Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Ogo 2009

FRU yang zalim & amaran Rasulullah



AMARAN RASULULLAH KEPADA F.R.U

Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya FRU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa.

Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan di luar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?

Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:

“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.

Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :

“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)

Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.

Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:

“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.

Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.

Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang tidak berdosa diterajang, dipukul dengan cota, digari, diheret setelah mereka ditembak dengan gas pemedih mata hanya kerana berhimpun untuk membantah akta yang zalim ini. Tindakan ini tentunya akan mengundang kemarahan rakyat, namun sekalung tahniah diucapkan kerana rakyat kerana tidak membalas bantahan dengan kekerasan, tiada satu pun tingkap kedai pecah, tiada sebuah kereta pun yang diserang, tiada sebarang kerosakan harta awam. Inilah akhlak yang dipamir oleh rakyat.

Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:

“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.

Lawatan ke tempat dimana Teoh ditemui mati



Inkues hari ketiga kematian Teoh Beng Hock bermula dengan lawatan ke bangunan Plaza Masalam tempat Teoh ditemui mati pada 16 Julai lalu, lapor malaysiakini.

Dia ditemui mati sehari selepas dia dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut untuk disoalsiasat sebagai saksi dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Inkues tersebut didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam. Seramai 97 dijangka dipanggil memberi keterangan berhubung kematian Teoh.

Peguam dari Majlis Peguam tiba pada kira-kira jam 9.10 pagi di Plaza Masalam untuk memeriksa tempat kejadian. Manakala pegawai penyiasat kes tersebut, ASP Ahmad Nazri Zainal tiba sepuluh minit kemudian.

Sepuluh minit kemudian, peguam yang mewakil keluarga Teoh - Gobind Singh Deo, Ram Karpal dan Lim Lip Eng - tiba di Plaza Masalam.

Turut kelihatan ialah para wartawan dan jurugambar yang berhimpun di depan pejabat SPRM di tingkat 14.

Kira-kira 25 minit, para peguam, pegawai mahkamah dan polis kelihatan menuju ke pejabat SPRM di tingkat 14.

Manakala Koroner Azmil Muntaha tiba di Plaza Masalam lima kemudiannya dan terus menuju ke tingkat 14 di mana peguam, pegawai mahkamah sedang menunggu di pejabat SPRM.

Manakala Tan Hock Chuan, yang mewakili peguam negara, tiba sejurus kemudian.

Kira-kira jam 10.05 minit pagi, wartawan dapat melihat koroner dan peguam menjenguk keluar dari tingkat di tingkat 14 - tempat Teoh didakwa jatuh.

Koroner Azmil Muntapha meninggalkan bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.15 pagi.

PRK N11 Permatang Pasir (02): Statistik Permatang Pasir

Analisa Pilihanraya Permatang Pasir

Apabila Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Penerangan UMNO dilaporkan berkata mereka mempunyai strategi untuk menang di dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Permatang Pasir, terpanggil saya untuk menyemak data-data pilihanraya Permatang Pasir.

Mana-mana Jeneral sekalipun tidak akan mendedahkan strateginya apalagi memaklumkan mereka mempunyai strategi melainkan hanya satu, mereka sebenar-benarnya tidak tahu apalagi yang mampu mereka lakukan dan hanya mampu bermain saraf sahaja.

Kebuntuan UMNO di Permatang Pasir tidak boleh dilindungi kerana data-data pilihanraya yang lalu amat jelas sekali.

DUN N11 Permatang Pasir berada di dalam Parlimen P044 Permatang Pauh merupakan kawasan tradisi Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum pilihanraya umum 1999, prestasi PAS di Permatang Pasir amat hambar sekali dan ia boleh dilihat dari data dibawah,

* PRU 1986 – PAS perolehi 3,030 undi dan tewas dengan majoriti 3,056 undi.
* PRU 1990 – PAS perolehi 3,066 undi dan tewas dengan majoriti 4,272 undi.
* PRU 1995 menyaksikan pertembungan 3 penjuru bila calon DAP ditumpaskan oleh calon BN dengan majoriti 6,198 undi dan calon PAS corot dengan sekadar meraih 1,577 undi.

Tetapi itu sejarah lama, kerana sejarah ditulis semula di Permatang Pasir bila anak emas Permatang Pauh, Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, disingkirkan dari UMNO dan dihumban ke dalam Penjara.

