Semasa PRK Parlimen Permatang Pauh, dari tarikh Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan (31/07/2008) hingga ke tarikh hari mengundi (26/08/2008) hanya berjumlah 27 hari
Semasa PRK Parlimen Kuala Terengganu pula, dari tarikh kematian Allahyarham Datuk Razali Ismail (28/11/2008) hingga ke tarikh hari mengundi (17/01/2009) adalah berjumlah 51 hari.
Kini PRK Parlimen Bukit Gantang, dari tarikh kematian Allahyarham Haji Roslan Shaharum (09/02/2009) hingga ke tarikh hari mengundi (07/04/2009) adalah berjumlah 58 hari. DUN Bukit Selambau pula dari tarikh ADUN letak jawatan (08/02/2009) ke tarikh hari mengundi (07/04/2009) adalah berjumlah 59 hari.
Makin lama makin lambat, tetapi mengikut undang-undang, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi Parlimen atau DUN. Oleh itu apa masaalah nya Pakatan Rakyat kecoh, bukan kah masih dalam tempoh yang dibenarkan ?.
Memang lah masih di dalam tempoh, tetapi mengapa SPR perlu membuat keputusan yang mengundang berbagai-bagai spekulasi, kontroversi, keraguan dan pandangan serong di kalangan rakyat terhadap SPR. Kalau orang tuduh SPR bersetongkol dengan UMNO/BN, marah pulak.
5 Sebab yang dianggap logik dan masuk akal mengapa SPR melambatkan PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau
1. Memberi peluang yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan PR apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rampasan kuasa di Perak. PR juga sepatut nya mendapat manfaat (keuntungan) apabila SPR melambatkan PRK ini, tetapi mereka awal-awal lagi sudah diikat tangan dan ditutup mulut apabila Harakah serta Suara Keadilan dirampas dan larangan perhimpunan/ceramah. Alasan nya adalah berkaitan ketegangan isu di Perak, sedang kan pihak sebelah sana, sudah lah tangan tidak diikat, mulut tidak ditutup, di beri pulak lagi 'LOUD Speaker'. Maka dapat lah BN berkempen sepuas-puasnya. Program PAS di Kedah pun telah mula disekat, tidak diketahui samada ia ada kaitan dengan PRK DUN Bukit Selambau.
2. Memberi peluang untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan terbabit. Yang ini bagus, sebab yang dapat manfaat nya ada lah rakyat juga. Projek segera ke.., projek instant ke... tak kisah !. Yang penting ingat pada gurindam politik Tuan Guru Nik Aziz yang dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini. Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:
Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.
3. Memberi peluang untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang biasa nya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh penduduk @ pengundi setempat. Dengan masa yang agak panjang ini maka sempat lah calon ini nanti turun padang dan berkhidmat untuk rakyat sehingga 7 April 2009. Seperti biasa apabila suasana pilihanraya, Stesen TV dan media massa yang lain nya akan godam sampai lunyai calun @ pihak PR dan malambung tinggi-tinggi calun @ pihak BN. Cuma nak bagi ingat jangan lambung tinggi sangat, nanti jatuh pecah kepala.
4. Memberi peluang untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan sesama sendiri dalam Umno pada Perhimpunan Agong Umno awal bulan Mac nanti, dan masaalah MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau. Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad berkata bahawa harapan BN untuk menang adalah tipis jika calon MIC yang bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi DUN Bukit Selambau pada 7 April depan. Satu lagi fakta yang baru terkeluar ialah UMNO Bahagian Merbok meminta supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 14 tahun diserahkan kepada MIC. Oooo...macam tu, tapi tak apa sebab bukan PAS yang bagi..., kalau PAS yang bagi, habis lah ketuanan melayu kita.
Memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri terlebih dahulu. Mana lah tahu, mungkin ada 'ONG'. Datuk Seri Najib akan menjadi Presiden Umno pada 28/3/09 dan penamaan calon pada 29/3/09. Pilihanraya pula selepas 4 hari Datuk Seri Najib dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6. Bab ini yang paling suspen...Jeng...Jeng..Jeng
http://ahmadtarmizi.blogspot.com
Memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri terlebih dahulu. Mana lah tahu, mungkin ada 'ONG'. Datuk Seri Najib akan menjadi Presiden Umno pada 28/3/09 dan penamaan calon pada 29/3/09. Pilihanraya pula selepas 4 hari Datuk Seri Najib dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6. Bab ini yang paling suspen...Jeng...Jeng..Jeng
http://ahmadtarmizi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan