolak kenyataan bahawa PAS Manek Urai dikatakan menghadapi masalah kerana ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN itu, beliau menjawab "terlalu awal, seperti kebiasaan PAS akan mengumumkan calon seminggu sebelum penamaan calon," ujarnya menolak gesaan wartawan dalam menamakan calon.

"Saya sendiri tak ada senarai-senarai calon, yang ada hanya di Kelantan," tambahnya lagi.

Terdahulu kenyataan seorang pemimpin PAS tempatan yang memberitahu Malaysiakini bahawa kebanyakan calon PAS yang disebut-sebut, tidak memilik kelayakan yang mencukupi untuk menjadi calon.

Menurut beliau kebanyakannya merupakan pemimpin yang sudah berusia dan kurang ilmu pengajian.

"Calon seperti ini sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa," ujarnya merujuk pengundi tua di Manek Urai kini adalah 50 peratus.

Melihat perkembangan pengundi muda yang terdedah kepada perkembangan ilmu moden, beliau yang melahirkan kebimbangannya berkata, "kemungkinan jika PAS meletakkan calon lama lagi dan ditambah pula dengan kurang pendidikan dan kekhuatiran penolakan dari pengundi muda".

Sejumlah majoriti 95% pengundi Melayu dimaklumkan akan membuang pilihanraya kecil itu pada 14 Julai depan.

11 Jun 2009

Pilihanraya kecil di Penang lagi?????

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 05Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.


tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 03Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat. ~ Mkini

Kelantan & Monahara



Malaysiakini: Tindakan balas Tengku Temenggong Kelantan terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot – yang mendakwa putera Sultan Kelantan itu menderanya – dijangka diketahui selewat-lewatnya petang ini. LAGI

Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS

Cikgu Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agong PAS yang baru bagi menggantikan Dato' Kamarudin Jaafar.

Dr Hatta Ramli kekal sebagai Bendahari PAS. Yang ini kira okay ler. Pemimpin rakyat yang rajin turun padang. Boleh dipercayai dan senang didekati rakyat.

Ustaz Idris Ahmad pulak dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS, yang dulu nyer disandang oleh Mahfuz Omar

Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru, mengambil tempat yang dikosongkan oleh Mustafa Ali.

Seperti yang diramalkan Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru menggantikan Dato’ Kamarudin Jaffar, manakala Ustaz Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa,
Mohamad Sabu,
Mohd Anuar Tahir,
Mohd Taufik Abdul Ghani,
Dr Mariah Mahamud,
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah

Senarai pesuruhjaya PAS negeri

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Penang)
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu ) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

PRK N41 Manek Urai (05) : Pemuda Yakin Pertahan Kemenangan Peti Undi Laloh

MANEK URAI – PAS yakin mempertahankan kemenangan di Peti Undi (UPU) Laloh (Lakloh) dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) N.41 Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata kemenangan sebanyak 187 undi di UPU Laloh akan dapat ditingkatkan dengan pelbagai program yang dirancang.

“InsyaAllah, kita akan mempertahankan kemenangan di Peti Undi Laloh dan juga kemenangan PAS dalam DUN Manek Urai,

“kita yakin kemenangan sebanyak 187 undi di peti undi ini (Laloh) sekurang-kurangnya akan kekal, bahkan mungkin akan bertambah,”katanya ketika di temui dekat Bilik Operasi UPU Laloh, Kampung Laloh, di sini semalam.

Beliau berkata beberapa program besar pra-penamaan calon, akan diadakan termasuk Pesta Sukan PASTI Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 11 Jun (hari ini) di Padang Awam Majlis Daerah Dabong di Kampung Laloh.

Menurutnya terdapat dua kampung besar dalam UPU Laloh iaitu Kampung Laloh dan Kampung Sungai Rek dan beberapa kampung kecil iaitu Lebor, lela Jasa dan Pecah Pulai.

Pengundi dalam UPU Laloh, katanya, berjumlah 1600 orang dan akan membuang undi di Sekolah Menengah Laloh, di Kampung Laloh.

Tinjauan ke UPU Laloh adalah berikutan makluman dari Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Terengganu, bahawa kontingen PAS Terengganu akan ditempatkan di UPU tersebut bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kelantan.

