
Namun, hakikatnya kita harus akui bahawa Najib mengambil alih jawatan itu dengan dua misi yang amat besar. Pertamanya, menumbangkan serta merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat dengan merasuah dan mengugut pemimpin-pemimpin tertentu. Manakala keduanya pula ialah membawa masuk semula mana-mana pemimpin UMNO yang didapati mula untuk menyokong dan berpihak kepada pembangkang termasuk juga ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim. Inilah dia dua agenda besar Najib yang gagal dilakukan oleh Tajol Rosli sebelum ini. Mengapa beliau percaya yang dirinya dapat melakukan semua ini. Kerana Najib adalah Menteri Kewangan sekarang, dan beliau juga bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Mac ini. Lantaran itulah beliau terfikir bahawa limpahan kemewahan dan kewangan wajar ditaburkan kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat dan BN yang mahu berhijrah. Tajol Rosli dilihat gagal kerana beliau tiada jawatan diperingkat pusat dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kewangan sebelum ini. Maka itulah tugasan ini diberikan kepada Najib.~ Pahang Daily Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan