Penolong pengurus pasukan Perak, Anuar Zakaria berkata, jawatan itu kekal untuk dipegang oleh Menteri Besar Perak itu hingga akhir tahun depan kecuali Mohammad Nizar meletak jawatan secara sukarela.
Beliau berkata, sekiranya berlaku peletakan jawatan itu, tugas Presiden PAFA akan disandang oleh Timbalan atau salah seorang daripada dua Naib Presidennya selepas mengambil kira persetujuan kongres persatuan tersebut.
"Status Presiden PAFA masih sama dan tidak akan berlakunya sebarangan perubahan. Istilah untuk mengambil alih persatuan oleh orang baru juga tidak timbul kerana pelantikan jawatan dalam PAFA berdasarkan persetujuan kongres.
"Justeru, saya yakin PAFA masih stabil dan tidak nampak akan berlaku apa-apa perubahan jawatan dalam persatuan meskipun jawatan Menteri Besar Perak telah DIRAMPAS.
"Perkara yang sama ini juga telah dijelaskan kepada para pemain agar mereka dapat memberi fokus kepada karier sebagai pemain bola sepak di samping tidak menjadi mangsa keadaan dalam kemelut politik yang sedang berlaku di Perak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan