Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

21 Feb 2009

Nizar kosongkan rumah MB esok, Pejabat MB sepi

Lihat gambar : Perisik Rakyat

Perjumpaan bersama rakyat di kediaman rasmi Mb Nizar sedang berlangsung di dewan serbaguna. Beberapa ucapan mengenai kedudukan politik di negeri Perak oleh ust misbahul munir, drs khalil idham lim, yb zainuddin, ust ahmad awang dan Mb Nizar sendiri. Kehadiran amat ramai.- Ajijoi

Bekas Menteri Besar Perak, Daruk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini esok.

Ketika bercakap kepada pemberita di sini sebentar tadi, Nizar berkata, beliau akan berpindah ke satu lokasi tidak dinyatakan. >>>mStar

Pejabat MB murung dan sepi

Keadaan Pejabat Menteri Besar sesudah rampasan kuasa menyebabkan suasana selama ini yang ceria menjadi murung dan sepi. Tidak ada temujanji dan kunjungan hormat oleh tamu untuk ucap tahniah kepada Menteri Besar Kudeta. Demikian ulasan dari Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir Masduki dalam majlis Kesyukuran sempena perpindahan Keluar YAB MB dari Kediaman rasmi di sini..

Majlis yang dimulai dengan Tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Ust. Hj. Ahmad Awang. majlis itu itu dihadiri sama oleh YAB Menteri Besar Perak, Exco Agama, Hj. Zainuddin Yusof, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Hj. Ismail Yusof, Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, dan lebih 500 orang hadirin lain.

Ust. Misbah juga mendedahkan maklumat bahawa pejabat Menteri Besar telah ditukar karpet dan perabutnya. Sedangkan semasa kita masuk dulu kita berjimat dengan mengguna yang sedia ada.

Nizar ; Beri sumbangan untuk selamatakan Perak.

Tolong sebarkan maklumat kepada orang ramai, dengan sms, email,talipon dan sebagainya. " Saudara wajib talipon kepada saudara yang UMNO dan beri penjelasan yang sebenarnya." jels YAB DS. Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar jamaluddin dalam majlis kesyukuran sempena perpindahan keluar dari kediaman rasmi MB di sini.

Ir. Nizar juga menyeru supaya semua memberi sumbangan untuk menyelamatkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.

Pada kesempatan itu beliau juga mendedahkan seorang Sultan di sebuah negeri yang dirahsiakan, menyatakan tindakan yang dilakukan di Perak adalah "gopoh".

Majlis tahlil dan doa selamat


"Ternyata BN gopoh, 5 Februari suruh saya letak jawatan, 6 hb sudah angkat sumpah." Kata Nizar.- oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

DS Ir. Nizar : Lancar Jentera Bukit Gantang ~ Malaysiakini


Setiausaha Politik Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berucap menerangkan senario Negeri Perak. Dato' Seri Ir. Nizar sedang meneliti ucapan Setpol beliau. Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Kawasan. Dato Seri Nizar mempunyai dua program di Pulau Pangkor ,bersolat Jumaat,di Masjid Pulau Pangkor dan tiga program di Kawasan Bukit Gantang.Dialog dengan masyarakat Cina Dun Trong dan Majlis Tahlil Untuk Almarhum Hj Roslan Shaharum di Masjid Sg Tinggi. Kemuncaknya ceramah pelancaran Jenterta pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang.


Ribuan rakyat mendengar amanat MB Dato' Seri Nizar berkenaan krisis kerajaan Perak

Bukit Cempedak- Dato' Seri Nizar,berharap jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Bukit Gantang bersiap sedia menghadapi jentera BN.Beliau juga berharap pengundi Bukit Gantang mengajar BN dan menolak BN di Parlimen Bukit Gantang. Dianggarkan lima ribu rakyat turut hadir mendengar perkembangan negeri Perak.

Gambar sekitar lawatan ke Pulau Pangkor




Kemesraan pemimpin bersama rakyat jelas tergambar
- sewaktu dimasjid Sungai Rokam

Mereka kasih dan menghormati
Hj Nizar sebagai Menteri Besar

20 Feb 2009

Betulkah Fatwa Ini? ~ Malaysiakini



Penarik Beca : Antara pendapat Mufti Wilayah dan Maududi
Ust Zahid Yusof : Mufti Wilayah diminta ikhlas

Mufti: Menderhaka kepada pemerintah satu dosa besar

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.

Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu.BERNAMA

* * * * * * * * * *

Menderhaka memang salah. Derhaka maknanya tidak taat. Anak derhaka bapa, salah. Isteri derhaka suami, salah.

Tapi kalau suami itu ada masanya dia ‘tak ketahuan lagu’, lalu isteri tidak taat ketika itu, salahkah? Atau bapa itu ada harinya ‘lebih kurang bapa ayam’, anak tak taat semasa itu, salahkah?

Bapa dengan anak diikat dengan darah. Suami dengan isteri diikat dengan ‘kontrak’. Kedua-dua ikatan itu boleh terputus secara fizikal tetapi tidak secara maknawi. Sampai bila-bila pun. Namun ketaatan kepada mereka ada batasnya, sempadannya. Maknanya, ada ketika mereka boleh ‘diderhakai’. Bila? Bila mereka sudah jadi ‘tidak ketahuan lagu’.

Raja dengan rakyat diikat dengan apa? Ok, Rukunegara. Kesetiaan kepada raja dan negara. Cukup, saya tidak berani tulis lebih-lebih walau pun saya boleh buat begitu. Saya takut dicop ‘penderhaka’. Susah saya dibuatnya. Tapi kalau bapa dan suami boleh ‘diderhakai’, demikian juga orang lain pun.

Fatwa yang dibuat oleh kedua-dua Mufti ini pendek sangat. Tidak cukup panjang. Bila tidak cukup panjang, tidak lengkap. Bila tidak lengkap, boleh dipersoalkan. Bila dipersoalkan, wibawa Mufti hilang. Bila wibawa Mufti hilang, orang kata macam-macam dekat Mufti. Bila orang kata macam-macam dekat Mufti, Mufti nak marah.

Kalau fatwa itu panjang dan lengkap, tetapi media tidak menyiarkan dengan lengkap, media bersalah. Kalau nak keluarkan fatwa atau nak siarkan fatwa, biar lengkap dan jelas supaya tidak menjadi bahan sendaan orang. Fatwa bukannya ‘petua’.

Tapi kalau mufti sengaja mengeluarkan fatwa sekadar itu sahaja, saya nak katakan begini.

“Tuan-tuan Mufti, cukuplah. Apa lagi yang tidak cukup dengan kehidupan dunia tuan-tuan? Tuan-tuan ada nama, pangkat, pendapatan lumayan… Semua ada. Apa lagi yang tuan-tuan cari?”

Seorang sahabat nabi bermadah, “Wahai dunia, kalau engkau nak tipu, tipulah orang lain. Jangan tipu aku”.

Letihlah. Lepas ni tak mau cakap lagi pasal derhaka.

Oleh : Zolkharnain Abidin


PAS Kelantan saran Ibrahim Ali letak jawatan

KOTA BHARU, 20 Feb (Hrkh) - Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, disarankan supaya melepaskan jawatannya sebagai anggota parlimen berikutan kenyataannya sebelum ini yang lantang serta tidak menampakkan beliau setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS serta Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kenyataan dan tindakan anggota parlimen terbabit tidak menggambarkan sama ada beliau di pihak Pakatan Rakyat, apa lagi PAS, walaupun beliau bertanding atas tiket PAS.

"Kenyataannya memperlihatkan seolah-olah beliau sahaja yang betul bahkan jelas menampakkan beliau benar-benar bebas tidak memihak pada mana-mana parti," ujarnya.

Contohnya semalam, kata beliau lagi, jelas memperlihatkan Ibrahim bertikam lidah serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat seperti anjing, bangsat dan beruk.

Menurutnya, sekiranya Anggota Parlimen itu bermaruah, seharusnya beliau melepaskan jawatannya.

Beliau juga turut menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," kata beliau semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berkata, ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya seperti yang dilaporkan.

Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata kemungkinan Penyelia Parlimen Kawasan berkenaan akan diwujudkan untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Tegasnya, PAS negeri sering menerima aduan dari rakyat di kawasan itu berhubung masaalah mereka yang banyak tidak diselesaikan oleh wakil rakyat terbabit.

Sidang Media Speaker DUN Perak


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut:


Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam.

Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan …”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato’ Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihanraya ke 12.

Fasal itu juga memperuntukkan “hendaklah ia” yang dengan jelas merujuk kepada Menteri Besar yang ada pada masa itu iaitu Dato’ Seri Nizar. Oleh itu, yang layak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan ialah Dato’ Seri Nizar. Selain daripada Menteri Besar yang sedang dalam perkhidmatannya, tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi maksud Fasal itu.


