TV ONLINE
4 Apr 2009
PRK P059 BUKIT GANTANG (53): Kubu Kuat UMNO berjaya ditembusi
PAS kawasan juga telah berjaya mengadakan ziarah rumah ke rumah di kampung yang terkenal dengan keUMNOan itu sebenarnya pada tahun PR 2008 lalu agak susah ditembusi.
Walaupun setiap rumah yang kami ziarahi itu dikawal oleh petugas UMNO luar negeri, kami berjaya menyampai mesej islam kepada pengawal tidak bergaji itu walaupun tidak dapat berjumpa dengan Tuan Rumah yang dipaksa 'terkurung' oleh pengawal tersebut. Kebanyakan rumah yang diberi kawalan oleh pengawal tidak bergaji itu adalah rumah ibu tunggal atau rumah yang taida penghuni lelaki.
PRK P059 BUKIT GANTANG (52): Panglima Bukit Gantang keluar UMNO
Pagi tadi PEMUDABESUT berkesempatan melawat Makam Panglima Bukit Gantang di Kampung Pauh. Walaupun makam tersebut terletak agak pendalaman tetapi dengan bantuan Pak Alang, kami berjaya menjejakinya. Makam yang terletak didalam kebun pisang itu agak terbiar kerana kurang penjagaan. Dengan Pagarnya yang runtuh dan rumput yang agak panjang, seolah-olah sejarah Panglima Bukit Gantang dilupakan. Makam Panglima yang kami ziarahi ini ialah YB OKK Penglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja Alang Idin Bin Tok Pandak Jamaludin yang meninggal hari Isnin pada 20 April 1918 ketika berusia 112 tahun.
Sejarah juga telah mencatatkan bahawa Panglima Bukit Gantang generasi 50-an pula pernah membawa pengikutnya keluar daripada UMNO beramai-ramai.PAnglima yang dimaksudkan ialah Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menurut sejarah yang tercatat pernah membawa rakyat Perak keluar UMNO beramai-ramai dan menyokong parti lain.
Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957, dlahirkan pada 1905 di Perak.
Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudia dibiayai bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple .
Antara rakan-rakan sepengajian beliau adalah bersama dengan Tunku Abdul Rahman, Raja Muda Raja Haji Bot dari Selangor, Nik Ahmad Kamil dari Kelantan, Abdul Hamid Mustafa dan Syed Syeikh Barakbah dari Kedah.
Beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.
Haji Abdul Wahab ternyata cerdas kerana sentiasa lulus dalam peperiksaan undang-undang.
Sebagai ganjaran, Haji Abdul Wahab diberi beberapa pas (kebenaran) untuk membawa beberapa rakan pelajar ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan penuh di mahkamah England.
Ketika Sultan Ibrahim dari Johor melawat pelajar-pelajar Melayu di England, Haji Abdul Wahab gagal memberi ucapan dalam bahasa Melayu.
Tindakan beliau berucap dalam bahasa Inggeris dikatakan tidak disenangi oleh Tunku Abdul Rahman.
Pada 1928 Haji Abdul Wahab telah menjadi Presiden Persatuan Anak-Anak Melayu Great Britain.
Kemudian, setelah pulang ke tanahair, Haji Abd Wahab telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Perak.
Pada ketika itu, parti-parti politik ditubuhkan kebanyakkannya bercorak kenegerian dan seseorang individu tidak dihadkan untuk menyertai mana-mana parti atau kadang-kadang menjadi ahli kepada dua parti.
Haji Abdul Wahab adalah pengasas kepada Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party).
Kemudian pada Mac 1953 Dato' Panglima Bukit Gantang juga menyertai UMNO dan dilantik sebagai Pengerusi UMNO Perak.
Walaupun beliau masih Pengerusi UMNO, beliau telah mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasan UMNO.
Apabila terdapat krisis politik antara Dato’ Onn Jaafar dengan UMNO, Haji Abdul Wahab menyokong Parti Kemerdekaan (Indepndence of Malaya Party/ IMP).
Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.
Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman memberi amaran kepada cawangan-cawangan UMNO di Perak bahawa mereka akan dipecat jika terus-terusan mengakui Dato' Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi UMNO Perak.
Akhirnya sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato' Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti Kemerdekaan Malaya.
PRK P059 BUKIT GANTANG (51): Khutbah Jumaat UMNO
Satu salinan teks khutbah Jumaat telah diedarkan kepada semua Imam masjid didalam kawasan Bukit Gantang...untuk dibacakan ketika sembahyang Jumaat hari ini. (3/4/09)
Bagi yang tak boleh nak baca jawi...aku salin balik dalam rumi.
Muka depan.
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan
Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...
Muka 2.
Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.
Muka 3.
Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.
Muka 4.
Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita.Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
Sumber : Blog ABO
PRK N.025 Bukit Selambau : Ceramah TGNA & DSAI
Keputusan Mahkamah Tinggi padamkan isu derhaka.
Mahkamah benarkan permohonan Nizar - Greenboc
Hakim Datuk Abdul Aziz dalam keputusannya berkata, permohonan semakan itu bukanlah remeh, mengaibkan atau penyalahgunaan proses mahkamah.
Beliau juga menetapkan Rabu depan untuk sebutan kes bagi menentukan tarikh perbicaraan.
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said belum menetapkan samada pihak Peguam Negara akan merayu atau pun menjadi pencelah di dalam kes itu nanti.
3 Apr 2009
Dari Bukit Gantang Ke Bukit Selambau
Selepas Solat Jumaat tadi, Pemudabesut berkesempatan 'menumpang' lawatan kerja Ketua Dewan Ulama' Terengganu; Dato' Husian Awang ke Dun Bukit Selambau.
Sebelum sampai ke Bukit Selambau, anggapan ana bahawa Dun ini merupakan Dun Pendalaman & terletak di sebuah Bandar Koboi sahaja. Tetapi selepas masuki Tol exit Sungai Petani Utara, anggapan awal tentang Dun Bukit Selamabu berubah... Rupa-rupanya Dun ini terletak di Bandar yang lebih besar dari bandar Jertih (besut).
Di sana kami berkesempatan singgah di Markaz Besar PAS Dun Bukit Selambau. Sungguh Gah markaz ini & strategik iaitu berhampiran dengan TESCO.
Lengkap sudah Teori RAHMAN Berakhirlah Dinasti UMNO
Saya menegaskan bahawa tiada keistemewaan bahkan tiada sebarang karamah padanya kerana episode kepimpinan R.A.H.M.A.N yang bermula dengan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn , Tun Dr. Mahathir , Tun Abdullah Badawi dan terakhir dari teori ini ialah Datuk Seri Najib Abd Razak tidak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang tunduk kepada Allah swt dengan melaksanakan syariat Allah swt. dan sunnah RasulNya saw .
Bahkan semakin ke penghujung teori , bukan sahaja negara semakin tenat dan parah dengan pelbagai maksiat dan mungkar serta penyelewengan seperti rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga pemimpinnya semakin pudar integriti bahkan semakin hilang kredebeliti sebagai seorang pemimpin yang adil dan bertaqwa .
Terutama pemimpin terakhir dari teori R.A.H.M.A.N ini . Mendaki takhta kepimpinan negara yang kini menjawat jawatan Prime [ baca Crime ] Minister dengan 1001 fitnah dan noda terpalit pada dirinya yang sehingga kini gagal dibersihkan melalui proses keadilan yang wajar .
Saya melihat teori ini telah berakhir dengan hurufnya yang terakhir . Maka berakhirlah dinasti R.A.H.M.A.N memimpin negara . Persoalannya siapakah selepas R.A.H.M.A.N ini kelak ? Meskipun huruf terakhir Najib baru sahaja sebentar tadi menaiki takhta dan kita tidak tahu bilakah kepimpinannya akan berakhir tetapi apa yang pasti ia akan berakhir !
Jika kepimpinan sebelumnya Tun Abdullah hanya berlansung 5 tahun lebih , saya kira mungkin kepimpinan Datuk Seri Najib lebih lama dari itu dan juga tidak mustahil kepimpinannya menjadi lebih singkat dari pada sebelumnya .
Sebagai renungan dan perhatian semua , saya bawakan firman Allah swt : dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim.
Aali Imran : 140
Berakhirnya Dinasti UMNO .
Jika PAKATAN Rakyat berjaya mencipta hatrik dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kelak , yakinlah bahawa rakyat sebenarnya sudah bersedia untuk melupakan UMNO sekaligus menobatkan PAKATAN Rakyat untuk meneraju negara selepas ini khasnya melalui pilihanraya umum ke 13 kelak .
Rakyat nyata telah masak dengan propaganda UMNO dan BN yang mengampu dan melambung Datuk Seri Najib setinggi langit di awal kuasanya . Kerana perihal yang samalah dilakukan oleh UMNO dan BN sewaktu menobatkan Tun Mahathir dan Tun Abdullah sebelum ini .
Sewaktu rakyat membenci Tun Mahathir dengan pemerintahan ala kuku besinya melewati tempoh 22 tahun , Tun Abdullah mengambil alih kuasa melalui peralihan kuasa yang dirancang oleh mereka . Maka media UMNO dan BN melambung Tun Abdullah melepasi paras awan biru . Tun Abdullah pula tampil dengan sajak Yang Ku Cari dan Islam Hadhari serta Modal Insannya cukup memukau rakyat .
Malang , Tun Abdullah yang pernah digelar Mr Clean itu hanya mampu bertahan 5 tahun lebih dan kemudiannya dipaksa berundur dan didesak agar segera menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib .
Pagi ini , sekali lagi media UMNO dan BN melambung tinggi Datuk Seri Najib dengan ucapan menyokong dan mengampu dari pemimpin UMNO . Disiarkan pula ucapan - ucapan Datuk Seri Najib yang dilihat boleh meyakinkan rakyat . Persoalannya , Datuk Seri Najib yang digelar sebagai Mr Dirty ini , berapa lamakah ia mampu bertahan ?
Selepas berakhir urutan huruf R.A.H.M.A.N , huruf apakah yang akan membentuk teori kepimpinan baru negara kita kelak ? Wallahualam bissowab , segalanya di dalam ilmu Allah swt . Namun semua yang mahukan Islam berdaulat di negara ini berharap dan berdoa agar Dinasti UMNO berakhir dengan berakhirnya teori R.A.H.M.A.N ini .
Tanggungjawab kita ialah berjuang dan terus berjuang bagi membersihkan negara dari dosa dan noda dan berusaha untuk mendaulatkan syariat serta meninggikan syiar agama Allah swt . Sehinggalah negara tercinta ini berada di bawah rahmat dan redha Allah swt . Baldatun Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur .~Ustaz Nasrudin Tantawi
SAH Najib jadi PM ke 6
Mkini : Najib dengan rasmi PM ke-6
MSO :Jam 10:11 Minit Tadi Sah Najib Perdana Menteri ke-6
Roslan SMS :Najib sah PM ke 6 Malaysia
Pahang Daily :Eksklusif: Peralihan Kuasa, Akhirnya ..
Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia di Istana Negara, 10.10 pagi.
Selepas upacara mengangkat sumpah Najib berakhir, majlis diteruskan dengan penganugerahan gelaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
PRK P059 BUKIT GANTANG (50): Aktiviti Nizar Hari ini (3 April 2009)
8.00 pg Sarapan pagi / Rayu Undi Kg. Pauh
8.30 pg Ziarah Al-Malak Kg. Pauh
9.00 pg Rayu Undi Pasar Taman Kaya
10.00 pg Ziarah Jenazah (Mahbob Ismail)No.14, Lorong Jati, Taman Simpang Makmur
11.00 pg Rehat
12.40 tgh Tzakirah & Solat Jumaat Masjid Air Kuning @ Masjid Matang
3.00 ptg Dialog Rakyat dengan DS Nizar Jamaluddin “Penjelasan tentang isu : Tanah Perkampungan Dewan Batu 2 ½
4.30 ptg Solat Asar Masjid Kg. Jelutong
4.50 ptg Program Khidmat Kesihatan dan BBQ Kg. Baru, Jelutong
5.20 ptg Dialog Rakyat dengan DS Nizar Jamaluddin “Penjelasan tentang isu : Tanah Perkampungan Kg. Senduk, Bukit Gantang
6.00 ptg Ziarah pengundi UMNO yang berjanji akan memberi undi kepada calon Kg. Chengal Jantan
7.30 mlm Solat & Kuliah Maghrib Surau Taman Changkat Jering
8.40 mlm Makan Malam Kedai Zamri Kanji Arab
9.30 mlm Ceramah Kg. Setia (Simpang Halt)
10.30 mlm Ceramah Padang Besar (Changkat Jering)
11.00 mlm Ceramah Batu 6(Changkat Jering)
11.40 mlm Ceramah Kg. Sentosa
12.30 mlm Lawatan Bilik Gerakan PKR Taman Molek
TV3 DAN UTUSAN MALAYSIA BUAT LAPORAN PUTAR BELIT KES BEKAS TIGA ADUN V SIVAKUMAR
|
|
Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”
Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-
1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.