Walau bagaimana pun, Ariffin Deraman yang dihubungi Buletin Online kelmarin berkata JPN Terengganu akan bermesyuarat dengan pihak negeri Kelantan pada Sabtu 13 Jun.

“Berapa ramai petugas, skop tugas dan bila mula bertugas akan diketahui selaps mesyuarat dengan JPN Kelantan,”katanya.

Sementara itu, tinjauan ke DUN Manek Urai mendapati persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat.

Markaz Induk yang terletak di jalan utama Kuala Kerai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala bilik-bilik operasi bagi UPU Lata Rek dan UPU Laloh telah mula dibuka.

Bilik Operasi UPU Laloh telah dibuka dengan rasminya mulai semalam, selepas satu majlis dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim semalam.

Justeru untuk ‘pemanas suasana’, bendera PAS telah pun dinaikkan dibeberapa tempat strategik, menjelang hari penamaan calon pada 6hb Julai depan.

10 Jun 2009

'Saya hanya ingat mati'

PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters
"Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.

Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters
"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

Geng Deris Terus Menyatakan Bantahan

Beberapa program dan keputusan kerajaan negeri Terengganu terus mendapat bantahan oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Di Hulu Terengganu, tindakan menukar lokasi tapak pembinaan sebuah kolej matrikulasi yang sepatutnya dibina di daerah itu menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Menurut Mohd Nor, cadangan membinaan kolej tersebut di Hulu Terengganu adalah usaha yang digerakkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail.

“Saya sendiri sempat berbincang dengan beliau (arwah) mengenai perkara ini dan mengenal pasti dua lokasi bagi dijadikan tapak projek pembinaan kolej matrikulasi di daerah ini. Salah satunya di padang ragut Jalan Tersat iaitu berhampiran Kampung Tanjung Putat.

“Secara peribadinya, perubahan lokasi pembinaan kolej matrikulasi dari Daerah Hulu Terengganu ke Marang membuatkan saya terkilan, walaupun terpaksa menerima keputusan yang ditetapkan kerajaan negeri” katanya.

Di Setiu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dilaporkan terkilan dan tidak puas hati kerana tidak di jemput untuk hadir dalam Majlis Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang diadakan didaerah itu baru-baru ini.

Sumber Buletin Online memberitahu, Abdul Halim kesal kerana pentadbiran negeri terus meminggirkan ahli-ahli yang berhormat tetapi mengutamakan Penyelaras DUN dalam majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar.

Henti Polemik Kerajaan Perpaduan, Tumpu Pada Manek Urai



Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menggesa semua pihak untuk menghentikan polemik mengenai cadangan diadakan rundingan antara PAS-UMNO, mahupun saranan penubuhan kerajaan perpaduan Barisan Nasional-Pakatan Rakyat.

Mustafa sebaliknya mahu semua pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat memberi tumpuan memastikan gagasan itu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai pada pilihanraya kecil bulan depan dengan majoriti menyakinkan.

Idea penubuhan kerajaan perpaduan BN-PR dilontar oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjadi antara isu yang hangat dibahaskan pada muktamar parti itu di Shah Alam minggu lalu.

Datuk Mustafa berkata PAS tidak mencari sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah mempersiapkan diri untuk menghadapi tonggak Barisan Nasional itu pada pilihanraya kecil Manik Urai 14 Julai ini.

Mustafa berkata Abdul Hadi telah melontar ideanya itu pada Jawatankuasa Kerja Pusat tetapi cadangan mengenai kerajaan perpaduan itu tidak dibincangkan secara terperinci atau diangkat sebagai agenda rasmi parti PAS.

Idea itu masih wujud tetapi hanya “sebagai satu konsep,” kata Mustafa.

Mustafa berkata PAS tetap komited untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan UMNO.

Beliau berkata cadangan Abdul Hadi hanyalah untuk diadakan muqabalah dan “kami akan terus mengadakan muqabalah dengan semua pihak,” tambah Mustafa.

