Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

5 Feb 2009

PERAK...Esok Masih ada ~ Malaysiakini

oleh: MSK

Pasai apa nak menangis? Pasai apa nak marah?

Relax!!! Dunia belum kiamat dan esok masih ada. Esok kita tengok sapa yang masih tegak berdiri, sapa yang cabut lari, dan sapa yang masih berani menjerit Reformasi!!!

Seorang ibu tua menangis apabila anak keempatnya mati dalam peperangan. Apabila ditanya oleh rasulullah mengapa dia menangis, dia menjawab, “aku tidak ada lagi anak yang akan menyambung perjuangan ini”.

Sudah berapa anak kita yang mati? Sudah banyak mana harta kita yang habis..maka kita perlu menangis dan berasa sayu?

Kita baru habis dua set. Umno satu. PR satu. Kita sedang memasuki rubber game. And the game had just begun.

Sultan Azlan Shah masih belum membuat keputusan. Surat perletakan jawatan Jamaludin Osman dan Hee sudah ada ditangan Sultan, dan aku percaya, Sultan akan memanggil ketiga-tiga ADUN ini untuk menjelaskan mengapa mereka menghina Sultan dengan membelakangkan surat yang telah mereka tandatangani dihadapan Sultan.



Menang atau kalah, Melayu atau Cina, ketiga-tiga ADUN ini sudah menderhaka kepada Sultan. Sudah menipu Sultan dan rakyat negeri Perak. Mereka menandatangani surat perletakan jawatan ini dihadapan Sultan dan berjanji dihadapan Sultan, bahawa sekiranya mereka keluar dari Pakatan rakyat…kelayakan mereka terbatal.

Mereka boleh menyalahgunakan SPR, mereka boleh menyalahgunakan apa saja jentera kerajaan, tapi mereka tidak boleh memperdayakan Sultan.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada hari ini adalah kerajaan pilihan rakyat yang diperkenankan oleh Sultan. Sekiranya kerajaan boleh dijualbeli, , kerajaan itu tidak akan dihormati lagi. Dan sekiranya Sultan boleh dipermainkan, maka Sultan juga tidak akan dihormati lagi.

Esok…adalah hari mengundi. Bukan untuk memilih pemimpin politik yang boleh dijual beli, tetapi untuk menentukan…sama ada kita mempunyai Sultan yang adil dan saksama, atau Raja yang membelakangkan hak rakyat.

Aku akan berikan undi aku kepada Sultan Azlan Shah.

2 ulasan:

Cina Sayangkan PAS berkata...

Esok masih ada, tapi, lebih banyak kerusi bertanding patut diberi kepada PAS, kerana, wakil-wakil PAS belum pernah ada berpaling tadah sebelum ini.Berilah 30 kerusi bertanding untuk PAS dan jika PAS sapu semau, jangan risau,jangan rasa kepala pening,jangan gusir fikiran,biarkan itu 29 ADUN lain berpaling tadah, PAS tetap akan kawal kerajaan Perak. Kenapa? Tidak SATU pun ADUN PAS akan berpaling Tadah.Hormat parti PAS yang berprinsipal.

Talhah berkata...

Sultan Azlan tidak memerlukan undi kamu. Rakyat Perak bukan terdiri dari orang Pas sahaja atau orang Pakatan Rakyat sahaja. SUlatan harus menjaga semua kepentingan rakyatnya.

Jangan samakan kehendak dan nafsu Pakatan Rakyat dan pendokongnya dengan prinsip dan sifat keadilan dan kesaksamaan Sultan.

Jangan lupa Pakatan Rakyat telah beberapa kali "mengecilkan" hati Sultan Perak dan tak perlu dinyatakan lagi di sini sebab kamu sendiri tau akan peristiwa-peristiwa tersebut.

Kalau kamu tidak tau atau sengaja buatbuat tak tau maknanya kamu perlu menilik hati sendiri samada kamu ini insan yang adil atau saksama. Jangan memandai-mandai untuk mempersoalkan keadilan dan kesaksamaan Sultan dan dengan tidak malunya dan rendah diri memberikan undi anda kepada Sultan.

Sekali lagi diulang Sultan Perak TIDAK memerlukan undi anda.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.