Sekarang timbul satu lagi masalah atau krisis perlembagaan. Saya adalah ketua legislative iaitu ketua badan perundangan negeri Perak. Persoalan mengenai hak seperti yang saya nyatakan tadi telah dirujuk kepada saya. Maka apa yang perlu saya lakukan? Saya telah menerima aduan bersurat daripada YB Wong Kah Woh iaitu ADUN Canning Garden. Surat itu menyatakan bahawa masalah yang telah berlaku adalah in house problem, state assembly problem. Ia perlu diselesaikan di peringkat kuasa Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Oleh itu saya sebagai Ketua Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini adalah beban yang perlu saya pikul. Ini adalah kewajiban saya. Rakyat telah bertanya, dan banyak pihak lagi yang akan mempersoalkan saya sebagai ketua legislative. Apakah tindakan yang telah saya ambil? Maka saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa mengikut peraturan.

Apabila saya terima surat aduan daripada YB Wong Kah Woh, saya terpaksa bertindak. Saya telah membawa surat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Jawatankuasa ini telah berbincang dan kami dapati memang wujud kes prima facie dalam isu yang dibangkitkan. Maka jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk memanggil YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang YB yang lain untuk berjumpa dengan jawatankuasa tersebut. Dalam perjumpaan yang berlangsung semalam, memang jelas bahawa tujuh ADUN itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mesyuarat bertanggungjawab membuat satu keputusan, kerana kes ini merupakan isu yang amat serius. Demi mempertahankan badan perundangan negeri ini, kami tidak ada pilihan lain kecuali membuat satu keputusan yang terbaik untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan badan perundangan di negara kita, terutamanya negeri Perak yang kita cintai ini.

Masalah yang dibangkitkan oleh banyak pihak kepada saya ialah persoalan peruntukan manakah di dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan “orang atau pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri, boleh atau hendaklah mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mohon membentuk kerajaan”? Sebenarnya tidak ada mana-mana peruntukan yang menyatakan begitu. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar yang sedang dalam mandat pada satu-satu masa itu, jika mendapati majoritinya dalam Dewan Undangan Negeri telah hilang, maka adalah tanggungjawabnya (Menteri Besar yang sedang dalam mandat itu) untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dan boleh memohon supaya dewan dibubarkan.

Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu. Sekarang masalah itu terbeban ke atas saya selaku Speaker DUN apabila ada ADUN yang merujuk kepada saya. Orang ramai pun bertanya dan merujuk kepada saya. Apakah tindakan Speaker?

Kes ini adalah soal dalaman Dewan Undangan Negeri. Seperti masalah dalaman rumahtangga, ketua keluarga perlu menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah hal ehwal badan perundangan negeri yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Sebagai ketua legislative, saya perlu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab saya supaya keadilan dapat ditegakkan dan kedaulatan undang-undang terjamin. Itu adalah tugas saya. Itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya tidak bertindak melebihi bidang kuasa saya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Saya hanya menjalankan tugas supaya kedaulatan badan perundangan negeri Perak tidak dicabuli. Itu saja.

Saya tidak berniat untuk menderhaka. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik. Ia juga diputarbelit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum saya sebagai penderhaka kepada DYMM Tuanku. Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang intention untuk menderhaka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah perkara yang serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN bukannya menggantung YB Ahli-Ahli DUN tersebut daripada menjadi ADUN. Tidak begitu. Saya bersama Jawatankuasa itu hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Itu saja.

Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenan status mereka sebagai wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan masing-masing. Itu saja yang perlu saya beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ianya dilakukan demi kedaulatan undang-undang supaya institusi dan badan perundangan ini tidak dicemari oleh mana-mana pihak.

Sekian terima kasih.

19 Feb 2009

Nazri anggap tindakan Speaker DUN Komedi ~ Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengeluarkan ulasan awal mengenai penggantungan Zambry dan 6 Exco yang melakukan rampasan kuasa di Perak dengan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, melarang yang terlibat daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komedi.

Sebetulnya ulasan dari Nazri lah satu komedi dan menunjukkan kejahilannya mengenai peraturan dewan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak. Sambil menyifatkan perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan, tetapi realitinya Nazri lah yang buta undang-undang dan mempersendakan peraturan dewan yang ada di Perak.


