Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

23 Ogo 2008

ALHAMDULILLAH..syukur berjaya juga akhirnya

Alhamdullilah... syukur kepada Mu Allah kerana program yang dirancang hari ini berjaya dilaksanakan akhirnya.... MOTIVASI PELAJAR 2008 (MOP-08)

Rabu; 9.34 pagi
Ust Syukri (Timb. Ketua Pemuda DPP) telefon ambo, penceramah motivasi yang dirancang Cikgu Nik (pakar motivasi-kelantan) terpaksa menarik diri kerana terpaksa memberi komitmen kepada tempat kerja beliau.

Rabu; 12.20 tgh
Ambo gagahi utk mencari penganti. Selain daripada meminta Cikgu Nik mencari penganti , penganjur juga menghubungi Ust Nasir (SU kerja DPPN trg) utk bantuan..

Khamis; 5.15 ptg,
semua penceramah 'Bidang Terjun' yang dicari...tidak dijumpai... Jadi ambo & Ust Adam mengambil keputusan MOP-08 dibatalkan. Namun hatiku tidak berpuas hati... takut-takut ramai pulak yang akan datang semasa program ini. Ini kerana semua surat makluman program telah dihantar seminggu lalu kepada semua cawangan.

Khamis; 6.00 ptg
Dengan perasaan tidak berpuas hati... kerana MOP-08 yang dirancang sebulan yang lalu terpaksa dibatalkan, ana membuka komputer utk mendapat info politik terkini bagi mengubati perasaan ni...

Khamis; 6.20 ptg
Tgh duk cari info terkini dr web Dewan Pemuda Kawasan lain... , TERbuka web DPPK Kuala Trg. Terlihat iklan MOTIVASI PEPERIKSAAN yang dianjurkan..Penceramahnya CIKGU RAJA ISMAIL RAJA SAHDAN...pernah ku dengan nama itu... OOO baru teringat Presiden MPP ana dulu rupanya.

Khamis; 7.00 ptg
Ku hubungi SU DPPKKT, Akhi Faizul untuk mendapat no HP Cikgu Raja.

Khamis; 7.30 mlm
Ambo gagahi untuk menghantar SMS kepada cikgu Raja. Ambo tahu, tentu Cikgu Raja akan menolak kerana beliau mesti sudah pulang ke Kuantan selepas abis program DPPKT. Tak kan nak datang balik ke Besut... Tapi belum cuba belum tahu.. SMS dihantar { Salam, Cikgu Raja, Boleh tak Cikgu Raja beri ceramah Motivasi di Besut pada sabtu ini 23/8 ~ Ex PMI_ _ _96/99 }

Khamis; 7.56 malam
Baru nak ajar anak mengaji iqra', HP ku berbunyi... Saya Cikgu Raja.................SETUJU.....kebetulan ana nak balik ke Machang rumah Mertua & nak pulang ke Kuatan Sabtu ni. ALHAMDULLILAH

* Berbanyak terima kasih kepada
1. Cikgu Ismail- PEmotivasi
2. Ust Adam ~ Ketua Pemuda
3. Ayah Do ( Hj Hasan) ~Beri guna Dewan Hj Salleh
4. Ust Nasir & Akhi Faizul ~ pemberi Maklumat..
5. Rahim ~ watak penting menjayakan MOP-08 ni/ pembuat air / kuih bahulu-makan pagi /pencari peserta / dlll
6. Ust Din ~ Pengarah / MC
7. Cikgu BUdin ~ tim pengarah
8. Ridzuan ~ Nasi ayam(Makan tengahari)
9. Pok Aki ~ PA system / Nasi ayam tambahan
10. Yus & C.Za ~ bikin fail smp.......
11. Busu ~ pembuat Air Teh O Beng peserta
12. Semua AJK yang terlibat
13. Semua 117 peserta (44-P & 73-L)

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dari atas katil hospital ~ Malaysiakini

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

21 Ogo 2008

ADUN turun bagi sokongan ,YB. Jamaluddin di tahan 2 hari oleh BPR. ~ Malaysiakini

IPOH, 21 Ogos :- Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini telah memberi kebenaran kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) untuk menahan remam Exco Kerajaan Negeri perak, Jamaluddin Mohd Radzi selama 2 hari bermula hari ini.



Beliau dijangka akan di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang disifatkan oleh Menteri Besar Perak sebagai konspirasi politik semata-mata.


Seramai 200 orang lebih telah bekumpul sejak awal pagi untuk memberi sokongan moral kepada tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja lengan panjang putih dan bertali leher. Beliau kelihatan sihat, ceria dan menerima ucapan semangat dari semua ADUN Pakatan Rakyat hadir sama.