Semenjak itu, Permatang Pasir adalah mimpi ngeri UMNO Pulau Pinang.

Analisa Pilihanraya Permatang Pasir

UMNO mempunyai 25 cawangan di dalam DUN Permatang Pasir dengan keahlian berjumlah 5,544 orang.

Didalam pilihanraya umum 1999, calon Barisan Nasional, iaitu penyandang ADUN Permatang Pasir dari UMNO ketika itu tewas dengan hanya berjaya memungut 38.8% undi. Allahyarham Mohd. Hamdan dari PAS menang dengan majoriti 3,194 undi.

Sewaktu UMNO BN menumpaskan PAS dihampir kesemua kerusi di Pantai Barat di dalam pilihanraya umum 2004, Allahyarham Hamdan terus berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pasir dengan majoriti 679 undi.

Malang bagi UMNO, prestasi mereka dalam tahun 2004 adalah yang terbaik pasca Anwar disingkirkan UMNO dan prestasi terbaik mereka itu belum cukup menumpaskan calon PAS di negeri tumpah darah Perdana Menteri Abdullah Badawi yang ketika itu dikemuncak ‘feel good’ nya.

Jika dilihat dari sudut peratusan pula, pilihanraya umum 2008 BN hanya perolehi 32.2% undi sahaja dan ini adalah prestasi terburuk keseluruhan bagi UMNO di Permatang Pasir.

Graf Perbandingan Undi

ANALISA 1999 PPASIR

ANALISA 2004 PPASIR

ANALISA 2008 PPASIR

Bagaimanapun, jika UMNO merasakan bahawa nasib mereka kini bertambah baik selepas meraikan kekalahan kecil di Manek Urai, UMNO juga perlu mengambil kira bahawa, kemungkinan apa yang berlaku dalam pilihanraya umum 2008 belum lagi yang terburuk.

Ini kerana ada beberapa faktor yang perlu UMNO dan BN fikirkan,

  • Dalam pilihanraya umum 2008, Anak Pulau Pinang adalah Perdana Menteri Malaysia tetapi hari ini, anak Pulau Pinang itu telah dipaksa mengosongkan jawatan itu lebih awal dari jadual yang lebih selesa bagi beliau.
  • Dalam pilihanraya 2008, Anwar Ibrahim belum dapat bertanding dan hari ini Anwar Ibrahim sudah berada ‘disitu’.
  • Dalam pilihanraya 2008, belum ada sebarang ikatan diantara PAS dan DAP tetapi selepas 8 Mac 2008, ternyata masyarakat cina amat-amat selesa dengan PAS.
  • Pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk tempatan.
  • Formula yang dibawa oleh Pakatan Rakyat telah berjaya menyakinkan banyak pihak bahawa ianya satu formula yang boleh menggantikan BN.
  • Mengekalkan seorang ADUN Melayu sebagai Penyokong Kerajaan dalam keadaan sekarang lebih penting dari menambah ADUN Melayu didalam Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

BN tentu berusaha untuk membangkitkan isu ‘skandal’ ahli exco DAP di Selangor tetapi terlalu sukar bagi mereka yang berada diluar kepompong UMNO untuk mempercayainya berbanding dengan mempercayai bahawa ia suatu pengkhianatan oleh UMNO.

BN mungkin gembira untuk memainkan isu ketidak sefahaman pimpinan antara parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi BN juga terbuka dengan begitu banyak masalah dalaman yang bersedia untuk dilaporkan oleh bekas-bekas pimpinan parti komponen BN yang kini bersama Pakatan Rakyat.

Isu lapuk seperti PAS sebagai boneka DAP mungkin hanya memualkan bagi penduduk Permatang Pasir apalagi bila isu sebegitu terbukti gagal memenangkan BN di Parlimen Bukit Gantang bahkan turut gagal di Manek Urai dimana hampir 99% pengundi dari keturunan Melayu.

Daerah Mengundi

Komposisi Umur

Komposisi Kaum

Melihat kepada kemelut yang bakal mendepani UMNO, tidak hairanlah siang-siang lagi UMNO sudah mengaku mempunyai strategi. Kalau berbekalkan strategi di Manek Urai tentu sekali UMNO akan kecundang lebih dahsyat lagi kali ini.