Nazri juga mempersendakan tindakan V.Sivakumar dengan berkata, "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu" . satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghormati langsung undang-undang sesebuah negeri.

Pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini Nazri sepatutnya terlebih dulu merujuk dengan teliti asas dan peraturan yang ada sehingga Jawatankuasa hak dan kebebasan bertindak terhadap Zambry dan 6 Exco kudeta.

Kenyataan akhbarnya dengan menggunakan perkataan "komedi",dan "beliau langsung mempunyai bidang kuasa itu" adalah kalimat yang sengaja memperkecilkan tindakan yang dilakukan Speaker dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan yang sah menurut undang-undang.

18 Feb 2009

DUN Perak Gantung MB & EXCO BN ~ Malaysiakini

TVAntara : MB Perak UMNO dan Barisan Exco Digantung
Malaysiakini : MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar telah menggantung Menteri Besar dari UMNO, Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Sivakumar.

Zambry dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Dalam pada itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan. Khabar angin itu bagaimana pun belum dapat disahkan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Teman lelaki Exco Selangor dipanggil

Malaysiakini: Teman lelaki Eli dipanggil beri keterangan




Teman lelaki anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel wanita itu hari ini.


"Teman lelaki wakil rakyat itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita selepas merasmikan program Bengkel Khas Majikan Kerajaan (PDRM) 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata polis menerima dua keping gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu dalam bentuk kepingan dan cakera padat daripada seorang wartawan Malay Mail.

"Dua wartawan Malay Mail dan dua wartawan The Sun telahpun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung (laporan berita) pengedaran gambar berkenaan," katanya. (Bernama)

... adakah ini yang dimaksudkan MY EX-BF?
sama-sama kita tunggu kebenarannya : taipingmali

Fudzail : YB Elizabeth Wong's Nude Photos - Where's Helmi?

Ahli Parlimen Kuala Terengganu angkat sumpah ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd. Abdul Wahid, 52, berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang mahukan memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Wakil rakyat dari PAS itu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,631 undi pada 17 Januari lepas.Beliau memperoleh 32,883 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meraih 30,252 undi.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lepas.

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/wahidangkatsumpah.jpg
Sementara itu, Pandikar Amin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Roslan Shaharum, Anggota Parlimen Bukit Gantang dari PAS yang meninggal dunia pada 9 Februari akibat diserang sakit jantung.Beliau meminta anggota Dewan beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit, sejurus selepas upacara mengangkat sumpah itu. BERNAMA

17 Feb 2009

Muslimat PAS bersama Elizabeth Wong


Gambar : Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh memeluk Eli tanda kekesalan dengan apa yang berlaku.


Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan perkara yang menimpa Elizabeth itu menjelaskan, BN sebenarnya tidak mampu untuk menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya di mana-mana negeri.

Beliau berkata, pimpinan BN akan cuba sedaya upaya mencari berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana.

"Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat berharap seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus bersiap sedia kerana mungkin banyak lagi akan mereka lakukan terhadap kita," katanya yang terharu dengan kejadian menimpa Elizabeth.

Beliau yang mengenali Elizabeth dan sama-sama berada dalam Gerakan Mansuhkan ISA amat menghormati keputusan dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti KeADILan untuk menentukan sikap seterusnya.

"Saya berharap rakyat akan terus memberikan sokongan yang padu sehingga Umno-BN tumbang daripada menjadi pemerintah negara," tegasnya.

Tambah Nuridah, BN sudah terlalu lama dan mereka sebenarnya sudah tidak berupaya untuk meneruskan agenda rakyat sebab itu mereka melakukan apa cara bagi memastikan harapan berterusan.

GMP SERAH MEMORANDUM, CABAR MENTERI DEBAT

Lihat: tvpas.com

Foto Bernama.

Pengerusi
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad bersama rombongannya menuju ke bangunan Parlimen pagi ini untuk menyampaikan memorandum kepada anggota Parlimen bagi membantah pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris itu. Memo itu diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamudin Husein.

Memorandum Ke Parlimen : Dato' Dr Hassan Ahmad - Suhaizan Kayat


Malaysiakini: GMP kesal dengan sikap Bung Mokhtar

Bukit Lanjan: Dr Khir Toyo tunjuk belang ~ Malaysiakini



Isu EXCO Selangor YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan. Seperti si pemutar alam TV3 suku malam tadi meminta Calon Ketua Pemuda UMNO, Dr Penyapu untuk membuat ulasan tentang isu tersebut.
“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain." Jelasnya.