4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.
6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.
2 Apr 2009
Siti Nurhaliza & Datuk K temui TG Nik Aziz
Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengunjungi hormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.
Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.
"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media masa sahaja tanpa bertemu secara dekat.
"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.
"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.
Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.
Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.
Pada pertemuan tersebut Datuk K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar
PRK P059 BUKIT GANTANG (49): Calon Bebas berpelukan dengan Nizar di Jeti Kuala Sepetang
Calon Bebas tersebut, Kamarul Ramizu diawasi oleh beberapa orang berpakaian hitam di kawasan jeti itu.
PRK P059 BUKIT GANTANG (48): 50 tahun bergelap & minum air hujan.
Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.
Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.
"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.
Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.
Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.
"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.
"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.
Surat Pakatan Rakyat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS
Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.
Ampun Tuanku,
Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.
Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.
Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.
Ampun Tuanku,
Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)
SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT
1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato' Rashid Din
3. YB Dato' Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh
SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA
31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato’ Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato’ Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohd. Ghazali
SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY
52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa
PRK P059 BUKIT GANTANG (47): Zahid Hamidi & Gadis Seksi
Malaysiakini : Gadis seksi pancing undi BN?
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
Yang paling mengejutkan lagi apabila Zahid berkata, "ia harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
Najib DERHAKA !!!
CheGu Bard: Dua tiga hari kebelakangan ini Abdullah seolah berdalih-dalih bila menyebut mengenai tarikh tepat peralihan kuasa. Abdullah hanya menyatakan bahawa 2 April merupakan tarikh dia akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat perletakan jawatan (yang sehingga kini tidak disebut tarikhnya).
Mungkin panik dengan perkembangan tersebut dan ditambah dengan rasa tamak maka Najib telah bertindak membelakangi Istana dengan mengarahkan JPM mengeluarkan kad jemputan Majlis Angkat Sumpah yang kononya akan diadakan di Istana Negara pada hari Jumaat ini.
Najib telah bertindak derhaka dan kurang ajar dengan mendahului Yang Di Pertuan Agong.
Kuat desas desus mengatakan pihak istana cukup rasa kurang senang dengan sikap 'kelolo' Najib ini. Maka dikatakan Majlis Angkat Sumpah esok dibatalkan.
Gambar merah padam Najib yang dirakam ketika keluar dari Istana Negara (atas) mungkin boleh menggambarkan betapa paniknya ketika ini.
cheGuBard akan mempersembah surat terbuka kepada Istana Negara berkenaan perkara ini.
TERKINI : YDP Agong tangguhkan lantik Najib
Gempar: Isu Peralihan Kuasa Perdana Menteri, Perletakan Jawatan Pak Lah Diterima Tetapi Yang Di Pertuan Agong Tangguhkan Perlantikan Najib
KUALA LUMPUR [1.30 pm] - Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak. Menurut maklumat Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau. Cuba lihat dua laporan terkini akhbar arus perdana berkenaan perkara ini.Najib Razak Keluar Dari Istana Negara
KUALA LUMPUR (Berita Harian) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.
Abdullah Menghadap Agong Serah Surat
KUALA LUMPUR (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya. "Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu. Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.
[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini] ~ Pahang Daily.PNSB Biaya Lawatan Khir Toyo RM1 Juta Ke Disneyland
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:
* Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
* Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
* Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
* Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.
Persinggahan empat hari di Dubai menelan belanja tambahan sebanyak RM10,000.
Kesemua perbelanjaan telah dibiayai oleh syarikat pelaburan negeri Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB).
Butiran itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Khairiyah Abu Hassan di satu sessi enkuiri hari ini.
Minggu lepas, Khairiyah mengakui mempunyai hubungan yang rapat dengan isteri Khir Toyo, Zaharah.
Beliau berkata tidak ada jawatankuasa PNSB untuk menyemak mana-mana "permohonan" untuk pembiayaan atau bagaimana wang telah dibelanjakan.
Khairiyah menambah kesemua permohonan diluluskan lembaga pengarah PNSB secara kolektif.
Enkuiri diadakan untuk menyiasat sumber dan legitimasi terhadap penggunaan RM1 juta di dalam bentuk penajaan yang diterima oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-interi ADUN dan MP Selangor (Balkis) daripada anak syarikat negeri dan syarikat swasta.