9 Jun 2009

11 jemaah maut, masjid Narathiwat diserang

Pegawai polis memeriksa mayat-mayat lelaki di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong, Thailand Selatan, semalam. Serangan mengejut oleh lelaki bersenjata itu mengorbankan 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. -foto AFP


NARATHIWAT: Sekumpulan penyerang bersenjata disyaki pemisah melepaskan tembakan dalam sebuah masjid di sini menyebabkan 11 jemaah terbunuh dan 12 lagi cedera, menyusuli kematian seorang askar dan penoreh getah awal semalam, di wilayah selatan Thailand.



Lima penyerang bersenjata raifal masuk dari pintu belakang Masjid Cho-ai-rong di sini. Semua mangsa yang cedera juga dilaporkan tenat.

“Mereka melepaskan tembakan secara rambang ke arah 50 jemaah dalam masjid. Sebelas terbunuh, termasuk imam,” kata pegawai. Serangan dilakukan ketika jemaah menunaikan solat.

Surat Akuan berkenaan si Katak dijanjikan 3 juta

Pada 24/4/09 Jumaat 11.20 malam saya KHAIRUDDIN BIN DATO ABD. MALIK NO KAD PENGENALAN 600905 – 08 – 6451 BERTEMPAT DI DEWAN DATO’ AHMAD SAID SUNGAI ROKAM SAYA TELAH DIDATANGI OLEH SEORANG YANG BERNAMA AHMAD SUFFIAN B. ZULKIFLI ( PENAMA ADALAH ORANG YANG SAYA KENALI SELAMA 6 TAHUN DAN RAKAN SEPERMAINAN BADMINTON DALAM PASUKAN KAMI).

Dihadapan 2 orang lagi yang bernama Jafri Bin Ja’affar dan Yahya Bin Ismail (juga rakan sepermainan kami) beliau secara berhati-hati dan sangat waspada terhadap kehadiran orang lain menyatakan perkara-perkara berikut:

i) Beliau beberapa kali telah berjumpa dengan YB Jamaluddin B. Radzi ( ADUN Behrang ) dan YB Osman B. Jailu ( ADUN Changkat Jering ) dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan yang kali terakhir di Apartment mewah Duta Vista bilik 343 dan 344.



ii) Kedua-dua ADUN tersebut tinggal di apartment mewah dengan sokongan pihak-pihak tertentu.

iii) Kedua-dua ADUN tersebut mengaku dijanjikan RM 3 juta seorang sebagai ganjaran menyokong Kerajaan Barisan Nasional di Perak

iv) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan pihak tertentu akan membantu membebaskan mereka bagi pertuduhan rasuah yang sedang mereka hadapi di mahkamah sesyen Ipoh.

v) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Perak dalam Kerajaan Barisan Nasional.

vi) Namun kedua-dua ADUN tersebut mengadu kepada Ahmad Suffian bahawa mereka tidak berpuas hati kerana wang RM 3 juta tidak dibayar sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran.

vii) Kedua-dua ADUN tersebut juga menjelaskan tindakan mereka menyokong Barisan Nasional adalah kerana pada tanggapan mereka Kerajaan Pakatan Rakyat dan khususnya Dato’ Sri Nizar B. Jamaluddin telah membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu.

viii) Kedua-dua ADUN tersebut mendakwa tidak dihubungi oleh Dato’ Sri Mohd Nizar Bin Jamaluddin sepanjang tempoh kehilangan mereka. Tetapi mengaku cuba dihubungi beberapa kali oleh Dato Seri Anwar Ibrahim , Penasihat PKR.

ix) Ahmad Sufian juga memberi maklumat antara personaliti VIP yang pernah mengunjungi kedua-dua ADUN tersebut adalah YB Hamidah ADUN Sg. Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri Perak.

PRK N41 Manek Urai (04) : Rais Menyalahgunakan Jentera Kerajaan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/manekuraiphoto.jpg













UMNO dan Barisan Naional (BN) dijangka akan terus melakukakan penyelwengan dengan menyalahgunakan jentea kerajaan dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) Manek Urai.

Belum pun bermula kempen PRK Manek Urai, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah mengerahkan jentera kementeriannya untuk turun kedalam kawasan pilihanraya terbabit.

