Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Jun 2009

KEMPEN DUBAR DUN PERAK BERGEMA DI MUKTAMAR PAS


Kempen "Bubar DUN Perak" bergema dalam Muktamar PAS di stadium Malawati setelah dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat.

Berikutan kempen tersebut, pimpinan PAS Perak naik ke pentas mengikat headband ke kepala dan tangan pimpinan PAS Pusat. Serentak itu juga sebahagian perwakilan turut mengikat headband Bubar DUN ke kepala dan tangan masing-masing.

Laungan Allahu Akbar dan Bubar DUN Perak bergema di stadium.







Husam terus berjuang walau tanpa jawatan



SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menegaskan beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama PAS.

Beliau yang tewas pertandingan jawatan Timbalan Presiden menegaskan kekalahan bukan bererti segala pandangan politiknya akan terhenti sebaliknya percaya rakan-rakan yang memenangi jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan meneruskan pandangan beliau.

Husam menjelaskan, sejak awal lagi beliau sudah menjangka akan mengalami kekalahan dan menawarkan diri untuk menyatakan pandangan politiknya.

Beliau menolak tanggapan mengatakan pandangan politiknya ditolak perwakilan kerana calon-calon Naib Presiden dan AJK PAS Pusat mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Saya menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan sudah menjangkakan sejak awal akan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan saya, Nasharudin Mat Isa yang berjaya mengekalkan jawatan yang disandang.

"Saya akan tetap bersama PAS dan akan terus berjuang untuk memastikan PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13 atau pada bila-bila masa," tegas beliau dalam satu sidang media sebentar tadi.

Husam juga menjelaskan, kekalahan beliau tidak akan memberikan kesan kepada pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan kerana PAS tidak memerintah berdasarkan individu sebaliknya kerana kekuatan parti.

Beliau untuk sekalian kalinya menegaskan penolakan sebarang perundingan untuk bersama Umno sebaliknya akan memastikan PAS menggantikan parti tersebut.

"Saya tidak faham kenapa ketika rakyat menolak Umno dan menerima PAS, kita mahu bersama mereka... sepatutnya mereka datang kepada kita bukan kita pergi kepada mereka. PAS perlu ganti Umno bukan bersama Umno," tegas beiau.

Biarpun tewas, Husam tetap menjadi buruan media untuk mendapatkan pandangan politiknya yang bernas dan tajam. Ini terbukti ketika turun ke pentas untuk ke tandas, beliau dikejar wartawan untuk mendapatkan respons dan komen mengenai keputusan pemilihan. - Hrkh

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan kepimpinan parti yang baru, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa (dua dari kiri). Bagi jawatan Naib Presiden Salahuddin Ayub (kiri), Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Datuk Mahfuz Omar (kanan) di Muktamar PAS di Stadium Malawati Shah Alam

PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Husam menang Timbalan Presiden????

Awal pagi tadi, ana menerima SMS dari orang yang tidak dikenali memberitahu bahawa keputusan Timbalan Presiden sudah diketahui.... Jadi cepat-cepat, ana pegi buka komputer untuk kepastian.

Bila belek-belek blog-blog yang hurai keputusan ini, jumpa blog penarik beca yang huraian SMS ini... Jadi baca sendirilah kat bawah ni... Tapi persoalan betul ke berita itu? Tapi ana yakin bahawa keputusan hanyalah telahan semata-mata. Tahniah kepada jawatankuasa pemilih khususnya Pengerusinya, Mustafa Ali dan timbalannya, Hassan Shukeri kerana dapat menjaga rahsia keputusan ini dengan baik. Ini membuktikan bahawa orang Pas boleh diberi amanah dan mereka pandai menjaga amanah.

Sudah pasti kesemua mereka yang terlibat dalam jawatankuasa berkenaan termasuk yang mengira undi berpegang kepada ikrar dan janji mereka. Sebenarnya sikap dan sifat amanah sebeginilah yang kita mahui di dalam perjuangan (gerakan) Islam. Apabila rahsia dikunci rapat ia tidak mudah memberi maklumat awal kepada sesiapa termasuk musuh.

Lantaran kerana kunci kuat kepada keputusan itu apa yang boleh dibuat hanya telahan dan ramalan sahaja. Beberbagai andaian telah terpancul malam tadi. Ada satu SMS melaporkan seorang calon telah menang. Namun SMS berkenaan tidak dapat diyakini ke tahap 50%.


Copy PASTE dari Penarik Beca.

Jika benar laporan mStar Online pagi ini bertajuk "Saingan sengit, Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS?" ia bermakna benarlah perkiraan yang dibuat oleh pakar-pakar pilihan raya di sebelah pihak Haji Husam Musa.

Pada malam sebelum pengundian itu, mereka memperkirakan Husam boleh meraih antara 410 hingga 450 undi. "Tok leh gi dah (lebih dari 450)," kata salah seorang dari mereka. Mereka amat mengharapkan seorang lagi calon, Haji Mohamad Sabu dapat meraih sekurang-kurangnya 200 undi untuk membolehkan Husam menang. Ada di antara mereka yang berkata, "Male ni kita ngepeng tambah undi Mat".

Sebentar tadi, saya menerima SMS yang mendakwa Husam mendapat 452 undi dan Ustaz Nasharudin Mat Isa mendapat 358 undi. Mungkin betul, mungkin tidak. Jika betul, hampir tepat perkiraan pakar-pakar pilihan raya yang menyebelahi Husam.

Pada malam sebelum pengundian itu juga, Husam pula dilaporkan sibuk "melobi" Allah s.w.t. dan menasihatkan para penyokongnya melakukan perkara yang sama. Dia tahu, hampir mustahil dia boleh mendapat lebih dari kira-kira 450 undi. Hanya Allah yang mampu membantu.

Husam bukan diterima oleh semua pihak. Banyak juga yang melanyak. Ketika Husam mula menawarkan dirinya dan beliau diserang habis-habisan, saya hantar SMS kepadanya, "Hang kena banyak 'bercakap' dengan Allah". Saya tidak suka melihat Husam berkuntau lidah dengan mereka yang sakit hati kepadanya.

Hampir setiap hari juga saya meminta Mat Sabu supaya "jangan kata kat orang (calon-calon lain)". Saya tidak suka "pengantin" saya comot-comot akibat perbuatannya sendiri.

Kepada saya, kalau Mat Sabu kalah sekalipun, sekurang-kurangnya boleh dibuktikan bahawa Mat Sabu dan Husam bersaing antara satu sama lain dengan cara yang beradab.

Ketika kebetulan kami berjumpa, Husam dan saya tidak cakap apa-apa tentang pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam tahu, saya tentu menyokong Mat Sabu. Kami hanya bergurau kosong sahaja.

Husam lebih bertuah dari Mat Sabu. Ramai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang membuka mulut membantunya. Mat Sabu pula hanya dibantu oleh marhaen-marhaen yang sesetengahnya langsung tidak dikenali. Mereka boleh cakap apa sahaja, tetapi cakap-cakap mereka tidaklah sebisa mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mat Sabu sendiri tahu perkara itu. "Aku tak dak sokongan ahlul-hilli wal aqdi (Majlis Syura atau Ahli Jawatankuasa PAS Pusat). Paling banyak aku boleh dapat tiga undi ja dari depa". Nasibnya baik kerana pada hari pengundian ada seorang lagi yang tidak disangka-sangka dilihat oleh pengundi di belakangnya telah memberikan undi kepada Mat Sabu. Dia dapat empat undi dari hlul-hilli wal aqdi dan bukan tiga seperti yang dijangkakan.

Sama ada Mat Sabu akan menjadi sejarah atau tidak selepas ini, hanya Allah jua yang menentukan.

Walaupun saya menyokong Mat Sabu, saya tetap bersyukur kepada Allah Yang Maha Menghakimkan dan Maha Memutuskan jika benar Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Usaha saya sejak 2005 lagi telah berhasil (pada tahun itu saya beritahu Mat Zain Markaz Tarbiyyah bahawa Ustaz Nasharudin menang kerana kesalahan Ustaz Hassan Shukri yang sebelum itu tidak menyinar sebagai Timbalan Presiden. Pada masa itu juga, anak-anak Almarhum Ustaz Fadzil Noor seperti Mona dan Ustaz Fauwaz pakat-pakat sokong Ustaz Nasharudin. Kali ini pun Ustaz Fauwaz menyokong Ustaz Nasharudin. Saya memohon maaf jika Ustaz Fauwaz melihat saya sebagai anak murid yang kurang ajar - setiap kali berpeluang bertemunya, saya banyak "mencuri" ilmunya).

Apa pun, saya telah tulis sebelum ini, "Asal bukan Umno".

Berita berkaitan:
Hadi mahu kerajaan perpaduan (Utusan Malaysia 5/6/09)
Kerajaan perpaduan tidak menguntungkan - Husam (Utusan Malaysia 5/6/09)
Husam: "No! We Will Not Yield!" (Mob1900)
Hadi kena bidas
Berita Harian Online (5/6/09): Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan semalam, bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah pemimpin kanan parti itu sendiri.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan jika menang akan bergandingan dengan Abdul Hadi, secara terbuka mempertikaikan kenyataan ketuanya itu kerana beranggapan ia tidak menguntungkan parti berkenaan.

Beliau menegaskan parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno seperti kerjasama yang dipraktikkan dengan PKR dan DAP kerana Pas tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan berkenaan, selain pemimpin Pas sudah tentu tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, beliau tidak akan sesekali membenarkan Pas menjadi ‘kuda tunggangan’ Umno melalui kerajaan perpaduan, walaupun ia diilhamkan oleh parti itu.

“Saya juga bimbang pembahagian kerusi antara Pas dengan Umno kemungkinan tidak adil. Yang kita mahu adalah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Pas Ke-55 oleh Abdul Hadi, di sini semalam.

Husam berkata, jika kedudukan kerusi Pas dan Umno tidak sama rata, Pas mungkin tidak dapat memainkan sebarang peranan dalam kerajaan perpaduan.

Sebaliknya, beliau mahu Pas lebih menumpukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kerana mendakwa taraf semua parti dalam pakatan itu adalah sama rata.

“Namun, jika perbincangan mengadakan kerajaan perpaduan mahu dilaksanakan juga, lebih baik dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Pas boleh memastikan kerusi kita benar-benar cukup untuk mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan,” katanya.

Abdul Hadi pada sidang medianya selepas menyampaikan ucapan dasar pada muktamar itu semalam mempertahankan gesaannya supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.

Presiden Pas itu berkata, usaha itu menunjukkan yang Pas mengamalkan dasar terbuka selaras dengan prinsip demokrasi.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat dan beliau hanya mengetahuinya menerusi laporan media.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan, tetapi terpaksa membuat komen demi kepentingan penyokong Pakatan Rakyat,” katanya dalam laman blognya.

Lim berkata, beliau diburu wartawan selepas perasmian muktamar semalam yang mahu mendapatkan komen berhubung kenyataan Abdul Hadi mempertahankan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.

“Semua pemimpin mesti bersedia untuk berbincang dengan pemimpin lain berhubung apa saja isu yang membabitkan kepentingan ramai,” katanya.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, berkata idea kerajaan perpaduan bersama BN adalah idea politik yang terkebelakang dan tidak progresif.

“Pengalaman politik kompromi seumpamanya pernah berlaku pada 1978 antara Pas dan BN yang akhirnya tidak memperlihatkan sebarang manfaat. Justeru, idea ini sudah ditolak oleh pemimpin PKR.

“Cadangan bekerjasama oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kerajaan BN pula khusus untuk perkara untuk kepentingan rakyat, seperti masalah ekonomi negara dan tidak mengaitkan kerajaan perpaduan,” katanya.

5 Jun 2009

Keputusan undi esok


Parti Islam SeMalaysia telah pun mengadakan proses pengundian memilih kepimpinan pusat parti itu dengan seramai 1,044 layak mengundi termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya dan perwakilan Kawasan-kawasan.

Daripada jumlah itu seramai 971 merupakan pengundi kalangan perwakilan. Pengundian dimulakan kira-kira 3.40 petang tadi dan dijangka selesai kira-kira tiga jam kemudian. Sebanyak 40 tempat mengundi disediakan di belakang pentas utama.

Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden dilihat sebagai pertarungan sengit yang akan mencorak masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dan strategi parti menjelang pilihanraya umum akan datang.Atas


Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak.

Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan orang pertama mengundi dan diikuti Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Timbalan, Setiausaha, AJK PAS Pusat serta perwakilan mengikut giliran negeri-negeri.

Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pagi esok.

Tumpuan pemilihan mengarah kepada jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang masing-masing menyaksikan pertandingan tiga dan lima penjuru.

Seramai 54 orang bertanding untuk merebut 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menjelaskan mengikut perlembagaan parti beberapa jawatan penting perlu dipertandingkan antaranya Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, AJK dan Pemeriksa kira-kira.

Beliau berkata, di antara jawatan itu ada yang telah dimenangi tanpa pertandingan antaranya Pengerusi Tetap yang terus dipegang oleh Ustaz Abu Kasim Abdullah tanpa pertandingan.

Selain itu katanya, jawatan Presiden menang tanpa bertanding manakala untuk jawatan Timbalan Presiden terdapat tiga pencalonan, Naib Presiden lima calon dan AJK 54 calon dan hanya dipilih 18 orang. Sementara itu Pemeriksa Kira-kira tiada pertandingan.

TG Presiden lancar kompleks PAS Pusat


Tuan Guru Presiden Selamat merasmikan pelancaran kompleks PAS Pusat yang akan dibina di Sungai Merab, Bangi.

Bagi saya kompleks ini melambangkan bahawa PAS dan PR sudah bersedia untuk mengambilalih Putra Jaya dari BN.

Maklumat lanjut pembinaan komplek PAS Pusat bertaraf antarabangsa ini boleh dilayari di http://www.kompleks.pas.org.my

Penganugerahan Tokoh Bahasa di Muktamar PAS

Presiden PAS menyampaikan sumbangan mewakili PAS sebanyak RM 150,000.00 kepada wakil Palestin

Sempena Muktamar PAS ke-55 diadakan Majlis Penganugerahan Tokoh Bahasa. Dua orang yang dipilih kali ini ialah Pengerusi GMP(Gerakan Mansuhkan PPSMI),Dato' Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, A.Samad Said

Teks Ucapan Dasar Presiden PAS



Muat turun :-

1. Muat turun ucapan dasar Presiden PAS versi Bahasa Melayu

2. Muat turun ucapan dasar Presiden PAS versi Bahasa Inggeris

3. Muat turun ucapan dasar Presiden PAS versi Bahasa Arab

Selamat Bermuktamar

Pagi ini Muktamar PAS Pusat kali ke 55 akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. PEMUDABESUT mengucapkan selamat bermuktamar kepada Perwakilan PAS Kawasan Besut terdiri Ust. Hj. Wan Azhar Wan Ahmad (Yang DiPertua), Hj. Mohd Hassan Salleh (Timbalan Yang DiPertua), Sdri. Napisah Ismail (Ketua Muslimat), Nik Hassan Azmi (Penolong Setiausaha), Hj. Abdul Halim Tausah dan Sdr. Aminuddin Muhd Ali.



Siiru'ala barakahtilLah.

Sesungguhnya Tuhan Yang Esa akan merahmati perjuangan Parti Islam Se-Malaysia PAS selagi mana ia berjalan di atas ayat-ayat suci al-Quran, kalimah Rasulullah SAW dan panduan daripada ilmu alim-ulamak.

Keputusan Dewan Muslimat PAS

Dewwan Muslimat PAS Pusat menukar timbalan ketuanya, kepada orang baru apabila Siti Zailah Yusof bekas naib ketua menang menewaskan Wan Hasrina Yusof, timbalan ketua sebelum ini.

Siti Zailah mendapat 142 undi iaitu majoriti 52 undi berbanding penyandangnya yang mendapat 90 undi.

Ketua Dewan Muslimat kekal kepada Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 136 undi berbanding pencabarnya Dr Asiah Ali yang mendapat 100 undi.

Berikut adalah keputusan penuh untuk Dewan Muslimat yang diumumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilih untuk Dewan Muslimat Mohame3d Diah Baharun.