Menteri Besar yang dijangkakan hadir membatalkan hasratnya atas tugas lain yang lebih penting. Exco Kerajaan Negeri yang kelihatan ialah Dato. Ngeh Koo Ham, En. Encik Su Keong Siong , Encik Chen Fook Chye , Encik Sivanesan a/l Achalingam dan Encik Tai Sing Ng .

ADUN Yang hadir ialah speaker Kerajaan Negeri, En. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Encik Abdul Yunus bin Jamahri ,Kuala Kurau.Tuan Hj. Ramli bin Tusin, Gunung Semanggol, Tuan Haji Husin bin Haji Din ,Selinsing, Encik Loke Chee Yan ,Kepayang. dan Puan Lim Pek Har ,Mengelembu.
Hadir sama ialah Pengerusi PKR Negeri Perak, Hj. Ismail, Setiausaha Politik MB, Ust. Misbahulmunir dan Setiausaha Akhbar MB, En. Anuar Hashim

SPR, Umno/BN cemar kempen Pilihan Raya Permatang Pauh ~ Malaysiakini

Parti KeADILan Rakyat hari ini menghantar nota bantahan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), berikutan kegagalan badan itu mengendalikan Pilihan raya Kecil Permatang Pauh secara adil dan telus.

Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Sallehuddin Hashim dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengemukakan tujuh sebab mengapa pihaknya mendapati perjalanan pilihan raya tercemar.

Dalam suratnya juga beliau menegaskan, KeADILan amat tidak berpuashati dengan SPR walaupun banyak aduan, kritikan dan cadangan, badan itu masih tidak berubah.

Berikut disiarkan teks penuh surat bantahan KeADILan kepada SPR;

RUJUKAN KAMI: SUA2008/SPR/0115
TARIKH: 21 Ogos 2008

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA

Yang Berbahagia Tan Sri,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH

Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.

Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari Umno dan AKIM.

Adalah sangat mendukacitakan ketika seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa begitu berminat mengikuti perkembangan pilihanraya, namun perjalanan kempen pilihanraya terus dicemari dengan pelbagai salah laku kempen yang memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi di Malaysia dan tentunya memperlihatkan kegagalan SPR untuk mengendalikannya secara adil dan telus.

Saya sangat mempersoalkan kredibiliti dan kerja SPR kerana apa yang timbul bukanlah perkara baru malahan ianya adalah perkara sama yang berbangkit pada setiap kali pilihanraya walaupun berbagai-bagai aduan, kritikan, dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak SPR.

Sehubungan dengan itu saya meminta dan berharap agar SPR dapat meneliti untuk bertindak dengan serius dan bersungguh-sungguh terhadap aduan yang saya kemukakan seperti berikut;

i. Nama Pengundi Hilang

Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 900 pengundi yang namanya tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh. Nama-nama tersebut terdapat dalam senarai daftar pemilih yang lepas dan boleh membuang undi pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini kini didapati tercicir dari daftar pemilih terbaru.

ii. Pemilihan Hari Bekerja Sebagai Hari Membuang Undi

Dilaporkan bahawa pemilihan hari Selasa 26hb Ogos, 2008 iaitu hari bekerja adalah sesuatu yang sangat dipersoalkan kerana akan menyukarkan kepada pengundi untuk membuang undi terutamanya pengundi-pengundi yang bekerja dan pengundi yang berada diluar kawasan.

iii. Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN

Agensi kerajaan telah dugunakan secara terang-terangan untuk berkempen bagi pihak Parti kerajaan Umno/Barisan Nasional. Penglibatan agensi kerajaan untuk tujuan kempen adalah menjadi suatu kesalahan dan melanggar etika kempen pilihanraya

iv. Laporan Media Yang Berat Sebelah

Laporan media terhadap kempen pilihanraya secara keseluruhannya menyebelahi calon Umno/BN dan pendekatan menyerang calon Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhannya laporan media adalah sesuatu yang malang bagi prinsip etika media dan sistem Demokrasi Malaysia.

v. Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan

Kempen pada kali ini menampakkan kawalan keselamatan yang berlebihan. Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan Parti Keadilan Rakyat dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.

vi. Mengambil Kad Pengenalan Pengundi

Terdapat laporan petugas-petugas kempen Umno/BN telah berjumpa dengan pengundi dan mengambil kad pengenalan pengundi atau salinan kad pengenalan. Tindakan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan mewujudkan kesangsian tindakan Umno/BN.

vii. Sogokan Wang kepada Pengundi

Dilaporkan bahawa kempen Umno/BN telah menggunakan sogokan wang untuk meraih undi. Petugas Umno/Bn bertemu pengundi menawarkan wang supaya pengundi diminta mengundi calon Umno/BN atau pun pengundi menyerahkan kad pengenalan mereka. Tindakan ini selain menyalahi etika pilihanraya dan mempunyai unsur amalan rasuah.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tan Sri saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha bersama kita memartabatkan demokrasi Malaysia akan mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.