Zaharah adalah Pengerusi Balkis sewaktu Khir menjadi menteri besar.
Pendengaran awam, yang merupakan inkuiri pertama dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri di dalam negara ini, telah bermula pada 23 Mac.
1 Apr 2009
Hakim baru dengar kes Nizar-Zambry
Saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Zambry Abd Kadir, akan didengar oleh hakim baru esok.
Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim akan mendengar permohonan awal untuk mendengar kes sepenuhnya, pada jam 2.30 petang esok di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, kes itu didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada sebab diberikan mengenai pertukaran tersebut, yang dimaklumkan kepada pihak-pihak terbabit bagi ini.
Saman yang dikemukakan oleh Mohd Nizar terhadap Zamby adalah untuk menentukan menteri besar Perak yang sah.
Dalam saman itu yang difailkan pada 13 Februari lalu, Nizar antara lain, memohon mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah.
Beliau juga memohon interpretasi Artikel 16(6) perlembagaan Perak mengenai bila jawatan menteri besar boleh dikosongkan.
Dalam permohonannya itu, Nizar berkata Zambary mesti menyatakan berkuasa yang membenarkan beliau menjadi menteri besar yang sah.
Nizar juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak mempunyai hak untuk menjadi menteri besar pada bila-bila masa, serta injunksi untuk menghlang Zambry atau ejen-ejennya daripada menerus tugas sebagai menteri besar.
BUKIT SELAMBAU : AMK Serbu Rumah Pengundi Hantu
Rumah yang di percayai sarang pengundi hantu berjaya akhirnya di kesan. Pada tengah hari semalam bekas MB Kedah, Dato Seri Mahadzir Khalid telah mencabar PKR supaya mengemukakan bukti adanya pengundi hantu di BUKIT SELAMBAU.
Ternyata BUKTINYA ada untuk di tunjukkan kepada rakyat bahawa BARISAN NASIONAL sudah menipu rakyat.
Hasil siasatam, AMK dan rombongannya yang diketuai oleh Cikgu Fariz telah menemui sebuah rumah YANG MEMPUNYAI 42 ORANG PENGHUNI. Selepas itu satu rumah lagi terdapat 56 orang yang menggunakan alamat yang sama. Dalam pada masa yang sama seramai 49 orang telah menggunakan alamat sebuah rumah yang tiada penghuni. Ini bukti jelas penipuan yang di lakukan oleh BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR.
http://greenboc.blogspot.com<
Tahniah UMNO - Ulang Tahun Ke-40 Casino Malaysia
Inilah sumbangan UMNO untuk Melayu beragama Islam iaitu kasino terbesar di Asia Tenggara. Tak sampai 2 Bulan lepas perletakan batu asas tu berlaku trajedi 13hb. Mei, 1969.
Tak semua Melayu tahu tapi tak ramai melayu yang cerdik tinggal dalam UMNO. Tok tak mahu jadi Melayu bodoh yang mengharapkan sesuap nasi daripada UMNO dan mempertahankan setiap tindakan UMNO biarpun salah.
Hishamudin pulak gagal dalam peranannya sebagai Menteri Pelajaran. Anaknya belajar di Sekolah Antarabangsa satu hal. Kejayaan Nik Nor Madihah menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 20A adalah satu tamparan hebat buat Hishamudin. Madihah bersekolah di Sekolah Menengah Ma'ahad Muhammadi (P) yang berada di bawah kelolaan Yayasan Islam kelantan (YIK). Kira kategori Sekolah Agama Rakyat.
Ada Kementerian Pelajaran umumkan dia atau beri anugerah kepada madihahnya? TAK ADA PUN... Kejayaannya telah mengalahkan semua sekolah berasrama penuh dan MRSM. Patut Kementerian Pelajaran mengambil modul pengajaran dan pembelajaran daripada Sekolah Menengah Ma'ahad Muhammadi (P) ini untuk dipraktikkan ke seluruh sekolah menengah di bawah kelolaan kementerian pelajaran.
Begitu juga dengan bantahan PPSMI oleh GMP yang diketuai oleh Sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Datuk Dr.Hassan Ahmad. Bila tokoh bahasa dah turun ke padang dan menyertai demonstrasi membantah PPSMI, Hishamudin masih mempertahankan egonya. Biarpun UMNO Johor dan wanita UMNO juga menyokong usul membantah PPSMI tapi hishamudin tetap menang. Nampak sangat UMNO tak perjuangkan bahasa Melayu.
Tentang cadangan Hishamudin agar guru dibenarkan berpolitik sebenarnya untuk menutup kelemahannya yang membiarkan Kementerian Pelajaran, JPN dan PPD dikuasai orang UMNO dan sering menghukum guru-guru yang menyokong pembangkang dengan menghantar mereka ke pedalaman biarpun mereka tergolong guru cemerlang.
Pegawai khas Hishamudin sendiri ialah pengarah JPN Pahang, Datuk Azmi yang juga merupakan bekas setiausaha UMNO Bahagian Pekan yang diterajui sepupunya Najib.
Kepada semua pengundi Melayu yang beragama Islam jika anda mengundi Pakatan rakyat bermakna anda menolak kepimpinan Najib sebagai PM yang akan membawa negara kita semula ke era Mahathir sebagai PM yang penuh dengan autoritarian dengan penindasan. Mengundi BN bermakna bersetuju Najib jadi PM biarpun satu dunia sudah tahu perihal kes Altantunya. Dalam Al-Jazeera turut disiarkan selain akhbar di Perancis, India, Korea, Indonesia, Australia dan lain-lain. ~mymigrasi.ning.com
PRK P059 BUKIT GANTANG (45):'Politik Baru' Nizar disambut rakyat
Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru
Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata tema penuh kempen PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah “Kekalkan Kemenangan Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru”.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Markaz PAS Air Kuning semalam.
“Tema kempen adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru,
“Kita dah buat politik baru, kita nak perkasakan lagi, kita dah politik baru artinya nak menyatupadukan seluruh rakyat tak ada sentimen perkauman sebagaimana yang ditiupkan sekarang ini oleh UMNO/BN,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Beliau berkata, ia adalah kesinambungan dari pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Katanya UMNO tidak berubah kepada yang lebih baik, malah kepada yang lebih buruk, itu politik lama.
“Dalam beberapa ulasan dan pandangan beberapa pimipinan BN tidak berubah, contohnya Dr.Zamry mengatakan Nizar calon DAP, cakap-cakap macam ini bukan politik baru, politik baru mesti lebih terbuka dan lebih jantan,”kata Mustafa.
Beliau turut mendedahkan beberapa kempen dari penyokong Barisan Nasional yang mengamalkan politik lama dengan membuat ugutan dan kempen yang mengancam keselamatan calon PAS.
“Ini permainan yang melampau, …… kill Nizar…… sepatutnya cara begini tidak… ini jelas bukan dari penyokong Pakatan Rakyat,
“saya minta perkara begini dihentikan, kita berhadap secara jantan, kita harap ppimpinan UMNO/BN betul-betul menghormati sistem demokrasi,”tambahnya
Najis & Altantuya di Korea
Kreadibiliti Dato' Seri Najib Razak untuk bergelar Perdana Menteri kini semakin tercalar. Jika dulu akhbar Perancis "Liberation" menyiarkan artikel tentang pembabitan Najib dengan kes pembunuhan wanita Monggolia , Altantunya Shariibuu. Berita itu kemudia disiarkan di kebanyakkan akhbar dari seluruh dunia. Ini bermakna kes berkenaan memang mendapat perhatian masyarakat antarabangsa sebenarnya. Kita sangkakan perkara itu akan berkahir begitu sahaja selepas Najib langsung tidak menjawab dakwaan yang dibuat oleh akhbar tersebut. Najib menang dan ditabalkan sebagai Presiden UMNO beberapa hari yang lalu. Kemenangan yang jelas tidak ada sesiapa yang berani menawarkan diri untuk menentangnya itu, membuatkan masa depan Najib untuk bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia kini kian terasa. Namun, ramai pihak yang terkejut apabila Najib langsung tidak mahu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh akhbar-akbar terbabit. Keegganan Najib menjawab dakwaan tersebut jelas sekali memeranjatkan semua pihak, akhirnya beliau sekali lagi dipersendakan oleh masyarakat antarabangsa. Jika dulu, artikel tentang dirinya itu dikeluarkan oleh sebuah akhbar Perancis yang berpengkalan di Thailand.
Kini satu lagi penghinaan yang pasti memalukan telah disiarkan dalam akhbar "The Korea Times" berkenaan dengan isu tersebut. Lakaran dibawah adalah berdasarkan kepada apa yang telah tersiar dalam laman blog terbabit baru-baru ini.
