Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

8 Jun 2009

PAS terus berunding dengan UMNO tapi bukan masuk Umno



Berikut ialah kata-kata keramat seorang pemimpin tertinggi PAS yang semua orang telah mendengar dan mengetahuinya.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Perkataan sekarang : Oleh itulah kita cuba berkawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Perkataan sekarang: Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati berkawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.

Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka

Perkataan sekarang: Jika mereka mahu atau tidak mahu kepada Islam kitalah yang perlu pergi kepada mereka, bukan mereka datang kepada kita!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pendapat bertajuk “Pakatan Rakyat Tidak Perlu Parti Dominan” dan "PAS, bersatulah kembali untuk rakyat dan Pakatan Rakyat" di http://ketuananrakyat.wordpress.com/

sedikit petikan daripada blog tersebut :-

“Belajarlah apa itu perkongsian kuasa, apa itu pengorbanan, apa itu tolak-ansur dan ‘mutual understanding’. PKR,PAS dan DAP ini adalah parti-parti yang begitu kuat ideologinya, dan ideologi setiap parti ini seperti yang kita tahu…”

sila ke http://ketuananrakyat.wordpress.com/ untuk pembacaan lebih lanjut.

kelate berkata...

so org2 ganu,kali ni bagi undi pada najis untuk kerusi rusila!! satu penggal je bagi mengejutkan org no.1 tu dari mimpi2 dia...

raibachiba berkata...

Assalamu`alaikum w.b.t;

Boleh tak saudara hentikan memberi ulasan ke arah perpecahan di kalangan ahli PAS? Sebaliknya saudara berusaha demi Islam cuba sedaya upaya mencari penjelasan dengan apa cara sekalipun dalam batasan syariat supaya ukhuwah di kalangan peimimpin dan ahli dan penyokong PR menjadi murni. Saya sangat cetek ilmu agama tapi saya terasa pelik melihat 'ustaz-ustaz' seolah-olah hanya menyokong satu pihak dan cuba menghentam satu pihak dalam jemaah yang sama tanpa mencuba mencari penjelasan, contoh terbaru berkenaan UG..di dalam harakah keluaran 21 Apr sudah ada sedikit penjelasan oleh TGHH tentang UG...saya tidak hanya menyokong TGHH tapi saya sayang semua ulamak dalam PAS dan juga di luar PAS yang nampak ikhlas berdakwah demi Islam. Kita semua termasuh TGHH dan TGNA bukannya maksum.
Wallah huaklam.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.