Rais telah meminta semua jabatan dibawah kementeriannya untuk membuat kajian sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut untuk diguna pakai oleh jentera BN.

''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio-ekonomi dan politik di kawasan tersebut.


''Laporan tersebut akan diguna pakai dan disesuaikan oleh pihak-pihak yang terlibat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan diterjemahkan melalui pelaksanaannya kelak oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Bersama Menteri di Auditorium Jabatan Penyiaran Kelantan di Kota Bharu pada 5hb Jun lalu.

Antara jabatan kerajaan yang akan disalahgunakan, menurut arahan Rais adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM.

''Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM yang secara tradisinya menjadi mata dan telinga kerajaan perlu bergabung untuk mendasari hati penduduk dengan menyalurkan maklumat dasar kerajaan melalui pendekatan yang boleh diterima pakai.

''Misalnya pemimpin BN turut turun padang bersama-sama penduduk kampung melakukan pelbagai kerja amal seperti bergotong-royong dan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan daif," ujarnya.

Rais membuat arahan demikian kerana menurutnya UMNO dan BN akan berhadapan dengan ujian getir untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan terpaksa menawan hati pengundi mampu dengan pendekatan yang meyakinkan.

8 Jun 2009

PAS terus berunding dengan UMNO tapi bukan masuk Umno



Berikut ialah kata-kata keramat seorang pemimpin tertinggi PAS yang semua orang telah mendengar dan mengetahuinya.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Perkataan sekarang : Oleh itulah kita cuba berkawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Perkataan sekarang: Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati berkawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.

Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka

Perkataan sekarang: Jika mereka mahu atau tidak mahu kepada Islam kitalah yang perlu pergi kepada mereka, bukan mereka datang kepada kita!

7 Jun 2009

12.01 : Ucapan pergulungan Kelab Penyokong PAS


Wakil dari Kelab Penyokong PAS, En. Vencent Lee. Ucapan berkisarkan
1. Tahniah & takziah kepada yang menang
2. Peranan Kelab Penyokong PAS dalam kemenangan & sokongan dari orangbukan islam.

3. PRU 13, medan perang yang akan datang. Mahu YB Pakatan Rakyat beri khidmat sepenuhnya
4. Mahu kelab Penyokong jadi sayap Parti PAS dalam masa terdekat.
5. Fakta : Kuala Selangor ada 32 cawangan PAS manakala ada 36 cawangan Kelab Penyokong PAS

11.55 am : Ucapan penangguhan Dewan Muslimat PAS


Sekarang ucapan penangguhan oleh perwakilan Dewan Muslimat PAS Pusat yang disampaikan oleh YB Siti Zailah (Timbalan Ketua Muslimat Pusat)

Antara ucapan
1. Persoalan kenapa tidak benarkan Akhbar Harakah untuk memperkenalkan calon yang bertanding.
2. Soal peranan Lembaga Displin.
3. Mahu semua muslimin supaya membenarkan dan mengalakkan isteri supaya terlibat dalam jemaah.

11.47 am: Usul disokong perwakilan

Usul penubuhan Suruhanjaya DiRaja supaya siasat kes rampas kuasa Kerajaan Perak dipersetujui oleh semua Perwakilan.


11.40 am: Perwakilan Pemuda beri hujah...


Sekarang hujahan dari perwakilan Pemuda PAS Pusat sedang beri hujahan.... Panas....Panas . Semua Perwakilan setuju bahawa tiada seorang pun setuju tidak mahu UMNO.... kerjaaan Perpaduan......

PANAS.... 'katok' meja bang...

Pemuda tidak teragak...untuk bertaruh darah untuk meneruskan perjuangan ini

11.20 am: Usul tergempar...

Sekarang ada satu usul tergempar supaya mewujudkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat rampasan kuasan Kerajaan Perak oleh kerajan UMNO/BEnd yang dibawa oleh PAS Tambun. Sekarang Perwakilan Shah Alam, YB Ir Khalid Samad sedang menghujah untuk menyokong usul tersebut...


