Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Feb 2009

Saiful Bukhari dakwa Romlang pembohong besar ~ Malaysiakini

Saiful Bukhari dalam Posting dalam blog terbarunya mengemukakan bukti bahawa Romlang Poringi telah melakukan satu FITNAH dan PEMBOHONGAN BESAR.

Akhirnya, kebenaran muncul jua.. Terima kasih Imam Ramlang...

Baru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel menarik di Malaysiakini. Artikel tersebut bertajuk ''Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful'' dimana satu pendedahan terbaru telah dibuat oleh Imam Ramlang Porigi, saksi sumpah saya tempoh hari. Kali ini, beliau mendedahkan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. Ia jelas bertentangan dengan pendedahan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Pegawai Khas DS Najib yang mengatur sumpah tersebut. Maka dengan itu, izinkan saya mengulas mengenai pengakuan terbaru ini.

Menjawab persoalan Imam Ramlang:

1) Pendedahan beliau kali ini secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau telah melakukan satu FITNAH dan PEMBOHONGAN BESAR semasa kempen pilihanraya di Permatang Pauh yang lalu.

Sebelum ini beliau menuduh dan memfitnah bahawa PEGAWAI KHAS DS NAJIB yang mengarah dan mengatur sumpah tersebut.

Ini buktinya:

SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

Wawancara penuh oleh Suara Keadilan(Klik untuk baca)

2) Pegawai Khas DS Najib sebelum ini telah menafikannya. Kata beliau , tidak mungkin beliau yang mengatur dan berada disitu kerana diwaktu dan pada hari tersebut beliau berada di PULAU PINANG.


Sila baca: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357231


Sebenarnya Imam Ramlang Porigi sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya bahawa beliau telah dihasut oleh pihak-pihak tertentu supaya melakukan Fitnah tersebut.

Ia juga secara jelas membuktikan bahawa beliau telah dimanipulasi oleh penghasut-penghasut beliau yang mempunyai niat jahat dan terdesak untuk menyakinkan rakyat di Permatang Pauh bahawa kononnya berlaku konspirasi dalam upacara sumpah laknat tersebut.

Sehingga ke hari ini, beliau tidak pula mengaku atau menafikan bahawa beliau telah MEMFITNAH Pegawai Khas DS Najib.

Ulasan ini bukan untuk memalukan Ustaz Ramlang Porigi tetapi untuk saya menegakkan kebenaran. Ia juga sebagai pengajaran kepada yang lain kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Saya doakan agar beliau kembali ke jalan yang benar serta mendapat taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI


* Selain beliau, terdapat lebih 60 orang yang menyaksikan upacara sumpah didalam Masjid tersebut. Mereka terdiri daripada para wartawan, AJK2 Masjid, para jemaah dan tidak lupa juga Jutaan penonton di kaca tv.

Sultan Perak Dimaki Dalam Buku Pelawat Istana ~ Malaysiakini

 "Sesiapa yang melawat laman web rasmi Sultan Perak, di sana terdapat buku pelawat laman web tersebut. Sejak 3 hari lepas para pengunjung telah menggunakan buku pelawat itu untuk mencaci dan memaki Sultan Perak dengan perkataan-perkataan yang berat. Sila lawat buku pelawat Istana tersebut

http://books.dreambook.com/duli/duli.html. (TELAH DIPADAMKAN dan digantikan dengan DAULAT TUANKU)

Antara makian tersebut:


Name:hang jebat
Comments:Marilah semua rakyat negeri perak
jgn aminkan doa untuk sultan perak
sultan perak sudah tidak respect terhadap rakyat perak

Name:abuya
E-mail address:abuya@gmail.com
Comments:Apa dah jadi.
Nampaknya macam x takut dengan azab ALLAH. Penat udah tangan ambo mengaminkan doa untuk tuanku. Mulai hari ini berakhir doa untuk tuanku dan keturunannya.Wajar lelaku sultan Mahmud mangkat dijulang dijadikan iktibar.

Name:AnakJati Perak
Comments:Mari kita sama-sama doakan supaya Sultan Perak di bala ALLAH sebelum dia Mati. Semua rakyat Perak yang berhati mulia diminta mendoakan kehancuran Sultan Perak. Juga masukkan sekali doa katak-katak tiga orang tu. Ya Allah kepada Mu jua ku pohon supaya memberi balasan yang sewajarnya kepada yang mengkhianati amanah termasuk Sultannya sekali. Amin ya Rabbal 'A lamin.

Name:rakyat prihatin
E-mail address:xyah tahu
Homepage URL:http://supplier c4.com
Comments:ampun tuanku...

sesungguhnya tuanku mengikuti jejak langkah raja2 zalim seperti firaun.

tuanku masih boleh ubah keadaan.

bubarkan parlimen esok ketika majlis angkat sumpah.

InsyaAllah... mungkin kesalahan tuanku yg takut didedahkan rakyat boleh ampunkan.

jangan lupa bertaubat kepada Allah S.W.T

~ www.tranungkite.net

(Wajarkah kita bertindak demikian??. Raja berdaulat, raja disembah. Raja Zalim, raja disanggah)

Tragedi Kuala Kangsar lahirkan pelapis muda ~ Malaysiakini

Semalam rakyat bangkit di Kuala Kangsar. Polis menahan sembilan dari mereka. Sememangnya setiap krisis akan melahirkan lebih ramai pejuang.

Di sana juga lahirnya pelapis perjuangan muda... walaupun masih muda mereka menyebabkan kebanyakkan beberapa pemuda yang berdiri di atas bukit (masjid) tercabar lalu turun bersama-sama membuat benteng manusia bagi menyekat arus 'anjing FRU' yang tidak berperikemanusian.



Pelapis pemuda yang dimaksudkan ialah Pelajar Sekolah yang berhadapan dengan Masjid Ubaidiyah. Walaupun ramai larang mereka dari terlibat & pulang ke Asrama.... Tetapi salah seorang dari mereka menjawab..'MATI SYAHID BUKAN SAHAJA UNTUK ORANG DEWASA SAJE BANG....'. Aku terdiam....

Walaupun ada yang terkena gas pemedih mata, mereka tak gentar... malah terus ke hadapan...

TAHNIAH DIK... anda telah lihat & rasai sendiri kekejaman yang dibuat oleh UMNO/BEnd kepada orang awam.

Tahniah juga kepada Sembilan orang yang ditahan. Antaranya ialah:



Yusuf Jaafar,

Muhammad Faiz Muhammad Arshad,

Muhammad Ismail SM A. Kadir,

Pat Latif Mansur,

Isha Riduan Ishak,

Idris Muhammad Amin,

Adi Helmy Muhammad Nasir,

Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan

Zulhaizam Zulkifli.

Kepada pejuang-pejuang yang ditahan, diharapkan agar terus tabah. Mereka tidak bersendirian. Perjuangan masih lagi panjang.

Perak; Kenyataan Akhbar TG Presiden ~ Malaysiakini

Bubar Dun Perak
Beri Peluang Rakyat Memilih

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.



PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Catatan PEMUDABESUT @ Perak

3.00 pm ~ Bertolak ke PERAK : Ustaz R (Admin PB), bendahari PemudaBesut (PB) & Ust Zul

4.12 pm ~ Kami terpaksa patah balik, apabila mendengar Pengumuman RASMI bahawa Sultan Perak tidak akan bubar DUN. Kereta Ayah Do (Hj Hassan Salleh & rombongan~ Pok Aki, Nik Mi, Hj Wail, Pok Ya, Alias, Pok Loh Perabot, Hafiz) meneruskan perjalanan ke Perak

5.20 ~ Terima SMS UKJ DPPP berbunyi "YB Ketua Pemuda arah semua pemuda datang segera ke Ipoh utk tunjukkan sokongan kpd kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.". Tanpa berfikir panjang, PB terus telefon Bendahari & Ust Zul utk ke Perak. Ambil keputusan pegi dengan kereta Bendahari.

6.45 ~ Tolak dari Kuala Besut ke Perak. Ambik keputusan ke Perak melalui Jeli- Gerik, bukan Gua Musang/Cameron/Taipin kerana kenderaan lalui jalan tersbut kurang pada malam hari.

7.45 mlm ~ Solat Maghrib di Masjid Air Lanas Jeli

8.45 mlm ~ Berhenti makan di Batu Melintang

1145 mlm ~ Sampai Bandar Gerik

6hb Feb 2009

2.07 pagi ~ Sampai di Ipoh. Keadaan bandar Ipoh sunyi. Seperti tiada apa2 berlaku. Cuma Polis sedang berkawal di bulatan menuju Istana Kinta sahaja. Kelihatan juga Unit Amal mengawal pintu Kediaman Rasmi MB Perak.

2.45 ~Group Ayah Do tidur rumah YB Parit Buntar, YB Mujahid Rawa. Kami ambil keputusan tidur dalam kereta di Petronas Stadium Perak sahaja.

6.45 ~ Selepas solat subuh berjemaah, terima call dr Jihadi, ajak mandi di tempat Hotel di menginap. Tapi kami tolak kerana dah mandi...


7.15 ~ Makan di Medan Makan Stadium, Nasi Lemak

8.14 ~ Ambil keputusan ke Rumah MB sekali lagi, untuk mengetahui perjalanan 'drama' hari ini. Unit AMAL bertugas tidak benarkan kami masuk, berbanding semalam. Alasan Keselamatan. Kami akur, demi keselamatan Pimpinan.

9.12 ~ Terima sms harakah ' rakyat diseru bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar bagi membantah upacara angkat sumpah ADUN BN hari ini'. Tanpa fikir panjang, kami bertolak ke sana.

10.06 ~ Smp di Masjid Ubudiyyah selepas tempuh 4 road block Polis. Kebetulan Ustaz R pakai baju ada tulisan Kuala Kangsar, jadi Polis lepas tanpa banyak soal.Mungkin Polis ingat orang tempatan...

11.20 ~ Semua jalan ke Masjid ditutup sepenuhnya. Ramai orang menunggu di Pekan Kuala Kangsar dan berkumpul di Taman tepi sungai.

~ Namun ada hampir 10 kereta berjaya meloloskan diri melalui 'jalan tikus'

1.30 ~ Khutbah Jumaat bermula selepas pihak Masjid menunggu Sultan Azlan yang tidak muncul. Kemungkinan baginda solat Jumaat di rumah sahaja. Antara VIP yang datang bersolat Jumaat di situ ialah Mufti Perak, EXCO Kedah, Datuk Jin Samsudin & beberapa kerabat diraja.

2.05 ~ Selesai Solat Jumaat, semua penyokng mentandatangani di atas banner bantahan.



2.10 ~ Drama bermula..... gambar dibawah mentafsir segala-galanya.



gila1

gila2


perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 21




























6.15 ~ bertolak pulang
5 Feb 2009

2.06 ~ sampai rumah di Kuala Besut

6 Feb 2009

SU Kerajaan Negeri Perak biadap

perakdaily

INILAH Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang KUAT melalak SEMALAM.

SILA EMEL PANDANGAN ANDA KE drrahman@perak.gov.my. ATAU BUAT POSTER DAN LEKATKAN DI MANA2 MASJID DN SURAU. BIOR ORANG KENAL SPESIS ASING INI.

Dengan NADA KUAT. Rahman menyalak, “Keluar, keluar,” pada Nizar Jamaludin, exco dan wartawan semasa mereka ke pejabat di SUK.



Inilah orang yang banyak menimbulkan masalah.

Rahman sering solat Jumaat di Masjid Negeri.

Dalam era ini masih akan pegawai kerajaan yang tak bertamadun dan angkuh. Wal hal Nizar dah tandatangan mengesahkan dia dinaikan pangkat ke super scale A.

Ceramah di rumah MB Perak

Rakyat berbilang kaum tetap menyokong MB Nizar


Tempat perhimpunan orang ramai terpaksa dipindahkan beberapa kali kerana diganggu oleh pihak tertentu dan akhirnya terpaksa diadakan di kediaman Menteri Besar.


Orang ramai yang mahu menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat telah mulai berkumpul sekitar jam 7.00 malam. Kenderaan dan orang ramai sama sesaknya memenuhi ruang perkarangan Kediaman Menteri Besar.

Perhimpunan berbagai bangsa – Melayu , Cina dan India yang menggambarkan komposisi kaum yang berpadu dan bermuafakat sama-sama menunjukan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.


Sementara orang-orang Islam berhimpun didalam ruang surau/dewan bersolat dan bermunajat, mereka yang bukan Islam pula berhimpun diluar dengan sepanduk-sepanduk mengecam perbuatan terkutuk BN/Umno .



Dianggarkan lebih 50 ribu manusia bersesak memenuhi ruang perkarangan Kediaman Menteri Besar walaupun hujan turun agak lebat.


Selepas melakukan solat hajat, majlis ceramah pun bermula. Beberapa pimpinan telah berucap dengan menyatakan sokongan terhadap MB NIzar dan mengecam perilaku Umno/BN merampas pentadbiran negeri Perak dengan cara yang amat keji.


Dato Seri Nizar dalam ucapannya berkata, yang penting dipertahankan bukanlah kedudukannya sebagai seorang Menteri Besar, tetapi apa yang perlu dipertahankan ialah hak rakyat untuk mendapatkan keadilan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Rakyat akan menggunakan kuasa mereka dan akan mengkuburkan terus Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.Rakyat tidak akan memaafkan dan melupakan episod hitam yang sedang melanda negeri Perak kini.


Nizar menyifatkan kerajaan BN/Umno diPerak ini adalah ‘Kerajaan Haram’ kerana merampas hak rakyat dengan mengenepikan perlembagaan negeri.

Rakyat Perak menuntut supaya pilihan raya negeri diadakan dan BN / Umno tidak perlu gusar jika sekiranya rakyat majoriti benar-benar menyokong mereka.


Rakyat tidak akan berhenti daripada tuntutan tersebut dan mereka akan buktikan bahawa pemerintahan BN/Umno di Perak hari ini , sebenarnya bukanlah pilihan rakyat.


Mereka bukan sahaja menggunakan tipu muslihat yang keji malah menggunakan amalan rasuah semata-mata mahu berkuasa.

Mereka mesti ingat, Yang Maha Berkuasa ialah Allah SWT.Ianya Maha Adil dan Maha Saksama.Kita akan terus memperjuangkan keadilan dan pasti Allah akan memberikan keadilan itu kepada kita semua.

5 Feb 2009

Ke PERAK

ATAS ARAHAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT, semua pemuda ke PERAK sekarang.

Admin PB bertolak ke PERAK pukul 5.40 nanti, oleh itu PEMUDABESUT akan tidak diupdate sementara waktu.... Doakan semoag Allah permudahkan urusan ini

LIVE dari rumah MB Perak (4.20 pm) ~ Malaysiakini

Jam 4.20 pm : Lebih 100 orang wartawan sedang berkumpul di perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar menunggu sidang akhbar yang akan diadakan bila-bila masa.

Manakala didalam kediaman sedang berlaku satu mesyuarat penting oleh kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat demi menyelamatkan keadaan genting dan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.


Selanjutnya

Kerajaan Perak Failkan di Mahkamah Tinggi Ipoh 3 DUN Kosong Hari Ini ~ Malaysiakini

Ipoh, 5 Feb- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar menelefon saya sebentar tadi bahawa persiapan terakhir sedang dilakukan untuk menfailkan bahawa 3 DUN iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong dan BN tidak boleh menubuhkan kerajaan sebagaimana didakwa oleh Najib.


Sementara itu, YAB Menteri Besar meneruskan jadual hariannya sebagai Menteri Besar dengan menghadiri Program Perasmian MOdel Ladang Padi Sime Darby Plantation yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.

Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi, Mohd Nizar berkata saranan Najib yang juga timbalan perdana menteri itu, tidak mencerminkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negeri Perak.


Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.

Beliau mengingatkan bahawa proses menukar kerajaan "tidak sama seperti menukar 'arung kopi".

Mohd Nizar juga membidas Najib kerana didakwanya cuba mengambil alih kuasa di Perak melalui cara yang tidak sah.

Berfungsi seperti biasa

Sebaliknya, kata beliau, Najib hanya mahu menakut-nakut rakyat dan melakukan sesuatu tanpa menghormati perlembagaan.

Oleh itu, Mohd Nizar meminta Najib - yang bakal menjadi perdana menteri - supaya berlaku adil kepada rakyat Perak.

Menjawab soalan pemberita, Mohd Nizar berkata, kerajaan Pakatan akan terus berfungsi seperti biasa sehingga Sultan membuat keputusan berhubung permohonan pembubaran dewan undangan negeri.

Sebelum ini,Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam.MK.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tindakan ADUN Jelapang, akan dicemoh 3 generasi.~ Malaysiakini

Bodoh land.wordpress

Tindakan ADUN Jelapang Hee Yit Fong mengumumkan keluar dari DAP dan menyertai Bebas tetapi menyokong BN adalah tindakan yang saya yakin akan mencapat cemohan , ejekan, dan penghinaan bagi 3 generasinya.

Saya dimaklumkan beliau telah berjuang dengan DAP selama 20 tahun dan kemuncak cari karear politiknya beliau yang merupakan dari seorang kerani dipilih oleh DAP bertanding di DUN Jelapang seterusnya dipilih sebagai Timbalan Speaker Perak.


Baru-baru ini dalam pertemuan tertinggi PR bersama ADUN di Kediaman MB Perak, YB. Dr. Lee Boon Cai menyatakan sekira Hee keluar dari DAP dan PR dia akan dicemoh oleh 3 generasinya.

Tindakanya dan tindakan yang lain saya anggap membunuh karear politiknya sendiri. Walau apapun yang beliau dapat dengan tawaran menyertai BN, sesungguhnya dalam PR akan datang rakyat sudah menunggu untuk menghukum Hee. analisa keputusan PR yang lepas boleh memberi jawapan kepada kita.

N31 Jelapang
Hee Yit Soong (DAP) 12219
Loh Koi Pin (BN) 5512
M. Saraswathy (Bebas) 1275
....Majoriti 6707

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

PERAK...Esok Masih ada ~ Malaysiakini

oleh: MSK

Pasai apa nak menangis? Pasai apa nak marah?

Relax!!! Dunia belum kiamat dan esok masih ada. Esok kita tengok sapa yang masih tegak berdiri, sapa yang cabut lari, dan sapa yang masih berani menjerit Reformasi!!!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.