Di Manek Urai dalam pilihanraya umum 2008, PAS hanya menang dengan undi majoriti 1,352 atau 13.31%, namun UMNO gagal merampas Manek Urai didalam pilihanraya kecil yang baru lalu.

Di Permatang Pasir dalam 2008, UMNO kecundang dengan majoriti 32.3% atau lebih 5,000 undi, laratkan strategi di Manek Urai hendak digalas ke Permatang Pasir?

Tambahan pula, dikemuncak kejayaan BN dalam tahun 2004, UMNO berjaya merampas Manek Urai tetapi Permatang Pasir kekal bersama PAS.

Mungkin ada baiknya, BN tidak membazir duit kerajaan di Permatang Pasir dan ada baiknya, PAS mencalonkan Mat Sabu di Permatang Pasir. Ramai yang sudah mula rindukan Abang Mat.


Sumber : Kickdefella

6 Ogo 2009

Projek di Terengganu runtuh lagi

Apalah nasib projek di Terengganu...


Selepas setahun siap dibina, ia runtuh atau mengalami masalah.

Jika sebelum ini keruntuhan dan kebocoran membabitkan bumbung stadium, pusat akuatik, stadium tertutup dan lapangan terbang, kali ini ia berjangkit ke menara projek jalur lebar di Besut pula.

Menara Mobile Mast projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.

Banyak pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.

Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).

Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi

Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.

Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.


Persoalannya di sini, berapakah anggaran kerosakan kali ini kerana menara ini khabarnya menelan berjuta-juta ringgit?

Punca keruntuhannya belum diketahui dan siapa bertanggungjawab mengawasinya?

Apakah Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan negeri?

Mykad Ismail hilang dalam simpanan Polis


Ismail Hussin (Ketua Pemuda Cawangan Gong Medang, Besut) diantara tahanan Mansuh ISA daripada kawasan Besut, dibebaskan pada 9 malam 02 Ogos 2009. Bagaimanapun didapati mykad beliau hilang semasa dalam tahanan polis. Selepas belaiu dibebaskan pada pukul 9 malam, beliau cuba mendapatkan mykadnya semula tetapi gagal. Alasan diberi oleh Pegawai Polis Balai Bukit Jalil tidak tahu dimana diletakkan. Ismail telah membuat report polis (salinan report di atas), di atas kehilangan mykadnya semasa dalam simpanan pihak polis itu.

Sekembali ke Besut, semalam Ismail ke Pejabat Pendaftaran Besut hendak memperbaharui Mykad, beliau masih dikenakan bayaran denda sebanyak RM60.00.

Ismail ditahan dihadapan Masjid India, Kuala Lumpur sewaktu hendak menunggu solat zohor dan telah didatangi 3 anggota polis lalu menahan beliau kerana disyaki menyertai perhimpunan mansuh ISA. Dimana lagi tempat selamat?? Jika balai Polis pun boleh hilang.. POLIS RAJA DI MALAYSIA

Polis Ganas.... (Polis Raja Di Malaysia)



KUALA LUMPUR: Polis hari ini menafikan klip video yang tersiar dalam internet menunjukkan seorang lelaki dipukul dirakam dalam sebuah balai polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata uniform yang dipakai oleh beberapa orang dalam klip video itu bukannya uniform polis.

”Untuk mengandaikan bahawa seorang suspek dipukul dalam tahanan polis adalah spekulasi semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Bakri berkata, polis sedang mengambil langkah-langkah positif untuk memastikan tidak berlaku salah guna kuasa terhadap tahanan, dan satu daripada tindakan yang diambil ialah mengubah suai bilik soal siasat dengan memasang kamera bagi merakam sesi soal siasat.

Mohd Bakri berkata, polis sedang mengambil langkah-langkah positif untuk memastikan tidak berlaku salah guna kuasa terhadap tahanan, dan satu daripada tindakan yang diambil ialah mengubah suai bilik soal siasat dengan memasang kamera bagi merakam sesi soal siasat.

”Selain memastikan hak suspek tidak dicabuli, rakaman itu akan membantu melindungi pegawai polis jika berlaku dakwaan palsu mengenai salah guna kuasa,” katanya.

Mohd Bakri berkata, Ketua Polis Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah tidak membenarkan suspek dikasari semasa dalam tahanan.