Muktamar PAS ke 55: Usul untuk dibahas

Tiga usul telah dipilih untuk dibahaskan oleh Jawatankuasa Penapis Usul yang diketuai oleh YB Datuk Mahfuz Omar, manakala 11 usul-usul yang lain diterima tanpa bahas. Usul yang akan dibahaskan pada pagi ini adalah Usul Ekonomi yang akan dibawa oleh Pemuda, Usul Integriti Kehakiman yang akan dibawa oleh Dewan Muslimat dan Usul Pendidikan yang akan dibawa oleh PAS Kawasan Rembau.


DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

1. USUL EKONOMI

KESAN NEGATIF KETIADAAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA ISLAM DAN PEMANSUHAN PEGANGAN WAJIB 30% EKUITI TEMPATAN DI DALAM 27 SUB-SEKTOR PERKHIDMATAN SERTA CABARAN KEMASUKAN MODAL ASING KE MALAYSIA MELALUI DASAR LIBERALISASI EKONOMI

• Menyedari bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) ditubuhkan untuk membantu para usahawan kecil dan sederhana khususnya bumiputera melalui bantuan modal dan bimbingan;

• Menyedari bahawa ketiadaan MECD akan menyebabkan peluang bumiputera dan rakyat dalam menyertai bidang keusahawanan dan terus maju dalam bidang perniagaan akan terganggu dan terhalang;

• Menginsafi bahawa DEB tidak mencapai dasarnya serta gagal memberikan manfaat pada bumiputra disebabkan kepentingan politik Umno-Barisan Nasional dan kroninya yang menguasai kontrak-kontrak perniagaan utama negara melalui rasuah dan salahguna kuasa hingga menyebabkan usahawan bumiputra yang bukan proksi Biro Ekonomi Umno tertindas dan bankrap;

• Menyedari akan kesan terhadap usahawan tempatan khususnya bumiputera ekoran pemansuhan syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra ke atas 27 sub sektor perkhidmatan dalam liberalisasi ekonomi yang disuruh Najib;

• Menyedari bahawa terdapat juga pihak-pihak bumiputra yang menjadikan diri mereka sebagai proksi pelabur asing bagi memenuhi syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra;

• Menginsafi bahawa dasar liberalisasi ekonomi yang dipraktikkan di Malaysia boleh menjejaskan sumber pendapatan perniagaan dan ekonomi usahawan IKS khususnya daripada kaum bumiputera sepertimana krisis ekonomi (isu sub-prima) yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2007-2008;

• Memikirkan bahawa kesan liberalisasi ekonomi akan menyebabkan pelaburan asing terutamanya kalangan pelobi Yahudi memonopoli sumber ekonomi negara dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia dikuasai dan dijajah oleh kuasa besar dunia;
Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan mendesak dan menuntut :-
a. Kerajaan Malaysia mewujudkan semula MECD atau agensi seumpamanya supaya matlamat penubuhannya dapat direalisasikan dan hak masyarakat bumiputera untuk menyertai bidang keusahawanan dapat ditingkatkan agar berjaya mencapai sasaran satu rumah satu industri.

b. Menyemak dan menyusun semula dasar serta mekanisma perlaksanaan DEB dengan memberikan peluang yang seimbang kepada semua bumiputra tanpa mengira latar belakang politik mereka serta rakyat Malaysia;

c. Mengekalkan syarat pegangan 30% ekuiti tempatan & bumiputra bagi meningkatkan nilai pelaburan tempatan & bumiputra ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

d. Memastikan penggunaan ‘proksi kalangan tempatan & bumiputra’ oleh pelabur asing bagi memenuhi syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra yang benar-benar mempunyai kelayakan sebagai usahawan tulin bagi memastikan penjajahan ekonomi oleh syarikat antarabangsa tidak berlaku.

e. Memperkasakan mekanisme kawalan modal dan memberikan keutamaan kepada bumiputra untuk menguasai pelaburan dalam negara khususnya dalam projek mega ekonomi di Iskandar Malaysia, ECER, NCER, SCORE dan SDC.

f. Membuat penilaian yang ketat terhadap permohonan kemasukan pelabur asing dan juga kelompok expatriate bagi memastikan mereka tidak memonopoli pelaburan serta sektor pekerjaan domestik.

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
2. INTEGRITI KEHAKIMAN
• Menginsafi bahawa badan kehakiman di Malaysia tidak bebas dari kongkongan dan tekanan pihak eksekutif sepertimana yang ditunjukkan di dalam kes-kes berikut :-
a) Pendedahan video V.K. Lingam
b) Kes Ayer Molek
c) Pendedahan mantan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Kamil Awang bahawa beliau diarahkan oleh Ketua Hakim Negara bagi membatalkan petisyen pilihanraya DUN Likas

Dan juga pendedahan secara terbuka oleh beberapa hakim yang sudah bersara dengan mengatakan bahawa sistem kehakiman sekarang sedang mengalami kereputan;

• Menginsafi hakikat badan Kehakiman Malaysia telah menjadi bahan momokan dan ejekan dunia lantaran tercabulnya kebebasan badan kehakiman;

• Menginsafi akan lemahnya moral, jatidiri dan wibawa segolongan hakim di Malaysia akibat lupa atau kurangnya ilmu agama, sehingga sanggup menggadaikan prinsip keadilan untuk tunduk kepada kehendak pihak-pihak tertentu dan menzalimi pihak yang lain;

• Menginsafi bahawa Islam amat menyayangi dan menghormati prinsip kebebasan dan keadilan;

• Menyedari bahawa beberapa keputusan mahkamah mengenai krisis politik di Perak di lihat wujudnya unsur-unsur campurtangan politik

Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan :
a. Menggesa Institusi Kehakiman di Malaysia agar kembali menghayati prinsip pengasingan kuasa, tidak tunduk kepada sebarang arahan, tekanan, ancaman, ugutan, mahupun ganjaran material yang ditawarkan dari pihak eksekutif, dalam usaha mengembalikan institusi yang mulia ini sebagai sebuah institusi yang benar-benar bebas, adil, bersih dan berintegriti.
b. Menggesa Institusi Kehakiman agar bangkit dan mengambil tindakan drastik yang berani, berlandaskan Undang-undang dan Perlembagaan serta prinsip-prinsip keadilan sejagat dengan mengenepikan kepentingan politik dan peribadi, dalam memulihkan imej dan kredibiliti badan Kehakiman Malaysia sebagai sebuah badan yang benar-benar layak memegang tampuk keadilan, bebas dan berintegriti di mata dunia.
c. Menggesa agar Institusi Kehakiman bersifat telus, beramanah terhadap ilmu, dan menyanjung prinsip ketinggian perlembagaan di dalam mengadili mana-mana kes yang berprofil tinggi sepertimana kes krisis perlembagaan di Perak;

PAS KAWASAN REMBAU

3. USUL PENDIDIKAN

SEGERA MANSUHKAN PPSMI

• Menyedari bahawa PAS adalah antara yang mempelopori gerakan mansuhkan PPSMI bersama dengan parti-parti politik, NGO, orang perseorangan, golongan intelek, pencinta bahasa dan seluruh rakyat Malaysia melalui himpunan 100 ribu rakyat baru-baru ini ;

• Menginsafi bahawa satu kajian yang dilakukan oleh seorang Professor Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pelajar luar bandar mendapati;

• 98 % guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam PPSMI.
• 96 % guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.
• 94 % tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
• 84 % mengatakan tidak bersetuju dengan Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris.

• Menyesali tindakan kerajaan yang melengahkan keputusan bagi memansuhkan PPSMI

Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Malawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan :

a. Membantah tindakan Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang sengaja melengah-lengahkan tuntutan rakyat yang dikemukakan melalui Memorandum Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dengan membuat Kajian sebanyak dua kali dibawah pentadbiran dua Menteri yang berbeza iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

b. Mengutuk tindakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak hasil kajian PPSMI yang pertama kerana tidak berpihak kepada dasar Kerajaan BN, mengarahkan kajian kedua dilakukan adalah satu pembaziran dan wajar dihentikan serta merta.

c. Mengesa agar Kerajaan memansuhkan PPSMI serta merta dan mengembalikan dasar yang lama dengan mengangkat Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa ibunda lainnya sebagai bahasa pengantar kepada matapelajaran Sains & Matematik.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.