Dr Khir Toyo juga menyamakan isu tersebut dengan isu klip video 'terlampau' Chua Soi Lek di sebuah hotel di Batu Pahat Johor. Sebagaimana dijangka, bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.

Chua Soi Lek telah meletak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai ahli parlimen dan kemudian kembali semula dalam politik dan menang dengan 'bergaya' jawatan timbalan presiden MCA.

Adakah Elizabeth Wong akan meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor?

Apakah isu Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong adalah isu yang sama dan berbeza?

Persoalannya senang sahaja. Gambar yang disebarkan itu adalah gambar Eli sedang tidur. Beliau tidak tahu dan tidak membenarkan gambar itu diambil apatahlagi diedarkan. Menurut sumber, bekas teman lelaki beliau yang mengambil gambar itu. Komen-komen dalam blog menyifatkan tindakan Khir Toyo mendesak Eli meletakkan jawatan atas isu moral sesuatu yang sangat tidak wajar dibuat.

* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.

* Sejak bila, seseorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.

* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.

* Saya yakin, Khir akan menyalahkan anaknya jika anaknya dirogol nanti.

* Usahanya untuk menunjukkan dialah jaguh menjelang perhimpunan agung Umno.Inilah komen-komen terhadap Khir Toyo apabila beliau membuat kenyataan yang mendesak agar Eli meletakkan jawatannya.

Persoalannya, apakah Khir sedar dengan komen-komen ini?

Saya yakin, sebagaimana pemimpin BN di Perak, Khir tidak akan sedar dan tidak akan menghentikan cara berpolitik yang diambilnya kini. Selepas ini, Khir akan berarak lagi (mungkin ke Bukit Lanjan) untuk menceritakan kepada orang ramai “Elizabeth Wong tidur telanjang dalam biliknya”.

Besar kemungkinan juga beliau akan memimpin Pemuda Umno yang menyokongnya berarak ke Istana Melawati sekali lagi mendesak Sultan Selangor agar menitahkan supaya Eli meletakkan jawatan kerana memalukan baginda Sultan.

Di samping Khir Toyo, saya yakin akan ada juga para penyokong Pakatan Rakyat sendiri akan digunakan untuk menekan Eli.

Saya biarkan anda untuk membuat penilaian dan pertimbangan.

Bagi saya tak kira siapa baik dari BN dan Pakatan Rakyat jika isunya melibatkan tingkah laku tidak bermoral maka ia tidak layak untuk menjadi pemimpin.

Selangor: Sidang Media isu bogel - Malaysiakini

Saudari Elizebeth Wong Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan akan mengadakan sidang akhbar pada hari ini , Selasa 17hb Febuarari 2007 bermula pada jam 11.00 pagi di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Tropicana Damansara.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan membincangkan isu itu di peringkat parti dan mesyuarat exco negeri, Rabu ini.

Khalid berkata, adalah penting untuk mendengar penjelasan daripada Wong berhubung isu tersebut dan membiarkan siasatan dijalankan terhadap laporan polis yang telah dibuat Wong semalam.

"Kita akan adakan perbincangan mengenainya dan saya rasa, adalah penting memberi mangsa (Wong) ruang untuk memberi penjelasan kepada kita.

"Adalah tidak adil untuk kita buat kenyataan sekarang tanpa penjelasan yang sesuai. Mana tahu jika ada orang yang mahu memerangkap beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Khalid berkata, pihaknya terbuka untuk menghadapi sebarang kemungkinan berhubung insiden yang menimpa Wong.

"Bagaimanapun, perkara yang terbaik adalah memberi peluang kepada mangsa hak untuk didengar dan kita akan mendengar penjelasannya.

"Kita akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri," katanya.

Khalid berkata, Wong telah berjumpa dengan beliau dan menerangkan mengenai insiden itu.

"Beliau dah mengaku dan telah buat laporan polis. Sebab itu saya bagi masa kepada beliau untuk mengambil tindakan apa yang perlu," katanya.

Wong merupakan salah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Khalid pula ialah Pengerusi PKR Selangor. -mStar (link)

16 Feb 2009

Gambar bogel ADUN PKR...



Laporan polis foto bogel Adun wanita

Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.

Beliau menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut. ...Malaysiakini (kemaskini)

Suhaimi Said: Jahat, mereka itu memang jahat. Tidak ada salah kalau kita sedang tidur, kita berbogel. Apa tah lagi tidur dirumah sendiri, dibilik sendiri. Mereka yang mencuri masuk ke bilik kita dan ambil gambar foto kita sedang tidur, dan edarkan kepada publik, itulah orang jahat yang bersalah.

Orang jahat ini perlu ditangkap dan dihadap ke Mahkamah dan dihukum.

Kami tetap bersama YB Elizabeth, dan YB Elizabeth tak perlu rasa bersalah. YB tidak membuat apa-apa kesalahan. YB telah bertugas dengan baik selaku ADUN dan YB telah bertugas dengan baik selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Teruskan bertugas!

Siasah : Jika anda Elizabeth, apa yang ada akan lakukan?

Nizar masih lagi Presiden PAFA ~ Malaysiakini

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) walaupun berlaku rampasan pucuk pimpinan kerajaan negeri itu, baru-baru ini.

Penolong pengurus pasukan Perak, Anuar Zakaria berkata, jawatan itu kekal untuk dipegang oleh Menteri Besar Perak itu hingga akhir tahun depan kecuali Mohammad Nizar meletak jawatan secara sukarela.

Beliau berkata, sekiranya berlaku peletakan jawatan itu, tugas Presiden PAFA akan disandang oleh Timbalan atau salah seorang daripada dua Naib Presidennya selepas mengambil kira persetujuan kongres persatuan tersebut.

"Status Presiden PAFA masih sama dan tidak akan berlakunya sebarangan perubahan. Istilah untuk mengambil alih persatuan oleh orang baru juga tidak timbul kerana pelantikan jawatan dalam PAFA berdasarkan persetujuan kongres.

"Justeru, saya yakin PAFA masih stabil dan tidak nampak akan berlaku apa-apa perubahan jawatan dalam persatuan meskipun jawatan Menteri Besar Perak telah DIRAMPAS.

"Perkara yang sama ini juga telah dijelaskan kepada para pemain agar mereka dapat memberi fokus kepada karier sebagai pemain bola sepak di samping tidak menjadi mangsa keadaan dalam kemelut politik yang sedang berlaku di Perak," katanya.

15 Feb 2009

Empat petugas PKR ditangkap di Kuala Kangsar ~ Malaysiakini


Empat orang petugas PKR Kuala Kangsar telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Kuala Kangsar sebentar tadi kerana mengedar risalah-risalah penerangan tentang kemelut politik Perak.

Mereka ialah Puan Nor Bariah Mohd Ali, Puan Rosmina Hamdan, Abdul Hadi dan Meor Johari.

Mereka sekarang sedang ditahan di IPD kuala Kangsar. ~ Perak Express

update 12.10 pm -
2 bloggers yang ditahan bersama 2 petugas PKR masih ditahan untuk soal siasat, dan masih berada didalam tahanan Polis di Kuala Kangsar.

Seawal jam 8 pagi tadi ABO dan beberapa bloggers telah dibawa ke Pasar Manjoi bagi melihat petugas-petugas parti daripada PAS, DAP dan Keadilan mengedarkan risalah tentang 'krisis' politik Perak. Selama hampir 30 minit wak habiskan masa melihat petugas-petugas parti dengan gigih mengedarkan risalah penerangan tersebut kepada orang ramai. Sambutan orang ramai terhadap risalah tersebut amat positif.Dari pengamatan ABO dan soksek-soksek di warung tadi, beberapa maklumat diperolehi untuk paparan blog diantaranya ialah :

1. Lantikan Exco Kanan wanita tunggal menimbulkan spekulasi yg tidak sihat dikalangan Adun-Adun BN yang lain. Tunggu artikel khusus berhubung konspirasi bagaimana Hamidah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri (sumber daripada orang Umno sendiri).

2. Masyarakat melayu menerima baik dan dari beberapa temubual yg ABO lakukan di sana, mahukan DUN dibubarkan dan PRK dibuat di 3 Adun yang terlibat.

3. Mahukan 3 Adun tersebut meletak jawatan sebagai Adun kawasan masing-masing.
Jalan utama ke Ipoh terutama ke laluan menghala ke SUK, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas seawal pagi ini kerana terdapat khabar angin (belum disahkan) yg menyatakan akan ada demontrasi protes yg dianjurkan oleh DAP Perak. Lalu lintas dibandaraya pada pagi ini sesak teruk.