Beliau berkata, pelbagai arahan telah dikeluarkan supaya suspek dilayan dengan baik dan hak mereka tidak diketepikan semasa dalam tahanan.

”Pegawai atau anggota polis yang melanggar arahan ini akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya. – Bernama


Video yang dimaksudkan oleh Mohd Bakri sudah lama beredar di alam Internet, cuma ramai yang tidak menyedarinya.

Sebelum saya melayarinya melalui You Tube, saya juga pernah menerima hantaran video tersebut melalui e-mel, sejurus selepas kes kematian misteri Teoh Beng Hock.

Sebelum ini, kita semua telah dikejutkan dengan peristiwa Kugan yang mati dalam tahanan polis.

Walaupun sudah ramai yang mati dengan misteri, pihak berkuasa terus menafikan anggota mereka bertindak ‘ganas dan kejam’ terhadap orang ramai yang menjadi tahanan mereka.

Kisah-kisah terbaru cerita ‘polis pukul orang’ ini mengingatkan saya kepada Pak Baha, seorang bekas mata-mata gelap yang bersama PAS selepas pencen.

Kami pernah menghadiri beberapa program dan aktiviti PAS bersama, termasuk hadir dalam proses penamaan calon pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989.
Kaki Pak Baha mengalami masalah kudis yang berpanjangan, sejak beliau pencen dari polis.

Beliau selalu mengeluh, dan apabila ditanya beliau berkata, inilah dosa-dosanya yang silam.

Beliau telah menceritakan kepada saya, bagaimana tugasnya sebagai polis ‘khas’ yang berpejabat di jalan Bandar Kuala Lumpur.

Setiap hari, katanya, pasti ada orang yang ditangkap dan dibawa ke pejabat khusus beliau, sebuah rumah, berhampiran Jalan Bandar.

”Apabila masuk ke pejabat, nampak saja ada orang kena tangkap, tendang dulu, kemudian baru buat kerja lain,”kata-katanya yang masih saya ingati.

”Sebab itulah mungkin kudis aku ni tak baik-baik,”keluhnya.

Berdasarkan cerita Pak Baha, amat susah untuk saya percayai bahawa polis tidak memukul orang yang ditahan.

Dan setelah melihat klip video yang dimaksudkan oleh Mohd Bakri Zinin, saya ulangi dan dengar betul-betul cara bercakap dan slanga yang digunakan.

Saya perhatikan serta pakaian putih polis trafik yang kelihatan, dan tindak tanduk keegoan karektor dalam video klip tersebut, adalah tidak sukar untuk saya menolak kenyataan ‘polis tidak pukul orang dibalai’.

Sukar bagi saya untuk tidak menolak kenyataan Bakri Zinin bahawa “Ketua Polis Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah tidak membenarkan suspek dikasari semasa dalam tahanan” adalah hanya sejarah kerana seorang Ketua Polis Negara pernah memukul seorang tahanan dalam kawalannya pada tahun pada tahun 1998 !

Anak Rantau

XPDC Royalty Minyak (2)

Lepas maghrib dari jauh dah kelihatan cahaya kemerah-merahan di tengah laut... kejap terang kejap malap... bila tengok cahaya tu, aku dah tau... itu memang cahaya dari flair pelantar minyak... teringat masa aku kerja di Kemaman dulu.

Cahaya macam ni memang biasa aku tengok kalau nak ke Kerteh. memang aku biasa sangat dengan cahaya ni... 2002-2007 aku di Kemaman. bekerja dalam Pelabuhan Kemaman atau lebih dikenali sebagai Kemaman Supply Base (KSB). kalau di KSB pun boleh tengok api dari flair di Terminal Gas bersebelahan KSB.

Kapal pukat tunda... ha..! tunda pelantar pakai pukat boleh tak..?

Sial... sekor lagi mabuk..!
Aku rasa ni gambar yang paling best dapat aku ambik dalam perjalanan pergi...

Kalau duduk dekat dengan area flair tu, boleh dengar bunyi dengung api yang keluar dari corong pelepasan. kalau berani, kalau di Kerteh, korang lalu di GPP1, akan nampak api marak yag keluar dari valve yang dibina serendah-rendahnya... pergi la dekat-dekat kalau nak jadi sate..!

Valve ni dibina untuk menstabilkan tekanan gas dalam paip yang menyalurkan gas ke kawasan pemprosesan kalau tak silap aku... lebihan tekanan boleh mengakibatkan kebocoran dan ini akan membahayakan pusat operasi dan kawasan sekitar. jadi untuk mengelakkan tekanan yang tinggi dan bahaya, lebihan gas akan dibakar untuk menstabilkan tekanan didalam paip.

Kalau aku salah, betulkan aku...
Jangan lupa pada-Nya walau dimana kita berada...
Selepas 12 jam menempuhi perjalanan, akhirnya kami tiba juga di tempat yag dituju... dan inilah yang kami jumpa... terbukti ianya benar... cuma 153 kilometer dari jeti Pengkalan Kubor... ini yang kami jumpa...
Api inilah yang dapat kita lihat dari jauh... ini bukan Pelantar Telaga Buta, tapi ini ialah Pelantar Telaga Gas..! Kerajaan Kelantan telah ditipu oleh KERAjaan Pusat, Mustapha Mohammad telah menipu rakyat negerinya sendiri..!

Kita akan pastikan rakyat Kelantan mendapat kembali haknya yang telah dinafikan selama hampir 5 tahun..!

KERAjaan Pusat pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal WAJIB membayar jumlah royalty yang telah dituntut oleh Kerajaan Kelantan..! jangan terus-terusan merompak hasil kekayaan negeri Kelantan..!
Layan slodeshow pulak sementara aku upload lagi gambar-gambar seterusnya...
Selingan dari Weblog Husam Musa -

5 Ogos - Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Mereka yang terdiri daripada wartawan, jurugambar, blogger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini. Manakala rombongan anggota EXCO, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat. Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YB Dato Hj Husam.

Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru-ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

YB Dato Hj Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas. Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan. Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Katanya lagi ", kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur. Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," Beliau juga berkata, juru-ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Dalam pada itu, semasa menyambut kepulangan mereka yang mengikuti ekspedisi tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari. "Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka."Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.

XPDC Royalty Minyak (1)

Pagi selasa lepas subuh, di Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubur, acara Perasmian dan Pelepasan XPDC Royalty Minyak yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan dan XPDC akan diketuai oleh Dato' Husam Musa.

Last check-up... wartawan Suara KeADILan...
Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar pun turut serta dalam XPDC ini...
Wartawan Sinar Harian pun tak ketinggalan...
YB Mahfuz Omar... Ai... semua geng-geng Demo Anti ISA ada nih..!
Salahuddin Ayub... Dah dapat baju ke belum..?
Syeikh@Kickdefella... cover perut a..?
Saifudin Nasution pun ada...
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim... Di pagi yang mulia ini, saya melancarkan XPDC Royalty Minyak...
Sebahagian dari peserta bergambar kenangan sebelum bertolak...
Acara perasmian disudahi dengan majlis makan-makan sarapan pagi berupa Bihun Goreng dan Nasi Goreng, sedikit minuman ringan dan juga sessi makan-makan ubat pening supaya para peserta tidak meminta untuk balik awal sebelum waktu yang dijadualkan...
Layan Slideshow pulak sementara aku upload gambar-gambar seterusnya...

5 Ogo 2009

DS Nizar di Besut

PAGI INI; Sarapan bersama Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin di Restoran Gong Kepas, Kota Putera. Kelihatan; Ustaz Hj. Abdul Aziz Abas (berserban), Pengerusi MTD Kota Putera.

Selepas bersarapan; Dato' Seri Mohd Nizar melawat pasar tani di Pekan Alor Lintah, Jerteh, Kelihatan; Hj. Hassan Salleh, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut mengiringinya.

Dato' Seri Mohd Nizar berbual mesra dengan peniaga sayuran, yang berkebetulan ibu kepada Dr Azman Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu

Dato' Seri Mohd Nizar bertanya khabar kepada pengunjung pasar tani.

Dato' Seri Mohd Nizar bergambar dengan Puan Hasnah Mohamed, Ketua Muslimat DUN Jerteh.

PEMUDABESUT@ Ceramah DS Nizar~2





PEMUDABESUT@ Ceramah DS Nizar

MB Perak yang sah YAB Datuk Sri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sedang menyampaikan ucapan

Adun Melor,YB W.Ismail W.Jusoh Penceramah pertama menggantikan MP Machang YB Saifuddin Nasution yang tidak dapat hadir

Penghormatan untuk tahanan demo mansuh ISA dari Pemuda Besut.Di pakaikan baju Mansuh ISA oleh Datuk Sri Nizar sebagai mengenang pengorbanan mereka.Kiri sekali saudara Sarbani,AJK Pemuda Besut yang gambarnya ditahan banyak tersebar dalam internet

Gambar semasa Sarbani & Wan ketika ditangkap


Para tahanan mansuh ISA dari kalangan Pemuda Besut di bawa keatas pentas untuk di perkenalkan kepada hadirin.Turut kelihatan Ketua Penerangan Pas Kawasan Besut Ust W.Ahmad Shukri W.Isa,kanan sekali dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut Ust Zulkifli Kadir,kiri sekali. - malaysiaberih.blogspot.com

4 Ogo 2009

Gambar PEMUDABESUT di Balai Polis Bukit

1 Ogos 2009 ~ 10.05 malam

Rombongan kami sampai di Bandar Raub. Tiba-tiba kami dapat panggilan telefon dari Peguam Subki (Naib Ketua Pemuda PAS Pusat / yang juga orang Besut) bahawa seorang lagi dari Besut masih kena tahan di Balai Polis Bukit Jalil. Sebenarnya kami mengambil keputusan untuk pulang ke Besut setelah satu-satunay Orang kena Tahan (OKT) dari Besut yang juga Exco Pemuda PAS Besut, Sarbani dilepaskan oleh Polis pada pukul 7.00 malam.


Setelah berbincang, Kami ambil keputusan AJK PAS Kawasan Besut~ (Ust Wan Syukri~Ketua Penerangan, Nik Mi~ PSU1, Ust Zul ~Ketua Pemuda, Aku~ PSU2 & Mejah~Bendahari Pemuda) akan ke KL balik untuk selasaikan masalah yang timbul. Manakala 4 buah rombongan kereta yang lain pulang ke Besut.


2 Ogos 2009 ~ 2 pagi


Sampai di Balai Polis Bukit Jalil.... Bukan main payah nak cari.. Tanya orang sekitar pun tak tahu balai ini. Ingatkan dekat Stadium... Rupanya dekat dengan Jalan ke Kinrara.... Bila siasat rupanya asal bukan balai tapi Depo tahanan PATI. Tapi oleh kerana bantahan perumahan Mewah disekitarnya Depo Tahanan ditukar jadi Balai POlis. Sampai disana just ada sekumpalan penyokong YB Sivarasa & 5 orang keluarga OKT yang ada disekitar itu. Maklumat yang diberi bahawa mereka akan didakwa depan Majestrit 11 pagi esok.

2 Ogos 2009 ~ 3.30 Pagi

Ambil keputusan tidur di Rumah anak Timbalan Yang DiPertua Besut, Hj Hassan di Subang Jaya.

2 Ogos 2009 ~ 7.30 pagi.

Sampai di Balai Polis... Cerita selanjutnya... Tengoklah gambar .....
Ketua Pemuda Besut di Balai Polis Bukit Jalil

YDP Besut; Ust Wan Azhar & Ketua Penerangan Ust Wan Syukri bersama
Ayah kepada Orang kena Tahan (OKT)

Bendahari Pemuda Besut; Mejah di hadapan Balai Polis Bukit Jalil

Peguam sedang buat Sidang akhbar..

Nik Mi sedang bersalam dengan Presiden PSM (Parti Sosialis Malaysia) YB Dr.Nasir

Baca ke Tengok gambar tu....
Ketua Pemuda Besut sedang membaca surat Khabar Cina



Kumpulan pertama yang dibebaskan, Ahli PKR Rembau


Walaupun dimana kami tetap menunaikan Kewajipan kepada Yang Maha Esa

Peguam beri keterangan sidang akhbar



Sayu...
Pertemuan dengan Ibu dan Anak
. Si Ibu ditahan selama 24 jam di dalam Lokap

Beres.....
Abang KZ (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat) yang mengetuai penyediaan
tempat solat, Makan Malam & rujukan keluarga OKT yang hadir


Keluarga ISA, Anak, Menantu dan cucu ditahna gembira selepas semuanya dibebaskan

Penyokong YB Sivarasa menyalakan lilin tanda keamanan

ALHAMDULILLAH
2 OKT Besut dilepaskan kira-kira pukul 9.00 malam

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.