Pengerusi Tetap
Noraini Husain - 81 undi
Nor Hashimah Deraman - 154 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Faizah Ismail - 72 undi
Wan Hamidani Wan Ahmad - 162 undi

Ketua DMPP
Nuridah Mohd Salleh - 136 undi
Dr Asiah Ali - 100

Timbalan Ketua DMPP
Siti Zailah Mohd Yusof - 142 undi
Wan Hasrina Wan Hassan - 90 undi

Exco DMPP
1) Wan Ubaidah Omar - 196
2) Dr Halimah Ali - 173
3) Mastura Mohamad - 173
4) Aiman Athirah Al Jundi - 162
5) Dr Najihatul Salihah Ahmad - 158
6) Dr Siti Mariah mahmud - 156
7) Dr Rosni Adam - 155
8) Azizah Khatib Mat - 147
9) Salbiah Abd Wahab - 147
10) Nurul Huda Yusof - 135
11) Wardatul Jannah Sofia - 125
12) Fatimah @ Zainab Ibrahim - 122





Dewan Ulama PAS Pusat Sesi 2009/2011.

BERIKUT ialah senarai calon yang memenangi pemilihan jawatan Dewan Ulama PAS Pusat Sesi 2009-2011.

PENGERUSI TETAP

Hamdan Mohamad (Menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Abd Manaf Othman (Menang tanpa bertanding)

KETUA

Datuk Harun Taib (Menang tanpa bertanding)

TIMBALAN KETUA

Datuk Ahmad Yaakob (Menang tanpa bertanding)

NAIB KETUA

Datuk Dr Mahfodz Mohamed (Menang tanpa bertanding)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Datuk Husin Awang
2. Abdul Ghani Shamsudin
3. Nik Mohd Zawawi Salleh
4. Salleh Sani Harun
5. Abu Bakar Abdullah
6. Datuk Muhammad Daud Iraqi
7. Abdullah Abd Razak
8. Datuk Hasan Mohamad
9. Ismail Noh
10.Mohd Zain Abdul Rahman
11.Muhammad Mustafa
12.Abdullah Husin

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Ibrahim Omar
2. Mohamad Noor Zain


[PEMUDABESUT mengucapakan TAKZIAH & TAHNIAH kepada AJK Dewan Ulama' baru yang terpilih. Selain itu khas untuk Penasihat PAS Besut & Pengarah Pilihanraya Besut, Dato' Hj Husin Awang & Ust Hj Nik Zawawi kerana berjaya dalam pemilihan tersebut]

4 Jun 2009

Perwakilan PAS Perak Sambut 1 Gelita Perak



pas youth perak delegates wear black shirt and armbands 040609 0417 Perwakilan Perak menarik perhatian ramai pada Muktamar Dewan Pemuda PAS apabila memakai baju kemeja hitam serta memakai pengikat lengan bertulis 'Bubar Dun'.

Dalam sidang media yang diadakan sewaktu majlis berhenti rehat, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Salleh menjelaskan mereka berpakaian hitam sebagai simbolik agar Dun Perak segera dibuabrkan.

Jelasnya, sebagai tanda bantahan tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan melancarkan kempen bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan memakai pakaian hitam setiap hari Sabtu kepada seluruh ahli PAS khasnya terutama pemuda dan rakyat negeri Perak amnya yang cintakan demokrasi.

"Kempen ini bertujuan untuk mendesak supaya Barisan Nasional (BN) Perak untuk membubarkan Dun Perak dengan segera, oleh kerana usaha jahat mereka merampas pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada awal bulan Februari yang lalu.

"Hanya pilihan raya negeri yang baru adalah jalan keluar daripada krisis politik Perak ini. Disebabkan itulah mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya negeri kerana ingin terus memerintah walaupun rakyat negeri Perak telah menolak mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas," katanya.

Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2009/2011

Salam Muktamar

SPR PAS Pusat baru mengumumkan AJK PAS yang menang.

Pengerusi Tetap (MTB)
Ust Misbah Munir Masduki

Tim. Pengerusi Tetap (MTB)
Ust Aris Awang

Ketua Pemuda (MTB)
Ust Nasrudin Hassan Tantawi

Tim. Ketua Pemuda(MTB)
Ust. Azman Shapawi Abd Rani

Naib Ketua Pemuda (MTB)
Ahmad Sabki Yusof

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009-2011 yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda, Ustaz Hassan Sukri pada jam 3.45 petang tadi.

Keputusan ini menunjukkan gabungan antara profesional dan ulama muda berganding bahu dalam jawatankuasa ini.



Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi

Siaran Langsung Muktamar Dewan Pemuda



Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik P2P: Klik

P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer. Atau layari blog Rasmi Muktamar PAS (Klik)


MUKTAMAR PENUH
10 Jamadil Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
08.15 - 08.30 pagi -Aluan Pengerusi Tetap
08.30 - 08.40 pagi -Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-49
08.40 - 09.35 pagi -Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan 2 Pemeriksa Kira-Kira
09.35 - 10.00 pagi -Minum pagi
10.00 - 11.30 pagi -Membentang dan membahas Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
11.00 - 12.00 t/hari-Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
12.00 - 01.30 t/hari -Membahas Ucapan Tema
01.30 - 02.30 petang -Makan tengahari dan solat Zohor
02.30 - 05.30 petang -Sambungan Perbahasan Ucapan Tema Ketua Pemuda
05.30 - 06.00 petang-Rehat / Solat Asar / minum petang
06.00 - 07.15 malam -Sambungan Perbahasan dan menerima Ucapan Tema Ketua Pemuda
07.15 - 08.20 malam-Solat Magrib / Makan malam
08.00 - 08.20 malam -Memilih 15 orang ke Muktamar Tahunan PAS ke 55
08.20 - 10.00 malam -Perbahasan dan menerima Usul-usul

PRK N41 Manek Urai (03) :Calon PAS sudah dikenalpasti

Calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini sduah dikenalpasti, namun ia masih belum didedahkan nama calon tersebut, demikian lapor Bernama.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihan raya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan.Pilihan raya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada para perwakilan dalam menentukan calon tersebut.

Bagi jawatan itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa akan bertanding menentang penyandangnya Nasaruddin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

Pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi perhatian utama semasa muktamar itu setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden.

Sekitar Muktamar Perasmian Pemuda PAS Pusat

Salam Muktamar

Alhamdulillah, ana & Zul Amal selamat sampai di Taman Melewar pada pukul 5.30 petang. Ana juga bersyukur dengan bantuan kawan di KL ini, ana dapat pinjam 'Beruk band' untuk sementara waktu bagi melepas kerinduan pada blog.....

Kami perwakilan dari Terengganu menginap di Anjung Rahmat. Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS Pusat yang berlangsung Di Dewan Dato' Hj Fadil Noor itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat, YB Ust Nasarudin Mat Isa.

Dalam ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub merumuskan dua pencapaian besar Pemuda PAS sepanjang enam tahun di bawah teraju beliau.

"Pertama, kita telah berjaya menganjakkan pendekatan politik bangkangan konfrontasi kepada politik bangkangan konstruktif. Kita telah mengambil pendekatan untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan negara.

"Kita juga telah mengambil langkah untuk menyalurkan kritikan yang lebih membina dan mengusulkan cadangan yang konstruktif dalam menangani masalah-masalah pentadbiran negara," ujarnya menyampaikan ucaptama pada Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, di Taman melewar sebentar tadi.

Katanya, agenda 'engagement' yang diterokai semenjak enam tahun lalu telah membentuk satu persepsi baru terhadap politik PAS iaitu sebagai pembangkang yang membina.

"Kedua, dengan pendekatan-pendekatan baru itu, serta pendidikan politik yang lebih bersungguh-sungguh dan gerakan penerangan yang lebih meluas, Pemuda PAS telah berjaya melakarkan imej baru bagi PAS sebagai parti kepercayaan rakyat untuk menggantikan Umno/BN," ujarnya menerangkan pencapaian berikutnya.

Katanya, dahulu PAS lebih dilihat sebagai pembangkang selama-lamanya, tetapi kini di mana-mana rakyat memberi harapan kepada PAS sebagai 'government-in-waiting'.

Salahuddin mula menerajui Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai Ketua Pemuda pada tahun 2003 dan tahun ini merupakan muktamar terakhir beliau sebagai Ketua Pemuda. Selepas ini, beliau akan digantikan oleh Ustaz Nasharudin Hassan @ Tantawi.