5 Sebab yang logik mengapa SPR lambatkan PRK Bkt. Gantang & Bkt. Selambau ~ Malaysiakini

 "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikhpenamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah ialah pada 29 Mac ini, manakala pengundian pada 7 April, jika ada pertandingan.

Semasa
PRK Parlimen Permatang Pauh, dari tarikh Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan (31/07/2008) hingga ke tarikh hari mengundi (26/08/2008) hanya berjumlah 27 hari

Semasa PRK Parlimen Kuala Terengganu pula, dari tarikh kematian Allahyarham
Datuk Razali Ismail
(28/11/2008) hingga ke tarikh hari mengundi (17/01/2009) adalah berjumlah 51 hari.

Kini PRK Parlimen Bukit Gantang, dari tarikh kematian Allahyarham Haji Roslan Shaharum (09/02/2009) hingga ke tarikh hari mengundi (07/04/2009) adalah berjumlah 58 hari. DUN Bukit Selambau pula dari tarikh ADUN letak jawatan (08/02/2009) ke tarikh hari mengundi (07/04/2009) adalah berjumlah 59 hari.

Makin lama makin lambat, tetapi mengikut undang-undang, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh
60 hari dari tarikh kekosongan kerusi Parlimen atau DUN. Oleh itu apa masaalah nya Pakatan Rakyat kecoh, bukan kah masih dalam tempoh yang dibenarkan ?.

Memang lah masih di dalam tempoh, tetapi mengapa SPR perlu membuat keputusan yang mengundang berbagai-bagai spekulasi, kontroversi, keraguan dan pandangan serong di kalangan rakyat terhadap SPR. Kalau orang tuduh SPR bersetongkol dengan UMNO/BN, marah pulak.

5 Sebab yang dianggap logik dan masuk akal mengapa SPR melambatkan PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau

1. Memberi peluang yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan PR apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rampasan kuasa di Perak. PR juga sepatut nya mendapat manfaat (keuntungan) apabila SPR melambatkan PRK ini, tetapi mereka awal-awal lagi sudah diikat tangan dan ditutup mulut apabila Harakah serta Suara Keadilan dirampas dan larangan perhimpunan/ceramah. Alasan nya adalah berkaitan ketegangan isu di Perak, sedang kan pihak sebelah sana, sudah lah tangan tidak diikat, mulut tidak ditutup, di beri pulak lagi 'LOUD Speaker'. Maka dapat lah BN berkempen sepuas-puasnya. Program PAS di Kedah pun telah mula disekat, tidak diketahui samada ia ada kaitan dengan PRK DUN Bukit Selambau.

2. Memberi peluang untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan terbabit. Yang ini bagus, sebab yang dapat manfaat nya ada lah rakyat juga. Projek segera ke.., projek instant ke... tak kisah !. Yang penting ingat pada gurindam politik Tuan Guru Nik Aziz yang dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini. Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:

Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.


3. Memberi peluang untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang biasa nya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh penduduk @ pengundi setempat. Dengan masa yang agak panjang ini maka sempat lah calon ini nanti turun padang dan berkhidmat untuk rakyat sehingga 7 April 2009. Seperti biasa apabila suasana pilihanraya, Stesen TV dan media massa yang lain nya akan godam sampai lunyai calun @ pihak PR dan malambung tinggi-tinggi calun @ pihak BN. Cuma nak bagi ingat jangan lambung tinggi sangat, nanti jatuh pecah kepala.

4. Memberi peluang untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan sesama sendiri dalam Umno pada Perhimpunan Agong Umno awal bulan Mac nanti, dan masaalah MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau. Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad berkata bahawa harapan BN untuk menang adalah tipis jika calon MIC yang bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi DUN Bukit Selambau pada 7 April depan. Satu lagi fakta yang baru terkeluar ialah UMNO Bahagian Merbok meminta supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 14 tahun diserahkan kepada MIC. Oooo...macam tu, tapi tak apa sebab bukan PAS yang bagi..., kalau PAS yang bagi, habis lah ketuanan melayu kita.

Memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri terlebih dahulu. Mana lah tahu, mungkin ada 'ONG'. Datuk Seri Najib akan menjadi Presiden Umno pada 28/3/09 dan penamaan calon pada 29/3/09. Pilihanraya pula selepas 4 hari Datuk Seri Najib dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6. Bab ini yang paling suspen...Jeng...Jeng..Jeng


http://ahmadtarmizi.blogspot.com

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.