Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Ogo 2009

Projek di Terengganu runtuh lagi

Apalah nasib projek di Terengganu...


Selepas setahun siap dibina, ia runtuh atau mengalami masalah.

Jika sebelum ini keruntuhan dan kebocoran membabitkan bumbung stadium, pusat akuatik, stadium tertutup dan lapangan terbang, kali ini ia berjangkit ke menara projek jalur lebar di Besut pula.

Menara Mobile Mast projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.

Banyak pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.

Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).

Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi

Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.

Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.


Persoalannya di sini, berapakah anggaran kerosakan kali ini kerana menara ini khabarnya menelan berjuta-juta ringgit?

Punca keruntuhannya belum diketahui dan siapa bertanggungjawab mengawasinya?

Apakah Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan negeri?

1 ulasan:

ambe berkata...

Sebagai anak besut, ambe begitu terasa sekali, melihat mende sebegini berlaku. Mana jurutera projek?Mana jurutekniknya?Inilah..padahnya bila kroni diutamakan, kualiti diketepikan. DO Wan Ahmad tak kan tak de komen apa2..menantunya tak turun melawat lagi ke?

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.