3 Jun 2009

Dr Mansor Othman, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Dr Mansor Othman, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di kediaman rasmi Yang Dipertua Pulau Pinang, Seri Mutiara, di sini, sebentar tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


ADMIN PEMUDABESUT bermuktamar

Salam Muktamar

Pagi ini ADMIN PemudaBesut bersama Zul Amal akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Muktamar Pemuda yang akan dirasmikan pada malam ini. Oleh kerana ADMIN terpilih menjadi perwakilan Pemuda Negeri dalam Muktamar Pemuda & Perwakilan Kawasan dalam Muktamar Penuh yang akan berakhir 7 Jun nanti. Oleh itu Blog PEMUDABESUT akan tidak terUPDATE buat sepanjang muktamar berlangsung. Jika ada kesempatan di sana ADMIN akan UPDATE

Kita jumpa disana....

Salam Muktamar...

Salam

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan bermuktamar tahunannya hari ini dengan upacara perasmian akan bermula awal malam nanti di Markaz PAS Taman Melewar, Gombak. Ia adalah muktamar tahunannya buat kali yang ke 50.


Muktamar adalah aplikasi sistem syura yang dianjurkan agama. Syura memberkati perjuangan Islam. Justeru kehadiran anda ke muktamar kali ini, khususnya para perwakilan adalah diberkati Tuhan. Insya Allah, perjuangan Islam akan terus maju ke hadapan membawa sinar kepada kehidupan manusia di dunia ini.

Agama Islam, tenteranya adalah pemuda.

Nabi kita, pembantu kanannya adalah pemuda.

Ashabul Kahfi, contoh sepanjang zaman itu adalah pemuda.

Pemuda adalah kekuatan.

Pemuda adalah peluang.

Pemuda adalah harapan.

2 Jun 2009

Stadium Sultan Mizan - PAS Gesa Siasatan Menyeluruh


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/stadiumruntuh5.jpg
KUALA NERUS - Stadium Sultan Mizan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak, berharga RM 450 juta yang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini.

Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja. stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali.

Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap.

Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta 'kancil'nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang jatuh.

Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi 'krak' (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,"kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap.

"tengok (pagi tadi) nampak macam lendut dah, kemudian baru saya bercakap sesama kawan-kawan, tiba-tiba atap itu runtuh," tambahnya.

Seorang lagi saksi, Razali Ibrahim, 37, berkata beliau hanya dapat melihat sahaja, motosikalnya ditimpa atap yang runtuh kerana menurutnya kejadian berlaku terlalu cepat, antara seminit hingga dua minit.

"Saya tengoklah kejadian (atap) jatuh tu, dia bermula dari depan tu,"katanya menunjukkan bahagian tengah belakang stadium dimana beliau mendakwa kejadian mula berlaku.

"Dia bunyi (kejadian) sekejap saja..... prak.....prak..... terus jatuh selalu (serta merta),

"saya sedang baiki lampu (stadium) disebelah sana, tak sempat (selamatkan motosikal), tengok ajalah,"ujar Razali.

PAS Gesa Siasatan Menyeluruh

Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong ketika dihubungi terkejut mendengar kejadian malang yang menimpa binaan yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu itu.

Beliau berkata Stadium tersebut yang tersergam indah, menjadi pesona kepada sesiapa yang melihatnya, malah ia jelas dapat dilihat oleh mereka yang datang melalui udara kerana berhamitran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Malangnya baru hanya setahun ia telah runtuh,"katanya spontan.

Justeru beliau menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri Terengganu mengadakan satu 'inquiry' secara menyeluruh bagi mengenalpasti apakah punca sebenar yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

"Kita minta kerajaan dan pihak berkenaan mengadakan satu 'inquiry, thoroughly, semua pihak yang terlibat mesti dipanggil dan disoal siasat, bagi mencari punca sebenar dan terperinci, apakah masalah yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku,"

"laporan mesti di bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri," katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Stadium yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan 'impian menjadi' kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh.

Gambar Stadium Sultan Mizan runtuh







YB Nozula mohon maaf kepada YB Husam

notis perintah page 3 of 3 003

Kenyataan Akhbar

Tetuan Saiful Kasri & Associates

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.



Notis tersebut berbunyi:

Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.

Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato’ Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:

  • Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.

  • Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

  • Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

  • Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pasmengutip dana.

  • Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

  • Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

  • Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek

Peguambela dan Peguamcara

Tetuan Saiful Kasri & Associates


Stadium Sultan Mizan runtuh

Football Stadium 1 by UmmAbdrahmaan :).
Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.

Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu

Difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. PemudaBesut juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.