Malaysiakini : Gadis seksi pancing undi BN?
KUALA SEPETANG, 2 April : Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang 1 April malam tadi benar-benar mengejutkan.
(Gambar atas: Zahid sedang mencatat sesuatu dengan penyanyi seksi di belakangnya. Gambar Malaysiakini)
Yang dibimbangi kalau-kalau beliau sendiri terlibat dalam menganjurkan majlis sebegitu.
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Yang paling mengejutkan lagi apabila Zahid berkata, "ia harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
1 ulasan:
Inilah ISLAM Hadhari yang Dr Zuhud amat senang sekali...patutlah Bagan Datoh kat Perak... kelapa dah tak laku lagi...rupanya Zuhud ada cara baru untuk cari fulus...yang telah di R & D nya...sehingga terlupa nak buat R & D berkaitan kelapa ...inilah taraf menteri agama kita ye...
Catat Ulasan