Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Apr 2010

Pemain Bola Sepak T'ganu Mungkin Ditamat Kontrak Jika Sah Ambil Dadah

Seorang pemain bola sepak negeri Terengganu yang ditahan minggu lepas kerana disyaki mengambil dadah, berhadapan dengan kemungkinan akan ditamatkan kontrak perkhidmatannya dengan pasukan bola sepak negeri jika beliau terbukti bersalah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata buat masa kini PBSNT sudah menggantung sementara khidmat pemain itu.

Beliau berkata PBSNT merasa sungguh dukacita apabila seorang pemain negeri yang mempunyai serba kemudahan dan elaun, dikaitkan dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Walaupun sukar mencari pemain ganti, PBSNT akan tetap mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan maruah pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pemain bola sepak Terengganu diberkas kerana disyaki mengambil dadah bersama seorang anggota polis, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Tok Lam, di sini, minggu lepas.

Che Mat Jusoh berkata kes pemain itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat exco PBSNT yang akan diadakan dalam masa terdekat, dan menurutnya perkara itu perlu dibincangkan segera kerana ia membabitkan undang-undang negara dan maruah PBSNT.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata kes pemain Terengganu ini boleh dijadikan pengajaran dan tauladan kepada pemain-pemain yang lain. - BERNAMA

9 borang diambil, ramai calon dijangka saing di Hulu Selangor


/index.php/malaysia/59353
Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil — kemungkinan berulang di Hulu Selangor?

Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.



Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil selepas ini.

Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.

“Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai”, Wan Ahmad berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil borang-borang ini mewakili.

“Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

“Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada kemungkinan ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai langkah berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan),” katanya.

Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.

Setiap borang penamaan calon berharga RM20.

“Maklumat kami menunjukkan sembilan borang dikeluarkan setakat petang ini (semalam).

“Setakat hari ini sahaja sembilan borang sudah dikeluarkan. Masa ada masa lagi (menjelang hari penamaan calon)

“Kemungkinan akan ada lagi yang akan ambil borang penamaan calon,” kata beliau.

Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.

Difahamkan akan ada calon daripada Umno dan Pakatan Rakyat akan turun gelanggang ekoran rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Umno dari awal mahu kerusi itu diberikan kepada parti itu.

Bagaimanapun Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kerusi itu akan ditandingi oleh MIC bagi pihak BN.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009 menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan jawatan.

Dr Lo' Lo' buat laporan Polis Berkait Apco



Ahli Parlimen (AP) Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali membuat laporan polis meminta siasatan dijalan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana "bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing".

Laporan tersebut dibuat kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi di Balai Polis Dang Wangi di ibu negara.

Dr Lo' Lo' berkata, beliau tampil membuat laporan itu ekoran pendedahan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada 30 Mac yang mengaitkan Apco dengan kerajaan Israel.

"Kita bimbang kerahsiaan negara boleh diakses oleh pihak luar. Kita tahu Apco mempunyai hubungan dengan Israel," katanya

9 Apr 2010

Ahli Parlimen Bandar Sibu meninggal dunia, lagi pilihanraya kecil

KUCHING, 9 April: Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau (gambar) meninggal dunia pagi ini akibat barah.

Robert Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Namun begitu besar juga kemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.

Sebelum ini, Sarawak menghadapi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 iaitu DUN Batang Ai. BN menang kerusi itu mengalahkan calon PKR.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail yakin hanya seorang sahaja calon Pakatan Rakyat akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
"Saya yakin, kita hanya mampu mengalahkan BN melalui pendekatan satu lawan satu. Jadi saya yakin, hanya satu calon Pakatan kali ini," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pilihan raya lalu, calon DAP dan calon PKR menentang calon BN di Sibu. Hasilnya kedua-dua mereka kalah dengan majoriti 3,235 undi di tangan Robert Lau.
Saifudin juga berkata, Pakatan Rakyat sedang memperkukuhkan hubungan antara parti di Sarawak.
"Kita yakin, pilihan raya kecil ini boleh mempercepatkan proses itu," katanya.
Beliau juga tifdak menolak kemungkinan pilihan raya Parlimen ini akan disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang sudah sampai tempoh matangnya.Hrkh

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPP KAWASAN BESUT KALI KE 28



Mesyuarat Agung Tahunan DPP Kawasan Besut ini di adakan pada Khamis 23 Rabiul Akhir 1431/8 April 2010 jam 9.00 mlm,bertempat di Dewan Hj Salleh Alor Lintah Jerteh.Majlis di rasmikan Tim. Ketua Pemuda Pas Pusat,Ust Azman Sapawi.Di kesempatan ini DPP Kawasan Besut mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat.Tidak lupa jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang sudi menegur kami demi kemantapan perjuangan.Semoga usaha anda semua mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah SWT. Salam dari seluruh warga Pemuda Pas Besut.Jumpa lagi tahun hadapan.

Blogger Umno Tuduh Najib Bodoh, Bangang


KUALA LUMPUR : Seorang bloger Pro Umno menyifatkan Presiden Umno, Najib Razak sebagai bodoh BACA DISINI kerana hanya akan meletakkan calon MIC dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hulu Selangor yang pengundiannya pada 25 April ini.
Selain perkataan bodoh, Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor dilabelkan sebagai ‘bangang’ apabila enggan meletakkan calon Umno kerana pengundi dalam parlimen itu jelas menolak calon dari MIC.
“NAJIB BODOH... hanya itulah perkataan yang sesuai untuk najib yang menolak mentah-mentah suara rakyat hulu selangor, sudah terang-terang rakyat dan pengundi menolak calon mic, najib masih lagi bangang mahu meletakan calon mic disana. sejak bila suara manoriti mengatasi suara majoriti?

Dalam pentadbiran najib yang baru berusia setahun jagung suara mainoriti nampaknaya lebih di utamakan oleh najib,” kata blog itu.
Selain itu, blog itu turut menterbalikan gambar Najib dan memberi amaran bahawa gambar itu akan kekal di situ sehinggalah 15 April ini, dengan syarat Najib meletakkan calon Umno untuk bertanding dan bukannya calon dari MIC.
“Aku akan tegakan kan balik gambar najib kalau 15 (tarikh pengumuman calon oleh BN) hari bulan ini, najib umum calon bn dari umno. Esok akan upload kan klip video suara penduduk hulu selangor yang meminta bn meletakan calon melayu umno dan suara ini bukannya datang dari mulut orang melayu, tapi permintaan dari kaum cina,” kata blog itu lagi.Erapakatan

7 Apr 2010

Bantuan Beg Sekolah Ditarik Balik, Semata-mata Kerana JKKK




Ucapan Perbahasan Titah Perasmian ADUN Bukit Payung yang juga Ketua Pemuda PAS Terngganu Ustaz Mohd Nor Hamzah.

ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

6 Apr 2010

Usul Membahaskan Royalti Ditolak Sidang DUN Terengganu



ADUN Batu Burok mengemukakan usul membahaskan isu royalti pada Sidang DUN 6 April, 2010, Usul tersebut ditolak dengan alasan isu royalti sedang dalam perundingan

4 Apr 2010

Sidang DUN Perak adalah Sidang Polis – V. Sivakumar




Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah, V Sivakumar menyifatkan siding DUN yang berlangsung dinegeri Perak baru-baru ini bukan sidang ahli-ahli yang berhormat, tetapi adalah suatu sidang polis.

Beliau berkata demikian kerana katanya, kerajaan Umno/BN Perak sekali lagi telah membawa masuk beratus-ratus orang polis ke dalam dewan yang mulia itu.

Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.

Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.

"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.

Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:

http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.

Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:

"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."

Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:

"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............"Hrkh

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.