Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Jun 2009

Muktamar PAS ke 55: Usul untuk dibahas

Tiga usul telah dipilih untuk dibahaskan oleh Jawatankuasa Penapis Usul yang diketuai oleh YB Datuk Mahfuz Omar, manakala 11 usul-usul yang lain diterima tanpa bahas. Usul yang akan dibahaskan pada pagi ini adalah Usul Ekonomi yang akan dibawa oleh Pemuda, Usul Integriti Kehakiman yang akan dibawa oleh Dewan Muslimat dan Usul Pendidikan yang akan dibawa oleh PAS Kawasan Rembau.


DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

1. USUL EKONOMI

KESAN NEGATIF KETIADAAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA ISLAM DAN PEMANSUHAN PEGANGAN WAJIB 30% EKUITI TEMPATAN DI DALAM 27 SUB-SEKTOR PERKHIDMATAN SERTA CABARAN KEMASUKAN MODAL ASING KE MALAYSIA MELALUI DASAR LIBERALISASI EKONOMI

• Menyedari bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) ditubuhkan untuk membantu para usahawan kecil dan sederhana khususnya bumiputera melalui bantuan modal dan bimbingan;

• Menyedari bahawa ketiadaan MECD akan menyebabkan peluang bumiputera dan rakyat dalam menyertai bidang keusahawanan dan terus maju dalam bidang perniagaan akan terganggu dan terhalang;

• Menginsafi bahawa DEB tidak mencapai dasarnya serta gagal memberikan manfaat pada bumiputra disebabkan kepentingan politik Umno-Barisan Nasional dan kroninya yang menguasai kontrak-kontrak perniagaan utama negara melalui rasuah dan salahguna kuasa hingga menyebabkan usahawan bumiputra yang bukan proksi Biro Ekonomi Umno tertindas dan bankrap;

• Menyedari akan kesan terhadap usahawan tempatan khususnya bumiputera ekoran pemansuhan syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra ke atas 27 sub sektor perkhidmatan dalam liberalisasi ekonomi yang disuruh Najib;

• Menyedari bahawa terdapat juga pihak-pihak bumiputra yang menjadikan diri mereka sebagai proksi pelabur asing bagi memenuhi syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra;

• Menginsafi bahawa dasar liberalisasi ekonomi yang dipraktikkan di Malaysia boleh menjejaskan sumber pendapatan perniagaan dan ekonomi usahawan IKS khususnya daripada kaum bumiputera sepertimana krisis ekonomi (isu sub-prima) yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2007-2008;

• Memikirkan bahawa kesan liberalisasi ekonomi akan menyebabkan pelaburan asing terutamanya kalangan pelobi Yahudi memonopoli sumber ekonomi negara dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia dikuasai dan dijajah oleh kuasa besar dunia;
Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan mendesak dan menuntut :-
a. Kerajaan Malaysia mewujudkan semula MECD atau agensi seumpamanya supaya matlamat penubuhannya dapat direalisasikan dan hak masyarakat bumiputera untuk menyertai bidang keusahawanan dapat ditingkatkan agar berjaya mencapai sasaran satu rumah satu industri.

b. Menyemak dan menyusun semula dasar serta mekanisma perlaksanaan DEB dengan memberikan peluang yang seimbang kepada semua bumiputra tanpa mengira latar belakang politik mereka serta rakyat Malaysia;

c. Mengekalkan syarat pegangan 30% ekuiti tempatan & bumiputra bagi meningkatkan nilai pelaburan tempatan & bumiputra ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

d. Memastikan penggunaan ‘proksi kalangan tempatan & bumiputra’ oleh pelabur asing bagi memenuhi syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra yang benar-benar mempunyai kelayakan sebagai usahawan tulin bagi memastikan penjajahan ekonomi oleh syarikat antarabangsa tidak berlaku.

e. Memperkasakan mekanisme kawalan modal dan memberikan keutamaan kepada bumiputra untuk menguasai pelaburan dalam negara khususnya dalam projek mega ekonomi di Iskandar Malaysia, ECER, NCER, SCORE dan SDC.

f. Membuat penilaian yang ketat terhadap permohonan kemasukan pelabur asing dan juga kelompok expatriate bagi memastikan mereka tidak memonopoli pelaburan serta sektor pekerjaan domestik.

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
2. INTEGRITI KEHAKIMAN
• Menginsafi bahawa badan kehakiman di Malaysia tidak bebas dari kongkongan dan tekanan pihak eksekutif sepertimana yang ditunjukkan di dalam kes-kes berikut :-
a) Pendedahan video V.K. Lingam
b) Kes Ayer Molek
c) Pendedahan mantan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Kamil Awang bahawa beliau diarahkan oleh Ketua Hakim Negara bagi membatalkan petisyen pilihanraya DUN Likas

Dan juga pendedahan secara terbuka oleh beberapa hakim yang sudah bersara dengan mengatakan bahawa sistem kehakiman sekarang sedang mengalami kereputan;

• Menginsafi hakikat badan Kehakiman Malaysia telah menjadi bahan momokan dan ejekan dunia lantaran tercabulnya kebebasan badan kehakiman;

• Menginsafi akan lemahnya moral, jatidiri dan wibawa segolongan hakim di Malaysia akibat lupa atau kurangnya ilmu agama, sehingga sanggup menggadaikan prinsip keadilan untuk tunduk kepada kehendak pihak-pihak tertentu dan menzalimi pihak yang lain;

• Menginsafi bahawa Islam amat menyayangi dan menghormati prinsip kebebasan dan keadilan;

• Menyedari bahawa beberapa keputusan mahkamah mengenai krisis politik di Perak di lihat wujudnya unsur-unsur campurtangan politik

Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan :
a. Menggesa Institusi Kehakiman di Malaysia agar kembali menghayati prinsip pengasingan kuasa, tidak tunduk kepada sebarang arahan, tekanan, ancaman, ugutan, mahupun ganjaran material yang ditawarkan dari pihak eksekutif, dalam usaha mengembalikan institusi yang mulia ini sebagai sebuah institusi yang benar-benar bebas, adil, bersih dan berintegriti.
b. Menggesa Institusi Kehakiman agar bangkit dan mengambil tindakan drastik yang berani, berlandaskan Undang-undang dan Perlembagaan serta prinsip-prinsip keadilan sejagat dengan mengenepikan kepentingan politik dan peribadi, dalam memulihkan imej dan kredibiliti badan Kehakiman Malaysia sebagai sebuah badan yang benar-benar layak memegang tampuk keadilan, bebas dan berintegriti di mata dunia.
c. Menggesa agar Institusi Kehakiman bersifat telus, beramanah terhadap ilmu, dan menyanjung prinsip ketinggian perlembagaan di dalam mengadili mana-mana kes yang berprofil tinggi sepertimana kes krisis perlembagaan di Perak;

PAS KAWASAN REMBAU

3. USUL PENDIDIKAN

SEGERA MANSUHKAN PPSMI

• Menyedari bahawa PAS adalah antara yang mempelopori gerakan mansuhkan PPSMI bersama dengan parti-parti politik, NGO, orang perseorangan, golongan intelek, pencinta bahasa dan seluruh rakyat Malaysia melalui himpunan 100 ribu rakyat baru-baru ini ;

• Menginsafi bahawa satu kajian yang dilakukan oleh seorang Professor Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pelajar luar bandar mendapati;

• 98 % guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam PPSMI.
• 96 % guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.
• 94 % tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
• 84 % mengatakan tidak bersetuju dengan Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris.

• Menyesali tindakan kerajaan yang melengahkan keputusan bagi memansuhkan PPSMI

Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Malawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan :

a. Membantah tindakan Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang sengaja melengah-lengahkan tuntutan rakyat yang dikemukakan melalui Memorandum Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dengan membuat Kajian sebanyak dua kali dibawah pentadbiran dua Menteri yang berbeza iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

b. Mengutuk tindakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak hasil kajian PPSMI yang pertama kerana tidak berpihak kepada dasar Kerajaan BN, mengarahkan kajian kedua dilakukan adalah satu pembaziran dan wajar dihentikan serta merta.

c. Mengesa agar Kerajaan memansuhkan PPSMI serta merta dan mengembalikan dasar yang lama dengan mengangkat Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa ibunda lainnya sebagai bahasa pengantar kepada matapelajaran Sains & Matematik.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.