Bukti, inilah karikatur kartun berkenaan Najib dan Altantunya yang
disiarkan dalam akhbar terbabit
[Berbeza dengan Liberation, akhbar Korean terbabit hanya menyiarkan karekatur kartun antara Najib dan Altantunya atas tajuk "Najib Razak Anda The Ghost Of Altantunya". Karikatur berkenaan telah disiarkan dalam akhbar terbabit pada 25 Mac lalu iaitu sehari menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Soalnya disini, kenapa Najib mendiakan diri atas segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. Apakah juga rakyat Malaysia sanggup mempunyai seorang Perdana Menteri yang diperlekehkan dan dihina oleh pemimpin serta rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat antarabangsa] _ PahangDaily
31 Mac 2009
PRK P059 BUKIT GANTANG (44): DS Nizar dianugerahkan cucu pertama
DATIN SERI HAJJAH FATIMAH TAAT: Alhamdulillah cucu pertama saya selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sepatutnya mendapat cucu pertamanya 7 April ini iaitu pada hari membuang undi pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Ini bermakna, Haji Nizar calon PAS di Bukit Gantang itu memperolehi cucu sulongnya selepas dua hari beliau dicalonkan iaitu seminggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu 7 April nanti.
Peristiwa itu dimaklumkan oleh menantu Nizar sendiri, Hazimin yang berada bersama Nur Faatihah.
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
►
2011
(11)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
▼
2009
(1436)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (34)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
-
▼
03/29 - 04/05
(43)
- PRK P059 BUKIT GANTANG (53): Kubu Kuat UMNO berjay...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (52): Panglima Bukit Gantan...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (51): Khutbah Jumaat UMNO
- PRK N.025 Bukit Selambau : Ceramah TGNA & DSAI
- Keputusan Mahkamah Tinggi padamkan isu derhaka.
- Dari Bukit Gantang Ke Bukit Selambau
- Lengkap sudah Teori RAHMAN Berakhirlah Dinasti UMNO
- SAH Najib jadi PM ke 6
- PRK P059 BUKIT GANTANG (50): Aktiviti Nizar Hari i...
- Manikumar terbaik, lupakan yang selebihnya...
- TV3 DAN UTUSAN MALAYSIA BUAT LAPORAN PUTAR BELIT K...
- Siti Nurhaliza & Datuk K temui TG Nik Aziz
- PRK P059 BUKIT GANTANG (49): Calon Bebas berpeluka...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (48): 50 tahun bergelap & m...
- Surat Pakatan Rakyat kepada DYMM Seri Paduka Bagin...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (47): Zahid Hamidi & Gadis ...
- Najib DERHAKA !!!
- TERKINI : YDP Agong tangguhkan lantik Najib
- PNSB Biaya Lawatan Khir Toyo RM1 Juta Ke Disneyland
- Hakim baru dengar kes Nizar-Zambry
- BUKIT SELAMBAU : AMK Serbu Rumah Pengundi Hantu
- PRK P059 BUKIT GANTANG (46): Nizar Gempur Bilik Ge...
- Tahniah UMNO - Ulang Tahun Ke-40 Casino Malaysia
- PRK P059 BUKIT GANTANG (45):'Politik Baru' Nizar d...
- Najis & Altantuya di Korea
- PRK P059 BUKIT GANTANG (44): DS Nizar dianugerahka...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (43): Polis Larang Penceram...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (42): Kenali Ir Mohammad Ni...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (41): UMNO = Israel ?
- Laporan Bergambar 'Earth Hour'
- N25: Bukit Selambau - Calon Bebas orang UMNO
- PRK P059 BUKIT GANTANG (40): UMNO ‘tak faham bahas...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (39): Muhyidin Yasin, Zambr...
- PRK P059 BUKIT GANTANG (38): Laungan RASUAH
- PRK P059 BUKIT GANTANG (37): Gambar Penamaan calon
- PRK P059 BUKIT GANTANG (36): Video-video Pencalonan
- 11.20 Pengumuman Calon bertanding
- 9.20 am : LIVE kapal selam Najis mendarat
- 9.09 am LIVE : YB nizar masuk ke dewan
- 9.05 Penyokong UMNO mula kelihatan...
- 9.00 Penyokong UMNO belum kelihatan
- 8.20 pagi : LIVE Bukit Gantang
- PRK P059 BUKIT GANTANG (35): 6.30 pagi ~ LIVE from...
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.